Selasa, 12 Oktober 2010

Justice For All

Justice For All


Bukti Bergambar Sidang First Lady Roswah Adalah Sidang Wanita Negro

Posted: 13 Oct 2010 12:08 AM PDT

Kah..kah persidangan Wanita Pertama Afrika. Apa kelas rosmah ni..Daripada 200 lebih negara di dunia ini, hanya 14 je yang datang. Tu pun dari negara Afrika. Yang terkenal dengan kemiskinan dan peperangan. Mesti diorang datang nih bukannnya untuk apa, tapi untuk jalan-jalan dapat makan tidur free. Ye lah, kat tempat mereka mana ada hotel-hotel yang mewah. Kat Malaysia je yang ada. Alang-alang dapat free daripada Roswah yang curi duit rakyat, maka baik mereka datang. Peduli apa mereka yang Roswah bukan first lady of Malaysia. Mereka langsung tak kisah. Yang penting dapat enjoy

Wanita pertama negara maju lain pun tak nak datang kat persidangan roswah ini. Bahkan wanita pertama US, isteri obama yang berkulit hitam pun tak nak datang. Usahkan yang jauh, yang dekat macam Indonesia dan Singapura pun tak nak datang. Memang padan muka roswah.

Memang betullah persidangan ni persidangan wanita negara ke-3 berkulit hitam. Buat imegresin dan kastam, tolong jaga-jaga kat mereka semua. Manatahu tak nak balik pula. Lepas tu buat komplot bisnes wang palsu black money dan buat gejala tak bermoral kat negara ini. Awas semua..

Kenapa hanya 14 wanita pertama sertai sidang?

KUALA LUMPUR, 12 Okt: Mengapa hanya 14 negara dan hanya dari negara-negara Afrika sahaja menghantar wanita pertama mereka ke persidangan pertama Wanita Pertama Dunia menjadi tanda tanya.

Bagi Speaker Dun Selangor, Teng Chan Kim, jawapannya hanya satu sahaja iaitu tuan rumah sidang ini bukannya wanita pertama Malaysia iaitu Raja Permaisuri Agung.

"Kecuali Laos, tidak ada negara di Asia yang menghantar Wanita Pertama mereka ke sidang pertama Wanita Pertama. Ia lebih sesuai di namakan Sidang Wanita Pertama Afrika," kata Teng Chang Kim.

Sidang pertama ini dianjurkan oleh isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansur. Sebelum ini, Rosmah menimbulkan kekeliruan apabila menyiarkan iklan bernilai RM1.5 juta di akhbar The New York Times di Amerika dan menamakan beliau sebagai wanita pertama Malaysia.

Ekoran itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib terpaksa membuat penjelasan di Parlimen dan mempertahankan gelaran untuk isteri beliau itu

Persidangan Wanita Pertama yang bermula hari ini di hotel Palace of The Golden Horses disertai 14 wanita pertama iaitu kira-kira 7.3 peratus dari 192 negara di dunia. Ia turut dihadiri enam perwakilan wanita pertama dan 20 menteri.

Antara negara yang menghantar wanita pertama mereka adalah Albania, Congo, Gambia, Ghana, Jamaica, Kiribati, Laos, Mali, Mauritius, Mozambique, Nigeria, Paraguay, Seychelles, Sierra Leone, Sri Lanka dan Zambia.

Sidang hari ini bermula dengan ucaptama oleh isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Perbincangan panel membabitkan lima wanita pertama yang terdiri daripada Ernestina Naadu Mills dari Ghana, Lorna Golding dari Jamaica, Nyama Koroma dari Sierra Leone, Mercedes Lugo De Maidana dari Paraguay dan Thandiwe Banda dari Zambia.-

* saya ada bukti bergambar dan bertulis, yang Rosmah jelas telah mencabuli perlembagaan dan menghina permaisuri Raja-Raja Melayu..

Lengan Kiri Mangsa Kemalangan Di Melaka Hancur..Semuanya Salah UMNO Yang Sesat

Posted: 12 Oct 2010 08:00 PM PDT

Saman je syarikat bas yang cuai itu. Minta diyat atau gantirugi kalau mangsa memaafkan pemandu bas itu. Kalau mangsa tak nak maaf pemandu bas itu, sudah pasti tangan pemandu itu akan digilis juga, di khalayak ramai. Ye lah, kenapa cuai sampaikan beri kecacatan kekal pada orang lain. Ini namanya hukuman qisas, cedera balas cedera. Tapi sayagnya negara ini diperintah UMNO yang sekular. Maka sudah tentu pemandu cuai ni hanya kena penjara beberapa tahun sahaja. Manakala mangsa, akan alami kecacatan kekal selama-lamanya. (kesian kalau belum kahwin lagi). Dan kes kemalangan, insyaALLAH akan berlaku lagi..ini fitrah jika tiada hukum ALLAH dilaksanakan..

'Lengan kiri saya hampir hancur'

NORHAYATI Abdul Aziz, 43, dan Mohd Ghazali Anuar, 45, menenangkan anaknya, Nurnajlaa yang dirawat di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban selepas terbabit dalam nahas bas ekspres di Kilometer 223 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Pedas, malam kelmarin.

 

NURSYAKILA Senin yang parah menerima rawatan di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban.

 

SITI Rosnah Ismail, 53, menemani anaknya, Mohd Firdaus Yaakub,19, yang dirawat di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban.

Penuntut UM hanya dengar jeritan, tangisan minta tolong selepas bas terbalik

SEREMBAN: "Apabila sedar, saya berasa lengan kiri sangat sakit dan terkejut apabila mendapati ia hampir hancur berlumuran darah dan dipenuhi kaca tingkap," kata Nurnajlaa Aqilah Mohd Ghazali, 19, mangsa kemalangan bas ekspres di Kilometer 223 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Pedas, malam kelmarin.

Dia yang sebelum itu tertidur berkata, tidak mengetahui punca kecederaan, tetapi percaya disebabkan tersepit pada kaca tingkap bas yang terbalik.

Pelajar tahun satu jurusan Kejuruteraan Komputer Universiti Malaya (UM) itu berkata, dia terpaksa menggagahkan diri keluar daripada bas yang sudah terbalik untuk menyelamatkan diri.

"Ketika itu, keadaan huru hara dengan jeritan dan tangisan meminta tolong. Saya yang masih bingung kerana impak kejadian itu tidak menyedari apa yang berlaku di sekeliling dan hanya risaukan tangan saya.

"Apabila berada di tepi jalan, baru saya sedar kemalangan itu sangat teruk dan ramai yang parah, selain melihat beberapa mayat bergelimpangan," katanya yang turut cedera pada muka dan kepala akibat terkena serpihan kaca.

Sementara itu, pelajar kolej swasta, Tew Chi Ling, 18, berkata, dia sedang mendengar pemain MP4 apabila bas tiba-tiba bergoyang kerana cuba mengelak sebuah kenderaan lain di hadapan sebelum terbabas melanggar pembahagi jalan.

"Saya terkejut dan terasa seolah-olah bas melayang sebelum terhempas dan mendengar dentuman kuat. Selepas itu, saya sedar sudah berada dalam keadaan terbalik dengan kepala di bawah dan kaki di atas. Saya dengar ada orang meminta saya keluar segera," katanya yang cedera ringan.

Mereka ditemui ketika lawatan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha; Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan; Ketua Pengarah JKJR, Datuk Sureet Singh dan Ketua Polis negeri, Datuk Osman Salleh di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS).

Pemandu Bas Ekspres Yang Menjadi Punca Kemalangan..Bukannya Hantu???

Posted: 12 Oct 2010 07:10 PM PDT

Sah memang pemandu yang cuai. Bawa laju dan terbabas. Pastu rempuh orang lain yang tak bersalah. Dan bukannya kerana hantu?? (sini). Apapun biar mahkamah yang bukan kangaroo siasat kes ini..

Penumpang dakwa bas ekspres dipandu laju

Pemandu dikatakan sentiasa berada di lorong kanan

SEREMBAN: Beberapa penumpang bas Ekspres Delima yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 223 Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) kelmarin, mendakwa kenderaan itu dipandu laju hingga hilang kawalan sebelum terbabas ke laluan bertentangan.

Pelajar kolej swasta, Shanor Amir, 18, dari Padang Temu, Melaka, berkata dia sedar ketika kejadian berlaku dan dapat merasakan bas berpusing selepas melanggar penghadang jalan.

"Saya tidak tidur seperti sebahagian penumpang lain dan dapat merasakan bas dipandu laju, sebelum berpusing dan terbabas ke laluan bertentangan.

Kejadian berlaku terlalu pantas dan ramai penumpang tidak menyedarinya kerana ramai yang tidur," katanya yang cedera muka dan badan ketika ditemui di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS), selepas lawatan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Aisyah Mohd Nor, 18, dari Sungai Udang Melaka, juga mendakwa bas dipandu laju, sebaik memulakan perjalanan dari Stesen Melaka Sentral.

"Bas memang dipandu laju sebaik memulakan perjalanan dan kemudian memasuki lebuh raya," katanya yang kali kedua menaiki bas itu dari Melaka ke Kuala Lumpur.

Tox Xue Hui, 23, yang mengakui bas bukan saja dipandu laju, malah sejak awal perjalanan, pemandu dilihat sentiasa mahu berada di lorong kanan dengan memotong kenderaan lain.

"Sehari sebelum kejadian, saya menaiki bas yang sama untuk ke Melaka dan perasan, ia dipandu pemandu sama. Ketika perjalanan, dia juga memandu laju dan saya anggarkan perjalanan hanya mengambil masa sejam setengah untuk sampai ke Melaka," katanya yang menerima rawatan di Hospital Pantai Keroh, Melaka.

Kemalangan menyebabkan Tok Xue dari Ayer Hitam, Batu Pahat dan bekerja di Kuala Lumpur, menerima 15 jahitan pada kepala, selain retak tulang pinggang dan patah tulang selangka.

Sementara itu, polis tidak menolak kemungkinan faktor kelajuan antara punca bas berkenaan terbabit dalam kemalangan.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Mizan Md Dom, berkata ia akan dikaji pasukan teknikal dengan menghantar bas menjalani pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM).

"Kelajuan memang dalam perkiraan polis, tetapi kita juga melihat faktor lain seperti kerosakan mekanikal yang boleh menyebabkan kemalangan," katanya.

Ketua Bahagian Komunikasi dan Pembangunan Perniagaan PUSPAKOM, James Lee, berkata walaupun tiada kotak hitam, kaedah lain boleh digunakan untuk mengetahui kelajuan bas berdasarkan keadaan di lokasi kejadian seperti kesan brek pada jalan dan keterangan saksi.

Suspek Kes Bunuh Sosilawati Bakal Didakwa Pagi Ini

Posted: 12 Oct 2010 06:20 PM PDT

Dakwa sekalilah Adun Sementa, Satim Diman yang didakwa telah lindungi suspek

Suspek bunuh Sosilawati dijangka didakwa pagi ini

BANTING: Dua peguam adik beradik dan dua suspek lain yang ditahan bagi siasatan kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain dilaporkan akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, pagi ini.

Beberapa akhbar melaporkan, peguam bagi dua beradik yang juga suspek utama kes berkenaan mengesahkan anak guamnya itu akan dihadapkan ke mahkamah hari ini.

Pasukan peguam yang mewakili suspek berkenaan berkata, mereka juga akan membuat permohonan kepada mahkamah pagi ini agar kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Sementara itu, kira-kira jam 8.30 pagi ini, dua peguam kepada suspek, Amer Hamzah Arshad dan Ravi Nekoo dilihat tiba di Mahkamah Majistret Telok Datuk, di sini.

Bagaimanapun, pasukan peguam itu tidak pasti kedua-dua anak guamnya akan didakwa mengikut seksyen mana.

Lokasi Kemalangan Maut Di Melaka Berhantu??

Posted: 12 Oct 2010 05:30 PM PDT

Berhantu ke tempat kemalangan maut tempoh hari? Kalau berhantu, jemputlah Ustaz Haron Din halau hantu-hantu ni. Jangan panggil Ali Rustam pula. Dia hanya pandai 'halau' budak berzina masuk sekolah mengandung dia je.

Saya pernah dengar dari mulut seorang pembantu Ustaz Harun, pernah masa nak buka UKM dulu, hantu-hantu kat bangi buat kacau. Habis Ustaz Harun angkut-angkut hantu-hantu naik bas pergi buang kat Highway Karak. Ini kisah benar. Nak percaya atau tak nak, terpulanglah. Tapi mungkin boleh panggil Ustaz Harun Din selesaikan masalah ini..

PEMANDU bas mendakwa pernah ternampak kelibat wanita mengendong anak dekat plaza tol Simpang Ampat, Alor Gajah, Melaka.

Kelibat wanita berpakaian putih sambil mengendong anak melintas secara tiba-tiba di Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Tol Simpang Ampat, Alor Gajah di Melaka kini dikaitkan dengan kemalangan maut yang berlaku Ahad lalu.

Tinjauan mendapati ada antara pemandu bas ekspres dan pengguna jalan raya yang selalu menggunakan laluan itu mendakwa kawasan berkenaan 'keras' dan kerap dikaitkan dengan elemen-elemen mistik.

Ada yang mendakwa melihat kelibat wanita itu melintas jalan dan ada yang melihatnya duduk di tepi jalan terutama pada waktu malam.

Ia menyebabkan ramai pengguna jalan raya terpaksa membrek mengejut sehingga ada yang gagal mengawal kenderaan yang dipandu.

Pemandu bas Konsortium Bas Ekspres Semenanjung, Rafi Bahari, 38, mendakwa, dia pernah ternampak kelibat wanita tersebut beberapa tahun lalu ketika dalam perjalanan dari Taiping ke Singapura.

"Ketika melalui kawasan itu pada pukul 4 pagi, saya ternampak kelibat wanita baju putih melintas.

"Saya sempat brek secara mengejut tetapi tidak berlaku kemalangan," ujarnya.

Rosmah Memang Benar Derhaka Pada Raja...Ada Ke Permaisuri Jadi Penyambut Tetamu Minum Tea Je???

Posted: 12 Oct 2010 09:50 AM PDT

kah..kah..Rosmah anjur sidang wanita Afrika. Pastu ada hati nak kata dia First Ladies..kah roswah memang kurang ajar. Ini berita yang baru saya dapat...

Dilaporkan bahawa Si Roswah perasan telah bawa 15 First Ladies jumpa Permaisuri Agong yang juga First Lady of Malaysia yang sebenar. Tapi malangnya hanya sekadar minum tea, pastu balik. Permaisuri Agong ibarat tempat persinggahan pencacai Rosmah ini. Lagsung tiada hormat. Sepatutnya Permaisuri Agong bagi ucapan pembukaan, bukannya yang kaki perasan itu..

Ini semua kerja menipu Raja-raja Melayu. Jumpa Permaisuri Agung sekejap je. Tu pun ajak minum tea. Memang kurang ajar. Bahkan kalau tak percaya lagi. Tengok iklan bawah ini. Sanggup si ketot ni guna title first lafy of Malaysia

Dan Dr Aziz Bari sendiri menempelak perangai jahat si Roswah ini..

JPM Gagal Nasihati Rosmah Isu Wanita Pertama

Oleh Suara Keadilan

SHAH ALAM 12 Okt - Tindakan Bahagian Protokol Jabatan Perdana Menteri yang membenarkan Datin Seri Rosmah Mansor menganjurkan Sidang Kemuncak Wanita Pertama bermula hari amat dikesali walaupun sudah terbukti dari segi Perlembagaan beliau bukan Wanita Pertam Malaysia dan tidak berhak menggunakan gelaran itu.

Malah menurut pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof Dr Abdul Aziz Bari Perkara 32 (2) Perlembagaan Persekutuan dalam Bab 1 berkaitan jelas menyatakan hak gelaran Wanita Pertama Malaysia adalah kepunyaan Raja Permaisuri Agong, Tunaku Nur Zahirah.

Perkara 32 (2) berbunyi, "Ketua Utama Negara bagi Persekutuan, dan Isteri Yang di-Pertuan Agong (digelar Raja Permaisuri Agong) hendaklah diberi keutamaan daripada segala orang lain di dalam Persekutuan selepas Yang di-Pertuan Agong".

"Nampaknya isu penting ini tidak dipedulikan walaupun telah mendapat pandangan banyak pihak termasuk pakar Perlembagaan, pengamal undang-undang dan sebagainya.

"Bahagian Protokol adalah di bawah Jabatan Perdana Menteri, tidakkah Bahagian Protokol menasihatkan Rosmah mengenai penggunaan gelaran 'First Lady'. Sepatutnya bahagian ini menjalankan tanggungjawabnya dan memberi garis panduan kepada isteri Perdana Menteri mengenai isu ini.

"Perlembagaan amat jelas siapa sepatutnya menggunakan gelaran Wanita Pertama iaitu dalam perkara ini Raja Permaisuri Agong," tegas Dr Abdul Aziz yang juga pakar Perlembagaan.

Sidang kemuncak tiga hari itu berakhir 13 Oktober dan mengumpulkan 37 delegasi termasuk 16 Wanita Pertama.

Rosmah akan mempengerusikan sidang kemuncak bertemakan 'Anak Hari Ini, Pemimpin Hari Esok' yang bertujuan memperkasakan kanak-kanak yang bakal menjadi pemimpin negara pada masa depan.

Macam2 Zaman Najib..Lagi Bayi Dibuang

Posted: 12 Oct 2010 09:16 AM PDT

Bayi lelaki ditemui dalam semak

BALING: Seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan dan dibungkus dengan tuala, ditemui ditinggalkan dalam semak di tepi pagar berdekatan sebuah Taman Asuhan Kanak Kanak (taska) di Kampung Titi Teduri, Mukim Pulai di sini hari ini.

Bayi yang terdapat kesan luka di badan akibat terkena duri, ditemui pekerja dan pemilik taska berkenaan 10 pagi tadi yang kemudian membuat laporan polis.

Bayi seberat tiga kilogram itu dengan tali pusatnya sudah dipotong ditemui dalam keadaan lemah dan terdapat semut di badannya.

Bayi lelaki berkenaan dipercayai baru dilahirkan beberapa jam sebelum ditemui. Urinya juga diletakkan berdekatan bayi itu.

Kesan darah turut ditemui dalam kawasan pagar taska itu serta di kawasan bayi ditinggalkan.

Pemilik taska terbabit, Siti Hawa Othman, 40, berkata dua guru di taska itu terpandang tompokan darah ketika membantu pelajar memberus gigi di kawasan itu sebelum bayi berkenaan ditemui dalam jarak tiga kaki dari mereka berdiri.

Berpandukan tompokan darah di atas simen dalam kawasan taska, dua guru terbabit membuat siasatan hingga menemui bayi yang berbungkus dengan sehelai tuala dalam semak di sebelah pagar taska itu.

Siti Hawa yang mengambil dan membersihkan kotoran yang terlekat di badan bayi berkenaan kemudian membuat laporan polis.

Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah Baling, Amelia Shatirah Dorahim, berkata bayi berkenaan dihantar ke Hospital Daerah Baling selepas pemilik taska membuat laporan polis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Baling, Supt Mohd Daut Md Hasan, mengesahkan polis menerima laporan penemuan bayi itu dan siasatan sedang dijalankan untuk mengesan ibu bayi itu dan pasangannya serta individu terbabit.

Bayi berkenaan dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani petang ini untuk rawatan lanjut berikutan jangkitan kuman. - BERNAMA

JKKK Pun Songlap Duit, Palsukan Bil Makanan

Posted: 12 Oct 2010 08:10 AM PDT

Dalam hierarki UMNO, JKKK berada dalam kedudukan paling bawah sebelum ahli UMNO. JKKK ibarat ketua kampung yang condong pada UMNO, dan hanya berkhidmat untuk ahli UMNO semata-mata.

Tapi nampaknya JKKK pun ada yang berperangai macam pemimpin atasan UMNO. JKKK turut bergelumang dengan roswah. Siap palsukan dokumen lagi. Ni ke contoh terbaik buat orang kg???

Memang UMNO dah busuk sampai ke usus. Dari Presiden hingga ahli biasa, kalau tak roswah..tak namanya UMNO..

KUALA TERENGGANU - Seorang Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Wakaf Mempelam, di sini mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengemukakan dokumen tuntutan palsu majlis berbuka puasa di empat buah surau lima tahun lalu.

Abdullah Muda, 56, didakwa menyerahkan dokumen palsu mengenai pembekalan makanan dan minuman tersebut kepada Pembantu Tadbir (Kewangan) Pejabat Daerah Kuala Terengganu, Wan Norizah Muda, pada 24 Oktober 2005 di pejabatnya.

Dia didakwa mengikut Seksyen 11(c) Akta Pencegahan Rasuah 1997 yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda maksimum RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan, atau mana-mana yang lebih tinggi.

Hakim Mahkamah Sesyen Azman Mustapha membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 9 November ini untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Syafinas Shabudin.- Bernama

Gempar!! Rupanya BN Di Batu Sapi Bertelagah Sesama Sendiri

Posted: 12 Oct 2010 07:18 AM PDT

Ini sudah bagus ni. Nampaknya dalam BN sabah pun, mereka bergaduh sesama sendiri. Apalagi LDP, lawanlah UMNO secara jantan. Sabotaj calon BN dan sokong PR.

Pedulikanlah calon Bebas yang berputih arang dengan LDP (beritanya di sini)..biar ajar sikit kat katak bawah ini, bahawa dia menang atas LDP, bukannya katak..

Sokongan Orang Ramai Kepada BN Tidak Terjejas Walaupun ADUN Anggota Bebas

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Peter Pang En Yin berkata sokongan orang ramai kepada Barisan nasional (BN) bagi kawasan pilihan rayanya, Karamunting tidak terjejas pada pilihan raya kecil Batu Sapi walaupun beliau tidak mewakili mana-mana parti.

Katanya sokongan itu tidak terjejas walapun beliau belum memutuskan parti yang akan dianggotai kerana wakil rakyat Bebas itu masih ada tenaga kerja dan penyokong di kawasan Dewan Undangan Negeri itu.

Sebuah jawatankuasa pilihan raya kecil untuk Batu Sapi akan ditubuhkan tidak lama bagi menghadapi pilihan raya kecil itu, katanya kepada pemberita selepas memberikan penghormatan terakhirnya kepada anggota Parlimen Batu Sapi mendiang Datuk Edmund Chong Ket Wah di sini, Selasa.

Chong terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Jalan Coastal, Tanjung Aru, di sini pada Sabtu lepas.

"Saya akan lakukan yang terbaik untuk mmebantu BN memenangi semula kerusi itu," kata beliau.

Pada 1 Sept, Pang keluar daripada Parti Liberal Demokratik (LDP) kerana mempunyai pendirian berlainan dengan parti itu setelah ia mengisytiharkan tidak lagi boleh bekerjasama dengan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Pang mewakili LDP memenangi kawasan pilihan raya Karamunting pada pilihan raya umum 2008 menewaskan calon Bebas Sak Cheong Yu dengan majoriti 3,362 undi. - BERNAMA

Pengundi Saluran Satu Yang Paling Bijak Kat Pulau Pinang

Posted: 12 Oct 2010 06:21 AM PDT

Nampaknya ada lagi pengundi saluran satu yang bijak dan berpendidikan tinggi, bukannya macam orang tua yang bodoh ditipu bulat-bulat oleh UMNO. Sampai sekarang tak dengar khabar, duit RM 100 yang diberikan oleh orang tua kat UMNO. Ntah-ntah dah lesap duit tu..

Apapun..tahniah buat warga emas ini. Memang emas betul.. Semoga selamat dunia dan akhirat diucapkan

BUTTERWORTH, 12 Okt: Warga emas sekitar Seberang Perai Utara mengatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng serta meminta meneruskan program penghargaan kepada golongan veteran pada masa depan.
Seramai 70 orang warga emas yang datang dari Penaga, Kepala Batas, Bagan, Teluk Air Tawar, Sungai Dua, Tasek Gelugor, Pokok Sena, Lahar Yooi dan kawasan lain turut kesal dengan tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim yang tiba-tiba mengajak mereka mengembalikan RM100 dan RM1,000 untuk para waris jika terdapat kematian warga emas kononnya berpunca dari wang judi.
Bagi mereka, semua itu merupakan mainan politik jahat yang sengaja dibangkitkan oleh Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda Umno, Reezal Merican Naina Merican yang menuduh pemberian wang pada pertengahan tahun ini berpunca dari wang Kelab Lumba Kuda.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir yang juga Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang, Ustaz Saleh Man pula meminta warga emas usah terpengaruh dengan dakyah jahat pembangkang negeri ini yang sudah kehabisan modal.
Beliau berkata, sebenarnya wang itu adalah lebihan perbelanjaan Kerajaan Pakatan Rakyat tahun ini sebanyak RM88 juta dan RM20 juta diperuntukkan kepada warga emas sebagai menghargai pengorbanan mereka terhadap kemajuan Pulau Pinang.
"Wang hasil pemberikan Lumba Kuda memang ada tapi ia tidak dimasukkan pada tabung sumbangan kepada warga emas sebaliknya digunakan untuk Rancangan Anti Kemiskinan (RAK) khas untuk masyarakat bukan Islam, " jelasnya lagi.
Seorang warga emas, Zainab Mat (kanan) dari Butterworth menyifatkan, apa yang diperjelaskan oleh kerajaan negeri cukup meyakinkan bahawa semua itu pembohongan.
"Bila datang mendengar sendiri keterangan yang disampaikan oleh Adun dan Ahli Majlis Seberang Perai (MPSP) baru tahu hal sebenar," ujarnya.
Bekas ahli Umno, Abu Bakar Said (kiri) dari Bagan Ajam pula menambah, di zaman BN tidak pernah berlaku ketua menteri melawat surau atau masjid tetapi berlaku di era kepimpinan Pakatan Rakyat.
"Bila KM sendiri turun padang menziarahi umat Islam di samping memberikan penghargaan warga emas, ia satu peristiwa yang tidak pernah berlaku dalam pentadbiran Barisan Nasional (BN)," tegasnya.
Bagi Sambasivam pula, kini baru beliau tahu hal sebenar mengenai perkara itu kerana selama ini mendengar sebelah pihak sahaja.
Sesi penerangan untuk menolak fitnah Umno itu diadakan di Bangunan Datuk Ahmad Badawi disampaikan oleh beberapa orang Adun termasuk Adun Bagan Dalam, Thanasekharan dan Adun Bagan Jermal, Lim Hock Seng.

Berita : Harakah Daily & anaksungaiderhaka

UMNO Bohong Lagi..Kali Ini Pula Berbohong Dalam Isu 215 Ahli PKR Masuk UMNO

Posted: 12 Oct 2010 04:20 AM PDT

Heran betul UMNO nih..suka sangat tipu pasal ahli PR masuk parti mereka. Dulu di Selangor (beritanya di sini), kemudiannya hari ini di Pahang pula. Kononnya seramai 215 ahli PKR telah masuk UMNO..rupanya ia satu pembohongan daripada UMNO..memang perangai yahudi betullah parti melayu busuk ini..

Bongkar: Laporan Insiden Ahli PKR Cabang Paya Besar Keluar Parti Ialah Satu Lagi Pembohongan UMNO Menjelang Pilihan Raya Kecil DUN Galas !!

KUANTAN, 12 Okt [6.00 pm] - Puak-puak UMNO Pahang nampaknya semakin terdesak dan ketandusan idea, apabila membuat propaganda kononnya seramai 215 orang ahli PKR Cabang Paya Besar telah bertindak keluar parti dan menyertai UMNO hari ini.

Kes berkenaan telah disiarkan dalam Berita Terkini TV3 jam 4.00 petang tadi. Ia telah mengejutkan ramai pihak dan seolah-olah menggambarkan rakyat sudah mula menolak Parti Keadilan itu sendiri.

Kami cuba mendapatkan maklumar lanjut berkenaan isu ini dan telah berjaya membongkarkan beberapa penipuan yang telah dilakukan oleh puak-puak UMNO Paya Besar tentang hal berkenaan.

Menurut salah seorang pemimpin PKR Pahang yang dihubungi mengatakan bahawa mereka tidak terkejut dengan laporann berkenaan kerana itu sahajalah cara UMNO ingin menagih simpati rakyat kepada mereka.

"Sungguh melucukan, wakil kumpulan berkenaan iaitu Abdul Rahim Darus sebenarnya bukanlah ahli PKR.. tetapi ahli UMNO tegas di Lepar Utara.

Malah keahlian PKR di ranting itu hanyalah sekitar 115 orang, maka bagaimana mereka melaporkan ada 215 orang keluar parti", katanya.

Malah beliau tidak terkejut dengan tindakan Ketua UMNO Bahagian Paya Besar, Ahmad Tajuddin Sulaiman (foto) itu.

"Beliau merupakan pemimpin yang talam dua muka. Selama ini beliau adalah orang yang banyak membocorkan rahsia kerajaan negeri, UMNO dan Felda kepada parti pembangkang. Ketika namanya merudum akibat krisis dengan MB ketika itu, beliau sering berhubung dengan pemimpin PKR untuk memaklumkan tentang banyak perkara termasuk isu Felda.

Mungkin Tajuddin kini agak seronok untuk mengampu Dato' Nan dan juga Tengku Razaleigh Hamzah susulan pilihanraya kecil DUN Galas tidak lama lagi.

Malah, beliau pernah membawa Ku Li ke Paya Besar satu ketika dulu. Maka itu kita tidak hairan beliau sanggup menipu hal ini", tambah beliau lagi.

[Malah menurut pemimpin terbabit, ketika ditolak oleh MB Adnan Yaakob dulu Tajuddin terpaksa merintih simpati rakan-rakan dari kalangan parti pembangkang.

Banyak maklumat sulit telah disalurkan untuk dihebahkan oleh pembangkang. Malah, isu Felda bangkrap yang hangat diperkatakan sekarang ini juga antara rahsia sulit yang telah didedahkan kepada pembangkang.

"Pendek kata Tajuddin adalah Spy UMNO yang bertanggungjawab dalam pendedahan tersebut.

Kami difahamkan kini hubungannga dengan MB telah kembali pulih, dan beliau juga telah mendapat projek bernilai jutaan ringgit yang ditawarkan oleh Adnan di kawasan Rompin. Maka itu, inilah masanya dia ingin memulihkan kembali imejnya di mata rakyat.

Dengan membuat pembohongan kononnya 215 orang ahli PKR sertai UMNO, ia seolah-olah meningkatkan kepercayaan pucuk pimpinan tertinggi parti terhadap dirinya" tambahnya.

Kami difahamkan, PKR Pahang tidak teragak-agak akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang berkenaan kerana mengeluarkan kenyataan tidak bertanggungjawab ini].-pdo

Jangan Bagi Najib Sepenggal Lagi..Meh Kita Jadikan Roswah First Ladies Afrika

Posted: 12 Oct 2010 03:41 AM PDT

Jangan beri Najib satu penggal lagi..nanti habis musnah negara ini..

Jangan...janganlah wahai rakyat..serik dah ber'PM' najib yang kaki tipu dan roswah.

Mungkin permaisuri Agong pun akan kata jangan beri Najib peluang..sebab biar roswah jadi isteri ketua pembangkang pula. Tak lah sibuk-sibuk nak jadi First Ladies..

PAS menyeru rakyat Malaysia jangan terima rayuan Datuk Seri Najib Razak supaya rakyat memberi mandat kepada umno BN dalam Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan datang.

Sebaliknya, Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad menyeru rakyat menggemblengkan tenaga untuk menolak kerajaan Umno BN.

"Ini kerana sudah cukuplah setengah abad, kehidupan rakyat semakin tenat dengan tekanan hidup yang memuncak," ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas kenyataan Najib mengajak rakyat berkongsi impiannya untuk menjadikan Malaysia negara kelas pertama bertaraf dunia pada abad ke-21.

Kata Najib, kerajaan serius dengan inisiatif transformasi seperti Model Baru Ekonomi, Pelan Transformasi Ekonomi dan Rancangan Malaysia Ke-10 dan semua ini tidak berguna tanpa mendapat sokongan rakyat.

Bagi Idris, indeks pengguna semakin menekan rakyat terutama yang berpendapatan rendah yang tidak sepatutnya berlaku jika kerajaan Umno BN jujur dan amanah dalam mentadbir negara.

Menurutnya, pemimpin Umno BN pada hari ini merasa tidak berdosa dengan pengkhianatan amanah yang diberikan kepada mereka.

Sepatutnya, kata beliau pemimpin Umno BN merasa malu kenapa negara jiran seperti Singapura walaupun tidak mempunyai khazanah alam tetapi mampu memacu ekonomi setaraf dengan negara maju.

Rakyat perlu bangkit menolak BN untuk membentuk kuasa politik baru dengan meninggalkan kerajaan yang ada pada hari ini.

215 Ahli PKR Sertai UMNO?? Betooi Ke

Posted: 12 Oct 2010 03:10 AM PDT

Kah..kah PKR..anda ada masalah baru lagi. Ini betoi ke 215 anggota PKR masuk UMNO. Kalau benar, satu rekod book of Malaysia. Siap ranting dibubarkan lagi..

PKR ranting Lepar Utara bubar kesemua 215 anggota sertai UMNO

KUANTAN - Parti Keadilan Rakyat (PKR) ranting Lepar Utara dibubarkan selepas kesemua 215 anggota ranting itu hari ini, menyertai Umno kerana hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti tersebut.

Penyerahan borang keahlian UMNO disampaikan oleh wakil kumpulan berkenaan, Abdul Rahim Darus kepada Ketua Umno Bahagian Paya Besar Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman pada satu majlis ringkas yang diadakan di pejabat UMNO Paya Besar di sini, hari ini.

Ketika ditemui pemberita, Abdul Rahim, 61, berkata, beliau mewakili bekas ketua ranting itu Shamsuddin Md Hassan yang kini dirawat di sebuah hospital di sini.

Katanya, keputusan kesemua mereka termasuk Shamsuddin untuk menyertai UMNO adalah kerana kecewa dengan cara mesyuarat pemilihan parti yang berlangsung baru-baru ini yang didakwa tidak telus dan ada agenda kepentingan peribadi.

Ahmad Tajuddin berkata, keputusan kesemua bekas anggota PKR itu untuk menyertai UMNO membuktikan PKR bukan parti yang sesuai untuk dipilih rakyat.

Katanya, kesemua mereka akan diserapkan menjadi anggota UMNO Cawangan Lepar Utara yang baru ditubuhkan dua bulan lepas dengan 75 anggota.

Muhyiddin Lembab..Lagi Siling Sekolah Runtuh

Posted: 11 Oct 2010 10:01 PM PDT

Siling makmal sekolah runtuh

KUALA LUMPUR 11 Okt. - Siling dan kayu penahan bumbung sebuah makmal komputer di Sekolah Kebangsaan (P) Jalan Batu di sini, runtuh semalam.

Menurut ibu seorang murid yang mahu dikenali sebagai Ros, kejadian itu disedari berlaku petang semalam dan sekali lagi pada hari ini.

Katanya, dia dimaklumkan perkara itu oleh pengawal keselamatan sekolah terbabit ketika menghantar anaknya ke sekolah pukul 7 pagi.

"Saya difahamkan, perkara ini (kerosakan bumbung) telah diajukan kepada Kementerian Pelajaran untuk tindakan pada bulan Julai lalu. Namun tiada sebarang tindakan diambil.

"Hal ini sangat merisaukan saya kerana ia melibatkan murid-murid yang bersekolah di sana termasuk anak saya.

"Saya berharap pihak sekolah dan kementerian bertindak segera sebelum berlaku perkara yang tidak diingini," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Tinjauan Utusan Malaysia di sekolah itu mendapati makmal berkenaan telah ditutup kepada murid.

Usaha mendapatkan penjelasan kakitangan sekolah tidak berjaya kerana mereka enggan ditemu bual.

Cetusan Hati Nurul Izzah Anwar

Posted: 11 Oct 2010 09:18 PM PDT

Memimpin tangan yang sudah pandai berlari

- NURUL IZZAH ANWAR

Apabila anak sulung saya Raja Nur Safiyah Raja Ahmad Shahrir mula pandai berjalan tidak lama dahulu, saya mahu memasang pintu pagar kecil di laluan menuju ke anak-anak tangga di dalam rumah, kerana risau dia menaiki atau menuruni tangga tanpa pengawasan.

Sebagai ibu, naluri saya ketika itu ialah memberi perlindungan 100 peratus dengan setiap gerak-geri dan proses pembesaran dipantau sepanjang masa.

Tekanan untuk memberi perlindungan berterusan ini bertambah kuat dengan tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen. Semasa saya dipilih rakyat Lembah Pantai, umurnya baru beberapa bulan.

Namun kerja-kerja seharian sebagai ahli politik menyedarkan saya bahawa perlindungan melampau ini akan merosakkan proses tumbesaran Safiyah.

Saya mula terfikir, tidak mungkin mengongkong dia sepanjang masa tanpa menjejaskan proses pengenalan kepada dunia sebenar apabila melihat kelemahan dalam sistem kuota Bumiputera yang tegas dipertahankan kerajaan hari ini.

Sebarang usaha menilai dasar-dasar ini sering disambut cercaan, dan mereka yang membangkitkannya akan dipanggil pengkhianat oleh mereka yang menggelar diri pejuang Melayu.

Bukanlah tujuan saya untuk meminta sistem kuota ini dihapuskan sepenuhnya. Apa yang ingin saya bincangkan, apakah perlindungan melampau ini sebenarnya membantu atau semakin mengongkong komuniti yang ingin dibantu itu.

Saya tidak nafikan penduduk luar bandar yang kurang kemudahan atau pendedahan kepada dunia luar sememangnya perlukan bantuan dan panduan kerajaan dalam mendapat pendidikan yang lebih baik.

Bantuan pendidikan seperti sekolah berasrama penuh, tempat belajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan lain-lain institusi awam adalah kemudahan untuk golongan dari latar belakang kurang bernasib baik yang akan terus saya pertahankan.

Apa ingin saya persoalkan, apakah keperluannya untuk memimpin tangan mereka yang sudah pandai berlari?

Di sini saya ingin membawa satu contoh, iaitu permit import (AP) kereta asing yang tujuan asalnya untuk meningkatkan penglibatan Bumiputera dalam bidang automotif. Masih adakah keperluan untuk sistem ini diteruskan?

Kerajaan bercadang hapus sistem ini 2015, namun tekanan puak 'pembela umat Melayu' meyakinkan saya kerajaan akan berganjak.

Jun lalu, Kongres Ekonomi Bumiputera diketuai Perkasa desak dasar pemberian AP kepada Bumiputera ini diteruskan dengan alasan ia selari Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan menjamin kedudukan istimewa Melayu.

Tuntutan kumpulan ini terkandung dalam memorandum mereka yang menolak cadangan Model Baru Ekonomi diilhamkan Datuk Seri Najib Tun Razak yang ingin mewujudkan keterbukaan dalam perdagangan Malaysia.

Kelompok yang mendesak ini sudah tentulah mewakili kumpulan usahawan automotif yang sudah meningkat taraf ekonominya berbanding Bumiputera luar bandar yang masih mengharapkan campur tangan besar pihak kerajaan untuk membaiki taraf kehidupan mereka.

Kisah salah guna AP ini sangat menakutkan. Beberapa tahun lalu apabila senarai penerima AP didedahkan, tidak kelihatan pula nama-nama besar syarikat automotif antarabangsa. Sudah tentu mereka membeli AP daripada 'pengusaha' tempatan untuk mengimport kereta, dan semua ini sekali lagi dilakukan atas nama mempertahankan Bumiputera.

Saya faham, ada hujah mempertahan sistem ini agar industri tempatan dapat dilindungi. Namun siapakah yang akhirnya membayar kos import ini? Bukankah rakyat terbanyak juga membayar lebih wang untuk kereta mereka? Adilkah jika wang itu diambil dan disalurkan pula kepada 'usahawan' Bumiputera kaya yang sudah tidak memerlukan bantuan kewangan?

Sistem ini sememangnya tidak boleh lagi dipertahankan. Selain daripada kisah-kisah 'usahawan' yang cari makan dengan menjual AP tanpa penglibatan sebenar dalam industri penjualan kereta, apa kewajarannya membantu mereka yang sudah senang-lenang atas alasan mempertahankan hak Bumiputera?

Seharusnya kumpulan ini bersaing secara terbuka sebagaimana syarikat-syarikat lain tanpa mengharapkan ihsan kerajaan membantu mereka bertatih, saat mereka sudah sepatutnya berlari laju.

*Penulis ialah Ahli Parlimen Lembah Pantai.

Tiada ulasan: