Muslimeen United |
- Ku Li : Najib dijeling,Tok Guru dikenyit.
- Pemimpin UMNO Titiwangsa: Kita Tak Perlu Undi Cina Dan Undi India
- Orang Asli Pakai Baju Tulis 'Adik Sayang Tok Guru'
- Jeyakumar Saman Kerajaan BN
- Video : Kempen Pakatan Rakyat Di Kawasan Pengundi Cina Galas
- Masyarakat Tioghua senang dengan Dr. Zulkefli
- Lawak Kartun Projek Jambatan Manek Urai Ke Galas
- Musuh guna tiga strategi
- Kekecohan di 'Little India' - sembilan ditahan polis
- Petugas PAS Puchong selamat Sampai di Galas
| Ku Li : Najib dijeling,Tok Guru dikenyit. Posted: 28 Oct 2010 08:14 AM PDT Ku Li anak raja yang cerdik dan berjiwa besar serta memiliki ciri-ciri negara Ku Li syorkan PRK Galas dijalankan dalam suasana santai, kekeluargaan dan riang ria. Iyalah menang kalah Parti Najib tetap jadi pembangkang di DUN Kelantan. Melihat kepada kenyataan Ku Li ini, tentunya Kerajaan Putrajaya tidak seronok. Mana mungkin kita taburkan puluhan juta RM tiba-tiba Ku Li kata menang kalah, kerajaan negeri tidak berubah. Lebih malang lagi Ku Li tetap sokong Kerajaan Kelantan mengenai isu royalti minyak. Sikap Ku Li inilah yang memeningkan kepala Najib dan Muhyiddin. Mana mungkin orang UMNO berfikiran berlawanan dengan polisi Kerajaan Pusat? Mungkinkah Ku Li menyedari dan dapat mengesan"muslihat " PMNajib dan TPM Muhyiddin memilihnya jadi Pengarah PRK Galas. Kini tiba masanya Ku Li pulangkan balik "peluru"nya pada Najib dan Muhyiddin. Ku Li menyedari medan Galas adalah umpama "lubang kubur" yang disediakan untuknya oleh UMNO Pusat. Jika menang, Najib dan Muhyiddin serta UMNO Pusat tumpang semangkuk bangga. Tapi bagi UMNO Pusat, seeloknya biar UMNO tewas di Galas supaya karier Ku Li senang ditalkinkan. Agar Ku Li tidak berpeluang bertanding jawatan Presiden UMNO tahun depan. PRK Galas sebenarnya adalah "medan peperangan" antara puak Najib bersatu dengan puak Muhyidin bertarung dengan puak Ku Li. Bukannya pertarungan UMNO dan PAS. Sebab itulah Ku Li mahukan pertarungan PAS dengan UMNO( baca: Ku Li) berlawan secara semangat kekeluargaan sahaja. Kerana bagi Ku Li beliau mahu tumpukan fokus terhadap "lawan yang sebenar". Hakikatnya, Ku Li, Najib dan Muhyiddin punya agenda masing-masing di PRK Galas. Semuanya tidur satu bantal(UMNO) tetapi punya mimpi yang berlainan. Masing-masing berhajat untuk menghunuskan "keris telanjang" sesama sendiri! | |
| Pemimpin UMNO Titiwangsa: Kita Tak Perlu Undi Cina Dan Undi India Posted: 28 Oct 2010 08:12 AM PDT
Chua: Ada pemimpin Umno "tak berapa cerdas"Rakaman video di internet yang memaparkan seorang pemimpin bahagian Umno yang membuat ucapan bahawa partinya tidak memerlukan sokongan Cina dan India dijangka tidak akan menjejaskan sokongan masyarakat Cina pada pilihan raya kecil di Galas, kata presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek. Katanya, pemimpin seumpama itu tidak mencerminkan pandangan pemimpin atasan Umno. "Jika kita mahu jawapan yang jelas, tanya perdana menteri. Perdana Menteri dengan jelas mempromosikan polisi 1Malaysia untuk setiap kaum. Ini amat jelas, katanya kepada wartawan di pekan Gua Musang hari ini. Chua berkata MCA tidak akan menyokong pemimpin akar umbi seumpama itu dan malah akan mencadangkan kepada pemimpin Umno agar mereka tidak dikemukakan sebagai calon pada pilihan raya umum akan datang. Katanya, pemimpin Umno itu gagal bertindak atas semangat BN bagi menjaga kepentingan semua kaum. "Ini (klip vedeo) memberitahu kita bahawa ada pemimpin akar umbi Umno yang tidak berapa cerdas dari segi politik. Mereka ini kurang bijak. Kita akan laporkan kepada perdana menteri. "Mereka tidak sepatutnya keluar. Kita akan ikuti kes ini. Mereka tidak tidak mewakili BN dan sepatutnya bersara dan pulang," kata Chua. Chua mengulas klip video yang memaparkan ucapan ketua Umno bahagian Titiwangsa, Datuk Johari Abdul Ghani di Pusat Dagangan Dunia Putra pada tarikh yang tidak disebut. Menurut Johari, bagi membolehkan Umno menawan semula kerusi parlimen Titiwangsa, mereka memerlukan sokongan 70 peratus undi Melayu di sana. "Tuan-tuan, jika kita dapat 70 peratus daripada 32,000 undi Melayu, maka kita tidak lagi perlu undi Cina dan India," kata Johari sambil disambut tepukan gemuruh daripada hadirin di majlis itu. Ketika berita ini ditulis, video yang dimuat-naik di Youtube itu telah menarik minat 50,000 orang menontonnya dengan 600 komen yang kebanyakan mereka membidas Johari. | |
| Orang Asli Pakai Baju Tulis 'Adik Sayang Tok Guru' Posted: 28 Oct 2010 08:09 AM PDT | |
| Posted: 28 Oct 2010 08:02 AM PDT ![]()
KUALA LUMPUR, 28 Okt - Parti Sosialis Malaysia (PSM) akan melaksanakan saman secara berkumpulan (Class Action Suit) terhadap Kerajaan Persekutuan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur esok. Tindakan saman itu dibuat berikutan kegagalan kerajaan persekutuan Barisan Nasional menyalurkan peruntukan tahunan berjumlah RM1 juta kepada setiap 74 ahli parlimen pembangkang sejak tiga tahun lalu. Ahli Parlimen PSM Sungai Siput, Dr D Jeyakumar berkata, beliau masih belum menerima peruntukan terbabit sejak memenangi pilihanraya kawasan parlimen Sungai Siput menewaskan presiden MIC Datuk Seri Samy Vellu 2008 lalu. Dalam saman yang dikemukakan esok, Jeyakumar mahu Mahkamah Tinggi membuat penghakiman bahawa kerajaan persekutuan Barisan Nasional mesti bertanggungjawab terhadap penyaluran peruntukan tahunan ahli parlimen kerana ia membabitkan wang rakyat. Beliau juga akan meminta mahkamah menggunakan Artikel 8 (1) Perlembagaan Persekutuan dalam samannya yang menyebut setiap individu adalah saksama mengikut undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang saksama sekaligus peruntukan terbabit tidak sepatutnya hanya diberikan kepada ahli parlimen BN sahaja. Menurutnya lagi, peruntukan untuk ahli parlimen adalah bagi membolehkan mereka berkhidmat kepada rakyat di kawasan parlimen yang diwakili. Terdapat 222 kerusi parlimen di Parlimen dimana BN memegang 140 kerusi dan ahli Pakatan Rakyat 74 kerusi manakala lapan lagi dipegang oleh ahlli parlimen bebas. Jeyakumar mendakwa, semua ahli parlimen Pakatan Rakyat menghadapi masalah kewangan memberikan perkhidmatan di kawasan parlimen masing-masing berbeza dengan ahli parlimen BN yang diberikan peruntukan terbabit. Beliau seterusnya menyelar BN kerana menggunakan langkah menafikan hak ahli parlimen pembangkang mendapat peruntukan sehingga mereka menghadapi kesulitan untuk berkhidmat kepadda rakyat di kawasan parlimen masing-masing sebagai alat untuk mencemarkan imej ahli parlimen Pakatan Rakyat. "Majoriti pengundi di kawasan parlimen pembangkang tidak menyedari bahawa perutukan kewangan bagi kawasan parlimmen mereka disekat," katanya lagi. Menurutnya lagi, beliau telah berusaha untuk mencari penyelesaiian masalah ini sejak tiga tahun lalu dengan usaha mendapatkan jawapan dari Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan Kemajuan Negeri Perak yang bertanggungjawab menyalurkan peruntukan kepada ahli parlimen tetapi sehinngga kini masih gagal.- tvs | |
| Video : Kempen Pakatan Rakyat Di Kawasan Pengundi Cina Galas Posted: 28 Oct 2010 12:13 AM PDT | |
| Masyarakat Tioghua senang dengan Dr. Zulkefli Posted: 27 Oct 2010 10:59 PM PDT GUA MUSANG, 28 Okt: Masyarakat Tionghua Galas yakin calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed mampu meneruskan kesinambungan perjuangan wakil rakyat terdahulu, Allahyarham Chek Hashim Sulaima. | |
| Lawak Kartun Projek Jambatan Manek Urai Ke Galas Posted: 27 Oct 2010 07:50 PM PDT | |
| Posted: 27 Oct 2010 07:49 PM PDT (Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika menyampaikan ucaptamanya di Ijtima' Kepimpinan PAS Negeri Terengganu 2010 Kali Ke-14, di perkarangan Surau Kampung Tanjung, Batu Rakit, Setiu, pada 23 Oktober lalu) SETIU:- Musuh-musuh Islam melancarkan pelbagai bentuk 'serangan' termasuk strateginya menggunakan saluran media, politik, ekonomi dan lain-lain. ('AKSI Tok Guru'…Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika menyampaikan ucaptamanya di Ijtima' Kepimpinan PAS Negeri Terengganu 2010 Kali Ke-14, di perkarangan Surau Kampung Tanjung, Batu Rakit, Setiu, pada 23 Oktober lalu) Menurutnya, semua Nabi-nabi dan Rasul-rasul adalah pendakwah dan politik sama ada Nabi-nabi menjadi ketua kerajaan bila menang seperti Nabi Sulaiman a.s, Nabi Daud a.s dan Nabi Muhamad SAW menjadi Ketua Negara.
('AKSI Tok Guru'…Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika menyampaikan ucaptamanya di Ijtima' Kepimpinan PAS Negeri Terengganu 2010 Kali Ke-14, di perkarangan Surau Kampung Tanjung, Batu Rakit, Setiu, pada 23 Oktober lalu)
('AKSI Tok Guru'…Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika menyampaikan ucaptamanya di Ijtima' Kepimpinan PAS Negeri Terengganu 2010 Kali Ke-14, di perkarangan Surau Kampung Tanjung, Batu Rakit, Setiu, pada 23 Oktober lalu) (Sebahagian dari lebih 8,000 ahli serta penyokong PAS yang hadir ke Ijtima' Kepimpinan PAS Negeri Terengganu 2010 Kali Ke-14, di perkarangan Surau Kampung Tanjung, Batu Rakit, Setiu, pada 23 Oktober lalu)
(Sebahagian dari lebih 8,000 ahli serta penyokong PAS yang hadir ke Ijtima' Kepimpinan PAS Negeri Terengganu 2010 Kali Ke-14, di perkarangan Surau Kampung Tanjung, Batu Rakit, Setiu, pada 23 Oktober lalu.)
('LUCU'…sesuatu yang mencuit hati sehingga saf kepimpinan utama parti tergelak-ketawa di pentas utama Ijtima' Kepimpinan PAS Negeri Terengganu 2010 Kali Ke-14, di perkarangan Surau Kampung Tanjung, Batu Rakit, Setiu, pada 23 Oktober lalu.) | |
| Kekecohan di 'Little India' - sembilan ditahan polis Posted: 27 Oct 2010 07:44 PM PDT Polis menahan sembilan lelaki di hadapan sebuah restoran, kira-kira 100 meter dari lokasi majlis perasmian 'Little India', sebuah kawasan kediaman masyarakat India di Brickfields di Kuala Lumpur, petang semalam.
Kumpulan itu ditahan kira-kira jam 5 petang selepas enggan memberi kerjasama kepada polis ketika diminta menunjukkan kad pengenalan masing-masing. Sebelum ditahan, berlaku sedikit kekecohan antara mereka dengan anggota polis, namun ia dapat disuraikan kira-kira 10 minit kemudian. Semua mereka dibawa menaiki sebuah van polis ke Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields untuk siasatan, namun dibebaskan pada kira-kira jam 7 malam selepas keterangan mereka diambil. PKPTM, sebuah badan bukan kerajaan (NGO), tidak bersetuju dengan cadangan perasmian 'Little India' dilakukan oleh Dr Manmohan Singh kerana mendakwa cukup sekadar dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak atau di kalangan pemimpin kaum India tempatan sendiri. Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit. - Bernama | |
| Petugas PAS Puchong selamat Sampai di Galas Posted: 27 Oct 2010 05:23 PM PDT |
| You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
wan. Berbeza sama sekali dengan Dr Mahathir bagai langit dengan bumi. Lihat kenyataannya tentang PRK Galas. Beliau tidak begitu agresif berkata tentang kemenangan dan kekalahan. Bagi Ku Li , menang kalah Kelantan tetap di perintah PAS. Macam juga "main sorok-sorok" di PRK Galas. 






Tiada ulasan:
Catat Ulasan