MIMPI SENJA |
- Kuasa rakyat tentukan Warisan Merdeka
- Desakan pinda Perkara 153, Orang Asli disekat masuk ke Parlimen
- PKR tanding di Batu Sapi
- Jais intip 5 artis maksiat
- Umno dipersimpangan
- Janji di Manek Urai belum tertunai
- 20 gerai musnah dalam kebakaran di Chow Kit
- hahahaha ... kos Istana Negara baru naik lagi ...dah jadi RM935.5 juta ... banyak oooiiii
- Memorandum minta DSAI undur : Penjelasan Ketua AMK P. Pinang
- ... lagi kerja puak HARAMJADAH ... lantik syarikat yang tak ada alamat untuk projek multi-billion ringgit
- The Malaysian Insider hina institusi diraja - JMM
- ... tanda-tanda kejatuhan empayar Najib ... kami akan mendoakannya - DSAI
- Najib tolak bonus kakitangan tapi sanggup bina menara 100 tingkat
| Kuasa rakyat tentukan Warisan Merdeka Posted: 18 Oct 2010 11:03 PM PDT ![]() Bagi membuktikan bahawa bantahan mereka ke atas pembinaan Warisan Merdeka yang sehingga 100 tingkat itu bukan tanpa asas yang kukuh, sekumpulan ahli parlimen DAP membawa wartwan ke tapak lokasi berkenaan hari ini. Bermula dari bangunan Persatuan Bolakeranjang Amatur Malaysia (MABA), kira-kira 15 wartawan dibawa melihat persekitaran yang juga membabitkan bangunan Stadium Negara dan Stadium Merdeka yang bersejarah itu. Lima ahli parlimen itu kemudiannya mengadakan sidang media mereka bagi menghuraikan mengapa projek berkenaan bakal membebankan rakyat. Menurut MP Bukit Bintang, Ong Kui Loon, jalan-jalan yang sempit dengan kehadiran lima sekolah di kawasan itu selama itu telah memburukkan lagi masalah lalu lintas di kawasan berkenaan. Katanya, dengan siapnya projek Warisan Merdeka, keadaan lalu lintas di sini akan menjadi lebih bercelaru. MP Segambut Lim Lip Eng pula berhujah projek itu belum diluluskan memandangkan tiada papan tanda pengumuman projek daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Ia pra-syarat utama sebelum sesuatu projek diumumkan. "DBKL mesti menaikkan papan tanda dan umumkan projek. Selepas itu mesti ada tempoh bantahan bagi orang ramai menyuarakan pendapat dan komen," kata Lim. Katanya, ini bagi membolehkan rakyat menentukan sama ada mereka mahukan projek itu ataupun tidak serta alasan mengapa mereka berbuat demikian. "Kami di pihak pembangkang telah membuat kenyataan berhubung pendirian kami tetapi kerajaan mendakwa kami hanya mempolitikkan isu berkenaan. Jadi sekarang kami mahu menggunakan kuasa rakyat," kata Lim lagi. MP Cheras Tan Kok Wai juga mempersoalkan rasional mengapa Malaysia memerlukan bangunan pencakar langit lagi. "Tiada bandaraya yang hebat hanya dibuat dengan bangunan pencakar langit sahaja. "Adalah lebih baik kriteria lain digunakan seperti menjamin sistem keselamatan yang baik serta membekalkan sistem pengangkutan yang cekap," katanya. MP Kepong, Dr Tan Seng Giaw juga sependapat dengan rakan-rakannya dan berkata peruntukkan RM5 bilion untuk menara itu sepatutnya dibelanjakan untuk memperbaiki perkhidmatan pengangkutan awam di ibu negara . "Tidak dinafikan ada yang akan dapat manfaat daripada menara itu, antaranya sebagai contoh mereka yang akan ada pejabat di situ tetapi bilangan mereka terhad. "Sebagai kontras, wang itu jika dibelanjakan untuk meningkatkan perkhidmatan penagngkutan awam akan membawa manfaat kepada lebih ramai orang," hujah Tan. Bagi MP Seputeh Teresa Kok pula projek Warisan Merdeka itu menimbulkan pelbagi persoalan kerana ia dirancang secara tergesa-gesa tanpa perbincangan lanjut. Katanya, contoh seperti beberapa projek di kawasan parlimennya di Seputeh. Ahli-ahli parlimen Pakatan menganggap pembinaan berkenaan sebagai projek 'gajah putih' dan berulangnya projek-projek mega yang membazirkan seperti dijalankan semasa zaman bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad - mkini |
| Desakan pinda Perkara 153, Orang Asli disekat masuk ke Parlimen Posted: 18 Oct 2010 10:11 PM PDT Seramai 28 pemimpin Orang Asli hari ini disekat oleh polis di pintu masuk bangunan Parlimen walaupun mereka masing-masing telahpun membuat permohonan rasmi untuk mengikuti perbahasan Bajet 2011. Menurut pegawai khas kepada Datuk Kamarul Baharin Abbas, - Muhammad Faizal Zakaria, rombongan Orang Asli itu sepatutnya dibenarkan masuk kerana ahli parlimen Telok Kemang itu sendiri yang membuat permohonan berkenaan minggu lalu. Lagipun, katanya hak mereka sebagai rakyat Malaysia tidak wajar dinafikan oleh pihak parlimen dan polis. Difahamkan mereka yang terbabit merupakan pemimpin daripada Badan Bertindak Tanah Orang Asli Selangor. Dari memo yang dihantar, pengerusi badan itu, Simpan Suda mendesak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membawa usul tergempar pagi ini supaya ditambah perkataan Orang Asli di dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Menurut memo itu, Peruntukan 153 yang sedia ada hanya mengiktiraf hak keistimewaan Melayu, Bumiputera Sabah dan Bumiputera Sarawak sahaja. Sedangkan memo tersebut menjelaskan bahawa kedudukan Orang Asli Semenanjung Malaysia tidak diiktiraf walaupun halikatnya mereka juga adalah penduduk asal negara ini. Badan bertindak itu berjanji untuk menggembleng sokongan seluruh suku Orang Asli Semenanjung Malaysia sekiranya Anwar bersedia memperjuangkan beberapa hak mereka yang selama ini dinafikan oleh Umno BN. Hak-hak yang dimaksudkan, menurut memo itu lagi adalah: 1. Pemberian hak milik tanah kepada setiap Orang Asli meliputi 10 ekar tanah pertanian, satu per empat ekar tanah untuk tapak rumah serta seekar tanah dusun sebagaimana yang diterima oleh rakyat yang menyertai rancangan Felda. 2. Pewartaan tanah-tanah komunal oleh kerajaan-kerajaan negeri berkenaan seperti Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Perak, Kelantan, Kedah, Terengganu dan Pahang sebagaimana yang diperuntukkan dalam Seksyen 62, Kanun Tanah Negara. 3. Pewartaan tanah Orang Asli di bawah Akta Orang Asli, 1954 dengan memberi hak kebebasan tanpa had kepada mereka untuk mencari sumber melebihi kawasan tanah komunal yang sedia diwartakan. 4. Bagi Orang Asli yang hidup secara nomad dan separa nomad turut diberikan hak untuk mencari makanan serta menikmati pendidikan vokasional tidak terbatas pada had masa dan sebarang sekarang. 5. Peranan dan fungsi Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) yang selama ini gagal mempertahan hak Orang Asli Semenanjung Malaysia mesti dikaji dan dibongkarkan sekiranya Pakatan Rakyat memerintah selepas pilihan raya umum ke-13 kelak. Sebagai contoh, hanya 10 peratus hingga 15 peratus sahaja jawatan di JHEOA diisi oleh Orang Asli Semenanjung Malaysia sedangkan tuntutan asal mereka adalah 80 peratus. 6. Memperjuangkan Hari Orang Asli Sedunia pada 8 Ogos sebagai cuti umum di Malaysia. - mkini |
| Posted: 18 Oct 2010 09:52 PM PDT KUALA LUMPUR, 19 Okt — Pakatan Rakyat mengesahkan ia akan menurunkan wakil PKR bertanding di Batu Sapi pada pilihan raya kecil dan akan berusaha memujuk Parti Maju Sabah (SAPP) agar tidak turut bersaing. Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pihaknya berpendapat bahawa SAPP tidak perlu meletakkan calonnya di Batu Sapi bagi membolehkan pertarungan satu lawan satu membabitkan Barisan Nasional. "Kami berharap SAPP tidak akan bertanding," kata beliau pada sidang media di bangunan Parlimen pagi ini. PKR tidak bertanding di kerusi Parlimen Batu Sapi Mac 2008 walaupun kerusi itu diperuntukkan kepada parti itu. - TMI MENYUSUL LAGI |
| Posted: 18 Oct 2010 05:43 PM PDT PUTRAJAYA: Lima artis terkenal dalam perhatian khas Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan menjadi 'senarai keutamaan' individu yang bakal dicekup kerana disyaki terbabit dengan kegiatan maksiat, berkhalwat dan berjudi. Lima artis membabitkan empat wanita dan lelaki berusia 20-an hingga 30-an itu menjadi perhatian utama Jais selepas banyak aduan dibuat orang awam secara berterusan mengenai salah laku mereka. Mendedahkan perkara itu, Penolong Pengarah Bahagian Perancangan dan Strategik Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Shahrom Maarof berkata, pihaknya menerima banyak maklumat serta aduan mengenai lima artis terbabit sejak beberapa bulan lalu. Menurutnya, berdasarkan aduan diterima serta pemantauan dilakukan Jais, pihaknya mengenal pasti lokasi sarang maksiat artis terbabit dan menunggu masa sesuai mencekup mereka. "Mengikut maklumat yang kami ada, seorang daripada artis wanita terbabit berusia 30-an dikatakan selalu membawa balik teman lelakinya yang juga suami orang ke rumahnya sejak lebih dua bulan lalu. "Kegiatan sama juga dilakukan artis wanita lain yang selalu membawa kekasih ke rumahnya terutama selepas jam 10 malam. Tindakan seperti menimbulkan rasa kurang senang jiran tetangga hingga mendorong mereka membuat aduan kepada Jais," katanya. Shahrom berkata, artis lelaki terbabit pula menjadi sasaran Jais kerana sering berjudi dan aduan diterima jabatan itu bukan saja daripada orang awam yang tidak mahu bersubahat dengan salah laku artis itu, tapi juga anggota keluarganya yang kecewa dengan tabiat buruknya. Menurutnya, biarpun Jais mempunyai maklumat dan bukti yang cukup untuk menahan lima artis terbabit, pihaknya mengalami sedikit kesukaran membuat serbuan kerana kawasan tempat tinggal mereka berstatus agak mewah serta dilengkapi kawalan keselamatan. "Kebiasaannya, individu yang melakukan maksiat termasuklah lima artis ini sudah membuat pakatan dengan pengawal keselamatan agar mereka diberitahu lebih awal apabila kami membuat serbuan supaya mereka dapat meloloskan diri. "Bagaimanapun, kami tidak boleh putus asa, sebaliknya ada strategi tersendiri untuk melaksanakan tugas kami demi memastikan segala jenis kegiatan maksiat dibanteras, termasuk yang dilakukan golongan artis," katanya. Pada masa yang sama, Shahrom tidak menolak kemungkinan lebih ramai lagi artis yang melakukan kegiatan tidak bermoral termasuk menjadikan kelab eksekutif dan pusat hiburan tertentu sebagai markas melakukan maksiat. Menurutnya, dalam hal ini, kerjasama orang awam agar tampil membuat aduan penting bagi memastikan kegiatan artis terbabit dapat ditangani segera. "Sebenarnya, apa yang kami lakukan bertujuan memberikan pengajaran kepada pelaku maksiat termasuk artis supaya tidak melakukan perbuatan itu. "Sebagai individu yang menjadi perhatian ramai dan ada kelompok peminat tersendiri artis sepatutnya menunjukkan akhlak baik dan bukannya melakukan perbuatan yang merendahkan martabat mereka," katanya. Beliau berkata, individu yang melakukan kesalahan khalwat akan disiasat mengikut Sekyen 29(1a), Enakmen Jenayah Syariah Selangor dan yang terbabit dengan judi pula disiasat mengikut Seksyen 17(1) enakmen sama. - metro |
| Posted: 18 Oct 2010 05:29 PM PDT ANALYSIS, Oct 19 — A party in continued flux since the election debacle of 2008, Umno party president Datuk Seri Najib Razak made a reminder leading up to its general assembly today that it requires a "new political model" to survive and keep leading the nation.Umno — like what other post war Asian political parties, primarily Japan's LDP, India's Congress Party and Taiwan's Kuomintang experienced — faces the need to makeover. Those Asian parties found support eroding after starting with massive public support and legitimacy for decades. These leaders of independence or formation were focussed on social and economic development. Not dissimilar to Umno, they stayed in power uninterrupted, and in time became conceited, arrogant and corrupted organisations developing an institutional self-interest. While these giants have had mixed fortunes subsequently, Umno's turn to stare into horizon for its own future has arrived and that's why Najib says a new political model is paramount. The old development model of politics of dispensing development dollars in return for votes is struggling, as the results of Election 2008 shows. While the formula still holds sway in depressed rural Sabah and Sarawak, where the dollar is king in getting votes and keeping the ruling elite in line, it is rapidly expiring in Peninsular Malaysia. In urban and semi-urban centres, the Malays who have been Umno's bedrock of support have turned to Pakatan Rakyat's clarion call for change. They wanted meaningful changes — less corruption, more accountability and transparency, irrespective of race, creed or religion. No more Malays vote Umno to be "protected" from non-Malays in urban areas. Umno's decline in Kedah, Selangor, Perak and Penang underlined that shift. Even in Umno's bastions of Johore and Malacca, the winning majorities of its leaders were slashed compared to their sterling performance in 2004. Sabah and Sarawak stuck by Umno, and which is why every budget since has emphasised Borneo with development allocations. Like its Asian counterparts, Umno faces the old equation — how best to survive the new political paradigm where voters see development as a right and not a bequest from the political elite. Being grateful is no longer part of the modern political ethos. Political parties that still expect "gratitude" in return for putting a bridge across the river are living in the past. Some Umno leaders know this but most are still trapped in the old "development-gratitude" paradigm. "We not only need a New Economic Model, we might also need a New Political Model," Najib said when launching an Umno Club for retired senior government officers at his official residence Seri Perdana on Saturday. Najib, the Umno president, also said the strategy of "politics of development" is no longer effective. ""The reason why people are rejecting political parties that have contributed a lot over the years is because of parties that did not change. They are seen as rigid and not dynamic," he said. "However, if we change and are seen as a fresh and dynamic party, God willing, the people's support for us will continue into the future," he concluded. Najib a good track record no longer a "guarantee that that party would continue to remain in power." He hastened to add that any new "political model" would not change the aims Umno's original struggle. So there it is — recognition that development aid no longer buying political support as it use to do, that voters are less dependent and more independent and more confident that they can manage without development aid. In the 1970s the government had even refused to tar roads in constituencies in Selangor that had voted opposition. In 1985 Barisan/Berjaya's Datuk Harries Salleh removed zinc, wood and cement that had been brought in as development aid during the 1985 Tambunan by-election won by Datuk Pairin Kitingan. These are extreme examples of how the government in the past had used development aid as a tool to secure the vote. Umno therefore is at a crossroads — development politics is not delivering in Malaysia or elsewhere in Asia — therefore a new political model is needed for Umno to win public support and legitimacy from primarily the Malays and from Malaysians - TMI |
| Janji di Manek Urai belum tertunai Posted: 18 Oct 2010 05:08 PM PDT M Faqih PENDUDUK di kampung Manek Urai hairan tiba-tiba dua papan iklan projek Barisan Nasional (BN) didirikan berhampiran jambatan menuju ke Kampung Manek Urai Lama. Pada awalnya hanya di sebelah kampung baru dipasang papan tanda projek tertera gambar dacing. Tidak lama kemudian dipasang pula papan projek BN di Kampung Manek Urai Lama. Namun papan tanda yang didirikan di Kampung Manek Urai Lama tidak tertera nama kontraktor, sedangkan di kampung baru ada nama kontraktor iaitu Salabumi (M) Sdn Bhd. Kata orang kampung mengapa seperti tergesa-gesa sangat sehingga ada kepincangan di sana-sini. Lebih mengelikan lagi apabila rumah kontena pula diangkut ke tanah milik penduduk tidak jauh dari jambatan sedia ada Sabtu lepas. Kemungkinan besar pemilik tanah tersebut pun belum dimaklumkan mengenai penggunaan tanahnya dijadikan tapak pejabat kontraktor. Lebih menghairankan segala permohonan ke Pejabat Tanah dan Jajahan Kuala Krai bagi pengambilan tanah belum dibuat sehingga sekarang. Malah difahamkan cadangan projek berkenaan juga tidak dibawa ke pejabat JKR Kuala Krai. Menurut sumber mesyuarat mengenai cadangan membina jambatan baru yang dijanjikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin Julai 2009 dibincang pada mesyuarat di JKR Kesedar di Tanah Merah semalam. Perbincangan itu katanya hanya melibatkan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) dan JKR Kesedar. Adun Manek Urai, Mohd Fauzi Abdullah berkata, jelas kelihatan projek jambatan baru di Manek Urai dibuat dalam keadaan tergesa-gesa sehingga kelihatan banyak kecacatan. "Orang kampung sedar pada awalnya papan tanda projek pembinaan jambatan tidak dilekatkan nama kontraktor, tetapi beberapa hari kemudian baru ditampal. "Penduduk yang tinggal berdekatan dengan projek pun belum diberitahu pengambilan tanah yang akan dibuat. Ini betul-betul projek mee segera kerana pilihan raya kecil di Galas," katanya di sini. Bagaimanapun kata beliau sekiranya projek itu benar-benar menjadi kenyataan, ia dapat memberi keselesaan kepada penduduk kerana jalan di atas jambatan menjadi dua lorong. Namun hairannya mengapa baru ketika kehangatan kempen pilihan raya di Galas JPP tergesa-gesa mahu memberitahu penduduk janji membina jambatan baru tetap ditunaikan. Agak melucukan juga cadangan pembinaan kompleks sukan di Manjor yang disebut menteri sudah siap 20 peratus, rupa-rupa baru diratakan tanah. Kerja-kerja menyodok pula baru dilakukan seminggu dua ini. Jauh sekali untuk sampai 5 peratus. Bahan-bahan binaan seperti kayu atau besi pun tidak kelihatan. Ini keanehan yang dipamerkan Umno dalam suasana menghadapi pilihan raya kecil Galas. Belum sempat segala janji di Manek Urai menjadi kenyataan tiba-tiba dinukil pula janji baru di Gua Musang. Projek perumahan rakyat bernilai RM300 juta ditabur pula di Gua Musang. Projek itu dijangka akan dilancarkan Timbalan Perdana Menteri pada 24 Oktober ini. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerjaraya, Utiliti, Alam Sekitar, Mejar (B) Md Anizam Abdul Rahman berkata, sebelum menabur janji-janji baru lebih baik kerajaan pusat mempercepatkan pembinaan jambatan Sultan Yahya kedua yang sudah melewati tempoh. Isu yang cuba digimikkan di Gua Musang hanya terbeban di bahu pengarah pilihan raya BN di Galas, Tengku Razaleigh Hamzah. Banyak pihak hairan dengan kemunculan Ku Li secara tiba-tiba. "Mengapa tiba-tiba baru sekarang pemimpin tertinggi Umno mahu cari Tengku Razaleigh Hamzah," tulis veteran Umno, Tan Sri Abdullah Ahmad dalam sebuah akhbar baru-baru ini. Abdullah juga menulis seorang pegawai tadbir memberitahunya, dahulu Umno berpeluang baik tetapi perkembangan muktahir dalam situasi Kelantan nampaknya tidak memihak kepada Ku Li dan Umno. Ku Li galas beban Umno ... di sini |
| 20 gerai musnah dalam kebakaran di Chow Kit Posted: 18 Oct 2010 08:56 AM PDT KUALA LUMPUR, Oct 18 – Some 20 stalls at the Chow Kit wet market here were razed in a fire that broke out at 9pm today. However, no casualties were reported. Kuala Lumpur Fire and Rescue assistant director (Operations) Azizan Ismail said firemen arrived within four minutes and put down the blaze about an hour later. "The cause of the fire is still being investigated but a witness said he saw the fire start at stall selling frozen meat. While fighting the fire, a small explosion also came from a fridge at the stall. "This led us (firemen) to take precautions against ammonia poisoning," he told reporters at the scene. He added that the quick action by his men prevented the fire from spreading to 30 other stalls. Losses were estimated to run in the thousands of ringgit. – Bernama MS: PESANAN KHIDMAT MASYARAKAT ... ahahaahahaaaaaaaa ........ Nak pesan kepada semua. Mulai esok sampai Ahah ni kalau boleh elakkan lah diri anda pergi ke Chow Kit. Mulai esok ahli umNO akan 'control' Chow Kit ... hahahaha . Depa mai makan angin di PWTC, dibawa 'free' oleh bahagian masing-masing, orang kata meramaikan majlis. Ada yang tak masuk dewan pun ada sebab sibuk shopping ... hahaha. Orang tanya nak pi mana, depa jawab pi KL, pi persidangan umNO, tapi sampai di KL depa sibuk shopping, tak masuk dewan pun hahahaha ... tau sangat dah. Dan orang luar yang ada perancangan nak mai KL jangan nak pi cari hotel sekitar atau berdekatan Chow Kit, semua dah penuh dengan geng-geng umNO, termasuk hotel 'ayam' hahahaha - |
| hahahaha ... kos Istana Negara baru naik lagi ...dah jadi RM935.5 juta ... banyak oooiiii Posted: 18 Oct 2010 05:54 AM PDT KUALA LUMPUR, Oct 18 – Putrajaya has approved a further RM147 million for the new Istana Negara, more than double the initial bill of RM400 million to RM935 million for the palace along Jalan Duta. In a written reply to Lim Lip Eng (DAP-Segambut) in Parliament today, Works Minister Datuk Shaziman Abu Mansor explained that the additional allocation was to bear costs that were not included in the original contract which was set at RM650 million. They include costs to increase the palace's security system, capital contribution payments to utility companies and interior decorations. "The contract cost for the construction of the Istana Negara complex on Jalan Duta on a 100,000 square feet area was set at RM650 million. "However, this cost did not include several other components of the project, which should be taken into consideration for the full completion of the palace," he said. With the RM147 million injection, added Shaziman, the total cost of the palace would balloon from RM650 million to RM797 million. However, this does not include the construction costs for access roads into the new palace. Shaziman said that that original estimate of the RM130 million flyover to the complex from Jalan Duta had now dropped to RM106 million while upgrading works on Jalan Changkat Semantan remained at RM32.5 million. As such, the total cost for the construction of the palace complex and the access roads would rake up the bill for the new palace to a whopping RM935.5 million. In 2006, former Works minister Datuk Seri S. Samy Vellu had said that the new palace would only cost RM400 million. Shaziman said today however that the operational and management costing for the entire project would only be completed by next June 30. The controversial Istana Negara project has been continuously used as a bone of contention between lawmakers across the political divide. Recently, Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim charged that an unlicensed "dormant" company was appointed as contractors for the complex. He claimed that the Maya Maju (M) Sdn bhd construction firm had won the contract from the Works Ministry despite being unlisted and not registered under the Construction Industry Development Board (CIDB). A check with the Companies Commission of Malaysia had revealed that the company was defined as "dormant" as it did not conduct any businesses, had no prior track record or experience in the construction business, he had said. Maya Maju, he added, was only registered as a construction company on August 2008, long after it obtained the contract to build the palace in October 2007. He also claimed that the company was owned by the former treasurer of Umno Merbok. [TMI] MS : Pasai tu ramai nak masuk umNO nak jadi kontraktor, nak dapat projek macam ni la ... kah kah kah ... rakyat dapat apa? hahaha ... |
| Memorandum minta DSAI undur : Penjelasan Ketua AMK P. Pinang Posted: 18 Oct 2010 05:20 AM PDT Ketua Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang, Amir Md Ghazali menafikan seramai 60 ahli AMK negeri itu dan juga Perak terlibat dalam penyerahan memorandum kepada Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa hari penamaan calon di ibu pejabat parti Sabtu lalu. Malah beliau menyanggah dakwaan 60 individu yang mengaku ahli AMK sebagai satu pembohongan dan fitnah yang sengaja direkacipta. "Jumlah yang dilaporkan oleh media adalah tidak logik sama sekali. Berdasarkan siasatan yang dilakukan oleh AMK Pulau Pinang, kita mendapati hanya lima sahaja individu yang terlibat dan bukannya 60 orang. "Mereka ini pula adalah ahli yang telah dipecat. Salah seorang dari mereka adalah anak kepada petugas bekas Ahli Parlimen Bayan Baru yang masih setia dengan Ahli Parlimen tersebut, " kata Amir ketika ditemui pada majlis meraikan 105 jemaah haji oleh Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di sini semalam. Kata Amir lagi, provokasi yang dilakukan ini adalah sebagai satu helah untuk meraih sokongan masyarakat menjelang pilihan raya kecil Galas dan Batu Sapi. "AMK Pulau Pinang begitu kesal dengan tindakan pihak tersebut yang sengaja menggunakan nama AMK dengan niat jahat dan berbentuk provokasi semata-mata memberi pandangan serong terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Kami AMK Pulau Pinang, tetap menyokong dan berdiri teguh dibelakang Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana yakin dengan kredibiliti dan kepimpinan yang dibawa oleh beliau kearah reformasi politik baru dalam negara ini, " ujar beliau lagi. Sehubungan itu tindakan tegas akan diambil selepas ini bagi mempertahankan nama baik AMK Pulau Pinang dari terus dicemari dan dipermainkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab serta mempunyai kepentingan politik yang didalangi oleh pihak tertentu. Sementara itu Ketua Cabang Bayan Baru yang baru YB Sim Tze Tzin menulis dalam FB nya - Pengkhianat Zahrain cuba buat kecoh lagi. Dia hantar Nor Hilmi Ismail, hentam Anwar Ibrahim. Hilmi anak Ismail (Kerang) Ali, Personal Assistant Zahrain. Taubatlah Zahrain! |
| Posted: 18 Oct 2010 03:27 AM PDT MS: Haramjadah-haramjadah kat atas tu, hangpa memang buat kerja haramjadah, macamana benda ni boleh jadi ni ... bini rosmah tolong jawab sat ... Kerajaan mengambil risiko besar dengan melantik syarikat baru 1Malaysia Pembangunan Berhad (1MDB) sebagai pemaju hub bernilai muti-bilion ringgit, kata Ktua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dalam ucapan perbahasannya mengenai Bajet 2011 di Dewan Rakyat, Anwar berkata IMDB baru berusia tidak sampai setahun dan tidak mempunyai rekod prestasi untuk membuktikan ia mampu mengendalikan Daerah Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur yang dianggarkan membabitkan kos RM26 bilion. Anwar mengingatkan Dewan Rakyat bahawa syarikat berkenaan berkaitan dengan jutawan Low Taek jho, yang lebih dikenali sebagai jho Low, menakala latar belakang syarikat itu juga meragukan. "Saya tidak cemburu Jho Low menghabiskan masa dengan Paris Hilton, tetapi hakikatnya, selepas menyemak dengan Suruhanjaya Syarikat, 1MDB tidak mempunyai alamat perniagaan dan tidak ada juruaudit dilantik," katanya. Anwar berkata, turut meragukan ialah ketua pegawai eksekutif syarikat tersebut hanya hanya melaporkan pada Okt 12, bahawa mereka membuat keuntungan RM425 juta, hanya beberapa hari sebelum bajet dibentang. Oleh itu, beliau mempertikaikan bagaimana kerajaan boleh meluluskan syarikat berkenaan mengendalikan projek berkepentingan nasional seperti itu - mkini |
| The Malaysian Insider hina institusi diraja - JMM Posted: 18 Oct 2010 03:16 AM PDT Sekurang-kurangnya 10 orang daripada pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) berkumpul membantah laporan portal berita The Malaysian Insider yang didakwanya menghina institusi diraja. Sehubungan itu, mereka mendesak pihak berkuasa supaya mengambil tindakan menutup portal berita tersebut. Mereka berkumpul selama kira-kira lima minit di perkarangan bangunan Wisma UOA, Bangsar yang menempatkan pejabat The Malaysian Insider. Perhimpunan yang diketuai yang dipertua JMM, Azwandin Hamzah, turut mendesak supaya polis menahan tiga individu yang didakwa sebagai pengasas portal berita berkenaan. Katanya, sekiranya polis boleh menahan beliau apabila cuba mengadakan perhimpunan yang sama minggu lalu, individu berkenaan juga boleh ditahan dan disiasat. Azwandin berkata, beliau telah membuat laporan polis berkenaan tindakan laman tersebut yang mengeluarkan berita yang didakwa menghina institusi diraja. Dalam perhimpunan yang bermula pada kira-kira jam 4.35 petang itu, mereka turut melaungkan slogan seperti "tangkap Kalimullah" dan "The Malaysian Insider tali barut" Azwandin juga bercadang mengumpulkan sehingga 5,000 orang untuk membuat bantahan selanjutnya jika pihak berkuasa tidak mengambil tindakan terhadap laman berkenaan. |
| ... tanda-tanda kejatuhan empayar Najib ... kami akan mendoakannya - DSAI Posted: 18 Oct 2010 01:19 AM PDT KUALA LUMPUR, Oct 18 — Datuk Seri Anwar Ibrahim attacked the Najib administration for going down the mega projects track to boost the economy, saying BN's obsession with "grandeur" marks its imminent fall."The government's excitement to display grandeur, that will be the sign of the fall of their empire. We will pray for this," the Opposition Leader told the august House in his debate speech on Budget 2011 in Parliament this morning. Opposition lawmakers in the House thumped on their tables in rapturous response. "This rush for symbolic mega projects, supposedly to portray pride for the country, is being repeated now under the present Prime Minister "Here I would like to question the wisdom of Permodalan Nasional Bhd's order from the government to involve itself in mega projects," he said. Anwar was referring to the 100-storey Warisan Merdeka skyscraper proposal by the government which is expected to cost over RM5 billion for construction. When completed, it is to be the tallest building in Malaysia, surpassing even the Petronas Twin Towers. Prime Minister Datuk Seri Najib Razak had unveiled the government's plans for the structure when tabling Budget 2011 last Friday, along with a slew of other mega-projects set to stimulate the country's economy. "The construction cost of the Twin Towers already took about RM6 billion. This is not inclusive of the land cost of RM900 million, KLCC park RM200 million, the Petronas Philharmonic hall RM500 million and the district cooling gas plant RM300 million. "The total cost was more than RM10 billion and even then, it is not inclusive of the maintenance cost of RM250 million annually. Is this a pride of the nation? Do we need another 100-story tower in Malaysia?" he questioned. The RM5 billion proposed for Warisan Merdeka project, Anwar pointed out, could go for the construction of at least 1,667 more schools, at a cost of RM3 million each. "But no, that is not important. What is more important is this show of grandiose," he jibed. - TMI |
| Najib tolak bonus kakitangan tapi sanggup bina menara 100 tingkat Posted: 17 Oct 2010 11:38 PM PDT KUALA LUMPUR, 18 Okt: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (gambar) menasihatkan Datuk Seri Najib Tun Razak supaya mengambil pengajaran daripada kezaliman pemerintahan Firaun yang zalim.Perdana Menteri dinasihatkan demikian kerana sanggup mengetepikan tuntutan bonus dua bulan gaji oleh 1.2 juta kakitangan awam walhal dalam masa yang sama bercadang membina bangunan Menara Warisan. "(Bajet 2011) tidak sanggup berbelanja RM3.1 bilion (bonus sebulan), tetapi kerajaan boleh mengeluarkan RM5 bilion untuk bina bangunan 100 tingkat," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bagan pagi tadi di lobi Parlimen. Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, rancangan membina menara tersebut seakan mengulangi sejarah Tun Dr. Mahathir Mohammad, bekas Perdana Menteri membina Menara Berkembar Petronas setinggi 88 tingkat. Menurut beliau, kerajaan sepatutnya mengutamakan kebajikan rakyat dari membina projek-projek mega yang nyata memberi kepentingan kepada kroni-kroni tertentu. Lim menyuarakan rasa yakin bahawa kakitangan kerajaan di Pulau Pinang lebih rela menerima bantuan kewangan dari projek mega tersebut. "Kalau rakyat Pulau Pinang, mereka lebih rela terima RM100 bantuan daripada kerajaan negeri dari terima bangunan 100 tingkat," beliau menambah. Beliau turut mendakwa Bajet 2011 yang dibentangkan Najib itu suatu belanjawan yang tidak mengutamakan rakyat dan pembaziran yang nyata bertentangan dengan Islam. Jumaat lalu, Najib ketika membentangkan Bajet 2011 mengumumkan kakitangan kerajaan hanya mendapat RM500 Bantuan Khas Kewangan. Najib sehari kemudian berkata, sekiranya pentadbirannya memberi RM3.1 juta kepada 1.2 juta kakitangan awam, kerajaan akan menanggung perbelanjaan yang lebih besar. -[HD] |
| You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |




Tiada ulasan:
Catat Ulasan