Ahad, 17 Oktober 2010

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Khalid Yakin Terajui Kerajaan Selangor Tanpa Jawatan Parti

Posted: 17 Oct 2010 12:45 AM PDT

Khalid nafi keputusan tarik diri bertanding kerana tekanan PKR

PELABUHAN KLANG: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, menafikan beliau menarik diri daripada bertanding jawatan timbalan presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana mendapat tekanan daripada kepimpinan tertinggi parti.

Beliau juga menafikan, keputusan untuk tidak bertanding merebut jawatan kedua tertinggi dalam parti itu kerana tidak mendapat sokongan padu daripada PKR Selangor.

Katanya, ramai ahli PKR di Selangor yang mahukan supaya beliau bertanding kerana beliau memperoleh sokongan mantap. -BH


MB Selangor: Saya tak tanding sebab mahu utamakan PRU-13

KUALA LUMPUR, 17 Okt —Tan Sri Khalid Ibrahim memutuskan untuk tidak bertanding sebarang jawatan termasuk timbalan presiden PKR kerana mahu memberi fokus terhadap usaha mengekalkan Selangor di tangan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum ke-13.
"Tugas saya juga adalah untuk memastikan bahawa Selangor dikekalkan sebagai kubu kuat Pakatan Rakyat," tegas Menteri Besar Selangor ini dalam satu kenyataan memperjelaskan keputusan terbarunya.

Pada sesi penerimaan pencalonan semalam, sekretariat pemilihan PKR menerima pengesahan daripada dua Naib Presiden Azmin Ali dan Mustaffa Kamil Ayub serta Datuk Zaid Ibrahim.

Seramai 19 calon bertanding jawatan naib presiden yang menawarkan empat kerusi.

Pada 10 Oktober lalu, Khalid selepas spekulasi berterusan mengesahkan hasrat untuk bertanding jawatan timbalan presiden dan menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menilai kesan pendiriannya itu.

Bagaimanapun beliau tidak menyerahkan borang penerimaan pencalonan semalam.

Dalam penjelasannya, Khalid berkata, dengan komitmen berterusan kerajaan negeri kepada kebajikan rakyat melalui agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor, pihaknya berkeyakinan untuk menyasarkan kemenangan majoriti dua pertiga pada pilihan raya akan datang, mengekalkan kerusi-kerusi Parlimen dan memenangi lima lagi kerusi BN sebagai sumbangan terhadap membentuk kerajaan Persekutuan pada pilihan raya umum.

Bekas pengerusi PKR Selangor ini berkata, satu lagi faktor yang turut dipertimbangkan ialah keperluan fokus besar terhadap Lembah Klang dalam belanjawan yang baru diumumkan.

Kata Khalid, projek "Greater Kuala Lumpur" melibatkan projek berbilion-bilion ringgit dan kerajaan Selangor mesti memainkan peranan yang besar dalam memastikan projek-projek ini dikendalikan dengan cekap dan telus.

"Demi menjamin kepentingan rakyat, kerajaan Selangor akan memantau dan meneliti semua projek ini.

"Khususnya, kami akan memerhati proses tender, terutamanya dalam pembinaan infrastruktur pengangkutan awam untuk memastikan kontrak-kontrak yang dianugerahkan tidak hanya memanfaatkan syarikat kroni dan merugikan rakyat," katanya.

Khalid yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak berkata, minatnya untuk bertanding adalah berdasarkan keinginan menguatkan muafakat parti dan mempromosikan budaya politik yang sihat serta komitmen yang tidak berbelah bagi kepada prinsip-prinsip murni.

Jelasnya, aspirasi beliau itu adalah untuk menyuburkan pendirian ini demi parti dan demi seluruh Malaysia.

"Setelah perbincangan yang mendalam dengan jawatankuasa khas, setiausaha politik saya Faekah Husin dan beberapa pemimpin Reformasi, saya yakin saya boleh lebih merealisasikan objektif-objektif ini tanpa bertanding untuk mana-mana jawatan tertinggi parti dalam pemilihan tahun ini," katanya lagi.

Khalid juga memberitahu, kerajaan negeri Selangor yang diterajui Pakatan Rakyat boleh dikatakan sebagai contoh sebuah kerajaan persekutuan yang bakal dipimpin oleh Pakatan Rakyat.

"Memandangkan pilihan raya umum yang akan datang, tugas pertama saya adalah untuk menjadikan kerajaan Pakatan Rakyat sebagai contoh kerajaan dinamik, berprinsip dan berpaksikan kebajikan rakyat di peringkat negeri mahupun di peringkat perseketuan.

"Dengan membina keyakinan ini dalam minda rakyat, kita akan lebih dekat kepada hasrat kita untuk menyebarkan semangat reformasi sehingga ke Putrajaya.

"Saya cukup yakin dengan kebolehan setiap calon yang telah menerima pencalonan untuk bertanding dalam pemilihan PKR, dan mengalu-alukan potensi mereka untuk menyegarkan semangat reformasi dalam parti; pada masa yang sama, kami di kerajaan negeri Selangor terus fokus terhadap menyempurnakan agenda kerajaan berpaksikan rakyat," kata Khalid lagi. -TMI



Abdul Khalid Yakin Terajui Selangor Tanpa Jawatan Kanan Parti

PETALING JAYA: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, sebab utama beliau membatalkan hasratnya bertanding jawatan timbalan presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) ialah kerana yakin dapat menguatkan muafakat dan mempromosikan budaya politik sihat tanpa sebarang kedudukan kanan dalam parti.

Beliau berpendapat, Kerajaan Negeri Selangor yang diterajui Pakatan Rakyat boleh dikatakan sebagai contoh sebuah Kerajaan Persekutuan yang bakal dipimpin pakatan itu.

Oleh sebab itu, tambahnya, memandangkan pilihan raya umum yang akan datang semakin hampir, tugas pertama beliau adalah untuk menjadikan kerajaan di pakatan itu sebagai contoh kerajaan dinamik, berprinsip dan berpaksikan kebajikan rakyat di peringkat negeri mahupun di peringkat Persekutuan.

"Menjadi tugas saya juga untuk memastikan bahawa Selangor dikekalkan sebagai kubu kuat Pakatan Rakyat.

"Dengan membina keyakinan ini dalam minda rakyat, kita akan lebih dekat kepada hasrat kita untuk menyebarkan semangat Reformasi sehingga ke Putrajaya," katanya dalam satu kenyataan di sini, Ahad.

Abdul Khalid dan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar yang disebut-sebut mahu bertanding merebut jawatan timbalan presiden tidak menyerahkan borang pencalonan mereka sebelum tempoh penyerahan berakhir petang Sabtu.

Sebaliknya, perebutan jawatan itu menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Azmin Ali dan Mustaffa Kamil Ayub - kedua-duanya Naib Presiden - dan serta Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim.

Dalam pada itu, Abdul Khalid yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak berkata, keputusannya itu dibuat selepas mengadakan perbicangan dengan jawatankuasa khas yang dianggotai oleh Tian Chua, Irene Fernandez, Syed Shahir Syed Mohamud dan Dr Muhammad Nur Manuty bersama setiausaha politiknya, Faekah Husin.

"Dengan komitmen berterusan kami kepada kebajikan rakyat melalui agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor, kami berkeyakinan untuk mensasarkan kemenangan majoriti dua pertiga pada pilihan raya akan datang, mengekalkan kerusi-kerusi Parlimen dan memenangi lima lagi kerusi BN sebagai sumbangan terhadap membentuk kerajaan Persekutuan pada pilihan raya umum," ujar beliau.

Sementara itu beliau berkata, faktor lain keputusan itu dibuta ialah untuk menumpukan perhatian spenuhnya terhadap Lembah Klang dalam belanjawan yang baru diumumkan.

Kata beliau, projek 'Greater Kuala Lumpur' melibatkan berbilion-bilion ringgit, dan kerajaan Selangor mesti memainkan peranan yang besar dalam memastikan projek-projek ini dikendalikan dengan cekap dan telus.

Menurut Abdul Khalid , demi menjamin kepentingan rakyat, kerajaan Selangor akan memantau dan meneliti semua projek ini, khususnya berkaitan proses tender dalam pembinaan infrastruktur pengangkutan awam. -mstar


Ulasan GB

Walau apapun kenyataan TS Khalid, rakyat khususnya ahli PKR sudah dapat mengetahui sebab sebenar TS Khalid mengundurkan diri.

Memang sudah menjadi resmi beliau untuk berlaku "low profile" untuk tidak mengeruhkan suasana. Sama seperti penafiannya yang menolak dakwaan adanya "percubaan orang itu yang cuba menjatuhkannya" sebelum ini.

Walaupun Khalid mengundurkan dirinya, namun ada hikmah di sebaliknya. Semuga beliau dikurniakan ketabahan untuk menghadapi segala ujian, dari luar dan dalam partinya.

PKR Sudah Sedia Menghantar Anwar Ke Penjara Semula

Posted: 16 Oct 2010 11:50 PM PDT

Menilai pencalonan akhir jawatan-jawatan di dalam pemilihan PKR 2010, apa yang dapat dilihat ialah PKR sudah bersedia untuk menghantar semula Datuk Seri Anwar Ibrahim ke penjara, sekali lagi.

Pemerhatian ini diperolehi apabila Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengekalkan jawatannya sebagai Ketua PKR tanpa cabaran, dan Azmin Ali sebagai orang kanan Anwar diletakkan dengan pencalonan terbanyak untuk jawatan Timbalan Presiden.

Wan Azizah yang telah melepaskan kerusi Parlimen Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim setelah Anwar bebas dari hukuman penjara dulu, kini terpilih sebagai Ketua PKR dan bererti juga, kerusi Permatang Pauh terpaksa disandang semula oleh Wan Azizah jika beliau ingin peranannya sebagai Ketua PKR terus dihormati dan diterima oleh ahli-ahli PKR sendiri.

Terlalu sukar seseorang ketua yang tidak ada menjadi ahli parlimen mampu memantau pemimpin-pemimpin parti atau mendapat penghormatan dari ahli partinya jika beliau bukan seorang ahli parlimen juga.

Untuk itu, tidak mustahil senario Anwar dipenjara semula menjadi kenyataan. Dan pada ketika itu Permatang Pauh terpaksa berpilihanraya semula.

Tetapi tidakkah ini akan membosankan rakyat Permatang Pauh sendiri? Berpusing-pusing ke situ juga?


Jawatan Ketua Pembangkang juga mungkin terlepas dari PKR selepas ini. Kerana sudah pastinya keadaan berubah apabila Anwar sudah tiada lagi di Parlimen. DAP berkemungkinan tidak berupaya untuk melepaskan jawatan itu kepada selain Anwar.

Cabang-cabang yang menghantar nama Azmin Ali sebagai calon Timbalan Presiden pula tidak menilai panjang "akibat" daripadanya. Azmin sebagai teman paling rapat kepada Anwar dilihat "keterlaluan" di dalam kempen-kempennya sehingga pernah memanggil ahli parlimen Padang Serai N.Gobalakrishnan sebagai "pariah". Inikah nilai sebenar yang ada kepada pemimpin yang kini hendak menjadi Timbalan Presiden PKR?

Lebih buruk beliau sebaik saja beliau memperolehi pencalonan terbanyak, beliau telah menyerang peribadi lawan. Menuduh dan memfitnah lawannya semata-mata kerana takut kepada bayang-bayangnya sendiri. Walaupun sebelumnya mulutnya manis berbicara menyatakan bahawa lawannya itu tidak akan diketepikan jika beliau memenangi jawatan yang hendak direbutnya. Tidakkah itu ciri hipokrit namanya?

Sebelum itu juga, beliau telah kerap menghentam dan mengkritik MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menyebabkan sehingga di satu ketika Khalid hampir-hampir ingin masuk ke gelanggang untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden bertemunya.

Tetapi, kematangan Tan Sri Khalid yang mengutamakan perpaduan parti serta tidak mengendahkan "pemainan kebudakan" ini telah menarik diri.

Azmin bakal memenangi jawatan yang ditandinginya. Ini kerana taktik berkempennya yang begitu besar dan kotor lansung tidak ditegur oleh Penasihat PKR dan Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP). Malah seolah-olah merestuinya.

Tetapi Anwar dan JPP cepat untuk menegur lawan Azmin kerana kononnya menggunakan Utusan Malaysia sebagai tempat untuk mengeluarkan kenyataan. Media-media PKR kesemuanya memberi ruang seluas-luasnya untuk Azmin tetapi tidak untuk lawannya. Ini "mutu keadilan" yang ada di dalam sebuah parti yang bernama Parti Keadilan Rakyat!

PKR perlu sedar diri bahawa kemenangannya selama ini adalah bantuan rakan-rakannya dari PAS dan DAP. PKR hanya bertenggek dan memperkudakan jentera orang lain. Tanpa mereka, PKR is actually NOTHING!

PKR perlu diserahkan kepada ahli-ahlinya untuk berubah. Tidak lagi dibayangi oleh tokoh-tokoh tertentu jika PKR terus ingin menjadi parti yang kuat dan kukoh. PKR perlu melepaskan dirinya dari diimbau oleh apa juga simbol dinasti dan kroni.

Ramai tertanya-tanya pula, apakah nasib Pakatan Rakyat tanpa PKR? GB kata, PR akan bertambah kuat. InsyaAllah. Pakatan Rakyat sedang dibersihkan oleh Tuhan dari parti dan manusia-manusia yang tak sepatutnya menduduki Putrajaya.

Dan seluruh rakyat dan Tuhan sedang melihat segala-galanya. Tidak mustahil PKR akan "tersungkur" di bawah Azmin nanti.* Memang lunak istilah itu, bukan? You get what you give - dan Tuhan akan memberitahu kita siapakah "pariah" yang sebenarnya nanti.

* bukan bererti GB merestui kepada perbuatan Tun Dr Mahathir ketika beliau menjadi PM. Tetapi waktu sakit dan nazak seseorang, Islam mengajar kita untuk saling ingat memperingatkan. Mana tahu jika Mahathir mahu berubah. Itu sebab GB suruh TDM menggunakan kesempatan zon umur subsidinya dengan sebaik-baiknya.

Ini berdasarkan kisah baginda Rasulullah s.a.w sendiri pernah menziarahi orang Yahudi yang sedang sakit, yang akhirnya disebabkan ziarahnya itu, maka Yahudi itu pun memeluk Islam sebelum dia meninggal dunia.

Galas: PAS Letak Calon Berkualiti, Calon Disenaraipendek Akan Temui TGNA Terlebih Dahulu

Posted: 16 Oct 2010 09:38 PM PDT

Nik Aziz jumpa dulu bakal calon PAS, mungkin diumum awal

KOTA BARU, 16 Okt – Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat akan bertemu terlebih dahulu dengan mereka yang disenarai pendek untuk dipilih mewakili PAS bertanding pada pilihan raya kecil Galas sebelum salah seorang daripada mereka diisytihar sebagai calon.

Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun berkata ini adalah antara ketetapan yang akan dibuat oleh Menteri Besar Kelantan tersebut.

"Tok Guru (Nik Aziz) akan panggil mana-mana nama calon yang disenarai pendek mungkin untuk menerima amanat daripadanya sebelum seorang daripada mereka diumumkan sebagai calon," katanya kepada pemberita di kediaman Nik Aziz di Kampung Pulau Melaka di sini hari ini.

Sebelum itu Abdul Fatah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Tuku memberi taklimat kepada Nik Aziz berhubung perkembangan terbaru dan strategi parti dalam menghadapi pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri berkenaan pada 4 November ini.

"Abdul Fatah berkata Nik Aziz juga mungkin akan mengumumkan nama calon PAS lebih awal daripada Barisan Nasional.

"Pada mulanya Nik Aziz dijangka mengumumkan nama calon pada 22 Oktober ini, tetapi mengikut perkembangan terbaru, ia mungkin diadakan lebih awal.

"Mungkin diadakan serentak pada hari pelancaran jentera pilihan raya PAS pada 19 Oktober ini," katanya.

Beliau berkata tiada apa yang hendak dirahsiakan oleh PAS mengenai calonnya di samping ia tidak mempunyai masalah dengan pemilihan calon. – Bernama



PAS turunkan calon berkualiti di Galas

Dengan hanya tinggal beberapa hari saja lagi hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil Dun Galas pada 26 November sementara hari mengundi 4 November suasana sekitar Dun Galas dalam Parlimen Gua Musang semakin sibuk.

Suruhanjaya Pilihan Raya juga memutuskan hari yang sama penamaan calon dan hari mengundi bagi pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi, Sabah.

Kerancakan menjelang pilihan raya di Dun Galas semakin bertambah di mana pemimpin PAS dan Umno/BN semakin kerap mengadakan perbincangan di kalangan parti masing-masing.

Di samping itu, bendera PAS dan Umno/BN sudah berkibar di sana sini, khususnya di tempat strategik – di simpang empat, jalan masuk ke kampung, tempat lapang, berdekatan dewan, tempat orang ramai biasanya berkumpul dan tidak kurang rancaknya berdekatan pasar malam dan pasar harian. Pelbagai petak jualan sekitar Dun Galas, membawa ke Gua Musang, malah hampir sampai ke Merapoh sudah kelihatan banyak yang ditandai, malah ada yang sudah didirikan.

Dengan pengalaman panjangnya menghadapi pilihan raya umum dan kecil sejak lebih 40 tahun, PAS sudah menduga, seperti kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad bahawa dalam mana-mana pilihan raya juga sama, Umno/BN hanya ada satu modul iaitu menggunakan sumber kewangan dan menabur pelbagai janji, termasuk janji membina satu jambatan baru di Manek Urai.

Jambatan dua lorong dianggarkan bernilai RM7 hingga RM10 juta itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam kempen pilihan raya kecil tersebut, bagi menggantikan satu jambatan merentasi Sungai sedia ada di kawasan itu.

"Kita akan dedahkan balik janji-janji ini di Galas," kata Idris lagi kepada Malaysiakini.

Bagaimanapun kini Umno/BN sudah mula menimbulkan masalah air bersih di Kelantan, termasuk di Gua Musang dan ini nampaknya antara permulaan siri 'serangan'nya terhadap pemerintahan PAS Kelantan. Tentu saja PAS akan menjawab isu ini dalam kempennya nanti.

Rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat – PKR dan DAP dijangka akan datang membantu sepenuhnya seperti dalam mana-mana pilihan raya. Sudah tentu DAP dan PKR akan menumpukan perhatian kepada pengundi Cina di Dun tersebut. Malah undi Orang Asli juga akan menjadi perhatian dan kedua-dua pihak akan berusaha menarik mereka.

Kita yakin dengan pengalaman PAS yang panjang dan telah terbukti selama ini hingga mampu memerintah Kelantan lebih 20 tahun, PAS akan mengatur kempennya berdasarkan pengalaman ini. Sekali lagi kita akan melihat kemampuan PAS Kelantan, dibantu oleh PAS negeri-negeri dan pendukung PKR, DAP membuktikan kemampuannya untuk mempertahankan Galas. Dewan Muslimat pula akan mengerahkan Briged Muslimatnya yang baru ditubuh untuk membantu kempen tersebut. Sementara Dewan Ulama, Pemuda, Muslimat, malah Dewan Himppunan Penyokong PAS juga akan turun padang berhabis-habisan untuk kempen tersebut.

Dalam Pilihan Raya Umum Dun Galas pada 2008 dulu, Chek Hashim Sulaima telah menang majoriti 646 mengalahkan calon BN Mohamad Saufi Deraman, sementara dalam Pilihan Raya umum 2004, calon BN, Mohd Saufi Deraman mengalahkan calon PAS Chek Hashim Sulaima juga dengan majoriti 1,729.

Perlu diingat dalam PRU ke-12 dulu, Tengku Razaleigh kalah 316 undi di Dun Galas, walaupun beliau menang di Dun lain dalam parlimen tersebut.

Dun ini mempunyai pengundi 65.4 peratus Melayu, 22.3 (Cina), 1.8 (India), sementara lain-lain 10.5 peratus. PAS tentu tidak sukar untuk menawan pengundi Cina memandangkan sokongan yang diberi oleh mereka dalam banyak pilihan raya sejak PRU 12 dulu. Namun PAS tentunya bekerja lebih keras lagi untuk menawan pengundi India dan Orang Asli.

PAS sedang meneliti calonnya di peringkat akhir di mana dari nama-nama yang tersenarai pendek, PAS mempunyai tokoh berkaliber baik dari kalangan berlatarbelakangkan ilmu agama dan professional. Ini kelebihan PAS selama ini yang tidak sukar mencari calon berkaliber yang mampu memenuhi cita rasa rakyat.

PAS memiliki kalangan ulama, professional dan amilin yang berwibawa, yang terbukti selama ini berdasarkan gerak kerja mereka, perbahasan mereka yang bermutu di parlimen dan di Dun-Dun.

Lebih dari itu para tokoh PAS setakat ini bersih dari pelbagai amalan buruk seperti rasuah, penyelwengan, penipuan dan sebagainya. Rekod mereka selama ini telah membuktikan selama ini.

Adalah difahamkan, PAS negeri dan kawasan seluruh negara sedang membuat persiapan terakhir untuk menghimpunkan seluruh tenaganya bagi membantu kempen PAS di Galas, malah di Batu Sapi juga – bersama rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat.

Oleh kerana hari penamaan calon dan hari mengundi yang sama di Galas dan Batu Sapi, tentunya pemimpin Pakatan Rakyat terbahagi dua untuk berada di hari pengumuman calon di dua tempat itu. -harakahdaily

"Saya Masih Ahli PKR" - Abd Razak Halidi

Posted: 16 Oct 2010 09:01 PM PDT

Dalang' kecoh tampil beri penjelasan

SHAH ALAM - Selepas seminggu mendiamkan diri apabila dituduh Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Saifuddin Nasution Ismail sebagai orang luar yang mendatangkan kekecohan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) Kuala Langat, Abdul Razak Halidi, tampil untuk sahkan beliau masih ahli PKR.

Menurutnya, beliau masih memegang jawatan ketua cabang itu dan pemecatannya pada 9 September 2008 tidak sah.

Katanya, beliau tidak dimaklumkan pemecatan keahliannya, sebaliknya masih mempunyai keahlian B210000792 yang dicetak pada tarikh 2 November 2008.

"Saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan yang tidak cerdik Saifuddin kerana mendakwa saya ahli UMNO sedangkan langsung tidak pernah menjadi ahli kepada parti itu, cuma ahli Pas. Malah ketika Pilihan Raya Kecil Lunas saya adalah ahli jentera keselamatan kepada beliau," katanya kepada :Sinar Harian,: semalam.

Beliau berkata demikian bagi menjawab tuduhan Saifuddin pada sidang akhbar pada 6 Oktober lalu yang Abdul Razak adalah orang luar yang menjadi dalang kepada kekacauan MATC Kuala Langat.

Abdul Razak berkata, beliau juga telah membayar yuran keahlian sebelum proses pengundian yang melayakkannya menunaikan tanggungjawab terhadap pemilihan parti.

Katanya, tindakan menjawab dakwaan Saifuddin itu sebagai tindakan tepat.

"Masa inilah perlu membuat pembetulan. Jika makin berusia lebih sukar membuat perubahan mengenainya. Buat masa ini saya percaya salah guna kuasa dalam parti banyak berlaku dan saya minta penasihat parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi penjelasan," katanya.

Menurutnya, beliau telah berbincang dengan peguamnya untuk mengambil tindakan susulan terhadap parti dan Saifuddin. -SH

Ulasan GB

Perlu disiasat secara menyeluruh kenyataan Abd Razak Halili tersebut secara telus, adil dan tanpa prejudis.

Bukan seperti siasatan yang sebulm ini yang semata-mata ditumpukan kepada "untuk membenarkan wujudnya dalang kekecohan" tetapi hendaklah diberikan tumpuan kepada "bagaimana mengelak kekecohan".

iPhone Bertatahkan 500 Butir Berlian Berharga RM24.6 juta

Posted: 16 Oct 2010 08:15 PM PDT

Liverpool - Sepasang telefon bimbit pintar iPhone Edisi Ros Berlian dipercayai merupakan iPhone termahal di dunia.

Sebuah akhbar melaporkan kelmarin bahawa kedua-dua iPhone 4 32GB berkenaan dihasilkan oleh seorang pembekal di Liverpool, Stuart Hughes.

Koleksi itu ditempah oleh seorang warga Australia pada harga mencecah AS$8 juta (RM24.6 juta).

Setiap telefon berkenaan ditatah dengan 500 butir berlian berjumlah 100 karat.

Badannya pula disaluti emas dan platinum manakala bingkainya diperbuat daripada granit. - Agensi




Anak Gadis Tak Pulang Ditemui Mati Berbogel

Posted: 16 Oct 2010 07:20 PM PDT

Teluk Intan: Kebimbangan seorang bapa terjawab apabila anak gadisnya yang tidak pulang ke rumah sebaik ke sekolah pagi kelmarin ditemui mati dalam keadaan berbogel di dalam parit di sebuah ladang kelapa sawit, di sini, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, pihaknya tidak menemui sebarang senjata tajam di lokasi kejadian dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 302, Kanun Keseksaan.

Beliau berkata, bapa mangsa, K Murali, 43, yang juga pengawal keselamatan di ladang berkenaan membuat satu laporan polis kelmarin bagi memaklumkan kehilangan gadis terbabit.

"Mengikut laporan itu, mangsa keluar ke sekolah kira-kira jam 7.30 pagi semalam (kelmarin) sebelum ke kelas tambahan di pekan Teluk Intan dan tidak pulang ke rumah seperti biasa sehingga membimbangkan bapanya," katanya ketika ditemui, di sini semalam.

Katanya, bapa mangsa mendakwa melihat Divya memasuki ladang berkenaan selepas turun dari bas menuju ke rumah yang terletak kira-kira 500 meter dari pondok pengawal tempatnya bekerja.

Saksi kejadian memaklumkan menemui beg dan pakaian mangsa terlebih dalu sebelum menemui mayat mangsa dalam parit.

Katanya, beg mangsa ditemui kira-kira 10 meter dari tempat mayat mangsa ditemui, manakala sebahagian pakaiannya ditemui di tepi parit tidak jauh dari situ. "Pihak Jabatan Forensik dengan bantuan Unit Anjing Pengesan (K9) turut dikerah ke tempat kejadian bagi mengesan sebarang bukti yang boleh mengaitkan kematian mangsa. Mayat sudah di hantar ke Unit Forensik Hospital Teluk Intan (HTI) untuk bedah siasat," katanya.

Katanya, tiada sebarang tangkapan dibuat, namun seorang remaja yang juga rakan sekelas mangsa dipercayai bekas teman lelakinya dipanggil untuk membantu siasatan. -hm

Memilih Penentu Masa Depan PKR

Posted: 16 Oct 2010 05:45 PM PDT

Timbalan: Pertandingan 3 penjuru - Azmin, Zaid, Mus

Persaingan merebut jawatan nombor dua PKR adalah pertandingan tiga penjuru membabitkan naib presiden parti itu, Azmin Ali, ketua Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim dan ketua perhubungan negeri Perak, Mustaffa Kamil Ayub.

Azmin yang juga adalah ketua perhubungan negeri Selangor, merupakan calon pertama mengemukakan borang penerimaan pencalonan.

"Pada tepat jam 11.05 pagi tadi, dengan penuh keinsafan, saya menerima pencalonan sebagai timbalan presiden.



"Saya berharap anggota terus memberi sokongan dan selepas pemilihan ini parti (kita) akan lebih kuat, anggota menjadi matang, demokrasi akan terus subur dan reformasi ditegakkan di Putrajaya," katanya.

Turut berada di atas pentas, adalah exco Selangor Dr Xavier Jayakumar yang menyokong Azmin. Beliau pula pula menawarkan diri untuk bertanding naib prtesiden.

Zaid yang sejak awal pagi mengesahkan bahawa beliau akan bertanding menerusi blognya dan kemudiannya menghantar wakil untuk mengemukakan penerimaan pencalonannya.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan puteri reformasi PKR yang juga ahli parlimen Nurul Izzah Anwar yang sebelum ini disebut-sebuat akan bertanding, bagaiamanapun tidak berbuat demikian.

Nurul Izzah yang juga anak ketua umum PKR dan presiden parti itu kemudiannya mengumumkan bahawa beliau akan bertanding merebut satu daripada empat jawatan naib presiden.

Puteri reformasi itu berkata, beliau menolak pencalonan bagi timbalan presiden dan memilih bertanding jawatan nombor tiga itu disebabkan keterbatasan dan ruang yang beliau ada.

"Saya mahu membudayakan politik harapan dan pembebasan dan memperkukuhkan asas-asas demokrasi parti dalam usaha memperkasakan suara dan semangat generasi muda,"katanya dalam satu sidang media selepas menghantar borang pencalonannya.

Ditanya mengapa beliau tidak betanding untuk jawatan timbalan, sedangkan beliau layak berbuat demikian, Nurul Izzah berkata:

"Semua calon yang bertanding layak akan membuat sedaya mungkin untuk memmbantu memperkukuhkan parti.

"Dalam ruang dan keterbatasan yang saya, ada, saya fikir inilah (bertanding naib presiden) jalan terbaik untuk saya buat masa ini. Yang penting adalah kesetiaan dan perjuangan parti dan terus mempromosi politik harapan dan pembebasan demi memastikan Malaysia dijauhkan daripada politik kebencian dan perkauman".

Perjuangan reformasi

Sementara itu, Mustaffa Kamil Ayub yang berulang kali berkata tidak akan menarik diri mengotakan janjinya untuk bertanding jawatan timbalan presiden.

Beliau menyerahkan borang tawarannya itu kira-kira jam 12.50 pagi di ibu pejabat parti.

"Saya tawarkan diri untuk berkhidmat dengan parti kerana saya yakin demokrasi ada dalam parti.

"Saya akan meneruskan agenda kepimpinan dan kekuatan dalam parti sehingga ia terus diyakini," katanya dalam ucapan selepas mengemukakan penawarannya.

Menurutnya lagi, beliau mempertaruhkan segala pengalaman beliau sewaktu memimpin pertubuhan belia Islam dan selaku bekas setiausaha politik Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk meneruskan perjuangan reformasi.

Tambahnya, beliau menawarkan politik baru yang menekankan politik nilai yang berteraskan profesionalisme dan menolak politik perkauman.

Sementara itu, Datuk Zaid Ibrahim yang tiba kemudian, dalam ucapannya berkata ahli parti perlu diberi kesedaran terlebih dahulu sebelum parti bercakap tentang perubahan dan transformasi.

"Ia perlu untuk menjayakan harapan kita yang terpendam... Dengan itu saya minta ahli dan penyokong tumpu dalam pemilihan dengan kempen yang sihat.

Ganyang BN

"Jangan mereka-reka cerita, jangan laga-lagakan sesama kita, kita mahu kesatuan yang kukuh. Itu sahaja yang boleh ganyang BN," katanya.

Katanya, parti ini bukan parti untuknya, tapi parti untuk rakyat.

Ahli parlimen Batu, Tian Chua, yang juga merupakan bekas naib presiden PKR telah memilih untuk tidak bertanding jawatan timbalan presiden meskipun telah mendapat lima pencalonan.

Beliau juga seperti Nurul Izzah, akan merebut jawatan naib presiden.

Semua calon mempunyai masa sehingga jam 6 petang tadi untuk mengesahkan sama ada mereka menerima pencalonan untuk bertanding jawatan masing-masing. 24 Oktober ini telah ditetapkan sebagai tarikh pengumuman calon yang sedia bertanding.

Penerimaan pencalonan dibuka mulai jam 10 pagi ini di luar pusat pencalon yang ditubuhkan di ibu pejabat parti di Tropicana, Kuala Lumpur.

Suasana sejak pagi dilaporkan bagaikan pesta dengan lima kanopi besar dipasang untuk proses pengambilan borang penerimaan calon.

Sejak beberapa hari kebelangkangan ini, terdapat usaha sengit bagi mengatur percaturan dalam usaha menentukan kepimpinan PKR.

Jawatan naib presiden juga dijangka amat sengit dengan hampir 30 calon yang layak bertanding meskipun ramai dijangka akan mengundurkan diri.

"Hari penerimaan calon Pemilihan Pimpinan PKR. 252 dicalonkan untuk pelbagai jawatan. Ramai akan tarik diri. Tentu ada memeranjatkan," kata timbalan presiden PKR Syed Husin Ali yang tidak akan mempertahankan jawatannya menerusi tweeter.
AMK: Shamsul nafi 'u-turn'

Bagi kerusi Pemuda - AMK, - ketuanya sekarang Shamsul Iskandar Mohd Akin juga akan mempertahankan jawatannya.

Shamsul sebelum ini dikatakan berminat menjawat jawatan lebih tinggi dalam PKR tetapi menukar hasratnya kerana dipercayai sedar bahawa peluangnya agak tipis.
"Ada banyak media kata saya u-turn, tapi saya bukan u-turn, ini tafsiran media.

"Saya takde u-turn, saya cuma sampai satu T-junction, boleh pusing ke kanan atau kiri," kata Sahmsul yang cuba berkias.

"Kalau pusing kanan, saya tahankan jawatan ketua AMK, kalau kiri, saya tanding naib presiden. Jadi saya sekarang pergi kanan," katanya.

Menurutnya, semua calon bertanding atas semangat setia kawan dan keputusannya itu dibuat demi kepentingan parti dan bukannya peribadi.

Ditanya sama ada tindakannya itu dilihat tidak adil kepada Chegubard, Shamsul berkata: "kita semua mempunyai peluang yang sama."

Shamsul akan dicabar oleh Badrul Hisham Shahrin, yang lebih dikenali sebagai Chegubard.

Sementara itu, dua lagi calon yang disebut-sebut sebelum ini untuk turut bertanding bagi jawatan penting itu, iaitu Rafizi Ramli dan Hasmi Hashim dilaporkan menarik diri.

Setakat ini, mereka belum membaut penjelasan tetapi dipercayai kerana 'arahan' daripada pemimpin atasan PKR.

Senarai calon yang telah mengesahkan penerimaan pencalonan

Presiden

Dr Wan Azizah Wan Ismail

Timbalan presiden

Azmin Ali
Zaid Ibrahim
Mustaffa Kamil Ayub

Naib presiden (17 calon untuk 4 jawatan)
Abdullah Sani Abdul Hamid
Ansari Abdullah
Baru Bian
Dominique Ng
Fuziah Salleh
N Gobalakrishnan
Jimmy Donald
Jonson Chong
S Manikasavagam
Mansor Othman
Mohd Yahya Sahri
Nurul Izzah Anwar
R Sivarasa
Suresh Kumar Ramachandran
Tian Chua
Dr Xavier Jayakumar
Yusmadi Yusoff

Ketua AMK

Shamsul Iskandar Md Akin
Badrul Hisham Shaharin

Ketua Wanita

Animah Ferrar
Suraya Sudin
Zuraida Kamaruddin

Majlis tertinggi (111 calon untuk 20 jawatan)

Abang Zulkifli Abang Engkeh
Abbas Awang
Abdul Rahman Yusof
Abdul Halim Hussain
Abdul Latif A Tambi
Abdul Malik Abdul Kassim
Abdul Manan Othman
Abdul Razak Mohamed Jalil
Abdul Wahab Ibrahim
Ahmad Jufliz Faiza
Alinah Dompong
Aminuddin Harun
Amran Abd Ghani
Andonny Pilit @ Anthony Biri Mandia
Animah Ferrar
Azan Ismail
Azizan Jamaludin
Azman Abidin
Badrul Zaman PS Md Zakariah
Baharuddin Arif Siri
Beti @ Mohd Said Gapor
Chai Tong Chai
Cheah Kah Peng
Christina Liew
Christopher Kyu
Dominique Ng
Dr Mahendran V Markandoo
Dr Noraini @ Ahmad Faidhi Saidi
Dr R Krishnamoorthy
Dr Tan Kee Kwong
Elizabeth Wong
Fariz Musa
Francis Sebastian
George Chen Nyuk Fa
Felicia Ling
Gurmit Singh Hullon
Haniza Talha
Harbajan Kaur
Hasnah Hashim
Hassan Karim
Hee Loy Sian
Ismail Yusop Ahli
Jalumin Bayagoh
Johari Abdul
John Antau Anak Linggang
Josephy Wilfred
Juliana Jusit
Kalakau Untol
Kamal Badri Tak M Zainudin
Khalid Jaafar
Khew Kim Poo
Ko Chu Liang
Krishnasamy Punusamy
Kotappan Suppiah
Latheefa Koya
Low Chee Chong
MS Arjunan
M Mathialagan
Manikumar Subramaniam
Mat Shuhaimi SMd Yusof Saad
Md Shah Amin
Mohd Nazar Mohd Yakain
Mohd Annuar Mohd Salleh
Mohd Izwan Hafiz Othman
Mohd Roslan Puteh Ahli
Mohd Yatim Ismail
Muhamad Kamel Yassin
Murali Subramaniam
Mustapha Kamal Mohd Yusoff
Muzaffar Shah Khairuddin
Nik Mahmood Nik Hassan
Nicholas Bawin
Nordin Ismail
Ong Khan Lee
Onn Abu Bakar
Pajudin Nordin
Ponnusamy Nagamuthu
Pui Aen Du
Punusamy Govindasamy
Radzali Mokhtar
Ravi Munusamy
Rohani Bakar
Roland Chia
Rozaini Mohd Rosli
S Kesavan
Salma Ismail
Selvarajan Rathinam
Shanmugam Rengasamy
Sharifuddin Budin
Sivam Veeramuthu
Siti Aishah Shaik Ismail
Suhaimi Mohd Nor
Sulaiman @ Suhaimi Said
Suraya Sudin
Syed Hamid Ali
Syed Shahir Syed Mohamud
Tai Sing Ng
Thuraiyah Abd Aziz
Tuan Zamri Ariff
Vasantha Kumar Krishnan
Wan Salleh Wan Isa
Wan Zainal Abidin Wan Senusi
Yaakob Sapari
Yusmadi Yusoff
Zabadi Abbas
Zahari Mamat
Zainon Jaafar
Zakaria Abd Hamid
Zakaria Abdul Rahim
Zamri Yusuf

Ulasan GB

Berpada-pada berkempen.

Di hari penentuan pencalonan hari ini sahaja sudah dilihat ada calon beriya-iya hendak menjadi pemimpin. Ada yang relax dan cool.

Nasihat GB pilih yang kedua itu. Tinggalkan yang beriya-iya nakkan jawatan tersebut. Ini berpandukan kepada hadith-hadith sahih berikut:

Daripada Abu Musa r.a. (Allah telah meredhainya) katanya: Aku dan dua orang lelaki dari kaumku telah masuk kepada Nabi s.a.w.. Salah seorang daripada dua lelaki berkenaan berkata: Lantiklah kami menjadi ketua wahai Rasulullah!. Yang seorang lagi juga berkata demikian. Lalu baginda bersabda: "Sesungguhnya kami tidak melantik dalam urusan ini sesiapa yang memintanya atau bercita-cita untuk mendapatkannya" Riwayat al-Bukhari dan Muslim.

"Wahai `Abd ar-Rahman! Jangan engkau meminta jawatan pemimpin. Sesungguhnya jika engkau diberikannya dengan pemintaan maka engkau ditinggalkan (tidak ditolong). Sekiranya engkau diberikannya tanpa pemintaan maka engkau dibantu". Riwayat al-Bukhari dan Muslim.



Wajah Pemuda Yang Menikam Sosilawati Dan Tiga Yang Lain

Posted: 16 Oct 2010 03:15 PM PDT

Inilah remaja yang didakwa menikam sehingga mati kesemua mangsa dalam kes pembunuhan Sosilawati. Sekilas pandang, wajahnya tidaklah seganas perbuatan kejam yang dikatakan telah dilakukannya. Salah siapa dan apakah faktor yang menyebabkannya hilang pertimbangan sehingga sanggup menjadi pembunuh kejam?



Dua pekerja ladang, K.Sarawanan (kiri) dan U.Suresh dipenjara tujuh tahun selepas mengaku bersalah atas tuduhan melupuskan bukti kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya di Mahkamah Majistret, Telok Datok, Banting di sini hari ini.



Kenderaan yang digunakan untuk mengangkut abu mayat keempat-empat mangsa.


Kesemua suspek yang didakwa terlibat dalam kes pembunuhan Sosilawati dan 3 yang lain.


Petikan berita berkaitan:
[HM] ...Sarawanan didakwa menghilangkan bukti yang menjadi satu kesalahan serius dengan sengaja membakar mayat keempat-empat mangsa dengan niat untuk mengelakkan N Pathmanabhan, T Thilaiyalagan, R Matan dan R Kathavarayan daripada seksaan undang-undang.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Lot 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting, pada jam 9.45 malam hingga jam 12 tengah malam, 30 Ogos lalu.

Berdasarkan fakta kes, Sarawanan didakwa melihat keempat-empat mangsa dibunuh Thilaiyalagan. Dia diarahkan Thilaiyalagan dan Matan untuk mengambil petrol dan diesel yang diletakkan di hadapan sebuah rumah pekerja ladang.

Tertuduh kemudian membawa dua tong putih dan menyerahkan kepada Thilaiyalagan dan Matan sebelum ketiga-tiga mereka mengangkat mayat semua mangsa untuk diletakkan di atas longgokan kayu yang sudah disusun.

Ketiga-tiga mereka juga menyusun kayu di atas keempat-empat mangsa sebelum mencurahkan minyak. Tertuduh bersama Matan membakar semua mayat itu.


Suresh pula didakwa menghilangkan bukti berkaitan kesalahan tertuduh utama dengan sengaja membuang abu mayat keempat-empat mangsa ke dalam Sungai Panchau, Jalan Morib, Banting, pada masa dan tarikh sama, juga bagi mengelakkan Pathmanabhan, Thilaiyalagan, Matan, dan Kathavarayan daripada seksaan undang-undang.


Sumber gambar: Berita Harian/H Metro
duniacacabarba

RPK: Dimana Rakaman Video Pengakuan Rahimi? - Ulasan GB

Posted: 16 Oct 2010 07:50 AM PDT

Peguam Anwar Dalang Pengakuan Rahimi?

Sepertimana yang saya telah beritahu Anwar minggu lalu apabila berlaku pertikaian antara kami apabila saya terlalu lantang bersuara: anda sepatutnya gembira kerana saya masih bersuara. Itu bererti saya masih mengambil berat. Bila saya berdiam diri kamu sepatutnya patut berasa bimbang. Itu bererti saya sudah tidak peduli lagi.

Raja Petra Kamarudin

Pada Jun 2008, apabila isu Liwat 2 ini meletus, saya telah pergi ke Quality Hotel di Shah Alam untuk bertemu Anwar Ibrahim dan peguam-peguamnya. Lobi hotel penuh dengan wartawan-wartawan yang dianggarkan lebih kurang 50 atau lebih, pemberita ini boleh mengesahkan pertemuan ini.

Wartawan-wartawan mula meluru ke arah saya apabila mereka melihat saya dan isteri masuk ke dalam hotel. Dengan silauan flash kamera-kamera, perakam video dan mikrofon telah ditolak dihadapan muka saya. Mereka semua mahu tahu apa tujuan saya berada di situ dan adakah ia ada kaitan dengan isu liwat ini.

Saya hanya tersenyum dan tidak menjawab banyak soalan. Saya kemudiannya naik ke tingkat atas bertemu Anwar dan peguam-peguamnya. Peguam-peguam mereka memberi saya sebuah fail tebal dengan pelbagai dokumen dan testimoni-testimoni.

Lebih kurang satu jam kemudian saya turun ke bawah dan kumpulan pemberita yang ramai itu masih di sana. Bila mereka melihat saya dan isteri keluar daripada lif, wartawan-wartawan sekali lagi tergesa-gesa ke arah saya dan mengerumuni saya. Mereka semua mahu tahu apa yang sedang berlaku di tingkat atas.

Beberapa wartawan telah perasan fail tebal berikat dengan pita merah yang saya bawa dan mereka bertanyakan apa yang ada di tangan saya. Saya pura-pura tidak faham dan mereka kata ketika saya tiba saya tidak membawa sebarang fail jadi fail ini pastinya telah diberikan kepada saya. Mereka mahu tahu apa kandungan di dalam fail itu.

Saya hanya tersenyum dan kata 'no komen'. Saya kemudian berjalan keluar, dan telah menghampakan ramai wartawan yang telah berkhemah di lobi hotel itu sejak malam semalam dan sedang kelaparan berita.

Malam itu saya kembali semula ke hotel dengan kamera video saya. Masih terdapat beberapa wartawan yang terhendap-hendap di sekitar tempat tetapi saya berjaya mengelakkan mereka dan naik ke tingkat atas di mana saya bertemu Rahimi. Saya membuat rakaman video kenyataan Rahimi dan dia telah mendedahkan apa yang telah terjadi -- dia dan Saiful bertemu Najib Tun Razak, apa yang berlaku semasa pertemuan itu, dan sebagainya.

Saya sebenarnya pernah menulis tentang perkara ini dengan perincian yang hebat.

Selepas sesi rakaman saya membuat satu salinan video dan memberikannya kepada para peguam Anwar. Saya menyimpan pita asli di rumah. Saya kemudiannya meminta kebenaran Anwar untuk menerbitkan video itu di dalam Malaysia Today tetapi Anwar tidak membenarkannya. Ia kelihatan seperti peguam-peguamnya telah menasihatkan dia tidak membenarkannya. Mereka merasakan pendedahan ini patut disimpan sebagai bukti untuk perbicaraan.

Saya memberitahu Anwar saya tidak bersetuju dengan strategi ini. Saya merasakan video ini patut dihebahkan segera. Perbicaraan tidak penting, saya memberitahu Anwar, kerana mereka akan memastikannya bersalah walau apa pun bukti yang Anwar ada.


Rahimi dan isterinya Febby


Saya dapat rasakan mereka akan sentiasa mencari pelbagai cara untuk membawanya ke penjara, dengan bukti yang dia ada sepatutnya digunakan untuk membersihkan namanya. Lantaran itu adalah lebih baik untuk menghalang setiap langkah yang mungkin mereka ambil dengan menghebahkan video itu ketika Rahimi masih lagi 'friendly party'. Wang boleh mengubah ramai orang dan jika orang-orang Najib berpeluang menghampiri Rahimi , dengan harga yang betul, dia boleh mengatakan bahawa video itu adalah tipu atau dia dipaksa untuk memberi keterangan palsu di dalam video, atau apa sahaja.

Rahimi bercakap dengan bebas dan terbuka. Saya atau isteri tidak menyeksanya atau memaksanya supaya membuat kenyataan seperti di dalam rakaman vidoe itu. Ia telah dibuat dengan relahati dan sukarela. Lagipun , saya seorang sahaja yang berada di dalam bilik itu dengannya dan tiada toughies atau pengawal-pengawal peribadi yang hadir. Dia mempunyai pilihan untuk tidak membuat sebarang kenyataan atau untuk membuat kenyataan yang berlawanan dengan apa yang dia perkatakan. Ia di atas persetujuannya sendiri untuk memberi keterangan bahawa dia dan Saiful telah pergi ke pejabat Najib untuk membincangkan bagaimana untuk mencipta dakwaan liwat ke atas Anwar.

Saya berpendapat kami memiliki sesuatu yang sangat mudah meletup dan ia seharusnya segera didedahkan kepada orang awam. Tetapi Anwar mendengar pendapat peguam-peguamnya dan saya gagal membuatnya mengubah fikiran. Saya malahan berkira-kira untuk melawan Anwar dengan meneruskan menghebahkan video itu. Lagipun , saya merasakan yang peguam-peguamnya telah salah bertindak dan keseluruhan episod ini akhirnya akan mengenai muka sendiri jika mereka tidak berhati-hati.

Bagaimanapun, saya mendengar kepada Anwar, walaupun dengan berat hati, dan tidak melakukannya. Tetapi saya ada berpesan kepada Anwar yang peguam-peguamnya harus melakukan apa arahannya dan bukan dia yang mengikut arahan peguam-peguamnya. Biar peguam-peguam fokus dalam persediaan untuk perbicaraan dan serahkan strategi-strategi politik kepada kami yang lebih arif, saya beritahu Anwar. Saya juga memberitahu perkara ini kepada Datuk Kamarul Bahrin Abbas, Ahli Parlimen TELUK KEMANG, yang turut serupa -- bersetuju dengan saya dan berfikir yang peguam-peguamnya telah bertindak salah.

Tiga bulan kemudian, pada September 2008, polis datang ke rumah saya untuk menahan saya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri. Mereka menghabiskan masa berjam-jam menggeledah rumah saya untuk mencari 'bukti'. Mereka akhirnya menjumpai koleksi video-video, VCD dan dokumen-dokumen lain.

"Ini apa?" mereka bertanya sambil memegang video.

"Ia pastinya bukan porno atau rakaman saya dan isteri sedang mengadakan hubungan seks," jawab saya. (Saya menyembunyikan semuanya di tempat lain Boom, Rodi, Vic, MsMo and Chris boleh mengesahkannya). Ia adalah rakaman-rakaman peristiwa, saya beritahu polis.

Polis itu memaklumkan saya bahawa mereka perlu merampas semuanya. Saya membantah tetapi tidak berguna dan semua video-video saya, VCD dan dokumen-dokumen diangkut oleh pihak polis.

Dua bulan kemudian, pada November 2008, Mahkamah Tinggi Shah Alam mengarahkan saya dibebaskan. Tetapi polis tidak mengembalikan semua barangan saya yang telah mereka ambil. Sehingga hari ini polis masih memiliki video-video saya, VCD dan dokumen-dokumen.

Bagaimanapun, salinan-salinan yang saya buat semasa pengakuan Rahimi / testimoni berada bersama kumpulan peguam Anwar. Jadi apa yang telah terjadi kepada mereka? Ini adalah sesuatu yang Anwar kena jawab.

Pada 1999, semasa perbicaraan Liwat 1, saya memberitahu Anwar yang saya mendapat makluman beberapa peguam-peguamnya telah dibayar oleh UMNO. Kerja mereka ialah untuk mengganggu perbicaraan supaya kerajaan boleh mensabitkan dakwaan terhadap Anwar.

Anwar, sudah tentu, tidak mempercayai saya. Dia berfikir yang semua peguam-peguamnya adalah jelmaan malaikat. Saya merasakan bahawa ada beberapa diantaranya adalah jelmaan syaitan.

Dan ianya benar, dua daripada para peguam Anwar telahpun keluar dan menyeberangi UMNO. Mungkin mereka tidak benar-benar menyeberang kepada UMNO. Mungkin mereka sebenarnya sudah lama bersama UMNO dan berjaya telah memasuki di dalam kumpulan peguam Anwar supaya mereka boleh menjejaskan pembelaannya.

Sekarang saya bertanyakan kepada Anwar: adakah dia amat yakin dia tidak mempunyai sebarang 'tahi lalat' UMNO di dalam kumpulan peguamnya yang sedang mengusahakan perbicaraan kes Liwat 2? Jika tidak, di mana perginya salinan-salinan rakaman video yang saya telah berikan kepada mereka? Adakah ia menghilang secara misteri? Kalau begitu, bagaimana boleh hilang?

Sekarang Rahimi mendakwa dia telah dipaksa supaya menandatangani Statutory Declaration (Akuan Bersumpah). Dan saya mempunyai satu rakaman video untuk membuktikan bahawa ia tidak begitu. Tetapi polis telah mengambil pita-pita induk dan ia kelihatannya seolah-olah para peguam Anwar juga telah kehilangan salinan-salinan rakaman itu. Tidakkah anda mengesyaki sesuatu?

Sebab tu lah! Bila saya mengkritik Anwar dia menjadi sangat marah dengan saya. Bila saya menuduh yang dia dikepung oleh 'tahi lalat', Trojan Horses, Judas dan Brutus, dia kata saya bersikap nakal dan berniat jahat dan ia adalah untuk kepentingan tertentu demi wujudkan perselisihan dalam PKR. Dia merasakan saya sebuah kilang yang bermotif untuk memusnahkan perpaduan parti.

Baiklah, jawab satu soalan ini: di mana rakaman video testimoni Rahimi, yang saya telah berikan kepada peguam-peguamnya?

Aiyah Datuk Kamarul! Cakap dengan Anwar lah! Saya dah bosan nak cakap. Dan saya tahu anda juga turut merasa perkara yang sama kerana anda sudah puas mengeluh terhadap perkara yang serupa. Tetapi nampaknya kita perlu untuk menyelamatkan Anwar dari dirinya -- atau sekurang-kurangnya dari orang di sekelilingnya.

Sepertimana yang saya telah beritahu Anwar minggu lalu apabila berlaku pertikaian antara kami apabila saya terlalu lantang bersuara: anda sepatutnya gembira kerana saya masih bersuara. Itu bererti saya masih mengambil berat. Bila saya berdiam diri kamu sepatutnya patut berasa bimbang. Itu bererti saya sudah tidak peduli lagi.

Terjemahan artikel : So, who was right, Anwar or I?

Sumber: pulakdah

Ulasan GB

Apa yang dikatakan oleh RPK di atas hampir menyamai dengan apa yang GB pernah rasakan. Sebelum ini GB nyatakan ulasan GB di SINI. Petikan:

Menurut laporan itu lagi, Rahimi mendakwa dia telah dihubungi oleh Latheefa beberapa bulan yang lalu melalui telefon untuk menandatangani satu lagi akuan bersumpah.

"Dia mengatakan bahawa akuan bersumpah yang telah saya tandatangani sebelum ini telah hilang. Namun saya tidak melayan mereka dan cuba sedaya upaya menjauhkan diri dari mereka."

Dakwaan di atas juga perlu disiasat. Apakah benar peguam meminta Rahimi menandatangani semula akuan bersumpah lantaran laporan yang pertama dikatakan sudah hilang. Jika benar dakwaan itu bagaimana peguam boleh menghilangkan akuan bersumpah? Jika benar, peguam itu perlu dipertanggungjawabkan. Jika tidak, Rahimi boleh didakwa lagi oleh peguam berkenaan kerana menipu.


Dan beberapa orang peguam Anwar telah bertindak untuk menapak keluar meninggalkan Anwar diantaranya Zainur Zakaria dan Zulkifli Nordin. Malah ada yang bertindak untuk memburukkan Anwar sendiri.

Tidak mustahil akan ada lagi yang mengekorinya.

Tetapi Anwar seperti sudah tidak mempunyai kekuatannya sendiri. Yang anehnya sebagai klien peguam, Anwar tidak mampu untuk mengarahkan peguamnya apa yang sepatutnya peguam-peguam itu lakukan. Sebaliknya Anwar yang menampakkan dirinya sebagai seorang pesalah, beliau mengharapkan peguamnya untuk membantunya apa yang sepatutnya dilakukan dan dalam banyak ketika Anwar dilihat mohon dirinya dikasihani oleh peguam-peguam terbabit.

GB hairan sebenarnya sikap Anwar tersebut. Dan di dalam pemilihan kali ini Anwar terlalu berpihak kepada Azmin. Anwar tidak berkecuali malah dilihat sebagai lansung tidak berkecuali. GB sudah mengulasnya di SINI.

Penutupnya: GB ingin meminjam kata-kata RPK: Anwar sepatutnya gembira kerana saya masih bersuara. Itu bererti saya masih mengambil berat. Bila saya berdiam diri kamu sepatutnya patut berasa bimbang. Itu bererti saya sudah tidak peduli lagi.



Banyak Hotel Dikesani Guna Ramuan Tidak Halal

Posted: 16 Oct 2010 07:05 AM PDT

Kuantan - Beberapa hotel di daerah Cameron Highlands yang memohon logo halal tidak prihatin dengan penggunaan bahan masakan di premis mereka kerana masih menggunakan bahan tidak halal.

Penolong Pengarah Pengurusan Halal, Bahagian Penyelidikan, Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), Noridzuan bin Abdul Manan berkata, pemantauan Jawatankuasa Kajian Makanan Dan Barang Gunaan Orang Islam Pahang ke beberapa hotel di daerah itu mendapati tahap kesedaran dan keprihatinan pihak pengusaha hotel terhadap standard halal perlu dipertingkatkan.

Menurutnya, walaupun kesedaran untuk mendapat sijil halal adalah tinggi tetapi kefahaman terhadap standard halal kurang memuaskan.

"Lebih mengejutkan ada dapur hotel yang menggunakan produk terutama sos salad yang jelas mengandungi alkohol dan tidak dibenarkan penggunaannya sama sekali bagi maksud persijilan halal," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata, pihak jawatankuasa halal mengingatkan pengusaha hotel mengenai garis panduan yang wajib dipatuhi jika mereka berhasrat memohon sijil halal.

Katanya, memang ada pelbagai pilihan sos yang digunakan sebagai ramuan sajian tetapi pihak hotel perlu menukar produk yang tiada perakuan halal kepada produk yang diperakui halal dan suci.

Bagaimanapun, katanya, tidak ada masalah untuk mendapatkan jenama yang mempunyai sijil halal di negara ini kerana banyak pilihan yang terdapat di pasaran.

"Kita nasihatkan supaya pengurusan hotel perlu bijak memilih produk yang tidak dikilangkan di Malaysia seperti bahan-bahan di dalam tin serta ramuan yang digunakan untuk penyediaan masakan barat," katanya.

Lawatan pemeriksaan dan pemantauan disertai 14 pegawai Jaip, Jabatan Kesihatan Cameron Highlands, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Cameron Highlands dan Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Daerah Raub.

Sementara itu, Noridzuan kesal kerana ada pengusaha hotel yang masih keliru mengenai status persijilan yang dibenarkan Jaip dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

"Masih ada pengurusan hotel yang keliru mengenai status sijil halal dari pihak swasta sedangkan sijil berkenaan tidak sah.

Menurutnya, di antara aspek utama yang perlu dicapai oleh pihak hotel ialah memastikan semua bahan atau ramuan yang digunakan di dalam penyediaan semua masakan dan minuman diperakui halal oleh badan yang diiktiraf. -SH

PKR Kedah Mahu SPRM Siasat Bekas MB, Exco

Posted: 16 Oct 2010 05:25 AM PDT

Alor Setar – Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kedah, Ahmad Kasim menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan terhadap dua pemimpin UMNO negeri ini, bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuah, Datuk Ir Nawawi Ahmad.

"Saya nak minta SPRM siasat pembinaan rumah milik Mahdzir di Pedu yang menelan kos yang agak tinggi, berbanding dua rumah bekas Menteri Besar sebelum ini, Tan Sri Osman Aroff dan Datuk Seri Syed Razak Syed Zain. Tempoh beliau jadi Menteri Besar pun tidak selama mereka," katanya.

Menurutnya, beliau juga mahu SPRM menyiasat penganjuran rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri ADUN Kuah sewaktu beliau menjawat jawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri, sebelum Pakatan Rakyat (PR) menawan Kedah dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke12 pada 2008.

"SPRM perlu menyiasat siapa yang menaja penganjuran rumah terbuka itu memandangkan ianya dilihat terlalu mewah," katanya.

Sementara itu, ketika ditanya sama ada beliau sendiri akan membuat laporan berhubung dakwaannya itu, Ahmad berkata, beliau mahu SPRM sendiri yang menjalankan siasatan.

"Sebelum ini, Nawawi mencabar SPRM menjalankan siasatan (terhadap pegawai-pegawai di bawah pentadbiran Barisan Nasional) menerusi media.

"Justeru, saya juga menggunakan pendekatan yang sama iaitu agar SPRM menjalankan siasatan terhadapnya berdasarkan laporan media, biar pegawai-pegawai SPRM sendiri yang menjalankan siasatan untuk mendapatkan maklumat lanjut," katanya.

Sementara itu, Ir Nawawi ketika dihubungi menyangkal dakwaan majlis rumah terbukanya ketika menjadi Exco Kerajaan Negeri ditaja pihak tertentu.

Menurutnya, perbelanjaan rumah terbuka itu daripada peruntukan Kerajaan Negeri, UMNO negeri serta wangnya sendiri.

"Seingat saya ketika itu, RM10,000 disediakan untuk menganjurkan majlis rumah terbuka dengan anggaran tetamu antara 3,000 hingga 5,000 orang. Kita jemput semua penduduk Langkawi.

"Exco Kerajaan Negeri diberi peruntukan kira-kira RM5,000 untuk mengadakan jamuan rumah terbuka dan selaku Exco pada ketika itu, pendapatan saya sendiri mencecah RM20,000. Justeru tidak menjadi masalah untuk mengeluarkan wang sendiri bagi menampung perbelanjaan jamuan itu," katanya.

Ir Nawawi tidak menafikan ada mendapat tajaan tetapi dalam bentuk makanan dan minuman daripada beberapa hotel di Langkawi selain sumbangan penduduk setempat.

Difahamkan, peruntukan RM3,000 untuk ADUN dan RM5,000 untuk Exco Kerajaan Negeri menganjurkan rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri diamalkan sejak dahulu lagi.

"Peruntukan sebanyak itu memang tidak mencukupi kerana tuan rumah masih perlu menambah wang sendiri, mungkin Kerajaan Negeri boleh mempertimbangkan menambah jumlah peruntukan itu pada masa akan datang," katanya.

Ir Nawawi menafikan penglibatan syarikat operator bekalan air di Langkawi, Taliworks Sdn Bhd sebagai penaja majlis itu.

Menurutnya, hubungannya dengan syarikat berkenaan ketika itu tidak begitu akrab memandangkan beliau selaku Exco Air sering mempertikaikan mutu perkhidmatan mereka.

"Sekiranya penganjuran majlis rumah terbuka Aidilfitri oleh bekas Exco atau ADUN perlu disiasat SPRM, suruhanjaya itu juga mesti menyiasat semua Exco dan ADUN sama ada kerajaan terdahulu atau yang mentadbir Kedah pada masa ini," kata Nawawi.

Sementara itu, Mahdzir yang juga Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Kedah, ketika dihubungi enggan mengulas perkara itu. -SH

"Hukuman Tak Setimpal" - Erni, Anak Sosilawati

Posted: 16 Oct 2010 03:30 AM PDT

Hukuman yang diterima itu tidak setimpal dengan apa yang mereka lakukan ke atas mama dan tiga yang lain," kata Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 25, anak jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, selepas dua lelaki dijatuhkan hukuman penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Majistret Banting, Selangor, semalam.

Dia yang mesra dengan panggilan Rita mengaku berasa terkilan dengan keputusan itu, tetapi agak lega kerana pihak yang bertanggungjawab menerima pembalasan walaupun tidak setimpal.

Rita berkata, sepatutnya kedua-dua tertuduh yang mengaku bersalah menghapuskan bukti dengan membakar dan membuang abu mayat ibu dan tiga rakannya ke sungai, menerima hukuman lebih daripada tujuh tahun penjara.

"Kalau betul apa yang mereka lakukan itu, saya rasa semua orang pasti setuju jika hukuman yang lebih berat dikenakan terhadap tertuduh kerana tindakan menghapuskan bukti hingga tiada mayat dan hanya tinggal serpihan tulang memang tidak berperikemanusiaan terutamanya kepada semua keluarga mangsa.

"Tetapi kalau peruntukan undang-undang sudah sedemikian saya akur dan percaya dengan siasatan dilakukan pihak berkuasa terutamanya polis," katanya yang ditemui di pejabatnya di Jalan Raja Bot, petang semalam.

Selain itu, ekoran daripada pembebasan beberapa suspek lain yang dikatakan mempunyai kaitan dalam kes berkenaan, dia meluahkan perasaan sedikit gusar kerana selepas apa yang menimpa ibu dan tiga yang lain atau mungkin ramai lagi, banyak perkara yang difikirkan boleh berlaku ke atas diri dan keluarga.

"Bila dengar ada yang sudah bebas, saya berasa agak takut juga kerana mungkin masih ada dendam yang terpendam dan mungkin juga tidak, tetapi kita tidak tahu.

"Apa yang boleh kami lakukan hanyalah mengambil langkah lebih berhati-hati dan kehidupan sosial kini terpaksa dikurangkan," katanya.

Namun, dia tidak menafikan kalau sesuatu perkara itu ingin berlaku ia akan tetap berlaku walau macam mana pun langkah berhati-hati diambil.

"Tengok macam mama, dia bukan pergi berseorangan tetapi ditemani tiga lelaki, kalau benda hendak jadi macam mana pun akan jadi. Kita terima musibah ini, cuma ambil iktibar dari apa yang sudah berlaku," katanya. Sementara itu, ditanya adakah dia masih lagi berharap ibunya bukan mangsa pembunuhan kejam itu, dia berkata selagi keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) tidak diumumkan selagi itu masih lagi ada harapan dan kalau betul ibunya sudah tiada dia terima takdir seadanya.

[Bergambar] 500 Sertai Demo Bantah Surau Dan Pasti Di Bkt Katil Melaka

Posted: 16 Oct 2010 02:20 AM PDT

500 sertai demo bantah roboh surau, Pasti

BUKIT KATIL, 16 Okt: Demonstrasi aman anjuran Badan Bertindak Perobohan Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) dan Surau Bukit Katil semalam berjaya memberikan gambaran kepada pihak berkuasa bahawa rakyat menolak kezaliman dan penindasan.

Mereka bukannya menolak pembangunan tetapi pembangunan itu mestilah memberikan manfaat serta tidak menjejaskan kepentingan rakyat.

Tindakan kerajaan BN Melaka yang dilihat sengaja mengambil tapak Pasti dan surau untuk dibuat jalan menimbulkan kemarahan penduduk Kampung Bukit Katil kerana bagi mereka kerajaan boleh mengambil tanah kosong yang ada di kawasan lain untuk dibuat jalan.

Malah tindakan itu juga disifatkan tidak logik kerana jalan yang akan dibina adalah bengkok berbanding cadangan asal yang lebih lurus.

Demonstrasi semalam dikatakan berjaya kerana berjaya mengumpulkan kira-kira 500 orang penduduk setempat dan kawasan sekitarnya termasuk tuan-tuan tanah yang terlibat.

Demo yang diadakan selepas solat Jumaat di hadapan Masjid Bukit Katil petang tadi telah diganggu oleh pihak polis selepas hanya kira-kira lima minit dimulakan.

Polis meminta pihak penganjur menghentikan program tersebut atas alasan mengganggu ketenteraman awam dan tiada permit.

Dalam ucapan ringkas, Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman kesal dengan sikap kerajaan negeri yang tidak mahu berunding dengan rakyat khususnya tuan tanah kepada Pasti dan surau tersebut.

"Rundingan tidak dibuat, tiba-tiba surat sampai untuk beri pampasan. Inilah sikap rakus pihak kerajaan yang jelas tidak mengutamakan rakyat.

"Di sana ada tanah kosong yang boleh diambil untuk buat jalan mengapa tanah di sini yang diambil sedangkan tanah kosong tersebut lebih sesuai tidak melibatkan surau, Pasti dan rumah rakyat," ujarnya bersemangat.

Tindakan itu, katanya adalah perbuatan membalas dendam dan berteraskan politik serta dengki melihat kebangkitan rakyat bersama PAS dan Pakatan Rakyat.

Ketua Dewan Pemuda PAS negeri, Ustaz Kamaruddin Sidek menyifatkan tindakan itu sebagai bukti bahawa kebajikan dan kedaulatan rakyat telah hapus dengan penguakuatsaan Akta Tanah yang memberikan kuasa penuh kepada kerajaan untuk mengambil tanah rakyat atas nama pembangunan.

"Rakyat sudah tidak ada kuasa dan hak ke atas tanah milik mereka sendiri, bila-bila masa kerajaan boleh ambil dan ianya sukar dicabar di mahkamah," ujarnya.

Semua pemimpin utama PR negeri hadir antaranya Pengerusi DAP, Goh Leong San; Adun Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong; Adun Bachang, Lim Jak Wong; Adun Bandar Hilir, Tey Kok Kiew dan Ketua AMK Melaka, Hairiz Nordin. -Sofi Wahab













Tiada ulasan: