Jumaat, 15 Oktober 2010

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Pemilihan 2010: Hasrat Nurul Izzah Bertanding Bagi Jawatan Timbalan Presiden Buatkan Calon-Calon Lainnya Kini Bagaikan Cacing Kepanasan !!

Posted: 15 Oct 2010 01:14 AM PDT

Bahang pemilihan PKR semakin panas dan kian terasa, apatah lagi esok (16 Oktober) ialah hari pencalonan bagi kesemua calon yang menawarkan diri. Masing-masing kini sedang mencongak siapakah pemimpin yang benar-benar akan menawarkan diri, atau menarik diri di saat-saat akhir. Pertembungan yang paling panas sekarang ini ialah bagi kerusi jawatan Timbalan Presiden PKR. Apa tidaknya, sebelum ini pertembungan dijangka akan melibatkan empat pemimpin iaitu Azmin Ali, Zaid Ibrahim, Mustafa Kamil Ayub dan terbaru Tan Sri Khalid Ibrahim. Kini perebutan jawatan itu semakin dihangatkan lagi apabila anak Ketua Umum PKR iaitu Nurul Izzah juga telah layak untuk bertanding jawatan tersebut. Biarpun pada awalnya, dia tidak cukup syarat kerana hanya mendapat satu pencalonan sahaja. Namun, keputusan itu bertukar semalam dan Nurul kini boleh menawarkan diri secara terbuka untuk bertanding. Soalnya sekarang, jika Nurul masuk gelanggang sudah pasti ada calon lain yang akan ditendang?. Nurul mempunyai potensi berbanding dengan calon-calon lain. Tambahan pula beliau adalah Puteri Reformasi yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Presiden dan Ketua Umum parti. Jika Nurul bertanding, sudah pasti calon-calon lain bagaikan "cacing kepanasan" sebenarnya. Justeru itulah, pencalonan Nurul dipercayai telah disabotaj oleh pihak berkenaan. Kononnya untuk menggagalkan hasrat Ahli Parlimen Lembah Pantai itu. Kenapa Nurul begitu digeruni?. Kerana jika wajahnya dipaparkan pada borang pencalonan, sudah pasti ahli-ahli peringkat akar umbi lebih mengenali beliau daripada calon-calon lain. Itu belum ditambah lagi dengan sentimen kekeluargaan dengan Wan Azizah dan Anwar. Semua ini memainkan peranan yang menyebabkan calon-calon lain mula menggelabah dan gusar.

[Soalnya sekarang, apakah ahli PKR boleh menerima Nurul Izzah sedangkan mereka tahu beliau masih muda untuk berada di situ? Ada yang berkata, andai Nurul menjadi Timbalan Presiden PKR mereka khuatir parti itu akan statik dan tidak dapat berdaya maju. Ini kerana, mana mungkin Izzah berani menegur pucuk pimpinan parti jika ada sesuatu yang tidak kena satu hari nanti. Maknanya parti akan senantiasa mengikut telunjuk "tiga beranak" itu buat selamanya. Inilah yang amat ditakuti sebenarnya. Tambahan pula, jika Nurul Izzah menang jawatan itu bukankah ia akan menimbulkan fitnah yang lebih besar kepada parti bahawa Anwar mengamalkan "kronisme" untuk berkuasa. Semua ini harus difikirkan oleh semua pihak. Dalam masa yang sama, keupayaan Nurul Izzah juga tidak harus diperlekehkan. Beliau mungkin berjaya menggalas tanggungjawab itu dengan lebih cemerlang lagi. Tambahan pula mempunyai hubungan yang erat dengan pucuk pimpinan parti. Ini memudahkan untuk beliau meneruskan agenda perubahan kepada rakyat pada masa yang akan datang].

Kes Sosilawati: Musykil, Kenapa Begitu Cepat Dua Suspek Di Hukum, Sedangkan 'Ujian DNA' Semua Mangsa Terbabit Masih 'Belum Di Perolehi' Polis !!

Posted: 14 Oct 2010 11:39 PM PDT

BANTING, 15 Okt [2.39 pm] - Sesuatu yang sungguh mengejutkan, apabila mahkamah begitu cepat membuat keputusan terhadap dua suspek kes bunuh Jutawan Kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya. Bayangkan, semalam kesnya dibicara, dan hari ini mereka telah dijatuhkan hukuman. Dua suspek terbabit yang merupakan pekerja ladang dimana keempat-empat mangsa dipercayai dibunuh. Pekerja terbabit iaitu U. Suresh dan K. Sarawanan telah dihukum penjara tujuh tahun selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Telok Datok hari ini. Mereka dituduh menghapuskan mayat Datuk Sosilawati Lawiya; pemandunya, Kamaruddin Shamsudin; pegawai Bank CIMB, Noorhisham Mohammad; dan peguam Ahmad Kamil Abd. Karim dengan cara membakar mayat-mayat bagi mengelakkan tertuduh-tertuduh yang didakwa membunuh semua mangsa dikenakan tindakan undang-undang. Persoalannya sekarang, kenapa begitu cepat mereka dihukum, sedangkan ujian DNA mangsa masih belum diperolehi lagi oleh pihak polis. Maknanya, polis belum dapat mengesahkan secara klinikal bahawa kesemua mangsa adalah individu terbabit. Bukankah sesuatu yang agak mustahil, dua pekerja ladang itu dijatuhkan hukuman begitu cepat tanpa dibenarkan membela diri. malah, lebih menghairankan kita mereka juga dibicarakan tanpa Peguambela, sedangkan suspek utama kes mempunyai tiga penguambela. Kenapa dua pekerja ladang itu tidak diberi peluang dapatkan peguam untuk membela diri?. Semacam ada "satu adengan yang tidak dingini" telah berlaku terhadap kes ini.

[Kemusyikalan ini ditimbulkan berdasarkan kepada satu kes terdahulu, dimana Mahkamah Tinggi Seremban telah menolak pengakuan bersalah Rasidi Ismail (foto), atas tuduhan membunuh empat ahli keluarganya di Kampung Batang Rokan, Gemencheh, awal Januari lalu. Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ahmad Nasfy Yasin, membuat keputusan itu kerana tertuduh membuat pengakuan tanpa mendapat khidmat nasihat peguam. Sementara itu Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin, berkata tiada akta yang boleh menghalang tertuduh mengaku bersalah, namun masih perlu mendapatkan nasihat dan khidmat peguam mengikut Artikel 5(3) Perlembagaan Persekutuan. Persoalannya, kenapa dalam kes ini dua pekerja ladang terbabit terus dijatuhkan hukuman tanpa mengarahkan mereka mendapat khidmat peguam?. Bukankah ada sesuatu yang tidak kena sebenarnya. Apa bezanya orang yang membunuh dengan hanya mengapuskan bukti?. Inilah yang memusykilkan kita sekarang. Apakah kes ini juga akan menjadi seperti kes pembunuhan wanita Monggolia Altantunya Shaariibu, Norrita Samsuddin dan lain-lain lagi].

Kontroversi: SPR Ternyata Semakin Merapu Bila Tetapkan Pilihan Raya Kecil Parlimen Batu Sapi Di Adakan Serentak Dengan PRK Di DUN Galas !!

Posted: 14 Oct 2010 08:59 PM PDT

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akhirnya mengesahkan bahawa mereka menjalankan tugas berdasarkan kehendak dan amanat yang telah diberikan oleh pemimpin UMNO BN sebenarnya. Apa tidaknya, sebelum ini mereka beriya-iya menafikan dan mengatakan bahawa Pilihanraya Kecil Parlimen Batu Sapi Sabah tidak mungkin di adakan serentak dengan Pilihan Raya Kecil DUN Galas di Kelantan. Namun, hari ini Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusoff (foto) mengumumkan arikh pilihan raya kecil parlimen Batu Sapi di Sabah akan diadakan serentak dengan pilihan raya kecil dewan undangan negeri Galas iaitu pada 4 November ini. Manakala tarikh penamaan calon juga diadakan pada hari yang sama, iaitu 26 Oktober. Keputusan itu dibuat selepas SPR bermesyuarat pagi ini, katanya dalam satu sidang akhbar di Putrajaya. Menurutnya, daftar pemilih yang digunakan adalah Daftar Pemilih Induk 2009 dan digabungkan bersama dengan daftar pemilih suku tahun pertama dan kedua tahun ini yang dikemaskini pada 9 Oktober lalu. "Sebanyak 45 saluran akan dibuka manakala 405 petugas telah dilantik bagi mengendalikan perjalanan pilihan raya ini," kata Abdul Aziz. Kerusi Batu Sapi kosong berikutan kematian penyandangnya, Edmund Chong Ket Wah dari Parti Bersatu Sabah yang terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Kota Kinabalu, 9 Oktober lalu. Mendiang menduduki kerusi itu sejak pilihan raya umum 2004 apabila memenanginya tanpa sebarang saingan. Pada pilihan raya 2008, beliau mengekalkan kerusinya dengan mudah apabila menumpaskan calon Bebas, Chung Kwong Wing dengan majoriti 3,708 undi. Chong memperoleh 9,479 undi manakala Chung pula mendapat 5,771.

[Tindakan Aziz Yusof SPR ini jelas sekali sengaja mahu menyakitkan hati rakyat. Mereka ternayat terpaksa tunduk dan akur kepada arahan pihak atasan (UMNO) dalam usaha untuk memastikan Batu Sapi tidak jatuh ke tangan pembangkang. Mereka sanggup memecahkan petugas kedua-dua pihak untuk menggempur kedua-dua pilihanraya itu nanti. Tindakan ini adalah tidak wajar dan amat keterlaluan. Tambahan pula, mereka sendiri mengaku tidak mungkin pilihanraya kecil itu diadakan serentak sebenarnya. Apa yang pasti, tindakan SPR ini tentu akan membuatkan rakyat lebih benci kepada UMNO BN. Maka itu, kita amatlah berharap agar rakyat membuat keputusan bijak untuk menolak mereka dalam kedua-dua pilihanraya kecil ini nanti. Ia sebagai penanda aras untuk Pakatan Rakyat menakluki Putrajaya dalam Pilihanraya Umum ke-13].

Memalukan: Felda Paksa Para Peneroka Agar Beli Majalah ICT Jelas Serta Peralatkan Abang Mazlan Aliman Menghasut Mereka Kononnya Dia Sesat !!

Posted: 14 Oct 2010 08:02 AM PDT

Sikap pengurusan pejabat Felda mempergunakan apa saja alat bagi membendung kesedaran peneroka amatlah tidak wajar dan jelek sekali. Ini hanya mempertontonkan kepada umum bahawa agensi tersebut mulai goyah, dihambat keserabutan dan mulai hilang arah apabila peneroka bangkit menuntut hak dan keadilan mereka. Terbaru, melalui majalah terbitan Felda ICT JELAS Bil: 4/2010 yang dipaksa peneroka membayarnya, dimainkan pelbagai isu yang jelas mendoktrinkan fahaman UMNO untuk disumbat ke dalam otak peneroka. Majalah yang sepatutnya mendedahkan kejayaan peneroka atau mendedahkan perkembangan teknologi baru dunia pertanian, sebaliknya digunakan untuk menyerang pejuang isu-isu Felda. Di muka surat 14 majalah tersebut, dibuat temuramah dengan abang Presiden Anak Mazlan Aliman, Tuan Haji Abd. Rahim Aliman untuk menggambarkan bahawa perjuangan Mazlan adalah sesat sehingga menyeru adiknya kembali ke pangkal jalan. Beliau juga menghasut peneroka supaya menyerahkan pengurusan ladang peneroka kepada Felda. Sebenarnya amat tidak bagus mempergunakan senjata 'kaitan persaudaraan' seperti itu kerana boleh mengundang perbalahan keluarga. Kenapa tidak digunakan cara lain untuk meyakinkan peneroka? Klik selamatkanpahang untuk info selanjutnya.

[Apa yang terjadi ini membuktikan Felda kini semakin terdesak untuk menyakinkan rakyat kononnya agensi itu betul. Padahal duit peneroka RM17,000 yang dicarum sejak sekian lama mereka tidak memulangkannya. Berbagai alasan pula diberikan oleh Menteri Felda Si Ahmad Maslan tentang hal itu. Bukankan duit tersebut adalah potongan bulanan yang dibuat dari hasil titik peluh peneroka sejak sekian lama. Maka, ikut merekalah mahu digunakan duit itu untuk apa. Kenapa harus dibebankan peneroka dengan siksaan lain?. Paling mengharukan, bukan sahaja ahli Pakatan Rakyat yang bermasalah malahan puak-puak UMNO itu sendiri pun sama. Ini berlaku di mana-mana, namun Felda masih tidak mahu insaf-insaf lagi. Akhirnya mereka tergamak gunakan abang Mazalan Aliman pula untuk memujuk peneroka. Kasihan benar melihat keletah Felda dan puak-puak UMNO ini sebenarnya. Semoga peneroka Felda akan membuat perubahan besar dalam pilihanraya umum akan datang].

Tiada ulasan: