Murai Anak Emas |
- Wanita Umno Lu Musang Berang Dengan Sikap Ku Li N45 Galas
- Pegawai Khas Ku Li Pertikai Muhyiddin N45 PRK Dun Galas
- Setiausaha Pemuda Umno Kelantan Menang Secara "tipu helah" N45 Galas
| Wanita Umno Lu Musang Berang Dengan Sikap Ku Li N45 Galas Posted: 05 Oct 2010 11:08 PM PDT Ahli Parlimen Tengku Razaleigh Hamzah tidak gentar dengan tindakan yang bakal dikenakan terhadapnya oleh UMNO kerana telah berkongsi pentas dengan PAS terutamanya di Kelantan bagi menuntut royalti minyak. Ku Li yang pernah menjawat jawatan Presiden Petronas memahami bahawa Kelantan dan Terengganu mempunyai hak peratusan daripada minyak yang ditemui dipesisir pantai dua negeri terbabit.
Ku Li yang dilihat semakin agresif membantu Kerajaan Negeri Kelantan untuk membawa royalti ke negeri itu dianggap mempunyai agenda peribadi sepertimana telahan yang dibuat oleh beberapa pemimpin UMNO. Mereka juga berpendapat bahawa Ku Li membuat pendirian yang bercanggah dengan apa yang telah dinyatakan pada tahun 1990 yang lalu. Presiden UMNO turut mengulas tindakan tersebut dan menyatakan bahawa pihaknya akan meneliti ucapan yang telah disampaikan oleh Ku Li dalam Ceramah Perdana Royalti Minyak di Stadium Sultan Muhammad Keempat, Khamis lalu.
Ku Li tenang menjelaskan bahawa apa yang dilakukan olehnya ialah berdasarkan kepada perundangan, perjanjian dan hak rakyat Kelantan yang mesti dibela. –ANN [sumber] |
| Pegawai Khas Ku Li Pertikai Muhyiddin N45 PRK Dun Galas Posted: 05 Oct 2010 08:04 AM PDT Mohd Lokman Ghani, Pegawai Khas bagi Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah semalam secara terbuka mempertikai tindak-tanduk Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana tidak menghormati pendirian veteran Umno Kelantan itu menyertai suatu forum isu royalti minyak penghujung bulan lepas.
Kritikan tersebut selepas Tengku Razaleigh atau Ku Li sendiri menyatakan kesediaan untuk menghadapi tindakan disiplin Umno sekiranya dianggap menyalahi perlembagaan parti perkauman tersebut, sebagaimana yang dibangkitkan oleh beberapa pemimpin Umno negeri dan nasional sebelum ini. "Saya merasa kecewa dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri (TPM) yang juga Timbalan Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang seolah-olah tidak faham dan masih tidak mahu faham tentang pendirian Ku Li sedangkan Ku Li sudah beberapa kali menegaskan bahawa beliau berucap di pentas NGO iaitu Gegar," jelas beliau seperti dipetik dari blog perisik-rakyat, http://perisik-rakyat.com. "Saya hairan adakah TPM, Perdana Menteri dan ahli parti semua mendengar ucapan Ku Li? Saya harap supaya semua mereka mendengar dari awal hingga akhir. Apakah kenyataannya itu melanggar Perlembagaan dan disiplin Umno?" "Kalau kerajaan bohong takkan Ku Li nak ikut sama berbohong? Terpulang kepada Lembaga Disiplin Parti untuk menentukan sama ada beliau bersalah atau tidak kerana apa yang hendak disampaikan oleh beliau ialah undang-undang dan perjanjian yang telah ditandatangani antara Petronas dan wakil Kerajaan Negeri Kelantan memandangkan beliau sendiri yang telah menandatanganinya dan beliau lebih tahu akan soal ini," jelasnya. "Apa yang hendak disampaikan adalah perkara yang benar. Beliau tidak mahu berbohong dan beliau hanya mahu bercakap perkara yang benar. Apakah kenyataan benar dan tepat itu bercanggahan dengan kehendak parti? Apakah Ku Li perlu diseret sama untuk berbohong kepada rakyat semua?" Beliau turut menafikan bahawa Ku Li pernah mengeluarkan kenyataan yang tidak konsisten berhubung status royalti minyak Terengganu, ketika menjadi saksi mewakili kerajaan PAS Terengganu suatu ketika dulu. Beliau mendakwa Muhyiddin tidak pula mengenakan tindakan kepada Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz kerana mengeluarkan kenyataan tidak menghalang niat Ku Li untuk menyertai badan bukan kerajaan (NGO) Gegar sehari sebelum sebelum forum tersebut dilangsungkan. [sumber] |
| Setiausaha Pemuda Umno Kelantan Menang Secara "tipu helah" N45 Galas Posted: 05 Oct 2010 06:01 AM PDT Bazlan Baharuddin memenangi jawatan Ketua Pemuda Lu Musang dan pencalunan untuk KJ dari Lu Musang dengan cara "tipu helah" atas bantuan Anuar Musa sebagai bekas Ketua Perhubungan UMNO Kelantan.
Tengku Razaleigh selaku Ketua Bahagian Lu Musang sendiri ada membuat kenyataan bahawa mesyuarat yang mana Bazlan menang tidak sah. Yang sah adalah mesyuarat bertarikh Oktober 25hb 2008 yang mana jawatan Ketua Pemuda dimenangi oleh Mohd Azizi Abu Naim dan Dato Seri Dr Khir Toyo yang patut dapat pencalunan. Kaitan Bazlan dengan Khairy begitu jelas sekali. Dia telah dilantik oleh Ketua Pergerakan "Pemudi" Malaysia, Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda Negeri Kelantan. Dalam aturan Khairy melantik mengisi jawatan-jawatan dalam Pemuda, hampir 99.9% adalah orang dia sendiri. Ini yang KJ faham sebagai janjinya untuk menyatukan Pemuda. Hairanya "Pemudi-Pemudi" ini boleh diam biarkan, apa pasal? Siapa tidak kenal Anuar Musa? Dia adalah satu ahli politik yang tidak ada prinsip, korup dan sering bertukar-tukar kesetian. Anuar Musa yang sapu duit PPRT semasa memegang jawatan Menteri Luar Bandar tetapi pegawai kerajaan yang kena. Anuar Musa dibawa masuk oleh Tengku Razaleigh selepas jadi pemimpin pelajar Malaysia di United Kingdom. Penulis pun ada dengar pasal Anuar Musa semasa menuntut di New York pada masa yang lebih kurang sama. Pada pandangan peribadi penulis, dia hanya pemimpin biasa - all speech - tapi rezeki pada dia. Maka naiklah dia sedikit demi sedikit dalam UMNO sampai jadi Menteri. Itu kerana dia berpindah taat setia kepada Dr Mahathir. Semasa zaman Pak Lah, dia jadi orang yang kuat mengampu Pak Lah. Demi untuk politiknya sendiri, sanggup jadi hatchetman Pak Lah. [baca seterus nya dari sumber] |
| You are subscribed to email updates from Murai Anak Emas To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan