pemuda cheh |
| Posted: 26 Oct 2010 10:18 PM PDT Jadi Samy akan 'padam' tak lama lagi. Jadi sempena padamnya kita lihat kata-kata yang tersohor yang pernah diucapkannya. 1. Samy Velu Berkata Tentang Pos Laju; "Besoh kirim, hari ini juga sampai " 2. Di TV yang dia berkata dia malu; "Ini prekara sangat memalukan saya dan kemaluan saya sangat-sangat la besar" 3. Samy berkata dalam ceramah; "Kita akan bina satu jambatan wuntuk worang-worang kampong di sini" Lantas seseorang bertanya, "Datuk,sini takde sungai, buat apa bina jambatan? dan Samy dengan bangga membalas , 4. Kata-kata Samy yang tersohor kepada pemberita; "Toll naik sikit, banyak marah saya. You worang ingat semua ini toll saya punyer bapah punya kah!" 5. Semasa krisis air; "Semua worang diminta jangan membuang aiyerr..!" 6. Tentang masalah sosial; "Worang-worang2 muda sekarang banyak suka hisap dade.." * * 7. Semasa kempen derma darah di Sg.Siput; "Marilah kita semua menderma dare..." 8. Semasa memberi ucapan di pelbagai acara; "Selamat datang saudara-mara semua" (Ia sepatutnya saudara-saudari) 9. Semasa bising-bising tentang Al Arqam; "Saya gumbira bahawa didapati tiada pemuda MIC terlibat dalam kes arqam" * 10. Juga lawak tersohor Samy; "Kita akan bina roket pigi matahari"..... Pemberita menjawab.."Tapi Dato, matahari terlalu panas untuk didekati"... Jawab samy.. "Itu tade masalah....kita hantar waktu malam".... * |
| Galas : Pas mendahului 317 undi? Posted: 26 Oct 2010 08:57 PM PDT Macam dalam dunia persilaatan, apabila tok guru silat gagal mengalahkan lawannya, beliau akan melatih anak muridnya pula untuk bertarung. Dalam pilihan raya umum 2008 lalu, calon PAS, Dr Zulkefli Muhamad pernah mengalahkan Tengku Razaleigh Hamzah sebanyak 317 undi untuk Dun Galas dalam pertembungan mereka untuk merebut kerusi Parlimen Gua Musang. Namun Ku Li memenangi kerusi itu selepas menang lebih besar di dua Dun lagi iaitu Paloh dan Nenggiri yang juga terletak di bawah Parlimen Gua Musang. Kini ku li sebagai sifu mencagarkan anak didiknya pula untuk berlawan dengan dr zulkifli. Apakah nasib dr zul di Galas pada 2008 akan berulang. Kalau ini berlaku sekali lagi ku li akan dikecewakan di dun Galas. Meskipun begitu Pas memasuki pilihanraya di dun Galas sebagai underdog. Gua musang sebagai kubu Ku Li perlu juga diakui. Pas dikatakan mula meningkat sokongan daripada 48 peratus pengundi di Dun Galas. Di harapkan momentum ini akan berterusan sehingga pilihanraya. Duit BN pun dah macam daun pokok mula luruh di bumi Galas ini. Semoga pengundi Galas menjadi pengundi Sibu. Umpan makan kail sangkut kat dacing BN tu. Harap rakyat Kelantan menunjukkan kematangan berpolitik sebagaimana sebelumnya dalam menjadi guru politik kepada rakyat Malaysia. dari Galas |
| You are subscribed to email updates from pemuda cheh To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan