:: @ AL-BAKISTANI @ :: |
- PKS BOLEH BUAT, PAS BOLEH ATAU TIDAK?
- AHMADINEJAD DAH BUAT, MANA SUNNI PULA?
- KEMBALIKAN AIR RAKYAT SELANGOR
- TAHUKAH ANDA : KELANTAN SEBELUM 1990 ADA DISKO DAN KELAB MALAM
- PR SELANGOR BERPERANG DENGAN KAPITALIS SYABAS
| PKS BOLEH BUAT, PAS BOLEH ATAU TIDAK? Posted: 22 Nov 2010 01:07 PM PST Sejak dua minggu yang lepas, boleh dikatakan setiap hari aku melayari youtube yang berkaitan dengan debat, wacana dan perbincangan dari negara Indonesia. Di sana, budaya wacana politik dan wacana agamanya amat menarik sekali. Sebarang kekusutan dan perbedaan antara mereka, sama ada berkaitan dalam isu politik, ekonomi, agama dan sebagainya, semuanya dibawa ke meja debat dalam media. dalam banyak-banyak wacana media yang menarik minatku adalah, soalan-soalan provokasi yang dikemukakan oleh empat orang wanita terhadap Presiden PKS [partai keadilan sejahtera], iaitu sebuah parti Islam dari Indonesia, yang seakan-akan sama dengan PAS di malaysia, tentang dasar parti mereka berkenaan beberapa isu di negara mereka. Melihat dan mendengar semua soalan-soalan tembak yang ditujukan kepada Bapa Presiden Parti, kemudian dijawab dengan nada politik yang menarik, tidak dapat dibayangkan jika tertimpa pada presiden PAS di malaysia... Ya.. Mungkin sahaja ada sebilangan mendakwa, bapa presiden PAS bisa sahaja menjawab. tetapi, sukar aku menerima dengan rasional, bahawa soalan provokasi itu berjaya dijawab dengan memberikan jawapan yang mampu memuaskan hati pendengar. walaubagaimana pun, saksikan ini; pertama: kedua: ketiga: keempat: |
| AHMADINEJAD DAH BUAT, MANA SUNNI PULA? Posted: 22 Nov 2010 12:34 PM PST TEHERAN – Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad akan melelong kereta Peugeot 504 yang dimilikinya pada 1977 untuk tujuan kebajikan, lapor sebuah stesen televisyen semalam.Wang hasil lelongan kereta itu akan diserahkan kepada projek perumahan Mehr untuk penduduk yang berpendapatan rendah. "Kereta itu akan dijual dalam satu lelongan antarabangsa," kata Menteri Kebajikan dan Keselamatan Sosial, Sadeq Mahsouli dalam laman web televisyen tersebut. Selepas beliau dipilih menjadi Presiden Iran pada 2005, antara aset yang diisytiharkannya ialah rumah di kawasan kelas pertengahan berusia 40 tahun di timur Teheran dan kereta Peugeot berwarna putih. Pada Februari lalu, Menteri Perumahan, Ali Nikzad menyatakan, kira-kira satu juta penduduk Iran layak untuk mendapatkan rumah kos murah itu. KOMENTAR pertama: Dunia Islam sering bergolak pertembungan Sunni - Syiah. Sejak dahulu, ia tidak pernah habis-habis. Peliknya, Syiah yang didakwa sesat, malahan dikafirkan telah berjaya memerintah. Tetapi Sunni yang didakwa benar dan tepat, belum terbukti kejayaan memerintah. Taliban di Afghanistani, sebuah gerakan Sunni yang terbukti berjaya mengalahkan musuh, tetapi ia tidak berjaya dilihat sebagai baik. Ia bukan tidak berjaya dilihat baik oleh rakyat luar, tetapi rakyat dalaman Afghanistan pun membenci taliban. Iran yang merupakan negara Syiah, walau diburukkan media jahat barat, tetapi ia amat disayangi dan didokongi oleh rakyatnya. mengapa ia berlaku dalam kerajaan Syiah, tetapi tidak dapat dilihat begitu dalam kerajaan Sunni? mungkin ini muhasabah yang perlu dilakukan oleh setiap pejuang yang bermazhab Sunni, dalam membuktikan kebenaran ajaran sunni. kedua: dari berita yang dinukilkan di atas, dilihat ahmadinejad yang bermazhab syiah, membuktikan kezuhudan dan kesungguhan membuktikan dirinya mementingkan rakyat berbanding dirinya dalam pemerintahan. tetapi, keadaan ini tidak wujud lagi dalam kerajaan Sunni, sama ada di Malaysia, atau di mana-mana. Melihat kesediaan Ahmadinejad mempamerkan pemerintahan yang bersedia susah demi rakyat, tidak hairan rakyatnya terlalu mendokong kerajaan pimpinannya. Jika Ahmadinejad bersedia menderma untuk rakyat dengan sebuah kereta, sudah pasti rakyat bersedia menderma untuk kerajaan lebih dari harga sebuah kereta. Keadaan ini sukar dilihat berlaku dalam negara yang pemerintahnya mendakwa Sunni. Peliknya, apabila wujud pemimpin aliran sunni tertentu melakukan tindakan yang mempamerkan kemewahan, pasti nama muawiyyah dijadikan sandaran. Mengapa nama sahabat hebat itu dirosakkan dengan kemewahan yang kita lakukan? jika kamu mahu mewah, tidak perlu disandarkan kepada sahabat nabi tertentu bagi menghalalkan tindakan kamu. ini kerana, tindakan sahabat tidak seperti tindakan yang kamu lakukan. Jika ini dilakukan juga oleh sebilangan pemimpin aliran sunni, tidak hairan sahabat hebat itu sering diburukkan; sehingga kebenciaan terhadap sahabat itu tidak terlihat langsung kebaikkannya yang terlalu banyak. Sebenarnya, bukan sahabat itu yang buruk, tetapi yang buruknya adalah pemimpin-pemimpin Sunni yang bertindak buruk, tetapi perbuatan buruk itu dihalalkan dengan disandarkan kepada sahabat yang hebat. inilah kecelaruan yang menimpa pemimpin aliran sunni di dunia ini. sekian |
| KEMBALIKAN AIR RAKYAT SELANGOR Posted: 22 Nov 2010 10:20 AM PST |
| TAHUKAH ANDA : KELANTAN SEBELUM 1990 ADA DISKO DAN KELAB MALAM Posted: 22 Nov 2010 04:30 AM PST ![]() sebelum PAS memerintah Kelantan, di Kota Bharu terdapat sebuah pusat maksiat tersohor yang dikenali sebagai Biariz Park. Lokasinya di wakaf siku. Bangunan KB Mall yang tersergam indah sekarang adalah dibina atas tapak keruntuhan pusat hiburan malam yang menempatkan ratusan wanita-wanita pelayan yang terdiri dari kalangan orang melayu. Sesiapa sahaja boleh memasuki Biariz Park untuk berhibur dan menegok arak sambil hanyut dalam dagapan mesra wanita yang berpakaian seksi. Alhamdulillah, apabila PAS memerintah kelantan pada tahun 1990, kerajaan PAS mengarahkan pegawai jajahan segera menamatkan lesen hiburan Biariz Park walaupun tidak dipersetujui penasihat undang-undang yang khuatir kerajaan negeri akan didakwa oleh syarikat Biariz park atas kerugian yang ditanggung. Namun begitu, kerajaan PAS pimpinan Tuan guru Nik Abdul Aziz, tetapi berkeras menutupnya walau berhadapan dengan berbagai-bagai risiko sekalipun. |
| PR SELANGOR BERPERANG DENGAN KAPITALIS SYABAS Posted: 22 Nov 2010 02:16 AM PST ![]() •Bermula tahun 1997, kerajaan BN telah menswastakan syarikat-syarikat air di Selangor. •Sejak ini, Syabas dan syarikat-syarikat lain telah merugikan ratusan juta duit rakyat. •Kerajaan negeri Selangor yang diterajui Pakatan Rakyat kini ingin mengembalikan pengawalan syarikat-syarikat air ini kepada tangan rakyat. Pelan Syabas: Tahun Kenaikkan Tarif 2009 - 37% : 2012 - 25% : 2015 - 20% SYABAS 1.Laporan audit terhadap SYABAS menunjukkan bahawa lebih daripada 72% kontrak bernilai RM 600 juta diberikan kepada syarikat-syarikat yang dipilih melalui rundingan terus dan tanpa tender terbuka. 2.RM 325 juta 'hilang' apabila perbandingan teliti dibuat antara kontrak yang dianugerahkan dari 2005 hingga 2007 dan akaun awam Syabas. 3.Pada Jun 2005, SYABAS melanggar perjanjian dengan menggunakan paip yang diimport daripada Indonesia bernilai RM 375 juta. Syarikat Indonesia tersebut dimiliki oleh Tan Sri Rozali Ismail, CEO Syabas. Gaji beliau adalah RM 5.1 juta setahun atau RM 425,000 sebulan. 4.RM 51.2 juta dibelanja untuk mengubah-suai pejabat SYABAS sedangkan Jabatan Kawalselia Air Selangor (JKAS) hanya meluluskan sebanyak RM23.2 juta. 5.Setelah kerajaan Selangor menghentikan Syabas dari menaikkan tarif air dengan mendadak, Syabas kini berhasrat menyaman Selangor untuk pampasan sebanyak RM 1 billion. Pelan Selangor : Tahun Kenaikkan Tarif 2009 - 12% : 2012 - 12% : 2015 - 12% Apakah pelan Selangor? 1.Kerajaan negeri Selangor yang kini diterajui oleh Pakatan Rakyat berhasrat membeli balik konsesi air demi menjamin hak rakyat untuk mendapat air yang mencukupi pada harga yang berpatutan. 2.Aset awam seperti air harus dikendalikan oleh kerajaan yang berjiwa rakyat, bukan Syarikat yang hanya pentingkan keuntungan. 3.Empat syarikat swasta air akan dibeli balik dan diletak dalam satu badan di mana rawatan dan agihan air akan dilakukan oleh satu pengendali tunggal. Ini akan meningkatkan kecekapan dan mengurangkan tarif air kerana tiada isu "kos pemindahan". 4.Penekanan terhadap integriti dan ketelusan - seperti yang termaktub dalam Enakmen Kebebasan Maklumat yang diperkenalkan oleh kerajaan Selangor - akan mengelakkan dari sistem yang hanya menguntungkan kroni dan merugikan rakyat. 5.Dengan sokongan rakyat yang mencukupi, kerajaan Selangor akan mampu mendapat balik kawalan syarikat-syarikat air demi rakyat, menekankan integriti dan ketelusan, dan memastikan akses air yang mencukupi dengan harga yang berpatutan untuk semua lapisan rakyat. Pilihan di tangan anda! Pertahankan Hak Rakyat Untuk Dapat Air Bersih & Murah Beri sokongan anda kepada Kerajaan Negeri Selangor dengan menghadiri perhimpunan penyampaian memorandum kepada DYMM Yang di-Pertuan Agong pada 5 Disember, 2010 di Masjid Negara Kuala Lumpur. Pengurusan Perkhidmatan Air akan lebih terjamin di bawah kelolaan Kerajaan Negeri Selangor. Kembalikan Hak Air Kepada Rakyat! ** peliknya, ada EXCO dalam kerajaan PR Selangor yang berbelah pihak kepada Syabas berbanding memudahkan rakyat.. exco itu pula, dari parti PAS... apa la nasib dapat seorang pimpinan PAS yang berfikrah kapitalis??? sumber : sila klik |
| You are subscribed to email updates from :: @ AL-BAKISTANI @ :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |




Tiada ulasan:
Catat Ulasan