shalehudin |
- Muka seinci punya tebal, takat kena "boo" tu tak heran laa...
- Cerita nak perbodo orang kampong dah keluar dah
- Tokey besi buruk
- Sultan Ismail Petra Akan Dibawa Lari Ke Thailand?
- Hahaha... membisu, membatu, kaku...
| Muka seinci punya tebal, takat kena "boo" tu tak heran laa... Posted: 03 Oct 2010 09:00 AM PDT Puad kena 'boo' kata Kelantan tidak disisih KOTA BHARU, 3 Okt: Jarang kita melihat ada menteri yang diboo orang ramai pada wacana perdana apabila jawapan diberi tidak dapat diterima penonton. Itulah nasib yang menimpa Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Puad Zakarshi apabila menganggap Kelantan tidak disisih dalam konteks semangat federalisme di negara ini. Katanya, penubuhan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) tidak menggambarkan Kelantan diganggu gugat kerajaan Persekutuan. "Sebenarnya ramai tidak faham apa itu federalisme," katanya ketika menjawab soalan pada wacana perdana bertajuk Wawasan 2020, Realiti atau Ilusi yang diadakan di Dewan Konvensyen Kelantan Trade Centre di sini, malam tadi. Belum pun sempat Puad menjawab orang ramai meneriak dan memboo berkali-kali jawapannya. Ekoran itu katanya, "kalau tidak mahu mendengar tak apa lebih baik saya alih kepada soalan lain." Sejak awal wacana lagi Dr Puad tidak disenangi penonton apabila banyak jawapannya lebih bersifat teknikal yang sukar difahami orang ramai yang memenuhi ruang dewan tersebut. Dua lagi ahli panel, anggota Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail dan Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Dr Maamor Osman. Manakala Prof Madya Dr Mohd Agus Yusof bertindak sebagai moderator. Wacana siri keenam itu dianjurkan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan, Majlis Perbandaran Kota Bharu dan Perbadanan Menteri Besar Kelantan. Pada wacana yang diadakan pertengahan tahun lepas, Puad membatalkan kehadiran di saat-saat akhir. Ekoran itu pihak penganjur menjemputnya buat kali kedua malam tadi. Ketika menjawab isu tuntutan royalti minyak kerajaan Kelantan, Puad mengulangi pendirian kerajaan pusat dengan mengatakan negeri ini tidak layak menerimanya. Asas jawapan yang digunakan iaitu lebih dari tiga batu nautika. Bagaimanapun hujah itu ditolak Saifuddin dengan membentang fakta perjanjian di antara kerajaan negeri dan Petronas pada 1975. Ketika Dr Puad menyebut fakta 3 batu nautika penonton sekali lagi naik angin dengan menyebut pelawak (bohong). Malah katanya, kalau ramai masih tidak puas hati beliau sanggup menyertai debat dalam isu tersebut. Namun katanya, beliau tidak mahu menghurai panjang isu berkenaan kerana ia sudah dibawa ke mahkamah oleh kerajaan negeri. "Biarlah mahkamah yang membuat keputusan," katanya. Turut mengikut forum tersebut ramai di kalangan warga pendidik. Bagaimanapun ramai di kalangan mereka tidak senang dengan jawapan diberi Puad dalam banyak isu. Seorang dari mereka menyebut jawapan timbalan menteri hanya berputar pada perkara yang sama kerana tidak ada hujah bernas. Seorang lagi guru yang juga aktivis Umno mencadangkan kerajaan negeri menganjurkan wacana bertajuk 20 tahun pemerintahan PAS di Kelantan. Pada sidang media selepas itu, Dr Puad memuji pihak penganjur mengadakan wacana tersebut yang dianggap sebagai satu permulaan yang baik. Bagaimananapun beliau agak terkilan apabila penonton tidak dapat mengawal emosi. "Sepatutnya kita mendengar dahulu pandangan orang lain. "Wacana ini merupakan satu platform yang baik dan perlu diteruskan. Ini dapat melahirkan generasi muda yang lebih terbuka," ujarnya. - Harakahdaily |
| Cerita nak perbodo orang kampong dah keluar dah Posted: 03 Oct 2010 08:05 AM PDT Cerita cerita musim pilihanraya dah mai dah. Tak habih habih dengan politik cara kuno, ketinggalan zaman dalam usaha memperbodo orang kampung. Pusat Belanja RM1 Bilion Untuk Kelantan GUA MUSANG: Kerajaan Persekutuan membelanjakan lebih RM1 bilion untuk melaksanakan 58 projek pembangunan bagi meningkatkan taraf kesihatan rakyat seluruh Kelantan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9). Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan (JPPK) Makhtar Mustapha berkata daripada jumlah itu, sebanyak RM50 juta dibelanjakan bagi pembinaan sebuah hospital baru Gua Musang dan ia antara projek yang terbesar dilaksanakan di negeri itu. "Selain itu, 20 klinik desa yang dinaiktaraf dengan pembinaan bangunan baru juga sedang dalam persiapan akhir dan boleh digunakan sebelum akhir tahun ini," katanya kepada pemberita di sini, Ahad. Beliau berkata hospital terbabit mampu memuatkan 56 katil berbanding hospital lama yang hanya boleh memuatkan 34 katil. "Hospital yang turut dilengkapi dengan dewan bedah itu dijangka mula beroperasi bulan ini," katanya. Makhtar berkata pembinaan hospital baru itu membuktikan kerajaan persekutuan mengambil berat mengenai masalah kepadatan hospital sedia ada terutama ketika berlaku kemalangan dan kejadian yang melibatkan jumlah pesakit yang ramai. Beliau mengakui sebelum ini banyak rungutan penduduk terutama pengguna jalan raya yang menyatakan Gua Musang perlu ada hospital serba lengkap dan doktor pakar kerana setiap kali berlaku kemalangan teruk terpaksa dikejarkan ke Hospital Kota Baharu. "Masalah itu dijangka selesai dalam masa terdekat ini apabila hospital baru mula beroperasi dan orang ramai boleh mendapat perkhidmatan rawatan yang baik serta selesa. "Sebelum ini pesakit kritikal terpaksa dikejarkan ke hospital di Kota Baharu hingga mengambil masa lebih tiga jam untuk sampai dan berdepan dengan pelbagai risiko," katanya. -BERNAMA |
| Posted: 02 Oct 2010 11:24 PM PDT Tahniah la kat Zahid Hamidi kerana dah jumpa balik dua buah enjin F-5E jenis GE J85 21-A yang kini berada di dalam pegangan kerajaan Uruguay. Hebatnya Zahid kerana dua enjin jet tersebut hilang masa Najib jadi menteri pertahanan dan dijumpai kembali masa Zahid yang jadi menteri. Banyak sangat la prosedur dan peraturan yang kena diikuti untuk bawa balik bersi buruk ni dari Uruguay. The best part with our Malaysian goverment is, suka buat susah benda yang mudah dan kadangkala gatai tang lain pi garu tang lain. Apahal pulak ni, masa hilang hangpa belasah kerajaan pasai biar bagi besi buruk tu hilang. Dah jumpak enjin buruk tu pun hangpa buat kecoh pasai apa nak kena bawak balik pulak. Masaalahnya, kenapa besi buruk itu tak pepasal jadi kini terlalu "berharga" buat Kerajaan Malaysia. In the first place, kenapa sebelum hilang dulu korang tak jaga elok elok kalau dah berharga sangat pun. La ni tak pepasal kena belanja lagi mahal sehingga Peguam Negara, Gani Patail terpaksa berkejar ke Uruguay, satu team pakar pulak nak kena ada semata mata nak bawak balik untuk jadi bahan bukti kes pulak. Ataupun dah ada tanda tanda gembala hangpa akan jadi marah. Entahlah, betul kah adanya tekanan dari Amerika Syarikat minta Kerajaan Malaysia sediakan laporan hilangnya dua enjin pesawat tempur, F-5E, milik TUDM tu. Takut takut kalau Malaysia jadi penjual pada negara yang mungkin dalam senarai pengganas? Maka itu besi buruk itu hendak dijadikan bahan bukti bagi mensabitkan kesalahan ke atas kambing-kambing hitam berkenaan dan supaya Kementerian Pertahanan dapat menyediakan laporan kepada kerajaan Amerika Syarikat. Heran betul aku, 2 biji enjin jet boleh dibawa keluar begitu mudah dan dijual kepada pihak pembeli di Uruguay tanpa kebenaran pihak atasan di Kementerian Pertahanan dengan kerjasama Pegawai Tinggi TUDM. Bangang sungguh la Uruguay lagu tu, sanggup berurusan dengan seorang Sarjan. Macam budak budak main pondok pondok saja cerita hangpa ni. |
| Sultan Ismail Petra Akan Dibawa Lari Ke Thailand? Posted: 02 Oct 2010 08:19 PM PDT 1. Kami telah menerima maklumat terperinci dari sumber-sumber yang berwibawa mengenai perancangan pihak tertentu untuk membawa keluar secara sembunyi-sembunyi Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Petra keluar dari Kelantan menuju ke Thailand melalui Takbai dan Pattani untuk bersemayam di sana. 2. Kami merasa amat bimbang jika perancangan ini, yang akan cuba dibuat di dalam masa terdekat ini, berjaya direalisasikan oleh pihak berkenaan maka ia akan mendatangkan kesan yang amat negatif ke atas kebajikan dan keselamatan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Petra yang masih di dalam keadaan gering. 3. Kami dengan ini menyeru pihak berkenaan supaya segera menghentikan usaha-usaha untuk terus mempergunakan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Petra untuk kepentingan diri sendiri, apatah lagi apabila usaha-usaha ini menjangkaui tahap membawa lari sekaligus memperjudikan kebajikan dan keselamatan Baginda |
| Hahaha... membisu, membatu, kaku... Posted: 02 Oct 2010 07:16 PM PDT Rakyat yang mendapat bantuan kerajaan tersebut tidak haram. Sebabnya mereka bukan berjudi, mereka mendapat bantuan atas kemiskinan mereka. Transaksi itu atas bantuan, bukan atas judi." Yang tu kata Dr Mohd Asri Zainul Abidin, mantan mufti Perlis dalam respons beliau terhadap isu kerajaan negeri Pulau Pinang yang memberikan wang saguhati kepada warga emas, yang 'khabarnya' bersumberkan judi lumba kuda. Apa pulak kata mufti yang jelas biru warna darahnya? Ellek... diam membisu macam batu. Yang dok berkokok sakan la ni hanyalah alim ulama Umno yang jarang jarang sembahyang Jumaat pun. |
| You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |



Tiada ulasan:
Catat Ulasan