Jumaat, 1 Oktober 2010

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Tengku Razaleigh - berguna masa terdesak, dilupakan setelah selesa.

Posted: 01 Oct 2010 04:00 PM PDT

Saya mendapat ratusan SMS dari ramai kenakan yang berpolitik dan 'a-politic' yang bertanyakan kepada saya kenapa UMNO mengambil sikap yang luar dari lazimnya dengan melantik Tengku Razaleigh sebagai Pengarah Pilihanraya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri, Galas dalam Bahagian dan Parlimen Gua Musang.

Saya faham kenapa mereka bertanyakan isu itu kepada saya kerana saya adalah berimejkan sebagai seorang penyokong 'totok' TR dalam perjuangan siasah. Tetapi mereka bertanyakan kepada salah orang keranan saya bukanlah orang yang pandai dan berkemampuan untuk menjawab kerana ini merupakan satu isu yang sangat payah untuk diulit dan baca dengan tepat walau bagaimana teliti pun bacaan yang datang dari saya.

Saya tidak berani untuk membuat pandangan yang 'conclusive' kerana kita orang bawahan yang tidak mungkin tahu apa-apa yang sedang berlaku dalam politik atasan. Cuma saya mungkin boleh memberikan pandangan mengikut kemampuan seorang ahli biasa. Pandangan ahli biasa tidak semestinya betul tetapi kita juga mengaku persepsi ramai itu mempunyai impak yang besar kepada imej parti UMNO yang memerintah ini.

Isu yang dimainkan oleh banyak pihak sekarang ini ialah UMNO yang desperado terpaksa memanggil untuk meminta pertolongan seorang pemimpin yang ditakuti oleh banyak pihak khususnya kepada mereka yang terlibat secara 'direct' dengan rasuah. Sebagai seorang yang bertanggungjawab, atau bagaimana pun permainan kotor dilakukan terhadap beliau TR berkemungkinan menerima tanggungjawab yang sangat besar ertinya kepada UMNO itu walaupun UMNO telah melakukan banyak perkara yang memilukan hati pemimpin Melayu ini.

Beliau sangat terasa hati melihat asas ekonomi negara yang beliau bina semasa diberikan tanggunjawab itu dahulu diperkosa oleh pihak yang tidak mempunyai perasaan terhadap dasar kukuh yang dibina dahulu.

Tetapi ramai yang telah menyediakan 'template-template' kenyataan pemimpin-pemimpin UMNOjika parti berjayq didalam PRK ini.

Salah satu 'templatenya' ialah, 'UMNO sudah kembali diterima rakyat dan akan kembali berkuasa diKelantan'.

Diantara 'template' yang lain ialah, (a) 'UMNO sudah diterima kembali oleh rakyat dan kemenangan ini merupakan tanda-tanda pemulihan UMNO dari pandangan rakyat'.

(b) 'Ini merupakan tanda awal yang PAS akan kecundang dan akan tewas dalam pilihanraya umum nanti'

(c) Kemenangan ini menunjukkan bahawa penerimaan rakyat terhadap slogan 1Malaysia.

Ada pula yang telah menelah apa yang akan dinyatakan oleh pemimpin-pemimpin UMNO jika kita gagal untuk mendapatkan kembali DUN Galas itu. Diantaranya ialah:

(a) Kita gagal keranan permainan kotor PAS dan yang bersekongkol dengannya.
(b) Ini adalah kegalan TR kerana pengaruh beliau tidak sekuat dahulu.
(c) Kalah kerana TR tidak melaksanakan tanggungjawab sepenuhnya denga parti dan mempunyai permainan politik dengan PAS dan parti-parti yang bersekongkol dengannya.

Banyak lagi kata-kata yang akan memindahkan segala kesalahan kepada Tengku Razaleigh jika kekalahan berpihak kepada UMNO.

Walaubagaimana pun seperti yang saya sebut dalam posting yang lepas, elok pilihanraya ini dilakukan secara memilih satu diantara dua pihak, jangan pertandingan diantara dua pihak yang bermusuhan.

Lagi pun pemilihan ini adalah pemilihan diantara dua pihak yang sebangsa, seAgama dan budaya. Jika kejayaan berada dipihak UMNO maka kita mesti mengakui yang kemenangan itu bukan kemengan mutlak UMNO sebagai sebuah parti. Ianya hanyalah kemenangan dengan menumpang pengaruh eorang individu yang selama ini dipandang sepi oleh UMNO.

Sejarah akan berulang; TR hanya dipergunakan semasa UMNO dalam keadaan tenat dan akan dilupakan kembali jika UMNO kembali kuat dan pulih dari sakit dan penyakit yang tenat.

UMNO juga yang meminta dari kebaikkan TR untuk membubarkan S46 dahulu. Rupa-rupanya UMNO sudah mengetahui yang UMNO akan berpecah tidak lama kemudian dengan pergaduhan diantara Anwar dan PM yang tidak jemu-jemu dengan keserornokkan berkuasa.

Apabila UMNO kuat selepas itu TR dibiarkan lagi dan tidak ada pun dari pihak UMNO untuk memberikan ucapan terima kasih, jauh sekali untuk memberikan beliau penghormatan yang sepatutnya didapati oleh beliau.

Kali in sekali lagi TR diminta berkhidmat kepada parti yang sudah hampir terkulai dan akan mati. Kesetiaan TR sekali lagi diuji dan beliau khabarnya akan menerima dan memikul tanggungjawab ini kerana pimpinan kita tidak berkeyakinan untuk berjaya tanpa sokongan pemimpin veteran ini.

Kepada TR saya hanya berdoa agar beliau berjaya membawa kemenangan untuk UMNO dan saya juga ingin memberikan peringatan supaya beliau bersedia untuk dilupakan oleh pemimpin UMNO sekali lagi. Lagi pun beliau sudah pun lali dengan layanan dari pemimpin-pemimpi yang masih merah dalam perjuangan ini.

http://aspanaliasnet.blogspot.com/2010/10/tr-berguna-masa-terdesak-dilupakan.html

Peneroka Menang Lagi

Posted: 01 Oct 2010 12:00 PM PDT

PENEROKA MENANG LAGI KES SAMAN FELDA

Harakahdaily

KUANTAN, 29 Sept: Mahkamah Tinggi Kuantan hari ini memutuskan peneroka Felda berhak mendapatkan bayaran tanam semula sebanyak RM1,700 seekar dari Felda walaupun mereka tidak menanam semula ladang mereka melalui badan berkanun itu.

Kaputusan itu dibuat oleh Hakim Datuk Mariana Yahya ekoran saman yang dikemukakan oleh 10 peneroka Felda Sungai Koyan 2 dan 3 terhadap Felda kerana enggan membuat bayaran itu kepada mereka.

Namun, Hakim itu memutuskan, bayaran itu hendaklah dibuat oleh Felda dengan syarat peneroka memenuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh Felda.

Hakim menolak hujah pembelaan Felda yang menyatakan peneroka tidak berhak mendapatkan jumlah itu kerana jumlah caruman mereka kepada Tabung Tanam Semula tidak mencapai RM 1700 seekear.

Namun, hakim memutuskan Felda perlu membayar jumlah itu kerana ia telah ditetapkan oleh Felda sendiri.

10 peneroka Felda itu diwakili oleh peguam Mohamed Hanipa Maidin manakala Felda diwakili oleh Tetuan Abdullah Zainudian yang diwakili oleh Puan Doshi.

Tambahan :-

1. Peneroka-Peneroka yang menjadi Plaintif-Plaintif di dalam kes ini adalah bekas perajurit negara.Mereka menyaman Felda hanya untuk menuntut hak mereka yang bagi mereka telah dinafikan oleh Felda.

2. Ladang mereka adalah seluas lebih kurang 14 ekar.

3. Berdasarkan keputusan Mahkamah tersebut mereka sepatutnya layak menerima, bagi setiap orang, lebih kurang RM 23,800-00 dari wang tabung tanam semula yang dipegang oleh Felda.

4. Bagi mereka keputusan Y.A Hakim Dato'Mariana tersebut menunjukkan bahawa Mahkamah mengiktiraf hak mereka. Dari reaksi mereka , saya dapati pengiktirafan tersebut lebih bermakna dari wang RM 23,800-00 tersebut.

5. Salah seorang peneroka yang terlibat di dalam kes ini adalah seorang yang berbangsa Cina iaitu saudara Pang Kong Meng.

6. Suatu perkara yang agak lucu semasa peguam Felda menyoal balas Encik Pang Kong Meng, beliau menjawab lebih kurang berikut " I dont understand your question, can you ask me in english." Saya nampak mereka yang berada di Mahkamah agak terkejut kerana saksi ini , meskipun seorang peneroka namun fasih berbahasa Inggeris.

7. Anakguam-anakguam yang saya wakili adalah peneroka yang sudah tua dan ada dari mereka yang sudah tidak jelas pendengaran dan ada juga yang terpaksa dipapah untuk memberikan keterangan di Mahkamah. Yang lebih menyedihkan anakguam saya yang perlu dipapah ini ketika hendak turun tangga ( Mahkamah di tingkat 2 ) ia perlu turun secara "reverse" ( gostan ) dan perlu dipapah oleh isteri yang setia menemani suami memperjuangkan hak mereka.

8. Untuk makluman juga sebelum ini Y.A Hakim Dato' Mariana Yahya juga adalah Hakim yang membuat keputusan memenangkan Dr Hatta Ramly dan 2 pemimpin Pas yang lain di atas saman yang dikemukakan oleh mereka ke atas mantan OCPD Rompin yang menangkap dan menahan mereka dalam satu aktiviti ceramah PAS di Markaz PAS di Rompin.

9. Dato Mariana telah memutusakan bahawa OCPD telah menyalahgunakan kuasa apabila menangkap Dr Hatta dan 2 yang lain dan beliau telah memerintahkan OCPD Rompin membayar gantirugi am, gantirugi tauladan dan gantirugi melampau serta kos Mahkamah kepada Dr Hatta dan 2 yang lain. Kes tersebut kini sedang dalam proses taksiran gantirugi di hadapan Timbalan Pendaftar.

Moga kemenangan kecil ini insya'Allah membawa makna yang besar kepada perjuangan para peneroka yang tahu apa itu erti harga diri dan kehormatan dan terus sabar dan istiqamah mengharungi liku-liku perjuangan.

[Sumber]

Mana Betul Ni? Ku Li Kata Belum Buat Keputusan Tetapi Muhyiddin Dah Kata Ya

Posted: 01 Oct 2010 08:00 AM PDT

Siapa ketuai BN di Galas? Ku Li terus berteka-teki

Soalan siapa akan mengetuai jentera pilihan raya BN semasa kempen di dewang undangan negeri Galas terus menjadi teka-teki apabila pemimpin veteran Umno yang dipertanggungjawabkan tugas itu, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, beliau belum berkata 'ya ataupun tidak'.azlanTimbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Selasa lalu mengumumkan bahawa Tengku Razaleigh telah bersetuju memikul tugas itu, tetapi ahli parlimen Gua Musang - hari ini pada halaman Twitter - menafikan perkara itu.

"Rakan, rakan, saya tidak berkata ya ataupun tidak. Saya akan menjelaskan berhubung Galas apabila saya pulang ke Malaysia," tulisnya pada jam 6.35 waktu tempatan.

Tengku Razaleigh kini berada di Ireland, bagi melawat universiti di mana beliau mendapat pendidikannya - Queen's University di Belfast. Beliau dijadualkan pulang pada 9 Oktober ini.

Namun pada awalnya, tidak dapat dipastikan sama ada Tengku Razaleigh merujuk kepada pengumuman kenyataan Muhyiddin atau cadangan dari pihak lain yang beliau dilantik sebagai pengarah pilihan raya BN.

Bagaimanapun, gambaran semakin jelas, apabila seorang daripada pengikutnya mengemukakan soalan di Twitter kepadanya: "Harap maaf Tengku, tetapi kenapa TPM asyik berkata bahawa anda telah persetujui? Bukan sekali tetapi hampir setiap hari."

Menjawab soalan itu, Razaleigh menyerahkan perkara berkenaan kepada Muhyiddin dengan berkata beliau belum memberi sebarang persetujuan berhubung jawatan berkenaan.

"Itu, kita kena tanya beliau. Saya setakat ini belum membuat sebarang kenyataan," jawab Razaleigh.

Jumlah pencalonan bukan jaminan kemenangan

Posted: 01 Oct 2010 07:30 AM PDT

KUALA LUMPUR: Naib Presiden Mustaffa Kamil Ayub yang bertanding jawatan timbalan presiden PKR berkata jumlah pencalonan cabang tidak menggambarkan pilihan sebenar hari pemilihan.

Menurutnya, ahli PKR sudah matang dalam membuat penilaian memilih presiden parti.

"Saya menghormati kekuatan Azmin Ali dan Dato' Zaid Ibrahim tetapi mereka juga ada kelemahan. Tetapi saya bersama parti sejak 12 tahun lalu, ahli boleh menilai saya.

"Peluang untuk saya menang tetap ada dan saya juga mendapat sokongan dari seluruh negara," katanya dalam sidang akhbar di ibu negara petang ini.

Ketika ini Mustafa, yang juga Ketua PKR Perak mendapat empat pencalonan jawatan timbalan presiden PKR. Azmin mendapat 90 pencalonan manakala Zaid di tangga kedua dengan 33 pencalonan.

Mustaffa berkata demikian ketika menjawab soalan wartawan mengenai pencalonan sedikit dan kekalahan beliau dalam merebut jawatan ketua cabang Pasir Salak.

Beliau berkata dalam pemilihan naib presiden PKR 2007 beliau mendapat pencalonan tangga ke enam. Dalam pemilihan di Seremban beliau mendapat undian ketiga terbanyak.

"Maknanya jumlah pencalonan tidak boleh dijadikan ukuran kemenangan," katanya.

Ku Li Menjadi Taruhan Muhyiddin Di Galas?

Posted: 01 Oct 2010 07:00 AM PDT

DUN Galas: Saya belum buat apa-apa keputusan, kata Ku Li

Oleh G Manimaran dan Syed Mu'az Syed Putra

KUALA LUMPUR, 1 Okt — Tengku Razaleigh Hamzah masih belum membuat sebarang pendirian berhubung keputusan Umno yang melantik beliau sebagai pengarah jentera pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.

Ketua Umno Gua Musang itu berkata, beliau hanya akan menjelaskan isu tersebut sebaik sahaja pulang ke tanah air minggu depan.

Tengku Razaleigh dijadual kembali dari London 9 Oktober ini dan akan mengadakan sidang akhbar.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menetapkan tarikh pilihan raya kecil pada mesyuarat khas, Rabu depan.

"Kawan-kawan, saya tidak kata ya atau tidak. Saya akan menjelaskan mengenai (DUN) Galas sebaik sahaja saya balik ke Malaysia," kata beliau menerusi Twitter lewat petang ini.

Tengku Razaleigh memberikan respons ini sejurus selepas Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin mengatakan bahawa beliau adalah calon terbaik untuk merampas kerusi itu daripada PAS.

Beliau yang mesra dikenali sebagai Ku Li memenangi kerusi Gua Musang sejak 1969 termasuk pada pilihan raya umum 1990 dan 1995, yang ditandingi atas tiket Parti Melayu Semangat 46.

Dalam pada itu, Umno Bahagian Gua Musang mahu Tengku Razaleigh dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk bertanding pada pilihan raya kecil Galas.

Timbalan ketuanya, Mat Yusoff Abdul Ghani berkata Tengku Razaleigh adalah pilihan terbaik untuk merampas semula kerusi DUN Galas yang sebelum ini dimenangi PAS.

"Tengku Razaleigh adalah pilihan terbaik sebagai calon di pilihan raya kecil Galas.

"Ini kerana beliau mempunyai reputasi yang baik selain dihormati oleh banyak pihak.

"Jadi saya mewakili Umno Bahagian Gua Musang bersetuju dengan cadangan Timbalan Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) yang mahu mempertimbangkan Tengku Razaleigh sebagai calon DUN," katanya kepada The Malaysian Insider petang tadi.

Mat Yusoff yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri berkata, jika Tengku Razaleigh dipilih peluang untuk menang di DUN Galas lebih besar.

"Saya yakin kalau beliau dipilih sebagai calon, Umno akan menang di sini (Galas).

"Walaupun kita mempunyai ramai calon yang berkelayakan tapi Tengku Razaleigh adalah calon terbaik untuk kita rampas semula DUN Galas," katanya.

Sebelum ini Muhyiddin berkata, Tengku Razaleigh boleh dipertimbang sebagai calon BN untuk bertanding pada pilihan raya kecil DUN Galas.

Muhyiddin berkata, BN sedia membincangkan perkara itu kerana beliau percaya Tengku Razaleigh merupakan calon paling tepat dan sesuai berdasarkan pengalaman dan pengaruhnya di Gua Musang.

Namun, katanya, soal sama ada Tengku Razaleigh mahu bertanding atau terdapat calon yang lebih sesuai untuk dicadangkan kepada pucuk pimpinan, terpulang kepadanya.

"Sebagai mana biasa kita beri lebih ruang pada beliau (selaku pengarah pilihan raya kecil Barisan Nasional bagi kerusi) untuk senaraikan (calon) dan kalau fikir ada nama paling tepat, sesuai dan boleh beri kemenangan cemerlang di situ, kita akan berikan keutamaan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Majlis Sosial Negara di sini, hari ini.

Kelmarin Muhyiddin mengumumkan bahawa Tengku Razaleigh telah dilantik sebagai pengarah pilihan raya Umno-BN di Galas.

Kerusi Galas kosong berikutan kematian wakil rakyatnya Che Hashim Sulaima dari PAS akibat barah usus, Isnin lalu. Kekosongan kerusi itu membuka laluan kepada pilihan raya kecil ke-12 sejak Mac 2008.

DUN Galas selama ini dikuasai Umno, namun dalam pilihan raya lalu Che Hashim berjaya menawan kerusi itu dengan menewaskan calon Umno, Mohamad Saufi Deraman dengan majoriti 646 undi.

Benarkah Zaid dipinggirkan dalam PKR?

Posted: 01 Oct 2010 06:30 AM PDT

Gobalakrishnan PETALING JAYA: Kenyataan Naib Presiden PKR Dr Lee Boon Chye semalam yang mengkritik Ketua PKR Wilayah Persekutuan dan juga calon Timbalan Presiden Dato' Zaid Ibrahim disiarkan oleh media arus perdana hari ini.

Menurut N Gobalakrishnan dalam satu kenyataan media, "malahan The New Straits Times menggunakan isu ini sebagai tajuk utama muka depan hari ini, dalam usaha untuk memperkecilkan hasrat kita mara ke Putrajaya."

"Apakah sebabnya Dr Lee mengeluarkan kenyataan sedemikian? Adakah beliau ingin menonjolkan dirinya sebagai hero PKR dengan kenyataan itu atau beliau diarah oleh seseorang untuk terus menyerang Zaid?," soal Ahli Parlimen Padang Serai itu.

Beliau berkata, "ini bukan kali pertama kenyataan 'anti-Zaid' dikeluarkan oleh pemimpin-pemimpin parti. Malahan pengarah komunikasi parti, Nik Nazmi Nik Ahmad turut menyerang Zaid, merendahkan kedudukan beliau (Nik Nazmi) sendiri yang sepatutnya bersikap neutral.

"Dan kemudian kita dapati Timbalan Presiden Dr Syed Husin Ali menyertai serangan ini. Selepas itu, Naib Presiden R Sivarasa, Ketua Wanita Zuraida Kamaruddin dan pengarah strategik Tian Chua juga terus melancarkan serangan terhadap Zaid," katanya.

"Yang peliknya, kesemua pemimpin ini bercakap dengan media tentang hal ini. Kenapa Dr Lee menyerang Zaid kerana bersedia dirinya diwawancara oleh media?," soal beliau lagi.

Sentimen 'anti-Zaid'

Ahli Parlimen PKR itu berkata, "kini agak jelas, Zaid sedang dipinggirkan dalam parti. Insiden-insiden yang berlaku ketika pemilihan Cabang di seluruh negara dalam tempuh dua minggu yang lalu menunjukkan sentimen 'anti-Zaid' didalangi oleh seseorang yang mempunyai kedudukan yang tinggi dalam parti.

"Persoalannya, siapakah yang bertanggungjawab dalam hal ini? Berdasarkan kenyataan-kenyataan yang datangnya daripada para pemimpin kita sendiri bahawa mereka ini berada dalam satu kumpulan – kumpulan yang mahu (Naib Presiden) Azmin Ali menewaskan Zaid untuk jawatan timbalan presiden," terang beliau.

Beliau bertanya, "adakah saya salah membuat andaian sebegini? Dilihat apa yang berlaku dalam parti, saya tidak berfikir begitu. Kini saya mula yakin dengan cerita mengenai komplot Azmin sekarang ini.

"Ia merupakan satu hari yang malang buat parti jika kita harus melupakan matlamat dan prinsip perjuangan, hanya semata-mata untuk memberi laluan mudah kepada Azmin untuk sampai ke jawatan yang tinggi itu.

"Saya berharap saya tidak melihat hari itu. Biar PKR kekal bebas dan merdeka," ujar beliau.

Ust Zaharuddin: Pulangkan wang sumbangan kerana hasil judi?

Posted: 01 Oct 2010 06:00 AM PDT

Tindakan penerima wang bantuan kerajaan Pulau Pinang memulangkan kembali wang tersebut boleh dinilai dari dua sudut iaitu sudut politik dan sudut agama atau hukum. Saya tidak berhasrat menyentuh isu terbabit dari sudut politik kerana ia bukan bidang saya. Cuma jika, tindakan tersebut jika dijadikan ikutan, nanti kita akan dapat melihat kebanyakan orang miskin di Malaysia memulangkan wang bantuan yang diberikan oleh kerajaan negeri, kerajaan pusat dan syarikat. Ini kerana sebahagian pendapatan kerajaan negeri dan pusat juga adalah dari sumber haram seperti cukai pusat judi, pelaburan haram, riba, pusat hiburan, rumah urut 'pelacuran' dan sebagainya. Justeru bantuan mungkin sahaja diambil dari wang haram tersebut.

DARI SUDUT HUKUM

Jika dilihat dari sudut hukum, jika tindakan warga emas tersebut dibuat atas dasar kononnya wang dipulang kerana ia tidak bersih dan haram, tindakan mereka adalah SALAH lagi terkeliru dengan cakap-cakap orang yang tiada memahami hukum Islam. Ini kerana dari sudut hukum, faqir dan miskin HARUS menerima sebarang sumbangan yang diberikan oleh pihak kerajaan negeri, walaupun diketahui kerajaan negeri mempunyai sumber wang yang HARAM.

Fakta berikut perlu difahami:

1. Wang kerajaan negeri Pulau Pinang ( dan lain-lain tentunya) adalah bercampur.

Para ulama telah membahaskan persoalan penerimaan sumbangan, derma atau menikmati juadah makanan dari individu yang mempunyai pendapatan bercampur antara halal dan haram. Majoriti ulama telah sepakat bahawa selagi mana harta si pemberi itu bercampur selagi itulah kita orang biasa boleh menerima hadiah, sumbangan, derma, menikmati makanan yang disediakan mereka.

Hal yang sama terpakai untuk sesebuah syarikat dan kerajaan, selagi sumber perolehan mereka bercampur, selagi itu HARUS untuk kita menerima gaji atau upah atau apa jua dari kantung mereka, selagi tugas dan cara kita memperolehinya adalah betul. Itu adalah hukum untuk orang biasa, maka jika penerima itu adalah warga yang memerlukan seperti faqir dan miskin, ia sudah tentu jauh lebih jelas KEHARUSANNYA. Malah terdapat dalil yang jelas berkenaan keharusan terbabit. Kes yang sama terpakai untuk kerajaan pusat yang menerima sumber pendapatan dari sumber judi, riba, arak, babi, rumah urut pelacuran dan sebagainya. Selain itu, juga turut menerima sumber halal seperti hasil minyak, jualan komoditi dan sebagainya.

2. Wang itu sendiri tidak najis atau haram pada zatnya.

Wang dan harta hanya dikira haram atau halal pada cara mendapatkannya dan membelanjankannya, ia dinamakan haram dari sudut hukmi bukan 'hissi'. Ia tidak berpindah dari seorang kepada yang lain. Ia bukan seperti najis yag berpindah apabila disentuh oleh seeorang.

3. Bagaimana jika benar-benar sumbangan dari terus dari kantung wang judi, riba dan rasuah?.

Jika keadaan itu berlaku, ia masih lagi HARUS DITERIMA oleh Faqir, miskin dan digunakan untuk maslahat umum seperti sumbangan warga emas, pembinaan jalanraya, pembersihan dan sebagainya. Itu adalah ijtihad majoriti mazhab silam dan ulama kontemporari. Termasuklah, Majlis Fiqh Antarabangsa OIC, Majlis Fatwa Eropah, Majma Buhuth Mesir[1], Al-Lajnah Al-Daimah, Arab Saudi[2] dan ribuan ulama perseorangan seperti Imam Al-Ghazali, Imam An-Nawawi, Syeikh Al-Qaradawi , Syeikh Az-Zarqa[3], Syeikh Faisal Al-Maulawi dan ramai lagi. Derma bagi wang haram tidak mampu dipulangkan semula kepada tuannya ini hendaklah disedeqahkan kepada orang faqir miskin telah difatwakan harus oleh majoriti mazhab utama Islam ( Hasyiah Ibn 'Abidin, 6/443 ; Fatawa Ibn Rusyd, 1/632 ; Al-Qawaid, Ibn Rejab, hlm 225 )

Begitu juga fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa kebangsaan Malaysia pada 25 Jun 2009. Buka sini http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/penyaluran-harta-tidak-patuh-syariah-ke-baitulmal-dan-institusi-islam-lain

PANDANGAN ULAMA MAZHAB

Ulama hanafi menyebut :-

والملك الخبيث سبيله التصدق به, ولو صرف في حاجة نفسه جاز . ثم إن كان غنيا تصدق بمثله

Ertinya : Pemilikan kotor ( haram) jalan keluarnya adalah disedeqahkannya, malah jika pemilik itu seorang faqir), ia bleh mengambil untuk dirinya sendiri, kemudian, jika selepas itu dia menjadi kaya, hendaklah dia mendermakan wang haram (yang pernah diambilnya sewaktu miskin dahulu) ( Al-Ikhtiyar Li Ta'lil al-Mukhtar, 3/61)

Ulama mazhab Maliki seperti Al-Qarafi dan Ad-Dawudi menjelaskan wang haram tidak hanya terhad untuk diberikan kepada faqir dan miskin sahaja tetapi juga apa-apa pembangunan dan kegunaan yang memberi manfaat kepada umum menurut budi bicara dan penilaian pemerintah adil. Jelasnya, mazhab maliki juga setuju faqir, miskin malah warga emas yang memerlukan boleh menerima wang sedemikian tanpa masalah. ( rujuk Al-Dzakhirah, 5/69)

Ulama Mazhab Syafie, Imam An-Nawawi menukilkan kata-kata Imam al-Ghazali yang berkata:

وإذا دفعه - أي المال الحرام- إلى الفقير لا يكون حراماً على الفقير , بل يكون حلالا طيبا

Ertinya : sekiranya wang haram itu diberikan kepada faqir miskin, ia tidaklah haram ke atas faqir ( dan miskin), bahkan ia adalah halal lagi baik untuk mereka. ( Al-Majmu' , 9/428)

Imam A-Ghazzali juga menjawab keraguan beberapa ulama lain :-

وقول القائل: لا نرضى لغيرنا ما لا نرضاه لأنفسنا فهو كذلك ولكنه علينا حرام لاستغنائنا عنه وللفقير حلال إذا حلّه دليل الشرع وإذا اقتضت المصلحة التحليل وجب التحليل

Ertinya : Menjawab kata-kata orang yang berkata : "Kita tidak sepatutnya redha untuk diberikan kepada orang lain sesuatu yang kita tidak redha untuk kita". Memang benar sebegitu, namun dalam kes wang haram yag dimiliki, ia haram ke atas diri kita (pemilik) untuk menggunakannya, namun ia bagi faqir, miskin adalah halal, kerana telah ada dalil syara' yang menghalalkannya dan di ketika wujud kebaikan dari pemberian tersebut (kepada penerima), maka wajiblah diberikan. (Ihya Ulumiddin, 2/212)

Syeikh al-Qaradawi ketika membicara hal pengagihan wang haram berkata :

إذن ما دام هو ليس مالكا له, جاز له أخذه والتصدق به على الفقراء والمساكين أو يتبرع به لمشروع خيري

Ertinya : Oleh itu, selagi wang haram (yang dimiliki seseorang itu tidak diiktiraf oleh syaraa' sebagai miliknya), harus bagi pemegang itu untuk ambilnya dan disedeqahkan kepada faqir miskin atau didermakan kepada projek-projek kebaikan (untuk maslahat umum). ( Fatawa Mu'asiroh, 1/606)

RINGKASAN DALIL

Terdapat banyak sekali dalil yang dijadikan sandaran oleh majoriti ulama, terdiri dari hadis-athar, qiyas dan logik aqal. Antara hujjah yang dipegang bagi mengharuskan 'derma' wang haram yang tidak diketahui tuannya, cukup sekadar memaklumkan beberapa secara ringkas:-

1. Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq r.a pernah bertaruh (di awal Islam) dengan seorang Musyrik (yang mencabar ketepatan Al-Quran dari surah Ar-Rum ayat pertama dan kedua yang mengisyaratkan kejatuhan Rom) iaitu kerajaan Rom akan tewas. Kemudian apabila Rom benar-benar jatuh, Sayyidina Abu Bakar dikira sebagai pemenang dan telah memperolehi harta pertaruhan itu (ianya haram kerana judi dan tujuan Abu Bakar hanyalah untuk membuktikan kebenaran al-Quran). Apabila Sayyidina Abu Bakar datang kepada Rasulullah s.a.w menceritakan perihal harta perolehan pertaruhan itu, Rasulullah bersabda :

هذا سحت فتصدق به

Ertinya : Ini kotor, sedeqahkan ia. (At-Tirmizi . 16/22 ; At-Tirmizi : Sohih)

Selepas peristiwa ini, barulah turun perintah pengharaman judi secara sepenuhnya sekalipun dengan orang kafir. (Tafsir At-Tabari, 20/16) Kisah ini dengan jelas menunjukkan Nabi tidak mengarahkannya dikembalikan kepada si Kafir, tetapi disedeqahkan untuk tujuan umum dan kebaikan ramai.

2. Selain itu, hujjah utama para ulama dalam hal mendermakan wang haram seperti wang rasuah yang dibawakan oleh Ibn Lutaibah, Nabi meletakkan wang ini di baitul mal dan diagihkan kemudiannya kepada faqir miskin dan kepentingan awam.[4]



3. Terdapat juga athar dari Ibn Mas'ud yang diriwayatkan oleh Al-Bayhaqi 6/188 dan banyak lagi.



KESIMPULAN

* Warga emas, faqir dan miskin di pulau pinang dan mana-mana negeri dan Negara lain, DIHARUSKAN untuk menerima sumbangan dari mana-mana kerajaan negeri, syarikat dan individu selagi mana harta mereka (pemberi sumbangan) itu bercampur antara wang halal dan haram. atau dalam kata lainnya, harta mereka masih ada yang neutral dan halal.
* Sekiranya mereka ingin memulangkan semula wang tersebut, itu juga harus hukumnya. Kerajaan negeri boleh selepas itu memberikan sumbangan dari poket kanan mereka dan wang dipulang itu masuk poket kiri kerajaan. Ia akan jadi sama sebenarnya.
* Sebaiknya penyumbang tidak kira kerajaan, syarikat dan sepertinya; tidak mendedahkan sumber pemerolahan harta yang disumbang agar tidak mengelirukan penerima sebagaimana kes yang berlaku ini
* Mereka juga HARUS untuk menerima wang sumbangan dari penyumbang tadi, walaupun jelas ia adalah dari hasil yang haram seperti judi lumba kuda rasuah, riba dan sebagainya. Tiada kotor pada wang yang diterima oleh mereka, kerana mereka adalah penerima yang diiktiraf oleh syara'. Manakala dosa hasil dari pemerolehan wang itu hanya ditanggung oleh pelaku dosa dan ia tidak merebak kepada penerima dari kalangan faqir miskin dan yang memerlukan.
* Jika dilihat dari sudut hukum dan agama, warga yang menerima sumbangan terbabit TIDAK PERLU SAMA SEKALI memulangkan semula wang yang diterima.
* Namun jika dilihat dari strategi politik pihak tertentu, tindakan tersebut di luar fokus artikel ini.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

30 Sept 2010

p.s : cuba buka link ini untuk melihat gambar yang relevan dengan isu ini. Menarik http://eforum2.cari.com.my/viewthread.php?tid=505706&extra=page%3D1&page=5

ORIGINAL ARTICLE : http://www.zaharuddin.net/content/view/963/72/

[Sumber]

Bukan Melayu peralat Melayu dalam perniagaan – DPMM

Posted: 01 Oct 2010 05:30 AM PDT

Oleh Muda Mohd Noor

KUALA LUMPUR: Seorang pemimpin organisasi perniagaan Melayu hari ini mendakwa banyak syarikat bukan Melayu memperalatkan kelemahan orang Melayu dalam bidang itu.

Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Kuala Lumpur, Datuk Syed Amin Aljeffri berkata, sebaliknya orang-orang Melayu itu tidak pula memperalatkan peniaga kaum lain.

Bagaimanapun, tokoh perniagaan veteran itu tidak menyalahkan kaum bukan Melayu yang bertindak sedemikian.

"Saya tidak boleh menyalahkan mereka (memperalatkan perniaga Melayu). Mereka memperalatkan kita kerana kelemahan peniaga Melayu sendiri.

"Kita (peniaga Melayu) mengambil jalan mudah kerana kita masih pada tahap perintis dalam bidang ekonomi," katanya ketika ditemui di pejabatnya hari ini.

Menurutnya, antara kelemahan utama ialah ketiadaan pengetahuan mencukupi dalam perniagaan.

Syed Amin berkata, penguasaan orang Melayu dalam industri kecil dan sederhana (IKS) hanya 20 peratus dari kira-kira sejuta orang.

Katanya, sepatutnya penguasaan peniaga Melayu dalam IKS mencapai tahap 35 peratus.

Sehubungan itu, beliau meminta peniaga Melayu mempelbagaikan bidang perniagaan bukan hanya tertumpu kepada sektor pembinaan sahaja, yang bergantung kepada tender kerajaan.

Jangan... Duit Judi Haram!

Posted: 01 Oct 2010 05:00 AM PDT

Ingatan ini ditujukan kepada orang-orang Umno terutama kepada Reezal. Mudah-mudahan ingatan ini membantu Reezal dan orang Umno yang lain memastikan daging tubuh mereka sentiasa suci dan bersih daripada tumbuh dengan duit judi.

Satu – Jangan beli barang di kedai Cina kerana mungkin barangan di kedai itu dibeli oleh Cina itu dengan duit judi. Duit judi adalah HARAM.

Dua – Jangan naik teksi yang dimiliki oleh orang Cina kerana mungkin teksi itu dibeli dengan duit judi. Duit judi adalah HARAM.

Tiga – Jangan masuk pasaraya yang dimiliki oleh orang Cina kerana mungkin Cina itu membayar sewa pasaraya itu dengan duit judi. Duit judi adalah HARAM.

Empat – Jangan hadiri rumah terbuka atau jamuan yang dibuat oleh Cina MCA kerana mungkin makanan yang dihidang dibeli dengan duit judi. Duit judi adalah HARAM.

Lima – Jangan baiki kereta di woksyop Cina kerana mungkin peralatan yang digunakan untuk membaiki kereta dibeli dengan duit judi. Duit judi adalah HARAM.

Enam – Jangan isi minyak di stesen minyak milik orang Cina kerana mungkin bayaran minyak itu dibuat dengan duit judi. Duit judi adalah HARAM.

Tujuh – Jangan makan buah rambutan yang diberi oleh orang Cina kerana mungkin dia membeli baja pokok rambutan itu dengan duit judi. Duit judi adalah HARAM.

Lapan – Jangan bekerja dengan majikan Cina kerana boleh jadi dia membayar gaji dengan duit judi. Duit judi adalah HARAM.

Sembilan – Jangan masuk ke rumah Cina kerana mungkin rumah itu dibeli dengan duit judi. Duit judi adalah HARAM.

Sepuluh – Jangan berkahwin dengan anak dara Cina kerana mungkin bapanya berkahwin dengan ibunya menggunakan duit judi. Duit judi adalah HARAM.

Sebelas – Jangan lalu di atas jalan di perkampungan orang Cina kerana mungkin jalan itu dibuat dengan duit judi. Duit judi adalah HARAM.

Dua Belas – Jangan guna broadband kerana mungkin biaya membangun teknologi broadband itu adalah daripada duit judi. Duit judi adalah HARAM.

Tiga Belas – Jangan makan ikan yang ditangkap oleh nelayan Cina kerana mungkin pukat yang diguna dibelli dengan duit judi. Duit judi adalah HARAM.

Empat Belas – Jangan duduk dekat dengan orang Cina yang pakai minyak wangi takut tercium minyak wangi yang dibeli dengan duit judi. Duit judi adalah HARAM.

Lima Belas – Pulangkan balik baki belian barang di kedai Cina kerana mungkin duit baki yang dipulangkan itu adalah duit judi. Duit judi adalah HARAM.

Tak gitu Ketua Penerangan Pemuda Umno yang warak lagi alim? Kenape, tak pecaye? Tanya Ketua Ulama Muda Umno. Alang-alang jadi warak, biar warak betul-betul...

[Sumber]

Siapa Pengarah Pilihan Raya Pas di Galas?

Posted: 01 Oct 2010 04:45 AM PDT

TAMPAKNYA Umno telah mendahului Pas untuk menghadapi pilihan raya kecil Galas. Belum apa-apa Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Pengarah Pilihan Raya. Bila masa pula Tengku Razaleigh kembali menjadi penting bagi Umno. Bila masa pula nama Tengku Razalegih tercokol dalam kepala Muhyiddin? Tut tut Tengku Razaleigh dihubungi untuk menerima perlantikan secara terhormat itu dan diberitakan telah bersetuju.

Biarlah saya tidak mahu mengulas panjang sebab dalam posting sebelum ini saya telah menyentuh mengenai kedudukan Tengku Razaleigh dalam pilihan raya berkenaan. Pada saya keadaan Tengku Razaleigh macam kereta mati dalam gear untuk menghadapi pilihan raya berkenaan. Dengan sikap dan pendirian beliau bersama kerajaan negeri mengenai isu royalti sebelum ini menyebabkan beliau sukar untuk 'bergerak' kalau benar beliau menjadi pengarah.

Tetapi di sini apa yang hendak saya fokus ialah kepada Pas. Kalau Tengku Razaliegh menjadi Pengarahnya, siapakah pula di pihak Pas? Apakah ianya langsung akan diberikan kepada Pengarah Jabatan Pilihanraya Negeri, (JPN) Abdul Fatah Haron ataupun diperingkat pusat kepada Naib Presiden, Tuan Ibrahim Tuan Man? Sebelum ini Pas mengganti-gantikan pengarah pilihan rayanya di kalangan pemimpin tertinggi Pas.

Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa pernah menjadi pengarah pilihan raya. Jika tidak silap semasa berlaku pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang dan Hulu Selangor.Sallahddin Ayub juga pernah diberi tanggungjawab menjadi pilihan raya semasa di Bagan Pinang, Negeri Sembilan. Manakala Mustapa Ali menjadi pengarah pilihan raya kecil Kuala Terengganu.

Jadi semua orang-orang penting Pas sudah menjadi pengarah dan menunjuk bakat dan kebolehan masing-masing. Memang cara Pas menyerahkan tugas itu elok kerana ia merupakan latihan untuk menambahkan pengalaman kepada para pemimpinnya. Mereka itu kelak akan menjadi orang penting Pas suatu masa nanti.

Tetapi bagaimana untuk pilihan raya kecil di Galas kali ini. Saya rasa Pas perlu merombak status quo yang ada hari ini. Pas harus memulakan di Galas dan menguji akan perubahan ini. Umum tahu pengarah pilihan raya kecil Manik Urai diserahkan kepada Fatah Haron atas kapasitinya sebagai Pengarah JPN. Ia dibantu oleh Wan Abdul Rahim Wan Abdullah sebagai penasihat setia. Memang kena kalau pengarah utama diambil dari kalangan pemimpin Kelantan sendiri.

Pas menang di Manik Urai tetapi dengan majoriti tipis 65 undi. Banyak kepincangan semasa pilihan raya berkenaan yang menjadi sebutan dan kenangan. Sejak awal lagi ia dimulai dengan rasa konfident yang tinggi, ego dan penuh sentimen yang mana akhirnya memakan diri sendiri. Pengarah telah merasakan pilihan raya itu haknya dan dia berkuasa penuh sehingga menghalang pemimpin luar untuk memasuki Manik Urai. Belum pernah berlaku di mana-mana pilihan raya pemimpin luar Pas dihalang masuk ke Kelantan. Sikap ataupun keputusan diambil pengarah pilihan raya itu sesuatu yang luar biasa dan penuh prejudis.

Kata Wan Abdul Rahim pilihan raya Manik Urai adalah pilihan raya lokal, bukan nasional. Itulah alasan yang diberikan. Gara-gara itu menyebabkan pemimpin luar terasa malu dan terhina dengan arahan berkenaan.

Ternyata pendekatan dan tektik digunakan Fatah dan Wan Abdul Rahim itu tidak berhasil. Ia memakan diri sendiri. Beliau juga masih bermain dengan cara psywar cara lama untuk mempengaruhi pengundi. Isu-isu yang dimainakn juga tidak begitu membuka selara. Hanya isu royalti minyak yang dicetuskan oleh Husam Musa (foto) saja dianggap dapat membuka mata pengundi.

Sebenarnya cara Fatah dan Abdul Rahim sudah out of date - lapok. Pemikiran dan strategi mereka juga tidak konteporari. Tektik dan strategi yang mereka gunakan mungkin sesuai dan berkesan untuk tahun 60-an dan 70an tetapi bukan di alaf baru ini. Di zaman pengundi sudah celik minda dan celik IT, tektik dan strategi begitu sudah tidak boleh dipakai lagi. Di sinilah kelemahan bilik gerakan Pas yang diketuai Fatah gagal mengesani dan menganalisa keadaan pengundi.

Hari ini pengundi mudah mahukan hujah dan fakta. Mereka mahu mendengar jawaban dan bidasan bermutu oleh pemimpin terhadap pihak lawan. Mereka mahukan idea dan mahu menilai idea. Kalau pemimpin tidak dapat mengemukakan idea baru, tidak kreatif mereka akan ditolak. Seseorang pengarah harus mendahuui masa, arif dan bijak untuk mempersonakan orang ramai serta mematahkan hujah pihak lawan dengan fakta.

Retorik atau lawak jenaka dalam mematah hujah sudah tidak memberi kesan lagi. Jenaka dan seloka Abu Nawas juga sudah tidak memberi impak besar. Tetapi cara itulah nampaknya digunakan Fatah setiap kali membuat kenyataan atas kedudukan sebagai Pengarah Pilihan Raya Kelantan. Lagipun kalau Fatah menjadi pengarah ia boleh menimbulkan masalah dengan Pas. Fatah dikatakan tidak mempunyai hubungan yang baik dengan Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Yusuf. Keadaan ini boleh menganggu jentera pilihan raya Pas dari kalangan Muslimat kerana Zailah adalah ketua muslimat Kelantan.

Benarlah apa yang disunggung oleh sdr Sabree Shafii di dalam blognya yang meminta Pas menilai semula keberkesanan Fatah dan Wan Abdul Rahim sebagai pengarah pilihan raya. Saya rasa pandangan Sabree itu ikhlas demi melihat Pas menang cemerlang dalam pilihan raya itu nanti. Kalau beliau mahu lihat Pas tewas sudah tentu beliau akan memuja dan memuji kehebatan Fatah!

Dalam pada itu saya melihat Pas Kelantan memiliki sosok yang boleh dilantik menjadi pengarah untuk pilihan raya Galas kali ini. Ada dua tokoh yang saya nampak boleh diberi kepercayaan dalam hal ini dan mereka berkelayakan. Mereka ialah Takiyuddin Hassan dan Husam Musa. Kebetulan pula mereka sebaya dan dianggap sebagai pemimpin yang akan meneruskan perjuangan Pas di masa depan.

Ada beberapa keistimewaan kepada mereka. Dari segi kelulusan dan pengalaman melayakkan mereka. Mereka adalah pemimpin tertinggi Pas Kelantan. Takiyuddin pernah memeganf jawatan Ketua Penerangan dan Setiausaha Badan Perhubungan. Sementara Husam adalah Timbalan II Pesuruhjaya. Sejauh mana kemampuan mereka perhatikan kepada gerak kerja mereka dan kenyataan yang mereka keluarkan berdasarkan fakta dan hujah yang kemas. Mereka bukan jenis beretorik. Kerja mereka juga ada sistem, ada analisa, ada rumusan dan kesimpulannya.

Saya rasa Pas boleh mencuba untuk memberi kepercayaan kepada mereka menguruskan pilihan raya di Galas kali ini. Sesuai dengan kedudukan Husam sebagai Timbalan Pesuruhjaya Pas Kelantan diberi tanggungjawab untuk menguruskan logistik peringkat negeri manakala Takiyuddin menguruskan logistik peringkat pusat sesuai dengan kedudukannya sebagai Penolong Setiausaha. Dalam erti kata lain mereka harus duduk sebilik.

Walaupun tokoh-tokoh seprerti ini sudah berkemampuan dan mempunyai ketrampilan dalam mengendali pilihan raya tetapi Pas nampaknya belum pernah memberi kepercayaan sepenuhnya kepada mereka. Justeru elok kalau di Galas ini tanggungjawab mempertahankan kerusi berkenaan digalaskan ke atas bahu mereka.

Dalam masa sama Fatah, Wan Abdul Rahim atau Abdul Halim Abdul Rahman (kumpulan Tiga Abdul) kalau tidak mahu rehat tetapi boleh diberikan tugas hanya sebagai penampal poster sahaja dan bukan berada di bilik gerakan. Dengan pengalaman lama mereka sudah pasti mereka akan mampu untuk menampal poster walaupun di atas puncak pokok balak di Galas.

[Sumber]

Galas Jadi Medan Tebus Kekalahan BN Di Manik Urai - Ahmad Maslan

Posted: 01 Oct 2010 04:30 AM PDT

KUANTAN, 1 Okt (Bernama) -- Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas dilihat sebagai medan untuk Barisan Nasional (BN) menebus kekalahan tipis parti itu kepada PAS bagi kawasan Manik Urai tahun lepas.

Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata, dengan persiapan rapi dan kerja sama semua parti komponen BN, beliau yakin kemenangan akan berpihak kepada Umno, sekaligus merampas kerusi yang dipegang Pas selama lebih 20 tahun itu.

"Kita yakin dengan persiapan rapi, kita boleh menang di Galas, jika di Manik Urai kita tewas dengan 65 undi, kita berazam untuk jadikan Galas sebagai medan menebus kekalahan itu," katanya kepada pemberita pada majlis pemimpin bersama penduduk Felda Sungai Panching Selatan pada hari Jumaat.

Pada 14 Julai tahun lalu, calon Pas Mohd Fauzi Abdullah, 50, mengalahkan calon BN Tuan Aziz Tuan Mat, 39, pada pilihan raya kecil DUN Manik Urai.

Ahmad berkata pilihan raya kecil DUN Galas penting kerana mampu memberikan kemenangang kepada BN berdasarkan empat sebab utama, antaranya penglibatan pelbagai komposisi kaum yang melambangkan sentimen rakyat iaitu mahu hanya satu kerajaan pemerintah.

"Sebab kedua Galas penting untuk kita ialah kerana dari situ, kita boleh lihat penerimaan rakyat terhadap dasar-dasar baru di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Beliau berkata sebab ketiga ialah pemilihan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai pengarah pilihan raya Umno/BN bagi pilihan raya kecil berkenaan, yang dianggap tepat kerana anggota Parlimen Gua Musang itu sudah sinonim dengan kawasan tersebut, selain tidak pernah kalah setiap kali bertanding, baik atas tiket BN mahupun Semangat 46.

"Sebab keempat adalah penduduk yang sudah serik hidup di bawah jajahan PAS yang gagal memberikan pembangunan di tempat mereka dan juga bandar Gua Musang, sebaliknya hanya mampu menaburkan janji-janji manis setiap kali berceramah kepada penduduk," katanya.

Ahmad berkata DUN Galas merupakan kubu asal BN dan beliau yakin kerusi itu boleh dimenangi dalam pilihan raya kecil ini jika semua parti komponennya bekerjasama menggerakkan jentera secepat mungkin.

"Kita akan turun segera ke Galas dan akan buat semua kerja yang berkaitan bukan saja ceramah tapi mengedarkan risalah, sembang petang dengan penduduk, ceramah kecil dan sederhana bagi memastikan hal-hal berbangkit dapat kita selesaikan seperti hal pembangunan di Gua Musang," katanya.

Pilihan raya kecil itu perlu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi Galas, Chek Hashim Sulaiman, 46, daripada PAS akibat barah usus.

Parti perlu lebih ramai pemimpin reformasi

Posted: 01 Oct 2010 04:00 AM PDT

PETALING JAYA: Naib Presiden PKR Jeffrey Kitingan hari ini berkata parti memerlukan lebih ramai lagi pemimpin berpemikiran reformasi.

"Parti juga memerlukan para pemimpin yang mempunyai pemikiran yang terbuka supaya parti dapat bergerak maju ke hadapan," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Kata beliau, "saya fikir semua ahli parti harus mengalu-alukan cadangan-cadangan yang konkrit yang dibuat oleh sesiapa saja bertujuan untuk memperbaiki parti.

Sambil merujuk kepada kenyataan Naib Presiden Dr Lee Boon Chye semalam, beliau berkata beberapa cadangan Dato' Zaid (Ibrahim) boleh membantu kita mencapai matlamat kita untuk rakyat.

Beliau berkata, "saya telah membaca kenyataan Dr Lee semalam dan merasakan kenyataan itu dibuat tidak kena pada masanya, terutama ketika parti sedang menghadapi saat-saat getir dalam pemilihan peringkat Cabang hujung minggu ini.

"Saya juga membaca beberapa wawancara dengan Zaid oleh pihak media. Saya rasa ia mengandungi aspirasi parti dan tidak lebih dari itu. Beliau bukan bertindak selaku "mangsa" sepertimana yang diutarakan oleh Dr Lee," katanya.

Beliau menggesa semua pemimpin parti berhenti dari menyerang calon Timbalan Presiden dan juga Ketua PKR Wilayah Persekutuan, Dato' Zaid.

Ketua Cabang PKR Bukit Gelugor Didakwa Amal Taktik Kotor Untuk Pertahan Jawatan

Posted: 01 Oct 2010 03:30 AM PDT

GEORGE TOWN, 1 Okt (Bernama) -- Calon bagi jawatan Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Bukit Gelugor mendakwa ketua cabang berkenaan mengamalkan taktik kotor untuk mempertahankan jawatannya dalam pemilihan Ahad ini.

Lim Boo Chang mendakwa Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Uban S. Raveentharan turut melemparkan fitnah tidak berasas kepada pihak lawan selain menggunakan logo kerajaan negeri dalam manifestonya dalam usaha mempertahankan jawatan ketua cabang.

"Pasukan diketuai Raveentharan mengeluarkan pelbagai fitnah terhadap kami dalam kempennya termasuk meminta supaya perwakilan tidak mengundi saya kerana pernah menganggotai parti Gerakan dan MCA sebelum menyertai PKR pada April 2008," katanya pada sidang akhbar pada hari Jumaat.

Katanya beliau juga ada menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) yang meminta perwakilan supaya tidak mengundi individu pernah menyertai parti komponen Barisan Nasional (BN) bagi mengelakkan cabang berkenaan daripada hancur.

"Kalau begitu, ramai lagi ahli dalam PKR termasuk pemimpin tertinggi juga tidak harus dipilih kerana mereka sebelum ini menganggotai parti komponen dari BN seperti Azmin Ali, Saifuddin Nasution Ismail, Datuk Seri Dr Chua Jui Meng dan Datuk Zaid Ibrahim, malah ada di kalangan mereka diberikan jawatan tertinggi dalam parti dan Pakatan Rakyat seperti Zaid yang dilantik sebagai penyelaras pakatan.

"Adakah mereka ini menghancurkan parti? Kalau beginilah sikap mereka, mungkin semua bekas ahli dari parti komponen BN tidak sepatutnya menyertai PKR kerana tidak dialu-alukan oleh segelintir individu yang hanya mahu mengejar agenda peribadi, bukannya memperjuangkan keadilan demi rakyat seperti didukung parti ini (PKR)," katanya.

Dalam pemilihan Ahad ini, Lim yang juga Timbalan Ketua Cabang PKR Bukit Gelugor akan menentang Raveentharan bagi jawatan ketua manakala jawatan timbalan ketua Cabang pula, pasukan yang dikenali "pasukan progresif" akan diwakili Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung Sungai Dua, Roslan Ramanshah.

Roslan yang turut hadir pada sidang akhbar berkenaan mendakwa dirinya turut menjadi mangsa fitnah Raveentharan yang menuduhnya mengamalkan kempen ala samseng, menagih dadah dan meminum arak berikutan insiden pergaduhan yang berlaku di Pangsapuri Hamnah, Sungai Dua pada 11 Sept lepas ketika sekumpulan golongan belia sedang menganjurkan majlis makan malam yang turut dihadiri Lim.

"Dakwaan dalam SMS berkenaan yang mengatakan ia adalah kempen adalah tidak benar kerana Lim dijemput ke majlis itu bukan tujuan politik, sebaliknya untuk makan-makan saja...tiada juga arak disediakan seperti didakwa," katanya.

Roslan berkata Raveentaharan melakukan satu kesalahan apabila menggunakan logo kerajaan negeri dalam manifestonya yang tidak sepatutnya dilakukannya walaupun beliau adalah Adun Batu Uban.

"Kenapa harus campur adukkan politik PKR dengan kerajaan negeri, ia adalah dua perkara berbeza," katanya.

Kes Curi Enjin: Sarjan TUDM Kemuka Permohonan Notis Usul Soal Balas Dua Mejar

Posted: 01 Oct 2010 03:00 AM PDT

SHAH ALAM, 1 Okt (Bernama) -- Sarjan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) N.Tharmendran yang menghadapi tuduhan bersubahat mencuri dua enjin pesawat F5, hari ini mengemukakan permohonan notis usul di Mahkamah Tinggi di sini untuk menyoal balas dua Mejar TUDM berhubung dakwaan penyeksaan yang dialaminya semasa dalam tahanan.

Peguam Latheefa Koya yang mewakili tertuduh memaklumkan kepada mahkamah bahawa dua mejar itu ialah Pegawai Staf 1 Siasatan di Jabatan Arah Provos Marsyal TUDM, Mejar Ismail Omar dan Pegawai Staf 2, Mejar Norazan Md Amin.

Beliau berkata permohonan itu penting berikutan wujudnya percanggahan berhubung dakwaan seksaan dalam afidavit yang diikrarkan oleh anak guamnya dengan Norazan dan Md Amin.

"Persoalannya, siapakah yang bercakap benar? Kebenaran ini hanya boleh diketahui jika kedua-dua Mejar itu dipanggil ke mahkamah untuk disoal balas," katanya.

Sebelum ini, Tharmendran mendakwa pasukan penyiasat TUDM telah menderanya secara fizikal bagi mendapatkan pengakuan bersalah daripadanya.

Dalam afidavitnya, tertuduh selaku pemohon mendakwa dia telah diseksa dan dakwaan tersebut disokong oleh rakannya, Intan Yusof, 46, yang mendakwa melihat kejadian seorang tahanan diseksa semasa melawat tertuduh di penjara.

Norazan dan Md Amin dalam afidavit mereka pula menafikan dakwaan bahawa mereka yang melakukan perbuatan itu.

Latheefa juga berkata keputusan berhubung permohonan notis usul itu penting bagi permohonan utama pihaknya iaitu untuk menggantung atau membatalkan pertuduhan bersubahat mencuri dua enjin pesawat yang dikenakan ke atas anak guamnya.

"Dakwaan yang dibuat adalah sangat serius dan menjejaskan secara langsung prosedur dan sistem jenayah negara ini. Maka untuk tujuan intergriti sistem tersebut, penting untuk kita mendapatkan kebenaran menerusi soal balas," katanya.

Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusof yang mewakili responden membantah permohonan itu dengan alasan soal balas boleh dilakukan pada perbicaraan kelak.

Beliau berkata sekiranya mahkamah membenarkan permohonan tersebut ia akan menyukarkan pihaknya kerana mereka yang berpotensi sebagai saksi akan dipanggil sebanyak dua kali.

"Ini diburukkan lagi apabila pemohon tidak menyatakan secara spesifik bahagian yang ingin disoal balas," katanya.

Ishak turut merujuk kepada afidavit yang diikrarkan oleh Timbalan Pendakwa Raya Syed Faisal Syed Amir bertarikh 22 Sept lepas yang menyatakan bahawa dakwaan diseksa tidak mempengaruhi pertuduhan terhadap Tharmendran.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Asmabi Mohamad kemudian menetapkan 29 Okt ini untuk membuat keputusan bagi membolehkan beliau melakukan penyelidikan terlebih dahulu.

Tharmendran hadir di mahkamah bersama bapanya, N. Nagarajah, 71, kerana telah dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM50,000 dengan seorang penjamin.

Pada 6 Jan lepas, tertuduh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, dekat sini terhadap tuduhan bersubahat dengan Laskar Udara Mohamad Shukri Mohamad Yusop, mencuri dua enjin pesawat F5 jenis J85-21 di Bangunan Material Processing Shed MATRA 1, Pangkalan Udara TUDM Sungai Besi dekat sini pada 30 April 2008.

Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 109 kanun sama yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Penduduk Kelantan Gemar Pilih Bomoh Untuk Ubati Kanser

Posted: 01 Oct 2010 02:45 AM PDT

KOTA BAHARU, 1 Okt (Bernama) -- Penduduk di negeri ini dikenalpasti lebih cenderung berjumpa pengamal perubatan tradisonal atau bomoh untuk mengubati penyakit kanser berbanding berjumpa dengan doktor di hospital.

Pengarah Perkembangan Perubatan Kementerian Kesihatan, Datuk Dr Azmi Shapie berkata sikap segelintir penduduk yang lebih mempercayai bomoh itu menyebabkan kebanyakan penyakit kanser yang dihadapi menjadi lebih teruk.

"Contohnya penyakit kanser payudara, ramai wanita yang mengalami penyakit itu, ada benjolan sikit dalam satu hingga dua sentimeter, disahkan ada kanser, hospital kata kena buat rawatan...seperti kimoterapi sebagainya tetapi kata mereka nak balik dulu dan berbincang tetapi sebenarnya mereka jumpa bomoh kononnya untuk ambil insiatif hancurkan benjolan tersebut," katanya kepada pemberita selepas Kongres Saintifik Tahunan Persatuan Onkologi Malaysia di sini Jumaat.

Beliau berkata pelbagai cara dibuat pengamal perubatan tradisional untuk mengubati kanser pesakit seperti mengurut untuk menghilangkan benjolan dan sebagainya sedangkan cara berkenaan hanya memudaratkan kerana ia akan membuatkan sel kanser semakin berkembang.

Ada juga yang sanggup memakan pelbagai jenis ubatan tradisional dengan harapan dapat menyembuhkan penyakit kanser yang dihidapi mereka, katanya.

"Semua ini (amalan tradisional) tidak terbukti boleh menyembuhkan sebaliknya memudaratkan...keadaan ini (penyakit kanser) yang semakin berleluasa kini terutama di Kelantan perlulah dibawa berjumpa doktor.

"Tetapi kebanyakannya sehingga paling teruk kudis atau ketumbuhan sudah pecah baru hendak berjumpa doktor di hospital dan ketika ini semuanya sudah terlambat dan rawatan untuk menyelamatkan juga mungkin agak sukar," katanya.

Beliau berkata pentingnya rawatan daripada pakar di hospital ini kerana pakar perubatan hospital ada membuat kajian dan mempunyai fakta dan bukti-bukti untuk rujukan terhadap sesuatu penyakit kanser berbanding rawatan daripada pengamal perubatan tradisonal yang kebanyakannya berlandaskan teori sendiri dan pengalaman pesakit.

Katanya kaedah tradisional juga mengambil masa dan menyebabkan ketumbuhan boleh menjadi semakin membesar dan ketika itu hanya perubatan moden yang boleh diharapkan.

Selain itu Dr Azmi berkata antara faktor lain kebanyakan pesakit kanser enggan menemui doktor di hospital kerana bimbang dan tidak yakin dengan teknologi perubatan yang ada di negara ini sedangkan Malaysia mempunyai kemudahan untuk mengubati penyakit itu di hospital kerajaan dan swasta.

Orang ramai tidak perlu bimbang kerana walaupun hanya dikenakan bayaran semurah RM1 di hospital kerajaan, mereka akan tetap mendapat rawatan berkualiti dan yang penting pesakit perlu ke hospital untuk mendapatkan rawatan yang sewajarnya.

Umno Kedah Bantah Sada Naik Tarif Air

Posted: 01 Oct 2010 02:00 AM PDT

ALOR SETAR, 1 Okt (Bernama) -- Badan Perhubungan Umno Kedah membantah keras tindakan Syarikat Bekalan Air Darulaman (Sada) menaikkan tarif air dan menyifatkan tindakan itu hanya memberi tekanan ekonomi kepada penduduk serta sektor perniagaan di negeri ini.

Setiausaha Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Ir. Nawawi Ahmad berkata kenaikan itu amat dikesalkan dan disifatkan sebagai 'berita buruk' kepada seluruh rakyat negeri Kedah.

"Sehubungan itu kami mendesak kerajaan negeri mengkaji semula kenaikan itu kerana kenaikan itu sangat tinggi sedangkan kualiti perkhidmatan air di Kedah tidak mencapai tahap yang memuaskan," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari Jumaat.

Katanya, sejak mula Umno telah menyuarakan kepada kerajaan negeri supaya tidak menaikkan tarif air kerana ia akan meningkatkan perbelanjaan isi rumah.

Rabu lepas, Ketua Pegawai Eksekutif Sada Datuk Adzmi Din mengumumkan tarif air di Kedah akan dinaikkan sebanyak 1.6 peratus mulai 1 Oktober bagi menampung kos pengeluaran dan pengurusan bekalan air yang semakin meningkat.

Katanya tarif air yang diguna pakai sekarang merupakan tarif dan pelarasan yang berkuatkuasa pada 1 Mac 1993 dan sepanjang 17 tahun itu semakan semula tarif air di Kedah tidak pernah dibuat.

Katanya secara keseluruhannya purata kenaikan caj kepada pengguna domestik adalah sekitar 27 peratus dan nilainya antara RM3 hingga RM8 melibatkan 457,707 akaun sehingga Ogos tahun ini.

Warga Emas Kesal Anggota Exco Pulau Pinang Tuduh Mereka Sandiwara

Posted: 01 Oct 2010 01:45 AM PDT

KEPALA BATAS, 1 Okt (Bernama) -- Sekumpulan melahirkan rasa kesal terhadap seorang anggota exco kerajaan Pulau Pinang yang menuduh mereka bersandiwara dan dipaksa oleh pihak tertentu untuk memulangkan balik wang bantuan RM100 setiap seorang kepada kerajaan negeri yang dilaporkan adalah daripada dana perjudian.

Imam Masjid Pulau Mertajam Saidin Chik, 72, berkata beliau kecewa dengan tuduhan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Pulau Pinang Abdul Malik Abul Kassim yang mendakwa beliau dan rakan-rakanya berlakon menangis pada hari penyerahan wang ehsan berkenaan.

"Tidak patut dia bercakap begitu kerana kami mememag tak berlakon atau bersandiwara dan air mata yang keluar itu adalah perasaan yang lahir dari hati yang sangat sedih.

"Air mata itu juga menunjukkan perasaan gembira dan puas kerana dapat memulangkan semula wang yang dikatakan daripada sumber haram," katanya kepada pemberita pada Jumaat.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Abdul Malik semalam yang menuduh sekumpulan 40 warga emas yang memulangkan semula wang bantuan RM100 setiap seorang kepada kerajaan Pulau Pinang hanyalah satu sandiwara.

Saidin, yang telah berkhidmat sebagai imam sejak 17 tahun lepas di masjid berkenaan, turut menafikan dakwaan kononnya kumpulan warga emas terbabit memulangkan wang ehsan itu kerana dipengaruhi pihak tertentu.

"Kami tidak dipengaruhi oleh Umno atau sesiapa dan saya sebagai seorang imam tidak akan bercakap bohong. Abdul Malik yang juga seorang exco agama tidak patut menuduh tanpa usul periksa," katanya.

Md Saat Md Safar, 70, yang turut memulangkan duit berkenaan pada satu majlis yang turut dihadiri setiausaha mno Pulau Pinang Datuk Azhar Ibrahim pada Rabu lepas, berkata beliau berbuat demikian atas kerelaan hati dan tidak pernah dipaksa sesiapa.

"Kenapa tuduh kami dipaksa, apa yang saya dan rakan-rakan lain buat itu adalah kerelaan hati selepas tahu wang itu dari sumber haram. Sebelum ini tidak tahu tetapi selepas tahu ia haram kami pulangkan semula," katanya.

Azhar pula berkata beliau sangat kecewa dengan kerajaan negeri yang memanipulasi isu berkenaan dan menuduh Umno memaksa warga emas memulangkan semula wang terbabit.

"Itu semua (sebak dan menangis) bukan lakonan dan Umno sendiri tidak pernah paksa mereka untuk pulangkan wang, kalau tidak mahu pulangkan itu hak mereka.

"Mereka yang pulangkan wang itu juga fikir soal agama serta akidah kerana bab agama bukan boleh buat main-main," katanya.

DUN Galas: BN tetap tanding, kata Najib

Posted: 30 Sep 2010 11:16 PM PDT

PUTRAJAYA, 1 Okt — Datuk Seri Najib Razak berkata Barisan Nasional (BN) akan tetap meletakkan calonnya bagi menyertai pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Kelantan walaupun diminta tidak berbuat demikian oleh parti pembangkang.

Malah Perdana Menteri berkata parti itu akan meletakkan calon yang terbaik bagi menghadapi pilihan raya kecil itu.

"Sukar bagi kita tidak bertanding. Mengikut amalan demokrasi, sesuatu kerusi bila kosong atas sebab kematian perlu diadakan pilihan raya kecil," katanya kepada media selepas melawat Pameran Pertandingan Reka Bentuk Hospital Kerajaan di Kementerian Kewangan di sini hari ini.

"Sekali saja kita tidak buat kerana bila sengaja dikosongkan kita rasa membazir dari segi kewangan," katanya merujuk kepada kawasan Parlimen Permatang Pauh.

Beliau berkata bagi kawasan Galas terdapat keperluan untuk menggantikan wakil rakyat bagi kawasan tersebut.

"Jika kita tidak bertanding maka rakyat di Galas tiada pilihan. Bila bertanding sekurang-kurangnya mereka ada pilihan sama ada mereka mahu Barisan Nasional atau PAS. Jadi itu amalan demokrasi yang sihat di negara kita."

Ditanya tentang pelantikan Tengku Razaleigh Hamzah yang juga Ahli Parlimen Gua Musang sebagai pengarah pilihan raya kecil itu dan tidak sebagai calon, Najib (gambar) berkata, "Saya gembira bahawa beliau sedia dan beliau komited untuk bekerja keras bagi memastikan BN menang."

"Kita tidak mahu cakap mengenai calon pada peringkat ini. Saya masih tunggu senarai bakal calon. Saya tidak mahu ramal siapa bakal tetapi kita mahu letak calon yang paling sesuai," kata Najib.

Pilihan raya kecil itu akan diadakan berikutan kematian penyandangnya Che Hashim Sulaima, 46, daripada PAS Isnin lepas akibat barah usus.

Pada pilihan raya umum 2008, Che Hashim berjaya merampas DUN Galas yang terletak dalam kawasan pilihan raya parlimen Gua Musang daripada BN dengan majoriti 646 undi. — Bernama

Tiada ulasan: