Blog-list Malaysia |
- MCA Gelapkan Peluang BN Di Galas
- Hillary Clinton Jumpa Anwar - Duta Malaysia Tak Buat Kerja Ke?
- Hero Duit Judi Digantung 6 Bulan
- Tok Guru - Tak timbul kerajaan negeri tidak mahu beri geran tanah
- Anwar Tiada Kualiti Sebagai Ketua Pembangkang, Elok Berhenti Saja
| MCA Gelapkan Peluang BN Di Galas Posted: 01 Nov 2010 07:09 AM PDT Kemunculan tidak diduga kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai "Malaysians for Beng Hock" di Galas dikatakan menjejaskan peluang BN bagi memenangi pilihan raya kecil di situ, khususnya dalam mendapatkan undi masyarkat Cina yang dijangka sebagai faktor penentu.
Heng, yang juga timbalan menteri, wanita, keluarga dan pembangunan masyarakat telah menafikan Soh dikasari ketika cuba menghampirinya, sebaliknya mendakwa peristiwa itu sebagai 'kemalangan'. Namun penjelasannya itu telah menimbulkan kemarahan di kalangan masyarakat Cina tempatan.
Menurut ketua pemuda DAP, antony Loke, gambar yang dirakam dengan jelas menafikan dakwaan Heng bahawa laluannya dihalang oleh Soh dan rakan-rakannya. "Terdapat banyak ruang untuk Heng bergerak. Bagaimana dia boleh tuduh Soh menghalangnya. Sebenarnya, ahli MCA yang menolak jatuh Soh secara aggresif, " kata Loke. Menurut ahli parlimen Rasah itu, MCA sepatutnya bertanggungjawab dan membuat permohonan maaf secara terb uka kepada Soh dan bukannya menafikan hakikat sebenar. Beliau berkata jika MCA terus tidak mahu mengakui perkara yang sebenarnya, parti itu akan dihukum oleh pengundi pada hari pengundian. | ||
| Hillary Clinton Jumpa Anwar - Duta Malaysia Tak Buat Kerja Ke? Posted: 01 Nov 2010 05:22 AM PDT Pertemuan Clinton-Anwar: Kenapa cemburu? Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pihak yang mempertikaikan cadangan pertemuan beliau dengan Setiusaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton sebenarnya tidak memahami proses demokrasi yang sebenar, lapor Suara Keadilan."Apa masalahnya? Kenapa mereka cemburu, Azizah pun tak cemburu saya bertemu dengan Hillary. Saya pergi ke India dan bertemu dengan Perdana Menteri Manmohan Singh, begitu juga semasa saya pergi ke Turki saya berjumpa Perdana Menteri Erdogan, kenapa tak bantah," kata Anwar pada sidang media di bilik gerakan PKR, di Sandakan hari ini. Bernama melaporkan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz sebagai berkata tidak salah bagi Hillary bertemu Anwar dalam kapasiti beliau sebagai ketua pembangkang. Bagaimanapun Ahli Dewan Perwakilan Amerika Syarikat dari California Chuck DeVore menasihati Clinton supaya tidak menemui Anwar dalam lawatan rasminya. Anwar dijangka mengadakan pertemuan dengan Clinton semasa lawatan rasminya ke Malaysia bermula esok untuk bertukar pandangan mengenai pelbagai isu antarabangsa. Malaysiakini pada 30 Oktober lalu melaporkan Hillary akan mengadakan pertemuan dengan kumpulan NGO dalam lawatan rasmi sulungnya ke Malaysia minggu depan walaupun format perbincangannya masih belum ditentukan. Ketua Informasi kedutaan AS di Kuala Lumpur Tina Malone yang dihubungi berkata masih belum dapat menjelaskan sama ada pertemuan tersebut akan dibuat dalam bentuk dialog. | ||
| Hero Duit Judi Digantung 6 Bulan Posted: 01 Nov 2010 05:13 AM PDT Ketua Pembangkang Datuk Azhar Ibrahim digantung selama enam bulan berkuat kuasa 17 Ogos lepas hingga Februari tahun depan daripada menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) kerana didakwa mengeluarkan kata-kata kesat dan berbaur hasutan pada persidangan DUN 16 Mei lepas.Keputusan itu diluluskan oleh Yang Dipertua DUN Datuk Abdul Halim Hussain pada persidangan hari ini setelah usul yang dikemukakan oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng (Air Putih-DAP) disokong oleh anggota dewan undangan negeri (Adun) dari pakatan pembangkang. Bagaimanapun segala saraan dan elaun beliau sebagai Adun Penaga dikekalkan. Terdahulu pada perbahasan yang diadakan selepas pembentangan usul itu, Azhar, dari Barisan Nasional, bertegas dengan pendiriannya tidak mahu memohon maaf disebabkan beberapa perkara iaitu tiada dakwaan khusus untuk mengenakan hukuman terhadap dirinya. "Selain itu usul yang dirujuk juga cacat dan bercanggah dengan peraturan 37 kerana usul itu tidak pernah dibahaskan sebaliknya speaker ketika itu terus mengambil keputusan mengemukakan masalah itu dan satu undi telah diambil," katanya. Katanya faktor lain, ialah setiap perkataan kesat yang dirujuk telah ditarik balik dan diterima oleh dewan tanpa sebarang reaksi. Azhar sebelum itu telah dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan yang dipengerusikan oleh Abdul Halim dan telah bermesyuarat sebanyak tiga kali, beliau juga telah memberi penjelasan berhubung perkataan yang disebut pada persidangan 6 Mei lepas. Pada mesyuarat yang diadakan itu juga Azhar telah diminta untuk mengemukakan permohonan maaf tetapi beliau enggan berbuat demikian. | ||
| Tok Guru - Tak timbul kerajaan negeri tidak mahu beri geran tanah Posted: 01 Nov 2010 05:10 AM PDT Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menolak dakwaan kerajaan negeri pimpinannya tidak akan memberikan geran tanah kepada penduduk di Gua Musang.Tinggal tiga hari sebelum hari pengundian pilihan raya kecil kerusi DUN Galas, Mursyidul Am PAS (gambar) menegaskan, geran tanah akan diberikan selepas mendapat kelulusan daripada Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang. "Kita akan beri geran tanah, tidak timbul isu tidak mahu beri (geran tanah). "Kita tidak suka cakap kosong," katanya ketika sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan di Bandar Baru Lojing di sini. Selepas mesyuarat khas itu, Nik Aziz melawat perkampungan Orang Asli dan menyerahkan sumbangan kepada penduduk. Turut hadir calon PAS Dr Zulkefli Mohamad dan Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan Abdul Fatah Harun. Sementara itu, Timbalan Menteri Besar Datuk Ahmad Yaakob ketika ditemui berkata, program penyerahan geran tanah kepada penduduk akan diadakan secepat mungkin. "Kita akan ambil peluang juga dalam tempoh ini (untuk beri geran tanah). "Ada juga masa ini (kempen) ada juga selepas (pilihan raya)," katanya. Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Pembangunan Tanah Dan Wilayah itu berkata, pemberian geran tanah akan dibuat selepas Pejabat Tanah dan Jajahan selesai proses persiapan yang sepatutnya. "Persiapan untuk dapatkan geran itu dibuat oleh pejabat tanah, Exco (Kerajaan Negeri) dan ketua jajahan luluskan saja," katanya. Tambahnya, sepertimana amalan sebelum ini, geran tanah tersebut akan dikurniakan oleh Sultan Kelantan. "Biasanya geran tanah diserah oleh ke Bawah Duli. "Contohnya yang Tuanku bawa pada Jumaat sebelum ini, Tuanku telah hadir. Seramai 114 orang penduduk Gua Musang telah menerima geran (tanah) dalam majlis berkenaan," katanya. Pada 22 Okteber lalu Sultan Muhammad V berkenan menyampaikan geran tanah kepada 114 penerima pelbagai kaum dari daerah Gua Musang di Istana Persinggahan di sini. Ketua Jajahan Gua Musang, Wan Mustapha Wan Abdul Hamid berkata, daripada 114 penerima, 13 daripadanya kaum Cina, dua masyarakat India dan selebihnya masyarakat Melayu. Menurutnya, penerima menerima geran tanah untuk tempoh sama ada 33,66 atau 99 tahun bergantung kepada jenis geran tanah sama ada bangunan atau pertanian serta bergantung kepada penerima sama ada mereka merupakan anak Kelantan atau sebaliknya. Pilihan raya kecil kerusi DUN Galas Khamis ini menyaksikan pertandingan antara Dr Zulkefli dan calon Barisan Nasional Abdul Aziz Yusoff. Kerusi DUN itu kosong ekoran kematian penyandangnya Che Hashim Sulaima dari PAS akibat barah usus pada 27 Sept lepas. | ||
| Anwar Tiada Kualiti Sebagai Ketua Pembangkang, Elok Berhenti Saja Posted: 01 Nov 2010 03:09 AM PDT Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin menasihatkan ahli politik veteran termasuk Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim agar bersara dari politik dan memberi laluan kepada pemimpin-pemimpin lain untuk memberi "nafas baru" atas alasan banyak "rentak tari politiknya makin tidak seimbang." Di samping itu kata beliau, Pakatan Rakyat juga perlu melakukan pembaharuan untuk menjadi pembangkang yang kuat dan berkualiti. "Di samping menghormati sumbangan, saya rasa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar, sudah sampai masanya untuk bersara 'politik'," kata bekas mufti Perlis ini yang kini dilihat sebagai "penggerak ketiga" dalam arena politik semasa. "Sudah banyak rentak tari politiknya yang makin tidak 'seimbang'," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini. Asri berkata zaman Anwar, yang juga Penasihat PKR, mungkin makin menyusur pergi. "Saya tidak fikir generasi baru terus bertahan untuk melihat 'story-design' politik yang sama," kata Asri lagi. PKR ditubuhkan selepas Anwar dimasukkan ke penjara dan dipecat daripada jawatan kerajaan dan Umno. Malah menurut beliau, Anwar perlu diberikan peluang untuk berundur dengan aman demi untuk mewujudkan pembangkang yang lebih berkualiti dan berkesan. "Saya rasa beliau perlu menerima hakikat ini. Demikian setiap kita ada hari datang dan hari pergi. "Biarlah kita datang disambut mesra, dan kita pergi diucapkan terima kasih dan hormat, bukan dipaksa keluar," kata tokoh agama ini. "Maaf atas pandangan ini," kata Asri (gambar) sambil menambah, beliau tiada apa-apa kepentingan kedudukan ataupun jawatan atas pandangan ini. "Saya tahu sesetengah pembangkang cepat 'melenting' jika ada pandangan yang mereka tidak setuju. "Namun, mereka kena ingat banyak pandangan yang saya tajam terhadap kerajaan, alhamdulillah mereka tidak melenting, sebaliknya berinteraksi dengan baik," kata Asri dalam pandangan ini ketika parti itu sedang melangsungkan pemilihan pucuk kepimpinan. Pertengahan tahun lalu, Asri pernah dilaporkan akan menyertai Umno tetapi beliau menafikannya dengan menegaskan akan kekal seperti sekarang. Selain itu, PKR mewakili Pakatan Rakyat menurunkan calonnya di kerusi Parlimen Batu Sapi. Asri juga berkata, politik negara ini juga memerlukan nafas baru tidak kira parti politik. "Seperti mana Umno memperkatakan keperluan anjakan baru dalam politik mereka, demikian saya fikir pihak pembangkang pun perlu mula memperkatakan hal yang sama. "Saya, seperti kebanyakan rakyat marhaen yang hanya ingin melihat kesejahteraan negara berteraskan kerajaan yang amanah dan pembangkang yang berkualiti," katanya sambil menambah, "sudah banyak diperkatakan, dikritik dan diulas mengenai kerajaan hari ini." Oleh itu kata Asri, jangan lupa bahawa pembangkang juga perlu untuk diberikan penilaian tentang peranan mereka yang diberi amanah dalam Parlimen. "Ini kerana dalam konteks politik kita kualiti kerajaan dan pembangkang menjaga kemaslahatan negara," katanya. Malah menurut beliau, negara perlukan politik idea iaitu politik yang berteraskan kebijaksaan dan pemikiran yang bernas dalam memajukan masyarakat dan negara. "Kita tidak mahu politik sekadar kutuk-mengutuk, maki-memaki dan hina menghina tanpa sebarang cadangan yang membina dan memajukan pemikiran rakyat. "Kita mahu ahli-ahli politik kita berkualiti sehingga kita rasa mereka layak mewakili kita atas kebolehan kepimpinanan mereka yang berteras ilmu dan budi," katanya. Justeru, katanya, politik negara memerlukan watak-watak baru yang bernas, matang dan tangkas. "Mereka yang disifatkan oleh sarjana politik Islam sebagai mempunyai 'al-quwwah' (kemampuan) dan al-amanah (amanah). "Mereka yang berteraskan politik idea dan nilai, bukan politik duit, atau politik taukeh. "Maka, semua ahli politik yang merasakan zaman mereka sudah habis, berilah laluan kepada mereka yang baru demi untuk kebaikan rakyat," katanya sambil menambah, sama ada di pihak pembangkang ataupun kerajaan, hal yang sama mesti dilakukan. "Ramai pelakon veteran sudah tidak sesuai menjadi 'hero' dalam pentas baru politik hari ini. "Biarlah mereka tersimpan dalam diari sejarah politik kita dengan kadar sumbangan yang telah dibuat. "Jika Tun Abdullah (Ahmad Badawi) pun bersara, makin mereka yang 'sewaktu' dengannya dalam pembangkang pun perlu bersara. Kata-kata (penganalisis politik) Prof A. Aziz Bari mungkin patut dinilai semula," katanya. |
| You are subscribed to email updates from Blog-list Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |





Tiada ulasan:
Catat Ulasan