kalam Perantau |
| Batu Sapi : PKR masih letak harapan runding Posted: 22 Oct 2010 04:00 PM PDT Harakahdaily KUALA LUMPUR, 22 Okt: Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali masih memberikan harapan untuk membolehkan pertandingan satu lawan satu berlaku di Batu Sapi. Bagi beliau, pertandingan tiga penjuru di Batu Sapi antara calon Pakatan dari PKR, SAPP dan PBS dari BN sesuatu yang tidak baik. “Sayang tak dapat elak tiga penjuru di Batu Sapi,” kata Syed Husin dalam twitternya. Namun begitu, beliau tetap menaruh harapan agar berlaku pertandingan dua penjuru sahaja di Batu Sapi. “Masih ada masa runding dan elak (tiga penjuru),” tulis beliau dalam twitternya. Ekoran itu, beliau berkata, suasana lebih baik kelihatan di Galas berbanding Batu Sapi. Baru-baru ini, Pakatan Rakyat mengumumkan calon dari PKR akan diletakkan untuk bertanding dalam pilihan raya Batu Sapi itu. Pengumuman itu dibuat selepas Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat menyerahkan Pakatan Rakyat Sabah membuat rundingan bagi menentukan calon mereka di Batu Sapi. Sebelum ini, Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man memberitahu, PAS juga berminat untuk bertanding di Batu Sapi kerana 61 peratus pengundinya adalah beragama Islam. Bagaimanapun, pilihan raya kecil Batu Sapi dijangka menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara BN, PKR dan SAPP apabila usaha mencari jalan penyelesaian antara kedua-dua parti pembangkang itu menemui jalan buntu semalam. Bagaimanapun, PKR dan SAPP bersetuju untuk tidak berkempen menentang satu sama lain dan menjadikan BN sebagai sasaran bersama dengan harapan pilihan raya kecil itu boleh dijadikan “sumber rujukan” oleh mereka apabila mengadakan rundingan pada masa akan datang. SAPP akan mengumumkan calonnya Sabtu ini, manakala Leong sekadar berkata PKR akan mengumumkan calonnya “sedikit masa lagi”. BN akan mengumumkan calonnya daripada Parti Bersatu Sabah (PBS) Ahad ini. Mesyuarat peringkat tertinggi lebih sejam semalam diadakan oleh kedua-dua parti itu dengan bendahari PKR mewakili Pakatan Rakyat manakala SAPP pula diketuai oleh presidennya, Datuk Yong Teck Lee. Suruhanjaya Pilihan Raya telah menetapkan penamaan calon pada Selasa ini manakala pengundian adalah pada 4 November ini. Kerusi Batu Sapi kosong, berikutan kematian ahli parlimennya, Edmund Chong Ket Wah dari Parti Bersatu Sabah yang terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Kota Kinabalu, minggu lalu. Mendiang menduduki kerusi berkenaan sejak pilihan raya umum 2004 apabila memenanginya tanpa bertanding manakala pada pilihan raya umum 2008 mengalahkan calon bebas |
| Galas : Tuduhan khalwat tu fitnah UMNO Posted: 22 Oct 2010 03:00 AM PDT Oleh Abdul Rahim Sabri Media rasmi Umno yang memetik laporan beberapa blog mendakwa Dr Zulkefli pernah ditangkap khalwat dengan ‘isterinya’ sekarang, Ramelah Mat Jusoh.
Malah, katanya, Ramelah yang dilaporkan itu adalah ibunya. Dr Zulkefli, sebaliknya menjelaskan isterinya bernama Zainab Jalar. “Fitnah semata-mata, – boleh buat semakan di mana-mana pejabat agama di Kelantan dan seluruh Malaysia,” katanya dalam jawapannya melalui SMS kepada Malaysiakini. Selain mendakwa Dr Zulkefli pernah ditangkap berkhalwat, Umno Online juga memperlekehkan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sebelum ini mengenakan syarat untuk menjadi calon adalah bukan perokok dengan memberikan gambaran seolah-olan beliau adalah perokok. “Saya tidak merokok. Semoga Allah mengampuni dosa mereka yang membuat fitnah,” kata Dr Zulkefli. Dr Zulkefli diumumkan sebagai calon PAS oleh Nik Aziz di Gua Musang malam semalam. Beliau adalah bekas calon PAS yang bertanding menentang Ketua Umno Bahagian Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dalam pilihan raya umum 2008 tetapi tewas. Berusia 44 tahun, Dr Zulkefli merupakan anak ketujuh daripada 10 adik beradik. Beliau adalah lulusan ijazah sarjana muda perubatan dan pembedahan, Universiti Malaya pada tahun 1992. Dr Zulkefli mengendalikan klinik sendiri di Chiku 3, Gua Musang. Kerusi DUN Galas kosong selepas kematian penyandangnya, Chek Hashim, 48, akibat barah usus pada 27 September lalu. Pada pilihan raya umum 2008, Chek Hashim, berjaya merampas DUN Galas yang terletak dalam kawasan pilihan raya Parlimen Gua Musang daripada BN, dengan mengalahkan calon BN Mohd Saufi Deraman, dengan majoriti 646 undi. Chek Hashim mendapat 4,399 undi, menewaskan penyandang dari BN, Mohd Saufi Deraman 3,753 undi. Selain Nik Aziz yang juga mursyidul am PAS, turut hadir di majlis pengumuman calon tersebut ialah ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim; presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; timbalan presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa dan pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham. Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya, 11,553 pengundi layak untuk mengundi dalam pilihan raya kecil itu iaitu Melayu 7,125 orang atau 61.7 peratus, kaum Cina 2,317 atau 20.06 peratus, India 185, Bumiputera Siam 10 orang dan Orang Asli 1,889 orang atau 16.35 peratus. |
| You are subscribed to email updates from kalam Perantau To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Dalam reaksinya terhadap laporan itu, Dr Zulkefli yang juga pemangku Yang Dipertua PAS Gua Musang menafikan perkara itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan