Kopitiam Bang Nan |
| Jose Mourinho bakal ganti Sir Alex Ferguson... Posted: 04 Oct 2010 06:52 PM PDT Bila Ryan Giggs menyatakan hasratnya untuk menjadi pengurus Manchester United suatu hari nanti, dia juga sedar bahawa itu bukanlah suatu impian yang mudah untuk dicapai.Giggs mungkin pemain Manchester United paling berjaya dalam zaman kegemilangan kelab gergasi itu di bawah bimbingan Alex Ferguson. Dia paling banyak caps dan paling banyak memenangi kejuaraan, sebanyak yang dimenangi oleh Alex Ferguson sendiri. Namun untuk menjadi pengurus yang akhirnya mengambil tempat Alex Ferguson, dia perlu membuktikan kemampuannya di kelab2 lain sebagai pengurus. Dan yang pasti dia perlu menjadi pengurus yang berjaya di kelab2 tersebut. Benar dia rapat dengan Alex Ferguson tetapi rapat sahaja bukan 1 kriteria utama. Benar dia loyal dengan Manchester United tetapi loyalti bukan satu-satunya kriteria yang membolehkan dia secara otomatik menjadi pengurus Manchester United yang berjaya. Benar dia sentiasa bersama dengan Manchester United dalam masa susah dan senang tetapi apakah itu secara otomatisnya membuatkan beliaulah calon paling layak menggantikan Alex Ferguson? Dia kena ingat ada lagi pengurus kelab bolasepak yang telah terbukti berjaya yang memang berminat untuk menggantikan Alex Ferguson. Jose Mourinho, Louis Van Gaal, Fabio Capello, Laurent Blanc dan beberapa nama besar lagi adalah merupakan calun-calun yang layak dan masing2 telah terbukti hebat dan berjaya. Kalau kita lihat lebih jauh lagi, sekiranya Giggs menjadi pilihan "Board of Directors of Manchester United FC Ltd." sekalipun, tidak semestinya dia akan lebih berjaya dan effektif jika dibandingkan dengan nama-nama di atas. Teman melihat begitulah keadaan Azmin Ali dalam PKR. Dia mungkin orang yang paling loyal kepada Anwar dan PKR, orang yang paling lama dalam PKR, orang yang paling berjaya dan tentulah beruntung dalam PKR dan macam2 lagi tetapi at the end of the day, ahli partilah yang akan menentukan samada dia akan dilantik sebagai pengganti Anwar. Zaid pula mungkin seperti Jose Mourinho, brash but successful. Semua pasukan2 besar mahukan dia menjadi pengurus pasukan mereka. Khalid Ibrahim teman lihat macam Laurent Blanc. Tidak terlalu high profile tetapi Alex Ferguson cukup teruja dengan kehebatannya sebagai pengurus Bordaeux dan Perancis. Mustafa Kamil Ayub mungkin macam Rafa Benitez. Alex Ferguson tak suka dia tapi peminat Manchester United amat menyanjungi Rafa kerana peranannya menjahanamkan Liverpool...he he!! Namun yang pasti, 400,000 ahli parti PKR adalah ibarat Board of Directors of Manchester United FC Ltd. yang mempunyai kata putus untuk memilih siapa pengganti Sir Alex Ferguson. Teman menjangkakan orangnya ialah Jose Mourinho...Namun manalah kita tahu...mungkin Berbatovpun berminat? Gary Nevillepun khabornye berminat jugak.... |
| Posted: 04 Oct 2010 05:08 AM PDT |
| You are subscribed to email updates from Kopitiam Bang Nan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |


Tiada ulasan:
Catat Ulasan