Khamis, 14 Oktober 2010

Senyum Tangis Sendu

Senyum Tangis Sendu


Ulama Muda UMNO Yang Jahil Agama

Posted: 14 Oct 2010 04:55 AM PDT

MO11
Ulama muda Umno yang baru-baru ini menegur kerajaan negeri Kelantan berhubung misi Munajat Royalti Minyak yang dianggap sebagai pembaziran akhirnya membisu dalam isu konsert artis gay, Adam Lambert yang akan mengadakan persembahannya di Stadium Bukit Jalil malam ini.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata ini merupakan sumbangan ulama muda yang menyertai Umno yang telah memberikan nasihat kepada pimpinan Umno-Barisan Nasional tentang cara-cara untuk menang dalam Pilihan Raya Umum akan datang.

"Saya ucapkan tahniah kepada ulama-ulama muda ini yang telah berjaya me'reform' dan memperkasakan Umno-BN dengan cara membawa masuk budaya kuning yang tidak sihat ini ke dalam negara," sindir beliau ketika ditemui Suara Keadilan.

Sebelum itu, seorang ulama muda Umno, Fathul Bari Mat Jahya yang juga anak bekas Mufti Perlis dalam kolumnya di dalam sebuah portal web berita menyifatkan tindakan kerajaan Kelantan yang memfailkan saman royalti sebagai zalim.

Beliau turut mempersoal tindakan kerajaan negeri yang sedang mengumpulkan dana sebanyak RM400,000 untuk misi munajat tersebut.

Katanya, wang tersebut sewajar digunakan untuk program-program ilmiah seperti mengingatkan masyarakat tentang pentingnya akidah, memperkenalkan sunnah dan bahaya bidaah. 

Namun begitu, kata Mahfuz, ketika kebanyakan rakyat membantah kehadiran Adam Lambert, ulama muda Umno ini gagal menjalankan tanggungjawab mereka menasihati Umno-BN khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkaitan isu akhlak dan moral serta bahaya budaya songsang kepada golongan anak muda di negara ini.

Kanak-kanak 3 Tahun Tapi Berat 63.6kg

Posted: 13 Oct 2010 04:21 PM PDT



XIAO HAO (kiri) memiliki berat badan 63.50 kilogram walaupun baru berumur tiga tahun di bandar Guangzhou, selatan China.


Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun, Xiao Hao dilarang memasuki beberapa pusat jagaan kanak-kanak kerana berat badannya 63.50 kilogram (kg) yang membolehkan dia membuli rakan-rakannya, lapor sebuah akhbar semalam.
Ibunya Xiao Lin dari bandar Guangzhou, selatan China kini merayu doktor supaya membantu mengurangkan berat badannya.
"Saya membawanya berenang bagi tujuan senaman tetapi amat sukar untuk mencari pakaian renang yang sesuai buatnya," kata ibunya.
Beberapa doktor menyatakan kanak-kanak itu mungkin mengalami gangguan pertumbuhan hormon.
Purata berat kanak-kanak seusia dengannya ialah 12.70kg.
Seorang doktor dari sebuah hospital kanak-kanak Guangdong, Lu Hong berkata, kanak-kanak itu bukan sahaja berat berlebihan tetapi amat tinggi.
"Dia (kanak-kanak itu) tidak sepatutnya berada dalam keadaan sebegini kerana jantungnya tidak mampu untuk menanggung berat badannya," kata Hong. 
Sumber: Agensi

Tiada ulasan: