Selasa, 26 Oktober 2010

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::


Zaman Najib-Rosmah: Hutang negara paras tertinggi, KTMB catat kerugian RM1.45b!

Posted: 26 Oct 2010 08:50 PM PDT



BERITA 1

Ketua Audit: Hutang negara pada paras tertinggi

Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang hari ini mendedahkan bahawa hutang negara pada tahun lalu berjumlah RM362.39 bilion, iaitu paras yang paling tinggi dalam tempoh lima tahun.

Hutang itu mencakupi 53.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar(KDNK), kali pertama keadaan itu berlaku dalam sejarah negara, kata beliau dalam laporan tahunan terbaru yang di bentangkan di Parlimen hari ini.

Hutang RM362.39 bilion ringgit yang disebut dalam laporan audit itu juga jauh lebih tinggi daripada RM233.92 billion yang disebut oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Parlimen Jun lalu.

Ketika itu Najib juga mendakwa hutang itu hanya mencakupi 34.3 peratus KDNK.

Dalam laporannya hari ini, Ketua Audit Negara menjelaskan hutang kerajaan meningkat dengan mendadak kerana hutang dalam negara yang semakin membesar.

Hutang kerajaan di dalam negara (domestic debt) pada tahun lalu adalah RM348.60 bilion atau 96.2 peratus keseluruhan hutang Kerajaan Persekutuan

BERITA 2

KTMB catat kerugian RM1.45b sehingga 2008

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mencatatkan kerugian terkumpul berjumlah RM1.45 bilion sehingga 2008 dan kerugian yang ditanggung menyebabkan syarikat pengangkutan keretapi milik kerajaan berkenaan tidak mampu menanggung kos operasi sendiri dan hutang.

Dalam laporan dari 2006 hingga 2008 yang dibentangkan oleh Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang yang dibentangkan di Parlimen semalam, prestasi kewangan KTMB mempamerkan tahap yang tidak memuaskan berikutan kerugian yang ditanggungnya untuk tempoh tiga tahun berturut-turut.

Beliau berkata KTMB menanggung kerugian berjumlah RM118.91 juta pada tahun 2008 berbanding RM82.81 juta pada tahun sebelumnya.

"Berikutan itu,bermula 1994 sehingga 2008, KTMB terpaksa mendapatkan bantuan kewangan dalam bentuk suntikan dana tunai berjumlah RM760 juta dari kerajaan," kata Tan Sri Ambrin lagi dalam laporan audit yang dibentangkan.

Laporan Ketua Audit Negara juga menyebut, peningkatan kerugian berjumlah RM36.60 milion iaitu sebanyak 44.5 peratus pada 2008 adalah disebabkan peningkatan mendadak kos operasi KTMB yang berjumlah RM49.03 juta.

Menurutnya lagi, peningkatan berkenaan adalah 9.6 peratus lebih tinggi daripada jumlah kos operasi bagi tahun 2007.

Laporan iu juga menyebut, KTMB masih belum membayar bayaran faedah yang sudah matang setakat Julai 2010 daripada lima pinjaman berjumlah RM880.5 juta yang diperolehi daripada kerajaan persekutuan sehingga Disember 2008.

Laporan audit berkenaan menambah, KTMB tidak membuat sebarang pembayaran balik kepadda hutangnya sejak dua hingga lapan tahun lalu.

Ini bermakna, pembayaran faedahi terhadap kelima-lima pinjaman terbabit perlu dibuat pada 2010 dan keadaan itu bakal menjurus kepada jumlah pembayaran faedah tertunggak meningkat kepada RM703 juta," sebut laporan Ketua Audit Negara berkenaan lagi.

Menurut laporan itu lagi, pembayaran semula hutang-hutang terbabit yang berakhir selewat-lewatnya pada 2025 akan menyebabkan kepada pembayaran aliran tunai berjumlah RM1.43 bilion.

Artikel berkaitan
- HUTANG NEGARA : BN GAGAL URUS NEGARA DENGAN BAIK (misabah.blogspot.com)

HANGIT! Mencalarkan kredebiliti Umno dan Najib: Blogger Umno desak Rosmah Mansor BERUNDUR!

Posted: 26 Oct 2010 12:37 PM PDT


Artikel di bawah di petik dari sebuah laman blog penyokong tegar umno, malaysiaheaven.blogspot.com...
Datin Seri Rosmah Perlu Berundur

Didalam sejarah perdana menteri Malaysia, tiada lagi isteri pemimpin melibatkan diri secara terbuka melainkan Ds Rosmah Mansor. Sejak DS Najib menjadi PM, sejak itulah nama DS Rosmahpun menjulang tinggi.

Maaf bukan nak mengata tetapi cuma tidak mahu pisang berbuah dua kali. Cukuplah KJ menjadi punca perpecahan UMNO dan rakyat semasa zaman Pak Lah dahulu. Sejak DS Najib menjadi PM, pelbagai fitnah dilemparkan oleh orang kafir terhadap DS Rosmah.

Mengundurkan diri bukanlah bermakna membenarkan segala fitnah terbabit sebaliknya untuk menjernihkan semula keadaan. Lagipun pemberian peruntukan yang sangat besar untuk program Permata membuatkan ramai yang terkilan.

Apa perlunya program Permata sedangkan negara sudah ada program KEMAS. Dan program Permatapun bukanlah masuk ke kampung kampung pendalaman. Hanya kanak kanak yang cerdik sahaja yang terpilih. Jadi dimana perlunya program sebegini.

Tambahan pula cerita mengenai islamic fesyen baru baru ini jelas mencalarkan kredebiliti DS Najib sebagai PM. DS Rosmah seharusnya berundur segera sebelum terlambat. DS Rosmah perlu mencontohi isteri pemimpin terdahulu dengan mengamalkan low profail.

Bukan tak boleh terlibat dengan pelbagai aktiviti tetapi biarlah dibelakang tabir sahaja. Tidak perlu menunjukkan muka mencari publisiti walaupun aku percaya itu bukanlah tujuan asal beliau.

Cukuplah perbuatan si Kitol dahulu. Jangan disebabkan DS Rosmah, UMNO menjadi mangsa di PRU13 nanti. Sekali lagi aku nak tegaskan, DS Rosmah perlu berundur. - malaysiaheaven.blogspot.com
P/S: TERBARU - Satu lagi blog pro-Umno meluahkan perasaan kurang senang beliau bukan sahaja terhadap Rosmah Mansor, tetapi juga terhadap Najib yang dilihat seolah2 'lemah' dalam menyelesaikan isu2 yang membelenggu diri mereka berdua...

Penulis petik antara kandungan 'luah perasaan' penyokong/blogger Umno terbabit sepertimana di bawah...


FACT 1 - Rosmah bukanlah pujaan rakyat sebagaimana dia fikirkan. Tak tahulah orang Umno tapi jujur ni, nama Rosmah kalau disebut dalam ceramah pasti mengundang gelak tawa sinis

FACT 2 - Isu ini sebagaimana poster dibawah TIDAK menolong imej Rosmah dan Umno sebagai parti yang memperjuangkan Islam. Dan bila sebut Islam, ia menjadi satu isu yang AMAT sensitif dikalangan rakyat.

FACT 3 - Isu sebegini LEBIH DEKAT dihati orang Islam dari isu ekonomi termasuk isu Melayu. Di Pantai Timur saya yakin, tak tahulah ditempat lain.

FACT 4 - Rosmah adalah penaung IFF dan itu sudah cukup mengaitkan beliau dan gambar Najib bersama Rosmah diatas pentas adalah bukti yang amat kuat.

FACT 5 - Peristiwa berlaku 2 bulan lalu dan sehingga kini tidak ada reaksi dari Najib/Rosmah untuk cuci tangan dari isu ini.

FACT 6 - Banyak kerusi menang/kalah di PRU12 majoritinya kecil, BN tidak mampu kehilangan walau sedikitpun sokongan dek isu ini atau apajua kesilapan remeh.

Terserahlah pada Umno bagaimana hendak menangani isu ini, saya cuma memperingati saja. Tapi kalau diizinkan, saya ingin cadangkan Tuan berdua minta maaf kepada rakyat dan umat Islam Malaysia dan Pn Rosmah menarik diri dari menjadi penaung dan Malaysia mengumumkan tidak lagi mau terbabit dengan organisasi itu dalam apajua kapasiti sebagai tanda protes. - dinturtle.blogspot.com
Baca seterusnya di dalam blog dinturtle.blogspot.com...

Sungguh kasihan..tatkala blogger otai Umno mengambil pendirian untuk mempertahankan Rosmah bermati-matian, rupanya ramai juga dikalangan penyokong bawahan Umno mengecam dan membantah Rosmah Mansor..apakah kehancuran Umno bermula dari Rosmah Mansor sebagaimana jatuhnya Pak Lah dahulu atas faktor menantunya, Khairy Jamaluddin?...fikir2kan..wallahua'lam...

Artikel berkaitan:
- 'First Lady' Malaysia adalah Permaisuri Agung Tuanku Nor Zahirah, bukan Rosmah Mansor! - Blogger Umno
- Isu IFF: "Kalau ada yang kata Rosmah tak bersalah, mereka adalah ANJING politik!" - Blogger Umno

Isu berkaitan (mesti baca):
- [Kemaskini] Isu IFF: Penulis jawab ketua '40 ulamak muda' Umno...
- Koleksi entry berkiatan Rosmah Mansor yang mesti anda lihat

Umno 'tunjuk taring': Salahguna harta kerajaan di BATU SAPI, rasuah politik di GALAS..

Posted: 26 Oct 2010 10:38 AM PDT

1. Batu Sapi



"Salahguna harta kerajaan oleh Muhyiden dan kuncu-kuncu BN untuk menghadir penamaan calon di Batu Sapi Sabah...." - FB 'Manjungmari Manjung'

2. Galas









BN dah start bagi rasuah "gula-gula" kepada penduduk Dun Galas....

Orang yang bijak adalah ...orang BN nak bagi apa pun .... ambik je... yang penting pangkah PAS.....


Sumber gambar: dppwm.blogspot.com

Berita baik BATU SAPI: Pengasas Umno Sabah ishtihar akan bantu calon Pakatan Rakyat!

Posted: 26 Oct 2010 07:32 AM PDT



KARIM GHANI BANTU CALON PR BATU SAPI

PENGASAS UMNO Sabah, Datuk Karim Ghani yang baru mengistiharkan keluar dari UMNO telah menyatakan komitmennya untuk bersama-sama Pakatan Rakyat, khususnya dalam usaha Pakatan Rakyat merampas parlimen Batu Sapi bagi memberi signal kepada Barisan Nasional bahawa rakyat muak dengan kecurangan BN mengurus harta dan khazanah negara.

Karim juga turut menjelaskan tiga sebab besar kenapa beliau meninggalkan UMNO dan BN. Kesediaan Pakatan Rakyat untuk memberi kuasa autonomi kepada Sabah dan Sarawak, tuntutan 20 % royalti minyak dan ruang untuk menghidupkan kembali USNO, menjadi agenda beliau berjuang bersama Pakatan Rakyat.

"Kita mesti bersama Pakatan Rakyat untuk mengembalikan maruah rakyat Sabah yang tidak mendapat hak yang sepatutnya daripada Barisan Nasional, tunaikan kewajipan dan buktikan kuasa rakyat dalam PRK Batu Sapi 04 November ini," desak Datuk Karim ketika berucap di hadapan kira-kira 3, 000 peserta seminar Isu Tanah Rakyat Sabah anjuran Badan Perhubungan PAS Sabah dan Lajnah Tanah dan Peneroka PAS Malaysia di dewan Hakka, Sandakan.


(Sekadar gambar hiasan..)

Karim juga turut menggesa pengundi Batu Sapi mencontohi pengundi Kelantan yang berkhalifahkan seorang ahli politik yang bijak dan warak seperti Tuan Guru Nik Aziz yang menerima duit-duit yang diberikan BN tetapi undi mereka tetap untuk Pakatan Rakyat. Gesaan beliau mendapat tepukan gemuruh hadirin.

Karim juga menyatakan peluang Pakatan Rakyat untuk menang dalam PRK ini cukup besar berdasarkan situasi semasa dan desakan perubahan rakyat Sabah terutama dalam kes rampasan tanah rakyat. Beliau memberi keyakinan hanya Pakatan Rakyat yang berupaya merealisasikan hasrat dan cita-cita rakyat Sabah.

Pengundi Batu Sapi diharapkan tidak mengsia-siakan undi mereka dengan melakukan kesilapan mengundi calon lain selain calon Pakatan Rakyat terutama SAPP dan calon bebas. Apalah yang mampu dilakukan oleh sebuah parti tempatan seperti SAPP yang pernah memerintah dan menjadi Ketua Menteri Sabah? Demikian juga calon-calon bebas yang tidak jelas arah tujunya untuk merubah langskap politik Sabah dan Malaysia.

Karim menyokong penuh pemilihan calon Pakatan Rakyat, seorang peguam yang juga bekas Ketua Perhubungan PKR Sabah, Hj Ansari Abdullah sebagai calon pilihan PR untuk berkhidmat kepada pengundi parlimen Batu Sapi yang memerlukan pembelaan. - sabahkini.net

Artikel berkaitan:
1. GEMPAK: Gambar sekitar Majlis penerimaan ahli baru dan penubuhan 18 ranting baru KEADILAN Sabah
2. Pengasas Umno Sabah tinggalkan Umno: "Umno gagal bela hak rakyat Sabah!" - Datuk Karim
3. GEMPAR SABAH: Pakatan Rakyat terus unggul di Sabah - Terbaru Umno lumpuh di Tenom!
4. Lagi berita HANGAT: Presiden Penaja EX-USNO Sabah tinggalkan BN, sertai Pakatan Rakyat!

Berita berkaitan:
- PANAS Batu Sapi: Majlis penamaan calon BN dipulau, penyokong Umno protes calon BN!
- Sabah negeri termiskin, BN patut malu, kata PAS (Malaysiakini)

Hari penamaan calon UMNO Galas 'MERIAH'!!...

Posted: 26 Oct 2010 05:56 AM PDT



'Meriah' dengan tarian puteri Umno dan masyarakat orang asli (asal) ini sahaja..bukan meriah dengan kehadiran penyokong dan pendokong parti..Ku Li pun balik awal, blogger mereka pun 'segan' nk update gambar...so, kira 'meriah' la tu bagi depa...;)

VIDEO: Puteri Umno bergalak di Galas - Hari Penamaan Calon PRK N045 Dun Galas



Artikel berkaitan:
- ‎[Kemaskini] HEBAT: Gambar sekitar Hari Penamaan Calon N.45 Galas..(video inside)

Fitnah calon PAS berkhalwat: Blogger Umno mohon maaf, tutup blog 'buat sementara waktu'..

Posted: 26 Oct 2010 04:39 AM PDT



TERBARU: Blog UMNO-ONLINE di'tutup web buat sementara waktu'..rujuk di sini, http://www.umno-online.com/...

Dakwaan khalwat: Blog sudah minta maaf saya tak saman, kata calon PAS

GUA MUSANG, 26 Okt — Calon PAS Dr Zulkefli Mohamad kelihatan melepasi 'halangan pertama' saingan dengan menegaskan beliau telah memutuskan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang membuat laporan fitnah kononnya pernah ditangkap khalwat.

Beliau berkata, pihak yang menyiarkan berita tersebut telah pun memohon maaf dan telah menyedari akan kesilapan yang dilakukan.



"Kes ini sudah selesai, saya tidak akan ambil tindakan undang-undang terhadap pihak tersebut," kata beliau di sini hari ini.

"Blogger yang siarkan cerita itu sudah minta maaf secara terbuka dan menyedari ia adalah tidak benar," kata beliau ketika ditemui selepas diumumkan sebagai calon PAS bagi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas di pusat penamaan calon di Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang hari ini.

Kelmarin, beliau dipetik berkata, laporan blog dan kemudian disiarkan oleh Umno Online adalah fitnah yang dilakukan dengan sengaja mahu memburukannya nama beliau.

Sehubungan itu beliau bersama peguamnya bercadang mengambil tindakan undang-undang sekiranya fitnah itu tidak ditarik balik.

"Tindakan pertama meminta fitnah dimansuhkan daripada laman web Umno Online dan sekiranya tidak dipatuhi tindakan selanjutnya akan menyusul.

"Kedua, tempoh tindakan bergantung kepada tindakan dilakukan Umno Online terhadap permintaan pertama itu," katanya kelmarin.

Zulkefli sejak hujung minggu lalu menjadi sasaran media rasmi Umno iaitu Umno Online yang melaporkan bahawa beliau pernah ditangkap berkhalwat.

Serangan itu dibuat tidak sampai 24 jam selepas nama beliau diumumkan sebagai calon PAS.

Semalam, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula menegaskan pihaknya akan kekal dengan calon mereka itu yang diumumkan minggu lalu.

Media rasmi Umno yang memetik laporan beberapa blog mendakwa Zulkefli pernah ditangkap khalwat dengan "isterinya" sekarang, Ramelah Mat Jusoh namun dinafikan Zulkefli. Nama itu sebenarnya ada ibu beliau.

Zulkefli mengumumkan pendirian terbarunya ini pagi ini selepas pengesahan status calon diisytiharkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Wan Mustapha Wan Abdul Hamid di sini kira-kira 11.30 pagi tadi.

Artikel terdahulu:
- Fitnah calon PAS khalwat dengan ibu sendiri: Umno semakin keterlaluan dan biadap!

Tiada ulasan: