shalehudin |
- Persetankan ugutan Umno
- Pokok durian mula tumbang di Galas
- Dah tak laku baru nak cakap betoi
- Pemilihan PKR sengit, Azmin pintas Zaid
- PAS: Kami bukan mungkir janji, tapi memang ‘ditendang’ BN keluar
| Posted: 31 Oct 2010 09:43 AM PDT RM2.3 bilion wang judi dalam akaun Kerajaan Pusat? PULAU PINANG, 31 Okt: Para pemimpin Umno perlu menjelaskan hasil judi bernilai RM2.3 bilion yang terdapat dalam akaun hasil yang disatukan di Kementerian Kewangan pada tahun 2009. Hasil inilah yang telah digunakan oleh kerajaan Pusat untuk membayar gaji kepada seramai 1.2 juta penjawat awam dan semua projek pembangunan termasuk untuk manfaat masyarakat Islam. Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mendesak perkara ini ekoran tuduhan bahawa kerajaan negeri menggunakan wang dari hasil judi untuk diberikan kepada warga emas di negeri ini. Lim menegaskan sekali lagi, kerajaan negeri Pulau Pinang tidak menggunakan wang judi untuk diberikan kepada warga emas di negeri ini sebagaimana dakwaan Umno. "Sebenarnya ia dari hasil penjimatan yang kita lakukan. Sudah dua kali kerajaan negeri mendapat pengiktirafan dari Ketua Audit Negara tentang pengurusan kewangan yang terbaik dalam negara ini disamping mendapat pujian dari badan anti-rasuah antarabangsa iaitu Transparency International," tegasnya lagi. Sehubungan itu, katanya, pihaknya tidak akan terpengaruh dengan tekanan dan kempen Umno kononnya kerajaan negeri menggunakan wang judi untuk membantu rakyatnya. "Kita tidak akan tunduk kepada mana-mana pihak yang cuba menakut-nakutkan Kerajaan Negeri melalui apa jua cara yang mereka persembahkan. Sebagai sebuah kerajaan negeri yang bertanggungjawab kita akan terus membela dan memberi penghargaan kepada warga emas sebagai mengenang jasa mereka yang berusia lebih dari 60 tahun," katanya. Lim Guan Eng berkata demikian ketika berucap semasa majlis penyampaian sumbangan kepada 153 waris warga emas yang telah meninggal dunia dalam daerah Seberang Perai Utara di Sungei Dua pagi tadi. Dalam majlis tersebut sumbangan sebanyak RM153,000 telah diberikan kepada waris sebagai membantu meringankan kos pengurusan jenazah yang telah digunakan oleh mereka selepas kematian keluarga mereka. "Walaupun terdapat ugutan dan usaha bagi menakutkan kepimpinan kerajaan negeri dengan pelbagai fitnah dan dakyah, kita tidak akan tunduk kepada mana-mana pihak. "Bagi warga emas yang beragama Islam, janganlah terpedaya dengan tohmahan parti pembangkang di Pulau Pinang iaitu Barisan Nasional (BN) yang cuba mempengaruhi warga emas dengan menuduh ianya dari sumber yang haram," katanya. Tambahnya lagi selagi Kerajaan Negeri diterajui oleh Pakatan Rakyat (PR) maka usaha murni yang dilaksanakan seperti penghargaan kepada warga emas dengan sumbangan sebanyak RM100 seorang serta sumbangan sebanyak RM1000 kepada waris warga emas yang meninggal dunia akan tetap diteruskan. "Yang jelas di sini pembangkang seperti Umno dan BN di Pulau Pinang telah mulai merasa gerun dengan kebangkitan rakyat di Pulau Pinang apabila melihat kejayaan yang berjaya dicapai dalam sasaran kita memberi pembelaan kepada mereka yang memerlukan. "Ekoran itulah Umno-BN akan terus membuat pelbagai fintah dan tohmahan bagi mengaitkan Kerajaan Negeri supaya dipandang serong oleh masyarakat khususnya orang Islam dan sekaligus memberi kredit dan sokongan kepada mereka, " ujarnya lagi. Turut hadir dalam majlis penyampaian sumbangan tersebut ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Rosidi Hussain dan kepimpinan Pakatan Rakyat tempatan. |
| Pokok durian mula tumbang di Galas Posted: 31 Oct 2010 05:40 AM PDT 'Pengundi pandai tuntut duit dari 2 pihak' PAS tetap mempertahankan tindakannya menawarkan bayaran sehingga RM250 kos perjalanan kepada pengundi DUN Galas yang berada di luar kawasan itu. Penasihat PAS bagi pilihan raya kecil itu Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata tindakan itu merupakan amalan biasa yang turut dilakukan Umno dan MCA. "(Malah) kalau pengundi itu pandai, dia boleh ambil daripada kedua-dua pihak. "Ini bukan satu perkara pelik, kita tidak ada halangan atau sekat mereka (daripada terima daripada pihak lawan)," katanya. Bercakap dalam sidang media di markas PAS pagi ini beliau juga berkata perkara itu bukanlah satu bentuk sogokan tetapi untuk memudahkan perjalanan para pengundi yang berada di luar.- Malaysiakini |
| Dah tak laku baru nak cakap betoi Posted: 31 Oct 2010 02:51 AM PDT Samy Vellu: Umno kalah di 70 kerusi jika ingat bukan Melayu tak perlu SUNGAI SIPUT, 30 Okt — Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu mengingatkan Umno — parti dominan dalam Barisan Nasional (BN) — tidak boleh menang di hampir 70 kerusi Parlimen tanpa sokongan pengundi bukan Melayu pada pilihan raya umum ke-13. Sehubungan itu beliau menegaskan, pemangku ketua Umno Titiwangsa Datuk Johari Abdul Ghani yang mengatakan partinya tidak memerlukan sokongan bukan Melayu sebagai tindakan tidak sensitif dengan senario politik semasa. Samy Vellu (gambar) merujuk kepada prestasi BN yang gagal mempertahankan majoriti dua pertiga di Parlimen pada Mac 2008. Kata Samy Vellu, pemimpin Umno itu pada hakikatnya tidak harus jadi ahli politik sama sekali. "Bagaimana dia boleh bercakap yang Umno tidak memerlukan sokongan orang Cina dan India?" kata beliau pada sidang media di sini hari ini. "Tanpa sokongan orang Cina dan India, BN menang di hampir 70 kerusi," kata bekas Ahli Parlimen Sungai Siput yang pernah menyebut beliau menang di kerusi itu pada 1990 kerana sokongan pengundi Melayu. Sebaliknya pemimpin veteran ini yang menerajui MIC sejak tiga dekad lalu juga menegaskan, undi orang India sangat penting dalam pilihan raya umum akan datang. Dalam ucapan pada satu majlis tertutup seperti yang tersiar di You Tube baru-baru ini, Johari didakwa berkata Umno Titiwangsa tidak memerlukan undi kaum Cina dan India jika mendapat 70 peratus pengundi Melayu. Sebelum ini, Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek juga meminta pemimpin Umno Titiwangsa itu agar bersara dari politik. Beberapa pemimpin Umno khususnya dari Wilayah Persekutuan juga melihat pandangan Johari itu boleh menjejaskan sokongan pengundi kaum Cina dan India kepada BN kelak. Kata mereka ini bermakna di kawasan yang mempunyai pengundi bukan Melayu sekitar 20 hingga 30 peratus, BN sukar untuk menang. Malah kata mereka bukan semua pengundi Melayu mengundi BN atau Umno kerana undi Melayu telah berpecah kepada tiga iaitu Umno, PAS dan PKR. Kata Samy Vellu, dalam persekitaran di mana masyarakat India mula kembali kepada BN secara beransur-ansur, jangan memandang rendah keperluan sokongan mereka kepada perikatan tersebut dalam pilihan raya umum akan datang. "Dia menyebabkan kemudaratan besar ke atas budaya politik baru Perdana Menteri yang mahu menyatukan kesemua kaum bersama BN. "Kita tidak memerlukan ahli-ahli politik macam ini yang menganggap bahawa BN boleh menang dengan hanya pengundi Melayu," kata Samy Vellu sambil menambah, beliau terkejut untuk mengetahui pemimpin dalam BN sanggup bercakap demikian. Titiwangsa, majoritinya pengundi Melayu, salah satu bahagian Parlimen di Wilayah Persekutuan yang jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dua tahun lalu.- MI |
| Pemilihan PKR sengit, Azmin pintas Zaid Posted: 30 Oct 2010 08:06 PM PDT Naib Presiden PKR Azmin Ali hari ini berjaya memintas Penyelaras Pakatan Datuk Zaid Ibrahim dalam persaingan merebut jawatan timbalan presiden parti itu dengan majoriti yang amat tipis. Menurut sumber-sumber daripada ibu pejabat PKR, Azmin kini di depan dengan kelebihan kira-kira 10 peratus undi berbanding pesaing terdekatnya itu. Bagaimanapun, menurut sumber-sumber itu lagi, ibu pejabat parti hanya akan mengeluarkan keputusan penuh pemilihan di 32 cabang itu lewat tengah hari ini. "Keputusan tidak dapat dikeluarkan awal kerana sampai jam 3, 4 pagi, masih ada keputusan yang baru sampai. "Lagi pun semalam lebih banyak cabang mengadakan pemilihan (semalam) berbanding hari pertama (kelmarin)," jelas sumber-sumber itu.- Malaysiakini |
| PAS: Kami bukan mungkir janji, tapi memang ‘ditendang’ BN keluar Posted: 30 Oct 2010 07:47 PM PDT Oleh Syed Mu'az Syed Putra GUA MUSANG, 31 Okt — Pengarah Pilihan Raya PAS pusat, Datuk Halim Abdul Rahman menegaskan, parti itu "ditendang" keluar dari Barisan Nasional (BN) penghujung 1970-an selepas tidak mendapat kata sepakat dalam beberapa perkara termasuk tidak bersetuju dengan perintah darurat dikeluarkan ketika itu. Justeru Ahli Parlimen Pengkalan Chepa itu mempertahankan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sambil menyifatkan Pengerusi Majlis Veteran Umno Kelantan Datuk Rozali Isohak sebagai "buta sejarah." "Memang PAS ditendang, jadi betul apa yang Datuk Nik Aziz katakan. Dulu PAS memang bekerjasama dengan Umno semasa bergabung dalam BN. "Tapi ada beberapa perkara yang kita tidak setuju semasa berada dalam BN terutamanya ketika BN mengumumkan darurat di Kelantan ketika itu. "PAS tidak setuju, kita menentang rancangan itu, sebab itu kita ditendang keluar dari BN. "Saya rasa orang yang bercakap PAS tidak mahu bekerjasama dengan Umno ketika itu tidak tahu sejarah," kata beliau kepada The Malaysian Insider. Semalam, Rozali menyangkal kenyataan Nik Aziz bahawa PAS telah "ditendang" keluar dari BN sekitar 1970-an dan bukannya PAS yang tidak mahu berkerjasama dengan Umno ketika itu. Beliau berkata sebenarnya PAS mungkir dengan janjinya untuk tidak menubuhkan cawangan mereka di kawasan yang dikuasai oleh Umno semasa bergabung dalam BN. "PAS juga berbalah sesama sendiri, sehingga kerajaan terpaksa mengisytiharkan Mageran iaitu Majlis Keselamatan Negara di Kelantan dan dengan keadaan itu menyebabkan pemimpin Umno merasai PAS tidak perlu bersama BN lagi," katanya. Rozali yang juga bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan diminta mengulas kenyataan Nik Aziz yang dari satu aspek menyebut bahawa parti itu telah ditendang dari BN pada tahun 70-an selepas dipelawa Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdul Razak Hussein dan bukannya PAS tidak mahu bekerjasama dengan Umno. Nik Aziz dalam ulasannya seperti yang tersiar dalam laman portal Harakah Daily yang diberi tajuk "Fatwa `Ikut Suka PAS'': Umno Keliru dan Terus Keliru" yang antara lain menyebut bahawa PAS dengan ikhlas menyambut ajakan masuk bergabung ke dalam BN oleh Tun Razak pada 1973 yang kemudiannya menjadi perangkap bagi PAS. PAS, katanya, bergabung dengan Umno membentuk BN demi perpaduan, namun hasilnya PAS khususnya di Kelantan berpecah kepada empat iaitu PAS, Bebas Bersatu, Hamim dan Berjasa. PAS menurut Menteri Besar Kelantan itu hampir-hampir ranap akibat perpecahan tersebut dan seterusnya membawa kepada peristiwa PAS ditendang daripada BN dan akhirnya kehilangan kerajaan di Kelantan pada tahun 1978. Tambah Halim, PAS tidak mungkir janji kepada BN ketika itu dan menegaskan, parti Islam itu tetap akan keluar kerana sudah tidak mempunyai kesefahaman lagi. "Kalau tidak ditendang pun kita memang akan keluar dari BN kerana sudah tidak tahan lagi berada dalam BN. "Kita sudah perit dengan BN," kata beliau mengulas isu ini yang muncul semula ketika berlangsungnya pilihan raya kecil kerusi DUN Galas sekarang. Kempen pilihan raya bermula Selasa lalu dan pengundian dijadualkan 4 November ini. Isu ini timbul ketika ada pandangan supaya PAS dan Umno mengadakan semula perpaduan politik. Bagaimanapun Nik Aziz menegaskan kemungkinan itu tidak boleh menjadi kenyataan berdasarkan pengalaman tahun 1970-an. |
| You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |





Tiada ulasan:
Catat Ulasan