Sabtu, 2 Oktober 2010

SharpShooter

SharpShooter


Mat Sembab tersembam di Galas

Posted: 01 Oct 2010 08:31 PM PDT

Datuk Mahfuz Omar menyifatkan tindakan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyerahkan tugas Pengarah Jentera Pilihanraya kepada Tengku Razaleigh Hamzah sebagai strategi bagi mengelakkan dirinya dipersalah jika Umno tewas dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.

Naib Presiden Pas itu percaya tindakan itu menunjukkan Umno tidak yakin memenangi pilihan raya berkenaan dan Timbalan Presiden Umno cuba melindungi reputasi diri dengan melantik individu lain mengepalai kempen.

"Lazimnya, Timbalan Presiden Umno atau Timbalan Pengerusi Barisan Nasional atau Timbalan Perdana Menteri akan mengepalai jentera di satu-satu pilihanraya. Tetapi apabila berlaku di Parlimen Gua Musang, beliau menyerahkan kepada Tengku Razaleigh kerana tidak yakin menang.

"Kalau keputusan tidak memihak kepada Barisan Nasional, maka imej Muhyiddin sebagai Timbalan Perdana Menteri, Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional itu akan tergugat," katanya kepada TV Selangor.

Mahfuz mendedahkan suasana poltik tidak menentu dalam Umno menunjukkan perkembangan dan kegelisahan di kalangan pemimpin dan ahlinya terhadap kepimpinan Presidennya, Datuk Seri Najib Razak.

"Jadi beliau mahu mengambil kesempatan ini, supaya beliau membina satu imej dan jika BN kalah pun bukannya kerana beliau, tetapi kerana orang lain. Jadi, masih ada ruang lagi untuk beliau mengepalai gerakan untuk menjatuhkan Najib," katanya.

Sebaliknya, beliau berkata, suasana Pas Kelantan yang diterajui Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berbeza lantaran terhadap perjuangan rakyat Kelantan sudah dibuktikan melalui sikap dan kesederhanaannya di dalam pentadbiran.

"Walaupun kita pernah menghadapi suasana persekitaran dengan hanya melebihi satu kerusi sahaja di Kelantan, tetapi kita mampu untuk bangkit dengan dokongan rakyat kepada Pas dan kepada Pakatan Rakyat.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata rakyat Kelantan tidak mudah bertolak ansur dalam isu royalty minyak yang dirampas kerajaan Umno BN sekian lama dan faktor ini dijangka menjadi elemen penting pada pilihanraya kecil DUN Galas.

"Rakyat kelantan tidak akan bertolak ansur dalam isu royalti. Ini dapat dilihat dengan komitmen dan kesungguhan kerajaan Kelantan," katanya.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

JPP diarah siasat kekecohan

Posted: 01 Oct 2010 08:01 PM PDT

Biro Politik Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) meminta Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) menyiasat dakwaan anggota yang melakukan keganasan, kekecohan dan tindakan liar lain yang melanggari Kod Tatalaku Pemilihan.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, mesyuarat Biro Politik yang dipengerusiakan oleh Presiden, Datuk Seri Dr Wan Azizah wan Ismail pada hari Rabu lepas, membuat ketetapan supaya siasatan dibuat berdasarkan klip-klip video bagi mengenalpasti ahli parti yang cuba menggagalkan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang dan pemilihan di beberapa buah Cabang.

"Jawatankuasa Pemilihan Pusat mempunyai kuasa untuk membuat keputusan serta mengambil tindakan displin berkenaan penglibatan anggota-anggota tersebut dalam proses pemilihan parti termasuk mengundi, menjadi calon mahupun berkempen," kata kenyataan itu.

Biro Politik akan juga mengkaji kes membabitkan mana-mana calon dan anggota yang memburukkan Parti serta pimpinan melalui media, selepas kalah dalam pemilihan.

Sementara itu Biro Politik menegaskan tiada arahan, aduan mahupun apa-apa keputusan yang telah diambil untuk sebarang tindakan disiplin terhadap Pengerusi Majlis Pimpinan Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim dan menyangkal fitnah dan maklumat palsu berkenaan perkara ini.



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

UMNO penipu, mana ada warga emas umur 54 terima RM100

Posted: 01 Oct 2010 07:40 PM PDT


Ini adalah keratan Utusan Meloya kelmarin yang menyiarkan berita Rosnani Mohd Rashid 54 tahun.

Mana ada warga emas umur 54 tahun terima wang ehsan? Umur bagi warga emas yang layak terima wang ehsan adalah 60 tahun.

Sian orang tua-tua umno, asyik kena tipu saja dengan umno dari dulu..kini...dan selamanya...

Sementara itu, bekas Ketua Pemuda P.Pinang PAS Hafiz Noordin yang selalu timbulkan kontroversi termasuk pernah katakan Anwar Ibrahim seperti anai-anai dalam Muktamar Pas, pernah berdemo bersama umno di P.Pinang, hari ini dalam Utusan Meloya menyelar pimpinan Islam di P.Pinang. Ini bermakna termasuk YB Ustaz Salleh Man dan Pimpinan PAS P.Pinang.
Boleh baca di sini.

Kepada warga emas yang tak mahu RM100 kerana termakan dengan dakwaan umno yang kononnya itu duit judi, boleh pulangkan kepada sharsphooter dan JKKK..kami sedia menerimanya...he..he..


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Azmin dan Zaid..malulah sikit dengan pimpinan PAS

Posted: 01 Oct 2010 05:49 PM PDT

Persaingan berpuak dalam pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mula memuncak dengan dua pemimpin pusat parti itu menggesa agar Datuk Zaid Ibrahim, yang menawarkan diri bertanding jawatan timbalan presiden, tidak dipinggirkan menerusi serangan bertubi-tubi.

Naib Presiden Datuk Dr Jeffrey Kitingan dan anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) N. Gobalakrishnan yang mempertahankan Zaid daripada serangan kumpulan yang memihak Azmin Ali mempersoalkan kenyataan terbuka Naib Presiden Dr Lee Boon Chye.

Azmin yang mendahului senarai pencalonan juga merupakan naib presiden.

"Sungguh aneh pemimpin-pemimpin ini bercakap kepada media mengenai isu ini. Mengapa sekarang Lee mengkritik Zaid (hanya) kerana memberi temu bual kepada media?" kata beliau dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.

Ahli Parlimen Padang Serai ini mendakwa "adalah jelas Zaid secara terus-menerus dipinggirkan dalam parti."

Cabang Padang Serai akan mengadakan mesyuarat agung tahunan dan pemilihan Ahad ini selepas ditangguhkan dua minggu lalu.

"Pelbagai insiden ketika pemilihan cabang PKR di seluruh negara sejak dua minggu lalu menunjukkan bahawa sentimen anti-Zaid sedang diatur sedemikian rupa dalam parti oleh mereka yang berjawatan tinggi dalam parti," kata beliau lagi.

Gobalakrishnan berkata, persoalan sekarang ialah siapa yang bertanggungjawab terhadap perkembangan tersebut sekarang ketika PKR mengadakan pemilihan secara langsung.

"Menilai daripada kenyaatan-kenyataan yang datang daripada pemimpin kita sendiri termasuk Ketua Umum yang memberi amaran kewujudan kuda-kuda Trojan dalam parti, saya hanya boleh merumuskan bahawa orang-orang ini sememangnya dalam satu kumpulan — kumpulan yang mahukan Azmin menewaskan Zaid dalam saingan jawatan timbalan presiden," katanya lagi.

Gobalakrishnan seterusnya berkata adalah "saya salah dalam membuat andaian ini?"

"Berdasarkan apa yang berlaku dalam parti, saya rasa tidak. Saya sudah mula mempercayai cerita-cerita mengenai Azmin adalah betul sekarang," katanya yang menawarkan diri untuk bertanding jawatan naib presiden.

Katanya, adalah sesuatu yang menyedihkan buat parti kerana terpaksa melupakan tujuan dan prinsip hanya kerana mahu memastikan Azmin menang mudah dalam pemilihan bagi jawatan tertinggi parti.

"Saya berharap ia tidak berlaku. Biarkan PKR kekal bebas dan terbuka menghadapi pemilihan," katanya lagi.

Kata Gobalakrishnan, ini bukan kali pertama kenyataan-kenyataan sentimen anti-Zaid muncul di kalangan pemimpin parti.

"Malah pengarah komunikasi parti seperti Nik Nazmi Nik Ahmad memilih untuk menyertai serangan ke atas Zaid Ibrahim, yang memperlekehkan jawatannya yang sepatutnya kekal berkecuali.

"Dan, kita ada timbalan presiden Dr Syed Husin Ali yang menyertai senarai (yang mengecam Zaid). Kemudian Naib Presiden R. Sivarasa, Ketua Wanita Zuraida Kamaruddin dan Pengarah Strategi Tian Chua yang meneruskan serangan," katanya lagi.

Sementara itu, dalam kenyataan berasingan bertajuk "lebih banyak pemimpin pembaharuan diperlukan, Jeffrey menggesa kesemua pemimpin agar menghentikan serangan bertubi-tubi terhadap persaing jawatan timbalan presiden Zaid.

"Saya ada membaca kenyataan naib presiden Dr Lee Boon Chye semalam dan saya merasakan kesesuaian masa kenyataan itu sungguh malang sekali khususnya dengan mesyuarat cabang sedang berlangsung hujung minggu ini," kata beliau.

"Saya juga ada membaca pelbagai wawancara yang diberikan oleh Zaid kepada media.

"Saya merasakan ia membawa aspirasi beliau kepada parti. Beliau tidak mempersalahkan sesiapa (dalam menghadapi saingan) sebagaimana dikatakan oleh Lee," kata pemimpin dari Sabah ini.

Justeru tegas Jeffrey, kesemua pemimpin parti perlu mengalu-alukan saranan-saranan konkrit oleh mana-mana pihak untuk memperbaiki perjuangan parti.

"Sesetengah saranan Zaid boleh membantu kita untuk mencapai matlamat buat rakyat.

"Parti memerlukan lebih banyak pemimpin yang mahu membawa pembaharuan. Ia juga memerlukan pemimpin berfikiran terbuka, yang boleh bergerak ke depan," katanya lagi.

Semalam, Zaid menjadi tumpuan kenyataan dua pemimpin kanannya ekoran beberapa tulisan dan pandangan terbuka beliau yang dilihat sebagai menjejaskan imej parti itu termasuk pemilihan secara langsung "bersejarah" yang sedang berlangsung.

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata parti itu yang mengadakan mesyuarat Biro Politik malam tadi tidak memutuskan sebarang tindakan disiplin ke atas Zaid berhubung kenyataan beliau baru-baru ini mengenai pemilihan yang sedang berlangsung.

"Biro Politik menegaskan juga bahawa tiada arahan, aduan mahupun apa–apa keputusan yang telah diambil untuk apa–apa tindakan displin terhadap Zaid Ibrahim dan menyangkal fitnah dan maklumat palsu berkenaan perkara ini," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan di sini.

Dalam kenyataannya bertajuk "Membalas kritikan terbaru Zaid Ibrahim terhadap PKR dan pemilihan parti" berkata, parti itu kebingungan dengan keluhan anggota Majlis Pimpinan Pusat itu yang tidak habis-habis kepada pihak akhbar tentang parti dan pemilihan parti yang sedang berlangsung, termasuklah wawancara eksklusif dengan Mingguan Malaysia yang pernah disebut beliau sebagai akhbar "Gestapo".

"Apakah beliau lupa bahawa dirinya merupakan subjek kempen kotor Utusan, selama pilihan raya kecil Hulu Selangor dulu?

"Apakah beliau lupa serangan bertubi–tubi Utusan terhadap Pakatan Rakyat yang menyebabkan Pakatan tidak mengendahkan akhbar tersebut?" kata beliau yang dicalonkan untuk mempertahan kerusinya.

Lee menambah, Zaid turut membuat sindiran kasar bahawa sesetengah pemimpin termasuk Tian Chua dan Gobalakrishnan telah dihalang daripada bertanding jawatan cabang PKR sedangkan mereka mereka bebas bertanding dan berkempen sesuka mereka.

Sementara 34 cabang akan mengadakan mesyuarat esok dan lusa dalam pusingan terakhir manakala pusat pula mulai hujung bulan ini.

Sharpshooter :- Antara Azmin, Zaid dan Mustaffa, masing-masing ada kelebihan dan kelemahan, tidak ada pemimpin yang sempurna. Berkempenlah secara sihat. Ingatlah umno sentiasa mengambil kesempatan dan akan mengeruhkan suasana dan mahu menghancurkan Keadilan.

Janganlah pula nanti menang sorak kampong pula tergadai...gajah sama gajah bergaduh, kancil mati ditengah-tengah.

Contohilah PAS sewaktu mereka berkempen dalam pertandingan. Apakah anda sebagai pimpinan tinggi Parti Keadilan tidak merasa malu dengan Pimpinan PAS tentang apa yang berlaku sekarang?

Disiplin dan akhlak Pimpinan PAS wajar dicontohi sewaktu mereka berkempen. Ustaz Nasa, Mat Sabu dan Husam Musa juga pernah bertanding 3 penjuru untuk jawatan no 2 dalam PAS tetapi tidaklah sekecoh Azmin dan Zaid. Mustaffa kelihatan lebih tenang.

Mereka juga tidak sependapat adakalanya tentang beberapa isu dan hal dalaman parti dan mereka ada pengikut masing-masing, mereka juga berkempen tetapi mereka tidak sekecoh sangat seperti Keadilan. Tarbiah dalam PAS wajib dicontohi oleh Keadilan.

Tidak boleh dinafikan juga, media arus perdana milik umno akan mengeruhkan lagi suasana kerana mereka tahu kekuatan Keadilan kini amat menggerunkan BN dan mereka tahu laporan risikan tentera, SB dan badan-badan penganalisa politik di Malaysia mengatakan bahawa dalam PRU 13, Pakatan Rakyat akan berjaya menawan Putrajaya.

Ingatlah jawatan itu bukan satu kemegahan tetapi adalah satu amanah dan tanggungjawab yang amat berat.

Katakan benar walaupun pahit....Takbir.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Siapa Chegubard

Posted: 01 Oct 2010 05:07 PM PDT

~PROFILE CHE'GUBARD~

Badrul atau lebih dikenali sebagai "CheGuBard" adalah seorang aktivis rakyat dan seorang pemimpin muda yang berpengetahuan luas dan lantang dalam memperjuangkan nasib dan kebajikan rakyat. Anak jati Negeri Sembilan ini membesar dalam keluarga sederhana.Selaku anak jati Negeri Sembilan Rembau bukanlah asing baginya. Badrul telahpun mendirikan rumah tangga dengan Zarerah Hanim Md Zaki dan dikurniakan dua cahayamata.


Selepas menamatkan pengajian pada tahun 2000, beliau mengajar di beberapa sekolah di Negeri Sembilan. Keinsafan dari melihat sendiri bagaimana negara sedang dihancurkan oleh kelompok orang politik berkuasa yang tamak telah menyebabkan beliau meninggalkan kerjayanya sebagai guru lalu memilih untuk aktif bersama Parti Keadilan Nasional. Selain menyertai parti beliau juga aktif dalam aktivisme gerakan reformasi. Beliau terlibat dalam melahirkan beberapa laman web seperti black14.net dan banyak lagi. Penglibatan tidak terbatas termasuk menganjurkan demonstrasi, ceramah sehinggalah kepada aksi isu-isu pembelaan rakyat.

Dalam usia yang amat muda dan tanpa pengalaman politik pada tahun 1999 beliau terlibat dalam menubuhkan Parti Keadilan Nasional (yang kini dikenali sebagai Parti Keadilan Rakyat). Tahun 2001 beliau telah menawarkan diri dan menang dalam pemilihan Exco Pemuda Keadilan Malaysia di Terenganu dengan undi tinggi dalam 10 yang teratas.

Bermula dari anak kampong biasa beliau mendaki puncak dan matang dalam perjuangan. Beliau juga banyak terlibat dalam dunia aktivis peringkat antarabangsa. CheGuBard pernah menghadiri beberapa seminar dan latihan yang dianjurkan oleh pertubuhan antarabangsa. Antaranya, penglibatan awalnya di peringkat antarabangsa ialah kursus media mengenai teknik untuk berhadapan dengan media elektronik yang dianjurkan oleh Frederick Naumann Stiftung di Bangkok, Thailand pada Julai 2003. Selain daripada itu, beliau turut mengikuti seminar mengenai kerelevanan parti-parti berunsur sosial demokrat dan gerakan progresif Asia Timur dan Asia Tenggara yang dianjurkan oleh Frederick Ebert Stiftung di Manila, Filipina dan banyak lagi

Pada tahun 2006, beliau telah terpilih antara 20 aktivis muda Asia untuk menyertai latihan hak asasi manusia yang dianjurkan oleh Yayasan Memperingati Tragedi 18 Mei di Gwangju, Korea Selatan. Oleh kerana keaktifannya dalam bidang kemasyarakatan dan ketekunannya, beliau telah terpilih sebagai pelajar terbaik yang justeru melayakkan beliau untuk mendapat biasiswa Kerajaan Korea Selatan untuk menyambung pelajaran dalam bidang Sarjana di Universiti Sungkonghae, Seoul, Korea Selatan.

Kesempatan berada di bumi asing telah dipergunakan sepenuhnya untuk menimba pengalaman dan membina jaringan antarabangsa. Beliau berpeluang untuk menyaksikan bagaimana pergerakan sosial di Korea Selatan berkembang.

Beliau sering mendapat undangan sebagai panel dalam banyak forum antara bangsa. Beliau juga merupakan setiausaha jawatankuasa penaja ASEAN Activist Forum yang dipengerusikan oleh NurKholis seorang aktivis muda Indonesia yang juga Timbalan Pengerusi Komisi Hak Asasi Indonesia.

Selain politik, Badrul juga mahir dalam bidang pemasaran dan perhubungan awam. Beliau adalah Pengurus Pemasaran dalam beberapa syarikat swasta semenjak tahun 2003. Badrul pernah terlibat dalam Gerakan Belia dan Kebudayaan Di peringkat kebangsaan dan negeri. Beliau pernah bersama sebagai tulang belakang Persatuan Seni Budaya NS, Anak Teater Seri Melewar, dan menjadi pengerak sebuah pertubuhan seni silat yang menjadi badan pendiri PESAKA di NS. Beliau juga pernah menerima beberapa anugerah kerana penglibatannya di dalam gerakan belia dan kebudayaan.

Penglibatan Badrul sebagai aktivis sosial berada di tahap kemuncak apabila beliau bersama-sama dengan beberapa orang teman menubuhkan Gerakan Demokrasi dan Anti- Korupsi (GERAK) yang dipimpin oleh Ezam Mohd Noor, bekas Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri. Namun apabila GERAK mampu bergerak aktif Badrul meletakkan jawatan sebagai Eksekutif Ko ordinator, agar memastikan GERAK benar bebas dari pengaruh politik

GERAK telah menjadi sebuah organisasi yang terkenal di peringkat kebangsaan dan antarabangsa dalam usaha memerangi rasuah. GERAK kini dianggotai oleh 10,000 orang sukarelawan dan bergiat di arena antarabangsa. Namun oleh kerana sebab yang amat mengecewakan GERAK yang mula membesar dan diterima dalam dan luar negara telah 'hancur' dengan sendirinya.

Badrul telah mencipta sejarah bagi dirinya apabila beliau terpilih sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat yang termuda sewaktu Kongres Parti Keadilan Rakyat pada Mei 2007 dengan undi yang agak tinggi dalam keadaan beliau sendiri berada di luar negara.

Beliau kini juga merupakan Ketua Cabang Keadilan Rembau.

Kami sokong Chegubard.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Lawan tetap lawan - Mustaffa Kamil Ayub

Posted: 01 Oct 2010 05:05 AM PDT

Naib Presiden PKR Mustaffa Kamil Ayub tetap 'berkeras' bertanding jawatan nombor dua parti itu walaupun agak ketinggalan menerima pencalonan daripada cabang berbanding pesaingnya Azmin Ali dan Datuk Zaid Ibrahim.

Mustaffa mengambil keputusan itu, antaranya supaya dapat terus menyumbang ke peringkat yang lebih tinggi dalam PKR.

"Saya yakin, kesinambungan perjuangan perlu untuk meneruskan sumbangan yang bagi saya cukup besar oleh timbalan presiden, Senator Dr Syed Husin Ali.

"Saya berharap, anggota-anggota parti boleh membantu saya memperkukuhkan kepemimpinan parti bersama Saudara Anwar (Ibrahim) dan (Datuk Seri) Dr Wan Azizah (Wan Ismail)," katanya.

Mengumumkan perkara itu dalam sidang media di Kelab Sultan Sulaiman, Mustaffa berkata, walaupun ketinggalan dalam pencalonan bahagian, beliau yakin akan mendapat sokongan pada hari pengundian nanti.

Beliau yang juga bekas naib Majlis Belia Malaysia (MBM) mengajak ahli untuk "mengangkat nilai moderat, inklusif, sederhana, kasih sayang, perpaduan parti, semak dan imbang dalam parti" dalam pemilihan kali ini.

"Sekiranya saya diberikan amanah memikul jawatan berat ini, dengan sokongan teman-teman, Insya-Allah kita akan perkukuhkan politik ini sebagai suatu kesinambungan perjuangan PKR," katanya.

Bacaan ahli

Setakat 159 cabang yang telah mengadakan mesyuarat, Mustaffa - kini naib presiden PKR - memperolehi 16 pencalonan untuk bertanding jawatan timbalan presiden.

Dua lagi tokoh - yang kini mendahului pencalonan - Azmin Ali dan Datuk Zaid Ibrahim masing-masing memperolehi 90 dan 33 pencalonan.

Mengulas mengenai kedudukan beliau setakat ini yang ketinggalan di belakang Azmin dan Zaid, Mustafa berkata setiap calon yang bertanding itu mempunyai kekuatan dan kelemahan masing-masing.

"Saya yakin ahli-ahli dapat menilai pendekatan dan gaya sebagai timbalan presiden. Kekuatan saya, saya tak boleh sebut. Saya suruh ahli menilai.

"Saya yakin ahli ada bacaan tersendiri. Ada kebijaksanaan. Pada saya, mereka ada nilai yang mereka pegang," katanya.

Ditanya sama ada kekalahannya di peringkat cabang akan menjejaskan peluangnya, Mustaffa menjawab kekuatan di cabang tidak menggambarkan kekuatan di peringkat nasional.

Lagipun, cabang beliau Pasir Salak tetap mencalonkannya bertanding jawatan timbalan presiden walaupun tewas sebagai ketua cabang, jelas Mustafa.

"Ini kerana, satu ahli mempunyai satu undi," kata bekas aktivis NGO Islam itu.

Tolak kompromi

"Saya tidak ambil hati dengan apa yang berlaku di (cabang) Pasir Salak. Saya tidak mempertikaikan hak ahli (untuk memilih).

"Mungkin ada rahmat apa yang berlaku, kerana saya boleh menumpukan perhatian kepada (pemilihan) jawatan timbalan presiden."

Mustaffa bagaimanapun enggan mengulas sama ada terdapat unsur-unsur sabotaj dalam pemilihan ketua cabang baru-baru ini sebaliknya menyerahkan perkara itu kepada "teman-temannya" untuk membuat bantahan.

Mengulas mengenai sama ada beliau mempunyai regu dalam pemilihan kali ini, Mustaffa berkata beliau "tidak menawarkan regu" untuk tujuan itu.

Katanya, semua calon yang menawarkan diri untuk bertanding jawatan dalam parti mempunyai kekuatan yang tersendiri.

"Semua yang menawarkan diri adalah teman-teman saya dalam perjuangan," katanya

Ditanya mengenai kedudukan beliau sekiranya beliau tewas dalam pemilihan bagi jawatan tersebut Mustaffa berkata beliau akan terus berkhidmat kepada parti dalam bentuk yang lain.

Mustaffa yang juga bekas pemimpin Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menegaskan keputusan beliau itu adalah muktamad dan tidak akan menarik diri walaupun mungkin ada usaha menawarkan berkompromi selepas ini.




* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Tiada ulasan: