Bila ada imam mesti ada bilal....
Cuma kali ni tugas bilal bukan melaungkan azan.....
Tugas utama ialah menjadi imam kerana sifat-sifat Imam Agung ada dinyatakan di bawah...he he..!!

Berita berkaitan adalah seperti berikut...
Najib Imam Khalifah Agung PSSGM
Oleh ISMA ISMAIL
isma@hmetro.com.my
AMPANG: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dianugerahkan sandang Mahkota Agong Seri Bintang Pelangi yang membawa gelaran Imam Khalifah Agung oleh Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM) dalam majlis penuh istiadat di sini, semalam.
Dalam ucapannya, beliau menyatakan rasa terharunya kerana kesediaan PSSGM menganugerahkan sandang berkenaan kepadanya.
Menurutnya, ia adalah satu penghormatan kepadanya yang juga menerima penganugerahan seperti dimiliki bapanya sebelum ini.
"Mudah-mudahan dengan penganugerahan ini dapat saya membantu dan menyumbang ke arah kejayaan Silat Seni Gayong.
"Saya ingin melihat Silat Seni Gayong berjaya dan menjadi pemangkin kepada penyatuan bangsa Melayu di negara ini," katanya.
Penganugerahan berkenaan diberikan kepada Perdana Menteri sempena majlis Perhimpunan Perdana Gayong Malaysia di padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya yang turut menghimpunkan kira-kira 3,000 ahli silat pertubuhan berkenaan.
Hadir sama Penaung Agung PSSGM yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abd Kadir; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan; Presiden Persekutuan Pencak Silat Antarabangsa (Pesilat), Eddy Nalaprya dari Indonesia dan Pengarah Eksekutif Berita dan Operasi Editorial Media Prima, Datuk Ahmad A Talib.
Pada majlis itu juga, PSSGM menganugerahkan Seri Mahkota Agung Relang Pelangi yang membawa gelaran Timbalan Imam Khalifah Agung kepada Mohamad.
Najib turut mengumumkan pihaknya berpegang kepada janji untuk membantu pengamal persilatan dengan bersetuju membantu pembinaan Wisma Gayong Malaysia di tapak yang dikenal pasti di Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan