AdukaTaruna |
| Cerita Pak Guard Yang Telampau (4) Posted: 03 Nov 2010 07:23 PM PDT Oleh : AdukaTarunaSiri 1 | Siri 2 | Siri 3 | Siri 4 KP tak kasi gua tulis report. Report bertulis setiap 2 jam. Dia suruh gua tulis keadaan seperti biasa. Dah tu, sampai bila ilmu nak berkembang kalau setiap pertemuan enggan dicatitkan kerana bertembung dengan kebiasaan. Maybe hari ni mengarut. Tapi dengan catatan, ianya akan diselesaikan atau dijawab oleh generasi akan datang. Tapi gua diam la. Gua berada dalam dunia Pak Guard. Wahahaha. Kena releks... kang mau kena buang kerja kang. Takan nak jadi pengurus Nora Danish plak gua. Nate punya Man U.. Kesemua kami, untuk permulaan di situ, 5 orang. Ada 2 shift. Pukul 8 pagi sampai 8 malam. Pukul 8 malam sampai 8 pagi. Kerja 12. 8 jam normal, 4 jam OT. Untuk 2-3 minggu di hadapan, di tarikh ketika itu, akan dibuat 3 shift. Cane eja syif aa...? Ah... belasah jer la. Skang ni dah 3 shift la. Gua dengan member, dah tentu kerja malam. Sebab memang mintak malam. Kalau mintak siang, baik gua kerja tempat lama bai. Selepas ada KP (Ketua Pengawal), tiba masa perlantikan PKP (Penolong ketua Pengawal). Sekor bro dilantik. Baru kerja jugak sebagai jaga dalam sebulan. Pemerhatian gua, sektor2 Jaga, dan mungkin Rela, Pertahanan Awam, pengakap, dan seumpamanya, diminati atau diisi oleh golongan poyo. Agah atau berlagak bila pakai uniform. Kalau Rela, dia punya action lebih dari polis. Kalau guard, baru pegang cota, dia punya action dah macam pegang AK47 dah. Kalau pemangku Ketua Pemuda WP plak, dia punya action, dah macam Ketua Balai Polis Dang Wangi dah. Wakakaka. Ni yang berlaku kepada PKP. Bila dia pegang jawatan, habis semua salah Jaga bawahan dia report. Gua tak pakai uniform pun telefon IO. Telefon ni bai. Pundek. Wahahaha. Pada hal, IO yang bagi lesen shift malam tak perlu uniform. Kalau pakai lebih baik. Apa dia ingat dia askar Wataniah, gua goyang? Hua3... tapi gua releks la.... Sebab betullah tu. Kan ke lebih molek kalau pakai uniform. Kemudian, ada sekor budak umo 20 pun satu kerja dengan gua. Tengok dari kasut hitam yang dia guna, gua dapat teka, dia dari golongan susah. Dia shift pagi. Patner dengan PKP. Selalu datang lewat. Masuk pukul 8, sampai 8.30. Mengamuk la brother yang baru dapat pangkat tu. Siap minta IO tukar. "Cani Nal. Lu ganti dia dulu pagi sehari dua ni. Biar budak tu malam dengan gua. Gua korek prob dia." Gua suruh member gua ganti shift pagi kejap. Budak tu shift malam dengan gua. Gua pun apa lagi. Guna hikmat Astro Makcik Temah, korek rahsia la. Apa masalah budak sekor nih. pasal, kalau kena tukar ke Hospital, jauh bai dari rumah dia. Kesian la plak gua. 1. Dia anak sulong dari 7 beradik. Adik last umor 9 bulan. 2. Pagi dia kena settle bab persekolahan adik2 dia. 3. Ada kalanya motor kena kongsi dengan ayah dia. Ayah dia kerja kat tempat buat batik. Selalunya dia hantar ayah dia dulu, baru ke tempat kerja. Pernah sekali budak sekor ni kena tiaw dengan PKP depan semua jaga (ketika pertukaran shift) pasal kasut dan rambut yang tidak menepati peraturan konvensyen jaga2 sedunia di PBB 1983. Dia tiaw dalam bahasa Kelantan la. Guya faham sket2 jer. Pukul anak, sindir menantu. Kuang3.... Sebab rambut gua pun memang IO sendiri sound. Kasut hitam gua plak, kasut sport Admiral. Heh.. sound budak boleh la. Sound la gua. Gua ada ni.. pro punya. Pasal memang salah gua pun... "Tunggu pinjame la be.." Budak bermaksud, kena tunggu, advance gaji, baru boleh gunting rambut dan beli kasut hitam lain. "Oloh...oloh...oloh... 5 riyal jah.." Pendek cerita, satu hari lain, pihak hospital mengarahkan syarikat melakukan kunci jam. Clocking kot dalam omputehnya. Ada 7 anak kunci yang perlu dikunci setiap 2 jam. Bermula shift malam. Shift gua la. Shift siang masa tu belum wajib lagi. " Kita start kunci pukul 8 malam, 10, 12, 2, 4 dan 6 pagi. 6 kali kunci. Jangan tak kunci pulak. Potong gaji nuh.." PKP arah. Tapi mata pandang member gua. Budak KP senyap jer kompius. Dah PKP lagi berumur dari KP. Hahaha. "Jap... waktu kunci jam ni, arahan syarikat, atau kita boleh ubah ikut kesesuaian kita kat sini?" Gua tanya PKP. "Arahan syarikat." PKP jawab. "Gua cadangkan, start pukul 9 malam. Ambil angka ganjil. Takan time masuk pukul 8, pukul 8 dah nak kunci jam? Mana nak parking kereta lagi, sign report lagi, nak check barang2 serahan lagi." "Kalau pukul 9, 11, 1, 3, 5... eh.. baru 5 kali kunci. Tak boleh." PKP sound gua sambil tangan buat aksi mengira. "Habes kunci pukul 5 arahan syarikat atau arahan PKP? Kalau habes kunci pukul 7, cukup 6 kunci. Takda masalah rasanya. Pertukaran shift pukul 8." Hambek lu. Bodoh, tapi nak pegang jawatan. Alasan macam Hadi. Dah ahli suruh, kita perlu pikul amanah. Amanah bertimbun plak tuh. Fakap! Matematik mudah pun gagal. Berubah muka brother PKP tu bai. Haha. "Kita start pukul 9 la. Sebab kat hospital memang start sejam lepas pertukaran shift." baru KP berani bersuara. Pendek cerita lagi, di hari lain, selepas beberapa hari percubaan untuk 3 shift; KP kena ada siang. PKP kena ada malam. 3 yang lain, kena shift. KP dan PKP kena 12 jam. Member gua masuk 4pm - 12pm. Dia bersama KP sampai pukul 8 malam. Dan bersama PKP bermula 8 malam. Seterusnya PKP kena dengan gua start 12 malam sampai 8 pagi. Kunci jam pukul 1, 3, 5 dan 7. Heh.... Siap lu! Askar Wataniah baru dapat pangkat yeeeeeeee....... "Kita kunci gilir2 la bro. Lu nak ambil pukul berapa? Kalau lu ambil pukul 1, gua ambil pukul 3." "Eh... kunci kena berdua la.." "Alah... kunci jam pun kena berdua... tak payah jadi lelaki la.... Huiiii... malu gua ni kalau bini gua tahu gua kunci jam kena teman." Senyap. Pandang KP minta back up. KP dah dasar budak2. Blurrr... "Esok malam start tu bro... gua ikut lu la. Lu nak ambil pukul berapa. Kita gilir. Satu jaga pos, satu kunci. Lepas tu tukar plak." Hahaha. Memang gua penakut, memang gua lemah... tapi bab ajar manusia2 elite pundek, ni, memang gua redah. Memang gua garang... (bersambung ikut suka..) |
| You are subscribed to email updates from AdukaTaruna To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan