Rabu, 6 Oktober 2010

pemuda cheh

pemuda cheh


Warga Emas P.Pinang Kena Tipu Hidup-Hidup

Posted: 05 Oct 2010 11:31 PM PDT

Mengikut laporan berita online Malaysiainsider hari ini, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, mengumumkan pada sidang media, Umno setakat ini belum lagi memulangkan satu sen pun dari duit ehsan yang dikutipnya dari warga tua.

Pemimpin Umno, Reezal Merican telah mendakwa duit ehsan yang diberikan oleh kerajaan negeri kepada warga tua Pulau Pinang adalah haram kerana duit itu adalah dari sumbangan dari kelab lumba kuda di Pulau Pinang.

Namun, kerajaan negeri Pulau Pinang telah menafikan dengan sekeras-kerasnya bahawa duit yang diberikan kepada warga tua adalah dari duit sumbangan judi tetapi dari duit kerajaan yang berjaya dijimatkannya.


Umno mula menganjurkan 'program mengembalikan duit haram' dari penerima-penerima wang ehsan tersebut. Dalam setiap program yang yang dianjurkan Umno, kelihatan warga tua sedang mengembalikan duit yang dikatakan haram itu.

Menurut TV3/4, Umno akan mengembalikan semua wang yang dikutip oleh mereka kepada kerajaan negeri. Tetapi, KM, Lim Guan Eng menafikan setakat ini ada menerima apa-apa wang dari Umno Pulau Pinang.

"Jangan berikan kepada Umno, bimbang mereka mempergunakan wang itu untuk tujuan yang tidak munasabah kerana sejarah telah membuktikan parti itu sering tidak amanah terutamanya peruntukan menjelang pilihan raya kepada para petugas," kata Lim. – harakahdaily

Setakat ini dikatakan lebih dari 100 orang telah mengembalikan duit ehsan itu. Ini bermakna kutipan mereka sudah mencecah lebih dari RM 10,000. Siapakah yang sedang memegang duit ini? Reezal Merican Naina Merican?

Apakah duit ini akhirnya akan dikembalikan ke khazanah kerajaan negeri? Kita tidak tahu sebenarnya berapa ramaikah warga tua yang sudah mengembalikan duit mereka. Akaun berkaitan wang yang dikembalikan oleh warga tua yang disimpan oleh Umno tidak boleh dipercayai kerana Umno kita percaya tidak beramanah. Siapakah akhirnya yang akan menikmati semua kutipan dari warga tua ini?

Wang yang dikutip dari sumbangan orang ramai kepada tabung Tsunami suatu masa dulu, juga dikatakan tidak diagihkan dengan betul kepada mangsa bencana alam tersebut oleh Umno/BN. Ada mangsa yang mendakwa mereka tidak menerima apa-apa bantuan dari tabung Tsunami! Wang untuk mangsa bencana alam pun mereka 'gasak'.

Jadi, apakah duit ehsan yang dikembalikan oleh warga tua akan selamat kembali kepangkuan khazanah negeri Pulau Pinang?

Lebih dari 100,000 warga tua telah menerima duit ehsan dari kerajaan negeri, namun 100 orang lebih sahaja yang telah mengembalikan duit tersebut.

SPRM Mesti Di Bawah Parlimen

Posted: 05 Oct 2010 09:56 PM PDT

Parti Islam Semalaysia Pas berpendapat bahawa, imej Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) boleh diperbaiki dengan badan ini mesti berada di bawah Parlimen. Sekarang imej SPRM tidak dihormati kerana ia menampakkan orang suruhan kepada parti pemerintah, bukan memerangi rasuah sebagai musuh negara. Inilah persepsi umum masyarakat terhadap SPRM.
Bernama melaporkan, Pengerusi Panel Penilaian Operasi SPRM Tan Sri Hadenan Jalil, berkata perbagai perubahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) termasuk mengambil pendekatan lebih telus dan profesional dalam usaha mengembalikan keyakinan rakyat terhadapnya. Menuirut beliau, suruhanjaya ini perlu meningkatkan lagi imejnya sebagai sebuah institusi yang bukan saja dihormati malah digeruni
Pas bersimpati dengan kesungguhan pegawai SPRM yang bersungguh-sungguh melakukan penyiasatan yang dilaporkan kepada mereka. Mereka terpaksa meninggalkan keluarga untuk melakukan siasatan. Malangnya kuasa pendakwaan masih berada di tangan Peguam Negara. Manakala Peguam negara pula terikat dengan arahan yang lebih atas. Akhirnya kertas siasatan yang dibuat oleh SPRM berlalu begitu sahaja, akibatnya imej SPRM yang tercemar.
Pas tetap menegaskan, SPRM mesti menjadi satu badan yang wibawa seperti zaman almarhum Tan Sri Harun Hashim yang mengetuai Biro Pencegah Rasuah (BPR). Waktu itu BPR begitu wibawa dan digeruni, bukan sahaja oleh pegawai malahan oleh menteri. Almarhum pernah menceritakan bagaimana almarhum Tunku Abdul Rahman tidak campur tangan urusan penyiasatan oleh Biro Pencegah Rasuah walaupun melibatkan menteri atau orang kenamaan. Malahan Tuanku memesan kalau hendak tangkap orang besar biarlah beliau tidak ada di dalam negara, supaya anak isteri mereka tidak datang minta tolong kepadanya.
Pas tidak mahu melihat persepsi orang awam bahawa SPRM hanya menyiasat kes bilis, sedangkann ikan jerung terbolos. Rujukan kepada kes Beng Hock, melambangkan bagaimana gambaran masyarakat terhadap SPRM adalah pelindung kepada pemimpin yang menjadi penguasa. Rakyat masih tertanya-tanya bagaimana fail Rafidah Aziz yang sudah selesai disiasat, tetapi tidak pula kedengaran di bawa ke muka pengadilan.
Kewibaan SPRM tidak akan dikembalikan kalau sekadar dijenama semula nama daripada Badan Pencegah Rasuah.Nama tidak penting sangat, tetapi yang penting ialah pengisiannya dan pelaksanaanya. SPRM mesti menjadi badan yang benar-benar wibawa dan berikan kepadanya kuasaa untuk mendakwa dan tidak perlu berada di bawah dagu orang lain kalau ia hendak menjadi badan yang disegani dan digeruni. Pakatan Rakyat berazam sekira diberi mandat maka SPRM akan diletakkan di bawah Parlimen, dengan harapan, rasuah sebagai musuh negara dapat diperangi

DUN Galas: Penamaan calon 26 Okt, hari undi 4 Nov

Posted: 05 Oct 2010 09:17 PM PDT


PUTRAJAYA, 6 Okt — Pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Galas akan diadakan pada 4 November ini.
Penamaan calon pula dijadualkan pada 26 Oktober.
Tarikh-tarikh pilihan raya kecil ke-12 ini diumumkan oleh Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar di sini sebentar tadi.

Tiada ulasan: