Isnin, 4 Oktober 2010

SharpShooter

SharpShooter


Azmin PERKASA

Posted: 04 Oct 2010 12:09 AM PDT

Arman: Azmin hanya sesuai untuk jadi budak kopi Anwar

Pertubuhan bukan kerajaan, Perkasa yang kecewa dengan kenyataan Azmin Ali semalam, menggesa ahli Parti Keadilan Rakyat tidak mengundi naib presiden itu yang bertanding jawatan timbalan presiden parti, sebaliknya meminta memilih Mustaffa Kamil Ayub.

Ketua Pemuda Perkasa, Arman Azha Abu Hanifah berkata, Mustaffa adalah calon paling layak bagi jawatan timbalan presiden kerana latar belakangnya dari Abim.

"Mustaffa dari Abim, beliau mempunyai agenda Islam dan berjuang untuk kebaikan orang Melayu... Azmin di sebelah lain tidak berminat untuk memperjuangkan kepentingan komuniti orang Melayu," kata beliau.

"Azmin hanya sesuai untuk jadi budak kopi Anwar," kata Arman.

Pemimpin Perkasa ini kecam Azmin berhubung kenyataannya ketika berucap pada mesyuarat agung tahunan cabang PKR Gombak semalam.

"Azmin seharusnya menunjukkan hormat kepada negarawan atas sumbangan beliau kepada negara. Azmin tidak layak untuk menjadi ahli politik," kata Arman.

Dalam ucapannya pada mesyuarat agung tahunan cabang Gombak semalam, Azmin berikrar akan melawan habis-habisan Perkasa dan individu berselindung di sebalik pertubuhan itu kerana memperjuangkan perkauman sempit.

"Ikrar saya akan melawan Perkasa habis-habisan termasuk juga individu yang sedang 'tersungkur' di Australia," katanya. Azmin bagaimanapun tidak menyebut siapa yang dikatakan tersungkur di Australia itu.

Difahamkan, ia merujuk kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang dimasukkan ke Hospital Epworth, Melbourne semalam bagi menerima rawatan akibat jangkitan kuman pada saluran pernafasan.

Tambah Azmin, selagi Perkasa tetap memperjuangkan kepentingan perkauman sempit, maka selama itulah mereka akan dilawan oleh Keadilan.

Jawatan timbalan presiden PKR setakat ini dijangka ditandingi oleh Azmin, Mustaffa dan anggota Majlis Pimpinan Pusat Datuk Zaid Ibrahim.

Mustaffa dan Azmin merupakan naib presiden Keadilan. Mustaffa mengesahkan akan bertanding kerusi timbalan presiden Jumaat lalu. Dari segi pencalonan Azmin berada di depan berbanding Zaid dan Mustaffa.

Azmin yang juga Pengerusi Keadilan Selangor dipercayai menjadi pilihan Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk jawatan timbalan presiden.

Sharpshooter :- Mengapa Perkasa nak sibuk-sibuk tentang Keadilan, kalau nak Mustaffa Kamil ka atau siapa ka, sertailah Keadilan..he..he..anda berhak mengundi bila jadi ahli Keadilan tidak perlu jadi perwakilan macam umno..

Ya..memang Azmin Ali digeruni oleh lawan sebab Azmin lebih suka menyerang dari bertahan. Itulah sikap Azmin yang memang digeruni oleh UMNO dan Perkasa.

Teringat ketika terserempak dengan Lokman Nur Adam, Hamdan Taha dan Zahid Mat Arip di sebuah restoran di Terenganu ketika pilihanraya kecil Kuala Terengganu. Ya..memang mereka akui jika Azmin yang menjadi Menteri Besar Selangor, susah umno nak bernafas katanya. Sebab Azmin is "Good Politician"..kata Lokman Nur Adam.

Tambahnya lagi "biarlah Tan Sri Khalid jadi Menteri Besar Selangor dan jangan pula digantikan dengan Azmin....susah kami..." ujarnya lagi.

Walau bagaimana pun ahli Keadilan yang akan menentukan siapa akan jadi Timbalan Presiden Keadilan bukan lagi perwakilan tetapi setiap ahli ada hak untuk mengundi.

Jadilah pengundi yang bijak..berhati-hati semasa mengundi persetankan Perkasa..

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Calon PAS Galas bukan perokok

Posted: 03 Oct 2010 11:26 PM PDT



PAS akan mengketengahkan calon yang tidak merokok pada pilihan raya kecil DUN Galas akan datang bagi meningkatkan imej Islam parti itu, menurut beberapa laporan akhbar tempatan yang dipetik oleh AFP.

PAS, yang merupakan gabungan Pakatan Rakyat berkata, calon yang bakal dipilih bertanding mempertahankan kerusi dewangan undangan negeri di Kelantan itu mesti mempamerkan perwatakan Islam yang baik serta tidak merokok.

"Perkara pertama, saya akan tolak perokok. Mereka bukan sahaja membahayakan kesihatan sendiri tetapi membazirkan wang," kata Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (atas, kiri) yang dipetik oleh akhbar New Sunday Times.

Menteri Besar Kelantan itu juga memberitahu akhbar Berita Minggu, calon yang akan dikemukakan oleh PAS itu mesti seorang yang warak dan tidak meninggalkan sembahyang serta bukan seorang kaki judi.

Setakat ini, Suruhanjaya Pilihan Raya belum menetapkan tarikh bagi pilihan raya kecil itu tetapi PAS telah memaklumkan bahawa parti itu akan mempertahankan kerusinya itu.

Tiada fatwa yang jelas berhubung pengharaman merokok tetapi Nik Aziz pernah dilaporkan berkata sesetengah ulama Islam menganggap perbuatan merokok adalah haram.

PAS pernah pada 2007 berkata parti itu merancang mencalonkan hanya bukan perokok atau mereka yang merancang meninggalkan tabiat itu pada pilihan raya umum.

Sementara itu, Harakahdaily melaporkan PAS masih dalam proses membuat keputusan memilih calon untuk bertanding.

Sehingga petang semalam, mesyuarat ahli jawatankuasa PAS belum memutuskan siapa yang bakal ditonjolkan.

Perkara itu disahkan oleh presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (kiri) selepas mempengerusikan mesyuarat tberkenaan di Gombak semalam.

"...kami belum dapat menetapkan calon yang akan bertanding buat masa ini," katanya.

PAS sebelum ini memaklumkan, mereka sudah mempunyai senarai pendek calon dan dalam proses membuat pilihan untuk diteliti oleh dewan ulama PAS sebelum diputuskan.

Hadi turut memaklumkan, mesyuarat berkenaan juga bersetuju melantik ahli parlimen Pengkalan Chepa, Datuk Ab Halim Ab Rahman sebagai ketua jentera pilihan raya PAS di Galas.

Mengulas cadangan Umno mencalonkan Tengku Razaleigh Hamzah bertanding di Galas, beliau menganggap ia tindakan yang tidak wajar.

Beliau juga sependapat dengan pandangan Nik Aziz yang mendakwa cadangan berkenaan adalah cubaan menghina ahli parlimen Gua Musang itu.

Razaleigh menurutnya adalah tokoh besar dalam Umno yang selayaknya menjadi Perdana Menteri dan bukan pembangkang di negeri Kelantan.





* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Inilah punca Keadilan diserang teruk

Posted: 03 Oct 2010 09:44 PM PDT

Sharpshooter :- Pemilihan Keadilan 2010 diserang teruk oleh media arus perdana kerana ada dua tiga insiden kecoh di sesetengah Cabang. Biasalah hanya yang buruk tentang Keadilan sahaja diterbitkan oleh media arus perdana.

Sebenarnya UMNO BN memang gentar dan takut dengan penerimaan rakyat dari Perlis hingga ke Sabah tentang Keadilan. Mereka tahu Keadilan mampu berkembang dengan begitu pesat.

Mahu tidak mahu mereka terpaksa guna berbagai cara untuk memusnahkan Keadilan. Ahli Keadilan wajib berbangga dengan penerimaan ahli baru tetapi dalam masa yang sama kita tidak boleh menafikan wujudnya "musang berbulu ayam" yang menyelinap masuk ke dalam Keadilan untuk membuat huru hara.

Semoga Keadilan akan terus maju bersama Pakatan Rakyat dan akan dapat mempertahankan kerusi PAS di Galas seterusnya berjaya menawan Putrajaya.

Cuba lihat gambar di bawah, inilah punca umno serang teruk Keadilan kerana mereka tahu kekuatan Keadilan luar biasa.

Program:
Konvoi dan Majlis penerimaan ahli baru dan penubuhan 18 ranting baru KEADILAN Sabah

Tarikh: 2 Oktober 2010
Lokasi: Kg Entilibon 1, Tongod, Sabah





Para peserta "Konvoi Pengiring" adalah 100% golongan belia bawah 40 tahun dan layak mengundi. Satu keberanian yg tinggi utk menidakkan kuasa monopoli dan penindasan berterusan BN kpd negeri Sabah. Syabas kpd Ckg Jalibin Paidi, tuan mmg hebat krn berjaya menawan hati semua golongan di sini baik tua atau muda. 2 Thumbs Up!








Belia-belia yg menjayakan konvoi tanpa dibayar apa-apa malah mereka sanggup mengeluarkan belanja minyak sendiri, semangat yg begitu tinggi yg ditunjukkan oleh belia-belia di Dun Kuamut. Syabas, 2 thumbs up buat mereka!!


















boleh dikatakan hampir setiap rmh di kg ini ada bendera PKR...bye-bye UPKO dan BN >>>>>>>>> :p










Kehadiran yg berkualiti dan mantap...amaran awal kpd UPKO/BN di kwsn ini supaya jangan terlalu mendabik dada menampakkan kesombongan kamu. Awas, rakyat akan menghukum dan menguburkan BN pd pru13 nnt, insya'Allah, Amin




Bantuan berupa beras yang diagihkan kpd penduduk2 sekitar yg miskin tegar. Tahniah kpd dermawan-dermawan PKR, semoga sumbangan ikhlas tuan2 dan puan2 itu akan dibalas oleh Allah swt dgn kejayaan di dunia dan akhirat. Amin


Bekas-bekas ahli UPKO, PBS dan UMNO yg berani membuat perubahan, malah mengetuai ranting baru masing-masing...inilah wajah2 perwira bangsa dan negara. Alhamdulillah


































Setinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kpd anggota-anggota RELA yg sudi membantu mengawal lalulintas semasa konvoi dan menjaga keamanan di tempat ceramah. Salute to all of you bro......!!!







Sumber: FB "Ady Kaloy"


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Amaran Sivagi The Boss pada semua calon

Posted: 03 Oct 2010 09:29 PM PDT

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada semua calon yang bertanding dalam pemilihan parti tidak menggunakan media arus perdana sebagai medium berkempen.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, setiap calon perlu bijak dalam menggunakan media dan mengelak media yang secara jelas tidak berpihak kepada Keadilan.

Menurutnya, tindakan meluahkan rungutan dalam media arus perdana ketika pemilihan parti berlangsung hanya akan menunjukkan seolah-olah Keadilan seperti mengikut rentak Barisan Nasional (BN) untuk membangkitkan masalah dalaman parti.

"Calon-calon seharusnya berwaspada agar tidak dieksploitasi oleh media arus perdana untuk menyerang polisi-polisi dan pemimpin kita.

"Jangan benarkan parti digunakan oleh media arus perdana dan propaganda (mereka)," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri majli dia- log anjuran Friends of Pakatan Rakyat di London, kelmarin.

Anwar turut menasihati semua ahli Keadilan menggunakan hak satu ahli satu undi yang dilaksanakan pada pemilihan November ini dengan penuh rasa tanggungjawab dan tidak melakukan perkara yang boleh menjejaskan imej serta kestabilan parti itu.

"Saya berpendapat elok biarkan ahli putuskan serta mendengar sendiri kepada calon tanpa memudaratkan komitmen parti dalam melakukan pembaharuan," katanya.

Menurutnya, kesemua pemimpin adalah penting kepada perjuangan parti, namun sekiranya ada pihak yang menang dan sesetengah yang lain akan kalah, perpecahan tidak patut berlaku.

"Mereka yang menang tidak harus menggondol semua manakala yang kalah tidak wajar mengetepikan agenda besar parti yang mahu membawa pembaharuan," katanya.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Raja Petra beri kata dua kepada Anwar

Posted: 03 Oct 2010 06:34 PM PDT

October 03, 2010
LONDON, 3 Okt — Yang mana datang awal? Perubahan atau sokongan popular?

Nampaknya, blogger Malaysia Today Raja Petra Raja Kamaruddin sudah mula hilang sabar dengan memberi kata dua kepada Pakatan Rakyat (PR) yang dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim pada satu pertemuan di sini semalam.

Ketua Pembangkang itu juga telah dipaksa menzahirkan pendirian terhadap masyarakat madani selepas Raja Petra, yang menjadi tumpuan pelbagai gerakan akar umbi di Malaysia, mencabar PR berhubung komitmen mereka terhadap pembaharuan yang hendak dibawa dan dilaksanakan.

Pada sesi dialog dengan rakyat Malaysia di sini, Raja Petra yang mesra dikenali sebagai "RPK", mengancam untuk menarik balik sokongan kepada PR dalam pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Galas - pilihan raya kecil yang ke-12 sejak Mac 2008 - atas alasan perikatan tiga parti politik itu telah gagal untuk menunaikan janji-janji menjelang pilihan raya umum 2008 yang menyaksikan perubahan dalam landskap politik negara.

PR memenangi lima negeri selain menguasai 82 kerusi di Parlimen, sekali gus menafikan majoriti dua pertiga Barisan Nasional (BN) di Dewan Rakyat.

Sehingga pilihan raya kerusi Dewan Undangan Negeri Manek Urai Julai 2009, Raja Petra seringkali turun ketika kempen pilihan raya kecil untuk membantu calon-calon PR.

Raja Petra berada dalam buangan kendiri sejak pertengahan tahun lalu.

Bagaimanapun Anwar, Penasihat PKR, merayu agar rakyat memahami bahawa kebanyakan pembaharuan tidak boleh dilaksanakan tanpa penguasaan kerajaan persekutuan, sebaliknya pejuang masyarakat madani perlu membantu PR berada di Putrajaya bagi melakukan pembaharuan-pembaharuan ini.

Raja Petra berkata "sebelum Mac 2008 kita duduk untuk tempoh berbulan lama dan merangka Deklarasi Rakyat yang merupakan versi kemas kini kepada Agenda Untuk Perubahan, yang dirangka oleh Anwar sendiri ketika berada di penjara."

Anwar dibebaskan dari penjara pada 2004 tetapi hanya layak bertanding selepas Mac 2008 dan memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh ketika pilihan raya kecil.

Raja Petra menggambarkan bagaimana deklarasi itu, yang merangkumi pelbagai isu - daripada ekonomi, pendidikan, kesihatan dan sehinggalah politik - dikemukakan kepada tiga parti politik yang membentuk PR dan parti-parti pembangkang yang lain.

PR, dianggotai DAP, PAS dan PKR, dibentuk selepas sebulan selepas pilihan raya umum Mac 2008. Ia masih dalam proses kelulusan pendaftaran.

Malah Raja Petra mendakwa deklarasi itu juga sedikit sebanyak diterima sebagai manifesto pilihan raya.

"Oleh kerana itu, kami turun ke bawah, kami berkempen dan merentasi seluruh Malaysia," kata beliau lagi merujuk kepada kempen ketika pilihan raya umum Mac 2008 dan pilihan raya kecil yang menyusul.

Justeru, Raja Petra melahirkan rasa tidak puas hati kerana PR belum lagi menunaikan janji-janji yang digariskan dalam manifesto meskipun menguasai pemerintahan beberapa kerajaan negeri sepanjang dua setengah tahun lalu.

Pada hari ini PR menguasai Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor.

Raja Petra juga menggariskan ketiadaan akhbar-akhbar Bahasa Malaysia diterbitkan kerajaan-kerajaan negeri dikuasai PR atas alasan ia penting untuk meneruskan perjuangan menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Beliau membandingkan persekitaran politik di United Kingdom di mana parti Demokrat Liberal hanya bersetuju untuk membentuk kerajaan campuran dengan Konservatif selepas dijanjikan pembaharuan menyeluruh akan dilaksanakan dalam tempoh dua tahun.

Britain berhadapan dengan pembentukan kerajaan campuran selepas pilihan raya umum pertengahan tahun ini gagal memberikan majoriti jelas di Parlimen.

"Kita sudah memberi PR tempoh dua setengah tahun, tetapi tiada pembaharuan tunggal yang dilaksanakan sehingga kini.

"Sesetengahnya boleh dilaksanakan dengan segera, sesetengahnya akan mengambil masa dua tahun, ada yang akan mengambil 20 tahun.

"Sekurang-kurangnya kita melihat (ia dilaksanakan), maka kita akan gembira dan kita akan terus menyokong PR dalam setiap pilihan raya kecil dan pilihan raya umum termasuk di Galas," kata Raja Petra.

Beliau yang kini berada dalam buangan kendiri di luar negara sejak setahun lalu menambah, PR memperoleh kemenangan besar dalam pilihan raya ekoran sokongan masyarakat madani yang merupakan "kuasa ketiga".

Raja Petra memberikan contoh gerakan Bersih dan Hindraf pada 2007 yang memperjuangkan agar diadakan pilihan raya bebas dan adil serta hak masyarakat orang India dibela.

Sehubungan itu, Raja Petra mengingatkan PR bahawa "kami rakyat adalah tuan" dan perikatan berusia dua setengah tahun itu perlu menyelesaikan beberapa isu jika mahu membentuk kerajaan persekutuan kelak.

Anwar membalas pendirian Raja Petra itu dengan menegaskan bahawa PR mengiktiraf keperluan membawa perubahan tetapi "rakan-rakan kami dalam masyarakat madani perlu bekerjasama dengan kami sebagai satu pasukan."

"Kami memerlukan (sokongan) masyarakat madani memandangkan kami tidak boleh bergantung pada media yang dikawal Umno," kata Ketua Umum PR ini.

Ahli Parlimen Permatang Pauh ini juga mendakwa tangan PR terikat dalam melaksanakan pembaharuan memandangkan kuasa untuk berbuat demikian terletak di peringkat kerajaan persekutuan.

Pun begitu, Anwar menekankan beberapa perubahan telah dilaksanakan termasuk menggantikan sistem tender langsung dengan tender terbuka, satu dasar yang membolehkan kerajaan negeri Kedah mengurangkan cukai pintu jumlah keseluruhan sehingga RM15 juta, tetapi mengekalkan pulangan memandangkan langkah tersebut mendatangkan hasil pembalakan yang lebih baik.

Anwar juga menggariskan Akta Kebebasan Maklumat yang digubal oleh kerajaan negeri Selangor meskipun ia masih tertakluk pada Akta Rahsia Rasmi yang dikuatkuasakan oleh kerajaan persekutuan.

Anwar juga menambah, Selangor dalam proses menjadikan Selangor Kini, sebagai akhbar harian untuk diedarkan kepada isu rumah di Selangor bagi menghadapi media-media dikawal Umno khususnya di kawasan-kawasan pengundi Melayu.

Dalam pada itu, Pengarah Strategi PKR Chua Tian Chang menambah, masyarakat madani harus melihat nilai PR bukan hanya setakat jumlah kerusi yang dimenangi, tetapi juga sebagai "satu forum yang baru."

"Untuk tempoh selama setengah abad isu yang dihadapi ialah mustahil untuk (kita) berbincang. Tetapi, ia kini berada di atas meja," kata Ahli Parlimen Batu ini.

Beliau menambah, adalah penting untuk membawa satu suara yang bersatu bagi menghadapi sikap BN yang etnosentrik dan memanipulasikan agama.

Raja Petra juga melahirkan kekecewaan dengan sikap tidak kaliber calon-calon PR yang bertanding dalam pilihan raya umum lalu dan menawarkan "calon yang berwibawa untuk bertanding mewakili PR."

Raja Petra juga menimbulkan isu ramai pemimpin PR terpaksa bertanding kedua-dua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri selain beberapa wakil rakyat yang dipilih bertindak keluar parti sehingga menyebabkan BN mengambil alih Perak awal 2009.



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Masalah Anwar dan kekecohan

Posted: 03 Oct 2010 04:50 PM PDT

Sharpshooter :- Kepada Pemimpin Keadilan dan ahli Keadilan yang terlibat menimbulkan kekecohan dalam pemilihan, insaflah...rakyat sedang memerhati gelagat anda dan sudah pasti yang tercemar adalah Parti Keadilan Rakyat. Parti juga wajib mengambil tindakan tegas kepada mereka yang timbulkan kekecohan.

Kita tidak boleh menafikan masalah utama timbulnya kekecohan adalah kerana memang ada ahli baru yang menyelinap masuk selepas 2008 samada bekas umno, mic, mca dan gerakan hanya untuk membuat huru hara dalam Keadilan ibarat "Musang berbulu ayam".

Mereka ini cuma menghidu peluang jika menang dan jika kalah akan timbulkan kekecohan. Kemasukan bekas mic dan umno berbondong-bondong dalam Keadilan terutamanya di Selangor juga menimbulkan kekecohan.

Kekecohan terbaru timbul di Cabang Sabak Bernam di mana Penyandang Ketua Cabang adalah Ustaz Badrulamin Bahron.

Dalam kenyataan terbaru Facebook Ustaz Badrulamin Bahron adalah :- Surat2 khabar semalam buat sms saya jem ... Tak terjawab semua... Maaf. Apa yang terjadi di Sabak Bernam adalah bertujuan untuk memusnahkan peti undi serta kertas undi didalamnya. Namun a`lillah peti2 undi semua dapat diselamatkan... Pengiraan diteruskan di HQ dan tak ada sebab...mengapa Pemilihan perlu dibatalkan... Harap semua (terutama orang Sabak) bertenang. Polis sedang menyiasat kes...

Mereka menyerang bilik pengiraan undi untuk merampas peti undi tapi gagal. Ahli yang berkawal diluar bilik dipukul. kita kenal siapa yang jadi dalang dan yang memukul... Laporan polis sudah dibuat. Laporan ke Pusat juga sedang disiapkan. Harap sabar... Jaga ketenangan.


Masalah juga timbul kerana senarai daftar nama ahli yang hilang di semua Cabang juga memberi sumbangan kepada timbulnya kekecohan. Terlalu ramai nama ahli Keadilan orang lama juga hilang di Cabang sendiri dan nama mereka berada di Cabang lain malah ada yang nama mereka di negeri lain. Nama ketua ranting, ajk cabang juga ada yang hilang.

Mengapa masalah ini timbul? jawapan ringkasnya adalah kerana Keadilan punyai 3 data base senarai nama ahli dan akhirnya disatukan menjadi satu data base. Ini kerana Setiausaha Agong Pusat sering bertukar. Kelemahan dan kesilapan sistem juga menyebabkan ramai nama yang tercicir dan pindah ke tempat lain. Namun begitu usaha mengatasi masalah ini sedang di atasi.

Syabas kepada semua Ketua Cabang yang berjaya menang dalam pemilihan dan ingatlah ianya satu amanah yang berat, bukan satu kemegahan dan laksanakanlah tanggungjawab itu dengan sebaik mungkin.

Kepada yang menang jangan sombong dan kepada yang kalah, terimalah kekalahan dengan hati yang terbuka, semua yang berlaku ada hikmahnya. Kepada yang menang, satukan kembali dan rapatkan semula saf kita menuju ke Putrajaya.

Cuma sharpshooter ingin ingatkan, jangan kita lupa sebelah kaki Anwar dalam penjara. 10 perkara misteri telah berlaku dalam kes fitnah liwat 2. Apakah tindakan kita yang perlu kita ambil untuk mengelak sedaya mungkin agar Anwar tidak terpenjara semula.

Di bawah ini adalah luahan seorang peguam tentang kes liwat Anwar. "Malaysia ni dah jadi macam negara kartun. Apabila saya keluar negara, malu nak mengaku warga Malaysia. Antara soalan lazim yang saya dengar ialah mengapa kerajaan suka fitnah guna isu liwat? Modal BN ialah tuduh liwat, tuduh ejen Zionis, ejen Amerika, ejen DAP, ejen Taliban dan macam-macam ejen lagi lah.

Apa pun, selaku peguam, saya rasa jijik dengan kes ni. Mari lihat 10 Misteri kes ini:
Penyiasatan dan pendakwaan ke atas Anwar Ibrahim telah menimbulkan pelbagai persepsi dan spekulasi. Meskipun Anwar Ibrahim belum di dakwa secara rasmi di mahkamah, terdapat pelbagai kepincangan dalam siasatan dan dalam perjalanan kes ini.

Berikut ialah 10 perkara misteri dan luar biasa yang timbul dalam kes Anwar.


1. Bukti asas tak dibenarkanMenurut logic akal sesiapa yang berakal, orang yang dituduh mestilah diberi peluang untuk membela diri. Untuk membela diri, tertuduh lazimnya akan dibenarkan melihat dokumen-dokumen yang relevan, agar dapat menyiapkan pembelaan.

Contohnya, jika Kassim dituduh merogol Rosna, dan Kassim mendapat maklumat bahawa laporan perubatan mengesahkan Rosna masih dara, tentulah Kassim berhak untuk melihat dokumen tersebut untuk menyediakan pembelaanya.


Dalam kes Anwar, agak pelik kerana permohonan asas ini pun tidak dibenarkan.Dalam kes Anwar ni, ada bukti CCTV, rakaman keluar masuk kawasan tersebut. Mengapa Anwar tidak dibenarkan melihat rakaman-rakaman ini untuk menyediakan pembelaan? Misteri. Ingat senang ke nak bela diri bila bukti asas tidak dibenarkan..


2. Laporan Pengadu enggan diserahkan mulanya Ini merupakan satu perkara yang luar biasa. Lazimnya, apabila seseorang yang dituduh dengan sesuatu kesalahan meminta laporan polis yang dibuat oleh pengadu, ianya akan dibekalkan dalam masa seminggu ke dua minggu oleh pihak polis.
Tanpa laporan pengadu, orang yang tertuduh sukar membela diri kerana apa yang didakwa pun tentulah tidak jelas.

Pengalaman penulis memohon laporan polis bagi membela anak guam membuatkan penulis hairan kerana penulis pernah beberapa kali mendapat laporan pengadu pada pagi yang sama penulis memohon.
Kenyataan Hamid Albar dulu bahawa laporan enggan diberi kerana pendakwaan belum dimulakan secara rasmi tidak masuk akal kerana masyarakat maklum Anwar telah ditahan oleh polis, keterangannya telah diambil dan beliau perlu membela diri dan reputasinya. Ini meyakinkan masyarakat bahawa laporan polis belum ada dan perbincangan sedang dibuat berhubung inti laporan tersebut untuk mendapatkan tarikh dakwaan yang paling sesuai. Setelah sekian lama, barulah laporan diserahkan.

3. Anwar disabitkan bersalah sebelum dibicarakan Apabila bekas PM Pak lah diminta mengulas berhubung kes Anwar, Pak Lah dengan segera berkata bahawa memanglah penjenayah akan menafikan kesalahannya. Belum pun perbicaraan bermula, Anwar sudah disabitkan sebagai pesalah oleh Pak Lah.Pada masa yang sama, apabila Pak Lah diminta mengulas berhubung dakwaan ke atas najib dan Rosmah, Pak Lah dengan segera menyatakan bahawa Pak Lah berkeyakinan penuh bahawa Najib dan Rosmah tidak bersalah. Jika Mahathir dikaitkan dengan konspirasi perlantikan hakim, pak Lah selangkah ke hadapan dengan melantik dirinya sebagai hakim tidak rasmi. Media UMNO pun segera menghukum Anwar seolah-olah sudah sabit kesalahan.

4. DNA baru Anwar diminta oleh UMNO.
DNA Anwar sudah lama dimiliki oleh pihak polis berikutan siasatan kes lamanya. Paten DNA tidak akan berubah. Justeru DNA baru tidak diperlukan melainkan jika hendak digunakan sebagai bukti palsu yang hendak dicalit dibadan pengadu. Tindakan Khairi dan Pak Lah yang berulangkali menuntut Anwar memberi DNA barunya menimbulkan tanda tanya berhubung tujuan mereka. Apabila Anwar mendedahkan perkara ini di dalam muka depan Suara Keadilan, Pak LAh dan Khairi diam membisu. Kalau anak dara yang diam, ini bermakna anak dara tersebut setuju dengan pinangan.

5. Laporan Pusrawi Perlu diakui bahawa laporan Pusrawi sebelum ini bukanlah laporan rasmi bagi kes Anwar. Meskipun begitu, fakta bahawa seorang doktor, meskipun bukan doktor pakar kes liwat, telah melihat lubang punggung Saiful dan tiada sebarang kesan koyakan atau apa-apa tanda diliwat adalah relevan. Meminjam istilah yang selalu digunakan di dalam kes-kes berkaitan Puspakom, pemeriksaan yang dibuat adalah pemeriksaan mata kasar.
Meskipun begitu, ianya tetap relevan dan keterangan sudah cukup untuk menimbulkan keraguan munasabah. Pejabat Peguam Negara selama ini tidak membuat pendakwaan melainkan yakin dengan tahap 90% bahawa tertuduh memang bersalah dan bukti-bukti yang ada benar-benar kuat.

6. Bukti alibi Anwar memadai Kepincangan dalam kes ini semakin menjadi-jadi apabila pihak polis berkeras meminta DNA baru Anwar sedangkan bukti alibi Anwar tidak dikaji. Sepatutnya, polis menyerahkan laporan Saiful kepada Anwar supaya Anwar boleh membela diri dengan menjelaskan di mana Anwar berada pada tarikh yang didakwa Saiful berlaku liwat tersebut.
Seterusnya, alibi Anwar perlu disiasat.

Sebagai contoh, Antihusam (blogger UMNO) mendakwa punggungnya telah saya liwat pada pukul 11 malam , 20 Julai 2008 di Hotel Sunway. Saya akan memaklumkan bukti alibi saya pada waktu itu. Contohnya, saya menyatakan bahawa pada waktu tersebut, saya menghadiri ceramah Ustaz Hadi di markas Pas.
Terdapat lebih 20 kawan saya yang boleh membuktikan kehadiran saya. Justeru, mustahil saya meliwat Antihusam. Apabila pihak polis selesai menyoal alibi-alibi saya dan berpuas hati bahawa saya mustahil meliwat Antihusam, siasatan patut ditamatkan. Begitulah juga dalam kes Anwar. Tindakan pihak polis yang beria-ia mahukan DNA baru Anwar kelihatan senada dengan Pak Lah dan Khairi.

7. Pendakwaan oleh Pejabat Peguam Negara UMNO ke sana ke sini membuat kenyataan bahawa kes Anwar tidak akan diuruskan oleh Pejabat Peguam Negara kerana Peguam Negara sendiri sedang disiasat berhubung dakwaan rasuah dan penyelewengan kuasa yang dibuat oleh Anwar. Pendakwaan, jika jadi, akan dibuat oleh Peguam Cara Negara. Masyarakat sedia maklum bahawa pendakwaan masih akan diteruskan oleh Pejabat Peguam Negara sekalipun diketuai oleh Peguam Cara Negara. Adalah pelik bin ajaib untuk mendakwa Pejabat Peguam Negara tidak akan dipengaruhi oleh Peguam Negara. Nama pun Pejabat Peguam Negara.


8. Laporan HKL Timbul isu terbaru bahawa laporan rasmi HKL turut bocor dan laporan tersebut menyatakan bahawa Saiful memang tiada tanda-tanda diliwat dan mustahil Saiful diliwat. Ini menunjukkan Saiful tidak ikhlas membantu BN.
Sekiranya Saiful komited membantu BN, Saiful sepatutnya pergi ke Lorong Haji Taib dan menyuruh pondan-pondan di situ meliwatnya beberapa kali agar kesan liwat ketara. Ini menunjukkan perancangan lemah BN dan ketidak ikhlasan Saiful dalam membantu BN.

9. Isu motif dan tujuan Kes ini menimbulkan keraguan yang cukup banyak apabila kepimpinan UMNO seperti Najib mengakui telah berjumpa dengan Saiful sebelum saiful membuat laporan polis. Adalah menjadi pengetahuan umum bahawa Anwar adalah musuh politik UMNO. Justeru, polis sepatutnya menyiasat kebarangkalian berlakunya konspirasi dikalangan UMNO untuk menganiayai Anwar seperti yang pernah dibuat sebelum ini. Sebelum ini, mahkamah telahpun membebaskan Anwar dari tuduhan liway yang dijaja oleh UMNO berdasarkan sekeping surat layang.


10. Terlampau banyak percanggahan fakta kes oleh BN Pada mulanya, Najib mendakwa tidak pernah berjumpa Saiful. Kemudian, Najib mendakwa pula bahawa najib pernah berjumpa Saiful 2 bulan dulu di pejabat untuk membincangkan biasiswa.
Kemudian, Najib berkata pula bahawa Najib telah berjumpa Saiful 2 hari sebelum laporan polis dibuat untuk membincangkan biasiswa.

Tiba-tiba, Najib mendakwa pula Najib telah memegang tangan Saiful yang kesejukan 2 hari sebelum laporan polis dibuat di rumah Najib sendiri apabila Saiful yang kononnya ketakutan datang mengadu diliwat. Saiful pula mulanya mendakwa diliwat pada 26 haribulan di sebuah kondo di Malaysia.
Apabila Anwar kelihatan mempunyai bukti alibi yang kukuh, saiful menjadi terdesak. Kemudian, Saiful menyatakan pula bahawa dia telah 3 kali menemani rombongan Anwar ke luar negara dengan memberi "hint" bahawa dia kononnya telah diliwat-liwat di luar negara beberapa kali.

Ini menimbulkan pelbagai tanda Tanya. Mengapa seorang lelaki yang kelihatan tinggi dan sihat seperti Saiful membiarkan dirinya diliwat-liwat beberapa kali dan terus menemani Anwar ke mana saja. Sebagai contoh, jika saya diliwat oleh sesiapa, saya akan trauma dan akan segera menjauhkan diri dari orang tersebut.
Selain itu, Saiful juga sentiasa kelihatan ceria.

Demi Allah, selama saya bekerja sebagai peguam, belum pernah saya menemui mangsa rogol atau mangsa liwat yang begitu ceria. Mangsa kes serangan seksual akan trauma, malu dengan masyarakat, rasa rendah diri dan biasanya mengalami kemurungan.
Saiful juga seorang lelaki.

Tidak semudah itu hendak menembusi lubang punggung seorang lelaki. Asalkan saiful mengeraskan punggungnya, mustahil Anwar dapat meliwatnya.
Sekiranya Saiful benar-benar hendak diliwat, dua atau tiga orang lelaki gagah diperlukan untuk memegang Saiful dan lubang punggung saiful perlu disapu minyak terlebih dahulu sebelum diliwat. Sekiranya ini yang berlaku, mustahil Saiful akan terus mengikut Anwar ke sana sini sehinggalah menemani rombongan Anwar ke luar negara sebanyak 3 kali.

Sebagai kesimpulan, kes Anwar Ibrahim ini tidak layak dibawa ke mahkamah untuk pendakwaan. Sekiranya saya ialah hakim bagi kes tersebut, saya akan melempar fail pendakwaan ke lantai kerana terlalu banyak kepincangan. Apa pun , saya doakan agar Allah (Allah di sini merujuk kepada Tuhan yang disembah orang Islam, bukan Jesus atau mana-mana sembahan golongan syirik) membuka hati hakim-hakim berkenaan agar memutuskan berasaskan keadilan. Amin.



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

MB Selangor dan Azmin berjaya pertahan jawatan

Posted: 03 Oct 2010 04:38 PM PDT

Keputusan Ketua Cabang Kuala Selangor : TS Khalid 772, Kamil 348, Mazli 122, Undi rosak 202.

Azmin pertahan Gombak, Padang Serai milik Gobalakrishnan

PETALING JAYA: Calon kegemaran untuk jawatan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali hari ini berjaya mempertahankan pengaruhnya di cabang Gombak apabila mendapat undian majoriti untuk jawatan ketua cabang.

Keputusan rasmi kira-kira 10 malam tadi memutuskan Azmin yang juga ahli parlimen kawasan tersebut memperoleh 324 undi, manakala pencabar tunggalnya Bakar Ninggal hanya mendapat 60 undi.

Di Kedah pula, perebutan tiga penjuru bagi jawatan ketua cabang Pedang Serai terjawab apabila ahli parlimennya, N Gobalakrishnan berjaya memenangi pertaruhan tersebut setelah dua minggu tertangguh akibat masalah 'teknikal'.

Menurut Gobalakrishnan ketika dihubungi FMT, beliau berjaya memperolehi undi sebanyak 412 undi berbanding pencabarnya Shamsul Anuar Abdullah yang hanya mendapat 217 undi. Manakala calon ketiga V Sandrasekharan mendapat hanya 159 undi.

Kemenangan itu sekaligus memberikan nafas baru kepada cabang Padang Serai setelah penyandang ketua cabang terdahulu yang dikenali sebagai 'Cikgu Hamid' bertindak keluar PKR dan menyertai Umno pada tahun lalu.

Sementara itu, pengerusi tetap yang juga calon Naib Presiden Yahya Sahri mendapat mandat daripada akar umbi untuk menerajui cabang Tanjong Karang apabila diumumkan menang tanpa bertanding.

Berlainan pula bagi nasib Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Uban Raveentharan Subramaniam apabila tewas kepada peguam Lim Boo Chang yang menyapu bersih undian bagi jawatan ketua cabang Bukit Gelugor.

Di cabang Ampang, sumber dalaman parti menjangkakan kemenangan besar bagi Ketua Wanita PKR Pusat yang juga ahli parlimen kawasan tersebut Zuraida Kamaruddin berikutan kemenangan barisan pasukannya merebut jawatan Ketua Wanita dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) cabang.


Keputusan seri di Pandan

Di cabang Pandan pula, keadaan menjadi agak rumit apabila pengiraan undi antara Nik Md Zain Nik Mohamad dan Zakaria Abdul Rahim mendapati kedua-duanya mendapat undi yang sama dengan 105 undi bagi merebut jawatan ketua cabang.

Pengawas Jawatakuasa Pemilihan Pusat (JPP) Mohd Yusof Mohd Amin berkata, berikutan persamaan jumlah undi pihaknya telah menerima bantahan daripada kedua-dua pihak dan ini akan diputuskan oleh JPP kelak.

"Perkara ini adalah diluar jangkaan kerana jumlahnya tetap sama walaupun pihak kami sudah melakukan pengiraan undi semula," katanya ketika dihubungi FMT.

Di Sarawak, mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) di cabang Sarikei, Sibu, Selangau, serta Kanowit dilaporkan berjalan dengan lancar pada hari ini.

Namun MATC terpaksa ditangguhkan di Sibuti kerana bilangan keahlian yang tidak mencukupi, dan cabang Baram akibat ketiadaan pengawas JPP kerana dikatakan 'sibuk dengan persiapan Konvensyen Nasional November ini'.

Timbalan Presiden: Azmin 'berpengaruh' di Selangor

Peluang Azmin merebut jawatan Timbalan Presiden PKR semakin cerah apabila enam daripada lapan cabang di Selangor yang bermesyuarat hari ini mencalonkan beliau untuk jawatan tersebut.

Menariknya, di cabang Ampang wujudnya pertandingan untuk pencalonan jawatan timbalan presiden apabila Azmin menang besar sebanyak 164 undi mengalahkan pesaingnya Khalid Ibrahim yang hanya mendapat 43 undi.

Manakala pencabar terdekatnya Zaid Ibrahim tidak mendapat sebarang pencalonan bagi timbalan presiden di Selangor, namun masih mendapat sokongan di cabang Padang Serai, Bukit Gelugor dan Gelang Patah.

Zaid turut mendapat pencalonan ketiga bagi jawatan presiden di Pontian walaupun beliau hanya berminat untuk bertanding timbalan presiden.

Di bawah merupakan pencalonan terkini di setiap cabang yang bermesyuarat hari ini:

SELANGOR:

Tanjong Karang

Presiden: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Timbalan: Azmin Ali
Naib Presiden: Yahya Sahri, Nurul Izzah Anwar, Suresh Kumar, Dr Xavier Jeyakumar
Ketua Cabang: Yahya Sahri (menang tanpa bertanding)

Kuala Selangor

Presiden: Datuk Seri Anwar Ibrahim
Timbalan: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Naib Presiden: Tan Sri Khalid Ibrahim, Azmin Ali, Suresh Kumar, Mustafa Kamil Ayub

Selayang

Presiden: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Timbalan: Azmin Ali
Naib Presiden: Tian Chua, Fuziah Salleh, Lee Boon Chye, Yahya Sahri

Gombak

Presiden: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Timbalan: Azmin Ali
Naib Presiden: Mansor Osman, Dr Lee Boon Chye, Dr Xavier Jeyakumar, Baru Bian

Ampang

Presiden: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Timbalan: Azmin Ali (164) Khalid (43)
Naib Presiden: Shamsul Iskandar, Fuziah Salleh, Abdullah Sani, Yusmadi Yusoff

Hulu Langat

Presiden: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Timbalan: Azmin Ali
Naib Presiden: Dr Xavier Jeyakumar, S Manikavasagam, R Sivarasa, Tan Sri Khalid Ibrahim

Serdang

Presiden: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Timbalan: Azmin Ali
Naib Presiden: Nurul Izzah Anwar, R Sivarasa, Mustaffa Kamil Ayub, Shamsul Iskandar

Pandan

Presiden: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Timbalan: Mustaffa Kamil Ayub
Naib Presiden: Tian Chua, Nurul Izzah Anwar, Tan Sri Khalid Ibrahim, R Sivarasa

KEDAH:

Padang Serai

Presiden: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Timbalan: Datuk Zaid Ibrahim
Naib Presiden: N Gobalakrishnan, Datuk Dr Jeffrey Kittingan, Mustaffa Kamil Ayub, Nurul Izzah Anwar
Ketua Cabang: N Gobalakrishnan

PULAU PINANG:

Bukit Gelugor

Presiden: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Timbalan: Datuk Zaid Ibrahim
Naib Presiden: Mansor Othman, Azmin Ali, Nurul Izzah Anwar
Ketua Cabang: Lim Boo Chang

JOHOR:

Gelang Patah

Presiden: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Timbalan: Datuk Zaid Ibrahim
Naib Presiden: Shamsul Iskandar Mohd Akin, Fuziah Salleh, Datuk Dr Chua Jui Meng, Nurul Izzah Anwar

Kulai

Presiden: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Timbalan: Azmin Ali
Naib Presiden: Datuk Zaid Ibrahim, Tian Chua, Saiman Marzuki, S Manikavasagam

Pontian

Presiden: Datuk Zaid Ibrahim
Timbalan: Azmin Ali
Naib Presiden: Fuziah Salleh, Mustaffa Kamil Ayub, Dr Lee Boon Chye, Saiman Marzuki

SARAWAK:

Sibu - tiada pencalonan untuk jawatan Pusat

Sibuti- tangguh

Baram- tangguh


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Apalah dosa Guan Eng

Posted: 03 Oct 2010 04:17 PM PDT

Dari blog EDYES @ edyesdotcom - COURT oF PUBLIC OPINION

Banyak juga masa dihabiskan di depan laptop ini. Belum tulis apa-apa lagi cuma ralit sana dan ralit sini memikirkan apakah ayat yang membolehkan semua faham dengan solid bahawasanya, Lim Guang Eng dah cuba sedaya upaya untuk mengagihkan sedikit keuntungan dalam mentadbir negeri Pulau Pinang dengan telus dan penuh tanggungjawab.

Termenung jauh bila memikirkan, apalah dosa Lim Guan Eng apabila memilih untuk meraikan warga emas Pulau Pinang dengan membelanjakan sebanyak 10.7juta daripada jumlah RM20juta yang diperuntukkan.

Ketua Menteri Pulau Pinang boleh memilih untuk melambakkan keuntungan yang diperolehi oleh kerajaan negeri ke arah memperkukuh dan memperkuatkan cengkaman kuasa DAP di Pulau Pinang. Tetapi pemimpin yang menjadikan khalifah Umar Abdul Aziz sebagai idola ini memilih untuk berkongsi keuntungan dengan semua warga emas di Pulau Pinang yang mendaftar sebagai penerima.

YAB Guan Eng juga boleh memilih untuk menggelapkan segala keuntungan yang diperoleh kerana jumlah wang yang terlebih-lebih ini tidak wujud di zaman Barisan Nasional memerintah Pulau Pinang. Jika tidak, mungkin Guan Eng juga akan mempunyai sebuah istana yang berharga puluhan juta sepertimana yang dipunyai oleh bekas Menteri Besar Selangor.

Merujuk kepada apa yang dipaparkan dalam berita utama di buletin utama edisi 3 Oktober 2010, difahamkan sebanyak RM5500 telah dikumpulkan dalam satu majlis penyerahan kembali wang ehsan warga emas Pulau Pinang. Tiada apa yang saya harapkan dari berita seumpama ini melainkan untuk benar-benar pasti wang yang dipulangkan kepada UMNO itu harus terus diserahkan kepada pejabat perbendeharaan negeri P.Pinang bersama senarai warga emas yang memulangkan wang tersebut.

Adalah bukan satu masalah sekiranya warga-warga emas yang terpedaya dengan permainan UMNO ini memulangkan wang yang telah mereka daftar dan terima itu. Tetapi pastikan pemulangan wang tersebut perlu dikepilkan dengan senarai nama beserta tanda tangannya sekali.

Tujuan untuk mendapat detail dan pengesahan mereka yang memulangkan wang ini adalah untuk diusul periksa kesahihan pemulang wang tersebut dan menyenarai hitam dari menerima sebarang manfaat dari kerajaan negeri pada masa akan datang. Ia memandangkan terdapat segelintir melayu Pulau Pinang yang meragui hasil perolehan cukai kerajaan negeri tetapi tidak mempertikan hasil kerajaan pusat melalui Perdana Menterinya - cucu kepada pengasas Genting.

Saudara dan saudari, tahukah bagaimana wang RM100 ini dilayakkan ke atas seseorang?

Setiap seorang yang telah mencecah umur 60 tahun adalah layak sebagai penerima wang ehsan kerajaan P.Pinang dengan syarat, perlulah mendaftar terlebih dahulu sebagai tanda ingin mengambil bahagian sebagai penerima. Ini bermakna, mereka yang memulangkan wang tersebut adalah mereka yang telah meminta kemudian memulangkannya.

Justeru, permulangan wang ehsan tersebut walaupun tidak sepatutnya berlaku (kerana ia dimohon oleh warga emas tersebut), dan kerajaan Pulau Pinang perlu lebih tegas menyenarai hitam pemulang wang ehsan supaya pada masa akan datang, tidak ada lagi wang ehsan yang dipulangkan semula (kerana ia dimohon, bukan terus diberi oleh kerajaan negeri).

Berikut adalah apa kata DS Najib apabila menjawab soalan ahli parlimen dari Rasah iaitu YB Loke.

"untuk makluman Yang Berhormat, buat masa ini, hasil daripada aktiviti perjudian adalah dikategorikan sebagai hasil cukai kepada kerajaan... bagi semua hasil daripada bayaran cukai ia akan dimasukkan ke dalam akaun Hasil Disatukan sama seperti semua hasil kerajaan yang lain dan digunakan untuk tujuan belanja mengurus dan pembangunan negara."

Dengan kata-kata Najib ini, maka sudah terang lagi bersuluh hasil cukai negara telah bercampur aduk dari yang halal kepada yang haram. Jadi apakah perbezaannya antara dua kerajaan ?

Di sini kita bukan mahu bicara akan halal dan haram duit cukai yang diperolehi, kerana sudah tentunya haram kalau tidak mengikut hukum fekah. Apa yang mahu kita bicara, dan wajib setiap di antara kita menyampaikan kepada warga emas yang kurang faham (atau buat-buat tak paham) betapa wang yang dihulur oleh kerajaan di atas nama saluran bantuan adalah harus diterima dan halal dibuat belanja.

Sekali lagi saya nasihatkan kepada kerajaan pimpinan Lim Guan Eng agar janganlah patah semangat untuk terus memberi bantuan kepada warga emas walaupun segelintir dari mereka memaling muka di sebalik tangan yang menadah. Seratus orang yang memulangkan berbanding 100ribu yang menerima adalah menunjukkan ia adalah satu usaha jahat UMNO memperkudakan warga emas yang menurut arahan.

Kepada kepimpinan Pakatan Rakyat, serangan bertali arus puak-puak gerobolan ini harus ditentang bersama-sama. Mobilisasikan satu pasukan untuk menyampaikan maksud sebenar pemberian wang ehsan ini dan pastikan setiap penerimanya faham, mengapa mereka tidak wajar memulangkan wang ehsan ini. Di manakah Hasan Ali bagi menjawab tohmahan tidak bertanggungjawab ini? Di manakah suara pemimpin Pakatan Rakyat yang lain terutamanya Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang? Di manakah Dr Mansor yang sepatutnya selalu berada di sisi Guan Eng dan mempertahankan bos nya ?

Kerajaan Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng digesa untuk menjadi lebih imune setelah beberapa tahun di asak oleh melayu yang tidak berapa melayu di Pulau Pinang, selagi apa yang dilakukan oleh kerajaan adalah berada dalam landasan yang tepat bagi memartabatkan nasib rakyat.

Semakin Lim Guan Eng membantu rakyat, semakin kerajaan Pakatan Rakyat berbakti kepada rakyat, semakin itulah puak gerombolan tidak lekang membuat onar bagi menjatuhkan semua kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat, terutamanya kerajaan DAP Pulau Pinang kerana modal perkauman paling besar berada di Pulau Pinang.


Sumber dari EDYES @ edyesdotcom - COURT oF PUBLIC OPINION

http://edyesdotcom.blogspot.com/2010/10/apalah-dosa-seorang-lim-guan-eng.html

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Tiada ulasan: