Jumaat, 22 Oktober 2010

shalehudin

shalehudin


Umno dah tak laku

Posted: 22 Oct 2010 10:00 AM PDT

Apa hal dengan Khairy ni. Nak perkuatkan Pemuda Umno pun tak payah dok kacau la student kat luar negara tuh...

Nampak sangat Pemuda Umno ketandusan idea untuk berkembang. Nampak sangat Pemuda Umno macam tak dapat sambutan dari dalam negara sehingga terpaksa mencadangkan supaya pelajar lelaki yang menganggotai Kelab Umno Luar Negara diserap ke dalam pergerakan Pemuda Umno.

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata cadangan itu pada dasarnya mendapat sokongan semua wakil Kelab Umno Luar Negara dan perkara itu sudah dimaklumkan kepada Pengerusi Kelab Umno Luar Negara Datuk Ahmad Shabery Cheek.

Dari sehari ke sehari nampaknya Umno lebih bergantung pada para pelajar luar negara yang terpaksa berterima kasih pada kerajaan atas bantuan kewangan yang tak ikhlas itu. Maklum saja la, yang ada dalam negara semua dah reject dan tak boleh pakai. Lagi pun Umno memang dah tak laku... kahkah....

Berjuang?

Posted: 22 Oct 2010 09:12 AM PDT

Senak perut punya gelak, berguling guling bila terbaca kisah Ibrahim Ali yang tak sabar hendak berjuang lagi.

Presiden Perkasa Ibrahim Ali yang menjalani pembedahan pemintasan jantung Isnin lalu, dijangka dibenarkan keluar daripada hospital minggu hadapan. Ahli parlimen Bebas yang mewakili Pasir Mas itu kini berada di wad biasa dan kelihatan sudah pulih dan kuat serta mampu berbual dengan pelawat yang menziarahinya.

Ikut kata ketua wira Perkasa (berapa banyak ketua daaaa...), Arman Azha, beliau minta untuk keluar dari wad minggu ini, tetapi doktor memberi tempoh sampai minggu hadapan. Beliau tak sabar-sabar nak berjuang,.. kahkahkah....

Hang nak berjuang ka Berhaim oiii...
Hang nak berjuang apa?
Apa yang nak diperjuangkan?
Apa objektif perjuangan hang selain nak kenyangkan perut!!!

Baguih la jugak, sekurang kurangnya Berahim bakal bagi banyak benda untuk kita tulis... kahkahkah....

Alaahaii... Rosmah isteri mithali

Posted: 22 Oct 2010 07:10 AM PDT

Ribuan himpun bantah festival busana Islam

Abdul Rahim Sabri
Sekurang-kurangnya empat perhimpunan aman anjuran Dewan Pemuda PAS di adakan di tiga negeri sebagai membantah tindakan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang didakwa menghina syariat Islam dan Rasulullah SAW dalam penganjuran Festival Busana Muslim di Monte Carlo 9 Ogos lalu.

Demontrasi itu berlangsung Masjid Sultan Ahmad Shah, Kuantan di Pahang dan Masjid Pengadang Baru di Kuala Terangganu. Manakala dua lagi bantahan berlangsung di Pulau Pinang iaitu di Masjid Permatang Janggus, Permatang Pauh dan Masjid Hashim Yahya.

Semua bantahan itu diadakan selepas solat Jumaat yang disertai oleh ahli jamaah yang selesai menunaikan solat berkenaan.

Umumnya, ucapan yang disampaikan oleh pemimpin Pemuda PAS menegaskan tindakan penganjuran festival yang memaparkan model yang memperagakan pakaian dengan tulisan "Muhammad" secara terbalik dalam tulisan Arab adalah satu penghinaan kepada Islam.

Tak sempat berucap

Di Masjid Sultan Ahmad Shah, bantahan berkenaan diketuai oleh ketua Pemuda PAS Nasrudin Hasan, yang turut disertai antaranya ketua Pemuda PAS negeri Suhaimi Said.

Perhimpunan yang berlangsung selama setengah jam bermula 1.50 petang disertai kira-kira 1,000 jemaah termasuk penyokong parti sebelum kira-kira 15 anggota polis mengarahkan perhimpunan itu dihentikan.

"Saya tidak sempat hendak berucap. Polis mengarahkan kira berhenti. Kita mematuhi arahan polis dan tiada tangkapan dibuat," kata Nasrudin kepada Malaysiakini petang ini.

Sementara itu, di Masjid Pengadang Baru, bantahan aman diketuai oleh ketua Pemuda PAS negeri Mohd Nor Hamzah. Beliau juga adalah ADUN Bukit Payung.

Ahli jawatankuasa PAS Terengganu Azman Shapawi Abd Rani turut menyampaikan ucapan berhubung isu tersebut sewaktu dalam perhimpunan itu diadakan.

"Tidak sepatutnya festival ini dianjurkan oleh orang Islam. Ia nampak seolah-olah penghinaan kepada Islam.

Kita kata festival fesyen Islam, tapi model berpakaian menjolok mata. Ia satu penghinaan dan tidak sepatutnya berlaku di dunia," katanya.

Perhimpunan selama 30 minit itu, itu dihadiri kira-kira 1,500 yang selesai menunaikan solat Jumaat, berlangsung dengan aman tanpa kehadiran anggota polis.

Sementara itu, ketua Pemuda PAS Pulau Pinang Mohd Yusni Mat Piah mengetuai kira-kira 200 ahli jamaah dan penyokong parti itu dalam perhimpunan aman di Masjid Permatang Janggus.

Mufti, ulama muda Umno dicabar

Dalam ucapannya antara lain mencabar semua mufti dan ulama muda Umno untuk menjelaskan isu berkenaan yang didakwanya menghina Islam dan Rasulullah SAW.

Bantahan itu berlangsung selama 30 minit tanpa sebarang perkara yang tidak diingini.

Sementara itu, beberapa buah negeri antaranya Perlis dan Kedah dikatakan masih merancang mengadakan demonstrasi kerana "rakyat perlu mengambil masa untuk memahami isu berkenaan".

Manakala Pemuda PAS Wilayah Persekutuan hari ini membatalkan hasrat mereka mengadakan bantahan. Mereka, sebaliknya mengambilpendekatan untuk berbincang dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan menghantar memorandum bantahan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Tau tak pa... wakaka...

Posted: 21 Oct 2010 09:02 PM PDT

Umno rosak kerana pemimpin syok sendiri bukannya ahli, kata perwakilan

Ahli Parlimen Jasin Datuk Mohd Said Yusof berkata, masalah yang membelenggu Umno selama ini adalah disebabkan kerana sikap pemimpin.

"Masalah yang timbul dalam Umno bukan kerana ahlinya tapi kerana pemimpin.

"Kerana akhir-akhir ini pemimpin kita cukup syok dengan angin-angin syurga yang dihamburkan, pengampu dan hipokrit.

"Orang yang macam ini yang pemimpin kita kayakan. Mereka ini bila kaya tidak turun ke bahagian, tidak turun ke cawangan, mereka tidak bantu akar umbi," katan beliau pada Perhimpunan Agung Umno 2010 hari ini.

Mohd Said berkata, pemimpin Umno perlu menyelesaikan segala masalah yang berlaku dalam parti itu sebelum musnah kerana angkara sendiri.

"Sebagai pemimpin kita kena tegas, jangan syok dengan peribahasa sahaja tanpa ambil tindakan.

"Adakah mahu tunggu semua hancur baru nak respons? Lebih baik kita perbaiki apa yang lemah," katanya.

Ego... Pakatan tak boleh sepakat

Posted: 21 Oct 2010 04:04 PM PDT

Rundingan PKR-SAPP gagal, pertandingan 3 penjuru?

Pilihan raya kecil Batu Sapi dijangka menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara BN, PKR dan SAPP apabila usaha mencari jalan penyelesaian antara kedua-dua parti pembangkang itu menemui jalan buntu.

Di sebalik usaha supaya kerusi Batu Sapi ditandingi satu lawan satu, kedua-dua PKR dan SAPP berdegil mahukan calon masing-masing diketengahkan.

Bagaimanapun, kedua-dua pihak bersetuju untuk tidak berkempen menentang satu sama lain dan menjadikan BN sebagai sasaran bersama dengan harapan pilihan raya kecil itu boleh dijadikan "sumber rujukan" oleh mereka apabila mengadakan rundingan pada masa akan datang.

SAPP akan mengumumkan calonnya Sabtu ini, manakala Leong sekadar berkata PKR akan mengumumkan calonnya "sedikit masa lagi".

BN akan mengumumkan calonnya daripada Parti Bersatu Sabah (PBS) Ahad ini.

Mesyuarat peringkat tertinggi lebih sejam hari ini diadakan oleh kedua-dua parti itu dengan bendahari PKR mewakili Pakatan Rakyat manakala SAPP pula diketuai oleh presidennya, Datuk Yong Teck Lee.

Bercakap kepada wartawan pada sidang media selepas mesyuarat itu, kedua-dua pemimpin berkenaan mengakui tiada kata sepakat yang dicapai mengenai Batu Sapi.

Namun, mereka tidak menolak kemungkinan kerjasama pada pilihan raya umum akan datang.

Suruhanjaya Pilihan Raya telah menetapkan penamaan calon pada Selasa ini manakala pengundian adalah pada 4 November ini.

Kerusi Batu Sapi kosong, berikutan kematian ahli parlimennya, Edmund Chong Ket Wah dari Parti Bersatu Sabah yang terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Kota Kinabalu, minggu lalu.

Mendiang menduduki kerusi berkenaan sejak pilihan raya umum 2004 apabila memenanginya tanpa sebarang saingan.

Bagaimanapun pada pilihan raya 2008, beliau dicabar oleh calon Bebas, Chung Kwong Wing tetapi berjaya mengekalkan kerusinya dengan mudah dengan majoriti 3,708 undi.

Chong memperoleh 9,479 undi manakala Chung pula mendapat 5,771.

Tiada ulasan: