Khamis, 14 Oktober 2010

shalehudin

shalehudin


Sultan Kelantan ke majlis raja raja

Posted: 14 Oct 2010 08:08 AM PDT

Majlis Raja-Raja Mengalu-Alukan Keberangkatan Sultan Muhammad V

KUALA LUMPUR: Majlis Raja-Raja yang bermesyuarat selama dua hari di Istana Negara di sini bermula Rabu mengalu-alukan keberangkatan hadir Sultan Kelantan Sultan Muhammad V sebagai anggota penuh Majlis itu.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, yang mempengerusikan mesyuarat ke-222 itu, bertitah bahawa Majlis itu mendoakan agar Kelantan Darul Naim terus aman dan tenteram serta Sultan Muhammad V dapat memerintah dengan adil dan saksama, agar negeri itu menuju kejayaan, dan baginda sentiasa dikasihi rakyat.

"Paduka Ayahanda bagi pihak diri sendiri dan juga Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dan Tuan-Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Maha Mulia Seri Paduka Anakanda atas pemasyhuran Anakanda," titah Sultan Sharafuddin dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Khamis.

Sultan Muhammad V dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan ke-29 yang baru di Istana Balai Besar, Kelantan bulan lepas bagi menggantikan ayahanda baginda Sultan Ismail Petra yang sedang gering sejak lebih dari setahun.

Titah Sultan Sharafuddin, sebagai seorang berpendidikan tinggi dan berpengalaman luas dalam bidang pentadbiran dan pernah dilantik sebagai Pemangku Sultan Kelantan, serta berjiwa rakyat, Majlis Raja-Raja berkeyakinan penuh bahawa Sultan Muhammad V dapat memberi bantuan, input serta idea-idea baru kepada Majlis Mesyuarat Raja-Raja.

Sultan Sharafuddin turut bertitah, baginda dan semua Raja Melayu serta Yang di-Pertua Negeri turut dukacita atas kegeringan Sultan Ismail Petra dan mendoakan semoga kesihatan baginda bertambah baik.

Sementara itu, Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abdidin, Khamis berkenan berangkat menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang berakhir di sini.

Seri Paduka diiiringi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mesyuarat itu dihadiri semua Raja Melayu kecuali Pahang, yang diwakili Tengku Mahkota Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah; Perak, oleh Pemangku Sultan Raja Dr Nazrin Shah Sultan Azlan Shah, dan Terengganu, oleh Tengku Sri Bendahara Raja Tengku Mustaffa Kamel.

Menurut kenyataan itu, mesyuarat, antara lain, membincangkan perkara berkaitan pertahanan, keselamatan, agama Islam, pelantikan-pelantikan dan Biasiswa Pengajian Tinggi Raja-Raja dan Yang di-Pertua Negeri serta Biasiswa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. -Bernama

Anwar: Jangan salah angggap kebolehan Nurul

Posted: 14 Oct 2010 07:00 AM PDT



 Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak spekulasi nepotisme dalam PKR dengan menegaskan, beliau menyerahkan kepada anaknya sama ada mahu bertanding jawatan timbalan presiden ataupun sebaliknya.

Ketua Umum Pakatan Rakyat ini berkata, sama ada beliau ataupun sesiapa sahaja tidak akan memberi tekanan agar Nurul Izzah mencuba nasib kerusi nombor dua itu.

"Tolong jangan bawa soalan mengenai saya dan Nurul Izzah. Beliau kena memutuskan apa yang terbaik bagi parti.

"Dia seorang yang dewasa, bijak. Jadi biarkan beliau membuat keputusan. Jangan salah anggap (kebolehan) dia," kata Anwar (gambar) kepada pemberita di sini hari ini.

Anwar yang juga Penasihat PKR menjelaskan, meskipun Nurul Izzah adalah anaknya, ia tidak akan menjejaskan persaingan beliau bagi jawatan timbalan presiden.

"Saya ayah dia. Tetapi dia bebas untuk berfikir, beliau boleh memutuskan sendiri," katanya.

"Malah kesemua ahli boleh mengambil keputusan sendiri," kata Anwar lagi.

Kata Anwar, ramai pemimpin termasuk blogger dan rakan-rakannya mengambil berat soal itu.

"Jadi, saya mengatakan baik kerana berbuat demikian, tetapi pada masa yang sama, kami akan diserang dengan teruk kononnya bias. Jadi, saya tidak mahu terlibat dalam ini," tambah beliau.

Tengah hari tadi, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan bahawa Nurul Izzah, yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, kini layak untuk bertanding jawatan timbalan presiden dengan memperoleh minimum dua pencalonan.

Beliau mengesahkan perkembangan itu ekoran keputusan Biro Politik parti malam tadi bersetuju menerima laporan pencalonan yang lewat diterima daripada cabang Semporna, Sabah.

Semalam, beberapa pihak mendakwa wujud konspirasi dan sabotaj untuk menghalang Nurul Izzah bertanding jawatan timbalan presiden.

"Dalam mesyuarat Biro Politik parti malam tadi, kita menetapkan untuk menerima pencalonan daripada enam cabang parti yang menghantar senarai pencalonan Majlis Pimpinan Pusat selepas 10 Oktober.

"Cabang tersebut termasuk Semporna, Setiawangsa, Titiwangsa, Selangau, Segambut dan Beluran. Dari enam cabang tersebut, Semporna mencalonkan Nurul Izzah untuk bertanding jawatan timbalan presiden.

"Dengan ini, Nurul Izzah telah menerima dua pencalonan minimum untuk jawatan timbalan presiden. Jadi beliau layak untuk bertanding," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR tengah hari tadi.

Nurul Izzah sebelum ini menerima pencalonan bagi jawatan timbalan presiden daripada cabang Keningau.

Puteri Reformasi ini sudah pun mengumumkan pendirian mahu bertanding jawatan naib presiden.

Bagaimanapun Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan Datuk Zaid Ibrahim berkata beliau bersedia untuk memberi laluan kepada Nurul Izzah jika mahu bertanding jawatan timbalan presiden.

Nurul Izzah sepatutnya mengumumkan pendiriannya Ahad lalu tetapi ditangguhkan atas alasan tidak menerima sebarang notis pencalonan daripada ibu pejabat.

Semua mereka yang dinamakan perlu menerima pencalonan mereka pada Sabtu ini.

Addeehhh... lawak lawak...

Posted: 14 Oct 2010 05:00 AM PDT

Ini adalah berita paling lawak yang pernah aku baca. Punya lawak, boleh ke tahap gelak gulin gulin. Apa punya mangkok ni haaaa....

Orang orang Pakatan Rakyat pun kena lucut gelaran jugak sebelum ni, tak dak sapa yang persoalkan pun hak raja raja dalam memberi dan menarik balik.... ikut suka Duli Tuanku la nak nak bagi bila dan nak tarik tu bila... haha... Tak malu betoi la...


Penjelasan? Mungkin pihak istana tak suka kot orang yang jenih lompat sana sini... tak tetap pendirian... jangan memandai nak tuduh kerajaan negeri punya idea pulak... haha...


********************************

Perkasa mahu penjelasan Istana Kelantan lucut gelaran 'Datuk' ketuanya
Oleh Syed Mu'az Syed Putra

KUALA LUMPUR, 14 Okt – Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali memohon pihak Istana Kelantan supaya memberikan penjelasan mengenai penarikan pingat "Datuk" yang dikurniakan kepada ketua mereka Datuk Ibrahim Ali.

Syed Hassan berkata selama ini Ibrahim, yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas. begitu menghormati institusi diraja selain mempertahankan hak orang Melayu di negara ini.

"Beliau (Ibrahim) yang kami tahu merupakan seorang individu yang begitu lantang dan akan mengecam mana-mana pihak yang menghina kedaulatan raja-raja Melayu.

"Jadi saya mohon supaya pihak Istana dapat memberikan penjelasan kenapa gelaran Datuk itu ditarik balik kerana ia mendapat respon daripada ahl-ahli yang terkejut dengan keputusan tersebut," katanya kepada The Malaysian Insider.- TMI

Anwar "jagakan" semua orang dari lena

Posted: 14 Oct 2010 03:30 AM PDT


Kalau kita lihat situasi semasa dalam negara kita, memang banyak sekali tanda tanda awal bahawa pilihanraya umum kian hampir menjelang.

Anwar dalam usahanya menyegarkan kembali rakan rakan dalam PR yang bagai lesu tu telah menyenaraikan senarai kemungkinan bahawa pilihanraya mengejut bakal diumumkan oleh kerajaan BN. Anwar jelas amat opitmis dengan tindakan terbaru kerajaan menunda pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) adalah pentanda "utama" bahawa pilihan raya umum ke-13 semakin hampir.

Satu lagi yang jelas ialah bajet pilihanraya yang bakal diumumkan oleh Piem Umno esok hari. Anwar, yang pernah menjadi timbalan perdana menteri dan menteri kewangan berkata, rang undang-undang GST itu dirangka dengan lemah dan ia bukan hanya akan membebankan rakyat tetapi juga tidak mampu membantu menjana pertumbuhan ekonomi Malaysia.

Satu lagi yang jelas tanpa perlu bersuluh lama ialah tentang timbulnya pencacai pencacai baru untuk tambah memburukkan lagi imej Anwar dimata rakyat jelata. Rupa Anwar yang jelek akan memudahkan lagi kerja kerja Umno BN mengganyang Pakatan Rakyat.

Pantang tok nenek la orang jenih main ugut nih

Posted: 14 Oct 2010 02:19 AM PDT


Rakyat terbanyak punya la semak kepala dok fikir apa lagi la kerenah orang orang poliitk dalam PKR ni. Tak habis habis tunjuk keras kepala dan busuk perut diaorang kat orang ramai. Dah la dok seksa kepala kita semua dengan kelaku hodoh politik cap ayam depa, ada pulak yang berlagak main ugut ugut pulak dah.

Macamana la rakyat boleh silap pi letak harapan kat orang macam hangpa ni. Sebagai orang yang ada sikit sikit pengaruh tu, tolong tolong jaga sama imej parti. Tolong jadi orang tengah, bukan tolong pelaga hang aku.

Anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR N. Gobalakrishnan memberi kata dua akan keluar parti itu sambil mendakwa Naib Presiden Azmin Ali dan beberapa pemimpin tertinggi membentuk "puak" untuk memanipulasikan proses pemilihan yang menggunakan sistem langsung buat julung kali.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Padang Serai ini menggesa Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) segera mengambil tindakan untuk membetulkan segala kelemahan dan kekurangan yang wujud ketika pemiliham bahagian, yang berakhir 3 Oktober lalu, dan jika gagal beliau akan meninggalkan parti.

Aku ingat kalau dah ada sapa sapa yang nak belah, depa boleh belah sekarang. Sebab kita pun nak berjuang dengan orang yang nak berjuang saja. Kalau dah ada masaalah tapi tak tau nak channel masaalah hangpa secara musyawarah dalaman parti, pi mampuih lah....

Azmin diam pun salah, cakap nampak lagi salah

Posted: 14 Oct 2010 01:40 AM PDT


Kesian juga la aku tengok si Azmin ni. Hang dok diam diam pun orang kata, hang bercakap banyak lagi orang kata. Lebih baik dok diam diam.

"Kesemua masalah dalam parti, saya dipersalahkan. Saya bukan ahli jawatankuasa pemilihan pusat, jadi anda kena rujuk perkara ini kepada mereka," kata beliau (gambar) kepada pemberita di bangunan Parlimen hari ini.

"Bagaimana saya boleh memanipulasikan keputusan pemilihan? Saya bertanya anda... bagaimana saya memanipulasikan undi?

"Ini adalah pemilihan langsung, sistem baru dalam parti.

Tapi Azmin oii, banyak sungguh khabar angin yang kami dengar pasai hang ni... sebab tu la, lagi banyak hang cakap, aku nampak lagi banyak damage yang hang buat. Lebih baik hang dok diam diam... haha...

PKR pun nampak flip flop gak

Posted: 14 Oct 2010 01:07 AM PDT


Kelmarin dengar macam tak boleh, tapi hari ni lepas orang dok hentam kiri kanan... dah kata boleh pulak. Kelmarin riuh rendah kata Nurul Izzah tak leh bertanding pasai technical fault, tapi hari ni Saifuddin pulak dah kata Nurul dah layak dan dibolehkan bertanding pasai dapat minimum dua pencalonan.

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail hari ini mengesahkan perkembangan itu ekoran keputusan Biro Politik parti malam tadi bersetuju menerima laporan pencalonan yang lewat diterima daripada cabang Semporna, Sabah.

Macam macam ada, pandai jugak PKR buat orang jadi suspen yerrk...

Berita tak baik tentang jemaah haji kita

Posted: 14 Oct 2010 12:56 AM PDT

Jemaah haji Malaysia disenangi peniaga di Madinah

MADINAH: Sikap jemaah haji Malaysia yang ramah, mudah mesra dan senang didekati, disenangi peniaga di Madinah, bandar terletaknya Masjid Nabawi, masjid kedua yang dimuliakan dalam Islam selepas Masjidil Haram di Makkah.

Pembangunan pesat bandar ini menarik masyarakat dari seluruh pelusuk dunia untuk datang bekerja dan mencari rezeki di Madinah, tempat persinggahan wajib setiap jemaah yang hendak menunaikan rukun Islam kelima itu. Jemaah Malaysia tidak asing bagi peniaga di sini kerana sikap suka membeli.

Tidak kira tua atau muda mereka akan menyapa - "Malaysia". Apabila dijawab Malaysia, mereka membalas dengan ucapan "Alhamdulillah".

Senario ini dapat dilihat setiap hari sejak rombongan pertama jemaah Malaysia tiba di Madinah 9 Oktober lalu.

Keramahan peniaga di sini dan kebolehan mereka berbahasa Melayu seperti menjadi daya tarikan automatik membuatkan jemaah Malaysia singgah dan terus memilih pakaian atau barang yang disukai.

Di Madinah, Lembaga Tabung Haji (TH) menempatkan jemaah Malaysia di Hotel Al Haram dan Hotel Anwar Al Madinah Movenpick berdekatan Masjid Nabawi.

Sehingga hari ini, kira-kira 6,000 jemaah haji Malaysia telah berada di Madinah dan dijangkakan 26,000 orang akan menunaikan fardu haji bagi tahun 1431 Hijrah ini. Kumpulan pertama akan memasuki Kota Makkah Ahad ini.

Seorang pekerja kedai menjual pakaian di lot perniagaan tingkat bawah Hotel Al Haram, Patan, 18, berasal dari Afganistan berkata dia boleh bertutur bahasa Melayu dalam masa enam bulan sahaja.

"Keramahan jemaah Malaysia dan suka mengajar mempercepatkan penguasaan bahasa Melayu saya. Mereka sangat mesra dan mudah berbual. Dari situ saya mula bercakap bahasa Melayu," kata Patan yang datang ke Madinah untuk mencari rezeki semasa berumur 11 tahun.

Abdullah Muhammad Hassan, 25, berasal dari Yaman berkata walaupun jemaah Malaysia suka tawar-menawar, ia adalah lumrah dalam berjual-beli.

"Mereka suka membeli. Asal saja mudah berkomunikasi, mereka pasti beli jika harga yang diminta munasabah," katanya ketika ditemui di kedai berdekatan semasa sedang melayan pelanggan jemaah Malaysia, hari ini.

Kakitangan Majlis Bandaraya Ipoh, Mazlan Yahya, 54, tidak terpegun dengan kebolehan peniaga di Madinah bertutur bahasa Melayu kerana kali pertama menunaikan fardu haji 10 tahun lalu, ramai tahu bercakap bahasa Melayu.

"Yang sangat saya kagum ialah pembangunan di Madinah. Pada tahun 2000, terdapat banyak kedai beratapkan zink tetapi hari ini Masjid Nabawi di kelilingi hotel-hotel mewah dan jalan-jalan dibina dengan cantik dan terancang," katanya.

Rakan beliau, Yunus Bahari, 55, dari Dusun Tua, Ulu Langat, Selangor berkata dia tidak menghadapi masalah untuk tawar menawar kerana kebanyakan peniaga di Madinah boleh bertutur atau sekurang-kurangnya memahami bahasa Melayu.

Seorang kakitangan Lembaga Tembakau Negara Kota Baharu, Wan Fatimah Wan Ismail, 56, berkata dia dan jemaah lain lebih senang membeli jika peniaga boleh bercakap bahasa Melayu.

"Mudahlah nak tawar...bila masuk kedai yang tak faham bahasa kita, dia (peniaga) tidak berapa nak layan bila kita meminta harga dikurangkan. Jadi susahlah kita yang tidak faham bahasa Arab," katanya. - BERNAMA

Buas sungguh Anwar nih

Posted: 13 Oct 2010 10:19 PM PDT

Tak pernah aku jumpa manusia se buas Anwar ni.

Tak dak kerja lain dah ka yang Anwar wajib buat selain mendubur Saiful saja kerjanya. Saiful dakwa dia diliwat sebanyak lapan kali oleh Anwar dalam masa hanya dua bulan. Ini dinyatakan oleh  pakar forensik HKL Dr Siew Sheue Feng. Woow...

Tapi heran jugak, lapan kali dalam dua bulan tu dah termasuk kategori buas dah tu. Awat yang Saiful biaq diduburi Anwar sampai lapan kali. Dah tu mengadu tak pakai kondom pulak tu.....

Kira kiranya Anwar tu tak buat kerja lain dah la asyik berkepit ngan Saiful saja kerjanya. Masa la ni tak dak Saiful, dia mendubur sapa pulak. Tak dak pulak mangsa yang diduburi Anwar. Hairan jugak yerk...

Lagi kemalangan maut, kali ni 6 orang pulak

Posted: 13 Oct 2010 10:04 PM PDT

Enam sahabat maut kereta rempuh pokok dan terbakar

KAMPAR: Enam sahabat maut, termasuk lima rentung apabila kereta yang mereka naiki terbakar selepas terbabas dan merempuh pokok di Kilometer 30.1 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur, dekat sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 2 pagi itu lima rentung dan mati di tempat kejadian, manakala seorang lagi meninggal dunia di hospital.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Abdul Aziz Salleh, berkata mangsa yang terbunuh dalam kejadian pada pukul 2 pagi itu ialah pemandu kereta Lim Kar Wai, 20, Yap Heng Loong, 21, Soo Poi Wan, 18 (wanita), Wong Chee Keong, 23, dan Tang Wai Leong, 18.

"Seorang lagi mangsa wanita yang masih belum dikenal pasti identitinya, meninggal dunia di Hospital Kampar jam 4.50 pagi," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata lima mangsa itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah dan mengalami kebakaran 80 peratus di badan.

Semua mayat dihantar ke Hospital Kampar untuk bedah siasat.

Abdul Aziz berkata kejadian berlaku apabila kereta yang dipandu Lim dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kampar dikatakan terbabas ke laluan bertentangan lalu merempuh sebatang pokok di kanan jalan dan terbakar.

Akibat kemalangan itu, kereta Honda City berkenaan musnah terbakar dan pasukan Bomba dan Penyelamat dari sini dikejarkan ke tempat kejadian untuk membantu memadamkan kebakaran dan mengeluarkan kesemua mangsa. - BERNAMA

Buas sungguh Anwar nih

Posted: 13 Oct 2010 08:43 PM PDT

Diliwat beberapa kali tanpa kondom, dakwa Saiful

Perbicaraan liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersambung hari ini dengan dijangkakan lebih banyak pendedahan yang mengemparkan bukan sahaja daripada soal-balas ke atas doktor yang merawat pengadu utama, Mohd Saiful Bukhari Azlan yang merawatnya selepas diliwat tetapi juga dengan beberapa perkembangan terbaru.

Antaranya, seorang lagi pembantu ketua pembangkang itu, - Rahimi Osman yang mendakwa bahawa dia dipaksa membuat akuan bersumpah yang tidak benar serta memalitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dengan tuduhan liwat berkenaan.

Beberapa pemimpin PKR telah menolak pendedahan Rahimi itu adalah hanya sebagai kempen memburuk-burukkan PKR dan Anwar menjelang dua pilihan raya kecil yang akan datang - Galas di Kelantan dan Batu Sapi di Sabah.

Peguam Karpal Singh sebelum ini berkata beliau akan membawa isu Rahimi dalam perbicaraan hari ini, dalam usaha pihak pembelaan mendapatkan senarai saksi yang masih gagal dikemukakan oleh pihak pendakwaan.

Musim Pakatan paling tak guna

Posted: 13 Oct 2010 07:00 PM PDT

Malaysia ni beruntung sungguh. Sapa sapa yang tinggal kat Malaysia ni boleh tengok macam macam jenih manusia. Jadi kita sebagai rakyat Malaysia yang beruntung ni tentu sekali takkan mudah mudah terkejut dengan perubahan musim musim ni.

Bukan nak cerita pasai musim buah atau pun musim hujan, tapi pasai musim pilihanraya.. Bila mai musim pilihanraya ni saja, macam macam orang kita boleh tengok. Umno selaku tunggak pada parti yang memerintah Malaysia bertuah ni akan mempergunakan segala kelebihan dan pengalamannya memerintah lebih daripada 50 tahun untuk meraikan musim musim ini.

Masa musim macam ni lah akan ada orang Pakatan gatai pungkok nak lompat parti. Musim ni lah jugak tiba-tiba ramai orang Pakatan meluat kat Anwar, benci cara Hadi dan meloya tengok Kit Siang. Musim ni lah jugak ada yang kena ugut, ramai sungguh orang yang miskin.

Paling ramai kita tengok musim sebegini ialah musim pak yet pak yet dan pencacainya meraih upah hasil dari menggadai prinsip perjuangan dan menjual diri.

Polis kita laju ooo...

Posted: 13 Oct 2010 06:13 PM PDT

Amboiii... lajunya Polis kita bertindak terutama sekali benda benda buruk yang bersangkut paut dengan Anwr dan ada unsur unsur baik punya nak perlingkup puak puak Pakatan Rakyat... haha...

Dua Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK) telah diambil keterangan oleh polis berhubung laporan dibuat pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahiam, Rahimi Osman yang mendakwa dia dipaksa menandatangani dua akuan bersumpah dua tahun lalu.

Amizuddin Ahmat dan Zulkifli Ibrahim berada di Bukit Aman kira-kira setengah jam bermula 4.30 petang tadi.

"Soalan yang ditanya berkisar dakwaan bahawa Rahimi dikurung... kami mengambil sikap tidak menjawab sebahagian soalan, tetapi kami berpendirian bahawa kami tidak kurung Rahimi atau melarikan Rahimi sebgaimana dikatakan dalam akuan bersumpah," katanya ketika dihubungi petang ini.- TMI

Samy Vellu tak menyesal berundur... haha...

Posted: 13 Oct 2010 06:06 PM PDT

Macamana la Bernama nilai berita ni sebagai satu berita... haha...

Samy Vellu tak menyesal undur diri pun depa letak sebagai berita. Macam la berita tu bernilai sangat.... dia dah kaya meliana dah orang kata, nak menyesal apa lagi...

Presiden MIC yang paling lama berkhidmat, Datuk Seri S Samy Vellu berkata beliau tidak menyesal dengan keputusannya untuk mengundurkan diri pada Januari depan kerana parti memerlukan pemimpin baru. Elok sangat dah la, sampai habih orang orang keliling hang dah cantas. Nak belah pun elok jugak laa...

Sumber: Bernama

Tiada ulasan: