Rabu, 6 Oktober 2010

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Muhyiddin!! Tunggu...

Posted: 06 Oct 2010 09:24 AM PDT

Pantang dicabar!! Itulah dia Saifudin Nasution, S/U Agong Parti Keadilan. Don't play-play with him. You cabar him, dia tak lari dan dia tak berdalih. Tetapi.... he'll come up with proof dan kembalikan buah keras kepada you. Jangan you all tak tahu..... itulah dia abang Saifuddin Nasution.

Dalam siri proses pemilihan MATC Parti Keadilan yang baru selesai diadakan, terdapat beberapa insiden kacau bilau yang berlaku. Tak banyak pun.... Boleh dibilang dengan jari jer. Itu pun kecoh dan diperbesar-besarkan oleh pihak-pihak yang tak senang hati dengan sistem pemilihan baru yang diperkenalkan oleh Parti Keadilan.

Semua laporan disensasikan untuk memberi persepsi buruk terhadap parti dan sistem pemilihan yang baru ini. Ada yang gatai mulut untuk turut masuk campur dalam urusan 'dalam kain PKR' dengan membuat cabaran bangang!! Yang peliknya.... tak pasal-pasal pulak dia berasa pedas??

Aha... sebagai menyahut cabaran Muhyiddin, hari ini Saifuddin telah mendedahkan siapa maloan yang membuat kacau semasa MATC PKR dulu. Tapi, Saifuddin ni bijak.... dia tak exposekan semuanya at one shot tetapi dia simpan sikit dulu. Ha... ha.. Saja nak bagi suspens.

Mula-mula dia nak bagi Muhyiddin sengal perut. Later on... mungkin dia nak bagi pualk Mat Sembab tu tercirit dan terkincit!!

Malaon yang buat kacau itu dikenal pasti melalui rakaman video. Aha... aha... Here we go!! Malaon itu ialah Razak Halili. Siapa maloan ini?? Anggota parti celam-celom. Sekejap parti itu, sekejap parti ini and then nak masuk balik parti ini tetapi dia direject. Kah... kah... kah... Barangan REJECT rupanya.

Jeng... Jeng... Jeng.... Ada seorang lagi yang lebih sensasi. Tapi, dia belum mahu dedahkan identitinya buat masa ini, sebab... mungkin bukti belum lengkap lagi. Apabila semuanya settle nanti.... kita akan tahulah siapa malaon itu. Buat masa ini, cukuplah sekadar dia bagi sikit-sikit klu dulu...

Perhaps, this will be a BIG SURPRISE for Muhyiddin. Bijak... Bijak... May be, Saifuddin is saving the best for last, kot?? So... Muhyiddin, jangan ke mana-mana, ya?? Tunggu.....

Sumber dari sini dan sini

Sodomi ala-Malaysia Boleh

Posted: 06 Oct 2010 07:12 AM PDT


Anwar liwat lagi??

Isy... betul ke ni??

Kali ini, si Rahimi dakwa kononya, dia mangsa sodomi Anwar Ibrahim.

What?? Lagi...??

Pelik... kononya diliwat lama dulu, tetapi kenapa cerita ini baru muncul kini?? Dan cerita sebegini, selalu muncul apabila ada pilihan raya?? Dulu Sayfool mengaku diliwat dekat pilihan raya kecil Permatang Pauh. Sekarang... apabila PRK Galas akan menjelma, timbul lagi cerita sodomi. But, kali ini mangsanya, si Rahimi.

Geli pulak rasa hati. Kali ini konspirasi siapa pulak la. Siapalah punya kerja ni?? Dulu punya cerita, dibangkit semula setelah tiga tahun berlalu. Mengapa dulu tidak ditimbulkan?? Mengapa dulu laporan tidak dibuat?? Aha... ini mesti ada something fishy!! Something's not right.

Dulu, dia berhenti kerja kerana nak concentrate pada perniagaan. Dia pass kerja dia pada si Sayfool. Then... dia buat SD, yang ada kaitan dengan kes liwat Anwar dalam Sodomi 11. Lepas tu, dia senyap. Tak berbunyi. Tup-tup hari ini, dia kata... dia dipaksa buat SD tu. Gila lu!! Siapa mau percaya?? Bangang!!

Kalau Rahimi dipaksa, mengapa dia diam membisu sekian lama?? Kenapa dia tak dedahkan dulu lagi? Mengapa tetiba sekarang, baru dakwa diri dia dipaksa? Tak masuk akai. Semua ini, bullshit belaka!!

Weh.... awat hang buat kerja bodoh ni sekarang?? Business hang dah tak menjadi ke?? Udah nak bankrupt ke?? Hang dah sengkek kot?? Desperate sangat, ek??

Jadi... demi survival, dia kena ler ikut nasihat Najib. Ubah gaya hidup!! Aha... ubah gaya hidup dari kelihatan sengkek kepada terus ada 'gaya' dan ada 'glamor'. Lantaran itu... terpaksalah cari jalan mudah untuk dapat duit segera. Yes...!! Satu cara yang praktikal adalah belajar dan ikut cara Sayfool. Aha... bagaimana nak jadi jutawan segera dalam sekelip mata!!

Eleh.... senang jer. Mengaku jer bontot kena sondol!! Itu bukan ke trend popular dan berkesan untuk cepat jadi kaya. Senang jer.... sebab sasarannya sudah sedia ada. Siapa?? Anwar Ibrahim!! Sekarang.... siapa pemangsa dan siapa sebenarnya jadi mangsa??

Kah... kah... kah... kah...

Sekarang, kalau ada sesiapa nak cepat jadi jutawan segera, buatlah nego dengan pihak yang berkenaan melalui dua malaon tersebut. And then, baru buat laporan polis yang kononnya ngkorang disondol oleh Anwar Ibrahim. Tetapi... before that, pastikan duit dah masuk ke dalam akaun. Jangan pakai akaun sendiri. Bahaya... Nanti orang boleh kesan. Cari proksi yang boleh dipercayai.

Sodomi pesen baru ini... tak banyak songehnya. Ngkorang boleh dakwa disondol, dulu... kini... dan in the future. Katakan saja disondol oleh Anwar Ibrahim, dia orang pasti percaya punyer!! Ghani Petai akan kata... " Ada kes. So... pendakwaan boleh dilakukan."

Inilah dia sodomi ala-Malaysia Boleh!!

Sumber dari sini dan sini

Ayooo.. Sudah talak boleh pakai loh!!

Posted: 06 Oct 2010 05:37 AM PDT


Itulah nasib orang tua. Apabila usia sudah meningkat tua, dipinggirkan begitu saja. Macam barang yang dah tak boleh pakai. Orang tak pandang lagi. Nasihatnya juga dianggap sudah ketinggalan zaman. Ha... ha... Not relevan anymore!!

Itulah nasib yang menimpa mantan presiden Gerakan, Lim Keng Yaik. Anak didiknya pun tak mahu dengar nasihat dia lagi. Memang biut betul si Koh Tsu Koon. Ketegaq...!! Tak nak dengar kata dan pandangan 'tok guru'nya. Mentang-mentanglah dia dah pencen. Segala nasihatnya pun nak di'pencen'kan juga. Alahai.. kesian the old man.

Lantaran itu, Lim Keng Yaik mengambil tindakan untuk berundur daripada menjadi penasihat kepada parti Gerakan. Tu la.... Dia dah merajuk dah!! Refer kat sini.

Si Koh Tsu Koon ni pun satu hal, tak tahu prioriti langsung. Masalah dalaman parti semakin meruncing tapi dia buat nohen jer. Tak ambil pot langsung. Dah diberi nasihat ....tetapi masih buat tak tahu. Langsung tak nak memikul tanggung jawab untuk mengukuhkan semula parti dan menjernihkan semula yang keruh. Itu namanya.... tak bertangung jawab!!

Mana tidaknya.... Dia lebih rela menghadirkan diri ke majlis MCA daripada EGM Gerakan di Pulau Pinang yang sedang bergelut dengan krisis kepimpinan. Apa punya presiden la dia ni?? Patutler mantan @ penasihat parti Gerakan, kecewa gilerr babi dengan dia. Tak boleh diharapkan.... Very disappointing!!

Ini ke rupa orang yang Najib lantik untuk duduk dalam kabinet dapur dia. Jadi menteri yang jaga KPI tetapi KPI sendiri?? Aha... KPI sendiri sebagai presiden sebuah parti yang menjadi anggota BN pun haprak, macam mana nak jaga KPI pihak lain. Tak boleh jadi.... Tak boleh jadi..

Apa-apa pun, Gerakan Wilayah Persekutuan telah sepakat mengatakan "pooraahhh" kepada Lim Keng Yaik!! Sebaliknya, mereka menyatakan sokongan kepada Koh Tsi Koon. Gerakan 'muda' menolak Gerakan 'tua'!! Baca sini. Pasti terguris lagi ler, hati orang tua tu!!

Namun demikian, perletakan jawatan Lim Keng Yaik sebagai penasihat parti telah ditolak oleh jawatan kuasa pusat parti itu. Baca juga di sini. Tetapi, semalam... dalam berita di TV, aku ada terdengar Lim Keng Yaik kata, keputusan dia adalah final. Dia tak akan berganjak dengan keputusannya. itu.

Fuuhhh.... Merajuk dan kecewa sakan orang tua tu!! Susah nak pujuk kalau orang tua dah merajuk. Apa-apa pun, kita tunggu dan lihat senario seterusnya, sama ada Lim Keng Yaik akan buat U-Turn atau kekal mengundurkan diri.

Tunggu.....

Syuuhhhh!! No undi, boleh pergi!!

Posted: 05 Oct 2010 08:30 PM PDT


Alahai... Arman Azha Abu Hanifa
Ha... ha... ha... ha...
Busuk punya orang!!
Si songkok tinggi bikin orang geli hati
Beri sokongan...
Malangnya orang tak sudi

Kah.. kah... kah... kah...
Sokong... tapi tak boleh mengundi
Tak ke gilerr babi??
Merapu meraban mamat ni!!

Sokongan yang tak bawa apa-apa erti
Bukan ahli pun...
Tapi sibuk ambil pot urusan orang
Eleh... no undi,
So... mampuih pi la!!
Syuuhhh!! Syuuuhhh!!
Jangan menyibuk di sini!!

Weh oi... Usah dilayan orang gilerr babi ni
Gilerr glamor, nak cari publisiti...

Bersongkok tinggi... Ciitt!! Busuknya hati!!
Kerja dia jadi batu api
Laga-lagakan... orang itu orang ini
Terutama sekali....
Mustafa dan Azmin Ali

Usah komer layan malaon ini
Suruh jer dia jaga tepi kain dia sendiri
Or, better still...
Suruh dia mampuih pi!!
End of the story...

Ceritanya di sini dan sini

RPK membebel, Muhyiddin naik syok!!

Posted: 05 Oct 2010 05:00 PM PDT


Raja Petra sekali lagi bikin ramai yang teruja dengan kenyataannya yang sensasi. Kata duanya kepada Pakatan Rakyat telah menjadi percakapan orang.

Kalau sekali dengar, macam Raja Petra kecewa gilerr dengan Pakatan Rakyat hingga sanggup untuk menarik balik sokongannya kepada Pakatan Rakyat. Kalau tarik balik sokongan.... nak bagi pada siapa pulak?? Pada UMNO/BN?? Tak payah....

Apa-apa pun... kenyataannya ini telah menyeronokkan pihak UMNO/BN. Seronok giler mereka. Pelbagai kenyataan dibuat, pelbagai andaian dibuat. Terkini... yang naik syok dengan kenyataan RPK ialah Muhyiddin Yassin. Baca di sini.

Dia siap suruh rakyat buka mata, fikir dan ambil iktibar tentang apa yang RPK katakan.... kerana kononnya, banyak dalam kalangan penyokong pembangkang sudah hilang keyakinan terhadap Pakatan Rakyat khususnya PKR. Aha.... ya ler tu. Syok sendiri!!

Weh... apakah sekiranya RPK hilang keyakinan pada Pakatan Rakyat, maka rakyat juga mesit hilang keyakinan sama. Dia tak nak sokong.... dia punya pasal ler. RPK is RPK dan rakyat is rakyat.

Atau.. mungkinkah RPK sengaja 'jolok' untuk tengok reaksi para pemimpin UMNO/BN?? Apakah dia cuma main wayang jer... Mungkin ada muslihat di sebalik kecaman dan ancaman. Possibiliti itu tetap ada. Ini politik, kan?? Aha... real politik!!

Yang dipertikaikannya ialah manifesto Pakatan Rakyat yang tidak ditunaikan. Sedangkan semua orang tahu... yang kekangan dan halangan daripada kerajaan pusat menyukarkan Pakatan Rakyat untuk memenuhi semua janji-janjinya. Tetapi.... apa yang penting, mereka dah buat yang terbaik dalam keadaan tangan mereka terikat.

Takkanlah RPK sebodoh itu untuk membuat kecaman dan ancaman melulu. On the other hand... rakyat pun taklah sebangang itu untuk menjadi pak turut pada Raja Petra. Ada akai, fikir.. Jangan cepat melatah dan jangan cepat mengalah. Sebaliknya, terus istiqamah.

Jadi... tanggapan Muhyiddin yang mengatakan rakyat sudah hilang keyakinan pada Pakatan Rakyat dan para pemimpinnya dengan hanya bersandarkan kenyataan Raja Petra, adalah tidak berasas sama sekali. Satu tanggapan bangang yang menunjukkan betapa bangangnya dia!!

Well... bagi rakyat yang bencikan UMNO/BN, matlamat mereka cuma satu, iaitu UMNO/BN mesti dikalahkan!! Dan... alternatif kepada UMNO/BN ialah Pakatan Rakyat. Walau pun Pakatan Rakyat tidak 100% perfect, tetapi apa lagi pilihan yang rakyat ada. Pakatan Rakyatlah satu-satu harapan kita.

Cuma... apa yang diharapkan ialah Pakatan Rakyat akan bertambah matang dan dapat merubah segala kepincangan pada sistem yang ada sekarang kepada yang lebih baik.

Jadi, pedulikan apa yang mereka nak katakan tentang Pakatan Rakyat. Ia mesti terus diberikan sokongan dan kepercayaan menggalas tanggung jawab untuk membawa kita ke Putrajaya. Bersatu.. kita teguh!! InsyaAllah... selepas PRU 13, Putrajaya kita punya!!

Tiada ulasan: