Anak Sungai Derhaka |
- Nik Aziz juga akui Anwar pemimpin anugerah Tuhan
- Betui ka ni Yeop....
- Selangor Bakal Tumbang?
- PKR dibenci Bukan Bermakna UMNO mula disayangilah Zahid..
- Mustaffa: Kenapa JPP bebankan saya kembali?
- Surat Pecat Jenapala : Siapa Temberang ?
| Nik Aziz juga akui Anwar pemimpin anugerah Tuhan Posted: 28 Nov 2010 05:25 AM PST GUA MUSANG, 28 Nov — Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut menyifatkan pemimpin seumpama Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin yang menjadi teladan terbaik untuk rakyat dan "dianugerahkan oleh Tuhan.""Anwar adalah pemimpin yang dianugerahkan Tuhan kerana sanggup mengharungi pelbagai rintangan hidup," katanya (gambar). Semalam, Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dalam ucapannya pada Kongres Nasional Tahunan Ketujuh PKR, berkata Anwar adalah anugerah Tuhan bagi memimpin rakyat di negara ini. "Apa yang tidak pernah dialami oleh Saudara Anwar? Ditangkap, di ISAkan, dipukul, disiksa, diaibkan dan dihumban ke penjara. "Sejak merdeka, tidak pernah ada tokoh negara lain yang difitnah, dihina dan disiksa secara berterusan seperti yang dialami Saudara Anwar. Namun, beliau tetap gagah dan tabah meneruskan perjuangan bersama kita," katanya. Wan Azizah bertanya apakah rahsia sebenar sehingga beliau tetap kental sehingga ke hari ini. "Jawapan saya adalah Saudara Anwar Ibrahim adalah seorang insan hebat yang memang dianugerahkan Tuhan untuk kita semua untuk menjadi pemimpin rakyat. "Jika beliau insan biasa seperti kita, sudah lama mengundur dan tenggelam di celah segala cabaran dan gelora yang berlalu," kata beliau. Nik Aziz berkata demikian selepas merasmikan pecah tanah tapak projek Bandar Utama Gua Musang, di sini hari ini. Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata PAS, yang memerintah Kelantan selama 20 tahun sejak 1990, tidak pernah menolak pembangunan dan sentiasa memberi keutamaan untuk faedah rakyat. "Saya masih ingat semasa saya mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar dahulu ada pelbagai pihak yang menuduh saya macam-macam. "Antaranya pemerintahan kerajaan PAS bawah pimpinan saya tidak lama kerana tidak mampu melaksanakan projek pembangunan tetapi ketabahan itu berjaya memerintah Kelantan sampai sekarang," katanya. Nik Aziz berkata antara usaha pembangunan ialah dengan melaksanakan projek pembinaan rumah Bandar Utama Gua Musang dan beliau yakin pembangunan itu hasil usahasama Kerajaan Negeri, Majlis Daerah Gua Musang (MDGM) dan Syarikat Bandar Utama Gua Musang Sdn Bhd, akan mampu menampung keperluan rumah yang meningkat. Beliau berkata kerajaan negeri akan terus memberi tumpuan dalam projek seumpama itu asalkan ia boleh membawa kemajuan serta faedah untuk seluruh rakyat di Kelantan. The Malaysian Insider |
| Posted: 28 Nov 2010 05:06 AM PST "Kali ini betul orang Datuk Zaid cuba menarik saja, termasuk Tan Sri Muhyiddin Yassin. Tetapi saya kata saya tidak akan keluar. Betui ka tu Yeop?? Mustaffa: Saya tidak akan keluar PKR walaupun diajak orang Zaid, Muhyiddin PETALING JAYA, 28 Nov — Walaupun tewas dalam saingan jawatan timbalan presiden Parti Keadilan Rakyat, Mustaffa Kamil Ayub berjanji akan terus bersama parti itu, sekali gus menamatkan spekulasi akan meninggalkan komponen Pakatan Rakyat itu.Mustaffa berkata beliau telah memutuskan untuk terus bersama meskipun ada diajak oleh penyokong Datuk Zaid Ibrahim yang meninggalkan PKR baru-baru ini dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Zaid meninggalkan parti selepas memutuskan untuk keluar saingan timbalan presiden atas alasan pemilihan diselubungi kecacatan dan kepincangan. Mustaffa juga meletakkan dakwaan itu tetapi terus bersaing dengan protes. Beliau ditewaskan oleh Azmin Ali yang hari ini disahkan sebagai timbalan presiden. "Kalah dalam pertandingan adalah satu perkara biasa. Bila bertanding kita perlu bersedia sama ada akan menang atau kalah. "Jangan salah faham bila saya buat aduan, walaupun pahit ditelan saya harus beritahu mengenai kepincangan yang berlaku dalam pemilihan parti. "Saya buat aduan bukan sebab nak lemahkan parti tapi mahu supaya menjadi model contoh kepada Pakatan Rakyat," kata bekas naib presiden ini ketika menyampaikan ucapan penggulungan Kongres Nasional PKR hari ini. Mustaffa menegaskan bahawa beliau akan tetap bersama PKR demi perjuangan kepada rakyat. "Kali ini betul orang Datuk Zaid cuba menarik saja, termasuk Tan Sri Muhyiddin Yassin. Tetapi saya kata saya tidak akan keluar. "Saya tetap dengan PKR, parti masa depan untuk saya, untuk Melayu, Cina, India, Kadazan dan masa depan kita," katanya. Tambah Mustaffa selepas 12 tahun bersama PKR, beliau pernah menang dan kalah tetapi tidak pernah meninggalkan parti. "Dulu saya setiausaha politik Muhyiddin Yassin. Kemudian saya tinggalkan Muhyiddin demi sertai reformasi Anwar Ibrahim. "Dan, saya tidak pernah menyesal (melakukannya)," kata beliau disambut tepukan gemuruh perwakilan. Sementara itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin pula mencabar Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Razak supaya membubarkan semua 13 parti komponen yang berada dalam parti itu. Beliau berkata sekiranya BN benar-benar mahu melakukan perubahan langkah tersebut perlu dilakukan segera. "Kalau BN benar-benar nak lakukan perubahan saya nak cabar mereka. "Saya cabar mereka untuk membuburkan parti-parti perkauman dalam BN, bubarkan MIC, bubarkan MCA biar hanya ada satu parti sahaja iaitu parti BN. "PKR ini bukan parti Melayu, bukan parti Cina dan bukan parti India tapi kita adalah parti untuk semua rakyat. Ini yang kita bangkitkan selama ini," katanya. Shamsul Iskandar juga mempertahankan Anwar yang sebelum ini didakwa telah memberikan arahan supaya calon tertentu dipilih dalam pemilihan parti itu. "Datuk Seri Anwar hanya usik-usik sahaja, tetapi ada orang cakap, 'eh, Datuk Seri sokong orang itu, sokong orang ini'. "Takkan kita nak sekat ketua umum daripada memberikan pandangan. Beliau seorang pemimpin, nak beri teguran," katanya. Sementara itu, Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin meminta supaya semua ahli dan kepimpinan parti supaya menghentikan politik wayang dan politik retorik dalam parti. "Kita perlu hentikan politik wayang dan politik retorik. Saya harap selepas pemilihan kita akan menjadi lebih matang. "Jadi pemimpin yang menang harus buat kerja," katanya. Ahli Parlimen Ampang itu juga mempersoalkan tindakan media yang mempersoalkan kedudukan Anwar sebagai ketua umum PKR. "Kenapa media nak sibuk? Siapa mereka? Parti ini milik siapa? "Jadi ikut suka hati kita nak letak Anwar di mana, sama ada di bawah atau di atas. Jangan salah letak sudah," tegasnya. The Malaysian Insider |
| Posted: 28 Nov 2010 02:52 AM PST Berucap di majlis konvenyen DAP Selangor di sini hari ini, beliau berkata, seharusnya mengambilkira amaran itu dan belajar dari sejarah. PAS, katanya tidak menjangka merampas Terengganu 1999 dengan kemenangan 28-4 kerusi dewan undangan negeri. Bagaimanapun, pada 2004, PAS kalah dengan angka sama dan mereka tidak menjangkanya. "Apa yang berlaku di Terengganu boleh terjadi di Selangor, iaitu tidak menjangka menang sebelum pilihanraya umum 2008 dan kalah dalam pilihanraya berikutnya walaupun mereka tidak menjangkanya? "Siapa kata ini tidak akan berlaku," katanya. Menurut Lim, konvensyen DAP Selangor penting untuk DAP Pakatan Rakyat supaya tidak mengulangi apa yang berlaku di Terengganu pada 2004. "Konvensyen ini boleh membantu mengakhiri krisis keyakinan terhadap Pakatan Rakyat. Pengerusi DAP Selangor chairman Ean Yong Hian Wah berkata beliau kesal ada yang berkata, rombakan perlu terhadap wakil rakyat sekarang. Katanya beliau sangat kesal kerana ia boleh memecahkan pasukan sedia ada. "Adakah kamu mahu memusnahkan diri kamu dalam proses ini. Jangan gunakan parti untuk kepentingan peribadi tetapi untuk umum dan negara," tambahnya. Ketika berita ini ditulis, 812 dari 1,016 perwakilan tiba untuk mengundi bagi 15 jawatankuasa negeri. Terdahulu dalam pengumuman awal tujuh dari 50 calon telah menarik diri - Gan Eu Eng, Gan Siah Tong, Lee Sek Wun, Ong Kian Chye, R Rajiv, S Selvadurai dan Sow Kim Tar @ Sow Kim Ling. Free Malaysia Today |
| PKR dibenci Bukan Bermakna UMNO mula disayangilah Zahid.. Posted: 27 Nov 2010 07:55 PM PST Kebencian terhadap Barisan Nasional (BN) yang ditanam oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR), terutama semasa pilihan raya umum lepas, kini mula terhakis berikutan pergolakan kepimpinan yang berlaku dalam parti itu sekarang, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.Pendapat aku.. kata-kata Zahid itu salah.. yang dibenci didalam PKR ialah beberapa kerat pemimpin yang dilaporkan terlibat dengan penipuan untuk membolekannya mendapat undi yang banyak sebagaimana yang telah dilaporkan kepada JPP. Contohnya.. Ada yang menghubungi Ketua-ketua cabang memberikan nasihat agar seluruh undi dari cabang tersebut diberikan kepada Calon pilihannya kemudiannya menafikan yang beliau telah menghubungi Ketua Cabang itu.. ada juga yang menghubungi Calon yang bertanding agar menarik diri supa memudahkan laluan bagi Calon pilihannya, juga menafikannya.. Yang menakjubkan ialah penafian dibuat dihadapan Ketua Cabang yang telah dihubunginya, ketika beliau menghubungi Ketua Cabang itu, Ketua Cabang itu pun bukannya keseorangan.. Tidakkah itu menipu namanya?? Nama yang tidak tersenarai sebagai ahli di dalam daftar Ahli juga boleh ditambah pada hari pengundian dan berbagai-bagai kesalahan lagi yang aku sendiri sudah malas nak menulisnya.. Jawatankuasa Pemilihan Parti juga sepatutnya bersifat lebih baik dari Suruhanjaya Pilihanraya yang selama ini kita pertikaikan kreibilitinya.. bukan menjadi Jawatankuasa Pelingkup Parti Ramai yang benci dengan penipuan ini.. buktinya sila lihat pada kehadiran di Kongress.. buat Kongress AMK ramai yang memberitahu aku didalam Chatting di FB yang mereka tidak mahu pergi kerana protes pasal pemilihan.. Zahid juga silap jika berkata "Kebencian terhadap BN yang tersemai dalam diri anggota PKR telah dapat diatasi dengan kebenaran, yang dahulunya telah ditutup oleh kebencian melampau," Kebencian terhadap BN yang telah tersemai sebenarnya tetap subur di hati dan tidak pernah berkurangan sedikitpun terutama sekali terhadap penyalahgunaan kuasa oleh hampir kesemua pemimpin UMNO/BN.. Salahguna kuasa untuk memperkayakan diri dan kroni! Kebencian terhadap PKR pula ialah hanya kebencian terhadap beberapa orang pemimpin yang dilihat menafikan apa saja dakwaan yang dikemukakan ahli terhadap JPP (Jawatankuasa Pelingkup Parti).. perasaan benci yang boleh disifatkan hanya sementara jika ada aduan disiasat secara bebas.. bukan semua aduan.. sedikit pun sudah memadai. Jadi Zahid.. biarpun ada antara kami yang membenci PKR itu bukan kerana kami benci PKR, tapi kerana kami benci pemimpin yang membawa budaya menipu UMNO didalam PKR. Dan itu tidak bermakna ada yang mula sayang pada UMNO/BN!! Kebencian Terhadap BN Mula Terhakis Berikutan Krisis Dalaman PKR BAGAN DATOH: Kebencian terhadap Barisan Nasional (BN) yang ditanam oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR), terutama semasa pilihan raya umum lepas, kini mula terhakis berikutan pergolakan kepimpinan yang berlaku dalam parti itu sekarang, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata tindakan keluar parti oleh anggota PKR dan menentang kepimpinan parti itu merupakan satu musibah akibat perbuatan mereka yang dahulunya membenci BN. "Kebencian terhadap BN yang tersemai dalam diri anggota PKR telah dapat diatasi dengan kebenaran, yang dahulunya telah ditutup oleh kebencian melampau," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kecemerlangan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) Parlimen Bagan Datoh, semalam. Ahmad Zahid berkata ramai anggota PKR di peringkat akar umbi telah sedar bahawa BN adalah sebuah parti yang boleh menyumbang untuk kebajikan rakyat. "PKR juga perlu sedar, jangan menjadi 'kuda tunggangan' kepada DAP yang hanya menguntungkan orang lain dan bukan kepada PKR itu sendiri," katanya. Beliau berkata mereka yang telah meninggalkan PKR wajar menyokong BN pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak kerana mempunyai Gagasan 1Malaysia yang boleh menguntungkan rakyat. Bernama |
| Mustaffa: Kenapa JPP bebankan saya kembali? Posted: 27 Nov 2010 07:14 PM PST Calon timbalan presiden Mustaffa Kamil Ayub masih berharap aduannya terhadap Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) berhubung pemilihan parti terus disiasat dan beban itu tidak dikembalikan kepada pengadu.Katanya, beliau berharap JPP lebih produktif dalam menyiasat dan menyelesaikan aduan yang diterimanya daripada pelbagai pihak, termasuk dirinya sendiri. "JPP menerima (aduan) masalah, jangan ambil mudah dan jangan letakkan beban pembuktian kepada pengadu. "Ia tanggungjawab bersama untuk menyiasat dengan serius dengan dakwaan yang dilakukan," katanya ketika ditemui Malaysiakini di Kongres PKR di Petaling Jaya hari ini. Sambil memberi contoh tentang rumah yang dimasuki pencuri, Mustaffa Kamil berkata, bukan sahaja pengadu, malah polis juga bertanggung untuk menyiasat mengenai kejadian tersebut. "Jadi apa kerja polis (kalau pengadu sendiri siasat)?" soalnya yang tewas dengan majoriti besar kepada pesaingnya Azmin Ali dalam perebutan kerusi nombor dua parti itu. Mustaffa Kamil sebelum ini menghantar memorandum membantah perjalanan pemilihan PKR yang didakwanya berlaku salah tadbir dan salah urus. Beliau juga berkata akan mengambil tindakan tegas sekiranya tidak dilayan dalam tempoh 48 jam. Bagaimanapun, selepas tamat masa itu, beliau meneruskan bertanding setelah diberikan beberapa jaminan oleh Pengerusi JPP Dr Molly Cheah. Setakat ini, Mustaffa Kamil yang sedang menghabiskan hari-hari terakhir sebagai naib presiden PKR itu berkata beliau masih tidak pasti tentang status siasatan ke atas kesnya. Menurut Mustaffa Kamil, beliau tidak bercadang untuk memberikan kenyataan kepada terbuka di hadapan lebih 1,000 perwakilan dalam kongres hari ini kerana "ia tidak menguntungkan parti". "Saya fikir ia kurang sesuai dan orang lain (yang) akan mendesak parti untuk menghilangkan keresahan dan rintihan dalam parti.... "Walaupun keputusannya demikian, tetapi ia sentiasa boleh disemak dan mengambil iktibar daripada perjalanan pemilihan PKR ini," katanya. Ditanya sama ada beliau akan menerima jawatan naib presiden untuk kuota lantikan sekiranya ditawarkan, Mustaffa Kamil yang juga ketua PKR Perak hanya berkata "akan mempertimbangkannya". Bekas pemimpin belia itu juga tidak kecewa dengan kekalahannya merebut jawatan nombor dua parti itu, tetapi mengakui "ada elemen sedih dengan apa yang berlaku" dengan pemilihan. Bagaimanapun, beliau mengulangi akan terus komited dalam PKR walaupun ada percubaan menariknya menyertai parti baru yang akan ditubuhkan Datuk Zaid Ibrahim - bekas pesaing jawatan sama yang kini bertindak keluar parti. Berdasarkan keputusan tidak rasmi, Mustaffa Kamil ketinggalan lebih 11,000 di belakang Azmin. Keputusan rasmi akan diumumkan esok oleh pengerusi persidangan. |
| Surat Pecat Jenapala : Siapa Temberang ? Posted: 27 Nov 2010 09:38 AM PST Semalam, bekas setiausaha agung PKR Datuk Salehuddin Hashim telah membuat laporan polis kerana mendakwa tandatangannya telah dipalsukan dalam surat pemecatan Jenapala.Laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi berhubung surat bertarikh 2 Feb 2009, yang kononnya ditulis dan ditandatangani Salehuddin.Memandangkan Salehuddin merupakan antara 47 orang pemimpin dari PKR yang telah keluar PKR dari semenjak PKN lagi, banyak pihak yang mempertikaikan kredebiliti beliau, ramai yang tidak mempercayai langsung dakwaan beliau itu. Tindakan Salehuddin itu dengan segera mendapat reaksi dari para Blogger yang menyokong Pakatan Rakyat. malah ada pihak yang meggelar Salehuddin ini sebagai kaki temberang. Biasalah.. dengan satu kesalahan yang kita lakukan segala kebaikkan yang kita lakukan selama ini akan dipandang sepi.. itu lumrah manusia.. Jika dakwaan Salehuddin itu kita pertikaikan kerana beliau telah bertukar menjadi katak.. bagaimanapula dengan dakwaan yang dibuat oleh Jonson Chong yang disiarkan di dalam blognya dengan entry yang bertajuk "Lies, Damn lies and stupidity" yang juga menekankan bahawa beliau tidak ada keraguan tentang kepalsuan surat pemecatan Jenapala itu. Menurut Chong "Saya kata tidak ada surat sedemikian dan tidak ada keputusan untuk memecatnya. Yang ada hanya keputusan untuk memecat beliau secara prinsip iaitu jika dia benar-benar didapati terlibat dengan pembentukan satu parti politik yang baru. "Kemudian, tahu-tahu sahaja saya melihat ada surat yang ditandatangani setiausaha agung parti terdahulu, yang kononnya dihantar kepada Jenapala untuk memecatnya pada Februari 2009. Saya jadi bungkam," kata beliau calon kerusi naib presiden ini, yang turut menarik diri daripada bertanding. Terjemahan dari tulisannya itu disiarkan oleh The Malaysian Insider, aku paste dibawah. Hakikatnya dalam isu pemalsuan surat pemecatan Jenapala ini, kita akan melihat dalam usaha untuk menutup kesalahan seseorang yang telah mengatakan Jenapala telah dipecat dari PKR ada manusia didalam PKR yang sanggup menjadikan dirinya sebagai lembu yang dicucuk hidung.. Atau boleh juga dikatakan dalam usaha yang merealisasikan impian segelintir pemimpin ada manusia yang sanggup bertukar menjadi lembu yang dicucuk hidung! Surat pecat Jenapala palsu, akui bekas timbalan SU Agung PKR KUALA LUMPUR, 27 Nov – Bekas timbalan setiausaha agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Jonson Chong hari ini mendakwa parti itu tidak pernah mengeluarkan sebarang surat untuk memecat seorang lagi bekas timbalan setiausaha agung parti itu P. Jenapala. Beliau berkata 'surat pemecatan' itu sebenarnya adalah palsu. Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyerahkan kepada polis untuk melakukan siasatan. PKR sedang melangsungkan kongres nasional mereka di Petaling Jaya. "Apa yang benar-benar menjijikkan saya ialah hakikat bahawa saya tahu seseorang di ibu pejabat parti tahu bahawa surat itu palsu. Ia dibuat bagi menutup kesilapan tidak disengajakan oleh seseorang apabila mereka mengatakan Jenapala telah dipecat dalam bulan Februari 2009," kata Chong dalam blognya hari ini. Chong menjelaskan bahawa beliau merupakan timbalan setiausaha agung yang bertanggungjawab membantu lembaga disiplin menangani kes yang dirujuk kepada mereka oleh Majlis Pimpinan Pusat. Beliau berkata ketika isu Jenapala timbul semasa pemilihan parti, seseorang dari ibu pejabat telah menghubunginya dan bertanya jika terdapat surat dihantar kepada Jenapala untuk memecatnya. "Saya kata tidak ada surat sedemikian dan tidak ada keputusan untuk memecatnya. Yang ada hanya keputusan untuk memecat beliau secara prinsip iaitu jika dia benar-benar didapati terlibat dengan pembentukan satu parti politik yang baru. "Kemudian, tahu-tahu sahaja saya melihat ada surat yang ditandatangani setiausaha agung parti terdahulu, yang kononnya dihantar kepada Jenapala untuk memecatnya pada Februari 2009. Saya jadi bungkam," kata beliau calon kerusi naib presiden ini, yang turut menarik diri daripada bertanding. Chong berkata beliau tidak ragu-ragu bahawa surat itu palsu, dan tercengang kerana PKR sanggup berbuat demikian bagi menutup kesilapan yang tidak disengajakan, yang sepatutnya dijelaskan kepada media sebelum beralih ke perkara lain. PKR guna surat pecat palsu sokong afidavit, dakwa bekas SU Agung KUALA LUMPUR, 26 Nov — Bekas setiausaha agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Salehuddin Hashim hari ini mendakwa ibu pejabat parti itu telah menggunakan surat palsu kononnya ditandatangani beliau, yang mengesahkan pemecatan P Jenapala, yang baru-baru ini meminta mahkamah mengisytiharkan pemilihan tidak sah. Salehuddin, yang meletakkan jawatan awal tahun, menafikan beliau menandatangani surat seumpama itu dan membuat aduan polis petang ini. "Pada hari ini, 26 November 2010, pukul 3 petang, saya telah membuat satu laporan polis di balai polis Dang Wangi tentang pemalsuan sepucuk surat bertarikh 2 Febuari 2009 yang kononnya dikeluarkan oleh saya selaku Setiausaha Agung PKR pada masa itu. "Saya mengetahui kewujudan surat ini setelah peguam dari plaintif kes saman pemula No: R1-24-104-2010 menunjukkan kepada saya afidavit daripada Saifuddin Nasution Ismail, Setiausaha Agung PKR sekarang, yang menyatakan satu daripada sebab-sebab beliau bertindak dalam kes itu adalah berdasarkan surat tersebut, yang seperti telah saya nyatakan adalah sepucuk surat palsu. "Saya membuat laporan tersebut dengan harapan satu penyiasatan polis akan dibuat untuk menentukan siapakah mereka yang melakukan pemalsuan tersebut untuk tujuan-tujuan mereka sendiri," kata Salehdudin dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini. Salehuddin digantikan sebagai setiausaha agung oleh Saifuddin bermula 1 Februari lalu. Justeru, kata Salehuddin, beliau yakin surat palsu tersebut telah melanggar undang-undang jenayah dan sivil serta menganiayainya - seolah-olah beliau seorang yang melakukan perkara-perkara yang tidak benar dan tepat. "Saya kepilkan salinan surat tersebut, afidavit balasan saya dan minit mesyuarat Biro Politik PKR pada 30 Ogos 2009, enam bulan kemudian, yang masih lagi mengiktiraf keahlian ahli tersebut. "Saya berasa kecewa terhadap perilaku mereka di belakang pemalsuan tersebut yang menunjukkan matlamat menghalalkan cara, dan saya berasa amat curiga sekiranya gerombolan-gerombolan tersebut berkuasa di Putrajaya, maka banyaklah institusi-institusi kerajaan yang akan diperkosa seperti yang dibayangkan dalam aduan saya ini," kata Salehuddin. Salehuddin berkata beliau akan memanggil satu sidang media dalam masa terdekat berhubung isu tersebut. "Walaupun saya telah bersara sepenuh masa dari arena politik selama hampir satu tahun, dengan tercetusnya kes ini, saya telah diheret kembali ke dalam kancah politik nasional. "Walau bagaimanapun, saya menerima cabaran ini demi menegakkan kebenaran sejagat," kata beliau. |
| You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |





Tiada ulasan:
Catat Ulasan