Muslimeen United |
- Adik Perempuan Teoh Beng Hock Ditahan, Undi Masyarakat Cina Akan Pergi Ke PAS
- Gambar-Gambar Menggerunkan Dari Sabah!
- Piala Malaysia: Hadiah sempena 20 tahun Kerajaan PAS
- 70% - 80% CINA SEMENANJUNG SOKONG PAKATAN RAKYAT
- MBMB ZALIM ROBOHKAN PAPANTANDA PUSAT ADUAN RAKYAT
- Kelantan 2 NS 1 - Tercapai Hasrat Pemain Hadiahkan Kemenangan Buat Sultan Muhammad Ke V
- UMNGOK BERJANJI LAGI..NAK BUAT JAMBATAN KAT GUA MUSANG PULAK
- Panasss...Polis Ambilalih Tugas Naib Canselor Universiti Di Galas..!!
| Adik Perempuan Teoh Beng Hock Ditahan, Undi Masyarakat Cina Akan Pergi Ke PAS Posted: 31 Oct 2010 02:59 AM PDT
Adik Teoh Beng Hock ditahan di GalasPihak polis menahan adik perempuan Teoh Beng Hock atas dakwaan terlibat dalam kempen pilihan raya kecil di Galas. Supt Maszely Minhad daripada ibu pejabat polis daerah (IPD) Gua Musang dan beberapa pegawainya menahan Lee Lan dan tiga lagi anggota kumpulan 'Malaysians for Beng Hock' di Kampung Baru Gua Musang. Kumpulan itu, yang tiba di Galas semalam bagi "mencari keadilan" atas kematian Teoh - pembantu kepada seorang pemimpin DAP - dipercayai mengedarkan risalah berhubung kes mangsa kematian dalam tahanan polis tengah hari tadi. Malam semalam dilaporkan abang ipar Teoh Beng Hock mendakwa dirinya diserang ketika cuba mendekati Timbalan Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat, di satu majlis di Gua Musang, Kelantan.Soh Cher Hai, mendakwa dia ditolak dengan kasar dipercayai oleh ahli MCA sehingga terjatuh, apabila timbalan menteri itu enggan menemuinya untuk menyatakan sesuatu. Cher Hai membuat laporan di IPD Gua Musang. Tindakan-tindakan melampau tersebut dilihat akan memberikan impak negatif kepada BN di mana simpati masyarakat Cina terhadap mereka ekoran kekejaman polis itu akan menambahkan undi calon PAS di Galas. |
| Gambar-Gambar Menggerunkan Dari Sabah! Posted: 31 Oct 2010 01:39 AM PDT |
| Piala Malaysia: Hadiah sempena 20 tahun Kerajaan PAS Posted: 31 Oct 2010 12:44 AM PDT KUALA LUMPUR, 31 Okt: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang merakamkan ucapan tahniah kepada pasukan bola sepak Kelantan yang memenangi Piala Malaysia 2010 malam tadi. Ustaz Hadi berkata, kemenangan itu merupakan hadiah kepada rakyat Kelantan sempena 20 tahun pemerintahan Islam di negeri itu. "Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada rakyat Kelantan kerana telah menjuarai Piala Malaysia 2010. "Jadikanlah ia sebagai hadiah sempena perayaan 20 tahun Kelantan Membangun Bersama Islam," tulis beliau di laman sosial facebooknya pagi tadi. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada pasukan Negeri Sembilan yang telah menunjukkan permainan yang cemerlang dan semangat berpasukan sepanjang perlawanan berlangsung. "Syabas untuk Negeri Sembilan yang bertungkus-lumus untuk mempertahankan kejuaraan," katanya lagi. Sementara itu, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar yang turut mengucapkan tahniah kepada The Red Warriors berharap kemenangan itu turut dibawa ke Galas dalam pilihan raya kecil (PRK) kali ini. "Tahniah kepada Kelantan juarai Piala Malaysia. Galas Piala Malaysia lepas ni Galas untuk PAS dan Pakatan Rakyat," katanya. Kemenangan Kelantan di Stadium Putra Bukit Jalil malam tadi menebus kehampaan tewas 1-3 kepada Negeri Sembilan pada saingan akhir piala paling berprestij Liga Malaysia itu musim lepas, selain menamatkan kemarau selama 55 tahun sejak kali pertama Kelantan mara ke pusingan akhir pada 1955, ketika piala tersebut dikenali sebagai Piala H.M.S Malaya. Negeri Sembilan memperolehi gol pertama seawal minit ke-13 menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh Shahurain Abu Samah. Kelantan memperoleh gol penyamaan pada separuh masa kedua apabila hantaran luar Norshahrul Idlan Talaha tidak disia-siakan Hairuddin Omar yang menanduk dan merobek gol Negeri Sembilan pada minit ke-57. Mohd Badri Mohd Radzi menambah jaringan pada minit ke-65 hasil hantaran cantik Mohd Norfarhan Muhamad. Kedudukan kekal 2-1 sehingga wisel penamat, menggembirakan sekurang-kurangnya 60,000 penyokong Kelantan yang hadir ke stadium. Turut mengucapkan tahniah, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan. "Tahniah daripada DPPP Kelantan bawa pulang trofi Piala Malaysia. Ia jadi hadiah untuk pemerintahan Tok Guru Nik Aziz dan juga Sultan baru," katanya. Sebelum ini, Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga turut berjanji akan memberi imbuhan wang tunai kepada pemain Kelantan ekoran berjaya ke saingan peringkat akhir akhir Piala Malaysia musim ini. ![]() Kelantan layak menang Piala MalaysiaJURULATIH Kelantan, B Sathianathan berkata, pasukannya sememangnya layak bergelar juara Piala Malaysia, kerana memberikan prestasi terbaik sepanjang musim. Menurutnya, rekod hanya tewas dua kali dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) sepanjang musim ini, akhirnya diiktiraf dengan kejayaan memenangi Piala Malaysia, apabila mengalahkan Negeri Sembilan 2-1 pada perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi. |
| 70% - 80% CINA SEMENANJUNG SOKONG PAKATAN RAKYAT Posted: 30 Oct 2010 09:17 PM PDT GUA MUSANG, 31 Oktober - Umno-BN kini berada dalam keadaan yang sangat merbahaya ekoran kepupusan sokongan rakyat khususnya bukan Melayu-Islam. Kenyataan demikian dibuat Bekas Menteri Kesihatan, Dato' Dr Chua Jui Meng dalam satu majlis Makan Malam Pakatan Rakyat di Restoran Kim Kee, Sungai Baru malam tadi. "Dalam satu kajian yang dijalankan menunjukkan 70 hingga 80 peratus daripada orang-orang Cina di seluruh semenanjung Malaysia menyokong Pakatan Rakyat," katanya. keadaan tersebut ujarnya menimbulkan kebimbangan sehingga membuatkan Umno-BN kini berada dalam keadaan cemas lantas memungkinkan pelbagai bentuk tindakan dibuat. Sementara itu, dalam satu majlis yang sama, pengundi tionghua diperkenalkan dengan calon PAS, Dr Zulkifli Mohamed. Beliau telah memberikan jaminan akan menjaga kebajikan dan kepentingan kesemua kaum termasuk Tionghua di kawasan tersebut. "Kita minta Dr Zul menjaga kepentingan dan kebajikan penduduk di Galas termasuk kaum tionghua, boleh ?" katanya kepada lebih 200 orang pengundi Cina yang hadir. Lalu, Zulkifli dengan yakin menjawab persoalan yang dikemukakan Chua tersebut sambil mengangkat tangannya tanda bersetuju dengan mengukir senyuman. Majlis Makan Malam tersebut disertai lapan persatuan penduduk di Kampung Baru dan Kampung Pulai yang terdiri daripada Persatuan Gereja, Persatuan Kuil-kuil Cina Kampung Baru, Dewan Niaga Gua Musang, Persatuan Burung Walit dan beberapa yang lain. Ia disertai beberapa pemimpin Pakatan Rakyat iaitu bekas Senator, Datin David Yeoh, Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS Pusat, Hu Pang Chow, Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Abdul Malik Kassim, Adun Kajang, Lee Seng Ching serta Dato' Micheal Phong dari Sarawak. Sambutan yang sangat menggalakkan tersebut turut ditunjukkan oleh generasi muda dengan begitu bersemangat. Pada majlis yang sama, Hu Pang Chow turut menyampaikan pesanan agar terus mengekalkan kemenangan PAS di Galas. "Kita perlu bersama-sama mengekalkan kemenangan PAS di Galas dan kena pastikan Gua Musang milik kita semua," ujarnya. Tambahnya, golongan tersebut perlu berperanan agar PAS berjaya memperolehi 70 hingga 80 peratus undi masyarakat tiong hua. Majlis tersebut tetap mendapat sambutan meskipun hujan turut dengan lebat selain demam perlawanan akhir Piala Malaysia. |
| MBMB ZALIM ROBOHKAN PAPANTANDA PUSAT ADUAN RAKYAT Posted: 30 Oct 2010 04:38 PM PDT
|
| Kelantan 2 NS 1 - Tercapai Hasrat Pemain Hadiahkan Kemenangan Buat Sultan Muhammad Ke V Posted: 30 Oct 2010 04:23 PM PDT
Kelantan julang Piala Malaysia, tebus kekalahan 2009Gambar: JUARA PIALA MALAYSIA... Ketua pasukan Kelantan, Indra Putra Mahayuddin menjulang trofi selepas pasukan 'The Red Warriors' itu menewaskan pasukan Negeri Sembilan dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu malam. - Foto S.S KANESAN /The Star KUALA LUMPUR — Kelantan, yang sedang menyaksikan pilihan raya kecil DUN Galas, mencipta sejarah — buat julung kali muncul juara Piala Malaysia dengan menewaskan Negeri Sembilan 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi. Pasukan Red Warriors yang tewas tahun lalu di tangan Negeri Sembilan — pasukan Hobin Jang Hobin — menebus kekalahan itu walaupun ketinggalan 0-1 di separuh masa pertama. Kemenangan itu turut menebus kehampaan tewas 1-3 kepada Negeri Sembilan pada saingan akhir piala paling berprestij Liga Malaysia itu musim lepas, selain menamatkan kemarau selama 55 tahun sejak kali pertama Kelantan mara ke pusingan akhir pada 1955, ketika piala tersebut dikenali sebagai Piala HMS Malaya. Kelantan kecundang dalam tiga perlawanan akhir sebelum ini. Negeri Sembilan memperolehi gol pertama seawal minit ke-13 menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh Shahurain Abu Samah. Pengadil perlawanan Subkhiddin Mohd Salleh memberi sepakan itu kepada Negeri Sembilan setelah penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat menjatuhkan S. Kunalan dalam kotak penalti. Negeri Sembilan terus mengasak pintu gol Kelantan menerusi beberapa serangan namun gagal menembusi kekentalan benteng lawan yang dibarisi Mohd Daudsu Jamaludin, Mohd Farisham Ismail dan Rizal Fahmi Abdul Rosidi. Bersambung babak kedua, "The Red Warriors" yang ditemani sekurang-kurangya 60,000 penyokong terdesak untuk mencari gol dan melakukan beberapa asakan yang akhirnya membuahkan gol penyamaan pada minit ke-57. Hantaran luar Norshahrul Idlan Talaha tidak disia-siakan Ketua Pasukan "The Red Warriors" Indra Putra Mahayuddin yang menanduk dan merobek gol Negeri Sembilan. Kelantan semakin garang apabila Mohd Badri Mohd Radzi menambah jaringan pada minit ke-65 hasil hantaran cantik Mohd Norfarhan Muhamad. Ketiadaan tonggak utama Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak yang terpaksa dikeluarkan selepas mengalami kecederaan menyebabkan Negeri Sembilan semakin tertekan apabila ketinggalan 1-2. Bagi mengukuhkan kubu pertahanan, jurulatih Kelantan B. Sathianathan mengambil tindakan bijak memasukan Akmal Rizal Ahmad Rakhli dan Khairan Eroza Razali. Strategi itu berjaya apabila tamat masa permainan menyaksikan Kelantan muncul juara Piala Malaysia musim ini selepas berjaya mempertahankan kedudukan 2-1 menewaskan Negeri Sembilan. -TMI
Kelantan vs N Sembilan GOL Shahurain [FINAL Piala Malaysia 2010] Kelantan 2-1 N Sembilan GOL Badhri Radzi [FINAL Piala Malaysia 2010] |
| UMNGOK BERJANJI LAGI..NAK BUAT JAMBATAN KAT GUA MUSANG PULAK Posted: 30 Oct 2010 04:18 PM PDT ![]() JAMBATAN KAT MANEK URAI TUH CANTEKK...DAH SIAP KER? ERRK.,..APO..HABUK PUN TADAK....TAK WUJUD PUN JAMBATAN DI MANEK URAI YANG MALIKUL SEMBAB JANJIKAN DULU? ORANG MANEK URAI KENA TIPU HIDUP HIDUP DENGAN UMNGOK/BN GUA MUSANG - Kerajaan Barisan Nasional (BN) bersedia menimbangkan permintaan penduduk tiga kampung di kawasan Batu Papan untuk menggantikan dua jambatan yang sempit dan tidak sesuai digunakan, selain membahayakan penggunanya. Timbalan pengerusi badan perhubungan Umno negeri Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata jambatan gantung dan jambatan sempit berkenaan digunakan lebih 1,500 penduduk dan pelajar dari Kampung Batu Papan 1, Kampung Batu 2 serta Kampung Batu Papan Kundur, untuk berulang-alik ke Gua Musang dan sekolah. "Jadi, saya akan bawa cadangan untuk membina jambatan ganti kepada kerajaan pusat untuk dipertimbangkan, kerana kita tidak mahu sebarang kemalangan yang tidak dingini berlaku, lebih-lebih lagi terhadap pelajar sekolah yang sering menggunakan jambatan ini untuk berulang-alik ke tiga buah sekolah berhampiran," kataya kepada pemberita selepas melawat Kampung Batu Papan di sini Sabtu. Beliau berkata perkara itu bukan janji pilihan raya, tetapi ia bagi memenuhi keperluan rakyat. "Kita tidak berjanji, namun kita akan usahakan. Kalah atau menang dalam pilihan raya kecil, itu kemudian kira. Yang penting, kerajaan BN mahu membantu kebajikan penduduk kampung di kawasan ini, yang terpaksa bergilir-gilir melaluinya setiap kali ada kenderaan dari arah bertentangan," katanya. Awang Adek berkata cadangan pembinaan jambatan baru itu telah dimaklumkan kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa beliau melawat Kampung Batu Papan baru-baru ini. Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan jumlah kos yang dijangka terlibat untuk membina jambatan ganti itu. Dalam perkembangan lain, Awang Adek berkata Pas seolah-olah telah kehabisan modal apabila menggunakan isu royalti untuk berkempen pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas. "Ini menunjukkan Pas tidak menghormati undang-undang. Mereka tidak patut membangkitkan isu itu kerana ia masih dalam peringkat mahkamah. Kita bukan tidak boleh menjawab mengenainya (royalti), tetapi kita tidak mahu terikut-ikut dengan cara mereka," katanya. Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Chek Hashim Sulaima dari PAS, yang meninggal dunia pada 27 Sept lalu. BN telah memilih Abdul Aziz Yusoff, 49, untuk menentang calon PAS Dr Zulkefli Mohamed, 44, pada 4 Nov ini. -- BERNAMA |
| Panasss...Polis Ambilalih Tugas Naib Canselor Universiti Di Galas..!! Posted: 30 Oct 2010 04:17 PM PDT ![]() Empat anggota Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) termasuk Pengerusi Majlis Politik Nasional, Syukri Razak pada Sabtu ditahan polis sewaktu mengedarkan risalah di kawasan bandar di sini. Menurut maklumat awal, Syukri bersama tiga yang lain iaitu Mohd Yusof Hadhari, Mohd Sharuldin dam Mohd Rijalludeen ditahan mengikut Seksyen 15(3) Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU). Keempat-empat mereka dibawa ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Polis Gua Musang bagi membantu siasatan. Jurucakap GAMIS, Ahmad Shukri Kamarudin ketika dihubungi berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 petang itu, kumpulan berkenaan didatangi anggota polis berpakaian preman dengan mendakwa menerima aduan berhubung aktiviti mereka yang dianggap 'pengacau' di kawasan berkenaan. "Anggota polis berkenaan mendakwa mereka menerima laporan daripada PAS dan Barisan Nasional (BN) serta penduduk setempat yang tidak senang dengan kehadiran kami di sini. "Kami diberitahu bahawa pengadu-pengadu berkenaan menganggap kita sebagai 'pengacau' di kawasan ini," katanya. Bagaimanapun Shukri berkata pihaknya musykil kerana polis tidak mempunyai bidang kuasa untuk menahan mahasiswa menggunakan AUKU. "Polis tak ada kuasa nak tahan guna AUKU melainkan menerima arahan daripada Timbalan Naib Canselor universiti," katanya. GAMIS menggerakkan seramai 200 anggotanya di Galas bermula hari ini sempena pilihan raya kecil kawasan berkenaan bagi menerangkan kepada rakyat mengenai beberapa dasar dan tindakan kerajaan. |
| You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
































Tiada ulasan:
Catat Ulasan