WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- LAGI CERITA ROHIMI MENJELANG PILIHANRAYA
- SPRM AKUI ADA KEBENARAN DAKWAAN RAJA PETRA
- KALAH PUN DI LANTIK.INI LAH PUNCA KELEMAHAN PASUKAN BOLA
- Felda Wilayah Jengka mahu tubuhkan Jawatankuasa Pemantau Kilang
- SELEPAS 3 TAHUN KINI MULA BUAT HAL....MASYUKKK KA?
| LAGI CERITA ROHIMI MENJELANG PILIHANRAYA Posted: 06 Oct 2010 03:29 PM PDT | |
| SPRM AKUI ADA KEBENARAN DAKWAAN RAJA PETRA Posted: 06 Oct 2010 04:40 AM PDT ARHALIM ABAS, The Malay Mail Terjemahan ini mengikut bahasa Indon Anti-Rasuah Malaysia Suruhanjaya (Makabe), di www.ourdifferentview.com blog-nya, mengakui bahawa dokumen-dokumen yang diterbitkan oleh blogger Raja Petra Kamarudin adalah asli, meskipun tidak lihat secara langsung.
Google Translate for my:SearchesVideosEmailPhoneChatBusiness
| |
| KALAH PUN DI LANTIK.INI LAH PUNCA KELEMAHAN PASUKAN BOLA Posted: 06 Oct 2010 04:35 AM PDT Raja Ahmad Zainuddin dilantik semula ke dalam FAM06/10/2010 7:11pm IPOH 6 Okt. – Bekas Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar yang tewas pada pemilihan dalam kongres FAM baru-baru ini, telah dilantik menganggotai dua jawatankuasa badan induk bola sepak itu. Raja Ahmad berkata, beliau telah dilantik oleh Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah bagi menganggotai Jawatankuasa Kewangan dan Jawatankuasa Pertandingan FAM bagi penggal 2010-2014. "Secara peribadi saya tidak sangka akan dilantik menganggotai dua jawatankuasa terbabit lebih-lebih lagi selepas tewas pada pemilihan dalam kongres baru-baru ini. "Saya menjunjung kasih kepada Presiden FAM yang masih memberikan kepercayaan kepada saya untuk terus melibatkan diri dalam bola sepak negara," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Raja Ahmad berkata, selain dua pelantikan itu, Sultan Ahmad Shah turut memilihnya untuk menjadi ahli panel penasihat skuad kebangsaan bawah 23 tahun. "Saya akan guna segala pengalaman dalam mengurus pasukan bola sepak negeri Perak dan kebangsaan sebelum ini untuk menjayakan skuad tersebut," katanya. – Bernama | |
| Felda Wilayah Jengka mahu tubuhkan Jawatankuasa Pemantau Kilang Posted: 06 Oct 2010 04:29 AM PDT Sdr Md Zain Awang, petugas yang mengumpulkan senarai peneroka-peneroka Felda di Jengka 9 telah dihubungi oleh Pengarah Wilayah Felda Jengka untuk bekerjasama dengan Felda bagi menubuhkan sebuah Jawatankuasa untuk memantau Kilang Felda di Jengka 8. Mengikut kata Md Zain, Pengarah Wilayah itu menunjukkan rasa simpati terhadap peneroka-peneroka berhubung dengan perahan KPG mereka yang dimanipulasikan oleh Felda dan Kilang Felda. Dan Jawatankuasa yang ditubuhkan nanti akan bertindak untuk mempastikan tidak ada penyelewengan berlaku. Md Zain berasa pelik dan hairan kenapa Pengarah Felda Wilayah sanggup menghubunginya untuk membincangkan masalah yang dihadapi oleh Peneroka berhubung perahan. Dan Pengarah Felda Wilayah itu menghubungi beliau setelah Peneroka-Peneroka daripada Felda Jengka 9, Jengka 8, Jengka 10, Jengka 11, Jengka 12, Jengka 13, Jengka 21, Jengka 22, Jengka 23, Jengka 24, Jengka 25, Felda Kota Gelanggi 1, Gelanggi 2, Gelanggi 3, Gelanggi 4, Felda Jenderak Utara dan Jenderak Selatan berkumpul dan berbincang untuk mengumpulkan Peneroka-Peneroka bertujuan untuk memfailkan saman terhadap Felda berhubung dengan perahan KPG yang diselewengkan oleh Felda dan Kilang Felda. Bagaimanapun, Md Zain mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengarah Wilayah Felda Jengka, beliau menyatakan kesanggupan untuk bekerjasama dengan Felda bagi mencari jalan untuk menyelesaikan masalah Peneroka yang sudah sekian lama ditipu oleh Felda berhubung dengan isu perahan KPG. Md Zain menyatakan bahawa rata-rata Peneroka di kawasan ini hanya diberikan KPG antara 18% hingga 20% sahaja dan majoritinya hanya 18%. Peneroka-peneroka kerugian sebanyak RM200.00 hingga RM400.00 sebulan hasil penipuan Felda ini. "Jika Felda sanggup berunding, kita tak perlu saman Felda, tetapi rundingan yang hendak diadakan itu mestilah dengan kehadiran Peguam-Peguam kami, supaya peneroka-peneroka tidak dipermainkan,"kata Md Zain, sambil mengalu-alukan inisiatif yang bakal diambil oleh Felda itu. Menurut Sdr Md Zain, peneroka-peneroka bukan sahaja menuntut supaya KPG mereka dinaikkan hingga ke paras yang sebenar mengikut perkiraan MPOB dan selain dari itu Felda hendaklah bersedia membayar ganti rugi selama tidak kurang dari 15 tahun kerana penyelewengan yang mereka telah lakukan terhadap Peneroka. Md Zain juga menerima kunjungan daripada mereka yang kononnya mewakili YB Dr Shukri, ADUN Pulau Tawar. Wakil itu meminta Md Zain bekerjasama dengan YB Shukri kerana kononnya YB itu sanggup mengumpulkan peneroka-peneroka Felda disitu dan sanggup juga membawa Felda ke muka Mahkamah. Md Zain mengalu-alukan tawaran Dr Shukri itu, dan beliau terperanjat kerana ADUN Barisan Nasional sudah menjadi berani mahu menyaman Felda, tetapi Md Zain was-was dengan kunjungan mereka yang kononnya mewakili Dr Shukri itu, dan "rasanya boleh Kiamat dunia ini kalau ADUN BN Pulau Tawar itu sanggup menyaman Felda". "Walaubagaimana pun saya akan memberikan kerjasama dan pada bila-bila masa sanggup bertemu Dr Shukri dan memberikan sokongan jika benar YB itu mahu membantu kami menyaman Felda," kata Md Zain. Kerjadian ini adalah aneh dan pelik, kata Md Zain, selama ini kami ditipu berterusan oleh Felda, Felda langsung tidak memperdulikan kami, tetapi apabila kami membawa Peguam-Peguam untuk mengambil tindakan saman, tiba-tiba Felda dan Wakil Rakyat BN mencadangkan perkara-perkara yang sukar diyakini. Bagi Sdr Md Zain, inilah indahnya perjuangan. Jika peneroka-peneroka tidak berjuang dan membiarkan saja Felda menipu mereka, Felda dan BN tidak memberikan apa-apa perhatian terhadap mereka. Beliau ingin melihat perkembangan ini dan menganggapnya sebagai positif, tetapi didalam jangka yang sama, usaha-usaha melalui Peguam untuk menyaman Felda akan diteruskan juga agar Felda dan Wakil BN tidak mempermain-mainkan Peneroka, kata Md Zain. | |
| SELEPAS 3 TAHUN KINI MULA BUAT HAL....MASYUKKK KA? Posted: 06 Oct 2010 04:04 AM PDT Satu sidang akhbar - yang dipercayai ada kaitan dengan perbicaraan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang berjalan - oleh bekas pembantunya, Rahimi Osman, dibatalkan ekoran gangguan oleh satu kumpulan.
Rahimi (tengah) memberitahu wartawan bahawa dia telah membuat laporan polis di ibupejabat polis daerah Klang pada jam 2 petang ini berhubung dua akuan sumpah (SD) yang dibuat pada 2008. Peguam Rahimi - S Ravi Chandran - berkata laporan polis dibuat untuk menyatakan bahawa dua akuan bersumpah itu adalah tidak tepat. Akuan bersumpah itu ada kaitan dengan perbicaraan liwat Anwar yang sedang berjalan, di mana beliau dituduh meliwat seorang lagi bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan. |
| You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan