Khamis, 28 Oktober 2010

PENYAPU SIAL

PENYAPU SIAL


Tak berak dua hari punggung masih kosong. Ajaib...ha ha ha maknanya....bermakna tiada liwat lah cuma temberang si sayfool peliwat aje...!!!!!

Posted: 28 Oct 2010 11:11 AM PDT




Pakar bedah Am Dr Razali Ibrahim yang memeriksa Mohd Saiful Bukhary Azlan untuk mengenal pasti kesan-kesan diliwat memberitahu mahkamah, beliau mendapati rektum pengadu itu "kosong."

"Rektum kelihatan kosong, jadi saya mencatatkan sebagai kosong," kata pegawai perubatan dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) ini ketika disoal balas oleh peguam pasukan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Sankara Nair.

Razali juga memberitahu, pemeriksaan dubur dijalankan pada 28 Jun 2008 bukan pemeriksaan klinikal yang pertama dikendalikan ke atas Saiful.

Disoal bertubi-tubi oleh Sankara, beliau yang kini berkhidmat dengan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) mengaku, bukan mudah untuk menjalankan pemeriksaan "proctoscopy" ke atas Saiful meskipun dengan menggunakan bahan pelincir.

Penggunaan sebarang instrumen secara tiba-tiba di dubur boleh menyebabkan kecederaan ke atas bahagian-bahagian yang sensitif, kata Razali.

Pada akhir Jun 2008, Saiful mengunjungi Hospital Pusrawi, pusat perubatan swasta, untuk pemeriksaan ekoran sakit di bahagian dubur sebelum dirujuk kepada HKL.

Laporan perubatan dari Pusrawi, yang bocor tahun lalu, mendedahkan bahawa Saiful tidak buang air besar selepas dia diliwat.

Semalam, Razali tegas dengan pendiriannya untuk tidak merujuk nota klinikal bagi menyegarkan ingatannya.

Walaupun diasak berulang kali oleh Karpal, Razali mendesak bahawa beliau tidak merujuk nota yang diambil semasa pemeriksaan perubatan ke atas Saiful selama tiga jam pada malam 28 Jun 2008.

Mahkamah Tinggi kemudian menolak permohonan lisan Karpal, yang mewakili Anwar, untuk mendapatkan nota mengenai sejarah dan pemeriksaan perubatan ke atas Saiful.



Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dalam penghakimannya berkata pasukan pembelaan tidak berhak mendapatkan nota-nota tersebut kerana ia tidak dirujuk oleh Razali dalam pemeriksaan utama oleh pihak pembelaan.

Anwar didakwa meliwat Mohd Saiful Bukhari, 25, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini, antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Ditanya tentang garis panduan yang digunakan dalam amalan perubatan di hospital itu, Razali berkata ia merupakan prosedur standard yang diamalkan oleh kebanyakan hospital sejak bertahun-tahun.

Bagaimanapun, pakar bedah itu berkata beliau tidak pasti sama ada ia merupakan garis panduan antarabangsa.

Ketika memberi keterangan tentang cara beliau melakukan pemeriksaan terhadap Saiful, Razali berkata beliau terlebih dahulu membuat pemeriksaan perianal sebelum membuat beberapa palitan dan memasukkan protoskop ke dalam dubur Saiful untuk mendapatkan dua sampel daripada bahagian atas dan bawah rektum pengadu.

Katanya protoskop berukuran 6.5sm panjang itu dimasukkan hanya sekali ke dalam dubur Saiful.

Mengenai soalan tentang tabiat usus Saiful, dan sama ada penting bagi seseorang doktor bertanya mengenainya kepada mangsa dalam kes liwat, Razali berkata ia bergantung pada keadaan.

Kata beliau pada masa berkenaan, pemeriksaan terhadap Saiful dibuat berdasarkan dakwaannya dia telah diliwat untuk mengetahui sama ada berlaku sebarang kecederaan.

Menjawab soalan sama ada beliau bertanya kepada Saiful adakah dia berasa sakit di bahagian dubur sebelum beliau (Razali) membuat pemeriksaan terhadapnya, pakar bedah itu berkata beliau tidak dapat mengingati sama ada beliau ada bertanya tentang perkara itu.

Razali bagaimanapun berkata sebelum membuat pemeriksaan perubatan, beliau menerangkan kepada Saiful tentang prosedur berkenaan dan selepas itu, barulah beliau mula membuat pemeriksaan terhadap dubur pengadu.

Ditanya tentang kedudukan tubuh Saiful semasa menjalani pemeriksaan itu, Razali berkata beliau meminta pengadu berbaring secara mengiring dengan bahagian kiri tubuhnya di sebelah bawah dan merapatkan kedua-dua lututnya pada bahagian dada untuk memudahkan pemeriksaan dilakukan.

Ditanya kenapa beliau tidak menggunakan jari untuk membuat pemeriksaan itu, Razali berkata sekiranya beliau berbuat demikian, kecederaan akan berlaku.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah disambung esok.



penyapu sial


yang mana betul dua hari tahan berak kemudian jumpa doktor atau lepas dua hari dia berak baru jumpa doktor. kalau lepas dua hari dia berak sudah tentu jadi kosong, kalau sebelum itu tentulah ada kepala tahi, bayangkan baunya!!!!

Penolakan PAS terhadap perpaduan dengan Umno ada asas

Posted: 28 Oct 2010 11:04 AM PDT

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat menegaskan dasar parti itu untuk menerima dan menolak untuk bersatu dengan Umno dan sekali gus berbaik-baik dengan bukan Islam mempunyai asas yang kukuh.

Menteri Besar Kelantan itu) berkata, PAS menyertai Barisan Nasional (BN) sekitar tahun 70-an itu atas jemputan Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdul Razak Hussein dan bukan PAS yang mahu menyertai gabungan itu.

"PAS tidak pernah meminta untuk bersatu dengan Umno apabila menyertai BN ketika itu... malah ketika 'ditendang' dari BN, kita tidak diajak untuk berbaik-baik semula sehinggalah selePAS pilihan raya umum ke-12 lalu," katanya kepada pemberita di pejabatnya di Kota Darulnaim, di sini, hari ini.

Nik Aziz berkata, PAS pernah berbaik-baik dengan Majlis Perundingan Cina (CCC) selePAS Umno tidak menjemput PAS semula menyertai gabungan itu.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang membidas PAS kerana dikatakan terus mengeluarkan 'fatwa' sesuka hati berhubung kerjasama UMNO dengan MCA dalam BN.

Dalam kenyataannya di Gua Musang semalam, Timbalan Presiden Umno itu dilaporkan berkata, PAS menganggap kerjasama Umno dengan MCA adalah salah tetapi pada masa sama 'menghalalkan' kerjasama PAS dengan DAP.

Ini membuktikan pemimpin PAS suka membuat 'fatwa' sesuka hati mengikut kepentingan politik mereka, katanya.

Menurut Nik Aziz, tindakan PAS menyertai BN sebelum ini menimbulkan perpecahan di kalangan PAS di mana wujud empat kumpulan di kalangan penyokong parti itu, termasuk Islah, Hamim dan Berjasa.

Katanya, selepas itu PAS ditendang keluar daripada parti gabungan BN itu sehingga bekas Presidennya, Datuk Asri Muda dilucutkan daripada Menteri Kemajuan Tanah dan Wilayah.

Beliau juga berkata, PAS mempunyai asas yang kukuh untuk bersekongkol dengan DAP dan pernah keluar dari gabungan itu bila DAP gagal menerima perjuangan PAS sehinggalah mereka kembali semula selepas memahami konsep perjuangan PAS. –

Bernama



penyapu sial

UMNO tu parti maksiat, macam-macam pun boleh, jauhilahnya hingga akhirat......

firaun besar merepek bila dakwa PKR, DAP buat pakatan jamin dominasi Cina

Posted: 28 Oct 2010 10:58 AM PDT

Zulkifli Noordin mendakwa wujud "kontrak rahsia" antara PKR dan DAP bagi memastikan dominasi Cina jika Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih Putrajaya.

Ahli Parlimen Kulim Bandar-Baharu ini, bekas wakil rakyat PKR, mendakwa PAS juga tidak sedar tentang kewujudan kontrak tersebut.

Ketiga-tiga parti itu menganggotai Pakatan Rakyat (PR) sejak pilihan raya umum 2008.

"Kontrak ini menjanjikan bahawa pemimpin-pemimpin Cina dalam DAP akan diberikan autonomi di Pulau Pinang (jika PR memerintah)," kata Zulkifli ketika membahaskan Bajet 2011 di Dewan Rakyat hari ini.

Wakil rakyat Bebas ini, yang satu ketika dahulu rapat dengan Ketua Umum PR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam DAP dengan menyifatkan parti itu sebagai "parti dijangkiti elemen chauvinis" dan mendakwa ia bertanggungjawab terhadap rusuhan 13 Mei 1969.

"(Sekiranya PR mengambil alih kuasa) calon-calon Melayu akan diletakkan di Negeri Sembilan dan Perak. Dan, jika mereka menang (di negeri-negeri ini), mereka akan melantik menteri besar kalangan DAP untuk mengetuai negeri-negeri ini," kata beliau lagi.

Zulkifli dan ahli-ahli Parlimen Bebas yang lain, khususnya dari komponen PR, menafikan mereka adalah penyokong Barisan Nasional (BN), tetapi ucapan hari ini beliau senada pendirian Umno yang digunakan untuk menyerang PR sejak kebelakangan ini.

Kini, BN berhadapan dengan saingan komponen PR iaitu PAS dalam pilihan raya kecil serentak di DUN Galas dan PKR di Batu Sapi.

Bagaimanapun beliau tidak menyediakan sebarang butiran bagi memperkukuhkan dakwaan beliau dalam ucapannya, yang dipendekkan oleh Timbalan Speaker Datuk Dr Wan Junaidi Jaafar.

Terdahulu dalam ucapannya, Zulkifli berkata, rakyat Malaysia perlu diberi bimbingan semula mengenai rusuhan 13 Mei 1969 agar jiwa mereka boleh didedahkan siapa sebenar DAP itu.

"Apa yang mereka lakukan, ialah mereka memainkan paten sama mencetuskan pembencian kaum terhadap orang Melayu meskipun telah diberi amaran oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj daripada berbuat demikian," kata Zulkifli.

Menurut beliau, perdana menteri pertama itu memberi amaran kepada DAP supaya tidak mempersoalkan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan dan juga hak-hak orang Melayu.

"Dan, ini yang dilakukan oleh DAP sekarang," kata Zulkifli.

Wakil rakyat itu juga mempertahankan ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika Perhimpunan Agung Umno minggu lalu sambil menekankan, pembangkang telah salah petik kandungan ucapan itu.


penyapu sial

Sememangnya spesis melayu bangsat. kalau dah setia sangat dgn UMNO tu dan berjiwa rakyat....... LETAK JAWATAN TU.... biar diadakan Pilihanraya dulu... Biar rakyat buat penghakiman. Dulu naik jadi MP pun rakyat yang bagi atas tiket PKR. Jangan berlagaklah manusia spesis katak bangsat...


Issu yang dah basi dasr umno bn tak ada modal pembangunan asyik cari jalan gadoh saja yang mereka tau hati busuk terlampau banyak makan duit haram. Bertaubat lah mat dogol jangan maruah mu bolih di jual beli.

Kalau pengundi Melayu memilih wakil rakyat dari PKR yang kebanyakkan calonnya juga terdiri dari kalangan Melayu, maka tak wujud 'masalah' dominasi Cina.

Bila DAP tidak menampilkan calon Melayu, mereka didakwa sebagai sebuah parti Cina atau rasis. Bila DAP berhasrat menampilkan calon Melayu, pula dikatakan cuba melantik pemimpin boneka. Cam ni tak boleh , cam tu pun tak boleh. Adakah ini konsep 1Malaysia?

pemimpin laki bini puaka tak berakhlak mana ada pertimbangan akhlak untuk meningkatkan pendapatan negara

Posted: 28 Oct 2010 10:50 AM PDT

HUB HIBURAN MALAM DAN INDUSTRI SPA DALAM ETP, KERAJAAN HILANG PERTIMBANGAN AKHLAQ DALAM KEGHAIRAHAN UNTUK MENINGKATKAN PENDAPATAN NEGARA.

Kita  membantah keras pelan ETP untuk menjadikan hiburan malam sebagi pendekatan meningkatkan Malaysia sebagai destinasi pelancongan mengikut yang tercatat dalam dokumen Program Transformasi Ekonomi.

Kita kecewa dan membantah rancangan kerajaan untuk memperbanyakan pusat hiburan malam bagi menganjur acara-acara konsert antarabangsa dengan mengendurkan peraturan yang ada. .

Dalam dokumen ETP didedahkan akan ada 12 projek hiburan untuk meningkatkan pendapatan melalui pelancongan.

Soalnya apakah ini yang ingin ditonjolkan oleh ETP untuk meningkatkan pendapatan dikalangan rakyat di negara ini.? Dimanakah pertimbangan nilai dan budaya tempatan yang sepatutnya ditonjol dan dipertahankan? Adakah ini caranya kerajaan mengutamakan keperluan rakyat?

kita  kesal bila mendapat tahu bahawa peraturan yang sedia ada akan dikendurkan bagi memudahkan pertunjukkan antarabangsa di bawa masuk ke Malaysia.. Bagi kita  ini adalah benar-benar tindakan mengadai maruah negara dan nilai akhlaq rakyat diketepikan hanya kerana mahu melayan kehendak pelancong dan mengutamakan komersialisasi kebudayaan hedonistik.

Jelas sekali peraturan yang ada didalam PUSPAL yang menjaga syarat penganjuran pertunjukan dari artis luar akan dikorban kerana mahukan Malaysia lebih mudah menarik persembahan artis dunia.

Melihat kepada kriteria yang ditetapkan untuk mengecualikan mereka dari peraturan PUSPAL akan menjejaskan akhlaq dan budaya kebangsaan. Malah syarat imigresyen juga akan dilonggarkan untuk memudahkan artis luar masuk ke Malaysia.

kita  juga  membantah keras perbelanjaan RM467 juta yang akan dibelanjakan oleh kerajaan yang diperuntukan untuk tujuan ini. Kononya program ini akan menjana pendapatan RM427 juta dan menyediakan 8,000 pekerjaan.

kita  berpendirian bahawa ETP yang mahu menetapkan kawasan hiburan khas iaitu di lima zon iaitu Lembah Kuala Lumpur/Klang , Genting Highlands, Penang, Langkawi and Kota Kinabalu melalui kegiatan hiburan malam adalah sangat bertentangan dengan budaya hidup timur dan Islam.

Dalam dokumen ETP dinyatakan 6 kelab malam baru berkapasiti 900 orang pada hujung minggu akan beroperasi pada awal 2012 dan dua lagi akan dibuka pada 2013 dan 2014.

Kerajaan nampaknya sudah hilang pertimbangan akhlaq dalam keghairahan untuk meningkatkan pendapatan negara. Kita sangat terkejut industry spa juga dilihat menjadi sektor yang akan dibangunkan secara lebih meluas di negara ini mengikut pelan dalam ETP.

Jadi kita sebagai rakyat yang mempunyai akhlak  dan maruah  mengesa dan mendesak kerajaan menarik balik pelan ini dan mengubahkan hala tuju pembangunan ekonomi negara kepada kegiatan yang lebih sihat berteraskan budaya dan nilai agama .

tu dia....Pemimpin UMNO Titiwangsa.....bukan tak cerdas....tapi dah bebal lagi bodoh....

Posted: 28 Oct 2010 10:38 AM PDT

chua: Ada pemimpin Umno "tak berapa cerdas"



Rakaman video di internet yang memaparkan seorang pemimpin bahagian Umno yang membuat ucapan bahawa partinya tidak memerlukan sokongan Cina dan India dijangka tidak akan menjejaskan sokongan masyarakat Cina pada pilihan raya kecil di Galas, kata presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Katanya, pemimpin seumpama itu tidak mencerminkan pandangan pemimpin atasan Umno.

"Jika kita mahu jawapan yang jelas, tanya perdana menteri. Perdana Menteri dengan jelas mempromosikan polisi 1Malaysia untuk setiap kaum. Ini amat jelas, katanya kepada wartawan di pekan Gua Musang hari ini.

Chua berkata MCA tidak akan menyokong pemimpin akar umbi seumpama itu dan malah akan mencadangkan kepada pemimpin Umno agar mereka tidak dikemukakan sebagai calon pada pilihan raya umum akan datang.

Katanya, pemimpin Umno itu gagal bertindak atas semangat BN bagi menjaga kepentingan semua kaum.

"Ini (klip vedeo) memberitahu kita bahawa ada pemimpin akar umbi Umno yang tidak berapa cerdas dari segi politik. Mereka ini kurang bijak. Kita akan laporkan kepada perdana menteri.

"Mereka tidak sepatutnya keluar. Kita akan ikuti kes ini. Mereka tidak tidak mewakili BN dan sepatutnya bersara dan pulang," kata Chua.

Chua mengulas klip video yang memaparkan ucapan ketua Umno bahagian Titiwangsa, Datuk Johari Abdul Ghani di Pusat Dagangan Dunia Putra pada tarikh yang tidak disebut.

Menurut Johari, bagi membolehkan Umno menawan semula kerusi parlimen Titiwangsa, mereka memerlukan sokongan 70 peratus undi Melayu di sana.

"Tuan-tuan, jika kita dapat 70 peratus daripada 32,000 undi Melayu, maka kita tidak lagi perlu undi Cina dan India," kata Johari sambil disambut tepukan gemuruh daripada hadirin di majlis itu.

Ketika berita ini ditulis, video yang dimuat-naik di Youtube itu telah menarik minat 50,000 orang menontonnya dengan 600 komen yang kebanyakan mereka membidas Johari.

Pemuda Umno Puji PASTI & Hentam Tabika Kemas

Posted: 28 Oct 2010 10:32 AM PDT



"…Menyanyi, Menari, Makan, Main….inilah 4M benda yang dilakukan dorang (KEMAS)… Tetapi tuan-tuan…kalau tuan2 tengok PASTI..kita boleh bandingkan pelajar2 yg masuk PASTI dan pelajar2 yg masuk KEMAS….kalau tuan/puan tengok Pelajar yang masuk PASTI berbeza dengan pelajar yang masuk KEMAS..

Pastu kita nak marah bila pelajar masuk PASTI pasal apa, dia CERDIK dari kita…patut kita ikut selibus dia..dia ajar apa..baca al-Quran, cakap Bahasa Inggeris, cakap Arab, Cakap Tamil, dan sebagainya… Tetapi kita marah..sebab (padahal) rakyat sekarang nak yang lebih baik daripada sekarang…"Kalau selama ini dakwaan pembangkang (PAS) ditepis begitu sahaja, kononnya syok sendiri, tiada bukti kejayaan dan keberhasilan, kemudian difitnah kononnya merosakkan minda pelajar2, menggelapkan masa depan pelajar2, undur kebelakang, mundur berbanding tadika kerajaan dan lain2..kali ini, cukup bawakan rakaman video dibawah ini, mereka pasti terdiam kaku....

Syarahan/khutbah oleh pelajar PASTI Negeri Kedah yg telah menjuarai acara berkhutbah dalam Ihtifal PASTI Pusat bertempat di MENTALON KEDAH..




pb

firaun besar merepek....biase la setiap kali prk...!!!!!!!

Posted: 28 Oct 2010 05:53 AM PDT

SUDAH lama tidak mendengar YB Zul Kulim merepek. Akhbar Sinar semalam menyiarkan kenyataan Zul Kulim yang sinonim digelar `firaun besar' ini yang mengulas tentang Pilihanraya Kecil di Parlimen Batu Sapi, Sabah. Biasalah, tiap kali pilihanraya Zul Kulim akan muncul meraih publisiti.

Kali ini Zul Kulim menyebut bahawa sepatutnya PAS yang bertanding di situ, bukannya PKR. Alasannya, PAS sebagai pertubuhan politik yang menjadikan pilihanraya sebagai jalan dakwahnya. Mengapa PAS tidak mahu berdakwah di Sabah? Itulah soalan bodoh dari orang yang bodoh.

Apabila Zul Kulim bertanya soalan seperti itu, aku mulalah keliru samada benarkah Zul Kulim ini pernah berada di dalam PAS. Benarkah beliau di`sepak' keluar dari PAS atau beliau sendiri melompat keluar dari PAS akibat menyedari dirinya yang bodoh dan jahil agama itu tidak layak berada di dalam PAS?

Jika sedemikian jahilnya Zul Kulim, usahkan PAS, PKR atau DAP pun tidak sudi menerima beliau. Tidak tahulah kot-kot Makhal Sakti mahu terima Zul Kulim yang benak ini.

Dengar ceritanya dulu dia seorang `ustaz'. Ke hulu ke hilir berkuliah, sesekali berceramah politik. Masa itu bukan main lagi dia membela DS Anwar yang difitnah liwat kali pertama dulu. Bodek dia pada DS Anwar sehinggakan yang tiada diada-adakan kununnya beliau tahu semua kisah DS Anwar.

Maklumlah `Peguam' dalam kes DS Anwar walaupun kerjanya `tukang bawa fail' saja. Jika benar Zul Kulim ini Ustaz, mustahil dia tidak tahu apa itu `dakwah'? Ke mana otak Zul Kulim sekarang? Teruk betul semenjak keluar dari PKR, masakan otak beliau tidak lagi boleh berfungsi?

PAS sebuah parti politik yang berteraskan Islam, juga merupakan satu jemaah yang sentiasa menjalankan usaha dakwahnya samada adanya pilihanraya atau tidak. Di Sabah, walaupun rakan sekutu PAS yang bertanding, PAS tetap turun berkempen di samping menjalankan usaha dakwahnya iaitu menegakkan keadilan dan kebenaran di samping menghapuskan kebathilan.

Dakwah bukan bermakna terhenti tatkala tiada pilihanraya. Jika itu tafsiran Zul Kulim terhadap PAS, memang wajar PAS menolak beliau dari menjadi ahli kerana kejahilannya yang tidak lagi boleh diajar.

Sebenarnya Zul Kulim sudah tiada isu lagi untuk memburukkan PAS dan PR. Beliau juga sudah semakin dilupakan oleh Umno kerana beliau gagal sepenuhnya menjalankan tugas sebagai `barua' yang bermanafaat.

Serangan Zul Kulim terhadap DS Anwar `dibawa angin lalu' kerana isu DS Anwar sudah di`booking' oleh Senatak Ezam sesumpah. Lagi banyak Zul Kulim bercakap, lagi terserlah kebodohannya.


WFAUZDIN NS

polis bertindak ala mafia...lagi orang awam di tembak gara gara kesalahan di jalanraya

Posted: 28 Oct 2010 05:46 AM PDT

Wanita terkejut suami ditembak



PASIR GUDANG – Seorang wanita terkejut selepas melihat suaminya terbaring di depan pagar berlumuran darah sementara seorang anggota polis berdiri di: sampingnya, sebaik pulang dari tempat kerja, kira-kira jam 6 petang, kelmarin.

Seperti lagak dalam drama, suaminya yang ketika itu masih sedarkan diri menunjukkan dan berkata bahawa bahagian belakang pinggangnya cedera parah terkena tembakan.

Wanita terbabit yang enggan namanya disiarkan tidak menyangka hasrat suaminya yang ingin keluar menjala ikan berakhir dengan tragedi ditembak kerana dikatakan melarikan diri daripada pihak berkuasa.

Menurutnya, suaminya yang ketika itu menunggang motosikal bersama beberapa rakan, melarikan diri daripada ditahan kerana tidak memakai topi keledar dan hanya mempunyai lesen L serta cukai jalan tamat tempoh.

"Ketika saya pulang makan tengah hari di rumah, suami ada memberitahu dia ingin keluar menjala ikan bersama rakan dan saya pergi semula ke tempat kerja memandu kereta sendiri.

"Betapa terkejutnya saya sebaik pulang dari tempat kerja apabila melihat suami terbaring berlumuran darah di depan mata kerana ditembak seperti lagak dalam drama yang ditonton di televisyen," katanya, semalam.

Dia yang masih bersedih dengan tragedi yang menimpa suaminya, bimbang dengan masa depan empat anaknya yang masih kecil kerana keadaan suaminya yang dirawat di hospital masih belum stabil serta belum sedarkan diri.

Wanita itu juga mempertikaikan kenapa suaminya ditembak, sedangkan banyak cara lain boleh digunakan untuk menangkap suaminya jika benar dia melarikan diri kerana ketakutan kerana melakukan kesalahan jalan raya.

"Saya tidak berpuas hati kerana suami saya ditembak seperti penjenayah bahaya, sedangkan dia cuma melarikan diri kerana menunggang motosikal dengan tidak memakai topi keledar dan cukai jalan mati serta hanya ada lesen L.

"Saya bimbang jika apa-apa berlaku kepada suami kerana anak kami empat orang masih kecil dan perlukan kasih sayang ayah; saya tidak boleh bayangkan apa akan terjadi jika apa-apa berlaku kepada suami saya," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Roslan Zainuddin ketika dihubungi berkata, perkara itu akan disiasat secara terperinci.

Namun beliau enggan mengulas lanjut. -SH

Alahai kerajaan BUNTUT NAJIB....Wajib lulus Sejarah.....projek merapu nak menipu....!!!!

Posted: 28 Oct 2010 05:28 AM PDT



Apabila Timbalan Perdana Menteri mengumumkan bahawa subjek Sejarah akan dijadikan subjek teras serta wajib lulus, maka ramailah yang memberi komen menyokong saranan berkenaan. Komen tidak menyokong tentunya tidak akan disiarkan di media kerajaan. Rakyat hanya mampu mendengar dari sebelah pihak sahaja. Tentunya penilaian yang lebih adil tentang isu berkenaan tidak dapat dibuat.

Ada penyokong yang menyatakan saranan ini akan menyebabkan pelajar lebih memberikan penumpuan kepada subjek berkenaan. Ada yang mengaitkan subjek ini dengan kontrak sosial serta tidak kurang juga yang mengaitkannya dengan susur galur perkembangan Malaysia dan Kesultanan Melaka.

Sebagai seorang rakyat yang cintakan negara, tentunya kita tidak akan menolak perkara ini bulat-bulat. Kita sangat memahami kepentingan sejarah sebagai landasan untuk kita bergerak maju ke hadapan.

Alangkah baiknya jika berita yang diterima, wajib lulus subjek Pendidikan Islam SPM 2010. Bagi yang bukan Islam, mereka wajib lulus subjek keagamaan dan moral yang mereka ambil. Lebih molek lagi, wajib mendapat kepujian sebagai syarat memperolehi Sijil SPM.

Sebagai orang biasa, tentunya kita dapat membezakan antara kesan tidak menguasai sejarah negara dengan kesan tidak menguasai agama, yang mana lebih buruk ? Walaupun kita memperjuangkan sejarah, jangan pula kita mendiamkan kepentingan beragama.

Jika subjek agama betul-betul dihayati tentunya isu kontrak sosial akan selesai kerana panduan yang disediakan oleh Islam adalah cukup lengkap. Banyak masalah-masalah moral peringkat nasional seperti rogol, bunuh, curi, rasuah boleh dikurangkan. Adakah isu keruntuhan moral kurang penting berbanding isu kontrak sosial.

Mungkin kerajaan beranggapan sudah memadai dengan pembinaan sekolah-sekolah agama rakyat, masjid dan surau yang merata-rata, kelas fardu ain, majlis Khatam Quran Mega, Majlis Musabaqah Peringkat Antarabangsa, Anugerah Tokoh Maal Hijrah dan lain-lain lagi yang telah dianjurkan.

Mungkin ada yang beranggapan bahawa wajib lulus subjek Agama tidaklah penting berbanding subjek Sejarah. Adakah kita tidak bimbang dengan mengetahui Sejarah, anak-anak kita akan mengetahui bahawa Melaka itu ditempa bersama Islam, Terengganu, Kelantan memang tidak asing lagi dengan peranan ulama silamnya juga Pengaruh Islam di Kedah serta negeri-negeri lain di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Tidakkah kita bimbang, nanti anak-anak kita akan tahu bahawa seluruh Nusantara terpahat sejarahnya bersama kedatangan Islam.

Mungkin juga isu subjek Sejarah ini hanya ditimbulkan bagi menyelamatkan survival politik kumpulan tertentu sahaja. Perubahan ini sebenarnya lebih diperlukan untuk subjek lain seperti Pendidikan Islam berbanding Sejarah. Jangan pula kita memahat satu lagi sejarah yang merapu pada tahun 2013 nanti.

Keropok Lekor

kempen tak nak bayar zakat....haram hukumnya membayar zakat kepada kepada pihak majlis agama islam cilanat dan sial ...kalau begini jadinya...

Posted: 28 Oct 2010 05:22 AM PDT



Ekoran laporan audit berhubung perbelanjaan dan pelupusan eset Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Isnin lalu didakwa 'mengesahkan' wujudnya perkara yang tidak kena dalam pengurusan harta dan kewangan badan-badan agama di negara.
badan agama di negara.



Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin (kiri) berkata, laporan Jabatan Audit Negara - antaranya menyatakan hasrat MAIWP melupuskan 70 penghawa dingin yang masih baik - memerlukan penjelasan dan jawapan sejauh mana ketepatannya.

"Ya, itu telah mengundang rasa tidak puas sesetengah pihak. Namun, kita terpaksa nyatakan.

"Apa tidaknya, berbilion wang zakat dan selainnya diperuntukkan untuk umat Islam, tetapi keadaan yang kita lihat terus menyayat hati, sehingga ada keluarga yang terpaksa hidup di bawah jambatan di KL seperti yang dilaporkan media baru-baru ini.

"Ke mana pergi segala peruntukan ini?" soal pensyarah agama di Universiti Sains Malaysia (USM) itu.



Menurut Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2009 yang dikeluarkan Isnin lalu, 70 unit penghawa dingin itu tiada disenaraikan dalam Laporan Lembaga Pemeriksa tetapi pengurusan MAIWP mencadangkannya untuk pelupusan.

Selain itu, semasa perpindahan ibu pejabat MAIWP pada Februari 2008, sebanyak 348 aset alih bernilai RM136,265 seperti kelengkapan pejabat, perabot dan penghawa dingin ditinggalkan.

Penemuan lain melibatkan kes pembelian barangan hampir RM80,000 yang tidak digunakan, kehilangan aset bernilai RM45,789 serta pembelian minyak yang meragukan dan melebihi kapasiti tangki.

Dalam satu kenyataan awal petang ini, Dr Mohd Asri berkata, pendedahan audit itu amat menghairankan kerana ketika ratusan juta ringgit wang zakat dipungut, si miskin terus menderita dan merempat.

"Hantu manakah yang mencuri atau menipu wang zakat kita, sehingga yang berhak tidak memperolehinya? Tangan-tangan siapakah gerangan? Jembalang di hutan, atau lebai berserban?

"Yang menggunakan nama syaitan, atau yang menggunakan nama Tuhan? Akhirnya wang umat Islam ketirisan dan kecurian," katanya dengan nada sinis.

Sehubungan itu, tokoh ulama yang terkenal dengan kelantangannya itu berkata, fungsi zakat perlu dimuhasabah semula sejauh mana kejujuran, kesungguhan dan ketelusan pengurusan zakat yang sepatutnya telah lama membangunkan umat Islam.

Ambil kesempatan asnaf amilin

"Apa yang berlaku di Wilayah Persekutuan adalah isu (yang) didedahkan. Kita tidak tahu bagaimana keadaan pengurusan kewangan umat Islam di negeri-negeri lain.

"Apa yang kita pasti laporan kemiskinan yang menyayat hati terus wujud di pelbagai negeri, sementara kemewahan PUZ (Pusat Urus Zakat) juga ternyata (berlaku) di pelbagai negeri.

"Adakah wujud kesungguhan untuk mereka membaiki keadaan umat Islam? Atau jangan sampai ada mereka yang mengambil kesempatan atas nama asnaf amilin (petugas zakat), sedang tugasan tidak setara mana, tapi habuan yang diambil berlebihan," kata Dr Mohd Asri.

Menurut beliau, kewujudan kes seperti itu mengikis keyakinan rakyat terhadap pengurusan atau integriti "institusi-institusi yang berjenama agama".

"Ia akan menyebabkan rakyat berfikir mereka tidak patut menyerahkan urusan agama kepada institusi-institusi ini yang sentiasa terdedah kepada pelbagai persoalan yang meragukan," katanya.

Sehubungan itu, Dr Mohd Asri berpendapat, perubah pemerintahan secara keseluruhan mungkin satu percubaan yang boleh dibuat dalam membaiki keadaan tersebut.

"Itu pun jika pasukan kerajaan baru mempunyai pemikiran yang bersih, jujur dan terbuka. Jika tidak, hal yang sama akan berulang," tambahnya lagi.



penyapu sial


lebih dari sepuloh tahun saya tidak membayar zakat pada pusat zakat pentadbiran bn/umno.saya lebih berasa bahagia membayar terus pada 8 asnab yang berwajib menerima zakat dari saya.

titik permulaan ini bermula pabila jiran saya seorang ibu tunggal beranak lapan diperlakukan saperti peminta sedekah oleh jabatan yang berwajib keatas perlaksanaan tanggongjawab bantuan telah banyak meyulit & meremehkan urusan pemberian pada ibu tunggal ini malah menolak permohonan beliau.

saya pernah menyaksikan bagaimana seorang atok[warga malaysia] yang kurang upaya dipusat zakat dilayan saperti melukut ditepi gantang dan semudah pulak pegawai zakat memberi sekampit beras pada warga indon atas alasan musafir sedangkan indon tersebut menerima upah rm75/sehari dari majikan dan telah disini lebih 7tahun.pantas saya bangun mendapatkan atok tadi dari beliau menceritakan bahwa dia sekarang sedang menjaga tiga cucu[ibubapa meninggal kemalangan] proses tuntutan insurans belum selesai,dia tiada pilihan melainkan menaruh harapan pada bantuan zakat serta kebajikan masyarakat.bertolak dari peristiwa ini saya tidak lagi mahu membayar zakat pada pentadbiran bn/umno lagi.


kalau tak mampu buat begitu seperti di atas...hah...bayar aje zakat kepada amil amil yang di lantik oleh parti PAS.....depa lebih tau pahala  dan dosa dari pihak majlis agama islam cilanat UMNO/BN

wifi ganti askar...projek 'kebetulan' mee segera kerajaan BUNTUT NAJIB cilanat di gua musang

Posted: 28 Oct 2010 04:50 AM PDT



TIDAK semena-mena atau `tanpa dirancang' maka perkampungan di Gua Musang mencipta rekod `kampung WIFI' pertama di Malaysia. `Kebetulan' projek tersebut dijalankan di Gua Musang sewaktu Pilihanraya Kecil Dun Galas akan berlangsung. Sebelum ini `kebetulan' juga berlaku di Bagan Pinang apabila kem tentera dijanjikan dengan kemudahan WIFI, kolam renang dan Padang Futsal sewaktu PRK Dun Bagan Pinang.

Setiap kali berlakunya PRK, ada sahaja `projek kebetulan' dan kesemuanya diakui dan dipercayai oleh SPR dan SPRM sebagai `kebetulan'. Jika bukan `kebetulan', sudah tentu ianya merupakan rasuah politik dan ianya menyalahi peraturan dan undang-undang pilihanraya. Tetapi kerana `kebetulan' makan dibolehkan.

Kita  tidak tahu samada di Bagan Pinang kem tentera di situ sudah menikmati kemudahan WIFI, kolam renang dan Padang Futsal atau belum. Tetapi, apa yang pasti `projek' pertama selepas Tan Sri Isa Samad menang di Dun Bagan Pinang adalah `projek' Tan Sri Isa sendiri iaitu beliau berkahwin baru setelah kematian isterinya. Kita  difahamkan oleh rakan tentera di sana, satu apa pun tidak berjalan sebagaimana yang dijanjikan....sah dah ...auta aje lebih...dasar penipu rakyat

Di  Jelebu, MP Jelebu adalah DSU Dr Rais Yatim yang menjadi Menteri yang menjaga hal ehwal komunikasi. Di situ, usahkan kemudahan WIFI, rangkaian 3G pun tiada. Lojiknya, tentulah kawasan Jelebu terlebih dahulu mendapat kemudahan WIFI tersebut memandangkan MP Jelebu adalah Menteri Penerangan, komunikasi dan Kebudayaan. Lagi pun, Jelebu dirasakan lebih baik pembangunannya sedikit dari Gua Musang, cuma bas sahaja yang bermasalah di Jelebu. Namun demikian orang Jelebu jangan kecewa, mungkin jika ada Wakil Rakyat di tempat kita mati nanti adalah WIFI tu tiba secara `kebetulan'....orang 'jelebu; dah berjerebu di tipu bangsat bangsat BUNTUT NAJIB nie...

Gua Musang terdapat ramai masyarakat Orang Asli dan di dalam PRK Dun Galas ini masyarakat Orang Asli akan diberi keistimewaan. Bayangkan orang-orang Asli ini akan menggunakan kemudahan WIFI di rumah mereka. Kita  tidak tahu samada majoriti rumah di Gua Musang sudah memiliki komputer atau tidak. Tetapi, WIFI tetap diberikan cuma bila projek ini akan bermula, Wallahu Aklam. Mungkin esok, lusa, tulat, tahun depan atau selepas `kiamat'.....ha ha ha...projek itu akan berjalan selepas PR memerintah negara...dan segala babi babi dan buntut buntut negara di kebumikan selama lamanya....

Tiada ulasan: