Rabu, 13 Oktober 2010

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Panas: Gelaran "Datuk" Di Tarik Balik Oleh Istana Kelantan, Benarkah Si Ibrahim Ali Tidak Terkilan Dengan Tindakan Sultan Kelantan Itu Gamaknya!

Posted: 13 Oct 2010 03:34 AM PDT

Sungguh mengejutkan tatkala mendapat berita, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali (foto), ditarik balik gelarannya itu oleh Istana Kelantan hari ini. Kes ini mengingatkan kita kepada kes Datuk Chua Jui Meng yang juga ditarik gelarannya oleh Istana Johor sebelum ini. Ibrahim bagaimana pun tidak kecewa berhubung keputusan Istana Kelantan menarik balik anugerah gelaran Darjah Jiwa Mahkota Kelantan (DJMK) yang membawa gelaran Datuk Paduka daripadanya, sebaliknya menyifatkan tindakan berkenaan sebagai perkara kecil. Menurut Ibrahim, sebagai rakyat yang taat kepada raja, beliau akur dengan keputusan berkenaan serta akan terus memberikan kesetiaan kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V. "Pada saya tak ada hal langsung, saya tak rasa kecewa atau dukacita kerana saya seorang pejuang dan kalau dilihat kepada perjuangan saya pun, saya konsisten mempertahankan institusi Diraja yang terkandung dalam Perlembagaan negara. "Jadi ketaatsetiaan saya kepada sultan baru ini juga tidak berbelah-bahagi. saya akan tetap taat, saya akur dan akan terus petahankan... soal darjah ini perkara kecil bagi saya," katanya ketika ditemui media hari ini. Ibrahim merupakan antara empat individu yang dilucutkan anugerah kebesaran tersebut.

Ibrahim Ali Sinis Tindakan Sultan Kelantan Itu

Mengumumkan perkara tersebut di Kota Baru, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd. Aiseri Alias berkata, baginda Sultan Kelantan menarik balik semua darjah kebesaran termasuk gelaran Datuk Paduka daripada Ibrahim dan Seri Paduka Setia Mahkota Kelantan (SPSK) yang dianugerahkan kepada bekas Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Wan Hashim Wan Daud berkuat kuasa hari ini. Sebelum ini baginda turut melucutkan gelaran `Temenggong' daripada adinda baginda, Tengku Muhammad Fakhry Petra. Selain pernah menerima anugerah daripada Kelantan, Ibrahim juga turut dianugerahkan gelaran Datuk Paduka Mahkota Selangor dan Darjah Mulia Seri Mahkota daripada Melaka. Ibrahim berkata beliau tidak terkejut dengan keputusan berkenaan dan menyifatkan tindakan itu sebagai trend di Kelantan. "Saya tidak terkejut, ini trend yang berlaku di Kelantan sekarang," katanya. Ibrahim juga berkata beliau masih belum menerima surat rasmi berhubung perkara itu. Ditanya sama ada penarikan anugerah itu ada kaitan dengan kelantangannya membela nasib orang Melayu melalui Perkasa, beliau berkata: "Saya tak tahu sebab anugerah itu ditarik balik. "Tapi kalau Perkasa, saya patut diberi anugerah yang lebih tinggi sebab kami pertahankan Perlembagaan negara dan institusi Diraja." katanya.

[Apakah benar Ibrahim Ali tidak kecewa, terkejut atau terkilan dengan tindakan Sultan Kelantan ini gamaknya?. Bukankah beliau seorang manusia yang amat pentingkan resputasi. Maka, penarikan balik gelaran tersebut boleh mencemarkan nama baiknya di negeri Kelantan. Namun, tindakan beliau memperli dan sinis atas tindakan Sultan itu seolah-olah merupakan satu penghinaan terhadap raja. Kenyataan kononnya tindakan Sultan Kelantan itu adalah "trend" di negeri tersebut membawa makna dia menganggap bahawa apa yang berlaku itu adalah "dengan nasihat" Kerajaan Negeri pimpinan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat. Maknanya "memang trend" membawa erti bahawa memang trend PAS Kelantan akan memujuk tuanku untuk berbuat sesuatu yang tidak sepatutnya. Jika ia dikatakan trend di Kelantan, kenapa sebelum ini berlaku di Negeri Johor Darul Takzim. Bukankah ini jelas satu sinis tajam yang dibuat oleh Ibrahim Ali terhadap Sultan Kelantan itu sebenarnya. Cuma minta Ibrahim Ali memperhalusi apa yang dikatakan "trend" itu. Sudah pasti beliau akan berdolak dalih nanti].

Kontroversi: Sah, Dakwaan Ada 215 Ahli PKR Paya Besar Keluar Parti Adalah 'Bohong' Semata-Mata, UMNO Terbukti Menipu Untuk Hadapi PRK Galas!

Posted: 13 Oct 2010 01:44 AM PDT


KUANTAN, 13 Okt [4.00 pm] - Laporan mengenai 215 orang ahli PKR cabang Paya Besar keluar parti dan menyertai UMNO semalam, terbukti hanyalah satu pembohongan semata-mata. Demikian diperjelaskan oleh Dato' Fauzi Abdul Rahman (foto) dalam sidang media di kediamannya padi tadi. Malah, katanya salah seorang ahli PKR yang dikatakan menyertai UMNO itu juga turut hadir dalam sidang media hari ini. Tambah mengejutkan individu yang dikatakan ahli PKR itu sebenarnya adalah ahli UMNO cawangan terbabit. "Beliau dengan jujur dan beraninya mengaku bahawa dia telah ditipu untuk hadir dalam majlis yang diadakan oleh Ketua UMNO Bahagian Paya Besar, Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman itu. Hari ini dia dengan ikhlas hati sanggup datang ke rumah saya untuk menyatakan kebenaran. Malah beliau turut mengaku yang dia bukanlah ahli PKR tetapi ahli UMNO. Semua yang berlaku hanyalah satu penipuan semata-mata bagi menjatuhkan maruah PKR di mata rakyat Tambahan pula menjelangnya kempen Pilihanraya Kecil DUN Galas tidak lama lagi. Semua ini adalah strategi mereka sebenarnya ", katan Dato' Fauzi. Persoalannya sekarang, kenapa pemimpin UMNO berkenaan sanggup menipu rakyat dengan membuat satu sidang media yang kononnya ranting PKR di cabang berkenaan seolah-olah sudah lumpuh.


Sidang media dihadiri hampir kesemua media arus perdana pagi tadi

"Saya hairan dengan sikap Ketua UMNO Bahagian Paya Besar itu yang tergamak mencari publisiti murahan dengan berita palsu dan pembohongan ini. Malah, saya juga mencabar beliau menunjukkan bukti bahawa 215 orang ahli PKR yang telah keluar parti. Apa yang saya tahu, hanya seorang sahaja ahli yang keluar akibat kecewa kerana tidak dipilih ke jawatankuasa cabang baru-baru ini. Itu pun ketika saya hubungi dia, individu terbabit masing menyokong PKR cuma berminat untuk bertukar ke cabang Kuala Krau selepas ini. Jika dakwaan Tajuddin benar, sila kemukakan bukti dakwaan itu dan jangan cuba untuk berbohong kepada rakyat", katanya.

Kami Memang Ahli UMNO Dan Bukannya PKR

Sementara itu, salah seorang saksi utama "sandiwara keluar parti" berkenaan, iaitu Ahmad Abdul Rahman, 62, (foto) mengesahkan bahawa apa yang diwar-warkan oleh media itu adalah satu penipuan dan pembohongan yang nyata. "Kami sememangnya adalah ahli UMNO Paya Besar dan bukannya ahli PKR seperti yang dihebohkan. Saya tertipu dipanggil menghadiri majlis berkenaan. Saya dapati hanya ada lima ahli yang dipanggil ketika itu, kesemuanyaa adalah ahli UMNO cawangan Lepar Utara 1. Kami yang tidak tahu apa-apa disuruh berlakon seolah-olah ahli PKR. Malah, kesemua yang ada di dalam sidang media berkenaan ialah pemimpin UMNO termasuk Ketua Bahagian, Ketua Pemuda Bahagian, Pegawai JASA dan ada juga pemimpin UMNO dari cawangan lain yang turut dipanggil bagi meramaikannya. Saya tertipu dengan sikap pemimpin terbabit. Justeru itulah saya tampil di sidang media Dato' Fauzi untuk menyatakan kebenaran pagi ini", kata Ahmad.


Keratan Sinar Harian (13 Okt), wajah Ahmad duduk di barisan belakang

Ahmad juga hairan dengan apa yang berlaku. "Saya tidak nampak pun 215 ahli PKR yang dikatakan keluar parti itu. Apa yang ada hanyala borang UMNO (kosong) yang ditayangkan kepada media bagi menunjukkan seolah-olah ia berlaku. Hakikatnya tidak ada. Malah, ketua kumpulan terbabit (Rahim) sendiri akan takut dan gusar apabila diberitahu PKR akan menyaman beliau atas kenyataan palsu yang dikeluarkan itu. Dia kini amatlah takut dan saya mengesyaki seperti dia telah pun dipaksa untuk membuat kenyataan tersebut", kata Ahmad lagi.

Datuk Tajuddin Gusar PKR Terus Dapat Sokongan

Bagi Ketua PKR Cabang Paya Besar, Hj.Zahari Mamat (foto) berkata tindakan bodoh yang dibuat oleh Ketua UMNO Bahagian (Ahmad Tajuddin) ini jelas sekali membuktikan dia kian terdesak untuk mempengaruhi rakyat sebenarnya. "Jika dulu PKR langsung tidak berupaya berhadapan dengan UMNO kerana tidak banyak ranting (cawangan) yang ditubuhkan di tanah rancangan Felda sekitar Parlimen Paya Besar. Tetapi, kini semuanya sudah berubah malah jumlah keahlian PKR Paya Besar kini meningkat dari hari ke hari. Hampir semua tanah rancangan Felda telah berjaya kami tembusi dengan penubuhan ranting-ranting baru. Ini menggugatkan pengaruh UMNO", katanya. Hj.Zahari turut menjelaskan bahawa tindakan Ahmad Tajuddin itu adalah untuk "mengipas" kepimpinan UMNO Pahang terutamanya Menteri Besar, Dato' Sri Adnan Yaakob agar mencalonkan beliau semula bertanding dalam PRU-13 nanti. "Namanya sudah tenggelam akibat krisis dengan MB dulu. Kini dia sedaya upaya mahu membuktikan bahawa dia boleh buat kerja dan seorang pemimpin yang hebat. Sebenarnya, UMNO Paya Besar sendiri telah berpecah dua. Satunya "Team Manan" iaitu Ahli Parlimen dan team beliau Ketua Bahagian. Sebab itu kita tidak hairan dalam sidang media yang diadakan tidak ada seorang pun kempimpinan tertinggi UMNO Bahagian yang hadir melainkan proksinya Ketua Pemuda. Kesemua mereka sebenarnya tidak suka kepada cara kepimpinan Tajuddin sejak dulu lagi", katanya lagi.

Beri Pakatan Memerintah Jika Mahu Perubahan


Sementara itu Naib Ketua PKR Cabang Paya Besar, Arman Arshad (foto) pula menegaskan bahawa susulan tindakan UMNO itu maka dijangkakan lebih ramai penyokong mereka akan sertai PKR dalam masa terdekat ini. Rakyat katanya sudah mula muak dengan pembohongan yang dilakukan UMNO setiap kali menjelangnya sesuatu pilihanraya itu. "Ada ahli yang kata PKR tidak lakukan apa-apa untuk mereka, tiada perubahan yang dibuat dan sebagainya. Saya ingin jelaskan bahawa jika rakyat mahu melihat perubahan besar di negeri Pahang maka berikan kepercayaan untuk memilih Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Umum akan datang. Pasti kami akan membuktinya dengan tindakan dan bukan sekadar kata-kata. UMNO Pahang perlu sedar bahawa mereka memang telah gagal untuk mentadbir negeri ini dengan baik. Hutang negeri semakin meningkat dan bajet defisit senantiasa dipersembahkan kepada rakyat sejak sekian lama. Justeru itu, untuk melihat perubahan di negeri Pahang maka rakyat perlu berkorban dan menolak UMNO BN selepas ini", katanya. "Hari ini juga kita menerima lebih 200 borang keahlian PKR baru daripada cabang Paya Besar. Maknanya UMNO yang semakin ditolak rakyat sebenarnya", kata Arman.

Pahang Kaya Tapi UMNO Banyak Menyeleweng

Dato' Fauzi turut berjanji bahawa pendapatan negeri akan meningkat kepada 1 billion ringgit dalam tempoh beberapa tahun sekiranya Pakatan Rakyat memerintah. "Kita ada cara untuk menjana pendapatan dan mengelak dari berlakunya ketirisan seperti yang diamalkan oleh UMNO BN sekarang. Pahang adalah sebuah negeri yang kaya, namun Kerajaan Negeri gagal menjana pendapatan yang sepatutnya kerana masalah rasuah, penyelewengan, penipuan dan kegagalan untuk mentadbir dengan baik seperti yang diamalkan di negeri Pakatan Rakyat", Kata Dato' Fauzi lagi. Dalam majlis berkenaan juga lebih 200 borang ahli baru PKR Cabang Paya Besar telah diserahkan kepada Dato' Fauzi oleh Hj. Zahari. Malah beliau secara sini meminta semua wartawan yang hadir untuk menyemak sendiri kesahihan borang-borang berkenaan. Beliau juga turut berseloroh dengan mengatakan andainya dia jadi Menteri Penerangan, maka semua wartawan akan dinaikkan gaji.


Lebih 200 borang keahlian baru untuk menyertai PKR telah diterima

Hampir kesemua wartawan media arus perdana telah hadir dalam Sidang Media terbabit termasuk Berita Harian, The Star, New Straits Times, Utusan Malaysia, Sinar Harian, Harian Metro, RTM, TV3, Astro Awani, Chine Press, Sin Chew Daily dan lain-lain lagi. Persoalannya, apakah laporan dan berita ini akan disiarkan oleh media-media terbabit apabila dihantar oleh wartawan berkenaan ke ibu pejabat media masing-masing agaknya. Apapun, syabas kepada semua wartawan.

[Tindakan Datuk Ahmad Tajuddin (foto) ini ibarat "menjolok sarang tebuan", kerana pemimpin PKR sebenarnya banyak menyimpan fail sulit beliau terutamanya isu tanah UMNO di Paya Rambutan dalam Bahagian Paya Besar. Makanya Tajuddin wajar memohon maaf secara terbuka atas tindakan beliau yang cukup memalukan ini. Wajarkah seseorang pemimpin berbohong kepada rakyat sedangkan hakikatnya "jauh panggang dari api". Malah, PKR cabang itu juga ada berjanji untuk memastikan parlimen Paya Besar jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum akan datang. Tajuddin juga harus ingat bahawa dialah "Tali Barut" yang banyak membocorkan rahsia Kerajaan Negeri Pahang, UMNO Pahang dan Felda selama ini. Banyak fail-fail yang telah diberikan kepada pemimpin pembangkang untuk diketengahkan. Maknanya UMNO Pahang tidak wajar menyimpan orang seperti Tajuddin ini. Malah, beliau juga pernah beberapa kali berjumpa dengan pimpinan tertinggi PKR Pahang kononnya berhasrat untuk menyertai PKR ketika itu. Kini banyak fail-fail Tajuddin bakal dilondehkan satu persatu akibat keceluparan beliau itu].

Panas: Isu Ahli PKR Keluar Parti Di Pahang, Satu Sidang Media Bakal Diadakan Di Kediaman Dato' Fauzi Abdul Rahman Pada Pukul 11.00 Pagi Ini !!

Posted: 12 Oct 2010 07:30 PM PDT

KUANTAN, 13 Okt [10.10 am] - Susulan laporan media berkenaan insiden 215 orang ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ranting Lepar Utara di Cabang Paya Besar keluar parti semalam, maka satu sidang media akan dibuat oleh Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Pahang, Dato' Fauzi Abdul Rahman (foto) hari ini. Sidang media dijangka akan diadakan di kediamannya jam 11.00 pagi ini. "Saya merasa terpanggil dan bertanggungjawab untuk menerangkan situasi sebenar perkara ini. Walau bagaimana pun PKR Pahang tidak sedikit pun gusar dengan insiden tersebut kerana ia hanyalah satu pembohongan semata-mata. Malah, jumlah ahli yang keluar parti juga turut meragukan dari jumlah sebenar ahli di ranting tersebut. Itu belum termasuk penipuan yang dibuat oleh ketua kumpulan terbabit yang kononnya ahli PKR. Padahal beliau adalah ahli UMNO dan namanya tidak ada langsung dalam senarai ahli PKR di cabang itu", kata Dato' Fauzi.


Penipuan, ahli PKR masuk UMNO atau ahli UMNO yang masuk UMNO ?

Ramainya ahli PKR keluar parti, termasuk si pegawai JASA (baju biru)
"Sebenarnya, isu ini sengaja dimainkan oleh Ketua UMNO Bahagian Paya Besar, Ahmad Tajuddin Sulaiman kerana beliau gusar dengan sokongan dan penerimaan rakyat terhadap PKR kini semakin meningkat di cabang itu. Malah, Cabang Paya Besar yang dipimpin oleh bekas orang kanan beliau ketika dalam UMNO dulu iaitu Hj.Zahari Mamat, merupakan antara cabang yang paling aktif di negeri Pahang. Malah, saya difahamkan ramai lagi ahli UMNO dan atas pagar yang akan sertai PKR dalam masa terdekat ini sebenarnya. Inilah yang menakutkan Ketua UMNO terbabit, lantaran itulah beliau menggunakan isu ini untuk melemahkan dan menjatuhkan imej PKR di cabang itu dan negeri Pahang khasnya", kata beliau. Dalam kenyataannya juga Dato' Fauzi menegaskan yang beliau langsung tidak hairan dengan tindakan Ahmad Tajuddin itu. Katanya, pemimpimn UMNO itu adalah penyokong kuat Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li). "Semasa pemilihan UMNO sebelum ini, Tajuddin adalah antara pemimpin yang cuba mengangkat Ku Li untuk bertanding bagi jawatan Presiden UMNO. Beliau telah membawa Ku Li untuk berceramah di Paya Besar (Lepar Utara), namun telah dihalang oleh Najib ketika itu. Akhirnya program telah dipindahkan ke Temerloh", Kata Dato' Fauzi lagi.

[Dengan maklumat ini, maka benarlah kenyataan kami yang terdahulu bahawa Ketua UMNO Bahagian Paya Besar (Ahmad Tajuddin) membuat tindakan bodoh ini bagi tujuan untuk mengampu dan membantu kroninya iaitu Tengkua Razaleigh Hamzah (Ku Li) yang baru saja dilantik sebagai Pengarah Pilihanraya BN di Pilihanraya Kecil DUN Galas tidak lama lagi. Ahmad Tajuddin sengaja mahu menunjukkan kepada rakyat kononnya PKR (Pakatan Rakyat) kini mula ditolak oleh penyokong mereka. Tindakan ini kononnya atas arah Ku Li, demi agenda mereka untuk merampas DUN Galas daripada PAS dalam pilihanraya kecil itu nanti. Tindakan Tajuddin ini memang telah dihidu sebenarnya. Oleh itu, usahlah beliau cuba untuk menjadi juara menarik ahli UMNO dari kalangan penyokong Pakatan Rakyat. Jika pemulangan duit ehsan di Pulau Pinang pun Ketua UMNO Bahagian boleh berlakon sebagai warrga emas, maka apatah lagi dengan isu yang dimainkan oleh Tajuddin ini. Kemungkinan besar, jumlah yang dinyatakan itu langsung tidak wujud. Atau kesemua yang terbabit adalah ahli UMNO yang masuk UMNO sebenarnya. Justeru itu, semua wartawan dan media dijemput hadir ke rumah Dato' Fauzi di Indera Mahkota Kuantan untuk sidang media berkenaan kes ini nanti].

Tragedi: Kegagalan Pihak Polis ( FRU ) Bertindak Pantas, Menjadi Punca Penyokong Kelantan Mati Akibat Kekecohan Di Luar Stadium Malam Tadi !!

Posted: 12 Oct 2010 06:27 PM PDT

KUALA LUMPUR, 13 Okt [9.35 am] - Juara sebanyak 32 kali, Selangor bukan saja gagal mencari bekalan selesa dalam aksi suku akhir pertama Piala Malaysia semalam, malah saingan di Stadium Shah Alam turut dicemari pergaduhan di antara penyokong Merah Kuning dan Kelantan. Kekecohan yang dicetuskan penonton kedua-dua pasukan, selain pesta bunga api dari tempat duduk penonton mengganggu kerancakan perlawanan. Paling mengejutkan, belum pernah terjadi dalam sejarah Malaysia kekecohan bolasepak hingga membawa kepada kematian. Namun ia berlaku dalam perlawanan semalam. Anehnya, media arus perdana tidak melaporkan perkara yang sebenarnya dan hanya mengatakan penyokong terbabit meninggal kerana sesak nafas. Apakah yang mahu disembunyikan agaknya. Difahamkan, seorang penyokong Kelantan telah meninggal dunia akaibat serangan daripada penyokong Selangor selepas perlawanan. Lihat bukti disini, atau disini kepalanya berdarah akibat dipukul ketika kekecohan yang berlaku semasa dan selepas perlawanan.

Polis Lambat Bertindak Jadi Punca Pergaduhan

"Tindakan polis yang terlalu berlembut menangani serangan hendap dengan batu-bata penyokong Selangor kepada penyokong Kelantan juga amat dikesali kerana ramai penyokong Kelantan percaya sekiranya berlaku serangan seperti gambar diatas oleh penyokong Kelantan sudah pasti ramai yang ditangkap atau dibelasah dengan belatan. Itulah tindakan yang sentiasa dikenakan kepada Kelantan. Petugas media terlalu cepat mensensasikan berita penyokong Kelantan tetapi menutup sebelah mata sekiranya sesuatu perkara dimulakan penyokong Selangor. Walhal mereka dapat melihat dengan jelas rempuhan penyokong Selangor yang mengamuk merempuh anggota rela untuk menyerang penyokong Kelantan yang sememangnya dihadang oleh pagar.", kata seorang penyokong Kelantan. "Apakah begitu hina dan jijik penyokong Kelantan yang sentiasa diburukkan walaupun 1 kematian telah berlaku akibat dipukul ganas penyokong Selangor. Keganasan penyokong Kelantan tidak pernah melibatkan kematian tetapi hal ini berlaku di kalangan penyokong Selangor. Mengapa media boleh menutup kes keganasan penyokong seperti ini? Adakah kerana kematian ini berlaku pada penyokong Kelantan?", kata seorang lagi penyokong.

"Perkara ini dibangkitkan bukan untuk memanaskan suasana dan perasaan penyokong tetapi kami penyokong Kelantan mengharap satu laporan dan hukuman yang adil oleh semua pihak. Kes kematian ini dianggap serius dan lebih menyayat hati ianya dipandang sepi oleh media dan pihak berkuasa. Kami juga menyokong segala tindakan polis kepada penyokong kami yang ganas tetapi biarlah adil. FAM perlu memandang serius perkara ini dan tidak hanya mengenakan hukuman yang berat sebelah sahaja. KAFA sentiasa mengutuk sebarang kesalahan yang melanggar undang-undang. Terima kasih diatas sokongan tidak berbelah bahagi penyokong The Red Warriors. Jumpa di Kota Bharu nanti, kami akan pastikan separuh akhir milik pasukan Kelantan. InsyaAllah", katanya.

FRU Lebih Minat Gempur Ceramah Pembangkang

Difahamkan pergaduhan telah bermula sejak awal lagi dengan letupan mercun daripada kedua-dua penyokong. Aksi semakin panas ketika waktu rehat dan ia memuncak selepas perlawanan berakhir. Pergaduhan dan tumbuk-menumbuk antara kedua-dua penyokong melarat keluat stadium selepas tamat berlawanan. Banyak kenderaaan yang dirosakkan dan tidak kurang juga yang tercedera akibat keganasan tersebut. Rakyat amat kecewa melihat apa yang berlaku. Ke mana perginya Polis Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU)?. Kenapa jumlahnya kecil sedangkan jumlah kedua-dua penyokong begitu ramai. Jika FRU sanggup menyerang dan merempoh majlis-majlis rakyat yang diadakan oleh parti pembangkang, kenapa mereka tidak melakukan perkara yang sama terhadap mana-mana penyokong yang bertindak ganas. Tragedi hingga menyebabkan kematian ini sengaja dirahsiakan oleh media bagi menjaga nama baik FAM dan maruah bola sepak di negara kita. FRU pula ternyata gagal memainkan peranan dengan baik untuk mengawal apa yang berlaku. Ini mungkin kerana mereka lebih gemar menjaga ceramah pembangkang daripada melaksanakan tanggung jawab sebenar mereka itu.

[Kejadian berlaku dikatakan akibat kesilapan pengurusan stadium menyusun kedudukan penyokong. Tindakan polis yang terlalu berlembut menangani serangan hendap dengan batu-bata penyokong Selangor kepada penyokong Kelantan juga amat dikesali kerana ramai penyokong Kelantan percaya sekiranya berlaku serangan seperti gambar diatas oleh penyokong Kelantan sudah pasti ramai yang ditangkap atau dibelasah dengan belatan. Itulah tindakan yang sentiasa dikenakan kepada Kelantan. Petugas media terlalu cepat mensensasikan berita penyokong Kelantan tetapi menutup sebelah mata sekiranya sesuatu perkara dimulakan penyokong Selangor. Walhal mereka dapat melihat dengan jelas rempuhan penyokong Selangor yang mengamuk merempuh anggota rela untuk menyerang penyokong Kelantan yang sememangnya dihadang oleh pagar. Media mengatakan penyokong terbabit mati akibat sesak nafas. Namun berdasarkan kepada fakta dan keadaan pendarahan pada kepala mangsa, ia jelas berpunca dari pergaduhan dan bukan sekadar hanya sesak nafas semata-mata].

Tiada ulasan: