SharpShooter |
- Adakah Anwar akan menyambut harapan terakhir Allahyarham Pak Kudus?
- Zaid ikut jejak Anwar
- Alahi UMNO ..duit judi siapa nie...halal ke halam
- 11 Adun UMNO akan serah semua gaji mereka.....?
- UMNO cuba tunjuk alim
| Adakah Anwar akan menyambut harapan terakhir Allahyarham Pak Kudus? Posted: 30 Sep 2010 09:35 PM PDT ![]() KUALA LUMPUR 1 Okt - Salah seorang pengasas Parti Keadilan Rakyat yang gigih dan komited, Abdul Kudus Omar meninggal dunia pada usia 70 tahun akibat serangan jantung hari ini. Beliau meninggal dunia kira-kira pukul 11.40 pagi tadi di Institut Jantung Negara setelah dimasukkan ke Unit Penjagaan Intensif (ICU) sejak meinggu lalu. Beliau yang lebih dikenali sebagai Pak Kudus pernah memegang jawatan Ketua Cabang Tanjung Karang sebelum memberi laluan pada pemilihan kali ini. Ketika dihubungi Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata parti kehilangan seorang takoh yang banyak berjasa dan ikhlas kepada perjuanhgan parti sejak bermulanya era reformasi. "Angkatan Muda amat merasakan kehilangan beliau. Saya menyeru ahli parti terutamanya yang baru menyertai KEADILAN supaya mencontohi semangat dan jiwa besar Pak Kudus dalam perjuangannya menegakkan keadilan di negara ini sejak awal lagi. "Beliau boleh dikatakan sebagai salah satu butir mutiara dalam KEADILAN yang telah berjuang dengan penuh keikhlasan dan komitmen kepada nilai-nilai perjuangan," kata Shamsul. Pak Kudus sebelum bersara daripada perkhidmatan kerajaan adalah Pegawai Penyiasat Cawangan Khas yang pernah bertanggungjawab menyoalsiasat Ketua Oposisi, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketia beliau ditangkap pada awal tahun 1970an berhubung demonstrasi pelajar di Baling. "Anwar Ibrahim seorang manusia hebat dan berjiwa besar. Sepanjang yang saya kenalinya, beliau adalah seorang insan yang amat konsisten dengan pendirian dan keyakianan perjuangannya," kata Pak Kudus kepada Suara Keadilan dalam satu temuramah semasa kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor April lalu. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan golongan soliheen dan muttaqeeen. Al-Fatihah. Sharpshooter :- Jika kita menonton video amanat Pak Kudus sebelum beliau menghembuskan nafas yang terakhir, amat terasa betapa jujur dan ikhlasnya beliau dalam perjuangan ini.Beliau sanggup melepaskan jawatan dan menyampaikan amanatnya pentingnya di sini. Pak Kudus menyampaikan amanatnya dengan penuh sayu, sebak, penuh terharu dalam linangan air mata keikhlasan perjuangan. Wasiatnya yang paling penting adalah jagalah parti ini baik-baik. Sharpshooter amat berharap agar segala wasiat dan amanatnya mampu dipikul oleh penggantinya Hj Yahya Sahri yang juga merupakan Pengerusi Tetap AMK Pusat serta calon Naib Presiden Pusat. Video ini pula adalah harapan dan permintaan terakhr Pak Kudus dalam kemelut pemilihan Keadilan 2010. Adakah permintaan terakhir Pak Kudus akan ditunaikan oleh Ahli Parti Keadilan di seluruh negara atau akan dicampak terus ke longkang? Pak Kudus mengharapkan Anwar menjadi Presiden dan Wan Azizah menjadi Timbalan Presiden buat sementara waktu ini demi menjaga kestabilan parti. Adakah Anwar akan menyambut harapan terakhr Pak Kudus? Sharpshooter ucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan semoga rohnya di tempatkan bersama-sama orang beriman..amin..Al-Fatihah.. * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
| Posted: 30 Sep 2010 06:02 PM PDT Dalam politik ni pelbagai kemungkinan boleh terjadi. Kadangkala yang langsung tak dijangka oleh kita pun boleh berlaku. Dan begitulah juga halnya dengan ahli politik. Ada yang terjun ke dunia politik untuk mencari kekayaan segera sebagaimana budaya turun-temurun dalam UMNO sejak beberapa dekad. Tidak kurang juga yang ikhlas mahu memperjuangkan hak dan keadilan rakyat di tanahair. Dan setengahnya pula cuba mengambil kesempatan daripada jawatan wakil rakyat yang dipegang khususnya di kalangan wakil rakyat Pakatan Rakyat. Dan paling menyedihkan bila mana wujud segelintir wakil rakyat yang tergamak mengkhianati undi rakyat dan parti mereka hanya semata-mata kerana kecewa ekoran runtunan nafsu gila kuasa dan gila populariti menguasai diri. Begitulah juga apa yang sedang melanda PKR mutakhir ini dalam pemilihan parti khususnya untuk jawatan Timbalan Presiden. Belum apa-apa dah wujud 'pertembungan' yang tak kurang hebatnya antara muka lama dan baru. Zaid Ibrahim dan Azmin Ali. Serangan peribadi dan amaran terhadap Zaid Ibrahim baru-baru ini menjelaskan kepada kita bahawa 'budaya UMNO' dalam PKR masih kuat rasukannya.Persoalannya mengapa Zaid mahu dihalang dari bertanding jawatan NO.2? Apakah Zaid dilihat mampu menewaskan Azmin Ali dalam pertandingan tersebut sehingga dilaporkan wujud cubaan untuk mengupah seorang blogger Melayu popular supaya menulis artikel yang memburuk-burukkan peribadi mantan Menteri Undang-Undang itu. Apakah Zaid Ibrahim tidak layak untuk jawatan NO.2 parti hanya atas alasan beliau orang baru? Adakah jawatan No.2 hanya layak dipegang oleh orang lama seperti Azmin Ali yang juga orang kanan Anwar? Kalau inilah yang dijadikan sebagai guideline oleh perwakilan untuk memilih sapa yang lebih layak, bermakna para perwakilan PKR masih kurang bijak dalam menilai kredibiliti pimpinan mereka. Kita ambil contoh bagaimana bijaknya Mahathir dalam percaturan politiknya bagi memastikan UMNO terus relevan sebagai sebuah parti yang dominan dalam persada politik tanahair. Selepas lebih kurang setahun dia menjawat jawatan PM, langkah pertama yang dibuatnya ialah memujuk Anwar Ibrahim untuk menyertai UMNO kerana beliau sedar kredibiliti Anwar Ibrahim sebagai bekas pemimpin pelajar dan Presiden ABIM mampu menarik sokongan majoriti umat Islam dalam negara kepada UMNO dan secara tidak langsung 'membunuh' sokongan pengundi Islam kepada PAS. Dalam konteks pemilihan pucuk pimpinan PKR ini, para perwakilan haruslah bijak membuat keputusan demi kelangsungan survival parti itu sendiri. Tersalah membuat pilihan akan mengundang padah hujungnya. Perlu diingat wujudnya PKR kerana mahu menegakkan keadilan dan membela kepentingan rakyat. Bukannya mencari kepentingan peribadi. Malangnya apa yang berlaku membuktikan sudah wujud 'bunga-bunga' gila kuasa dan kepentingan sendiri. Jika senario ini tidak dibenteras segera, akhirnya kita akan lihat semakin ramai ahli dan penyokong PKR kembali menyokong UMNO dalam PRU13 kelak. Natijahnya parti itu sendiri akan mengalami nasib serupa dengan Semangat 46. Seharusnya seluruh wakil rakyat PKR bermuhasabah diri dengan kemenangan besar yang dikurniakan oleh Allah dalam PRU12 lalu. Bukannya terus mendabik dada dan mendongak ke langit sambil merasakan parti semakin kuat ekoran sokongan rakyat. Namun itulah hakikat yang melanda PKR selepas PRU. Nasib baiklah 'ditampar' awal-awal oleh Allah ekoran tindakan beberapa wakil rakyatnya melompat keluar menjadi bebas dan BN. Sejak itu, barulah si Anwar mengaku yang dia gopoh dan tersilap dalam memilih calon-calonnya yang bertanding dalam PRu12. Kalau tak, Anwar pun terus ego dan tak sabar-sabar nak jadi PM. Berbalik soal 'pertembungan' Zaid - Azmin, secara peribadi saya melihat Zaid lebih layak untuk jawatan Timbalan Presiden. MUngkin tidak keterlaluan jika boleh saya sebutkan di sini yang keikhlasannya lebih tinggi berbanding Azmin Ali. Jika nak diambil kira soal pengalaman berpolitik, apa kurangnya Zaid. Kalau nak dibandingkan soal jawatan sewaktu dalam UMNO, saya kira Zaid lebih 'gah' daripada Azmin. Antara bekas Menteri dengan bekas Setpol TPM. Kalau nak dikira disudut jawatanlah, bukan senang seorang Menteri Kabinet nak letak jawatan begitu saja hanya kerana rasa tidak puashati atas tindakan kerajaan menahan 3 individu di bawah Akta ISA. Namun itulah yang dilakukan oleh Zaid Ibrahim atas dasar prinsipnya. Secara kebetulan beliau juga seorang peguam. Dan kita juga tidak pernah mempersoalkan keikhlasan Azmin Ali yang sanggup senang dan susah dengan bosnya Anwar sejak hari pertama dipecat. Namun sejak beberapa bulan lalu, Naib Presiden PKR itu dilihat mula berubah sikap dengan beberapa tindakannya yang jelas cuba 'menggugat' keharmonian kerajaan PR Selangor yang diketuai oleh MB Khalid Ibrahim sehingga Anwar sendiri terpaksa membuka mulut memberi kata dua padanya. Bukan setakat itu saja. Malahan sewaktu PRK Hulu Selangor, ada laporan menyebut penyokong Azmin 'memboikot' Zaid Ibrahim yang telah dipilih oleh Anwar sebagai calon. Walaupun semalam Anwar membuat kenyataan yang beliau sendiri tidak menyokong mana-mana pihak untuk jawatan No.2, namun saya percaya jauh di sudut hatinya mahukan Zaid Ibrahim. Sebagai seorang yang begitu berpengalaman dalam dunia politik dan juga bijak, saya kira Anwar lebih percaya kepada kewibawaan dan kredibiliti Zaid. Mungkin juga Anwar dah mula terhidu 'bau' percaturan politik Azmin yang dikira boleh menggugat parti di masa mendatang. Saya pernah menelefon seorang 'sifu' politik dan meminta pandangannya berhubung tindakan Azmin mengkritik dan membidas secara terbuka kepimpinan MB Khalid Ibrahim di Selangor. Jawapan yang diberi lebih kurang begini "Tindakan bodoh dan gelojoh serta menampakkan sikap gila kuasa serta membuka ruang kepada musuh melakukan serangan. Inilah masalahnya bila wakil rakyat PR mula lupa siapa diri mereka sebenarnya. Baru diuji sedikit dengan kejayaan memerintah beberapa negeri tapi dah mula nak tunjuk taring masing-masing. Kita kena ingat dalam politik ini mesti kena sabar dan jangan gelojoh dalam setiap tindakan. Tersilap langkah akan menikam diri sendiri serta merugikan parti. Juga jangan terlalu yakin dengan sokongan rakyat pada kita dalam PRU lalu sebab seribu kemungkinan boleh berlaku. Apakah kita yakin rakyat yang mengundi PR dalam 2004 akan kekal, khususnya Melayu? Ini soal hati manusia. Takde sapa yang tahu. Mungkin kita lihat ribuan rakyat hadir ke program anjuran PR tetapi itu bukan jaminan mereka menyokong kita selagi mana tidak menjadi ahli. Sedangkan hari ini yang dah jadi ahli pun boleh berpatah balik." Jalan terbaik bagi memastikan PKR terus kukuh dan berpengaruh adalah dengan cara memilih barisan kepimpinan baru yang diyakini ikhlas dan berwibawa. Wallahu'alam.. Dari NegaraKita.com Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
| Alahi UMNO ..duit judi siapa nie...halal ke halam Posted: 30 Sep 2010 05:56 PM PDT * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
| 11 Adun UMNO akan serah semua gaji mereka.....? Posted: 30 Sep 2010 09:46 AM PDT 11 ADUN UMNO Pulau Pinang Dicabar Mengembalikan Semua Gaji Mereka Kepada Kerajaan Negeri Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang ingin menyatakan simpati kepada warga emas, khususnya di DUN Penaga, yang diwakili oleh Dato' Azhar Ibrahim yang juga Setiausaha Perhubungan UMNO Pulau Pinang. Baru-baru ini, seramai 40 orang warga emas dari DUN tersebut telah memulangkan semula wang Skim Penghargaan Warga Emas yang diusahakan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.Simpati kami adalah kerana mereka ini telah ditipu dan dipermainkan oleh ADUN mereka yang melatah berasaskan maklumat yang tidak betul. Ini bukti jelas, bahawa UMNO sanggup buat apa saja, hingga sanggup menidakkan hak rakyat, semata-mata mahukan populariti politik murahan! Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang juga merasa hairan, kenapa dengan tiba-tiba UMNO Pulau Pinang menjadi begitu prihatin tentang permasalahan rakyat? Apa bukti hitam-putih yang menyatakan wang dapatan dari sumber judi itu disalurkan kepada Program Penghargaan Warga Emas dan umat Islam di negeri ini? Ini menunjukkan sikap UMNO yang cukup gemar 'hentam keromo'. Jika kita lihat sendiri paparan surat balas dari Setiausaha Sulit Ketua Menteri kepada Penang Turf Club (yang dipaparkan dalam pisau.net), jelas sekali dinyatakan di situ ia adalah sumbangan untuk program Rakan Anti Kemiskinan (RAK) dan bukannya untuk Program Penghargaan Warga Emas. Kami juga sudah mendapat penjelasan daripada YB Phee Boon Poh, selaku Exco Kebajikan Negeri, bahawa Kerajaan Negeri masih menyimpan sebanyak RM2.4 Juta wang peruntukan untuk Rakan Anti Kemiskinan (RAK), tanpa mengganggu peruntukan untuk Program Penghargaan Warga Emas. Kenyataan ini juga diperkuatkan dengan penjelasan dari Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Farizan Darus yang menyatakan wang sumbangan RM2 Juta dari Penang Turf Club itu tidak akan disalurkan kepada umat Islam dalam program RAK. Justeru, Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang di sini ingin menyelar sikap hipokrit yang dizahirkan oleh pemimpin UMNO, yang berlagak teliti dalam hal agama, walhal merekalah yang paling membelakangkannya. Jika benar mereka serius terhadap perjuangan menyelamatkan umat Islam dari menerima wang dari sumbangan judi, hiburan dan arak, mereka dicabar melakukan perkara-perkara berikut; 1. Mencabar UMNO agar mengarahkan semua staf dan kakitangan Utusan Malaysia, (lidah rasmi parti itu) untuk memulangkan semua gaji mereka, kerana ada unsur judi dalam penghasilan gaji mereka, menerusi iklan-iklan 4 nombor ekor di akhbar itu. 2. Mencabar UMNO agar mengarahkan semua GLC-GLC di bawah pengaruh mereka agar memulangkan semua pendapatan gaji semula mereka kepada Perbendaharaan Kerajaan Malaysia, kerana tidak ada satu pun gaji mereka ini boleh dipastikan bersih dari percampuran dengan hasil cukai judi, hiburan dan arak. 3. Mencabar agar 11 ADUN UMNO di Pulau Pinang yang melabel diri mereka sebagai 'Pembela Agama, Bangsa & Negara' agar memberi contoh tauladan awal dan terbaik, dengan mengembalikan semua gaji dan elaun Wakil Rakyat mereka kepada Perbendaharaan Kerajaan Negeri, sebab bagi mereka, seolah-olah tidak ada satu pun yang 'halal' dari Kerajaan Negeri. Cabaran ini dibuat, untuk menjawab serangan-serangan UMNO, dan kita tahu ini adalah satu lagi 'peluru' terdesak UMNO yang dihalakan kepada Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat, Kerajaan yang dipilih oleh majoriti rakyat di Pulau Pinang.Ini juga isyarat jelas, betapa UMNO-Barisan Nasional yang memerintah Pulau Pinang selama 52 Tahun cukup 'terpukul' dengan keupayaan Kerajaan Negeri berjimat sebanyak RM20 Juta untuk program ini, dan dengan wang penjimatan inilah, ia terus dikongsikan bersama dengan rakyat. Cabaran ini juga dibuat untuk memberi peluang kepada UMNO membuktikan diri mereka adalah 'Pembela Melayu yang sebenar', seperti yang selalu mereka war-warkan. Kami juga menyeru agar UMNO benar-benar membantu merubah nasib orang Melayu dengan bersungguh-sungguh dengan membela jatuh bangun mereka dan bukan hanya berlagak hebat di Televisyen dan di dada-dada akhbar. Kami Yang Membawa Suara Rakyat; SYED MIKAEL RIZAL AIDID Setiausaha, Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) YB NG WEI AIK Setiausaha, Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Pulau Pinang MOHD. NOR B. HARUN Setiausaha, Dewan Pemuda PAS (DPP) Pulau Pinang * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
| Posted: 30 Sep 2010 09:16 AM PDT Kenyataan Media YB Hj Abdul Malik Exco Agama P.Pinang. Selepas gagal meniupkan api perkauman sempit dan memanipulasi isu agama bagi menimbulkan kebencian dan kemarahan rakyat kepada kerajaan negeri Pulau Pinang, kini Umno mencuba nasib sekali lagi dengan mengheret warga emas yang selama ini diabaikan kebajikan mereka oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) sejak mereka mentadbir negeri ini lebih 50 tahun lalu.
Umno cuba menunjuk alim, seolah-olah mereka membenci judi dan rasuah, hakikatnya semua premis perjudian yang beroperasi di negara ini, diluluskan oleh kerajaan pusat melalui Kementerian Kewangan. Ia bermula dengan pembinaan kasino pertama di Genting Highland sekitar tahun 1969. Jika benar Umno ikhlas mereka sepatutnya membersihkan dahulu 'najis' itu di peringkat kerajaan pusat, termasuk tidak membiarkan orang Melayu Islam menjadi lembaga pengarah syarikat perjudian. Apabila menerajui Kerajaan negeri pada Mac 2008, kerajaan memperkenalkan urustadbir Cekap, Akuantabiliti, Telus (CAT), yang telah membolehkan Pulau Pinang mencatatkan lebihan belanjawan yang paling besar dalam sejarah negeri ini. Sewaktu pentabiran BN, budget pada tahun 2008 dianggarkan defisit sebanyak RM35.6 juta dan pada tahun 2009 defisit sebanyak RM39.4 juta. Bagaimanapun, hasil urustadbir CAT, kerajaan berjaya mencatatkan lebihan sebanyak RM88 juta pada tahun 2008 dan RM77 juta pada tahun 2009. Jumlah pada tahun 2009 ini sepatutnya mencapai sebanyak RM92 juta, sekiranya kerajaan tidak terpaksa membayar kepada pihak berkenaan hasil penyelewengan tanah dalam isu Tang Hak Joo sewaktu pemerintahan BN . Hasil pentadbiran berjimat cermat inilah kerajaan mampu menyalurkan bantuan dan sumbangan kepada warga emas melalui Program Sumbangan Warga Emas, dan kepada golongan miskin tegar melalui program Rakan Miskin Tegar (RAK) yang diperkenalkan pada tahun 2008. Menyedari Program RAK adalah inisiatif murni kerajaan negeri untuk membasmi miskin tegar, banyak pihak tampil untuk membantu kerajaan negeri dengan menghulurkan sumbangan mereka, termasuk daripada Kelab Lumba Kuda. Seperti yang dijelaskan sebelum ini, menyedari sensitiviti wang derma daripada Kelab Lumba Kuda untuk orang Islam, maka sumbangan tersebut telah diasingkan dan hanya digunakan untuk golongan miskin tegar bukan Islam. Perlu ditegaskan kepada orang Islam, baik warga emas ataupun golongan miskin tegar, wang yang mereka terima selama ini adalah hasil lebihan belanjawan kerajaan negeri, bukannya hasil sumbangan judi seperti yang didakwa pemimpin Umno. Justeru itu mereka yang telah menerima sumbangan tersebut, tidak perlulah merasa ragu dan bimbang untuk membelanjakan wang berkenaan kerana kerajaan telah memperuntukan sebanyak RM20 juta untuk mereka. Usah terpedaya dengan propaganda Umno, yang tiba-tiba cuba berlagak hero sebagai pembela, padahal golongan warga emas ini tidak dihargai dan miskin tegar diabaikan selama ini. Sharpshooter :- UMNO...RM100 haram...RM100 ribu..halam..RM100 juta halal..* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
| You are subscribed to email updates from SharpShooter To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |










Tiada ulasan:
Catat Ulasan