Anak Cucu Nabi Adam |
- Anwar hanya usik-usik media dah melatah
- Mustaffa Diharap Terus Setia Dengan PKR
- BN hanya fikir selamatkan parti bukan negara
- Pengundian DAP selesai
- Kerajaan Selangor kaji adakan pilihanraya PBT
- Tempat Perlindungan dari Kiamat
- Galaksi Kita Curi Planet Galaksi Lain
- Mengapa Tidak Pedulikan Mati
- Kejadian Bayi Bukti Kekuasaan Allah
- Puisi buat Senator Dr. Syed Husin Ali
- Kalau ANJING salak perlu salak balik?
- Kelantan Bakal di Belasah
- Kerajaan gagal terjemah makna falsafah pendidikan
- Utamakan perumahan rakyat
- AMK perlu kembali kepangkal jalan
- Lantik Syed Husin Canselor Unisel
- Kembalikan Hak Biasiswa Kepada Bumiputera
- Waspada pembersihan 'kumpulan berempat'
- PKR dicadang tubuh badan bebas siasat pemilihan
- JPP perlu disiasat bukan bebankan pengadu
- Perwakilan lontar 'seribu' persoalan untuk JPP
- Mustaffa Akan Setia Dengan PKR
- Third Force dan Trojan Horse Boleh Masuk UMNO
| Anwar hanya usik-usik media dah melatah Posted: 28 Nov 2010 01:29 AM PST Ketua Pemuda PKR (AMK) Shamsul Iskandar Md Akin mempertahankan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa mengarahkan supaya calon tertentu dipilih dalam pemilihan parti itu baru-baru ini."Datuk Seri Anwar hanya usik-usik sahaja, tetapi ada orang cakap, 'eh, Datuk Seri sokong orang itu, sokong orang ini'. "Takkan kita nak sekat ketua umum beliau nak beri pandangan. Beliau seorang pimpinan, nak beri teguran. "Takkan tak boleh tegur," katanya ketika menyampaikan ucapan penangguhan di Kongres PKR di Petaling Jaya. Pada 22 November lalu, satu laporan 'kepincangan' pemilihan PKR, antaranya mendakwa terdapat "campurtangan serius" Anwar tersebar di internet. Menurut laporan yang disediakan oleh calon ketua AMK Badrul Hisham Shaharin, Ketua PKR cabang Kota Marudu - disebut sebagai "Dr Jurin" - melaporkan bahawa Anwar 'mengarahkannya' memberikan sokongan dan menolak calon tertentu. Kenapa media nak sibuk? Bagaimanapun, menurut Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution selepas itu, aduan yang dikemukakan itu didapati tidak cukup bukti. Sementara itu, Ketua Wanita Zuraida Kamaruddin pula berkata, walaupun penyertaan wanita dalam Majlis Pimpinan Pusat (MPP) bertambah selepas keputusan diumumkan, tetapi masih belum cukup. "Datuk Seri Anwar (Ibrahim) kata wanita cukup diwakili. Cuba lihat di atas pentas ini (menunjuk ke pentas), adakah wanita terlebih di sini? Belum cukup," katanya. Sehubungan itu, beliau merayu anggota PKR tidak meremehkan kepimpinan kaum wanita dan diberikan kerjasama bagi memajukan parti. Sementara itu, menyentuh 'penolakan' Presiden Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail kepada cadangannya supaya jawatan ketua umum dirasmikan, Zuraida dengan tidak semena-mena menyalahkan media dan laman sosial yang melaporkannya. "Itu (hanya) cadangan, yang media nak sibuk mengapa? Parti ini parti siapa? PKR ini siapa punya? "Kita hendak letak Datuk Seri Anwar di atas ke, di bawah ke, di tepi, di tengah ke, ikut suka kita. Jangan salah letak sudahlah," katanya yang juga ahli parlimen Ampang. ~MK~ |
| Mustaffa Diharap Terus Setia Dengan PKR Posted: 28 Nov 2010 01:26 AM PST Bekas naib presiden PKR Mustaffa Kamil Ayub yang tewas dalam pemilihan parti mendedahkan, bukan sahaja ada cubaan menariknya menyertai parti Datuk Zaid Ibrahim, malah Tan Sri Muhyiddin Yassin juga melakukannya."Kali ini betul orang Datuk Zaid cuba menarik saja, termasuk (timbalan pengerusi BN) Muhyiddin Yassin. Tetapi saya kata saya tidak akan keluar. "Saya tetap dengan PKR, parti masa depan untuk saya, untuk Melayu, Cina, India, Kadazan dan masa depan kita," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan terakhir sebagai naib presiden dalam Kongres PKR ke-7 di Petaling Jaya. Menurut Mustaffa, selepas 12 tahun bersama PKR, beliau pernah menang dan kalah tetapi tidak pernah meninggalkan parti. "Dulu saya setiausaha politik Muhyiddin Yassin. Kemudian saya tinggalkan Muhyiddin demi sertai reformasi Anwar Ibrahim. "Dan saya tidak pernah menyesal (melakukannya)," katanya disambut tepukan gemuruh perwakilan. Bukan parti puji-pujian Semalam, Mustaffa Kamil yang tewas teruk merebut jawatan timbalan presiden di tangan Azmin Ali memberitahu Malaysiakini beliau komited dengan PKR walaupun terdapat percubaan menariknya menyertai parti yang akan ditubuhkan Zaid. Mustaffa juga masih kritikal kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) yang didakwanya memulang beban pembuktian aduan kepada pengadu dan berharap aduannya terus disiasat. Bagaimanapun, hari ini, Mustaffa Kamil berucap dengan nada yang berbeza apabila menunjukkan sikap 'jiwa besar' dengan menerima keputusan pemilihan dan akur pada kelebihan Azmin. "Saya akur, setiap kita adalah pemimpin. Saya akur, ada kelebihan pada saudara Azmin yang sama-sama kita pilih," katanya yang menyebabkan kira-kira 1,000 perwakilan dalam Dewan Sivik MBPJ - tempat persidangan - bangun memberikan tepukan. Sambil berkata menang dan kalah sebagai perkara biasa, Mustaffa Kamil sekali lagi menjelaskan kritikannya sebelum ini dibuat kerana sayangkan parti. "Akhirnya kita parti reformasi, bukan parti puji pujian semata-mata. Pemimpin boleh ditegur dan menegur. "Inilah maknanya politik baru dan budaya baru," katanya yang menggunakan slogan "politik nilai" dalam kempennnya sebelum ini. ~MK~ |
| BN hanya fikir selamatkan parti bukan negara Posted: 28 Nov 2010 12:07 AM PST Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan kerajaan Barisan Nasional (BN) hanya mahu menyelamatkan kedudukan mereka dan tidak langsung memikirkan masalah rakyat di negara ini.Katanya, walaupun cuba menonjolkan Malaysia sebuah negara hebat di mata dunia, namun hakikatnya rakyat negara ini masih dibelenggu segala permasalahan. "BN hanya berfikir bagaimana nak selamatkan BN pada pilihanraya umum akan datang tidak pun merencanakan berbagai perancangan menghilangkan tangapan umum tentang Malaysia yang dicintai," tegasnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pada ceramah anjuran PAS Cawangan Permatang Keriang dengan kerjasama Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Aishah, Penaga, Kepala Batas semalam. Menurut beliau lagi, sebab itu BN memperkenalkan ahli gabungan dan bersekutu, semata-mata mahu menarik golongan muda yang masih tidak menyokong BN kerana marahkan Umno, MIC, MCA, Gerakan dan sebagainya. "Apa guna sokong cara yang BN sedang laksanakan sekarang kerana menyokong BN bererti tetap bersekongkol dengan Umno dan komponen lain yang nyata menyelewengkan wang rakyat," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena. Kata beliau, cara demikian hanya mahu memastikan BN terus kerana yang penting bagi mereka adalah memenuhi kocek sendiri dan kroni terdekat. Perdana Menteri sepatutnya mengenal pasti kelemahan pentadbiran sendiri dan memperbetulkanya agar mampu memperkasakan negara kembali. Negara pada waktu ini sedang berdepan kehilangan kepercayaan rakyat kerana hancurnya demokrasi, sistem kehakiman, gejala rasuah, gejala sosial berterusan. "Nak ubah macam mana, mereka tetap naik perahu yang sama hanya pendayung sahaja yang bertukar tangan. Tambahan lagi kini perahu yang dinaiki bocor sana sini pasti keadaanya kelam kabut menyalahkan orang itu dan ini bahkan ada yang telah terjun ke laut bila mendapat tahu perahu nak tengelam," jelas beliau. Berceramah sama dalam majlis berkenaan ialah Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat, Ustaz Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh dan Yang Dipertua PAS Kepala Batas, Rosidi Husein. ~harakah~ |
| Posted: 28 Nov 2010 12:05 AM PST Proses pengiraan undi bermula kira-kira jam 1.30 tengahari selepas sekurang-kurangnya 812 daripada 1,016 perwakilan yang layak, selesai mengundi dalam pemilihan pucuk pimpinan DAP Selangor di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sunway hari ini.Sewaktu perwakilan memasuki dewan konvensyen untuk mengundi bagi memilih barisan kepimpinan DAP negeri untuk tempoh dua tahun akan datang, para calon termasuk Teng Chang Kim dan Yong Hian wah kelihatan sibuk bersalaman dengan mereka. Suasana kelihatan tenang dan mesra, manakala calon-calon kelihatan menjalankan kempen saat akhir untuk mendapatkan sokongan para perwakilan. Paling jelas ialah Ronnie Liu, di mana penyokongnya sejak awal pagi lagi mengedarkan risalah dalam bahasa Inggeris dan Cina, yang memaparkan latar belakang dan manifesto ahli exco kerajaan Selangor itu. Risalah itu berbunyi: 'Satu undi untuk YB Ronnie Liu adalah satu undi bagi kemajuan DAP khususnya dan rakyat umumnya'. Beberapa perwakilan juga menerima SMS, konon dihantar oleh penyokong pasukan Pasukan Perpaduan yang diketuai oleh exco kerajaan Selangor, Teresa Kok, meminta mereka memilih kombinasi calon pasukan tersebut. Perwakilan dari 145 cawangan DAP mula mengundi pada kira-kira jam 12.15 tengahari, selepas majlis perasmian dan ucapan oleh pengerusi DAP Selangor DAP Ean Yong Hian Wah dan penasihat DAP Lim Kit Siang. Seramai 50 calon bertanding merebut 15 kerusi dalam jawatankuasa DAP Selangor. ~MK~ |
| Kerajaan Selangor kaji adakan pilihanraya PBT Posted: 28 Nov 2010 12:05 AM PST Konvensyen DAP Selangor ke-16 hari ini meluluskan tujuh resolusi termasuk menggesa kerajaan pusat menerima tawaran kerajaan Selangor untuk mengambil alih empat syarikat air di negeri ini bagi mengurus perkhidmatan air secara lebih berkesan. Empat syarikat itu ialah Puncak Niaga (M) Sdn Bhd (Puncak Niaga), Syarikat Pengeluar Air Selangor Holdings Bhd (Splash), Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dan Konsortium Abass Sdn Bhd. Parti itu juga meminta kerajaan Selangor membuat kajian mengadakan pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan mengambil langkah meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian PBT dan agensi kerajaan negeri ini. Resolusi itu meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis mengambil tindakan terhadap pegawai yang didapati menyalahgunakan kuasa dan menggunakan keganasan semasa menjalankan siasatan dan menyemai konsep hak asasi manusia di kalangan pegawai berkenaan. DAP Selangor juga menggesa pemimpin pakatan pembangkang di semua peringkat di Selangor bersatupadu dan mengatur strategi untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang. Ia turut menyeru kerajaan Selangor memperuntukkan tanah bagi Sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil di negeri ini bagi mengatasi kesesakan dan kekurangan kedua-dua jenis sekolah itu di sesetengah tempat di negeri ini. Seramai 812 perwakilan daripada 1,016 anggota menghadiri konvensyen itu yang dirasmikan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang. ~Bernama~ |
| Tempat Perlindungan dari Kiamat Posted: 27 Nov 2010 09:13 PM PST Selama 30 tahun terakhir, McCarthy adalah presiden Radius Engineering International. Pabrik McCarthy terletak sekitar 30 menit sebelah timur Dallas di Terrell, Texas seluas 52.000 meter persegi.Sebanyak 52 karyawan membuat perumahan bawah tanah berbentuk unik. Orang dapat hidup di dalamnya sampai setahun tanpa perlu keluar. Rata-rata biaya untuk hidup dalam satu ruangan sekitar US$ 80.000 per orang. McCarthy menggambarkan tempat itu sebagai perlindungan bukan bunker, karena Radius menawarkan lebih dari tempat untuk bersembunyi. Masing-masing memiliki sebuah generator internal, sistem pemurnian udara, pipa air dan tempat buang hajat. Beberapa tempat penampungan juga dapat dihubungkan melalui terowongan. McCarthy mengatakan ia mendapat ide saat bekerja di bagian rekayasa. Dia mengatakan bertemu dengan seorang gadis muda yang keluarganya memiliki pakta untuk bunuh diri jika terjadi serangan nuklir. "Ini menakutkan aku," kata McCarthy. Hari ini ia percaya bahwa ancaman besar masih banyak ada. "Ada rudal yang hilang dari China, ada uranium hilang dari Uni Soviet, " kata McCarthy. "Ini adalah kombinasi yang sangat buruk." Meskipun bisnes real estate AS lesu, penjualan Radius sedang booming. McCarthy mengatakan perusahaannya telah melipatgandakan usaha setiap tahun selama lima tahun terakhir. Sebagian besar keberhasilan berasal dari kontrak dengan Departemen Pertahanan. Radius telah membangun beberapa shelter yang dapat menampung hingga 300 orang-di setiap ibukota AS dari Hawaii hingga Maine. McCarthy juga memiliki sejumlah klien swasta yang termasuk politisi, musisi, aktor dan atlet. Di seluruh dunia, sudah ada lebih dari 1.100 tempat penampungan bawah tanah yang dibangun Radius. McCarthy mengatakan ia tidak ragu satu saat nanti penampungan itu pasti akan dipakai. "Sejak awal sejarah tercatat, kita telah memiliki sekitar 18.000 perang dan terus berlangsung," kata McCarthy. "Jadi pertanyaannya adalah, apakah sifat manusia berubah?", katanya. ~inilah.com~ |
| Galaksi Kita Curi Planet Galaksi Lain Posted: 27 Nov 2010 09:10 PM PST Sebelumnya ada 500 planet yang diidentifikasi sebagai bahagian galaksi Bima Sakti. Kini ditemukan satu planet mengorbit bintang disebut HIP 13044. Planet ini terletak sekitar 2.000 tahun cahaya jauhnya.Para peneliti yang melaporkan dalam edisi online jurnal Science menyatakan meskipun bintang ini ada di Bima Sakti, namun berasal dari sebuah galaksi yang kemudian dicuri oleh galaksi kita. Hal itu menjadikan ada planet baru berukuran sekitar 20 peratus lebih besar dari Jupiter, dan pertama ditemui berasal dari galaksi lain. "Penemuan ini sangat menarik," kata Rainer Klement dari Institut Astronomi Max Planck Jerman dalam sebuah pernyataan. ~inilah.com~ |
| Posted: 27 Nov 2010 09:06 PM PST Satu perkara yang pasti kita akan hadapi tetapi kita tidak berapa pedulikan ialah MATI.Semua orang dulu dulu, Nabi, Rasul, raja, presiden, menteri, profesor,orang miskin, orang kaya sudah merasai mati. Tetapi mereka tidak berpeluang kembali untuk menceritakan kepada kita pengalaman mereka. Giliran kita bila pulak? Dan apakah persediaan yang patut kita lakukan? Al Quran dan Hadis banyak sekali menceritakan tentang MATI dan kebangkitan dari MATI dengan sejelas jelasnya. "Apakah manusia menyangka, bahawa ia akan dibiarkan begitu saja (tanpa dipertanggungjawabkan dan di hidupkan kembaliuntuk menerima balasan)? Bukankah dia berasal dari air mani yang di pancarkan (kedalam rahim)? Kemudian air mani itu menjadi sebuku darah beku, sesudah itu Tuhan menciptakannya, dan menyempurnakan kejadiannya (sebagai manusia)? lalu Tuhan menjadikan daripadanya dua jenis (sepasang): lelaki dan perempuan.Adakah (Tuhan Yang menjadikan semuanya) itu tidak berkuasa menghidupkan orang mati? (Tentulah berkuasa)! (Surah Al Qiyamah Ayat 36-40) "Tidak kah dia mengetahui, apabila di bangkitkan apa yang ada di dalam kubur. Dan didedahkan segala yang terpendam di dalam dada? Sesungguhnya Tuhan mereka Maha Mengetahui dengan mendalam tentang (balasan yang diberikan Nya kepada) mereka pada hari itu. (Surah Al'Adiyat Ayat 9-11). "Mereka (yang ingkar) berkata,"Apakah benar kita dikembalikan hidup saperti keadaan di dunia dahulu? Bolehkah kita (dihidupkan semula) sesudah kita menjadi tulang yang hancur? Mereka berkata lagi, "Kalau berlaku yang demikian, sudah tentu kembalinya kita itu satu perkara yang merugikan!". (Menghidupkan semula tidaklah sukar), kerana berlakunya perkara itu hanya lah dengan satu tiupan (dari sangkakala yang kedua) sahaja. Maka dengan serta merta mereka berada hidup di muka bumi.(Surah Al Nazi'at Ayat 10-14) Pada masa Jibril dan malaikat malaikat yang lain berdiri bersaf saf (menunggu perintah Tuhan), tidak ada yang berani berkata kata melainkan sesiapa yang diizinkan oleh Tuhan Yang Maha Pemurah, serta dia berkata benar. Itulah hari yang pasti akan berlaku, maka sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya, nescaya dia mengambil jalan kembali kepada Tuhannya. Sesungguhnya Kami telah memberi amaran kepada kamu mengenai azab yang dekat (masa tibanya), iaitu hari seseorang akan melihat apa yang telah diusahakan nya dan orang yang kafir akan berkata, "Alangkah baiknya kalau aku dahulu adalah tanah." (surah Al Naba' Ayat 38-40) Maka apabila malapetaka yang sangat dasyat (Hari kiamat) telah datang. Iaitu pada hari ketika manusia akan mengingati apa yang telah dikerjakan; Dan nerak di perlihatkan kepada sesiapa yang dapat melihatnya.Adapun orang yang melampaui batas. Dan dia lebih mengutamakan kehidupan dunia semat mata. Maka sesungguhnya neraklah tempat kediaman nya.Dan apapun orang yang takutkan kebesaran Tuhannya dan dia menahan dirinya daripada menurut keinginan hawa nafsunya. Maka sesungguhnya syurgalah tempat kediamannya." (Surah Al Nazi'at Ayat 34-41) Melalui Ayat Ayat Al Quran di atas kita di peringatkan dengan sejelas jelas tentang apa yang bakal berlaku kepada kita semua. Apa pendapat Anda? Rasulullah SAW menjawab ketika di tanya.Maksudnya "Siapakah orang mukmin yang paling cerdik? Rasulullah SAW menjawab "Orang yang paling cerdik ialah orang yang banyak mengingati MATI. (Riwayat Ibnu Majah). Yang mana kita perlu utamakan, nasib di dunia atau nasib di akhirat.Sebab orang yang kaya di dunia tetapi tidak bertaqwa akan miskin di akhirat.Miskin di dunia masih ada ruang untuk berikhtiar.Masih boleh mencari makan dan tempat tinggal.Tetapi kalau miskin di akhirat, dah tidak boleh buat apa apa.Tidak seorang pun yang akan simpati. Maka kemiskinan dan penderitaan yang mana yang patut kita takut.Bertungkus lumus untuk dunia atau untuk akhirat yang kita mesti utamakan? Kita patut utamakan urusan urusan akhirat.Sebab MATI boleh datang bila bila masa.Jika dia datang di kala kita belum bersedia maka menderita lah kita selama lamanya.Sedangkan hal hal dunia kalau tidak selesai hari ini esok boleh sambung lagi.Tidak mengutamakan dunia tidak akan menyebabkan kita rugi selama lamanya. Contohnya kalau kita lewat lewatkan solat dengan sengaja kerana buat kerja dunia, tiba tiba sakaratul maut cabut nyawa kita ketika itu, Allah akan humbankan kita selama 40 tahun dalam neraka.Dunia perlu juga tetapi berpada pada saperti yang di ingatkan Rasulullah SAW yang maksudnya, " Berusahalah untuk duniamu seolah olah kamu akan hidup selama lamanya.Dan berusahalah untuk akhiratmu seolah olah kamu akan mati esok hari." (Riwayat Ibnu Asakir) Demikian lah hal nya tentang KEMATIAN. Akibatnya mengerikan dan menakutkan! SEBUT SAHAJA PASAL MATI ORANG YANG TIDAK BERIMAN SANGAT MEMBENCINYA. ~amrielwahab~ |
| Kejadian Bayi Bukti Kekuasaan Allah Posted: 27 Nov 2010 09:02 PM PST Dalam Al Qur'an dipaparkan bahwa manusia diciptakan melalui tiga tahapan dalam rahim ibunya."... Dia menjadikan kamu dalam perut ibumu kejadian demi kejadian dalam tiga kegelapan. Yang berbuat demikian itu adalah Allah, Tuhan kamu, Tuhan yang mempunyai kerajaan. Tidak ada Tuhan selain Dia; maka bagaimana kamu dapat dipalingkan?" (Qur'an Surah 39 Zumar:6) Sebagaimana yang akan dipahami, dalam ayat ini ditunjukkan bahwa seorang manusia diciptakan dalam tubuh ibunya dalam tiga tahapan yang berbeda. Sungguh, biologi modern telah mengungkap bahwa pembentukan embrio pada bayi terjadi dalam tiga tempat yang berbeda dalam rahim ibu. Ilmu kandungan menemukan bahwa janin ketika masih berada dalam kandungan dilapisi oleh tiga selaput yang melindunginya dari air yang berasal dari luar, dan dari panas serta cahaya, dan dinamakan dengan tiga kegelapan. Sekarang, di semua buku pelajaran embriologi yang dipakai di berbagai fakultas kedokteran, hal ini dijadikan sebagai pengetahuan dasar. Misalnya, dalam buku Basic Human Embryology, sebuah buku referensi utama dalam bidang embriologi, fakta ini diuraikan sebagai berikut: "Kehidupan dalam rahim memiliki tiga tahapan: 1. pre-embrionik; dua setengah minggu pertama, 2. embrionik; sampai akhir minggu ke delapan, 3. dan janin; dari minggu ke delapan sampai kelahiran." (Williams P., Basic Human Embryology, 3. edition, 1984, s. 64.) Fase-fase ini mengacu pada tahap-tahap yang berbeda dari perkembangan seorang bayi. Ringkasnya, ciri-ciri tahap perkembangan bayi dalam rahim adalah sebagaimana berikut: - Tahap Pre-embrionik Pada tahap pertama, zigot tumbuh membesar melalui pembelahan sel, dan terbentuklah segumpalan sel yang kemudian membenamkan diri pada dinding rahim. Seiring pertumbuhan zigot yang semakin membesar, sel-sel penyusunnya pun mengatur diri mereka sendiri guna membentuk tiga lapisan. - Tahap Embrionik Tahap kedua ini berlangsung selama lima setengah minggu. Pada masa ini bayi disebut sebagai "embrio". Pada tahap ini, organ dan sistem tubuh bayi mulai terbentuk dari lapisan- lapisan sel tersebut. - Tahap fetus Dimulai dari tahap ini dan seterusnya, bayi disebut sebagai "fetus". Tahap ini dimulai sejak kehamilan bulan kedelapan dan berakhir hingga masa kelahiran. Ciri khusus tahapan ini adalah terlihatnya fetus menyerupai manusia, dengan wajah, kedua tangan dan kakinya. Meskipun pada awalnya memiliki panjang 3 cm, kesemua organnya telah nampak. Tahap ini berlangsung selama kurang lebih 30 minggu, dan perkembangan berlanjut hingga minggu kelahiran. Informasi mengenai perkembangan yang terjadi dalam rahim ibu, baru didapatkan setelah serangkaian pengamatan dengan menggunakan peralatan modern. Namun sebagaimana sejumlah fakta ilmiah lainnya, informasi-informasi ini disampaikan dalam ayat-ayat Al Qur'an dengan cara yang ajaib. Fakta bahwa informasi yang sedemikian rinci dan akurat diberikan dalam Al Qur'an pada saat orang memiliki sedikit sekali informasi di bidang kedokteran, merupakan bukti nyata bahwa Al Qur'an bukanlah ucapan manusia tetapi Firman Allah. Semoga ini menjadi renungan bagi semua terutama bagi mereka yang murtad hanya kerana dunia. |
| Puisi buat Senator Dr. Syed Husin Ali Posted: 27 Nov 2010 08:58 PM PST Suara Merdeka Semangat Abadi(kepada semua pencinta kebenaran dan keadilan) "saya terkadang merasa belum tua lagi…akan tetapi, tidak bererti saya akan meninggalkan politik ataupun parti sepenuhnya…" - Senator Dr. Syed Husin Ali i. matari september seribu sembilan ratus tiga puluh enam di bumi Bandar Penggaram jagatraya berkisah cemburu dalam bahagia kerna akhir disaksi teruji dek zaman bakal melakar deru laju tapaknya seiring impiannya sudah teruji merentas segala duri dan ranjau… ketahuilah parti ini melangkah ke putrajaya dengan iringan setia semangat rakyat abadi dari batu pahat, banteras rasuah adalah prinsipnya khianat hipokrasi adalah musuhnya impian satupadu adalah juangnya kanun kejam adalah lawannya. semuanya demi harimuka masyarakat segalanya untuk harapan baru rakyat terimakasih syed husin ali kini kami bisa jauhi amalan korup, pemerintahan bobrok dan tirani kukubesi terimakasih syed husin ali kini kami bisa kenali ajaran perubahan, erti pengorbanan dan janji reformasi liku-liku juang jitu simbol cabaran semangat susuk sederhana konsisten tekad juang; zahir perwatakan nyata sikap tegas kepedulian hanya perjuangan rakyat berkali-kali mengungkap kebencian pada kepura-puraan nadanya pasti kritik, pasti pedas "ilmuwan jangan menikus melukakan kerajaan …biarlah dibersihkan air agar jernih" gelora warna warna cabaran lalu mengheret atma prihatin itu mengenal cabaran dan halangan lalu terus langsung mengukir sejarah lalu tekad ligat memperbetulkan arah impiannya kemanusiaan, kesejahteraan faedahnya untuk rakyat dan negara, nusa dan bangsa dari ancaman kapitalis, dari adu domba KKN dari salahguna ISA, dari pilihkasih OSA, dari tekantikam Akta Percetakan. Atau penindas rakyat,menara bazir billion ratusan tingkat Atau kapal selam langsung enggan tenggelam Atau sisa – sisa penjajahan minda salah urus tadbir salah pengkhianat main pasir. ii kami hayati gusar atma dalam coret cerita pendek lintah dua serupa-takut tersisih-prasangka kami dalami kritis rintih dalam wacana dedah realiti tanah simpanan melayu perlu dibangun-menjana politik tidak perkauman dari tajam pemikiranmu baru kami kenali apa erti pembangunan-masyarakat dan pimpinan kampung dari teguh prinsipmu, baru kami tekuni orang melayu masalah dan masa depan tidak lain bagi kemerdekaan rakyat kita tidak lain buat keadilan rakyat Malaysia beritakanlah rahsia buana siyasah agar kenal tulisan pedomanmu, semangat tekadmu (pasti takkan haus) khabarkanlah jasa peta politik agar mesra tunjang pengorbananmu, wawasan harapanmu (pasti takkan pudar) iii. 1974 – yang mengejut mengambil dari tidur dari rumah 6 tahun lama 1990 – yang memaksa letak jawatan kuliah gedung ilmu universiti malaya 2003 – yang melihat pembubaran-penggabungan parti asas papantanda putrajaya 2009 – yang diangkat wakili gema hujah dinding dewan negara 2010 – yang melihat langkah pergi sebenarnya lebih berani dalam rela Apakah akan ada lagi Timbalan Presiden sebegitu ? Apakah akan ada lagi Timbalan Presiden sepertimu ? mengajar kita ranjau resah senantiasa ceramah membawa agenda mendidik kita duri gelisah selalu ditinta tegur nasihat walau jatuh akan kita bangkit laju walau usir namun kita paling semula takkan tewas, serah atau pasrah kecundang ini suara merdeka yang bebas melawan dalang dan tirani melawan kepalsuan dan penindasan segala rejim dan segala barisan ini suara merdeka semangat abadi hapuskan kezaliman dan kebiadapan, penipuan dan penindasan ini gema suara merdeka yang benar segera ke hadapan dengan cogankata lantang serta sepanduk bantahan bangkit melangkah laju maju bersama lafaz protes sumpah amanah tahanlah tanpa bicara sekali lagi walau di Balai Jalan Bandar atau jeriji besi penjara Kamunting kiranya dikirim ugutan, diseksa, diaibkan akan ditulis lagi dua wajah tahanan tanpa bicara perihal fitnah akan diutus lagi warkah terbuka airmata tabah sabariah abdullah. iv. AMK sedia hadir, tempur penuhi padang kelab selangor, panjat mimbar masjid negara mana-mana atau Wanita Srikandi terus berarak dari baling dan tasik utara bila-bila halangilah, selindungilah seorang mirzan, seorang tajuddin sepuluh che Mahathir, beratus king ghazali dengan syed husin ali kita akan mara demonstrasi dengan syed husin ali kita akan segera berani kerna semua wanita pagi ini kerna semua amk kongres ini akan lahirlah nanti SEJUTA LAGI SYED HUSIN ALI BERANI sejarah kezaliman, sejarah penipuan PASTI DITUMPASKAN zaman segala era menteri perdana bersilih, pemimpin sering datang-pergi namun insan syed husin ali terus relevan kekal dekad segala dasar-rancangan dibentang-dimansuh pusingan pilihan raya-manifesto berlalu-berganti namun tokoh syed husin ali terus tampak kental SEMUANYA demi generasi jiwa merdeka mukahari v. dan mengutip titipanmu, kami kembalikan dedikasi untuk semua pejuang keadilan, demokrasi, kebenaran, kebebasan dan perpaduan di negara ini sepanjang zaman insya Allah, akan terpahat selama-selamanya. jasa dibalas pahala, budi dibalas doa mari kita nanti kemana gelanggang baru menunggu pidato tajam jejak tekad membersihkan air agar jernih. sungguh ikrar kami menyambut seruan-amanahmu sungguh azam kami mengingati luahan-pesananmu maka ayuhlah ! Marilah pemuda wanita sekalian bangsa Malaysia kita bawa tekad teguh berani itu kita tampil genggam sumpah ruang ini sehingga mereka jatuh tumpas dan tewas tamatlah, noktahlah SEMUA KISAH LUKA SELAMA-LAMANYA… Amatilah wahai srikandi wanita Amatilah wahai angkatan muda… salut untukmu, SALUT SELAMANYA. karya ROZAN AZEN MAT RASIP Angkatan Muda Keadilan BATU damansara-kota bharu-petaling jaya-sentul 18-26 November 2010 (puisi ini dikarang khas sebagai penghormatan kepada Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat Senator Dr. Syed Husin Ali, dan telah pertama kali dideklamasikan khas penulis bersama Sdri. Anizan Othman Srikandi Selangor semasa Perasmian Kongres Tahunan AMK & Wanita PKR Ke-7 di Dewan Sivik, MPPJ pada 26 November 2010) |
| Kalau ANJING salak perlu salak balik? Posted: 27 Nov 2010 08:54 PM PST Meskipun susuk badannya tidak sekuat orang muda, namun pejuang politik yang lanjut usianya masih boleh menyumbang dalam gerakan reformasi dengan hikmah yang dikumpul sepanjang perjuangan hidupnya.Kongres Nasional PKR hari ini diceriakan dengan ucapan Wan Khazim Wan Din, 80, dari Perlis, yang bukan sahaja disambut gelakan ketawa, malah tepukan gemuruh sambil berdiri oleh perwakilan selepas beliau berucap. Dengan usia yang 80 tahun, Wan Khazim Wan Din menegur Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim di khalayak ramai. Beliau menoleh ke arah Anwar Ibrahim yang berada di atas pentas, sambil bertanya,"Saudara Anwar Ibrahim, saya ingin memperingatkan sebagai orang tua..." Wan Khazim Wan Din, "Saudara Anwar pernah jumpa dengan anjing? (Ada) Anjing salak, (saudara) nak salak balik? " Soalan ini biarpun dirasai "kasar" sebermulanya, namun disambut dengan gelak ketawa dan sorakan dari atas dan bawah pentas. Malah, Wan Khazim melontarkan soalan kepada perwakilan, seandainya kita menyalak kepada anjing, "Kita jangan jadi...jadi apa? (balas Anjing!) Sebelum ini, beberapa orang perwakilan yang berucap dalam sesi perbahasan ucapan dasar Presiden, menyeru agar perwakilan bangkit mempertahankan Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim, yang diserang oleh musuh dalam media cetak mahupun di ruang internet. Kalah pilihan raya bukan kalah dalam perjuangan Wan Khazim pernah terlibat dalam API (Angkatan Pemuda Insaf), yang ditubuhkan sebelum kemerdekaan Tanah Malaya. Beliau secara berseloroh mendakwa rakan seperjuangannya dalam API telah "padam" (meninggal dunia), dan tinggal beliau seorang kini. Malah, Timbalan Presiden PKR Syed Husin Ali adalah antara rakan seperjuangannya selepas wadah API diharamkan. Pejuang politik ini tidak mengakur, kononnya "tidak pernah kalah lima kali bertanding", kerana untuk Wan Khazim, ayam hanya kalah bila berpadah semasa berlaga. Namun, beliau yang tidak pernah berpadah dari perjuangan menegaskan, "Kalah dalam pilihan raya bukan bermakna kalah dalam perjuangan!" Wan Khazim mengakui dirinya sudah tua sebermulanya, dan tidak larat untuk berucap dengan semangat yang berkobar-kobar seperti anak muda. Wakil Selangor, Noorhana Anuar yang menjadi pembahas kedua sebelum ini, berapi-api ketika menyampaikan ucapan. Bagaimanapun, Wan Khazim mengambil kesempatan untuk mencuit anak muda, tanpa menyebut nama bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan, Mohd Ezam Mohd Nor. Beliau menyindir orang muda biarpun berdebar-debar ucapannya, "berbakul-bakul sumpahnya", namun mereka jugalah orang yang cabut dari perjuangan. Wan Khazim juga membidas UMNO yang "menerima kemerdekaan" dari tangan penjajah Bristish. Untuk Wan Khazim, "Kemerdekaan yang sebenar ialah rakyat menjadi ...hakim!", walaupun perwakilan di bawah pentas menyahut dengan "tuan". |
| Posted: 27 Nov 2010 08:53 PM PST 1 disember 2010 ini, dikhabarkan akan berlaku mesyuarat majlis tanah negara yang dihadiri oleh semua menteri besar di semua negeri-negeri di Malaysia. Turut hadir, beberapa orang menteri kabinet. Menteri sumber asli dan Alam Sekitar, Douglas Uggah Embas adalah menteri yang wajib hadir. Mesyuarat tersebut, dipengerusikan oleh PM, najib Tun Razak. Dalam mesyuarat tersebut, akan dibangkitkan berkenaan pengurusan hutan di Malaysia. Dalam mesyuarat tersebut, didakwa akan berlaku satu serangan dahsyat terhadap pengurusan hutan di Kelantan. Antara serangan yang berkemungkinan dibangkitkan adalah; Pertama: kenapa kelantan didakwa menebang balak terlalu banyak? Kedua: Kenapa Kelantan tidak ikut dasar Barisan Nasional tentang perhutanan? Dua soalan ini bakal menjadi serangan dahsyat terhadap wakil kerajaan negeri kelantan dalam mesyuarat pada 1 disember ini. Tidak cukup sekadar itu, ia akan dijadikan sebagai isu media untuk membina persepsi rakyat terhadap kerajaan PAS pimpinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Walaubagaimana pun, sebelum najib hendak menyerang kelantan, Najib kena jawab dua soalan ini dahulu, iaitu; Pertama: Pengeluaran balak yang terlalu tinggi berlaku di bukit Tinggi, Pahang. Keadaan ini berlaku sejak Najib menjadi MB Pahang lagi sehingga kini, malahan ia berada dibawah pengetahuan Najib. Kedua: Mengikut dasar kerajaan Barisan nasional, tidak boleh dilakukan tanaman sawit dalam hutan simpan. Tetapi, kenapa di sarawak ada hutan simpan yang ditanam sawit? Banyak lagi soalan yang perlu najib jawab, tapi kita menunggu serangan najib terhadap kelantan dulu. ~Al-Bakistani~ |
| Kerajaan gagal terjemah makna falsafah pendidikan Posted: 27 Nov 2010 08:52 PM PST Perwakilan dari Cabang Bayan Baru, Pulau Pinang, Rashid Hasnor dalam usul perbahasan pendidikannya hari ini berkata, kerajaan gagal untuk menterjemahkan makna dari falsafah pendidikan, berikutan kebejatan sikap pemerintah yang memandang enteng berkenaan hal tersebut."Telah banyak gejala buruk yang berlaku dalam hasil dari dasar yang pincang ini. Pecah amanah, keruntuhan akhlak, yang menjurus kepada gejala yang lebih buruk dalam sistem pentadbiran dan perundangan di negara ini," katanya. Rashid menjelaskan, pengalaman Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang pernah menjadi Menteri Pendidikan perlu dimanfaatkan sebaik mungkin, dalam membentuk sahsiah ahli dan kepimpinan. "Justeru, hasrat kami sekiranya Pakatan Rakyat menawan Putrajaya, falsafah pendidikan ini perlulah dirombak. Bukan semata-mata kepada kandungannya, tetapi kaedah dan dasar lebih radikal," Beliau menambah, KEADILAN harus mengambil langkah dan pendekatan yang lebih holistik,terutamanya melalui biro pendidikan bagi menggemblengkan tenaga untuk menjayakan agenda pendidikan rakyat. |
| Posted: 27 Nov 2010 08:51 PM PST Wakil Angkatan Muda, Tsim Tze Tsin ketika membahaskan usul ekonomi berkata, dasar KEADILAN menjulang integriti dalam sistem pentadbiran ekonomi dan menentang rasuah yang menimbulkan kerugian berbilion ringgit kepada negara.Menurutnya, pada 2007, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah melancarkan agenda ekonomi Malaysia, yang membentuk halatuju KEADILAN dan Pakatan Rakyat dalam pentadbiran ekonomi. Tambah beliau idea dan gagasan ekonomi tersebut kemudiannya diciplak oleh kerajaan pimpinan Najib Razak termasuk dalam isu gaji minima. "Umno-Bn menghabiskan berpuluh juta ringgit untuk merancang pelan ekonomi tetapi rakyat masih ditakuk yang lama,"ujarnya. Menurutnya, Pakatan Rakyat berbeza dari segi pentadbiran ekonomi dengan memberi perhatian terhadap isu perumahan rumah kos rendah dan mampu milik terutama kepada golongan muda dan rakyat miskin. |
| AMK perlu kembali kepangkal jalan Posted: 27 Nov 2010 08:49 PM PST Pembahas dari Perak, Tengku Nazri Tengku Din menasihati Angkatan Muda Keadilan supaya melupakan perbezaan pandangan sesama anggotanya dan kembali bersatu bagi menumbangkan Umno-Barisan Nasional pada pilihan raya umum akan datang. "Parti ini bergantung pada anak muda kerana ekspresi perjuangan ini lahir dari anak muda dahulu. AMK yang ada hari ini perlu menentukan arah perjuangan yang hendak dibawa,'ujarnya. Menurutnya, beliau mengakui bahawa sayap pemuda parti itu sewaktu dipimpin oleh bekas ketuanya, Ezam Mohd Nor, pernah mencipta zaman kegemilangannya tersendiri. Jesteru itu, Tengku Nazri mencadangkan supaya budaya 'turun ke jalan' dihidupkan kembali dan menjadi landasan kepada perjuangan sayap pemuda itu. Sambil mengucapkan tanniah kepada Shamsul Iskandar yang berjaya mempertahankan jawatan tersebut, beliau juga meminta calon Badrul Hisham Shaharin, supaya tidak merasa kecewa akibat kekalahan. "Masa kita melawan sudah habis, masa kita mengundi sudah habis. Sekarang adalah masa untuk kita rapatkan kembali saf perjuangan untuk melangkah ke Putrajaya,"ujarnya. Kerana itu katanya, beliau berharap supaya AMK bersatu kembali menjadi sayap pemuda yang digeruni Umno-BN. "Ini amat penting, kita tidak mahu yang menang-menang segalanya, yang kalah, kalah segalanya,"ucap beliau sambil disambut tepukan dari perwakilan. |
| Lantik Syed Husin Canselor Unisel Posted: 27 Nov 2010 08:42 PM PST Kerajaan Selangor diminta mempertimbangkan supaya kekosongan kerusi canlesor Universiti Industri Selangor (Unisel) diisi oleh timbalan presiden PKR Dr Syed Husin Ali yang akan bersara daripada jawatannya.Bercakap dalam Kongres PKR, calon Srikandi Farah Afzan Faridi berkata, cadangan itu dibuat kerana Dr Syed Husin merupakan calon yang lebih baik daripada penyandangnya sebelum ini Rosmah Mansor, yang juga isteri perdana menteri. "Apa nama first lady (wanita pertama) itu? (Hadirin menjawab: Rosmah!) Eloklah Rosmah letak jawatan," katanya dengan nada sinis. "Kita ada calon yang lebih baik daripadanya, iaitu Dr Syed Husin yang boleh menunaikan hasrat pelajar Unisel supaya beliau menggantikan Rosmah. Ketika membahaskan usul pendidikan di hari terakhir Kongres PKR di Petaling Jaya hari ini, Farah Afzan meminta Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim mempertimbangkan cadangannya itu. Cadangan itu mendapat sokongan penuh daripada kira-kira seribu perwakilan yang bangun memberikan tepukan gemuruh. Sementara itu, Khalid dilihat hanya tersenyum mendengarnya manakala Dr Syed Husin pula hanya menggelengkan kepala di atas pentas. Pada 20 November lalu, Rosmah Mansor mengumumkan pengundurannya sebagai Canselor universiti itu bagi memberi tumpuan kepada pendidikan awal kanak-kanak melalui program PERMATA. Rosmah berkata permohonannya untuk mengundur diri telahpun mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah. Pengumuman 'mengejutkan' itu dibuat ketika berucap pada Majlis Perasmian Istiadat Konvokesyen Unisel Kelima di Kampus Bestari Jaya di Kuala Selangor. Unisel merupakan institut pengajian tinggi milik kerajaan Selangor. ~MK~ |
| Kembalikan Hak Biasiswa Kepada Bumiputera Posted: 27 Nov 2010 08:41 PM PST Pemuda PKR (AMK) mendesak kerajaan supaya menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pinjaman Tinggi Nasional (PTPTN) untuk dan digantikan dengan "biasiswa rakyat Malaysia" untuk golongan mahasiswa.Wakil AMK Yusmadi Yusoff menyifatkan pinjaman itu membebankan mahasiswa sedangkan pendidikan merupakan salah satu daripada hak asasi manusia. "Hak pelajar daripada hasil mahsul negara bukan daripada tawar menawar pak menteri. Hak pelajar (itu) adalah hak asasi manusia. "Sehubungan itu, Keadilan perlu mencadangkan (satu) biasiswa rakyat Malaysia," katanya ketika membahaskan usul pendidikan dalam kongres PKR hari ini. Yusmadi yang juga ahli parlimen Balik Pulau berkata pinjaman itu menyebabkan mahasiswa dicop sebagai "penghutang" selepas mereka tamat pengajian. "(Apabila) tamat pelajar, sudah ada cop dekat dahi, hutang RM15 ribu. Hendak kahwin, hutang lagi. Hendak berniaga, hutang lagi," katanya sambil disambut gelak ketawa para perwakilan. Dalam perbahasan itu juga, beliau mencadangkan supaya timbalan presiden PKR Dr Syed Husin Ali menjadi ketua dalam bidang pendidikan dalam parti yang disifatkannya sebagai "Universiti Masyarakat". "Didiklah kami, anak muda, kami akan lawan, lawan sampai ke Putrajaya," katanya sambil menambah ketokohan Dr Syed dalam bidang akademik sudah terbukti sebelum ini. Petang ini, secara rasminya Dr Syed Husin akan menyerahkan jawatannya kepada penggantinya Azmin Ali yang memenangi pemilihan bagi jawatan tersebut. Beliau memilih bersara daripada jawatan politik bagi menumpukan usaha kepada bidang penulisan dan anggo keluarganya. ~MK~ |
| Waspada pembersihan 'kumpulan berempat' Posted: 27 Nov 2010 08:40 PM PST Perwakilan PKR diingatkan supaya berhati-hati terhadap agenda 'pembersihan' dalam parti dan kemungkinan wujudnya "kumpulan berempat" yang mungkin merosakkan dan membawa keburukan.Perwakilan Pahang Ahmad Nizam Hamid berkata, slogan pembersihan yang dilaung-laungkan itu hanyalah bersandarkan emosi 'cengeng' dan bukan berdasarkan hujah intelektual. "kalau ada gang of four (kumpulan berempat) dalam parti, (menyebabkan) parti akan longgar sendi," kata Ahmad NIzam Hamid yang membuka pentas membahaskan usul pemberdayaan demokrasi dalam Kongres PKR di Petaling Jaya hari ini. Beliau bagaimanapun tidak mengulas lanjut tentang agenda tersebut dan kumpulan yang dimaksudkannya itu. Ahmad Nizam juga menyuarakan kebimbanganya terhadap fenomena "pemimpin dewa" dalam PKR. "Pemimpin yang merasakan dirinya dewa, tiada tempat dalam parti. Parti dibina atas konsep merdeka," kata pengamal undang-undang itu. Bercakap kepada pemberita selepas itu, Ahmad Nizam yang juga ketua cabang Temerloh menjelaskan apa yang disuarakannya itu berdasarkan cakap-cakap di kalangan akar umbi yang dikongsi bersama. Walaupun ditanya berulang kali, beliau masih enggan memaklumkan siapakan kumpulan berempat yang dimaksudkannya. Bagaimanapun, menurutnya, kumpulan itu ditimbulkan berdasarkan suasana politik China di zaman Revolusi Kebudayaan (1966-76) yang dipimpin tokoh besar Komunis Mao Zedong. Berdasarkan sejarah, kumpulan berempat merujuk kepada peranan isteri Mao, Jiang Qing dan tiga lagi selepas kematian suaminya yang mengawal organ parti sesuka hati - tindakan yang mengakibatkan berlakunya kucar-kacir dalam parti. Ditanya sama ada beliau menujukan label kumpulan berempat itu kepada pemenang jawatan timbalan presiden PKR Azmin Ali, Ahmad Nizam enggan mengulas perkara itu. Pada 22 November lalu, Azmin berikrar untuk membersihkan parti itu daripada "pengkhianat" ekoran tindakan dalam pemilihan dua bulannya yang mencemarkan imej parti di mata awam. Bercakap kepada parlimen di lobi Parlimen, Azmin - kini masih naib presiden - berkata, "pembersihan" itu akan bermula serta-merta selepas kongres PKR yang akan tamat hari ini. ~MK~ |
| PKR dicadang tubuh badan bebas siasat pemilihan Posted: 27 Nov 2010 05:42 PM PST Perwakilan Wilayah Persekutuan dalam Kongres PKR mencadangkan supaya satu jawatankuasa bebas ditubuhkan untuk menyiasat aduan-aduan yang diterima berhubung pemilihannya.Azman Abidin berkata, Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) "tidak harus menyiasat" aduan tersebut supaya siasatan dilihat lebih adil dan telus. "(JPP memang) ada kekurangan, (dan) kelemahan harus kaji. Dan selepas kongres dan setelah dapat kenalpasti kelemahan, saya mencadangkan (parti) menubuhkan satu badan bebas. "Segala aduan calon harus siasat yang tidak harus JPP siasat, bagi memboleh siasatan lebih adil dan telus," katanya sewaktu membahaskan usul pemberdayaan demokrasi pagi ini. Dalam perbahasan itu juga, Azman turut mencadangkan agar parti memperketatkan syarat-syarat calon yang bertanding ketua cabang dengan menaikkan jumlah wang deposit pencalonan jawatan tersebut kepada sekurang-kurangnya RM1,000. "Sekurang-kurang duit itu boleh digunakan oleh ibu pejabat," katanya. Pada masa ini sebanyak RM20 dikenakan untuk bertanding jawatan di peringkat cabang. Sementara itu, perwakilan Melaka Mahani Maspan mencadangkan parti segera menubuhkan pengkalan data calon bagi mengenalpasti rekod calon bertanding. "(Parti perlu) memlilih kualiti calon bermula daripada sekarang," katanya. ~MK~ |
| JPP perlu disiasat bukan bebankan pengadu Posted: 27 Nov 2010 05:41 PM PST Calon timbalan presiden Mustaffa Kamil Ayub masih berharap aduannya terhadap Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) berhubung pemilihan parti terus disiasat dan beban itu tidak dikembalikan kepada pengadu.Katanya, beliau berharap JPP lebih produktif dalam menyiasat dan menyelesaikan aduan yang diterimanya daripada pelbagai pihak, termasuk dirinya sendiri. "JPP menerima (aduan) masalah, jangan ambil mudah dan jangan letakkan beban pembuktian kepada pengadu. "Ia tanggungjawab bersama untuk menyiasat dengan serius dengan dakwaan yang dilakukan," katanya ketika ditemui Malaysiakini di Kongres PKR di Petaling Jaya hari ini. Sambil memberi contoh tentang rumah yang dimasuki pencuri, Mustaffa Kamil berkata, bukan sahaja pengadu, malah polis juga bertanggungjawab untuk menyiasat mengenai kejadian tersebut. "Jadi apa kerja polis (kalau pengadu sendiri siasat)?" soalnya yang tewas dengan majoriti besar kepada pesaingnya Azmin Ali dalam perebutan kerusi nombor dua parti itu. Mustaffa Kamil sebelum ini menghantar memorandum membantah perjalanan pemilihan PKR yang didakwanya berlaku salah tadbir dan salah urus. Beliau juga berkata akan mengambil tindakan tegas sekiranya tidak dilayan dalam tempoh 48 jam. 'Ada elemen sedih' Bagaimanapun, selepas tamat masa itu, beliau meneruskan bertanding setelah diberikan beberapa jaminan oleh Pengerusi JPP Dr Molly Cheah. Setakat ini, Mustaffa Kamil yang sedang menghabiskan hari-hari terakhir sebagai naib presiden PKR itu berkata beliau masih tidak pasti tentang status siasatan ke atas kesnya. Menurut Mustaffa Kamil, beliau tidak bercadang untuk memberikan kenyataan terbuka di hadapan lebih 1,000 perwakilan dalam kongres hari ini kerana "ia tidak menguntungkan parti". "Saya fikir ia kurang sesuai dan orang lain (yang) akan mendesak parti untuk menghilangkan keresahan dan rintihan dalam parti.... "Walaupun keputusannya demikian, tetapi ia sentiasa boleh disemak dan mengambil iktibar daripada perjalanan pemilihan PKR ini," katanya. Ditanya sama ada beliau akan menerima jawatan naib presiden untuk kuota lantikan sekiranya ditawarkan, Mustaffa Kamil yang juga ketua PKR Perak hanya berkata "akan mempertimbangkannya". Bekas pemimpin belia itu juga tidak kecewa dengan kekalahannya merebut jawatan nombor dua parti itu, tetapi mengakui "ada elemen sedih dengan apa yang berlaku" dengan pemilihan. Berdasarkan keputusan tidak rasmi, Mustaffa Kamil ketinggalan lebih 11,000 di belakang Azmin. Keputusan rasmi akan diumumkan esok oleh pengerusi persidangan. ~MK~ |
| Perwakilan lontar 'seribu' persoalan untuk JPP Posted: 27 Nov 2010 05:40 PM PST Seorang perwakilan Kongres PKR mengemukakan soalan bertalu-talu kepada Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) berhubung isu yang berkaitan dengan pemilihan parti itu.Perwakilan Perak Zulkifli Ibrahim antaranya mempersoalkan sama ada badan pentadbir pemilihan langsung itu diberi kuasa penuh tanpa diganggu oleh mana-mana pihak. Ketika membahaskan ucapan dasar presiden, Zulkifli juga mempersoalkan kelayakan Setiausaha Agung Saifuddin Nasution membuat kenyataan berhubung berhubung pemilihan bagi pihak pengerusi JPP Dr Molly Cheah. "Adakah benar, kadang-kadang pengerusi JPP tidak diberitahu ketika sesuatu pengumuman dibuat di akhbar? "Adakah kuasa yang diberikan kepada ahli JPP membuat sesuatu keputusan sendiri tanpa merujuk kepada pengerusi dan ahli JPP yang lain, contohnya dalan kes Hulu Selangor? "Betulkah setiap aduan dan bantahan oleh pengadu disiasat dan atau hanya dibuat keputusan di atas meja semata-mata?" soalnya bertalu-talu sambil disambut tepukan gemuruh perwakilan. Zulkifli yang juga Ketua PKR cabang Tambun berkata, beliau sendiri sudah tiga kali menghantar bantahan kepada JPP tetapi belum pasti sama ada ia disiasat. Beliau terus bertanya, sama ada benar JPP tidak cukup tenaga untuk membuat penyiasatan dan adakah aduan yang belum selesai akan diteruskan siasatan selepas kongres tamat. Sementara itu, seorang lagi wakil Perak yang berucap tidak lama selepas itu M Thinagaran turut menyentuh perkara yang sama, tetapi dengan nada berbeza. "Ia (pemilihan) sepatutnya lancar. Saya tak tahu di mana salah dan silap hingga tiba-tiba diseret ke mahkamah bagi mendapatkan (perintah) injunksi," kata Thinagaran. Mengakui percaya pada ketegasan parti, beliau menegur cara penyampaian maklumat dalam PKR, antaranya penggunanaan istilah yang "elit" dan masalah komunikasi. "Cuba guna perkataan yang mudah difahami. Perkataan trojan horse (musuh dalam selimut) contohnya, apa itu trojan horse? "Rakyat tak faham istilah ini. Kita kena perkataan yang biasa untuk menjelaskan apa yang cuba dimaksudkan." MK~ |
| Mustaffa Akan Setia Dengan PKR Posted: 27 Nov 2010 05:39 PM PST Naib Presiden PKR Mustaffa Kamil Ayub berjanji akan terus komited dalam PKR walaupun ada percubaan menariknya menyertai parti baru yang akan ditubuhkan Datuk Zaid Ibrahim."Ada percubaan meminta saya ke sana. Dan (juga sebelum ini) diminta untuk tidak bertanding (timbalan presiden), tetapi saya akan terus bertanding dan memberikan ruang kepada JPP (menangani aduan). "Ada yang menggamit, tetapi saya tegas dan komited dengan PKR," katanya yang tewas teruk dalam pemilihan merebut jawatan timbalan presiden di tangan pesaingnya Azmin Ali. Berdasarkan keputusan tidak rasmi, Mustaffa Kamil ketinggalan lebih 11,000 di belakang Azmin. Keputusan rasmi akan diumumkan esok oleh pengerusi persidangan. Zaid - bekas pengerusi PKR Wilayah Persekutuan - semalam dilapor mengumumkan akan menubuhkan parti baru pada Januari depan. Bercakap dalam sidang akhbar di kediamannya di ibu negara, Zaid berkata butiran lanjut mengenai nama parti, bentuk perjuangan dan organisasi parti baru itu akan diumumkan pada bulan yang sama. Beliau, bagaimanapun, memberi jaminan bahawa beliau tidak akan menggunakan nama 'Keadilan' atau Parti Angkatan Keadilan Islam Malaysia (AKIM) dalam penubuhan parti baru itu kelak. ~MK~ |
| Third Force dan Trojan Horse Boleh Masuk UMNO Posted: 27 Nov 2010 05:37 PM PST BN dan Umno sentiasa terbuka dan bersedia menerima sesiapa pun menyertai parti tersebut, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika ditanya sama ada parti itu sedia menerima golongan 'Third Force' dalam PKR yang tidak puas hati dengan pemimpin mereka. "Mereka boleh menjadi ahli bersekutu, ahli badan bergabung dan sebagainya. Bererti bahawa kita lebih bersifat terbuka dan inklusif untuk kita dapat menarik sesiapa pun yang minat dengan perjuangan BN atau Umno." Katanya, kewujudan kumpulan yang dikenali sebagai 'Third Force' dalam pakatan pembangkang khususnya PKR, adalah berikutan timbulnya rasa tidak puas hati anggota parti itu terhadap kepimpinan mereka, lapor Bernama. "Sama ada mereka jadi "Third Force" atau mereka masuk parti yang Datuk Zaid (Ibrahim) nak tubuh atau pun nak masuk Umno dan sebagainya, ini kesan daripada keadaan dalam PKR yang menjurus kepada satu keadaan di mana krisis keyakinan yang begitu serius melanda parti tersebut," katanya. Perdana menteri memberitahu pemberita demikian selepas merasmikan Pameran Pertanian, Horikultur dan Agro-Pelancongan Malaysia (MAHA 2010) di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps) di Serdang hari ini. Najib diminta mengulas kenyataan Timbalan Presiden PKR, Senator Dr Syed Husin Ali bahawa kewujudan kumpulan yang dikenali sebagai 'Third Force' dalam pakatan pembangkang bakal menyulitkan gabungan berkenaan untuk menang besar dalam pilihan raya umum akan datang. Ketika merasmikan Kongres Wanita dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) semalam, Syed Husin berkata kumpulan berkenaan perlu ditangani dengan bijaksana dan tidak boleh dipandang ringan. Perdana menteri berkata keadaan itu juga menunjukkan krisis keyakinan yang begitu serius melanda parti tersebut dan tindakan anggota PKR itu kerana mereka sudah hilang kepercayaan terhadap pemimpin mereka. "Kalau berlaku apa-apa pun, ini kesan daripada rasa tidak puas hati di kalangan ahli-ahli PKR sendiri sebab itu mereka sudah menjadi kumpulan yang telah memilih jalan untuk keluar daripada PKR. Namun, pada masa sama, Najib menafikan bahawa langkah BN membuka keahlian terus itu adalah disebabkan parti berkenaan terdesak untuk mencari pemimpin pelapis. "Tidak, ini bukan terdesak. Ini bererti bahawa BN sebuah parti yang berubah mengikut masa..ini yang penting. Kita tidak boleh dengan kaedah kita dengan struktur yang lama walhal persekitaran politik sudah berubah. "Sebab BN perlu menampilkan dirinya sebagai sebuah parti yang sanggup berubah dan boleh berubah...sebuah parti yang segar dan dinamik, bukan parti yang kaku yang tidak sanggup melakukan perubahan," katanya. Ditanya jika golongan "Third Force" akan berubah dan menyokong BN, Perdana Menteri berkata: "Saya tidak tahu lagi, ia bergantung,..kita akan lihat perkembangannya tapi ini adalah akibat anggota PKR hilang keyakinan." ~Bernama~ |
| You are subscribed to email updates from Anak Cucu Nabi Adam To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |


















Tiada ulasan:
Catat Ulasan