SharpShooter |
- TKM 1 bidas umno tipu Melayu
- 4 Nov PRK Galas
- Perjumpaan Calon-Calon Pusat di P. Pinang.
- Perkasa tak mampu lagakan kami - Mustaffa
- Mengapa umno membisu tentang wang judi RM2.3 Billion?
- 2,000 Mahasiswa akan bantu kempen di Galas
- Pak Tam telah kembali ke Rahmatullah....
| Posted: 06 Oct 2010 01:51 AM PDT Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Dr. Mansor Othman membidas tindakan Umno yang dilihat melampaui batasan berkaitan wang penghargaan kepada warga emas sebanyak RM100 dengan mendakwa dari sumber judi.
"Mereka senantiasa mengelirukan pemikiran masyarakat khususnya umat Islam untuk menjerat dan memerangkap kerajaan negeri agar terpedaya dengan perangkap yang mereka pasang. "Sekiranya kita tidak beri wang penghargaa tersebut, maka mereka akan buat tuduhan kita tidak berikan. Setelah diberikan pula maka mereka putarbelitkan isu ini dengan mendakwa ia adalah hasil dari sumber judi," katanya Sebenarnya, kata beliau Umno gentar dengan sokongan yang rakyat berikan terhadap kerajaan negeri, termasuklah dalam Program Penghargaan Warga Emas dan Miskin Tegar yang berjaya dilaksanakan. Beliau yang juga merupakan Adun Penanti optimis Umno akan terus berusaha dengan tipu daya bagi memfitnah kerajaan negeri kerana hanya itu saja cara yang ada bagi mereka meraih kembali sokongan yang telah pudar selama ini. Katanya lagi, kedudukan kewangan negeri hasil dari lebihan yang ada sejak 2008 mengikut pecahan ialah hasil sebenar sebanyak RM371.17 juta, untuk pengurusan sebanyak RM283.15 juta di mana lebihan yang ada sebanyak RM88.02 juta. Manakala jumlah simpanan terkumpul pula ialah RM461.61 juta. Bagi tahun 2009 pula hasil sebenar ialah sebanyak RM376.51 juta, pengurusan ialah RM299.17 juta. Sebanyak RM77.34 juta adalah lebihan yang ada, simpanan terkumpul pula ialah sebanyak RM538.95 juta. "Dalam belanjawan 2010 pula, RM20 juta telah pun diperuntukkan untuk Program Penghargaan Warga Emas yang datangnya dari hasil penjimatan urus tadbir serta langkah anti rasuah yang telah dilaksanakan," ujarnya lagi. Sebelum ini, dakwaan oleh Umno bahawa wang yang diberikan oleh kerajaan negeri kepada warga emas dan Program Miskin Tegar dari sumber judi telah dinafikan oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan juga Exco Kerajaan Negeri, Abdul Malik Abul Kassim. Baru-baru ini, seramai 100 pemuda yang menggelarkan diri mereka sebagai Pemuda Pulau Pinang telah menyambut ketibaan Lim Guan Eng, yang baru pulang dari Australia di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas dengan sepanduk dan bantahan kerana tidak berpuas hati dalam isu sumber wang yang didakwa judi tersebut. Sehubungan itu Ketua Polis Negeri, Datuk Ayub Yaakob juga turut menasihatkan semua pihak supaya tidak terus mempolitikkan isu wang sumbangan kepada warga emas oleh kerajaan negeri kerana dibimbangi boleh menimbulkan suasana yang tidak harmoni dalam masyarakat. * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ | ||||
| Posted: 06 Oct 2010 01:21 AM PDT PUTRAJAYA, 6 Okt — Pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas akan diadakan pada 4 November ini. Penamaan calon pula dijadualkan pada 26 Oktober. Tarikh-tarikh pilihan raya kecil ke-12 ini diumumkan oleh Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar di sini sebentar tadi. "SPR telah menerima pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Negeri Kelantan pada 28 September berhubung kekosongan kerusi DUN Galas berikutan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Che Hashim Sulaima pada 27 September lalu. "Dengan ini saya mengumumkan bahawa tarikh penamaan calon bagi pilihan raya kecil Galas akan diadakan pada 26 Oktober (Selasa) dan tarikh pengundian pula pada 4 November (Khamis)," katanya ketika sidang media di pejabat SPR. Beliau berkata SPR akan menggunakan Bilik Gerakan Tanah dan Jajahan Gua Musang sebagai Pusat Penamaan Calon dan Dewan Sivik Gua Musang sebagai Pusat Penjumlahan Rasmi Undi. "Sebanyak 11 buah sekolah, satu balai rawatan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli dan satu dewan akan digunakan sebagai pusat mengundi yang mengandungi kesemua 25 saluran tempat mengundi. "Seramai 323 orang petugas pilihan raya akan dilantik untuk pengendalian proses pilihan raya ini," katanya. Kerusi Galas kosong berikutan kematian wakil rakyatnya Che Hashim dari PAS akibat barah usus, Isnin minggu lalu. Kekosongan kerusi itu membuka laluan kepada pilihan raya kecil ke-12 sejak Mac 2008. DUN Galas selama ini dikuasai Umno, namun dalam pilihan raya lalu Che Hashim berjaya menawan kerusi itu dengan menewaskan calon Umno, Mohamad Saufi Deraman dengan majoriti 646 undi. SPR telah melantik Ketua Jajahan Gua Musang Wan Mustapha Wan Abdul Hamid sebagai pegawai pengurus pilihan raya manakala penolong pegawai pengurus pula terdiri daripada Mohammad Yusoff Hassan (Timbalan Ketua Jajahan Gua Musang), Mohd Helmi Mat Zin (Penolong Ketua Jajahan Gua Musang) dan Hasnul Hariz Abd Llah (Penolong Ketua Jajahan Gua Musang). Bagi pasukan penguatkuasa kempen pilihan raya pula SPR melantik Muhamad Rasani Ramli (Setiausaha Majlis Daerah Gua Musang), Mohd Khiril Hazmie Yusof (Penolong Ketua Jajahan Gua Musang) dan Norhalis Mohamad Noor (Penolong Ketua Jajahan Gua Musang). Tambah Wan Ahmad, peruntukan bagi mengadakan pilihan raya kecil DUN Galas dianggarkan sebanyak RM1.3 juta. "Kita anggarkan lebih RM1 juta, mungkin RM1.3 juta kerana terdapat empat pusat pengundian memerlukan khidmat helikopter," katanya. Wan Ahmad berkata daftar pemilih di DUN Galas adalah seramai 11,553 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 11,426 pemilih biasa dan 127 pemilih pos. "Melayu terdiri daripada 61.63 peratus, Cina 20.08 peratus, India 1.6 peratus, Bumiputera 0.9 peratus, orang Asli 16.37 peratus dan lain-lain 0.23 peratus," katanya. Ketika ditanya sama ada SPR akan mendapatkan khidmat pemantau bebas termasuk Mafrel bagi memantau pilihan raya kecil DUN Galas, Wan Ahmad berkata SPR tidak akan melantik mana-mana pertubuhan untuk menjadi pemantau. "Setakat ini SPR belum buat keputusan untuk melantik mana-mana pemantau bebas kerana bagi kita pemantau dan pemerhati dalam dewan pengudian adalah ejen pemantau terbaik. "Jadi kita tidak akan melantik mana-mana pertubuhan termasuk Mafrel untuk menjadi pemantau dalam pilihan raya kecil kali ini," katanya. Wan Ahmad berkata SPR kini sedang meneliti laporan-laporan berhubung pilihan raya kecil sebelum ini yang diberikan Mafrel. "Kita sedang meneliti kesemua laporan yang diberikan Mafrel," katanya. Sharpshooter - Sharpshooter adalah pembekal bendera Pas, Keadilan dan DAP. Hubungi sharpshooter di talian 016 - 4695343 atau emel ke dijaabadi@gmail.com untuk menempah bendera. InsyaAllah PAS dan Pakatan Rakyat mampu mempertahankan kerusi Galas. Takbir. ![]() * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ | ||||
| Perjumpaan Calon-Calon Pusat di P. Pinang. Posted: 05 Oct 2010 06:10 PM PDT ![]() * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ | ||||
| Perkasa tak mampu lagakan kami - Mustaffa Posted: 05 Oct 2010 05:55 PM PDT Naib Presiden Keadilan Musttaffa Kamil Ayub mempersoalkan 'sokongan' Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) terhadapnya yang dicurigai sebagai percubaan melaga-lagakan pemimpin parti itu.
Menurut Mustafa (kiri), Keadilan sebagai parti berbilang kaum tidak akan berkompromi dengan sikap 'perkauman' NGO Melayu itu. Tolak anasir ekstrim
"Saya harap semua anggota Keadilan memilih Mustaffa Kamil Ayub sebagai timbalan presiden. Beliau daripada ABIM (Angkatan Beliau Islam Malaysia), (beliau) ada agenda Islam," kata Arman Azha. Beliau juga mendakwa, sebanyak 35 peratus NGO Melayu dengan keanggotaan 300,000 orang itu turut merupakan anggota Keadilan. Dalam persaingan merebut jawatan nombor dua parti itu, Mustafa merupakan salah seorang yang menawarkan diri bertanding, di samping Azmin dan Penyelaras Pakatan Datuk Zaid Ibrahim. Bercakap dalam sidang media di Petaling Jaya hari ini, Mustaffa bagaimanapun berkata, jika sokongan yang diberikan PERKASA itu ikhlas, beliau mengucapkan terima kasih. Katanya, walaupun menyokong membahaskan perkara berkaitan Islam dalam ruang lingkup perlembagaan, tetapi pendekatan chauvinis dan esktrim seperti PERKASA hendaklah ditolak. Sokong bawa rebah
Berhubung dakwaan PERKASA bahawa 35 peratus anggota NGO itu juga merupakan anggota Keadilan, Mustaffa berkata "tak ada angka sedemikian". Sementara itu, mengulas kenyataan Azmin terhadap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir yang dibidas pelbagai pihak, Mustaffa berkata seluruh ahli Keadilan berkongsi pandangan dengan bekas setiausaha sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim itu. "Apakah tidak boleh mana-mana pemimpin Keadilan mengkritik Tun? Kalau Tun seorang negarawan, beliau tidak akan aniaya rakyat dan fitnah bekas timbalan perdana menteri Anwar Ibrahm. Mengapa perlu bengis dan melenting apabila Tun dikritik pada penghujung usianya?" soalnya kembali. Sementara itu, mengulas isu pilihan raya kecil Galas, Mustaffa berkata Keadilan akan memberikan komitmen sepenuhnya bagi membantu calon PAS yang bertanding. Beliau juga berharap pemilihan dalam Keadilan tidak akan menjejaskan sokongan kepada rakan mereka dalam Pakatan Rakyat. Sharpshooter - Kematangan Mustaffa Kamil Ayub dalam menjawab segala isu terserlah dan wajar diberi pujian. Beliau dilihat lebih "cool" dan tidak cepat melatah seperti Zaid Ibrahim dan Azmin Ali. Tetapi mungkinkah ahli Keadilan akan letakkan Mustaffa Kamil Ayub dalam "cool room"? * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai)http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ | ||||
| Mengapa umno membisu tentang wang judi RM2.3 Billion? Posted: 05 Oct 2010 05:18 PM PDT Guan Eng bertanya mengapa umno membisu bila ditanya tentang cukai judi berjumlah RM2.3 billion yang dikutip setiap tahun? Semua tahu bahawa wang cukai judi disatukan dalam akaun tidak diasingkan. Akaun ini juga untuk membayar 1.2 juta gaji penjawat awam. Adakah duit ini juga haram diterima oleh penjawat awam? Mengapa umno terus membuat tuduhan palsu dan memfitnah kerajaan negeri Pakatan Rakyat? Wang ehsan RM100 adalah hasil penjimatan kerajaan negeri P.Pinang. Sharpshooter bertanya kepada pegawai yang terlibat dalam jabatan kewangan negeri tentang isu benarkah wang ehsan ini adalah wang judi? Beliau memberi penerangan panjang lebar bahawa duit judi yang didermakan adalah hanya untuk warga miskin tegar bukan Islam sahaja dan wang itu memang kita asingkan dalam akaun Rakan Miskin Tegar (RAK) yang kita perkenalkan tahun 2008. Sebenarnya hasil pentadbiran berjimat cermat inilah kerajaan mampu menyalurkan bantuan dan sumbangan kepada warga emas melalui Program Sumbangan Warga Emas sebanyak RM100 dan RM1000 kepada yang sudah meninggal dunia. Wang ehsan RM100 adalah kepada warga emas yang berusia 60 tahun dan kita tidak kira samada dia kaya atau tidak termasuklah juga mantan PM Pak Lah adalah layak terima wang ehsan RM100. Menyedari Program RAK adalah inisiatif murni kerajaan negeri untuk membasmi miskin tegar, banyak pihak tampil untuk membantu kerajaan negeri dengan menghulurkan sumbangan mereka, termasuk daripada Kelab Lumba Kuda. Seperti yang dijelaskan sebelum ini, menyedari sensitiviti wang derma daripada Kelab Lumba Kuda untuk orang Islam, maka sumbangan tersebut telah diasingkan dan hanya digunakan untuk golongan miskin tegar bukan Islam. UMNO memang penipu dari dulu kini dan selamanya...sian orang tua-tua kampong..asyik kena tipu sahaja dengan umno. Sejak bila UMNO insaf tentang wang judi? Bukankah umno yang sokong kuat judi bola? Bukankah umno yang serahkan Genting kepada taukeh judi? * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ | ||||
| 2,000 Mahasiswa akan bantu kempen di Galas Posted: 05 Oct 2010 04:28 PM PDT Gerakan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) berkata lebih 2,000 mahasiswa akan menggegarkan Umno-Barisan di pilihan raya kecil Galas nanti serta tidak akan patuh kepada arahan Menteri Pengajian Tinggi supaya tidak terlibat dalam PRK itu. Malah SMM menyifatkan amaran awal yang dikeluarkan oleh Datuk Seri Khaled Nordin untuk tidak membenarkan mahasiswa turun dan terlibat di dalam Pilihan Raya Kecil Galas sebagai arahan yang tidak masuk akal. Setiausaha SMM Mohd Ridzuan Othman berkata arahan Menteri tersebut bukan mutlak yang perlu diikuti oleh setiap mahasiswa. Malah katanya Khaled boleh mengeluarkan kenyataan serupa itu tetapi terpulang kepada mahasiswa untuk menilai dan melihat sendiri sistem politik di Malaysia dalam PRK Galas. "Pertamanya kita seluruh Mahasiswa sering peka berkenaan dengan isu-isu semasa yang melingkari mahasiswa dan negara ini. "SPR belum lagi bermesyuarat dan memutuskan tarik pilihan raya kecil Galas tetapi Menteri telah pun mengeluarkan arahan kepada mahasiswa supaya tidak turun ke Galas. Adakah Menteri sedang bermimpi di siang hari?" soal Mohd Ridzuan Tegas Mohd Rodzuan suka atau tidak mahasiswa tidak akan tunduk kepada arahan sedemikian dan akan turun beramai-ramai ke Galas. "Kami sahut cabaran Menteri yang sewenang-wenangnya ingin mengenakan Auku (Akta Universiti dan Kolej Universiti) kepada mahasiswa yang turun ke Galas. "Saya juga ingin memberikan mesej jelas kepada Menteri bahawa mahasiswa bukan budak kecil yang boleh ditakut-takutkan dan kita anggarkan seramai 2000 mahasiswa akan turun ke Galas untuk hadir sebagai kuasa ketiga dalam masyarakat."Jika pilihan raya kecil yang lepas dan kini Galas, mahasiswa tidak dibenarkan hadir untuk mengundi dan menyertai sistem politik di Malaysia ini, ke mana mahasiswa akan lari apabila pilihan raya umum akan berlangsung jika semua kawasan di negeri ini menjadi 'haram' bagi mahasiswa kerana berlangsungnya pilihan raya. Adakah mahasiswa perlu ramai-ramai ke luar negara?" cabar Mohd Ridzuan. SMM berharap Khaled menyemak semula Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan dan membezakan antara sistem politik dengan parti politik yang sebelum Menteri mengeluarkan sebarang arahan larangan terhadap pelajar universiti. Sharpshooter :- Syabas anak muda mahasiswa, tahun 2010 adalah tahun kebangkitan anak muda mahasiswa. Mahasiswa adalah golongan pewaris kepimpinan negara. Jika takut pada risiko, usah bicara soal perjuangan. Teruskan perjuangan, anda punyai hak untuk bersuara. * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ | ||||
| Pak Tam telah kembali ke Rahmatullah.... Posted: 05 Oct 2010 08:10 AM PDT Pak Tam telah kembali keRahmatullah pada jam 10:30 malam di Hospital Besar P.Pinang sebentar tadi.Pak Tam merupakan Bekas Ahli Majlis MPSP dan Timbalan Ketua Cabang Permatang Pauh. Permatang Pauh kehilangan seorang tokoh yang gigih dalam perjuangan. Beliau memberi laluan kepada TKM 1 untuk jawatan Timbalan Ketua Cabang Permatang Pauh pada pemilihan tahun 2010 biarpun agak kontroversi sebab adanya "tangan ghaib" yang mendesak Pak Tam menarik diri. Jenazah Pak Tam akan dikebumikan esok selepas Zohor di Masjid Kubang Semang, Takziah sharpshooter ucapkan kepada keluarga Pak Tam. Semoga Allah menempatkan roh Pak Tam bersama orang-orang beriman...Amin.. Al-Fatihah. * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
| You are subscribed to email updates from SharpShooter To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Menurutnya, usaha yang sedang diambil oleh Umno mengutip semula wang tersebut adalah berniat jahat dan mempunyai motif tertentu di sebalik keghairahan mereka membangkitkan isu tersebut.







Tiada ulasan:
Catat Ulasan