Isnin, 25 Oktober 2010

shalehudin

shalehudin


Malu...? Malu tu menatang hapa?

Posted: 25 Oct 2010 06:47 AM PDT

Sabah negeri termiskin, BN patut malu, kata PAS

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidn Yasin sepatutnya merasa malu kerana Sabah yang kaya dengan hasil mahsul bumi, tetapi menjadi negeri termiskin di Malaysia, kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad.

"Sabah di bawah Umno yang masih ketinggalan, nombor satu miskin dan diikuti oleh negeri Terengganu. Kedua-dua negeri ini Umno yang memerintah dan mempunyai minyak, tetapi rakyatnya makan taik minyak.

"Sedangkan Kelantan yang diperintah oleh PAS, menduduki nombor enam, kemajuannya jauh berbeza dengan negeri yang Umno perintah.

"Sepatutnya Tan Sri Muhyiddin kena merasa malu, kenapa Sabah yang kaya dengan hasil mahsul bumi, tetapi menjadi negeri termiskin di Malaysia?" soalnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Idris juga membidas Muhyiddin yang membuat kenyataan bahawa "kalau harapkan PAS untuk membawa kemajuan seperti mengharapkan bulan jatuh ke riba.

Katanya, kenyataan timbalan presiden Umno itu bersifat emosi dan sebenarnya sebagai cubaan menutup janji Umno yang belum tertunai di pilihan raya kecil Manek Urai, yang lalu.

"Muhyiddin sebenarnya sedang beremosi apabila janji di Manek Urai belum lagi ditunaikan, namun kini datang pula pilihan raya kecil di Galas yang hanya bersebelahan.

"Ia merupakan satu mimpi yang menakutkan, kerana tidak terfikir ada pula pillihan raya kecil di Kelantan, kebetulan tidak jauh daripada Manik Urai.

"InsyaAllah rakyat Galas akan ajar pemimpin dan parti yang pandai menabur gula di bibir pada 4 hb Nov 2010," katanya.

Muhyiddin pada sidang media selepas pengumuman calon BN bagi kerusi DUN Galas, di Gua Musang semalam berkata Umno bercakap begitu bukan kerana mereka parti yang bongkak atau sombong tetapi berdasarkan realitinya yang memang mereka berupaya.

Kata Idris lagi, kenyataan Muhyidin itu seperti menggambarkan beliau seorang yang terhalang dari menerima maklumat dan tidak pernah melihat bagaimana PAS Kelantan membangunkan negeri selama 20 tahun lebih memerintah.

"Ini satu kenyataan yang bersifat emosi, mungkin Tan Sri Muhyiddin baru keluar betapa daripada Gua Tempurung terus ke Galas.

"Mungkin beliau juga seorang yang buta maklumat dan tidak pernah melihat dunia Kelantan," katanya.

Menurutnya lagi, pengundi Galas sudah selesa di bawah PAS dan Pakatan Rakyat dan mereka sendiri telah melihat keupayaan PAS memerintah Kelantan berbanding dengan Umno.

Rakyat katanya sudah muak dengan sikap Umno yang hanya bercakap dengan penuh retorik setiap kali pilihan raya diadakan.

Menurut Idris, rakyat, khususnya di Kelantan juga menyedari "busuk hati" pemimpin Umno yang tidak menghormat federalisme sehingga menyebabkan 118 projek kerajaan pusat di Kelantan tidak dilaksanakan sejak Rancangan Malaysia Keenam pada 1991 yang lalu.

"Inilah sikap busuk hati pemimpin Umno yang mengkhianat sesama bangsa, kerana perbezaan ideologi.

"Usah buang masa di Galas. Rakyat Galas sudah tidak perlu kepada Umno dan orang-orang yang sama seperti Muhyiddin," katanya.

Jong pecah, yu kenyang

Posted: 25 Oct 2010 04:25 AM PDT

Bagus... bagus... kita dok tepi tolong tepuk tangan bagi depa lawan. Kita dok jauh tolong bagi api bagi depa lawan lagi. Biar sampai jong pecah, baru yu boleh cari makan.... wakaka...

Habis la hang Soi Lek oiii... Umno dah meluat kat hang. Umno tak suka hang pasai google nama hang saja akan keluar video lucah, google nama hang saja akan terbit gambar hang langgan pompuan jalang tuh.

Mana la Umno parti suci boleh nak berkawan ngan orang yang pengotor macam hang nih.... hahaa....


Alahai Soi Lek… — Awang Selamat

24 OKT — Awang kurang senang dengan reaksi Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek ke atas ucapan Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Razak pada perasmian Perhimpunan Agung Umno, Khamis lalu.

Menurut Soi Lek, sebarang isu berkaitan kontrak sosial sepatutnya dibincangkan secara tertutup dan bukannya terbuka kerana ia melibatkan sensitiviti kaum lain. Malah beliau berkata, MCA memperakukan kontrak sosial sudah termaktub dalam Perlembagaan tetapi pelaksanaannya boleh dipinda dan diberi definisi baru.

Beliau sebenarnya merujuk kepada ucapan Najib bahawa kedudukan Melayu terkunci kemas dalam Perlembagaan dan tidak boleh dipinda melainkan dengan perkenan Raja-Raja Melayu.

Awang hairan mengapa Soi Lek boleh berfikir begitu. Najib memperkatakan hal tersebut dalam Perhimpunan Agung Umno dan bukannya dalam forum terbuka. Adalah menjadi tuntutan bagi Najib menjelaskan perkara tersebut yang menimbulkan polemik dan keresahan orang Melayu.

Apakah pemimpin Umno tidak boleh bercakap hal seperti itu dalam pentas Umno dan apakah hanya pemimpin MCA sahaja boleh berbuat demikian?

Pada Kongres Ekonomi Cina yang dianjurkan oleh MCA Ogos lalu, Soi Lek menggesa kerajaan agar memansuhkan dasar pemilikan 30 peratus ekuiti bumiputera. Isu yang sama beliau bangkitkan pada Perhimpunan Agung MCA, baru-baru ini. Ada beberapa lagi kenyataan beliau yang membelakangkan muafakat Barisan Nasional (BN).

Awang tidak mahu mengeluarkan komen keras kepada beliau kerana mungkin tidak disenangi oleh pemimpin Umno sendiri memandangkan BN akan menghadapi pilihan raya kecil serentak iaitu di Galas dan Batu Sapi. Begitu juga Konvensyen BN yang akan menyusul tidak lama lagi.

Tetapi mesej mesti disampaikan. Janganlah meminta pihak lain menjaga sensitiviti kaum sedangkan beliau terus celupar. Pendiriannya bahawa pelaksanaan Perlembagaan boleh dipinda dan diberi definisi baru, juga tidak wajar. Sepatutnya Soi Lek menghentikan sama sekali perdebatan mengenai perkara tersebut sebagaimana gesaan Najib. Jika beliau bersikap seperti DAP untuk menarik sokongan Cina, ia tidak akan membantu BN. Orang Melayu juga akan menolak MCA akhirnya, selain membuat banyak tuntutan.

Seperti Soi Lek, Awang juga mahu beberapa perkara dipinda agar semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum benar-benar berkiblat kepada negara ini. Bukankah semuanya sudah menjadi warga negara? Di mana bumi di pijak, di situ langit dijunjung.

Apa maksudnya, Awang percaya, Soi Lek faham. — Mingguan Malaysia

Rawat apa sampai tiga jam nih... hahaha...

Posted: 24 Oct 2010 11:00 PM PDT


Liwat II: Saiful dirawat tiga jam oleh doktor HKL

Hafiz Yatim
Kes perbicaraan liwat yang membabitkan Datuk Serin Anwar Ibrahim yang bersambung semula hari ini, dengan peguam bela, Karpal Singh menyoal-balas pakar bedah am Hospital Kuala Lumpur, Dr Mohd Razali Ibrahim.


Menurut Dr Razali beliau pernah mengendalikan dua kes liwat sebelum kes ini tetapi ini kali pertama dia diminta hadir memberi keterangan.

Katanya, Saiful diperiksa oleh doktor-doktor HKL untuk selama tiga jam dan sepanjang masa berkenaan pegawai penyiasat DSP Jude Pereira hadir bersama.

Beliau berkata doktor yang bertugas mencatatkan sejarah perubatan Saiful dan ada pada satu ketika pegawai polis itu juga menceritakan apa yang berlaku.

Menurut Dr Razali, laporan perubatan Saiful disediakan pada pagi 13 Julai 2008 dan beliau diminta menelitinya sebelum diserahkan kepada pihak atasan. Belia mengaku ada terdapat laporan awal yang lain, selepas pemeriksaan dijalankan.

Disoal Karpal sama ada laporan itu diminta oleh pihak atasan, Dr Razali menjawab "ya".

Beliau juga berkata laporan polis Saiful terdapat dalam fail berkenaan. Namun semua tiga doktor berkenaan masih belum melihat laporan itu, ketika mereka menyediakan laporan masing-masing.

Karpal kemudian memohon laporan perubatan yang pertama yang disediakan oleh ketiga-tiga doktor berkenaan selepas mereka merawat Saiful pada 28 jun. Laporan itu disediakan sebelum laporan bertarikh 13 Julai yang ditenderkan kepada mahkamah.

Mahkamah kemudiannya berehat seketika dan bersambut petang nanti bagi membolehkan Dr Razali mendapatkan laporan berkenaan.

Di luar mahkamah, Anwar mendakwa pihak pendakawaan menipu mengenai wujudnya laporan perubatan awal.

Selain Dr Razali, dua lagi doktor yang akan disoal-balas adalah patologi forensik Dr Siew Sheue Feng dan pakar bedah Dr Khairul Nizam Hassan.Dua pakar dari Australia - profesor yang mengkaji jenayah dan pakar forensik, Dr David Wells serta pakar DNA Dr Brian McDonald - juga hadir bagi membantu pasukan pembelaan di Mahkamah Tinggi hari ini.

Pada sesi terakhir 14 Oktober lalu, Dr Siew, saksi ketiga memberi keterangan bahawa pengadu utama, Mohd Saiful Bukhari Azlan memaklumkan kepadanya bahawa dia diliwat oleh seorang individu berprofail tinggi tanpa menggunakan kondom.

Dr Siew juga berkata siasatan awal menunjukkan tiada tanda-tanda kecederaan di badan mahupun di kawasan dubur Saiful.

Katanya, sampel daripada empat calitan kapas menunjukkan kehadiran air mani. Calitan kapas itu diambil dari sekitar kawasan dubur iaitu bahagian atas, bawah dan juga peri-anal.

"Ini menunjukkan ada kesan tusukan zakar berikutan penemuan sampel air mani lelaki," katanya.

Tukar lah tanpa was was

Posted: 24 Oct 2010 09:45 PM PDT

Akhbar penjilat Umno berhempas pulas menekan Pakatan Rakyat sebagai cuba untuk menidakkan dan mencabar hak hak keistimewaan Melayu apabila mereka berkuasa nanti. Mereka mencipta berbagai alasan dan fitnah bahawa pakatan pembangkang melalui Pakatan Rakyat akan memusnahkan hak keistimewaan Melayu yang telah termaktub dalam perlembagaan negara yang kononnya telah dipersetujui semua kaum sejak berzaman.

Ini diikuti oleh blogger blogger upahan Umno yang tanpa segan silu memainkan isu ini bagi meracuni minda Melayu khasnya dikampung kampung. Kehangatan ini ditambah lagi dengan kelantangan Ibrahim Ali melalui Perkasa yang juga memainkan lagu dengan irama yang malah lebih berbisa dengan sokongan dan dokongan Mahathir, mantan Piem bagi bangsa Umno.

Namun, tanpa dipinta, ucapan dasar Najib Razak ada Perhimpunan Agung Umno yang lepas amat jelas membuktikan, tuduhan bahawa Pakatan Rakyat akan mencabar hak Melayu jika memerintah adalah karut. Ucapan Najib selaku Presiden Umno itu juga menjelaskan bahawa hak-hak orang-orang Melayu terjamin di bawah perlembagaan walau siapa pun yang jadi pemerintah.

Jaminan itu telah terkunci dalam perlembagaan seperti yang telah dinyatakan oleh Najib dalam ucapan dasarnya pada Perhimpunan Agung Umno Ke-61 itu. Ia dengan sendirinya juga mendedahkan pembohongan dan khurafat Umno untuk menakut-nakutkan orang-orang Melayu kononnya mereka akan hilang kuasa jika parti Umno tidak lagi memerintah.

Jadi, pada rakyat jelata sekalian. Sekiranya hak hak keistimewaan Melayu telah pun terkunci kemas dalam perlembagaan negara, apa yang ditunggu lagi. Apa yang ditakutkan lagi. Siapa juga yang jadi pemerintah negara Malaysia kelak tidak akan dapat menafikan atau mencabar hak hak keistimewaan Melayu ini seperti yang telah dinobatkan oleh Piem berbangsa Umno itu sendiri.

Jadi, bersama sama lah kita pastikan Pakatan Rakyat ke Putra Jaya. Hak keistimewaan Melayu sebenarnya telah terjamin tanpa mengira siapa yang memerintah....

Ibrahim tak sabar sabar

Posted: 24 Oct 2010 07:00 PM PDT

Senak perut punya gelak, berguling guling bila terbaca kisah Ibrahim Ali yang tak sabar hendak berjuang lagi.

Presiden Perkasa Ibrahim Ali yang menjalani pembedahan pemintasan jantung Isnin lalu, dijangka dibenarkan keluar daripada hospital minggu hadapan. Ahli parlimen Bebas yang mewakili Pasir Mas itu kini berada di wad biasa dan kelihatan sudah pulih dan kuat serta mampu berbual dengan pelawat yang menziarahinya.

Ikut kata ketua wira Perkasa (berapa banyak ketua daaaa...), Arman Azha, beliau minta untuk keluar dari wad minggu ini, tetapi doktor memberi tempoh sampai minggu hadapan. Beliau tak sabar-sabar nak berjuang,.. kahkahkah....

Hang nak berjuang ka Berhaim oiii...
Hang nak berjuang apa?
Apa yang nak diperjuangkan?
Apa objektif perjuangan hang selain nak kenyangkan perut!!!

Tapi difikir fikir balik, baguih la jugak ada dia ni, sekurang kurangnya Berahim bakal bagi banyak benda untuk kita tulis... kahkahkah....

Jom Putra Jaya

Posted: 24 Oct 2010 05:30 PM PDT

Rakyat kena diingatkan, Malaysia ni bukan harta mak bapak Umno. Rakyat kena selalu disedarkan bahawa adalah menjadi hak mutlak rakyat jelata untuk memilih siapa jugak yang dipercayai boleh menerajui Putra Jaya selain dari Umno. Rakyat juga perlu dicelikkan mata mereka bahawa Umno perlu diturunkan dari takhta negara yang telah lama dirosakkan oleh tangan kotor mereka.

Najib Razak selaku Piem terakhir (Insyaallah, jika diizinkan Tuhan). Jelas agak gementar kelihatannya malah sudah lebih awal menelah bahawa Pakatan Rakyat akhirnya akan berjaya ke Putrajaya. Ini dijelaskannya secara kiasan dengan meletakkan nyawa dan badannya sebagai pertaruhan untuk menyekat Pakatan Rakyat ke Putra Jaya.

Rakyat yang sedar adalah berhak pada pembaharuan dalam pentadbiran. Rakyat yang berhak ini perlu berani ke hadapan mengundi Pakatan Rakyat untuk ke Putra Jaya buat pertama kali dalam sejarah.

Tiada ulasan: