Muslimeen United |
- Video : Aktiviti Tok Guru Nik Aziz Selepas Solat Subuh
- Pelakon Utama Untuk Sandiwara "Si Sepet Dan Si Botol" Sudah Ditemui
- GALAS : MUHYIDDIN MESTI MINTA MAAF KERANA TIPU RAKYAT
- Sultan Ismail Petra Hendak Dilarikan Ke Siam?
- Jawapan Najib di Parlimen, UMNO Muka Tak Malu!
- Mahfuz yakin Ku Li tidak mahu galas biawak hidup
- PRK DUN Galas : Kejutan Buat UMNO?
- Gambar penyokong Umno meroyan
- Singapura Bina Padang Bola Atas Air
- Galas: PAS Sudah Tetapkan Untuk Bertanding
| Video : Aktiviti Tok Guru Nik Aziz Selepas Solat Subuh Posted: 04 Oct 2010 09:20 AM PDT | ||
| Pelakon Utama Untuk Sandiwara "Si Sepet Dan Si Botol" Sudah Ditemui Posted: 04 Oct 2010 09:19 AM PDT
Si sepet, si kaki botol': Hamim buat laporan polisPenolong Pengarah Biro Tata Negara (BTN) Hamim Husain hari ini membuat laporan polis terhadap portal berita The Malaysian Insider dan seorang wartawannya berhubung isu kenyataan 'rasisnya'. Beliau hadir membuat laporan itu di balai polis Sentul kira-kira jam 1 petang dengan diiringi Ketua Wira Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Arman Azha Abu Hanifah. Hamim bagaimanapun enggan bercakap sepatah pun kepada media, termasuk kandungan laporannya. Beliau sebaliknya hanya membaca surah al-Fatihah dan berdoa untuk perpaduan umat Islam dan pemimpinnya di luar balai selepas membuat aduannya. Hamim kemudian beredar daripada tempat itu tanpa mempedulikan wartawan yang mengejarnya sampai ke kereta. Bagaimanapun, tampil berpakaian serba hitam - termasuk berkaca mata gelap - pegawai kerajaan itu sempat melambai dan tersenyum kepada pihak media yang menunggunya kira-kira sejam. Menurut Arman Azha, laporan polis Hamim itu dibuat terhadap akhbar dan wartawan portal itu Boo Su-Lyn yang didakwa menyalahtafsirkan kenyataannya dan menyelinap dalam program tertutup mereka. Menurut Arman Azha (kiri) lagi, tindakan Boo Su-Lyn itu yang "menyalahtafsirkan" kenyataan Hamim itu boleh "menggugat muhibah dan keamanan kaum". "Kami PERKASA berdiri teguh di belakang beliau (Hamim). Itu adalah program tertutup. Media harus hormat," kata Arman Azha lagi. The Malaysian Insider dalam laporannya minggu lalu mendakwa Hamim menghina dan melabelkan rakyat Malaysia berbangsa Cina dan India sebagai 'si sepet mata' dan 'si kaki botol'. Pegawai kanan BTN itu juga dilaporkan oleh Boo sebagai berkata adalah menjadi hak Melayu untuk memerintah negara dan menggesa mereka untuk bersatu mempertahankan hak mereka. -mk Tindakan melengah-lengahkan hukuman keatas Hamim Husin oleh Ketua Setiausaha Negara berhubung isu kenyataan 'rasisnya' rupa-rupanya ada rahsia yang disembunyikan. Rahsianya ialah supaya Hamim membuat laporan polis untuk menafikan kenyataan itu pernah dibuatnya. Dan kemudian yang akan disoalsiasat dan ditahan ialah wartawan The Malaysia Insider. Hamim akan terlepas! Begitu rupanya cara bagaimana kerajaan UMNO BN membela penjawat awamnya yang rasis. mampukan sandiwara "Si Sepet Dan Si Botol" menggugat kedudukan sandiwara "Pulangkan", "I'da World" & "Pulangkan II"? Sama-sam kita nantikan. -GB | ||
| GALAS : MUHYIDDIN MESTI MINTA MAAF KERANA TIPU RAKYAT Posted: 04 Oct 2010 12:47 AM PDT Siang-siang lagi Muhyiddin mendakwa Ku Li telah bersetuju walhal tuan empunya badan tidak pernah memberikan persetujuan. Hari ini tembelang Muhyiddin terbongkar apabila Ku Li menyatakan pendiriannya di dalam laman twitter peribadinya. Beliau dengan jelas menyatakan bahawa belum memberikan keputusan samada menerima atau menolak perlantikan itu. Ternyata Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno ini seorang yang menipu dan kaki temberang. Rakyat sepatutnya melihat perkara inis sebagai amat serius kerana integriti dan maruahnya jelas tercalar kerana sanggup menipu dan membuat temberang. Saya mengharapkan Muhyiddin supaya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana menipu kita semua. | ||
| Sultan Ismail Petra Hendak Dilarikan Ke Siam? Posted: 04 Oct 2010 12:38 AM PDT
1. Kami telah menerima maklumat terperinci dari sumber-sumber yang berwibawa mengenai perancangan pihak tertentu untuk membawa keluar secara sembunyi-sembunyi Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Petra keluar dari Kelantan menuju ke Thailand melalui Takbai dan Pattani untuk bersemayam di sana.2. Kami merasa amat bimbang jika perancangan ini, yang akan cuba dibuat di dalam masa terdekat ini, berjaya direalisasikan oleh pihak berkenaan maka ia akan mendatangkan kesan yang amat negatif ke atas kebajikan dan keselamatan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Petra yang masih di dalam keadaan gering. 3. Kami dengan ini menyeru pihak berkenaan supaya segera menghentikan usaha-usaha untuk terus mempergunakan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Petra untuk kepentingan diri sendiri, apatah lagi apabila usaha-usaha ini menjangkaui tahap membawa lari sekaligus memperjudikan kebajikan dan keselamatan Baginda. 4. Kami dengan ini juga menyeru pihak-pihak berkuasa supaya mengambil tindakan segera bagi memastikan perancangan untuk membawa keluar secara sembunyi-sembunyi Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Petra keluar dari Kelantan menuju ke Thailand ini tidak terlaksana. 5. Kami memandang amat serius perkara ini kerana apabila sempadan negara telah diseberangi maka apa-apa sahaja perkara mungkin boleh berlaku kerana kita tidak lagi mempunyai sebarang kawalan ke atasnya. Cukuplah dengan hanya satu insiden yang menyayat hati itu sahaja. 6. Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Petra bukanlah milik peribadi sesiapa sahaja tetapi Baginda adalah milik semua golongan rakyat yang masih tetap mengasihi Baginda seperti dahulu. Sebarang cubaan untuk memisahkan Baginda dari mereka adalah satu tindakan yang amat zalim. 7. Ingatlah, jika kita ditimpa kesusahan, Allah mengajar kita supaya tidak berputus asa daripada, malah supaya menaruh sepenuh harapan kepada, rahmat serta pertolongan-Nya (dan bukan supaya menaruh sepenuh harapan kepada rahmat serta pertolongan pihak-pihak lain!): Firman Allah, mafhumnya: "Wahai anak-anakku! Pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusuf dan saudaranya (Bunyamin), dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir." (Surah Yusuf: Ayat 87) Firman Allah, mafhumnya: Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia-lah jua yang Amat Pengampun, lagi Amat Mengasihani." (Surah al-Zumar: Ayat 53) 8. Sama-samalah kita berdoa ke hadrat Ilahi agar Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Petra sentiasa berada di dalam peliharaan dan lindungan-Nya. Jauhkanlah Baginda, ya Allah, dari sebarang perbuatan zalim walau oleh mana-mana pihak sekalipun. -GB | ||
| Jawapan Najib di Parlimen, UMNO Muka Tak Malu! Posted: 04 Oct 2010 12:36 AM PDT Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua dalam membuat gesaan ini hari ini berkata, kontroversi terbaru dicetuskan pemimpin-pemimpin politik Umno sejak kebelakangan ini menunjukkan sikap hipokrit dalam usaha mereka mahu kekal berkuasa. Selain itu, Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara berkata, kalau tidak kerana Pakatan Rakyat, pentadbiran Najib belum tentu akan menarik balik lesen perjudian sukan yang diberikan kepada Tan Sri Vincent Tan. Pua menambah, Najib selaku Menteri Kewangan telah menjawab soalan Ahli Parlimen DAP dari Rasah Anthony Loke pada 9 Jun lalu bahawa kerajaan tidak membezakan antar cukai yang diterima daripada pelbagai sumber sama ada yang halal ataupun bukan halal. Pua memetik jawapan yang diberikan Najib iaitu "untuk makluman Yang Berhormat, buat masa ini, hasil daripada aktiviti perjudian adalah dikategorikan sebagai hasil cukai kepada kerajaan... bagi semua hasil daripada bayaran cukai ia akan dimasukkan ke dalam Akaun Hasil Disatukan sama seperti semua hasil kerajaan yang lain dan digunakan untuk tujuan belanja mengurus dan pembangunan negara." "Ini menunjukkan kesemua cukai yang dikutip dimasukkan ke dalam satu dana Akaun Wang Disatukan," kata Pua. | ||
| Mahfuz yakin Ku Li tidak mahu galas biawak hidup Posted: 04 Oct 2010 12:36 AM PDT
| ||
| PRK DUN Galas : Kejutan Buat UMNO? Posted: 03 Oct 2010 05:16 PM PDT Kwong Wah DailyMenurut laporan daripada Kwong Wah Daily, Tengku Razaleigh atau dikenali Kuli tidak akan menerima cadangan untuk menjadi calon dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) N45 Galas. Tetapi beliau mungkin akan menjadi ketua dalam kempen pilihan raya kecil tersebut. Seorang yang dekat dengan Kuli telah memberitahu pembrita bahawa kebarangkalian Kuli akan menerima pencalonan tersebut adalah hampir tidak mungkin. Hal ini kerana beliau sanggup untuk memberikan peluang kepada mereka yang lebih muda. Selain itu, beliau juga dipilih sebagai Ahli Parlimen Gua Musang sebanyak 9 kali. Selian itu, penolong khas bagi Tengku Razaleight juga memberitahu pemberita bahawa beliau akan membuat pengumuman penting di KLIA pada 9 September 2010. Sumber : GoMalaysian | ||
| Posted: 03 Oct 2010 05:14 PM PDT ![]() ![]() ![]() Kecoh pasal duit wang ehsan seratus ringgit untuk warga tua di Penang , LGE jadi mangsa politikus umno yang haprak...
![]() ![]() Ini bukan seratus ringgit, sejuta beb ! tak haram sebab kami Umno ha ha ha .... sumber | ||
| Singapura Bina Padang Bola Atas Air Posted: 03 Oct 2010 03:35 PM PDT | ||
| Galas: PAS Sudah Tetapkan Untuk Bertanding Posted: 03 Oct 2010 03:35 PM PDT ![]()
PAS tetap tanding di Galas, soal Ku Li tak sentuhKUALA LUMPUR — PAS membuat keputusan muktamad akan meletakan calon bagi mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas yang kosong selepas penyandangnya dari parti itu meninggal dunia Isnin lalu. Pendirian ini dicapai pada mesyuarat bulanan jawatankuasa kerja pusat PAS di sini, petang tadi. PAS juga melantik Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan Fatah Harun sebagai pengarah operasi manakala Pengarah Pilihan Raya PAS pusat Datuk Halim Abdul Rahman sebagai pengarah strategi. "Mesyuarat tadi ada membincangkan soal pilihan raya kecil Galas, kami sudah mengambil keputusan akan bertanding untuk mempertahankan kerusi Galas," kata Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar dihubungi The Malaysian Insider. Bagaimanapun kata beliau, mesyuarat hari ini tidak menyentuh soal cakap-cakap bahawa Umno-BN akan menurunkan Ketua Umno Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah bertanding di Galas. Kerusi DUN Galas kosong berikutan kematian penyandangnya Che Hashim Sulaima, 46, pada 27 Oktober lepas akibat barah usus. Suruhanjaya Pilihan Raya akan mengumumkan tarikh pilihan raya kecil Rabu ini. Mahfuz juga berkata pihaknya juga tidak membincangkan soal calon pada mesyuarat hari ini. "Lagipun kawasan Gua Musang dan negeri belum membincangkan soal calon, ia belum diangkat ke peringkat negeri. "Perkara itu akan dibincangkan selepas kemudian. Tarikh pelancaran jentera dan pengumuman nama calon akan diputuskan oleh jawatankuasa jentera pilihan raya yang dibentuk," kata Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena. Dalam pada itu, seorang lagi Naib Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man juga mengesahkan isu soal calon tidak disentuh hari ini. Mengenai saranan kemungkinan Tengku Razaleigh akan diturunkan oleh Umno-BN, Tuan Ibrahim menjelaskan pihaknya juga tidak menyentuh soalan itu, lagi pun Ahli Parlimen Gua Musang itu sendiri tidak mengatakan apa-apa. "Kami hanya bincang soal pembentukan jawatankuasa operasi dan induk... soal Ku Li bukan agenda mesyuarat," katanya lagi. Kata Tuan Ibrahim, satu mesyuarat khas akan diadakan kemudian untuk membincangkan soal calon khususnya selepas tarikh pilihan raya kecil diputuskan. -TMI |
| You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |




GOMBAK, 4 Okt: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar yakin Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaliegh Hamzah tidak menerima keputusan Umno untuk meletakkan beliau sebagai calon mereka dalam pilihan raya kecil N45 Galas.











Tiada ulasan:
Catat Ulasan