Kopitiam Bang Nan |
- Maher Zain - Insha Allah | ماهر زين - إن شاء الله
- Ini bukan zaman bodek....ini zaman buat kerja.!!
- Bonus Elek....
- RPK: Anwar....Rakaman Video Tu Mana???
- Kesian orang melayu, digula2kan oleh Najib hanya dengan penghapusan cukai seluar dalam...
| Maher Zain - Insha Allah | ماهر زين - إن شاء الله Posted: 16 Oct 2010 10:06 AM PDT |
| Ini bukan zaman bodek....ini zaman buat kerja.!! Posted: 16 Oct 2010 09:43 AM PDT Membaca cerita dongeng Khusrin bukanlah sesuatu boleh membuatkan aku terkejut. Semua orang tau dia cuma alat Umno dan kaki bodek 1Malaysia. Latar belakangnya semua orang sudah sedia maklum. Aliran politiknya kitapun dah tau. Malah aku dah tak rasa apa2 dengan amaran Khusrin sebab dah selalu sangat dia keluarkan amaran. Pi jalanlah dengan amaran kau Khusrin. Aku sebebenonya setuju sangat dengan Misai Merah yang mahukan Khusrin dilucutkan saja dari jawatannya sekarang. Bukan Khusrin saja, kalau boleh semua yang pegang jawatan dalam JAIS mahupun MAIS, dari atas sampai ke bawah...Semua tak boleh harap. Bukan sangat pasal arah aliran politik mereka (dia orang punya pasallah nak masuk parti mana sebab negara kita ni negara yang mengamalkan dasar demokrasi) tapi sebab mangkok2 ni semua makan gaji buta. Kenapa aku cakap begitu? Pengalaman aku berurusan dengan MAIS dan JAIS sebagai AJK masjid sungguh menyedihkan. 1. Masjid aku pernah buat satu kertas kerja dan memohon untuk memasang kiosk mesra masjid di mana segala urusan perbankan boleh dijalankan menerusi mesin atm, macam masjid2 di WP. Syarikat yang berupa service provider tak ada masalah sekiranya mendapat kelulusan MAIS tetapi proposal yang masjid aku kemukakan pada 31hb. Ogos, 2009 (lebih setahun lepas) sampai la ni tak tau apa cerita. Adalah sekali tu bukti penerimaan dihantar kepada masjid dengan menyatakan bahawa proposal kami itu telah dipanjangkan ke bahagian perundangan MAIS. Sampai setakat tulah...sampai la ni aku tak tau apa dah jadi dengan proposal tu? Kalau yapun nak buat pekasam takkan sampai setahun. Dah expired lah weh. 2. Pada 1 Julai tahun ni, masjid aku hantar satu lagi proposal kepada MAIS. Kali ni proposal nak buat sekolah agama betul2 di sebelah masjid kami. Siap dengan write up dan perspektif drawings. Proposal itu dialamatkan kepada YB Exco Agama Negeri Selangor dan aku cc kan kepada YAB MB dan YB Adun tempat aku. Untuk Exco dan YB Adun kita orang hantar by hand sementara YAB MB by post. Apa jadi? 8hb. Julai 2010, kira2 seminggu dari tarikh proposal itu kita orang hantar, YAB MB dah forward proposal kami kepada MAIS untuk diambil tindakan segera. Salinan surat itu dihantar kepada kami. Tahu berapa lama MAIS nak ambil tindakan? Pada 1hb. September (hampir 2 bulan kemudian) barulah MAIS acknowledged terima surat YAB MB dengan mengatakan mereka akan mengkaji status tanah tersebut. Bayangkan bro... 2 bulan baru nak balas surat YAB MB. Kan celaka namanya tu? Buat kerja slow sukahati mak bapak dia. Aku bukan nak persoalkan aliran politik dia orang tapi etika dan piagam kerja dia orang ni sebenonya macam mana? Kalau depa ni kerja kat syarikat swasta macam aku, dah lama kena terajang keluar. Ada hati nak minta bonus 2 bulan. Oh ya...proposal asal kepada YB Exco Agama aku tak tau jadi apa? Kalau kau orang jumpa dia kat mana-mana Forum Perdana atau kelas motivasi...tolonglah tanyakan untuk kita orang ni. Kita orang bagi option kat MAIS, samada biaya penuh pembinaan sekolah ini atau kalau tak mampu bagi kelulusan kepada kami untuk membangunkan sendiri, kami kutiplah duit sendiri. Takkan macam tupun tak boleh nak buat? Kesian Lobaiman dan Halim. Penat buat proposal. 3. Kerap sangatlah JAIS hantar macam2 surat kat masjid aku tu. Kejap2 minta hantar AJK pergi kursus itu kursus ini. Tak payah perabih duitlah oi...bila anjurkan kursus mulalah sibuk nak claim elaun itu ini. Bukan kita orang tak tau. Kau orang pergilah improve service tu. Ada satu kali tu Khusrin hantar circular minta masjid2 satu Selangor pasang cctv dan employ guard. Masjid aku kebetulan lebih proactive dari JAIS dan sedang dalam proses pemasangan cctv ketika itu. Jadi aku saja ambil kesempatan ini dengan menghantar invoice kerja2 ni kepada JAIS. Apa jawapannya? JAIS tak ada budget jadi masjid kena keluar perbelanjaan sendiri. Kalau dah tak ada budget tu tak payahlah nak arah itu dan ini kepada kami. Kalau kami kata bangang...tau marah, Piiirahhh... 4. Surat menyurat. Kalau pihak masjid hantar apa2 surat jangan harap wakil JAIS...PAID nak balas. Liat. Mula2 aku sabar juga...lama2 aku dah tak pedulilah PAID ni. Kau bagi cek aku ambik... Kesimpulannya yob begitulah rupa2nya kakitangan agama di Selangor ni buat kerja. Jadi kalau tengok orang nak menikah dan cerai sebagainya begitu susah, jangan hairanlah. Ini semua masalah manusia malas. Duduk jabatan agama buat kerja macam celaka. Jais beri amaran tukar AJK masjid, surau Harakahdaily RAWANG, 15 Okt: Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Mohammed Khusrin Munawi memberi amaran akan menukar sistem pemilihan jawatankuasa masjid dan surau di Selangor jika jawatankuasa yang ada terus melanggar arahan-arahan pihaknya. Antara arahan-arahan itu adalah larangan berpolitik dalam masjid dan juga memberikan kebenaran kepada penceramah tanpa tauliah memberikan kuliah dalam masjid. "Tuan-tuan kena ingatan sistem perlantikan nazir dan AJK masjid di Selangor adalah satu-satunya kaedah yang berlaku di negara ini. "Para nazir perlu patuh dan memberikan komitment kepada Majlis Agama Islam Selangor sebagai tanda terima kasih kerana mereka yang melantik tuan-tuan," katanya. Beliau berkata demikian ketika memberikan ucapan alu-aluan di majlis perasmian Masjid Bandar Tasik Puteri Rawang oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafudin Abdul Aziz Shah, hari ini. Turut hadir adalah Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Exco Agama, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali serta pemimpin masyarakat di Selangor. Semua nazir dan jawatankuasa masjid dilantik secara demokratik di Selangor mulai tahun lepas apabila perlantikan mereka dipilih dalam mesyuarat oleh penduduk kariah berkenaan secara undi. Mereka yang terpilih akan dilantik oleh Mais mengikut kuasa yang ada padanya. Pendekatan ini diambil sejak Selangor ditadbir oleh Pakatan Rakyat. Berikutan pendekatan itu, hampir semua masjid dan surau di Selangor sangat aktif dan penuh aktiviti di samping ia sentiasa dipenuhi oleh orang ramai sama ada untuk solat atau aktiviti kemasyarakatan yang lain. |
| Posted: 16 Oct 2010 03:48 AM PDT PM: Sorry bro...bonus elek!! Okt 16, 10 2:29pm Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan tidak boleh memberi bonus satu bulan gaji kepada kakitangan awam kerana tindakan itu akan memberi implikasi kewangan besar iaitu sebanyak RM3.1 bilion. Katanya, selaku menteri kewangan yang bertanggungjawab, beliau tidak boleh berbelanja lebih daripada pendapatan. Najib berkata memang banyak pihak yang melobi supaya kerajaan dapat mengisytiharkan bonus sebulan kepada 1.2 juta penjawat awam. "Tapi saya nak kongsi dengan tuan-tuan dan puan. Bonus satu bulan telah belanja RM3.1 bilion pada kerajaan...kalau ikut hati memang saya nak beri bonus tapi sebagai Menteri Kewangan yang bertanggungjawab saya tidak boleh belanja lebih daripada pendapatan negara. "Sebab itu yang saya dapat lakukan ialah beri RM500 sebagai bayaran khas kepada penjawat awam," katanya pada Perhimpunan Kebangsaan Guru 1Malaysia di Stadium Putra Bukit Jalil, di Kuala Lumpur, pagi ini. RM500 Lebih Dari Cukup Oleh itu, katanya pemberian bantuan khas kewangan RM500 setiap seorang adalah wajar. Najib berkata bantuan khas kewangan itu sekurang-kurangnya dapat meringankan bebanan kewangan ibu bapa dalam persiapan untuk persekolahan anak-anak pada hujung tahun. "RM500 ini sangat-sangat berguna sekali dan kerajaan akan bayar bantuan khas itu pada Disember ini," katanya. Beliau berkata kerajaan bermurah hati turut memanjangkan bantuan ini kepada pesara-pesara kerajaan walaupun mungkin ada yang tiada lagi perlu menanggung anak-anak bersekolah. Menurutnya walaupun tiada pemberian bonus, kerajaan memberikan ganjaran lain yang memberi faedah kepada penjawat awam seperti cuti bersalin tidak melebihi 90 hari. Ini turut memberi faedah kepada guru wanita yang merupakan hampir 70 peratus daripada 400,000 guru di seluruh negara, katanya. "Cuti bersalin ini satu hadiah untuk kaum wanita. Tapi kalau tak nak ambil 90 hari pun boleh juga...itu terpulang kepada mereka," katanya. Perdana Menteri berkata kerajaan turut memberi faedah tambahan dari segi pinjaman perumahan di mana had maksimum pinjaman perumahan dinaikkan kepada RM450,000 berbanding RM360,000 pada masa ini, agar penjawat awam lebih mampu membeli rumah lebih berharga. Mengenai pelbagai memorandum yang disampaikan kepada beliau untuk melakukan penambahbaikan skim perkhidmatan perguruan, Najib berkata beliau perlu sedikit masa menelitinya kerana melibatkan implikasi kewangan dan kumpulan guru yang besar. "Sebab itu saya perlu teliti bersama JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam) dan Kementerian Kewangan. Banyak cadangan dikemukakan...sekiranya kerajaan mampu, saya akan bincang dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin (Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran)...boleh buat pengumuman bila sampai pada masanya," katanya. |
| RPK: Anwar....Rakaman Video Tu Mana??? Posted: 16 Oct 2010 03:36 AM PDT Terbukti telahan RPK benar bahawa ada loyar Anwar semasa Sodomy 1 ditaja oleh UMNO. 2 orang daripada ramai2 tu baik sangat dengan UMNO sekarang..!! Siapa? Lu fikir sendirilah beb... Anwar terperangkap dengan kebaikannya sendiri... So, who was right, Anwar or I? Back in June 2008, when the Sodomy 2 issue first exploded onto the scene, I went to the Quality Hotel in Shah Alam to meet Anwar Ibrahim and his lawyers. The lobby of the hotel was crowded with reporters so at least 50 or more reporters can testify to this. The reporters rushed up to me when they saw my wife and me walk in. Cameras were flashing and video recorders and microphones were shoved into my face. They all wanted to know what I was doing there and whether it had anything to do with the sodomy issue. I just smiled and did not respond to the many questions. I then went upstairs to meet Anwar and his lawyers. The lawyers handed me a thick file with all sorts of documents and testimonies. About an hour or so later I went downstairs and the big group of reporters was still there. When they saw my wife and me come out of the lift the reporters again rushed towards me and mobbed me. They all wanted to know what I was doing upstairs. Some reporters noticed the thick file tied with red tape that I was carrying and they asked me what I had in my hands. I feigned ignorance and they said that when I arrived I was not carrying any file so this must have just been given to me. They wanted to know what was in the file. I just smiled and said 'no comment'. I then walked away, much to the chagrin of the reporters who had been camping in the hotel lobby since the night before and were hungry for a story. That night I returned to the hotel with my video camera. There were still a few reporters lurking around the place but I managed to avoid them and went upstairs where I met Rahimi. I then video-recorded Rahimi's statement and he revealed what happened -- such as him and Saiful going to meet Najib Tun Razak, what happened during that meeting, and so on. I have in fact already written about this in the past in great detail. After the recording session I made a copy of the video and handed it to Anwar's lawyers. I kept the master tape at home. I then asked Anwar for permission to publish the video on Malaysia Today but Anwar would not let me. It seems his lawyers had advised him against it. They felt this expose should be reserved as evidence for the trial. I told Anwar I disagreed with this strategy. I felt the video should be released immediately. The trial is not important, I told Anwar, because they will find him guilty whatever evidence he may have. In fact, as proven in the past, like in the Sodomy 1 trial, they can even fabricate evidence against him. I felt they will always find ways and means to send him to jail, notwithstanding what evidence he may have to clear his name. Therefore it would be better to preempt every possible move they could make by publishing the video whilst Rahimi is still a 'friendly party'. Money can turn many people and if Najib's people get to Rahimi, and for the right price, he can always say that the video is a fake or that he was forced to say those things he said in the video, or whatever. Rahimi spoke freely and openly. My wife or I did not torture him or force him into making the statement he made in that video. It was made willingly and voluntarily. After all, I was alone in the room with him and no toughies or bodyguards were present. He had a choice not to make any statement or to make a statement opposite to what he had said. On his own accord he testified that he and Saiful had gone to Najib's office to discuss how to fix up Anwar on a sodomy allegation. I was of the opinion we had something very explosive and that it should be immediately revealed to the public. But Anwar listened to his lawyers and I could not get him to change his mind. I even contemplated defying Anwar and going ahead with publishing the video against his wishes. After all, I thought that the lawyers were wrong and that this entire episode could backfire if they are not careful. Anyway, I listened to Anwar, although with extreme reluctance, and did nothing. But I did tell Anwar that the lawyers should do what he says and not he does what the lawyers say. Let the lawyers focus on preparing for the trial and leave the political strategies to us who know better, I told Anwar. I also told Datuk Kamarul Bahrin Abbas, the MP for Teluk Kemang, the same thing -- who agreed with me and thought that the lawyers were wrong. Three months later, in September 2008, the police came to my house to detain me under the Internal Security Act. They spent a couple of hours ransacking my house looking for 'evidence'. They soon stumbled upon my collection of videos, VCDs and other documents. "What are these?" they asked while holding up the videos. "They are certainly not porn or recordings of my wife and me having sex," I replied. (I hide all those in another place as Boom, Rodi, Vic, MsMo and Chris can confirm). They are recordings of events, I told the police. The police informed me that they would have to confiscate them. I protested but to no avail and all my videos, VCDs and documents were carted away by the police. Two months later, in November 2008, the Shah Alam High Court ordered my release. But the police did not return all my things they confiscated. Until today the police are still in possession of my videos, VCDs and documents. Nevertheless, the copies I made of Rahimi's confession/testimony are with Anwar's team of lawyers. So what happened to them? This is something Anwar must reply to. Back in 1999, during the Sodomy 1 trial, I told Anwar that my Deep Throat had informed me that some of his lawyers are on Umno's payroll. Their job is to mess up the trial so that the government can secure a conviction against Anwar. Anwar, of course, did not believe me. He thought that all his lawyers were angels in disguise. I felt that some were actually devils in disguise. True enough, two of Anwar's lawyers have since sold him out and have crossed over to Umno. Maybe they never really crossed over to Umno. Maybe they were with Umno all long and had infiltrated Anwar's team of lawyers so that they could damage his defence. I now ask Anwar: is he very sure he does not have Umno moles is his present team of lawyers who are working on his Sodomy 2 trial? If not then where are the copies of those video recordings I gave them? Have they mysteriously disappeared? If so, how did they disappear? Now Rahimi is alleging that he was forced into signing that Statutory Declaration against his will. And I have a video recording to prove that this is not so. But the police confiscated the master tapes and it seems that Anwar's lawyers have lost the copies. Don't you smell a rat? Sebab tu lah! When I criticise Anwar he gets very angry with me. When I allege that he is surrounded by moles, Trojan Horses, Judas and Brutus, he says I am being mischievous and malicious and am 'serving certain interests' to create a rift in PKR. He feels I am a plant whose motive is to destroy party unity. Well, answer one question then: where is the video recording of Rahimi's testimony, which I gave his lawyers? Aiyah Datuk Kamarul! Please talk to Anwar lah! I dah fed up nak cakap. And I know you too feel the same way because you have lamented enough times about this same matter. But it looks like we need to save Anwar from himself -- or at least from those surrounding him. As what I told Anwar earlier this week when we quarreled about me being too vocal: you should be happy that I still speak out. That means I still care. When I keep quiet that is when you should start getting worried. That means I no longer care a damn. |
| Kesian orang melayu, digula2kan oleh Najib hanya dengan penghapusan cukai seluar dalam... Posted: 16 Oct 2010 03:00 AM PDT Umno/BN masih dengan mentaliti lama. Membeli orang melayu dengan benda2 yang remeh.. Dulu kain pelikat dengan kain batik....la ni dengan seluar dan baju dalam aje... Murahnya nilai orang melayu. Tak sedar lagi diri dihina oleh Najib...Kesian2..!! Kata PM Najib yang cadangkan 300 barangan yang dihapuskan duti import; "Barangan ini merangkumi kegunaan harian seperti beg tangan, kasut, sut, baju kanak-kanak, dompet, pewarna rambut..." kata Najib sambil kedengaran gelak ketawa dari ahli parlimen. Beberapa ahli parlimen kemudiannya melaungkan "Rosmah!" disambut gelak ketawa rakan-rakan mereka. Najib senyum sinis dan memperlahankan bacaan teks ucapannya sambil menyambung: "Pakaian malam, seluar dan seluar dalam serta wangi-wangian, termasuklah kelambu." Dan sekali lagi lebih ramai yang ketawa.-Malaysiakini Nama Rosmah juga diheret dalam bajet 2011. http://Najib: Tiada bonus kerana libatkan perbelanjaan besar |
| You are subscribed to email updates from Kopitiam Bang Nan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan