Senyum Tangis Sendu |
| Gambar Polis Berdemonstrasi Di Depan Masjid Posted: 21 Oct 2010 11:39 PM PDT Sebelum ini kita sering terdengar Pakatan Rakyat berdemonstrasi tetapi hari ini lain yang jadinya apabila anggota keselamatan berdemonstrasi untuk menghalang sebarang kejadian yang tidak diingini. Menurut seorang saksi, pihak polis mendapat maklumat yang salah berkenaan demonstrasi yang akan diadakan oleh Pakatan Rakyat. Mereka berkumpul di Masjid al-Azim dan Masjid Bukit Katil namun tiada sebarang demonstrasi diadakan. Lebih kurang 30 orang anggota polis terlibat dalam demonstrasi untuk mencegah demonstrai Pakatan Rakyat. Kalau diperhatikan, pihak polis lebih suka bertindak ke atas Pakatan Rakyat berbanding menahan mat rempit dan mat gian. |
| Lembaga Rambut Panjang Di Mersing Posted: 21 Oct 2010 04:02 PM PDT RAWAT ...seorang pengamal perubatan tradisional sedang memulihkan pelajar yang terkena histeria. Kehadiran lembaga wanita berambut panjang serta kanak-kanak di belakang dewan Sekolah Menengah Anjung Batu (SMKAB) di sini, pagi semalam mencetuskan histeria membabitkan lebih 10 pelajar sekolah berkenaan. Lembaga wanita serta kanak-kanak itu dikatakan menjelma di depan seorang pelajar perempuan sebelum ia berjangkit kepada lebih 10 yang lain termasuk tiga pelajar lelaki. Pengetua SMKAB, Abu Othman Ibrahim berkata, kejadian berlaku jam 9.30 pagi dan pelajar terbabit dibawa ke surau sekolah itu sebelum diberikan rawatan "Kumpulan pelajar berkenaan tiba-tiba menjerit dan kami meminta bantuan tiga pengamal perubatan tradisional untuk membantu merawat mereka. "Ibu bapa serta keluarga pelajar terbabit dengan kejadian turut dihubungi untuk dimaklumkan berkaitan kejadian," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam. Sementara itu, ketua pengamal perubatan berkenaan dikenali sebagai Wahid Junid, berusia 40-an, mendakwa ada makhluk halus menjadikan kawasan belakang dewan SMKAB sebagai kediaman mereka. "Seorang daripada mangsa mengalami histeria sejak Jumaat lalu dan masih belum pulih sepenuhnya akibat kejadian pertama dialami itu. "Kami nasihatkan pelajar yang menjadi mangsa supaya memperbanyakkan amalan masing-masing selain tidak terlalu terbawa-bawa dengan kejadian yang menimpa mereka," katanya. Menurut Wahid, dia bersama dua lagi rakannya akan berusaha untuk cuba menghalang gangguan itu daripada berulang. |
| You are subscribed to email updates from Senyum Tangis Sendu To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan