WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- PIKET BERJALAN
- MANA YANG TAK MAHU DUIT...BAGI PADA KAMI...
- KERJA KOSONG
- HATI-HATI JIKA MENERIMA KEMASUKAN MEREKA.?
| Posted: 12 Oct 2010 04:58 PM PDT
Piket itu diteruskan petang ini di dua tempat berasingan Bangi dan Balakong, Selangor dengan aman tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.
Menurut Nalini, mereka tetap meneruskan bantahan walaupun pindaannya telah ditarik balik oleh parlimen hari ini "sebagai simbol kemenangan" mereka. "Kita buat hari ini sebagai simbol penentangan walaupun kita tahu akta ini dipinda. Kita mengumumkan kemenangan kita, sebab itu kita berkumpul hari ini," katanya kepada Malaysiakini. Menurutnya lagi kesemua peserta program tersebut terdiri aktivis Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) dan aktivis mahasiswa. Mereka melaungkan "hidup rakyat" dan "kerajaan jangan pinda akta pekerjaan". Katanya, tiada sebarang tangkapan dibuat oleh lapan anggota polis yang mengawal di sekitar kawasan tersebut. "Kami juga turut mengibarkan kain rentang dan poster yang bertulis 'Jangan Pinda Akta Pekerjaan', Jangan Cabut Hak Pekerja'," katanya. Sementara di Balakong pula, piket lebih sejam bermula 5.20 petang di Perhentian Bas Simpang Balak disertai kira-kira 20 peserta, diketuai Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM) Kajang D Ganesan. Penerangan di Shah Alam Menurut Ganesan, peserta yang hadir terdiri daripada aktivis PSM dan pekerja daripada kilang berdekatan. Enam anggota polis kelihatan berada di tempat berkenaan tetapi mereka hanya kelihatan menggambil gambar peserta piket itu. Katanya, pihaknya juga turut mempamerkan kain rentang anti pindaan akta itu yang antaranya berbunyi "Kerajaan rampas hak pekerja, hentikan pindaan akta sekarang". Manakala poster bantahan pula bertulis "Gubal Akta Gaji Minima" dan BN jangan rampas hak pekerja".
Sementara itu di Shah Alam, piket tersebut dibatalkan dan digantikan dengan majlis penerangan kepada kira-kira 30 peserta yang hadir di kawasan perindustrian di seksyen 15. Menurut Bendahari PSM A Sivarajan, menurut Sivarajan, mereka juga turut membawa kain rentang membantah pindaan berkenaan serta mengedarkan risalah kepada pekerja kilang yang baru pulang daripada kerja. Bagaimanapun, menurutnya, dianggarkan sekitar 50 orang anggota polis hadir mengawal sekitar kawasan itu. | |||||||||||
| MANA YANG TAK MAHU DUIT...BAGI PADA KAMI... Posted: 12 Oct 2010 01:33 AM PDT
| |||||||||||
| Posted: 12 Oct 2010 01:28 AM PDT
| |||||||||||
| HATI-HATI JIKA MENERIMA KEMASUKAN MEREKA.? Posted: 12 Oct 2010 01:27 AM PDT
|
| You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |



Seramai 70 orang warga emas yang datang dari Penaga, Kepala Batas, Bagan, Teluk Air Tawar, Sungai Dua, Tasek Gelugor, Pokok Sena, Lahar Yooi dan kawasan lain turut kesal dengan tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim yang tiba-tiba mengajak mereka mengembalikan RM100 dan RM1,000 untuk para waris jika terdapat kematian warga emas kononnya berpunca dari wang judi.
Beliau berkata, sebenarnya wang itu adalah lebihan perbelanjaan Kerajaan Pakatan Rakyat tahun ini sebanyak RM88 juta dan RM20 juta diperuntukkan kepada warga emas sebagai menghargai pengorbanan mereka terhadap kemajuan Pulau Pinang.
Seorang warga emas, Zainab Mat (kanan) dari Butterworth menyifatkan, apa yang diperjelaskan oleh kerajaan negeri cukup meyakinkan bahawa semua itu pembohongan.






Tiada ulasan:
Catat Ulasan