shalehudin |
- Punca budak budak nak ponteng sekolah
- Anwar mesti didiamkan
- Teruk Anwar kena main kali ni
- Laporan mStar lagi sedap baca, teruk la Anwar
- Anwar kena main lagi...
- Berahim ni kencing manis rupanya...
- Macam macam ada dalam PKR... haha...
- Alahai Rahimi oii
- Apahal yang hang terkejut Azmin?
- Zionis tangkap ibu baru bersalin
- Laaa... ada lagi mangsa ISA
- Pembelaan terhadap arwah Sosilawati bermula
- Lagi muda la Berahim Ali... haha...
- Dah la terlampau, tak tau malu pulak tuh...
- 19 peluru jumpa kat tempat kejadian, kena tuduh sorang saja
- Jadilaaa, 1st lady untuk dunia ke 3... negara negara Afrika... wakaka...
| Punca budak budak nak ponteng sekolah Posted: 13 Oct 2010 09:00 AM PDT Haru la kita kalau budak2 tak mau sekolah takut cedera... |
| Posted: 13 Oct 2010 08:00 AM PDT Anwar mesti didiamkan. Anwar mesti disejuk bekukan dan usaha usaha terancang kearah itu sedang giat diatur rencanakan oleh Umno dengan bantuan bekas bekas rakan karibnya yang mudah goyah iman mereka. Budak budak bancuh kopi Anwar yang mentah telah dipergunakan semahu mereka dalam perancangan rapi ini. Kini perjalanan Anwar untuk disejuk bekukan dipenjara kian hampir. Kes liwat II adalah senjata utama mereka dan diikuti oleh pendedahan demi pendedahan yang kononnya terpaksa dilakukan mereka kerana telah dipaksa oleh orang orang Anwar yang terkenal dengan samsengnya. Pendedahan ini bakal dibongkar satu demi satu demi memastikan minda rakyat terbanyak yang menyebelahi Pakatan teracun sedikit demi sedikit. Kekuatan media penjilat mereka dipergunakan sepenuhnya bagi melumpuhkan gerakan pembersihan yang cuba dilakukan oleh pihak Pakatan. Awas, cita cita mereka menghumban Anwar dan sekaligus Pakatan Rakyat kian tercapai. Usaha kotor lagi agresif ini bakal berterusan selagi Pakatan dan Anwar masih bernyawa. |
| Posted: 13 Oct 2010 07:00 AM PDT Kes Anwar dah jadi lagi serabut. Kes yang melibatkan upacara meliwat II tu masuk bab yang lebih panas bilamana hampir semua budak budak kopinya mula main tikam belakang. Kawan kawan yang dulu satu kepala pun dah mula konar baring tibai Anwar kiri kanan. Kalau ikut kepala aku yang kecik ni, nampaknya semakin buntu jawabnya. Mungkin masanya semua pihak dalam Pakatan Rakyat bermuhasabah diri supaya parti yang terpalit teruk ni dipulihkan dari terus terusan tersungkur. |
| Laporan mStar lagi sedap baca, teruk la Anwar Posted: 13 Oct 2010 06:06 AM PDT Konspirasi Dalang Paksa Rahimi Tandatangan Akuan Bersumpah - Wee Oleh ARIFFUDDIN ISHAK KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong mendakwa wujudnya konspirasi dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) berhubung akuan bersumpah yang ditandatangani Muhamad Rahimi Osman, 26, bagi memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Beliau berkata, niat jahat berkenaan disedarinya apabila mengetahui bahawa ada 'pihak tertentu' yang tidak berpuas hati dengan akuan bersumpah pertama yang ditandatangani bekas Setiausaha Sulit Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu. Jelas beliau, menerusi akuan bersumpah pertama yang ditandatangani Muhamad Rahimi, tidak langsung mengaitkan mana-mana pihak berhubung kes liwat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan bekas pembantu khasnya, Mohd Saiful Bukhari Azlan. "Saya boleh katakan 100 peratus dalam akuan bersumpah pertama yang dikatakan oleh pihak tertentu telah hilang, kandungannya tidak menuduh sesiapa terlibat dalam laporan polis Mohd Saiful. "Ia hanya mengenai perasaan takut (Rahimi) mengenai keselamatannya, hanya tentang itu. Sebab itu saya terkejut, mengapa dalam akuan bersumpah kedua ada menyatakan Perdana Menteri terlibat," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, Rabu. Wee berkata demikian sebagai respons kepada kenyataan Ketua Penerangan PKR, Latheefa Koya yang mendedahkan bahawa beliau terlibat semasa Muhamad Rahimi menandatangai akuan bersumpahnya. Tambah Wee yang juga seorang peguam, beliau hanya terlibat dalam akuan bersumpah pertama sebagai Pesuruhjaya Sumpah. "Saya amat kecewa apabila Latheefa libatkan saya. Dari awal lagi saya tak mahu campur tangan dalam skandal ini sebab saya tahu bahawa (motif) akuan bersumpah kedua ini merupakan skandal dan konspirasi untuk mencemarkan imej pihak tertentu. "Ia hanya untuk tujuan politik, Latheefa ini saya anggap seperti seorang budak politik tak matang, dia mungkin dalam keadaan terdesak untuk membebaskan diri sendiri daripada kemungkinan didakwa oleh polis mengenai akuan bersumpah (kedua) yang didakwa Muhamad Rahimi sebagai palsu," katanya. Menceritakan mengenai situasi pada malam 28 Jun 2008 semasa beliau hadir di Hotel Quality Shah Alam, Muhamad Rahimi dibawa masuk ke salah satu bilik di hotel berkenaan dengan diiringi beberapa orang individu. Menurut Wee, beliau kemudiannya dibawa bertemu dengan Anwar bagi mengadakan perbincangan di dalam bilik lain selama lebih kurang satu jam. "Apabila Muhamad Rahimi keluar, beliau diminta menandatangani satu akuan bersumpah dalam bahasa Malaysia. Masa itu lebih kurang pukul 2 atau 3 pagi pada 29 Jun. "Ketika itu saya nampak Muhamad Rahimi dalam keadaan gementar dan tertekan," katanya. Minggu lalu Muhamad Rahimi membuat laporan polis mendakwa dia dipaksa menandatangani dua akuan bersumpah pada Jun 2008 berhubung kes liwat Anwar, Satu lagi akuan bersumpah yang dipaksa ditandatangani adalah melibatkan kes fitnah terhadap Perdana Menteri dan isteri. |
| Posted: 13 Oct 2010 04:58 AM PDT Rashid : Satu Lagi Laporan Polis Untuk Anwar Wednesday, October 13, 2010 By Teoh El Sen FULL REPORT PETALING JAYA: Another former aide to Opposition Leader Anwar Ibrahim has alleged that he was forced to sign a statutory declaration in relation to the sodomy case. Rasid Rosdi, who had served time in the Sungai Buloh prison during Anwar's incarceration there, filed a police report on the matter with the Shah Alam district police headquarters this afternoon. "On June 28, 2008, after Mohd Saiful Bukhari Azlan made a police report against Anwar, I was asked to go to Quality Hotel (in Shah Alam). "I was held there for several days and was watched 24 hours. Also detained with me was Awnar's former aide Rahimi Osman," he said in a statement. Contacted later, Shah Alam police chief ACP Noor Azam Jamaluddin confirmed receiving the report. He told FMT that the case would be referred to Bukit Aman for further investigations as it was similar to the Rahimi case. Last Wednesday, Rahimi lodged a police report claiming that he was forced to sign two statutory declarations in 2008 that "accused" Prime Minister Najib Tun Razak and his wife Rosmah Mansor of conspiring against Anwar. Rahimi had claimed that "Anwar's men" and laywers, including PKR information chief Latheefa Koya and Saiful Izham Ramli, had forced him to stay at Quality Hotel. Anwar's lawyers had denied the charge. 'Latheefa wrote the SD and asked me to sign' Meanwhile, Rasid said he got to know Anwar when he was in jail and had later worked with him after both were released. Recounting the time that he was allegedly forced to sign the SD, Rasid claimed that he was only allowed to go home after he inked the document which was written by Latheefa. "I did not agree with the contents of the SD. Latheefa never told me about the contents and I did not understand it completely," he said, adding that he had never appointed Latheefa as his lawyer either. Rasid said Latheefa should have realised that he was not highly educated and explained the matter to him. "She should have told me what the SD was all about but she did not do so. I felt cheated. As a lawyer, she should not do such a thing to me," he added. Rasid said he inked the document because he was "worried" about his "personal and family's safety" and considering that he was held and guarded closely for 24 hours at the hotel. Claiming to have encountered several "bad incidents" at the hotel, which he did not specify, Rasid said: "I was forced to obey whatever they asked me to do." Rasid said that he had remained in fear since that incident and constantly felt disturbed for having signed the SD. "I felt very pressured and had to go for counselling. After a few sessions, I felt more at peace and tried to conviced myself to right the mistake. "When I saw my friend Rahimi coming forward (with his allegation), I felt brave and confident to do the same," he said. Rasid said he had made a new SD to "tell the true story" but could not reveal the details as it would interfere with Anwar's court case. "I am extremely disappointed with this action. A few of Anwar's lawyers are trying to hide the truth. They would go to the extent of pawning my future and my dignity for their own purpose," he added. -FreeMalaysiatoday P/s : Blogger Pro UMNO selalu main pasal mamat ni. Masalahnya blog Pro PKR pula yang keluar paling awal pasal report polis ni. Ada apa-apa ke? Time pemilihan ni dasyat jugak politik PKR. |
| Berahim ni kencing manis rupanya... Posted: 13 Oct 2010 04:34 AM PDT Ibrahim Ali gagal tafakur kerana kaki kebas... Ahli parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali hari ini mendakwa beliau lambat berdiri ketika Dewan Rakyat bertafakur menghormati kematian wakil rakyat Batu Sapi, Edmund Chong Ket Wah kerana kakinya kebas akibat penyakit kencing manisnya. Beliau yang juga adalah presiden PERKASA berkata rawatan perubatan yang diterimanya itu menyebabkannya seringkali mengantuk dan kadang-kadang sengal-sengal di kaki. "Saya ada kencing manis, jadi kadang-kadang mata saya berair, kaki saya kebas dan kalau tak ada kawan saya mungkin tertidur." Menurut Ibrahim, beliau terbuka untuk dikritik tetapi ia seharusnya membabitkan isu yang besar dan penting dan bukannya perkara remeh. "Apa masalahnya? Jika betul, ini satu isu, maka jika saya kentut pun menjadi satu masalah. "Jika awak nak serang saya pun, cari isu yang betul. Jika Ibrahim Ali amalkan rasuah, salah guna kuasa ataupun meliwat, maka seranglah saya. "Jika awak dapati saya melakukan kesilapan yang mempunyai implikasi besatr, maka anda boleh serang saya," katanya dengan nada berang. Ibrahim sehubungan itu menafikan dakwaan bahawa beliau tidak menghormati mendiang Chong dan berkata pihak pembangkang hanya mencari alasan bagi membidasnya. "Tak apalah, jika mereka nak cari pasal. Mereka tak ada punching bag, jadi saya rasa seronok juga...lebih ramai yang serang saya, saya bertambah kuat," katanya sinis. Dalam perkembangan lain, Ibrahim meramalkan pilihan raya ke-13 yang akan datang adalah yang terakhir PKR akan bertanding. "Berdasarkan firasat saya yang telah lama berkecimpung dalam politik, pilihan raya ke-13 adalah yang terakhir untuk PKR. Saya tidak jangka ia dapat terus selepas itu," katanya di lobi parlimen hari ini. Ibrahim juga memperli PKR bukan sebagai parti yang kredibel dan berkata ia hanya alat yang digunakan oleh ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bercita-cita menjadi perdana menteri. "Mereka capai kemuncak pada pilihan raya ke-12, tetapi orang ramai mula menyedari tembelang mereka dan orang Melayu kini mula bersatu. Saya percaya rakyat tidak akan bakar kelambu kerana nyamuk," katanya |
| Macam macam ada dalam PKR... haha... Posted: 13 Oct 2010 04:01 AM PDT Konspirasi untuk halang pencalonan Nurul Izzah? Enam cabang PKR mendakwa wujudnya konspirasi bagi menafikan Nurul Izzah Anwar bertanding jawatan timbalan presiden dalam pemilihan PKR yang akan datang. Dalam kenyataan berasingan, cabang Selangau dan Semporna dari Sabah yang mencalonkan Nurul Izzah untuk jawatan nombor dua parti, mendakwa mereka tidak dimaklumkan bahawa semua pencalonan perlu dikemukakan sebelum tarikh akhir 10 Oktober lalu. "Kami tidak pernah diberitahu mengenai tarikh akhir itu dan adalah tidak adil bagi menafikan Nurul Izzah daripada bertanding sebagai timbalan presiden. Adakah ini satu konspirasi bagi menghalang beliau?" soal ketua cabang Semporna, Lokman Uri. Ketua cabang Selangau Steven Epay Ganing juga mengakui bahawa tarikh akhir mengemukakan pencalonan perlu dihebahkan dengan teratur bagi membolehkan cabang mengambil tindakan sewajarnya. "Kami beranggapan ini adalah kelalaian penganjur (pemilihan) kerana gagal menyelaras pemilihan dan berharap ini bukan cubaan menghalang Nurul Izzah daripada bertanding. Dalam kenyataan bersama, empat cabang di Selangor mendakwa mereka "terkejut" bahawa pencalonan 35 cabang ditolak oleh ibu pejabat parti kerana gagal menepati tarikh akhir 10 Oktober itu. "Kami binggung bahawa terdapat tarikh 10 Oktober 2010 ditetapkan sebagai tarikh akhir bagi mengemukakan pencalonan manakala 35 lagi cabang tidak menyedari tarikh itu," katanya kenyataan bersama itu. Ia ditandatangani oleh ketua cabang dari Tanjung Karang, Petaling Jaya Utara dan Putrajaya serta pemangku ketua Petaling Jaya Selatan. Lanjutkan tarikh akhir Sementara itu, ahli majlis tertinggi PKR, S Manikavasagam mencadangkan jawatankuasa pemilihan melanjutkan tarikh akhir kepada 16 Oktober ini bagi membolehkan Nurul Izzah bertanding jawatan timbalan presiden. "Ini bagi membolehkan cabang-cabang memperbetulkan apa-apa salah faham yang mungkin berlaku," katanya pada satu kenyataan akhbar. Dalam satu kenyataan media lain, bekas pengarah komunikasi PKR, Jonson Chong berkata Nurul Izzah tidak sepatutnya dilucutkan kelayakannya untuk bertanding hanya kerana berdasarkan soal teknikal. "Adalah baik bagi mempunyai proses pentadbiran tetapi mereka mesti telus dan memenuhi objektif parti," katanya. Semalam, Pentadbir Pemilihan PKR Raden Shamsulkamar Raden Shamsudin berkata , selepas tarikh akhir penghantaran pencalonan dari bahagian ditutup pada 10 Oktober (Ahad) lalu, Nurul Izzah hanya mendapat satu pencalonan dari Keningau, Sabah. Sehubungan itu, katanya, ahli parlimen Lembah Pantai itu Anwar tidak layak bertanding jawatan timbalan presiden PKR kerana gagal mendapat cukup pencalonan. |
| Posted: 13 Oct 2010 03:28 AM PDT Kita patut sangat merasa sangsi, ragu dan was was apabila seseorang itu tiba-tiba muncul di khalayak ramai berpakaian kot dan dengan pasukan peguamnya sendiri untuk mengadakan sidang akhbar, selepas dua tahun menghilangkan diri. Jadi budak Rahimi Osman pun macam tu jugak la, tetiba saja tampil buat laporan polis dengan pasukan peguamnya sendiri dan pulak membangkitkan satu persoalan paling menarik, ditengah tengah PKR sibuk membuat pemilihan dalaman parti dan ditengah tengah hiruk pikuk Galas memalu gendang pilihanraya kecil. Perlu juga kita bertanya, siapakah dalang di belakang bekas pembantu Anwar Ibrahim itu yang sebelum ini hanya bergaji RM3,000 tapi kini mampu mempunyai pasukan peguam dan mengatur sidang medianya sendiri. Tangan siapakah pula yang mencatur dan mengatur untuk Rahimi mengubah nada selepas bersumpah dua tahun lalu bahawa Piem berbangsa Umno Najib Razak dan isterinya merangkap wanita perasan pertama negara Rosmah Mansor terbabit dalam konspirasi menjatuhkan Anwar menerusi satu lagi tuduhan liwat II. Sumber asal: Suara Keadilan |
| Apahal yang hang terkejut Azmin? Posted: 13 Oct 2010 01:44 AM PDT ![]() Kita tak boleh nak jangka, kadang kadang cara pemberitaan kita ni pun payah nak percaya jugak. Akhbar tak kira online ataupun cetak suka sangat cari sensasi, nak lakukan akhbar akhbar mereka. Tapi kalau ikutkan laporan dari Malaysiakini, Azmin kelihatannya terkejut apabila Khalid juga minat dengan jawatan timbalan presiden yang juga sedang diintainya. Tak kira atas apa sekalipun alasannya, Azmin tak perlu dilihat "amat terkejut" sekali itu. Tak elok, nampak macam hang tu kebulor sangat jawatan. Semangat pemukiman ka, hapa ka tok sah kira la. Kadang kadang semangat yang tercetus masa pemukiman hari tu tak benar benar datang dari ketulusan hati Khalid. Mungkin kali ni dia lihat kehadirannya akan lebih bermakna sebagai timbalan presiden. Bukankah PKR telus dalam mengamalkan demokrasi. Apa yang nak diterkejutkan? Aku tak terkejut malah aku lebih mengalu alukan kehadiran Khalid ditengah tengah kehangatan Azmin dan Zaid demi menyeimbangi politiking yang kian "semak" dalam PKR. |
| Zionis tangkap ibu baru bersalin Posted: 13 Oct 2010 01:31 AM PDT Harakahdaily HEBRON, 13 Okt: Tentera Israel menangkap tujuh orang penduduk di daerah Hebron, Isnin lalu termasuk seorang ibu yang baru melahirkan anak dua minggu lepas. Laman web Haluan Palestin melaporkan Sajida Riziq Muhammad Al-Awawda, 20, seorang pelajar dalam jurusan Syariah ditahan oleh askar Zionis di luar Universiti Hebron pada waktu tengahari. Palestinian Prisoners' Society mendesak supaya pihak berkuasa Zionis Israel segera melepaskan Sajida, memandangkan beliau melahirkan anak secara cesarean dan masih lagi memerlukan pemerhatian doktor. Suaminya, Mahmud Abu Hashem kini masih lagi dalam tahanan di Israel. Bayi mereka yang baru dilahirkan itu kini dijaga oleh neneknya. Awal pagi pada hari yang sama tentera Israel telah menceroboh masuk kampung Sa'ir dan seterusnya menahan Nizar Hussein Al-Aramin, Raed Saket Jaradat, Jihad Khaled dan Mahdi Jaradat. Semua mereka ditangkap setelah tentera Zioinis memecah masuk rumah mereka. Seorang lagi yang ditangkap adalah Iyad Al-Allami. Mereka yang ditangkap telah dibawa ke destinasi yang tidak diketahui. Tentera Zionis juga turut memusnahkan sebuah telaga sumber air yang dimiliki oleh Wael Al-Rajabi di timur Hebron. Dalam kejadian ini, anak kepada Wael yang berumur 18 tahun turut ditahan oleh tentera Zionis. Menurut laporan Ma'an News Agency, pihak tentera Zionis tidak melayan sebarang pertanyaan tentang mereka yang ditangkap, sebaliknya mereka menyerahkan urusan tersebut kepada Israel Border Guard, sebuah unit paramilitari polis. (mn/Maan) |
| Posted: 13 Oct 2010 12:47 AM PDT 7 Kakitangan Imigresen Antara 9 Ditahan ISA KUALA LUMPUR: Polis menahan tujuh kakitangan Jabatan Imigresen di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana disyaki terlibat dalam kegiatan penyeludupan warga asing ke negara ini. Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, turut ditahan ialah dua warga asing. Kesemua mereka ditahan dalam operasi pada Ahad lalu sehingga semalam. "Polis akan berusaha segala yang mungkin bagi memastikan Malaysia tidak menjadi negara transit untuk warga asing melakukan aktivit jenayah. "Penahanan dibuat bagi membolehkan polis menjalankan siasatan terperinci, bagi membanteras kegiatan sindiket terbabit yang boleh mengancam keselamatan negara," katanya pada sidang media di Bukit Aman di sini, Selasa.- mStar |
| Pembelaan terhadap arwah Sosilawati bermula Posted: 12 Oct 2010 10:06 PM PDT N Patmanabhan, 3 lain dituduh bunuh Sosilawati Peguam, N Patmanabhan dan tiga yang lain dituduh di Mahkamah Majistret di Banting, membunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain. Mereka dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Peguam berusia 41 tahun itu didakwa bersama-sama pekerja ladang T Thilaiyalagan, 19, R. Matan, 20, dan R. Khatavarayan, 30. Majistret Hurman Hussain menetapkan 16 Disember ini untuk sebutan semula kes tersebut. Tiga daripada mereka dibawa ke mahkamah itu untuk menghadapi pertuduhan dengan sebuah van manakala Patmanabhan dibawa dengan kereta Waja yang tiba di perkarangan mahkamah kira-kira 8.30 pagi. Beberapa minit kemudian pasukan pendakwaan yang mengandungi Timbalan Pendakwaraya Ishak Mohamad Yusof, Idham Abdul Ghani and Saiful Edris Zainuddin tiba di mahkamah. Peguam tertuduh, Amer Hamzah Arshad dan Ravi Nekoo tiba sebelum itu kira-kira jam 8.30 pagi. Sosilawati 47, bersama tiga lelaki iaitu pemandu peribadinya, Kamaruddin Shansuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting, Selangor, untuk urusan pembelian tanah. Polis kemudian mengesahkan keempat-empat mangsa dipukul sampai mati sebelum mayat mereka dibakar dan abu dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong, Banting. Hasil siasatan, Unit Forensik Polis menemui beberapa objek termasuk serpihan tulang dan sampel rambut dipercayai milik mangsa-mangsa. Bahan bukti kes pembunuhan itu diserahkan ke Jabatan Kimia untuk dianalisis.- Malaysiakini |
| Lagi muda la Berahim Ali... haha... Posted: 12 Oct 2010 09:51 PM PDT Sultan Kelantan lucutkan gelaran 'Datuk' Ibrahim Ali Laporan mengejutkan dari Istana Kelantan ialah mengenai perlucutan gelaran 'Datuk' yang sebelum ini dianugerahkan pada presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali. Mengejutkan kerana Ibrahim yang juga ahli parlimen Pasir Mas, bagai begitu akrab dengan istana dan orang kenamaan negeri dan negara tanpa ada apa cacat cela yang begitu menyerlah. Selain dari Ibrahim turut dilucutkan gelaran Datuk ialah bekas setiausaha kerajaan negeri, Datuk Wan Hashim Wan Daud. Sementara itu, dalam reaksi spontannya, Ibrahim ketika dihubungi oleh Malaysiakini mengesahkan beliau dimaklumkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan pagi ini bahawa DMSK yang membawa gelaran 'Datuk' yang dianugerahkan kepadanya telah dilucutkan. Pingat itu dikurniakan oleh Sultan Kelantan ketika itu, Sultan Ismail Petra. "Saya tidak tahu sebab-sebabnya tetapi pada 7 Oktober lalu, saya ada menziarahi Sultan Ismail di Istana Mahkota. Sejak Sultan Ismail gering dan pulang ke Kelantan, inilah pertama kali saya melawat kerana hubungan peribadi saya amat rapat dengan Sultan Ismail. Apapun, ia tidak menjadi hal pada saya dan saya terima dengan hati terbuka," katanya dalam pesanan ringkas SMS kepada Malaysiakini. Menurut presiden PERKASA itu lagi, taat setianya kepada Sultan Kelantan sekarang, Tuanku Muhammad V tidak berbelah-bagi. "Saya tetap dengan pendirian mempertahankan institusi raja kerana ia asas perlembagaan negara dan sebahagian daripada budaya Melayu menjunjung kedaulatan raja. Ampun Tuanku," katanya. Ibrahim juga menjelaskan beliau masih bergelar 'datuk' kerana mempunyai dua lagi darjah - iaitu DPMS dan DMSM yang diterimanya daripada Selangor dan Melaka. |
| Dah la terlampau, tak tau malu pulak tuh... Posted: 12 Oct 2010 07:00 PM PDT Nampak sangat dah tak dak sapa yang berani buat teguran pada bini Najib si Rosmah ni dari menyalahgunakan gelaran sebagai wanita pertama Malaysia ni. Tak betoi ka? Ada ka sesapa yang berani tegur? Menurut pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof Dr Abdul Aziz Bari Perkara 32 (2) Perlembagaan Persekutuan dalam Bab 1 berkaitan jelas menyatakan hak gelaran Wanita Pertama Malaysia adalah kepunyaan Raja Permaisuri Agong, Tunaku Nur Zahirah. Perkara 32 (2) berbunyi, "Ketua Utama Negara bagi Persekutuan, dan Isteri Yang di-Pertuan Agong (digelar Raja Permaisuri Agong) hendaklah diberi keutamaan daripada segala orang lain di dalam Persekutuan selepas Yang di-Pertuan Agong". Jadi tindakan Bahagian Protokol Jabatan Perdana Menteri yang membenarkan Datin Seri Rosmah Mansor menganjurkan Sidang Kemuncak Wanita Pertama bermula hari ini amat dikesali walaupun sudah terbukti dari segi Perlembagaan beliau bukan Wanita Pertama Malaysia dan tidak berhak menggunakan gelaran itu. Malunya muka... nak letak tang mana muka Umno lepas ni yerkk.... |
| 19 peluru jumpa kat tempat kejadian, kena tuduh sorang saja Posted: 12 Oct 2010 05:00 PM PDT Sebanyak 19 butir peluru ditemui di kawasan perumahan di Seksyen 11 di sini — tempat di mana remaja Aminulrasyid Amzah, 15, ditembak mati oleh anggota polis enam bulan lalu, Mahkamah Sesyen Shah Alam diberitahu hari ini. Pada 10 Mei lepas, Jenain Subi, 48, mengaku tidak bersalah menyebabkan kematian Aminulrasyid di Jalan Tarian 11/2 di Seksyen 11, antara pukul 1.10 pagi dan 2 pagi pada 26 April lepas. Dia didakwa mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan. TMI |
| Jadilaaa, 1st lady untuk dunia ke 3... negara negara Afrika... wakaka... Posted: 12 Oct 2010 03:00 PM PDT Hanya Negara Afrika Turut Serta Sidang Wanita Pertama? Kenapa hanya 14 wanita pertama sertai sidang? KUALA LUMPUR, 12 Okt: Mengapa hanya 14 negara dan hanya dari negara-negara Afrika sahaja menghantar wanita pertama mereka ke persidangan pertama Wanita Pertama Dunia menjadi tanda tanya. Bagi Speaker Dun Selangor, Teng Chan Kim, jawapannya hanya satu sahaja iaitu tuan rumah sidang ini bukannya wanita pertama Malaysia iaitu Raja Permaisuri Agung. "Kecuali Laos, tidak ada negara di Asia yang menghantar Wanita Pertama mereka ke sidang pertama Wanita Pertama. Ia lebih sesuai di namakan Sidang Wanita Pertama Afrika," kata Teng Chang Kim. Sidang pertama ini dianjurkan oleh isteri perdana menteri, Datin Seri Dr Rosmah Mansur. Sebelum ini, Rosmah menimbulkan kekeliruan apabila menyiarkan iklan bernilai RM1.5 juta di akhbar The New York Times di Amerika dan menamakan beliau sebagai wanita pertama Malaysia. Ekoran itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib terpaksa membuat penjelasan di Parlimen dan mempertahankan gelaran untuk isteri beliau itu. Persidangan Wanita Pertama yang bermula hari ini di hotel Palace of The Golden Horses disertai 14 wanita pertama iaitu kira-kira 7.3 peratus dari 192 negara di dunia. Ia turut dihadiri enam perwakilan wanita pertama dan 20 menteri. Antara negara yang menghantar wanita pertama mereka adalah Albania, Congo, Gambia, Ghana, Jamaica, Kiribati, Laos, Mali, Mauritius, Mozambique, Nigeria, Paraguay, Seychelles, Sierra Leone, Sri Lanka dan Zambia. Sidang hari ini bermula dengan ucaptama oleh isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor. Perbincangan panel membabitkan lima wanita pertama yang terdiri daripada Ernestina Naadu Mills dari Ghana, Lorna Golding dari Jamaica, Nyama Koroma dari Sierra Leone, Mercedes Lugo De Maidana dari Paraguay dan Thandiwe Banda dari Zambia.- GB |
| You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |














Tiada ulasan:
Catat Ulasan