Kelab Greenboc |
- Kecoh Di Mesyuarat Pemilihan. Mampukah PKR Berbeza Dengan UMNO?
- Mencalonkan Ku Li Umpama Menggunakan Kuda Lumba Tarik Kereta Lembu, Sakmongkol Cadangkan S/U PM
- Apa Agenda Anwar Kecam Zaid?
- Kenapa Beriya-iya Nak Bawa Balik Besi Buruk Itu?
- Mufti-mufti Terdiam Dalam Isu Wang Judi
- Hilang Lagi... Dipercayai Angkara Suspek Pembunuh Sosilawati
- Nik Nazmi Hampir Tewas. Signal Jelas Dari Akar Umbi Kelana Jaya.
- Lagi Kisah Orang Hilang Di Banting.
- Polis Pasang Soalan Perangkap Untuk YB Teo
- "Pulangkan" Siri 2 Masih Belum Meyakinkan
- Polis Tak Berubah Di bawah KPN Baru. Terus Tekan Pakatan Rakyat
- Hilang Akalkah UMNO Calonkan Ku Li Di DUN Galas?
| Kecoh Di Mesyuarat Pemilihan. Mampukah PKR Berbeza Dengan UMNO? Posted: 03 Oct 2010 12:56 AM PDT PKR Sabak Bernam kecoh, wartawan jadi sasaranKUALA LUMPUR, 3 Okt — Dua beranak dan dua wartawan termasuk seorang jurukamera diserang sekumpulan lelaki yang tidak dikenali semasa proses pengiraan undi pemilihan Parti Keadilan Rakyat cabang Sabak Bernam, Sabak Bernam malam tadi. Dalam insiden bermula 8.15 malam tadi, sekumpulan lelaki dikatakan menyerang calon Timbalan Ketua Cabang Sabak Bernam, Abu Talib Bujang yang berada dalam Dewan Tun Razak, tetapi beliau dapat mengelak serangan itu. Bagaimanapun anaknya Mohd Fadli, 24, yang ingin menyelamatkannya telah dihentak dengan kerusi di kepala, menurut isteri Abu Talib, Siti Zubaidah Husni yang turut menyaksikan kejadian itu. Mohd Fadli dan Abu Talib dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah, Sabak Bernam dengan ambulans, kata Siti Zubaidah yang juga Setiausaha Wanita Keadilan Sabak Bernam. Dalam pada itu, beberapa penyokong parti itu bertindak ganas dengan menyerang dan cuba merampas kamera yang digunakan. Menurut maklumat Sinar Harian, ketika proses pengiraan undi menyebabkan keadaan semakin huru-hara apabila sekumpulan penyokong parti itu yang hilang kawalan emosi bertindak memaki-hamun dan mengugut petugas media sebelum mengejar mereka. Berikutan suasana tegang itu, wartawan Sinar Harian melarikan diri ke surau berhampiran kerana bimbang keselamatan dirinya. Ketua Polis Daerah, Superintendan Noor Mushar Mohamad berkata, pihaknya menerima laporan berhubung insiden berkenaan. Menurutnya, ketika kejadian, salah seorang jurugambar sebuah akhbar berada dalam dewan berkenaan sedang merakam suasana kekesohan berlaku ketika proses pengiraan undi sebelum beberapa penyokong parti itu menyerang dan cuba merampas kamera yang digunakan. "Cuba untuk menyelamatkan kameranya, jurugambar berkenaan lari dan dikejar sekumpulan penyokong parti yang gagal mengawal emosi. Mereka hanya berjaya merampas 'flash' berharga RM1,500 dan merosakkannya dengan menghempas ke lantai," katanya. Laporan polis dibuat mangsa terdiri daripada jurugambar Kosmo dan wartawan Sinar Harian di Balai Polis Sabak Bernam pukul 9.40 malam kerana bimbang keselamatan mereka. Difahamkan, keputusan pemilihan cabang berkenaan yang menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Ketua Cabang, Ketua Wanita Keadilan dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) dibatalkan. Bernama melaporkan tinjauan mendapati kerusi di dalam dewan berkenaan berada dalam keadaan tunggang langgang sementara tiga anggota polis dilihat mengawal dewan berkenaan. Kekecohan dan pergaduhan turut berlaku semasa pemilihan Cabang PKR Kelana Jaya malam tadi di Dewan Majlis Perbandaran Subang Jaya di Seksyen 15. Difahamkan laporan polis telah pun dibuat berhubung kejadian tersebut. Kekecohan di cabang Kelana Jaya dipercayai timbul ekoran rasa tidak puas hati dengan keputusan rasmi pemilihan yang diumumkan sekitar 11 malam tadi memihak kepada barisan penyandang ketua cabang Syed Sharir Syed Mohamud. Syed Sharir menang tipis dengan mengalahkan pencabarnya Razak Jalil dengan perbezaan enam undi. Razak memperoleh 416 undi manakala Syed Shahir mendapat 422 undi. Bagi kerusi timbalan ketua cabang, Nik Nazmi Nik Ahmad memperoleh 423 manakala seorang lagi pesaing jawatan itu Dr S. Vigneswaran mendapat 409 undi. Bagi jawatan naib ketua cabang itu gandingan Syed Sharir Keshminder Singh mengekalkan jawatannya dengan memperoleh 447 berbanding pencabarnya Zulkifli Abdullah menerima 396. Nik Nazmi juga merupakan Pengarah Komunikasi PKR. Barisan Syed Shahir-Nik Nazmi turut menang jawatan Angkatan Muda Keadilan, Wanita dan 14 dari 15 kerusi ahli jawatankuasa cabang. Razak dikatakan telah meraikan kemenangannya apabila mendapati undi beliau mencecah 400 undi bersama-sama penyokongnya di pekarangan Dewan MPSJ SS15. "Apabila kiraan pertama mendapati Syed Shahir menang dengan dua undi, pasukan Razak minta kiraan semula dan akhirnya Syed Shahir didapati menang dengan enam undi," kata seorang pemimpin kepada The Malaysian Insider sebelum membawa kepada suasana kecoh kemudian. Ulasan GB Belum pun menjadi kerajaan pusat, mesyuarat PKR sana-sini sudah menunjukkan kekecohan yan begitu mencalarkan nama parti. Jika sudah memerintah dan PKR mendominasi Pakatan Rakyat, bagaimanakah agaknya rupa mesyuarat pemilihan nanti? Parti politik yang tidak menjadikan "pahala" dan "dosa" sebagai nilai perjuangan akan memudahkan para ahli terjebak di dalam kegelojohan merebut sangkar dunia. Maka kecoh sekecoh-kecohnya di dalam mana-mana pemilihan mengangkat ketua. Jika hal demikian berlaku apa bezanya PR dengan BN? Dengan sebabnya Allah menangguhkan perarakan PR ke Putrajaya. Dan sungguh Allah telah menurunkan kekuatan kepada kamu di dalam Al Quran bahwa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan, maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. Karena sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam Jahannam. (Surah An-Nisa : 172) Demi sesungguhnya! Allah tetap menyatakan benar RasulNya dalam perkara mimpi itu dengan kenyataan yang sebenar; iaitu sesungguhnya kamu tetap akan memasuki Masjidil Haram, Insya Allah (pada masa yang ditentukanNya) dalam keadaan aman (menyempurnakan ibadat Umrah kamu) dengan mencukur kepala kamu dan kalau (tidak pun) menggunting sedikit rambutnya, serta kamu tidak merasa takut (akan pengkhianatan musuh sehingga kamu keluar balik dari situ). (Allah menangguhkan berlakunya kenyataan itu) kerana Dia mengetahui (adanya feadah dalam penangguhan itu) yang kamu tidak mengetahuinya; maka Dia menyediakan sebelum (terlaksananya mimpi) itu, satu kemenangan yang dekat (masa berlakunya). (Surah Al-Fath:27) |
| Mencalonkan Ku Li Umpama Menggunakan Kuda Lumba Tarik Kereta Lembu, Sakmongkol Cadangkan S/U PM Posted: 03 Oct 2010 12:10 AM PDT Fatmi Salleh untuk DUN GalasSaya rasa orang yang paling layak jadi calun ADUN di Glas ialah SU Politik PM, iaitu Fatmi Salleh (gambar) dia adalah ketua UMNO Bahagian Kota Bharu. Oleh kerana peluang untuk Fatmi menang di Kota Bharu dalam kapasiti apa pun sangat tipis dan kosong, maka elok dia di beri peluang untuk jadi ADUN. Dia pun tidak pernah jadi ADUN jadi elok dia di beri peluang supaya rakyat Kelantan dapat menikmati kepimpinan dan perkhidmatan Fatmi. Tidak perlu kita hendak memaksa Ku Li jadi ADUN Galas. Saya sudah sebut, cubaan ini sama seperti menggunakan kuda lumba untuk menarik kereta lembu. Apabila kita meletakkan pemimpin pada tempat yang tidak kena dengan kapasiti dan kemampuan, nya, ia menunjukkan kecetekan minda kita. Cuba kita lihat rekod Ku Li. Dalam pertandingan UMNO melawan Dr Mahathir, dia hanya kalah 41 undi. Itu pun keputusan tersebut sangat sangat mencurigakan. Dia juga pengasas parti Semangat 46. Dia bekas menteri kewangan. Dia pengerusi Petronas dan Bank Bumiputera yang pertama. Dengan latar belakang rekod seperti ini, lojik mengatakan Ku Li patut di beri tempat dalam barisan kepeimpinan negara, bukan negeri. Biarlah kepimpinan negeri di terajui oleh orang seperti Fatmi, Lagi pun jika Fatmi di pilih sebagai calun, dia bukan sahaja membawa diri nya dan menebus kekalahan nya di Kota Bharu, tapi membawa dan mewakili suara PM. Tidak mungkin suara keramat PM tidak laku di DUN Galas? Lagi pun, standard Fatmi hanya sesuai untuk tahap DUN sahaja. Rakyat DUN Galas jika pilih Fatmi akan mendapat suatu lorong penghubung secara lansung kepada PM. PM Najib pula patut beri peluang kepada Fatmi daripada memberi peluang dia menyibuk di pejabat PM. Bukan kah Fatmi ini kalah sebagai calun parlimen KB dan patut lah di beri peluang untuk berkhidmat sebagai ADUN Galas. Saya percaya, Fatmi dapat menyalurkan 1001 bantuan dan kemewahan kepada rakyat Galas. Beras, kambing, rumah PPRT, lembu dan kerbau, beg sekolah, basikal, atap rumah, kasut dan lain lain. Ada banyak benda yang tak kena dengan DUN Galas. Pertama, lazim nya, yang menjadi pengarah pilihanraya kecil ialah timbalan presiden UMNO dan TPM. Dia akan di bantĂș oleh ketua Perhubunan UMNO Negeri. Tidak pernah terjadi Ketua Bahagian menjadi pengarah Operasi. Memang betul, walaupun tidak pernah terjadi, tapi tidak mustahil di lakukan. Apakah UMNO sudah ketandusan bakat pemimpin sehingga mahukan Tengku Razaleigh jadi calun ADUN? Ini membayangkan penggunaan bakat yang tidak bijak. Pengalaman dan ketokohan TRH sepatutnya di manfaatkan untuk kepentingan di peringkat nasional. Saya rasa Ku LI tidak perlu membuat lebih dari apa yang sepatut di lakukan oleh seorang Ketua Bahagian. Iaitu memobilisasikan jentera pilihanraya, memastikan kemudahan untuk tukang kempen dari luar di layani dengan baik. Dan seperti di mana mana PRK, biarlah pasukan luar ini yang buat kerja lebih. Pasukan tempatan hanya berfungsi sebagai pemudah cara dan jadi pemandu pelancung. Peranan Ku Li adalah lebih besar dari peranan ADUN. Dia boleh menjadi suara penyatu suatu caucus- yakni perhimpunan ahli politik yang berstau fikiran melihat keadaan yang berlaku dalam negara kita. KU Li merupakan satu satu nya pemimpin yang bertaraf negarawan yang di hormati oleh lebih banyak pihak dari mana mana tokoh pemimpin yang ada sekarang. Dia mendapat penghormatan dan sokongan dari non partisan polĂtical forces. Yang demikian, Ku Li mempunyai potensi untuk di jadikan faktor penyatu kepada tenaga tenaga yang mahu menyelamatkan Malaysia. Saya merasakan lebih elok, kita memanfaatkan Tengku Razaleigh dalam kapasiti ini. Dan perkara ini patut di teliti dengan halus oleh ahli UMNO sendiri. Jika apa apa berlaku kepada UMNIO yang ada sekarang, sekurang kurang, peluang untukk menyelamatkan UMNO masih ada pada Ku Li. Kita mesti faham perkara ini. -sakmongkol Ulasan GB Nama sebenar Sakmongkol AK47 ialah Dato' Mohd.Ariff Sabri bin Hj. Abdul Aziz. Bekas ADUN Pulau Manis, Pekan.( 2004-2008) Pada 2000-2004, beliau adalah Ketua Penerangan UMNO Bahagian Pekan, di bawah Dato Sri Najib. Lepasan pemegang ijazah Economi dari University Malaya dan University of Manchester(Owens). |
| Posted: 02 Oct 2010 10:20 PM PDT Pemilihan PKR: Anwar kecam Zaid guna media UmnoLONDON, 3 Okt — Dilihat sebagai serangan ke atas bakal calon jawatan timbalan presiden PKR Datuk Zaid Ibrahim, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam memberi amaran kepada calon-calon bertanding agar tidak sama sekali menggunakan media milik Umno, yang dilihat sebagai 'musuh' Pakatan Rakyat. "Calon-calon (yang bertanding) seharusnya berwaspada agar tidak dieksploitasi oleh media Umno untuk menyerang polisi-polisi dan pemimpin-pemimpin kita. "Jangan benarkan parti (PKR) digunakan oleh media Umno dan propaganda (mereka)," kata pemimpin ini pada satu majlis di sini hari ini. Anwar yang juga Ketua Umum PR mengingatkan ratusan rakyat Malaysia di sini bahawa PKR berjuang untuk melakukan reformasi dan tidak memerlukan "media Umno atau duit." Beberapa pemimpin parti mengecam Zaid, bekas menteri undang-undang, ekoran dakwaan beliau bahawa tawarannya untuk bertanding kerusi nombor dua dihalang dan membayangkan ia kemungkinan arahan penyokong-penyokong Naib Presiden Azmin Ali yang turut bertanding kerusi nombor dua parti. Zaid, anggota Majlis Pimpinan Pusat dan Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan ditemu bual oleh Mingguan Malaysia Ahad lalu dengan tajuk "Jangan halang saya bertanding". Pelbagai pihak dalam PKR membidas tindakan itu dengan ada yang menyindir beliau yang dipecat Umno hujung tahun 2008 dan menyertai PKR pertengahan 2009 sebagai 'ejen Umno'. "Saya sebenarnya tidak tahu secara sahih, ia hanya percakapan orang. Setakat ini tidak ada orang menyokong saya secara terbuka. "Saya juga tidak tahu sama ada Azmin disokong oleh Anwar secara terbuka. "Pada saya perkara ini tidak begitu penting sangat kerana dalam politik sokongan yang nampak jelas pun tipu juga, yang tidak cakap apa-apa pun sokong kita. Saya tidak terlalu bimbang dari segi wayang atau permainan ini kerana yang lebih penting ahli- ahli faham apa isu di dalam pemilihan ini," kata Zaid dalam wawancara itu. Ini kali kedua Anwar mengecam Zaid secara tidak langsung berhubung pendirian beliau tentang perjalanan pemilihan parti. Sebelum ini Anwar, bekas timbalan perdana menteri dan bekas timbalan presiden Umno, menolak dakwaan Zaid bahawa "budaya Umno" mula wujud dalam parti dan memberi amaran kepada ahli-ahli PKR tentang kemungkinan munculnya "kuda-kuda Trojan" dalam parti. Ketua Pembangkang itu juga mengingatkan calon-calon agar menghormati proses pemilihan yang menggunakan sistem langsung dan biarkan ahli-ahli memutuskan dengan mendengar sendiri kepada calon tanpa memudaratkan komitmen parti dalam melakukan pembaharuan. Kata Anwar, tindakan meluahkan rungutan dalam media ketika pemilihan parti seolah-olah mengikut rentak agenda Barisan Nasional (BN) untuk membangkitkan masalah dalaman PKR dan menjauhkan diri daripada isu lebih besar seperti rasuah. "Kesemua pemimpin adalah penting, tetapi sesetengah akan menang dan sesetengah yang lain akan kalah," kata Anwar sambil menegaskan, mereka yang menang tidak harus menggondol semua manakala yang kalah tidak wajar mengetepikan agenda besar PKR mahu membawa pembaharuan. Kerusi timbalan presiden bakal ditanding Azmin, Zaid dan seorang lagi naib presiden Mustaffa Kamil Ayub. Bagaimanapun ada dua lagi nama yang turut layak untuk bertanding kerusi itu iaitu Menteri Besar Selangor Tan Khalid Ibrahim dan Pengarah Strategi PKR Tian Chua. PKR meminda perlembagaannya tahun lalu untuk mengadakan pemilihan parti menggunakan sistem satu ahli satu undi. Kira-kira 400,000 ahli akan mengundi untuk memilih kepimpinan pusat mulai hujung bulan ini selama tiga minggu sebelum kongres khas parti hujung bulan depan. Mesyuarat agung tahunan cabang dan pemilihan cabang yang menyaksikan proses pencalonan berakhir hari ini dengan tujuh cabang ditangguhkan ekoran kekecohan minggu lalu. -TMI
Ulasan GB Sebagai Ketua Umum PKR, ramai persoalkan apa sebenarnya agenda Anwar menyerang Zaid depan umum? Apakah ia untuk membantu Azmin untuk mendapatkan pencalonan lebih banyak di dalam pemilihan ini? Anwar mungkin sudah merasa selesa kerana selama ini blogger-blogger memberikan sokongan terhadap beliau dan keluarga. Tetapi apabila Ketua Umum PKR itu dilihat partisan di dalam pemilihan, blogger seperti GB kembali persoalkan perlukah Anwar disokong lagi? Malah selama ini, sekalian ramai blogger memperjuangkan kebenaran dan keadilan untuknya, apakah Anwar ada berterima kasih? Apakah Anwar prihatin terhadap nasib mereka? Hei Anwar, anda boleh menyerang bukan saja Zaid, malah sesiapa juga calon yang bertanding, namun tidak sepatutnya kamu melakukannya di depan umum. Kerana dengan cara itu anda dilihat sudah tidak mempunyai ciri keadilan yang sepatutnya dimiliki oleh seorang pemimpin tertinggi parti. Sekalipun teguran anda bernada umum, tetapi ia jelas ditujukan kepada Zaid. Anda juga boleh bergantung harap kepada blogger-blogger yang menyokong calon yang anda sayang, tetapi lebih ramai blogger yang akan berjuang untuk menegakkan kebenaran dan keadilan. Apa jasa Azmin yang disayangi Anwar berbanding Zaid? Zaid semasa menjadi Menteri di JPM yang tak sampai sepenggal, sekurang-kurangnya sudah memperjuangkan "nasib" hakim-hakim yang dipecat oleh Mahathir. Kerajaan membayar RM10.5 juta kepada enam hakim yang terlibat dalam krisis kehakiman pada tahun 1988 sebagai bayaran ex-gratia. Menteri Jabatan Perdana Mentei Datuk Seri Nazri Aziz ketika mengumumkan jumlah itu di Dewan Rakyat Khamis berkata, daripada jumlah itu, bekas Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abbas menerima jumlah tertinggi iaitu sebanyak RM5 juta. Katanya Allahyarham Tan Sri Wan Suleiman Pawanteh RM2 juta dan Tan Sri George Edward Seah Kim Seng juga RM2 juta,Tan Sri Wan Hamzah Mohd Salleh, Allahyarham Tan Sri Eusoffe Abdolcadeer dan Tan Sri Azmi Kamaruddin pula masing-masing menerima bayaran berjumlah RM500,000, katanya. Selain bayaran ex-gratia, beliau berkata lima bekas hakim itu turut menerima pencen bulanan iaitu Mohd Salleh sebanyak RM5,102.16, Wan Suleiman RM4,815, Eusoffe RM4,815, Wan Hamzah RM6,508.59, Seah RM5,916.90 dan Azmi RM5,916.90. Pengumuman Nazri ini menjawab tandatanya oleh pelbagai pihak termasuk pembangkang tentang jumlahnya sejak pembayaran ex-gratia itu diumumkan oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim Jun lalu. Sedangkan Azmin masih terkial-kial untuk menyelesaikan masalah penduduk Ukay Bistari. Malah Azmin menggunakan media menyerang MB Selangor depan-depan selama ini kenapa tidak ditegur? Itu Raja Petra Kamaruddin yang banyak menolong Pakatan Rakyat di dalam setiap kali pilihanraya, tetapi apa PR, yang dipimpin Anwar, ada lakukan untuk menolong beliau tatkala beliau sengsara diburu Kerajaan Malaysia? Hanya blogger yang mengerti perit payah perjuangan di alam siber cuba membantu mana yang mugkin. Nak harap pimpinan PR? Masih banyak yang perlu dilakukan dan diperbaiki sebelum boleh digelar kerajaan menanti. Blogger telah membuktikan kemampuan mereka memberi kemenangan kepada Anwar, Wan Azizah, Nurul Izzah atau mana-mana juga pemimpin PKR. Namun blogger juga mampu membawa kekalahan kepada sesiapa yang dilihat sudah lari dari perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan. InsyaAllah. |
| Kenapa Beriya-iya Nak Bawa Balik Besi Buruk Itu? Posted: 02 Oct 2010 07:37 PM PDT Malaysia Perolehi Semula Enjin Jet Yang Hilang Bulan Ini - Ahmad ZahidKUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Mahkamah Uruguay telah memutuskan bahawa dua buah enjin F-5E jenis GE J85 21-A yang kini berada di dalam pegangan kerajaan Uruguay adalah hak milik kerajaan Malaysia. Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail yang menghubungi beliau tiga hari lepas bagi memaklumkan keputusan mahkamah itu. "Kita akan menghantar satu pasukan terdiri daripada pegawai tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Pejabat Peguam Negara ke Uruguay dalam bulan ini bagi mengambil semula enjin tersebut. "Jabatan Peguam Negara sedang berusaha menterjemahkan keputusan mahkamah tersebut dalam Bahasa Sepanyol ke Bahasa Inggeris bagi memastikan kandungan dan maksud sebenar tidak mengelirukan mana-mana pihak dan dijangka proses ini akan mengambil masa selama seminggu," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kementerian Pertahanan di sini Sabtu malam. Ahmad Zahid berkata proses pengurusan membawa pulang enjin tersebut akan dikendalikan sepenuhnya oleh Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa Jabatan Peguam Negara. Beliau berkata proses itu merupakan perkembangan yang positif di dalam pengurusan kes tersebut dan setiap langkah pastinya perlu mengambil kira kesan secara langsung ke atas proses pendakwaan yang sedang berjalan. Menurutnya, proses memperoleh semula enjin berkenaan menunjukkan wujudnya hubungan baik antara kedua-dua kerajaan walaupun berlaku kes sedemikian. Beliau berkata kejayaan kes itu adalah kerjasama baik antara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Pejabat Peguam Negara dan Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia (PDRM) sehingga selesainya kes berkenaan. Enjin tersebut dilaporkan hilang dari dua kemudahaan TUDM pada 20 Dis 2007 dan 1 Jan 2008. Ahmad Zahid turut menafikan tohmahan dan fitnah yang mendakwa kedua-dua enjin tersebut bernilai RM100 juta sedangkan keseluruhan sebuah pesawat seumpama itu hanya bernilai RM2.45 juta. -- BERNAMA Ulasan GB Apa isunya? Kenapa besi buruk itu kini terlalu "berharga" buat Kerajaan Malaysia sehingga Peguam Negara, Gani Patail terpaksa berkejar ke Uruguay satu ketika demi untuk mendapaykan besi buruk itu? Pertama kemungkinan ia hendak dijadikan bahan-bukti terhadap kes dimana 2 kambing hitam, seorang sarjan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan seorang pengarah syarikat di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini kehilangan dua enjin pesawat tempur F-5E milik angkatan tentera itu. Kedua kerana tekanan dari Amerika Syarikat yang sebelum ini meminta Kerajaan Malaysia menyediakan laporan lengkap kehilangan dua enjin pesawat tempur, F-5E, milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang dilaporkan itu. Difahamkan, permintaan dibuat atas kapasiti AS sebagai negara pengeluar pesawat dan mahu menggunakan laporan itu siasatan kerana ia membabitkan isu keselamatan dan untuk memastikan Malaysia tidak menjualnya kepada mereka yang dikaitkan dengan "pengganas". Jurucakap Kedutaan AS, Tina Malone, dalam satu kenyataan sebelum ini memaklumkan kerajaan negaranya memandang serius kejadian itu. Dan kenyataan ini mengejutkan Kerajaan Malaysia menyebabkan Ahmad Zahid Hamidi sebagai Menteri Pertahanan tidak senang duduk. Maka itu besi buruk itu hendak dijadikan bahan bukti bagi mensabitkan kesalahan ke atas kambing-kambing hitam berkenaan dan supaya Kementerian Pertahanan dapat menyediakan laporan kepada kerajaan Amerika Syarikat. eorang sahabat menulis, sebenarnya 2 orang yang dituduh ini adalah mangsa 'kambing hitam' yang seterusnya selepas 2 orang anggota Polis dijadikan 'kambing hitam' dalam kes pembunuhan kejam Altantuya. Siapa yang nak percaya dengan 'lawak bodoh' ini. Mana mungkin 2 biji enjin jet ini boleh dibawa keluar begitu mudah dan dijual kepada pihak pembeli di Uruguay tanpa kebenaran pihak atasan di Kementerian Pertahanan dengan kerjasama Pegawai Tinggi TUDM. Takkanlah bodoh sangat pihak pembeli di Uruguay yang sanggup berurusan dengan seorang Sarjan. Ini bukan jual-beli belacan atau ikan kering tetapi melibatkan peralatan ketenteraan serta transaksi sejumlah wang yang begitu besar. Nampaknya sekali lagi seluruh rakyat Malaysia dihidangkan dengan sandiwara semasa paling bodoh abad ini. |
| Mufti-mufti Terdiam Dalam Isu Wang Judi Posted: 02 Oct 2010 06:30 PM PDT Rakyat yang mendapat bantuan kerajaan tersebut tidak haram. Sebabnya mereka bukan berjudi, mereka mendapat bantuan atas kemiskinan mereka. Transaksi itu atas bantuan, bukan atas judi."Demikianlah jawapan Dr Mohd Asri Zainul Abidin, mantan mufti Perlis dalam respons beliau terhadap isu kerajaan negeri Pulau Pinang yang memberikan wang saguhati kepada warga emas, yang 'khabarnya' bersumberkan judi lumba kuda. Katanya, bahawa para penerima wang (orang-orang Islam berusia emas) itu tidak haram. Pihak yang memberinya itulah yang menanggung dosanya. Samalah, kata beliau, apabila kakitangan awam dibayar gaji yang mana kita semua maklum, wang gaji itu bersumber daripada perbendaharaan negara. Dalam perbendaharaan negara, ia menerima apa-apa sahaja sumber kewangan termasuklah daripada sektor perjudian, minuman keras dan yang sewaktu dengannya. Ia diterima menerusi cukai perniagaan yang dikutip oleh pihak kerajaan. Nah! Jika benar kita mahu memastikan wang gaji kita bersih dan suci 100 peratus barang kali kita tidak boleh menerima gaji daripada pihak kerajaan pusat. Melainkan, mereka mengasingkan dana halal dan haram dan hanya memperuntukkan halal untuk Islam dan haram untuk bukan Islam. Dalam Islam, perbendaharaan negara disebut Baitul Mal. Persoalannya, adakah sama Perbendaharaan Negara yang ada pada hari ini di peringkat negeri dan pusat dengan Baitul Mal? Saya tidak berani nak jawab… Jika diikutkan, fungsi Baitul Mal ini adalah sangat meluas. Salah satu daripadanya, Baitul Mal juga adalah tempat dititipkan segala jenis harta yang tidak halal mahu pun syubhah. Jika di Baitul Mal, maka wang itu tidak menjadi haram untuk digunakan kembali kepada rakyat. Ini kerana, ada pandangan ulamak menyatakan demikian. Saya pernah terjumpa pandangan Dr Yusuf al-Qar>dhawi terhadap corak penggunaan wang haram. Secara asasnya, wang haram itu tidak boleh sama sekali dimanfaatkan oleh pemilik wang untuk faedah peribadi. Tetapi, ia boleh diberikan kepada pihak lain demi maslahah umum atau kebajikan awam. Ia termasuklah memberikan wang haram itu kepada orang fakir dan miskin dan juga untuk tujuan dakwah Islam. Saya sempat mencari di dalam internet, alhamdulillah saya bertemu dengan sebuah artikel yang dipetik daripada Bahagian Mal, Majlis Agama Islam Selangor (Mais). Berikut saya paparkan sedikit kutipannya: "Menurut Dr Yusuf al-Qaradawi, sesuatu yang haram itu tidak boleh dimiliki sebaliknya ia menjadi milik kepada maslahah a'mmah seperti dibelanjakan kepada perkara-perkara kebajikan antaranya membantu golongan fakir dan miskin, anak-anak yatim, musafir, jihad di jalan Allah SWT, perkembangan dakwah Islam, pembinaan masjid dan pusat-pusat Islam, penyediaan para pendakwah, penerbitan kitab-kitab agama dan seumpamanya daripada perkara-perkara yang bersifat kebajikan. Harta tidak patuh syariah juga tidak boleh digunakan bagi tujuan kepentingan diri sendiri atau keluarga. Menurut al-Qaradawi, ia juga haram secara yakin untuk ditinggalkan dalam akaun bank konvensional (dalam kes faedah riba). Harta tidak patuh syariah ini jika daripada jenis yang boleh dimanfaatkan seperti wang, ia tidak seharusnya dimusnahkan seperti dengan membakar atau mencampakkannya ke dalam laut. Fuqaha semasa seperti al-Qaradawi menjelaskan bahawa perbuatan ini menyalahi kaedah syarak yang melarang tindakan idha'ah al-mal iaitu mensia-siakan harta tanpa dimanfaatkan oleh sesiapa. Mungkin ada yang mempertikaikan, bagaimana harta yang haram dan tidak baik ini boleh disedekahkan kepada golongan fakir dan miskin atau perkara-perkara kebajikan sedangkan kita sendiri tidak tergamak untuk menggunakannya? Menjawab persoalan ini, al-Qaradawi menjelaskan bahawa pada hakikatnya harta tersebut sememangnya haram dan tidak baik dalam konteks orang yang mendapatkannya secara tidak halal. Sebaliknya, dalam konteks fakir miskin dan juga perkara-perkara kebajikan, ia adalah baik dan harus untuk digunakan. Institusi Baitulmal dalam konteks maslahat umum ini, boleh berfungsi sebagai pemegang amanah kepada harta tidak patuh syariah untuk dibelanjakan demi kepentingan masyarakat secara umum. Ini bertepatan dengan keputusan muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kali Ke-3, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam bertarikh 21 Januari 1971 yang telah menetapkan bahawa: "Faedah yang diperolehi daripada wang simpanan seseorang muslim dalam mana-mana bank harus diterima olehnya atas alasan kerana kecemasan itu juga, tetapi wang faedah itu hendaklah dimasukkan dalam Baitulmal atau untuk kegunaan muslihat umum" - Petikan daripada artikel 'Pengurusan Harta Tidak Patuh Syariah' oleh Unit Amanah & Wasiat, Bahagian Mal, MAIS. Ulasan GB Lazimya, setiap kali isu yang membabitkan hal agama para mufti UMNO akan sibuk mengeluarkai sudutpandangnya walaupun tidak dikategorikan fatwa, dan para wartawan media arus perdana akan memberikan liputan meluas terhadap perkataan-perkataan mufti ini. Diantara mufti yang lantang ialah Mufti Perak, Harussani Zakaria. Tetapi di dalam isu pemberian wang ihsan yang dituduh oleh UMNO Pulau Pinang kononnya dari wang judi, sekalian para mufti jadi bisu. Dan wartawan media arus perdana hanya sekadar membesarkan "majlis-majlis rekaan" pemulangan semula wang ihsan yang dikatakan dilakukan oleh warga emas yang menerima bantuan RM100 dari kerajaan negeri Pulau Pinang. UMNO Pulau Pinang sehingga ini tidak lansung menyandarkan pemulangan wang ihsan itu dengan mana-mana hujjah ugama, tetapi hanya bersandarkan ucapan retorik dan hujjah kosong untuk bagi meneruskan agenda mereka menyerang kerajaan Pulau Pinang dengan apa isu sekalipun. Bila isu ini diteroka dengan lebih dalam, ternyata UMNO Pulau Pinang terjerat dan terperangkap sendiri dimana jika benar hasil wang judi itu haram, maka pulangkan segera gaji-gaji yang anda perolehi dari kerajaan BN kerana hasil pendapatan kerajaan BN lebih banyak tersalut dengan wang judi. Hasil cukai wang judi dianggarkan melebihi RM2b setiap tahun. UMNO Pulau Pinang terdiam dan semacam orang gila meroyan, terus-teruskan menghidupkan kenyataan-kenyataan yang menampakkan kebebalan mereka, wang judi haram, tidak lebih dari itu. Dibantu oleh publisiti meluas wartawan yang sama bebal dengan mereka dari media pencacai. UMNO Pulau Pinang menampakkan kejahilan mereka sendiri terhadap ugama. Alangkah memalukan apabila isu tersebut kini disandiwarakan sedemikian rupa sehingga akhirnya najis kebebalan itu tertepek ke muka sendiri. Katakanlah : Telah datang yang haq (kebenaran) dan telah lenyap yang batil atau yang palsu. Sesungguhnya yang batil itu pasti lenyap. (Al Israa' 81) |
| Hilang Lagi... Dipercayai Angkara Suspek Pembunuh Sosilawati Posted: 02 Oct 2010 04:14 PM PDT Menggemparkan apabila seorang lagi isteri ahli perniagaan yang dilaporkan hilang sejak setahun lalu mengesyaki kehilangan suaminya ada kaitan dengan suspek utama pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain.Gambar: SEDIH... Jayanthy menunjukkan gambar suaminya serta laporan polis mengenai kehilangan. S Jayanthi, 34, berkata suaminya, S Anpalagan, 43, hilang sejak 4 Ogos tahun lalu dan dipercayai kali terakhir dilihat berada di Banting, Selangor untuk berjumpa rakannya. Katanya, suaminya pergi ke Banting sehari sebelumnya untuk berjumpa seorang lagi rakan mereka, namun tidak pulang ke rumah sehingga kini. "Pada hari sama kehilangan suami, saya cuba menelefonnya namun gagal dan hanya dapat menjejaki lokasi kereta suami melalui sistem GPS yang dipasang pada kereta model Mercedes Benz milik suami. "Kereta dijumpai di Nur Lembah Pangsun Eko Resort, Hulu Langat itu kosong dan suami saya juga tidak mendaftar masuk ke pusat peranginan berkenaan," katanya pada sidang media di Pejabat Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam, di sini, semalam. Bimbang dengan keselamatan suaminya, Jayanthi membuat laporan polis di Balai Bolis Bukit Sentosa, Rawang. Dakwaan segelintir kenalannya yang mengaitkan kehilangan suaminya dengan suspek utama pembunuhan kejam itu semakin diyakini berikutan suaminya berasal dari Teluk Bunut, Banting. "Saya tak kenal suspek tapi menurut beberapa kenalan, suami saya berkawan dengannya sejak zaman sekolah dan beberapa kali pernah dilihat berjumpa dengannya. "Cara kehilangan suami saya yang mirip dengan semua mangsa pembunuhan itu juga menguatkan lagi sebab munasabah dia hilang," katanya. Menurutnya, Anpalagan mempunyai empat hektar tanah di Banting, 174 hektar ladang kelapa sawit di Rawang dan beberapa hektar tanah lagi di sekitar Ipoh, Perak dan Sungai Petani, Kedah selain sebuah syarikat kewangan dan penternakan. "Selepas kehilangannya, saya ditipu pula oleh seorang pekerja syarikat suami saya yang memberi beberapa dokumen dipercayai dokumen tukar hak milik syarikat. "Saya tak tahu isi kandungan dokumen itu sebab tak tahu membaca tapi selepas diyakinkan olehnya dokumen itu untuk kebaikan syarikat, saya tandatangan saja. "Ketika dia datang menemui saya, tiada peguam bersamanya dan dia hanya memberitahu peguam yang bertanggungjawab mewakilkan dirinya untuk berjumpa saya," katanya. Sementara itu, Manikavasagam berkata, pihaknya dan Jayanthi akan menghantar memorandum ke Bukit Aman bagi mereka melakukan siasatan lanjut. "Tujuan saya hanya untuk menolong keluarga Jayanthi supaya dia mendapat semula haknya yang kini dilarang mendekati pejabat suaminya. "Saya juga berharap polis akan menyiasat siapa peguam yang menyiapkan dokumen itu dan lihat jika ia suspek utama atau tidak, selain melakukan serbuan ke dalam pejabat itu jika perlu," katanya. Difahamkan, pihaknya akan menghantar memorandum itu Isnin ini. Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Polis Hulu Selangor Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi dihubungi mengesahkan laporan kes berkenaan. KAITAN SUSPEK DENGAN KES LAIN 1) Kes kehilangan Datuk Sosilawati Lawiya, 47 dan tiga yang lain. 2) Kes kehilangan saudagar batu permata, Muthuraja Allal Kanthan dari Chennai, India. 3) Kes kehilangan ahli perniagaan dari Sungai Petani, Kedah, Mohd Shafik Abdullah dan seorang rakannya. 3) Turut dikaitkan dengan satu lagi kes pembunuhan membabitkan seorang wanita yang mati ditetak di hadapan rumahnya di Banting, tahun lalu. 4) Disyaki mempunyai kaitan dengan kematian seorang pekerja di Unit Perancangan Setinggan, Majlis Perbandaran Selayang (MPS), K Celladuran, 50, yang ditembak dua lelaki di hadapan rumahnya di Jalan 40, Selayang Baru, pada 8 Mac lalu. -hmetro |
| Nik Nazmi Hampir Tewas. Signal Jelas Dari Akar Umbi Kelana Jaya. Posted: 02 Oct 2010 09:45 AM PDT Nik Nazmi menang tipis kerusi timbalan ketua Kelana JayaKUALA LUMPUR, 2 Okt — Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nik Nazmi Nik Ahmad menang tipis kerusi timbalan ketua cabang Kelana Jaya yang diadakan hari ini. Keputusan tidak rasmi menunjukkan Nik Nazmi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia memperoleh 414 undi manakala pencabarnya Dr Vignesh memperoleh 402 undi. Undi rosak bagi jawatan itu dikatakan sekitar 69. Nik Nazmi bertanding jawatan timbalan ketua selepas Yusop Mat Amin, penyandang kerusi itu tidak mempertahankan kedudukan tersebut. Sebelum ini beliau ahli jawatankuasa cabang Kelana Jaya dan naib ketua Angkatan Muda Keadilan cabang itu. Beliau bergandingan dengan Syed Shahir Mohamud dan Keshiminder Singh yang masing-masing bertanding mempertahankan jawatan ketua dan naib ketua dalam pemilihan kali ini. Kelana Jaya salah satu daripada 34 cabang yang mengadakan mesyuarat agung tahunan dan pemilihan hari ini dan esok. Esok cabang Kuala Selangor, Gombak dan Ampang yang masing-masing ditandingi Tan Sri Khalid Ibrahim, Azmin Ali dan Zuraid Kamaruddin akan mengadakan mesyuarat agung tahunan. Dalam pada itu, Timbalan Presiden PKR Senator Dr Syed Husin Ali berkata beliau gembira kerana mesyuarat dan pemilihan berjalan dengan lancar tanpa kekecohan hari ini. "Saya berharap suasana seperti ini akan disaksikan esok," kata beliau dalam mesej menerusi Twitter hari ini. Perjalanan mesyuarat agung cabang dan pemilihan menjadi perhatian hari ini selepas berhadapan dengan kekecohan membabitkan tujuh cabang hujung minggu lalu.
Ulasan GB Nik Nazmi menang tipis. 414 berbanding 402. Jika 69 undi tidak rosak atau dirosakkan, mungkin Nik Nazmi sudah tertonggeng. Itu baru amaran awal. Mungkin selepas ini Nik Nazmi akan dipulaukan hampir separuh dari ahli di cabang berkenaan. Jawapannya jelas, sokongan terbuka beliau terhadap Azmin disamping serangannya yang hebat terhadap Zaid diberi perhatian oleh ahli-ahli PKR di Kelana Jaya. Nik Nazmi telah menyerang Zaid dengan kaedah yang biasa digunakan oleh UMNO iaitu menyerang peribadi lawan, menuduh orang lain UMNO sedangkan beliau pun masih tebal UMNOnya. Mengaibkan apabila seorang Pengarah Komunikasi parti hanya menang sekitar 12 undi di tempat sendiri. Bererti kedudukan yang goyah. Ia adalah signal jelas dari akar umbi PKR kelana Jaya. Terhadap semua penyokong tegar Azmin. |
| Lagi Kisah Orang Hilang Di Banting. Posted: 02 Oct 2010 07:24 AM PDT Suri Rumah Bimbang Nasib Suami Yang Hilang Sejak Tahun LepasKLANG, 2 Okt -- Seorang suri rumah melahirkan rasa sedih dan risau berikutan tiada perkembangan terbaru berhubung kes kehilangan suaminya S.Anpalagan, 43, yang juga seorang ahli perniagaan, sejak awal Ogos tahun lepas. S.Jayanti, 34, telah membuat laporan polis di Balai Bukit Sentosa, Hulu Selangor pada 4 Ogos 2009 selepas suaminya tidak pulang ke rumah setelah menemui seorang rakannya di Bukit Sentosa, Rawang pada hari sebelumnya. Beliau berkata rakan suaminya itu memaklumkan beliau bahawa Anpalagan ada memberitahunya bahawa dia hendak ke Banting. Bagaimanapun, kereta Mercedez Benz bernombor AGJ 32 milik suaminya dikesan berada di Nur Lembah Pangsun Eko Resort, Hulu Langat menerusi sistem kedudukan global (GPS) tetapi resort berkenaan memaklumkan suaminya tidak mendaftar masuk ke resort itu, katanya dalam satu sidang akhbar di Pejabat Anggota Parlimen Kapar S. Manikavasagam. Jayanti berkata sudah lebih setahun suaminya tidak pulang dan apabila beliau bertanya kepada rakan-rakan Anpalagan mereka berkata beliau ada dan masih hidup. Manikavasagam yang turut hadir pada sidang akhbar itu mendakwa Anpalagan yang dibesarkan di Teluk Bunut, Banting dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan salah seorang peguam yang merupakan suspek utama kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain. Beliau juga mendakwa Anpalagan mempunyai empat hektar ladang kelapa sawit di Banting dan 172 hektar ladang kelapa sawit di Rawang selain mempunyai beberapa perniagaan seperti kedai gunting rambut dan besi buruk. -- BERNAMA |
| Polis Pasang Soalan Perangkap Untuk YB Teo Posted: 02 Oct 2010 06:12 AM PDT Nie Ching: Polis Pasang Soalan PerangkapKAJANG Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching yang disiasat berhubung isu memasuki ruang dalam surau Al-Huda di sini, baru-baru ini, mengesyaki polis cuba memerangkapnya melalui soalan yang tiada kaitan dengan kejadian itu. Beliau berkata, kebanyakan soalan tertumpu kepada kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah dalam portal berita yang meminta Majlis Agama Islam Selangor (Mais) membuat siasatan sebelum mengambil tindakan terhadap jawatankuasa surau. "Yang menghairankan ialah polis tidak bertanyakan insiden yang berlaku tetapi lebih menekan soal kenyataan Ean Yong," katanya pada sidang media selepas memberi kenyataan di balai polis Kajang di sini, pagi ini. Nie Ching dan Ean Yong ditemani Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo dan Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng bagi memberi nasihat perundangan dan sokongan moral. Sebelum ini, isu Nie Ching memasuki ruang solat sebuah surau di sini, digembar-gembur media arus perdana tetapi tidak pula menerbitkan berita mengenai tindakan sama yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan. Nie Ching berkata, polis juga bertanyakan soalan berkaitan pandangan beliau terhadap titah Sultan Selangor untuk menggantung pengurusan surau berkenaan. "Bagaimana saya patut menjawab soalan itu? Kalau setuju, itu menunjukkan saya tidak prihatin terhadap kebajikan masyarakat, sebaliknya jika tidak bersetuju, ia seolah-olah saya menderhaka kerana membangkang titah baginda," katanya. Beliau berkata, ASP Badrul, pegawai yang mengambil keterangannya bertanya sama ada beliau menyedari tindakannya memasuki surau, membawa ketidakharmonian dalam masyarakat dan menimbulkan rasa tidak puas hati umat Islam. "Polis tidak sepatutnya bertanyakan soalan yang seakan-akan menekan saya untuk menerima dakwaan berkenaan," katanya yang kesal kerana Badrul enggan menyatakan kes itu disiasat mengikut seksyen atau akta apa? "Jawapan yang saya terima hanyalah 'bagi membantu siasatan'," kata beliau yang tidak berpuas hati terhadap tindakan polis. Ean Yong pula menyatakan terdapat dua anggota Cawangan Khas (SB) turut bersama hadir semasa keterangannya, diambil. "Sebelum saya beberapa kali memberi keterangan kepada polis tetapi ini kali pertama dua anggota SB turut serta. Saya berasa sangsi terhadap tujuan sebenar kehadiran mereka," katanya. -TVS Ulasan GB GB sudah ulas di SINI Walau apa pun berlaku, isu ini sebenarnya telah mengangkat nama YB Teo Nie Ching. Dari sudut Islam tidak ada apa yang salah pada perbuata YB. Ia hanya salah pada UMNO. Salah pada MAIS, JAIS dan polis yang menjadi perkakas UMNO. Jadi, takder masalah. Tunggu pilihanraya. Nama YB Teo semakin dikenali. BN semakin tertekan. Undi majoriti Teo saya yakin semakin meningkat nanti. |
| "Pulangkan" Siri 2 Masih Belum Meyakinkan Posted: 02 Oct 2010 04:45 AM PDT 70 Lagi Warga Emas Pulau Pinang Pulangkan Semula Wang EhsanGEORGE TOWN, 2 Okt -- Seramai 70 lagi warga emas dari Bayan Baru di sini telah memutuskan untuk memulangkan semula wang ehsan RM100 yang diterima dari kerajaan negeri selepas curiga dengan sumber wang yang mungkin datang dari kegiatan perjudian. Habsah Said, 81, dari Permatang Damar Laut, berkata beliau kecewa dan terkejut apabila mendapat tahu bahawa program menghargai warga emas anjuran kerajaan negeri itu diperoleh daripada kegiatan Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang. "Bagi orang islam, kami tidak dibenarkan menerima wang daripada sumber yang dilarang dan ia dianggap sebagai "duit haram" yang mana kami buat keputusan untuk memulangkannya semula," katanya pada satu sidang akhbar yang dibuat oleh Ketua Umno Bahagian Bayan Baru Datuk Abdul Rahim Saibu di sini, Sabtu. Katanya beliau menerima wang itu sebelum ini kerana berpendapat ia sebahagian daripada usaha kerajaan negeri bagi menghargai golongan warga emas. Seorang lagi warga emas Zainab Abu Bakar, 67, dari Kampung Melayu, berkata beliau memutuskan untuk memulangkan wang itu kepada kerajaan negeri secara sukarela. "Saya tak boleh terima wang itu kerana ia diperoleh daripada kegiatan perjudian dan kerana itu ia dianggap duit haram," katanya. Sebelum ini, kira-kira 50 warga emas memilih untuk memberikan wang itu kepada Umno Bayan Baru sebelum ini untuk dikembalikan kepada kerajaan negeri manakala 20 lagi hadir pada hari ini untuk berbuat demikian. Bagaimanapun, Abdul Rahim mahu Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Abdul Malik Abdul Kassim supaya meletak jawatannya, atas kegagalan memaklumkan orang ramai sebelum mengagihkan dana itu. "Sebagai Exco Agama, Abdul Malik gagal menunaikan tanggungjawabnya dan oleh itu beliau perlu meletakkan jawatan," katanya sambil menambah bahawa Umno Pulau Pinang akan mengembalikan wang itu secara rasmi kepada kerajaan negeri tidak lama lagi. Khamis lepas, sembilan warga emas dari Bertam dan Pinang Tunggal di Seberang Perai memulangkan semula wang RM100 kepada kerajaan negeri selepas mendapati bahawa wang itu diperoleh dari sumber haram. Pada 25 Okt, Ketua Penerangan Pemuda Umno Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dipetik sebagai berkata bahawa beliau menerima menerima sepucuk surat yang dikeluarkan Pejabat Ketua Menteri dan dialamatkan kepada seorang pegawai kelab itu yang memaklumkan bahawa kerajaan negeri telah menerima RM500,000 baki daripada sumbangan daripada kelab itu. Pengundi Pulau Pinang yang berumur 60 tahun ke atas yang telah mendaftar dalam program itu layak mendapat bantuan RM100 setahun manakala waris mereka akan menerima RM1,000 selepas kematian mereka. -- BERNAMA Ulasan GB Sahih! Sandiwara "Pulangkan Siri 2" dilancarkan. Demikian lapor beberapa media pencacai. Sepertimana yang GB laporkan sebelum ini, penulis skrip "Pulangkan" telah ditukar. Skrip sandiwara "Pulangkan" pada awalnya ditulis oleh wartawan Berita Harian yang membat liputan kisah "pemulangan wang ihsan RM100 dari warga emas" yang dikutip oleh ADUN Penaga, Datuk Azhar Ibrahim. Namun seperti yang GB utarakan sebelum ini, sandiwara itu penuh kecacatan sehingga kurang mendapat sambutan berbanding dengan dengan sandiwara "I'da World". Pada hari ini kita menyaksikan ada perubahan kepada penulis skrip sandiwara berkenaan. Ia kini ditulis oleh wartawan Bernama supaya "Pulangkan" dapat benar-benar meyakinkan penonton dengan lebih ramai setelah kedudukan "I'da World" merudum minggu ini. Kali ini warga emas kaum wanita juga diambil untuk beraksi, tidak seperti di dalam sandiwara "Pulangkan Siri 1" dimana cuma warga emas lelaki sahaja terlibat. Kemungkinan pengarah siri 1 terlupa ada warga emas wanita turut terlibat menerima wang ihsan RM100 itu. Walau bagaimana pun pemerhati berpendapat sandiwara Pulangkan Siri 2 ini juga bakal menemui kegagalan. Rakyat Pulau Pinang akan tetap menolak UMNO BN. Mereka menyatakan bahawa pemerintahan PR jauh lebih baik berbanding sewaktu Pulau Pinang diperintah Gerakan-UMNO dahulu. Dan yang pening dan bakal mendapat malu besar ialah penulis-penulis skrip sandiwara ini yang menjadikan diri mereka lembu-lembu kepada pengarah-pengarah sandiwara bodoh yang cuba memperbodohkan rakyat. |
| Polis Tak Berubah Di bawah KPN Baru. Terus Tekan Pakatan Rakyat Posted: 02 Oct 2010 02:39 AM PDT Ahli Parlimen Serdang beri keterangan berhubung isu surauKAJANG: Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching hari ini memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang berhubung ceramahnya di ruang solat surau Al-Huda di Kajang Sentral pada 22 Ogos lalu. Teo hadir bersama Pengerusi DAP Selangor, Ean Yong Hian Wah dan ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo kira-kira jam 10.45 pagi dan berada di situ sehingga 12.30 tengah hari. "Saya percaya yang saya tidak bersalah dan meminta polis siasat perkara ini dan menyelesaikannya dengan segera," katanya kepada pemberita. Teo berkata, ketika keterangan diambil, pihak polis memaklumkan kepadanya bahawa tujuan dia dipanggil adalah bagi mengetahui perkara sebenar dan bukan untuk didakwa. Teo dikatakan memasuki ruang solat surau tersebut dalam satu majlis penyampaian bantuan kepada anak kariah dengan tidak bertudung dan hanya memakai kebaya. Gambar wakil rakyat wanita itu sedang berucap di ruang solat yang disiarkan oleh sebuah akhbar berbahasa Melayu arus perdana dikatakan telah menimbulkan kemarahan umat Islam termasuk Sultan Selangor, Sultan Sharifuddin Idris Shah. Berikutan itu, pada 27 Ogos Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah menghantar surat amaran kepada Teo. - BERNAMA \ Ulasan GB PDRM serupa dulu. Terus menekan dan menzalimi pemimpin Pakatan Rakyat. Kesalahan yang serupa dilakukan UMNO BN engaja dibiarkan. Imej polis terus terjejas dengan kelaku buruk. Namun bagi PR, lagi ditekan, PR lagi akan bangkit! |
| Hilang Akalkah UMNO Calonkan Ku Li Di DUN Galas? Posted: 02 Oct 2010 01:30 AM PDT Nik Aziz: Cadangan calon, rendahkan darjat Ku LiMursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan cadangan untuk menamakan ahli parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah sebagai calon BN dalam pilihan raya kecil DUN Galas sebagai tidak wajar. Menteri Besar Kelantan itu menyifatkan cadangan itu juga sebagai merendahkan darjat Tengku Razaleigh yang tidak layak sama sekali bagi seorang pemimpin veteran itu bertanding di peringkat DUN. "Saya boleh sebut ini dah melampau. Ku Li (Tengku Razaleigh) bukan taraf dia (bertanding di DUN), dia menteri dah. Dia dah ke Parlimen dan turun ke DUN ini ada benda tak betul. "Tak jaga lidah betul (cadangan pilih Tengku Razaleigh), jagalah lidah sikit. Ku Li ni berketurunan raja dan (pernah) jadi Menteri Kewangan tiba-tiba nak letak di DUN. Ini tak betul. Ada masalah lain le ni...," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Ke-13 Pertubuhan Kerabat Raja Jembal Kelantan di Kota Bharu hari ini. Nik Aziz berkata demikian mengulas cadangan untuk memilih Ketua Umno Bahagian Gua Musang itu sebagai calon pada pilihan raya kecil DUN Galas berikutan ketokohan pemimpin itu. Cadangan untuk memilih Tengku Razaleigh itu juga mendapat perhatian Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dilaporkan berkata BN bersedia untuk mencalonkan pemimpin itu kerana ia paling sesuai dan tepat berdasarkan kepada pengalaman dan pengaruhnya di Gua Musang. Sementara itu Nik Aziz berkata PAS masih belum membuat keputusan untuk menamakan calon untuk pilihan raya kecil itu kerana ia akan diputuskan oleh jawatankuasa tertinggi parti tersebut. "Walaupun saya Pesuruhjaya (PAS Kelantan) tapi calon PAS dipilih di peringkat jawatankuasa dan ini dibuat supaya tidak ada yang berebut (jadi calon)," katanya. Nik Aziz berkata antara kriteria calon PAS itu nanti adalah kalangan mereka yang diterima penduduk di Galas seperti tidak merokok, tidak meninggalkan solat dan tidak pernah berpoya dengan perempuan. "Kalau merokok saya memang tidak boleh terima untuk jadi calon. Itu kena bagi tau awal-awal kerana merokok ini boleh merosakkan segala-galanya dan tidak ada doktor baik Islam atau kafir mengatakan rokok ini baik. "Yang lain kriteria mesti diterima rakyat dan kita pilih hak terbaik tetapi nak cari satu orang yang boleh diterima semua memang tidak ada kerana Nabi Muhammad S.A.W pun ada yang kritik," katanya. - Bernama Ulasan GB GB bersetuju dengan TG Nik Aziz. Tak masuk akal lansung. Tg Razaleigh bukan saja Ahli Parlimen yang senior, malah pernah pegang jawatan menteri kabinet. Belua hampir saja menewaskan Dr Mahathir sebagai Presiden UMNO satu ketika. Pada pemilihan UMNO yang lalu Gua Musang mencalonkan Ku Li sebagai Presiden lagi. Tetapi bahagian-bahagian UMNO yang lain menyepi. Najib menang sebagai Presiden UMNO tetapi Gua Musang tetap pilih Ku Li. Apakah cadangan mencalonkan Ku Li sebagai ADUN Galas oleh UMNo sebagai "balas dendam" UMNO terhadap Ku Li? Kerusi PM yang diminta, digantikan dengan sebuah kerusi ADUN? Hilang akalkah Muhyiddin membuat penghinaan sedemikian rupa terhadap Ku Li? |
| You are subscribed to email updates from Kelab Greenboc To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |



.jpg)








.jpg)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan