Rabu, 13 Oktober 2010

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Taiwan haramkan mee segera Indomie

Posted: 12 Oct 2010 04:12 PM PDT


Sebelum ini telah didedahkan di laman Free Malaysia Today tentang berita Taiwan mengharamkan mee segera Indomie dari pasaran negara berkenaan. Kali ini keluar juga di Kosmo tentang berita yang sama. Agak-agak dah berapa banyak mee segera Indomie yang korang dah makan selama ni? Berikut laporan Akhbar kosmo.


JAKARTA - Ketua Pejabat Ekonomi dan Perdagangan Taipei (TETO) di sini, Chen Win-Ping, menafikan larangan pengedaran mi segera jenama Indomie dari Indonesia di Taiwan bermotifkan persaingan perniagaan, lapor sebuah akhbar semalam.

Kenyataan tersebut dikeluarkan bagi menyangkal laporan sebelum ini oleh media Indonesia bahawa Indomie merupakan mangsa persaingan perniagaan tidak sihat ekoran penarikan produk itu daripada pasaran Taiwan.

Laporan itu turut menyatakan, pihak berkuasa Taiwan menarik semula produk itu dengan alasan ia mengandungi kandungan bahan pengawet yang tinggi.

"Laporan itu tidak benar. (Sebaliknya) Petugas kesihatan kami mendapati kandungan pengawet dalam Indomie melebihi standard nasional sejak Mei lalu," ujar Win-Ping di sini semalam.

Menurutnya, selepas penemuan tersebut, pihaknya melaporkan kes itu kepada Kementerian Perindustrian Indonesia untuk tindakan lanjut.

Selain itu, pihak berkuasa di Taiwan turut menghubungi pengilang Indomie, PT Indofood supaya mengurangkan kandungan pengawet Methyl P-Hydroxybenzoate pada standard yang ditetapkan pemerintah Taiwan.

"Namun, selepas melakukan ujian kedua pada minggu lalu, kami masih menemui kandungan bahan pengawet dalam jumlah berlebihan. Justeru, tindakan menarik produk berkenaan dari pasaran terpaksa dilakukan," ujarnya.

Beliau memberitahu, pihak berkuasa Taiwan akan membenarkan penjualan Indomie di negara itu sekiranya PT Indofood bertindak mengurangkan bahan pengawet seperti yang ditetapkan. - Agensi




ReJaM©

Rais Yatim buat laporan polis terhadap blogger

Posted: 12 Oct 2010 03:56 PM PDT


Seorang penulis blog (Blogger) mungkin bakal menerima tindakan undang-undang berikutan satu aduan kepada pihak Polis yang dilakukan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim. Rais Yatim membuat laporan Polis terhadap blogger berkenaan di Ibu Pejabat Dang Wangi. Berikut laporan akhbar.

KUALA LUMPUR - Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim semalam membuat laporan polis terhadap penulis blog, Rocky's Bru kerana membuat tuduhan palsu terhadap anak lelakinya seperti yang disiarkan dalam blog berkenaan.

Blog tersebut mendakwa anak lelakinya mempunyai kepentingan dalam kementerian terbabit dengan memperoleh geran RM1 bilion bagi menaik taraf akses jalur lebar di seluruh negara.

Difahamkan, Rais turut membuat laporan sama terhadap blog Taikors and Taikuns (TnT) dan Bigdogdotcom di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini kira-kira pukul 11 pagi semalam.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan tersebut. Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

"Siasatan akan dilanjutkan ke Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)," katanya ketika dihubungi semalam. -Kosmo



ReJaM© "Alahai releklah Rais, apa barang report-report kah kah kah"

Pemain piano tanpa tangan menang China Got Talent

Posted: 12 Oct 2010 02:43 PM PDT



Seorang pemain piano yang tidak memiliki tangan sebaliknya memainkan piano dengan menggunakan kakinya telah berjaya memenangi pertandingan peringkat kebangsaan di China iaitu China's Got Talent competition.

Liu Wei telah kehilangan kedua belah tangannya di dalam satu kemalangan ketika berumur sepuluh tahun. Beliau memenangi pertandingan itu dengan persembahan bertajuk You're Beautiful, yang dicipta oleh James Blunt

Kata beliau kepada juri hakim, "Sekurang-kurangnya saya memiliki kaki yang sempurna".

Lelaki kelahiran Beijing berusia 23 tahun itu dijemput untuk membuat persembahan bersama-sama dengan bintang pop dari Taiwan, Jolin Tsai.

Media China melaporkan yang beeliau juga diberi peluang untuk membuat persembahan di Las Vegas selama tiga bulan dan kemungkinan akan ditawar untuk menandatangani kontrak rakaman.

Kedua-dua tangan Liu terpaksa dibuang selepas dia menerima kejutan elektrik ketika bermain permainan 'sembunyi-sembunyi' (hide and seek) di zaman kanak-kanaknya. Dia berusaha untuk mempelajari piano ketika berumur 18 tahun.

Pertandingan Akhir China's Got Talent diadakan di Shanghai, turut dihiasi persembahan dari peserta-peserta dari negara lain, termasuk Pemenang dari Britain, dance troupe diversity dan peserta akhir, (finalist) tahun yang sama, Recycled Percussion.

Persembahan ini merupakan sebahagian daripada pertunjukkan bakat di seluruh dunia yang dimiliki sepenuhnya oleh penerbit musik dari Britain, Simon Cowell.





ReJaM©

Tiada ulasan: