Isnin, 4 Oktober 2010

Justice For All

Justice For All


Azmin Bakal Dilarang Tanding Jawatan Timbalan Presiden PKR??

Posted: 04 Oct 2010 07:07 PM PDT

Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR digesa untuk mengambil tindakan ke atas Azmin Ali, calon Timbalan Presiden ekoran dari kelaku buruknya menyerang peribadi lawan seperti yang telah dilaporkan oleh media.

Azmin didakwa telah menganggap Zaid Ibrahim, calon lawannya sebagai seorang pendatang baru dalam parti. Bukan itu saja, Azmin menyifatkan Zaid sebagai "desperado" dalam satu wawancara dengan Berita Harian.

Ahli Parlimen Kelana Jaya semalam melahirkan rasa sedih dan kecewa jika Azmin sengaja bersikap sedemikian.

"Serangan peribadi tidak perlu dan sesuatu yang tidak baik. Dengan menyebut-nyebut nama merupakan satu tindakan kebudak- budakan. Saya sungguh tidak percaya pemimpin veteran dan matang seperti Azmin berkata sesuatu seperti ini.

Ujar beliau, adalah benar Zaid adalah baru dalam parti, tetapi kita harus menghormati beliau bahawa beliau mempunyai pengalaman yang luas dan merupakan seorang ahli politik yang mempunyai prinsip dan boleh memberi sumbangan kepada parti.

"Adakah kita cepat lupa bahawa penyertaan Zaid disambut meriah pada suatu ketika dahulu kerana beliau adalah bekas menteri yang memprotes tentang salah guna ISA oleh kerajaan Umno-Barisan Nasional?" soal beliau.

Gwo Burne berkata, "oleh itu, saya menggesa anggota-anggota parti supaya adil dan konsisten dengan pemilihan parti.

"Kelihatan seolah-olah beberapa pemimpin parti mengamal "double standard", memilih untuk menyerang calon kerana wawancaranya tersiar di akhbar arus perdana dan pada masa yang sama, memejamkan mata apabila calon yang satu lagi berbuat demikian," terangnya.

Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini telah memberi amaran kepada calon-calon bertanding agar tidak sama sekali menggunakan media milik Umno, yang dilihat sebagai 'musuh' Pakatan Rakyat.

"Calon-calon (yang bertanding) seharusnya berwaspada agar tidak dieksploitasi oleh media Umno untuk menyerang polisi-polisi dan pemimpin-pemimpin kita.

"Jangan benarkan parti (PKR) digunakan oleh media Umno dan propaganda (mereka)," kata pemimpin ini pada satu majlis di sini.

Kata Anwar, tindakan meluahkan rungutan dalam media ketika pemilihan parti seolah-olah mengikut rentak agenda Barisan Nasional (BN) untuk membangkitkan masalah dalaman PKR dan menjauhkan diri daripada isu lebih besar seperti rasuah.

"Kesemua pemimpin adalah penting, tetapi sesetengah akan menang dan sesetengah yang lain akan kalah," kata Anwar sambil menegaskan, mereka yang menang tidak harus menggondol semua manakala yang kalah tidak wajar mengetepikan agenda besar PKR mahu membawa pembaharuan.

Kerusi timbalan presiden bakal ditanding Azmin, Zaid dan seorang lagi naib presiden Mustaffa Kamil Ayub.

Bagaimanapun ada dua lagi nama yang turut layak untuk bertanding kerusi itu iaitu Menteri Besar Selangor Tan Khalid Ibrahim dan Pengarah Strategi PKR Tian Chua.

Sementara itu pelbagai pihak kesal dengan tindakan Azmin berkenaan.

MB Selangor, tan Sri Khalid Ibrahim juga pernah menasihatkan calon-calon yang bertanding supaya menjjaga kelakuan dan tatatertib sewaktu berkempen.

Beliau berkata anggota parti mesti matang untuk menerima keputusan pemilihan sama ada kalah atau menang dan ia ditentukan menerusi kertas undi.

"Dalam kempen juga, ia mesti dilakukan dengan tertib, tidak boleh mencerca lawan sebaliknya berbincang bagaimana calon boleh meningkatkan prestasi parti," tegas Khalid.

Hishamuddin Tun Hussein Satu Spesis Dengan Suspek Peguam Bunuh Sosilawati??

Posted: 04 Oct 2010 06:17 PM PDT

Menarik tulisan Dr Aziz Bari ini. Penuh dengan kebenaran dan hujah. Memang si sepupu Najib ni suka menipu. Macam peguam si suspek yang dikatakan membunuh sosilawati dan lain-lain itu.

Takkanlah dia tak tahu yang negara ni masih darurat. Sebab ISA, Akta Kediaman Terhad masih terpakai...Sah, si Hishammuddin Hussein ni kaki tipu...

Menteri Buta Undang-Undang

Abdul Aziz Bari

Dua bulan lalu Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, disoal pelajar mengenai kedudukan darurat di Malaysia. Soalan itu dikemukakan dalam satu persidangan dianjurkan sebuah kesatuan pelajar kita yang sedang menuntut di United Kingdom. Menurut seorang peserta yang kemudiannya menghubungi saya, Hishammuddin berkata, darurat itu sudah tidak wujud dan tidak timbul soal sesiapa boleh ditahan di bawah undang-undang darurat.

Jawapan itu memeranjatkan saya kerana ia tidak betul. Ada dua keadaan sahaja yang boleh saya fikir berhubung dengan jawapan menteri berkenaan; yakni sama ada beliau jahil atau beliau berbohong dengan pelajar-pelajar itu 

Saya rasa lebih baik saya kategorikan beliau dalam kumpulan pertama kerana kalau saya letakkan beliau dalam kumpulan kedua lebih teruk kesannya kepada beliau. Ini kerana Hishammuddin ialah anggota pentadbiran kerajaan.

Mungkin ada yang bertanya: sebagai seorang peguam takkanlah Hishammuddin tidak tahu undang-undang? Jawapan saya ialah pengetahuan manusia tidak sempurna. Kita tidak tahu semua benda. Seorang peguam terpaksa membuat pengkhususan dan setahu saya menteri itu bukan seorang yang terlibat dengan isu-isu perlembagaan sewaktu beliau mengamalkan undang-undang sebelum menyertai politik. Selain itu beliau belajar undang-undang di England dan pastinya tidak belajar undang-undang perlembagaan kita. Seperti yang kita maklum Malaysia mempunyai perlembagaan bertulis dan peruntukannya cukup banyak. Dan mengelirukan pula.

Undang-undang mengenai darurat ketika ini diperuntukkan di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan. Di bawah peruntukan ini kuasa mengisytiharkan darurat terletak di tangan Yang di-Pertuan Agong. Secara umum, dan setakat yang berlaku, baginda bertindak di atas nasihat kerajaan.

Apa maksud dan kesan darurat di sisi undang-undang? Sebagaimana yang kita faham tentang perkataan 'darurat' itu sendiri ia membawa maksud huru-hara yang ekstrem dan apa-apa yang biasanya tidak boleh dilakukan menjadi harus. Di sisi perlembagaan apabila darurat diisytiharkan maka perlembagaan, sebahagian besarnya, boleh digantung dan dilanggar oleh kerajaan atau Parlimen. Ketika ini kerajaan, bukan sahaja Parlimen, boleh membuat undang-undang tanpa pergi ke Parlimen. Ia juga boleh mengambil alih pentadbiran negeri.

Demikianlah dahsyatnya implikasi darurat kepada struktur perlembagaan. Pada hakikatnya darurat ialah sejenis mekanisme untuk menggantung perlembagaan. Walaupun ada hal-hal yang dikecualikan, contohnya perkara-perkara berhubung dengan Islam, adat istiadat Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak, ini semua bukanlah sesuatu yang utama dalam konteks demokrasi dan pentadbiran buat masa ini.

Berbalik kepada soalan para pelajar tadi sebenarnya Malaysia masih lagi berada di dalam kerangka darurat. Ini kerana perisytiharan-perisytiharan darurat yang dibuat sebelum ini, khususnya yang dibuat pada 1964 dan 1969, masih belum ditarik balik. Undang-undang yang dibuat di bawah perisytiharan itu juga masih berkuat kuasa. Ertinya undang-undang itu masih boleh digunakan. Salah satu daripada undang-undang itu ada digunakan di dalam perbicaraan bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas beliau dipecat dari Kabinet dan UMNO pada 1998.

Nampaknya ramai menteri – termasuk mereka yang berkelulusan undang-undang – tidak sedar akan kedudukan yang saya sebutkan itu. Tetapi walau apa pun undang-undang yang ada itu sering digunakan oleh kerajaan. Malahan apabila mereka tersepit dalam soal royalti minyak pun mereka gunakan undang-undang darurat untuk menepisnya.

Saya harap para pemimpin Pakatan Rakyat sedar dan tahu masalah yang sedang kita hadapi ini. Saya yakin Barisan Nasional tidak akan berbuat apa-apa. Mereka telah dan akan terus mempertahankan darurat yang amat berguna buat mereka ini. Sebagaimana mereka mempertahankan ISA dan Auku. Apa yang Pakatan perlu lakukan? Jika mereka menang dalam PRU yang akan datang mereka perlu nasihatkan Yang di-Pertuan Agong supaya menarik balik perisytiharan darurat yang masih hidup dan bernyawa itu.

Bekas Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman pernah mengkritik Perisytiharan Darurat 1969 yang turut menyumbang dalam penyingkirannya. Beliau juga membayangkan bahawa Raja-Raja tidak selesa dengan apa yang berlaku. Ini bermakna ada begitu banyak alasan mengapa perisytiharan darurat yang mengerikan itu tidak harus dikekalkan.

Profesor Dr Abdul Aziz Bari telah mengajar undang-undang selama 21 tahun.

PAS Tak Nak Calon Merokok : Tok Guru Marah Anak, Sindir Kat Katak

Posted: 04 Oct 2010 05:14 PM PDT

Tok Guru Nik Aziz kata, calon PAS di Dun Galas adalah mereka yang tak merokok. Nah..tok guru macam sindir kat 2 ekor katak ini je, si posmen Jamaluddin Radzi (Behrang) dan kapten cabuk, Osman Jailu (Changkat Jering) yang jatuhkan kerajaan PR Perak. Ini gambar syoknya mereka merokok. Patutlah melompat, kerana takde duit nak beli rokok. Sebab harga rokok dan naik jadi RM 10 sebungkus. Kalah harga beras 3 kilo...

Padanlah tok guru nak calon PRK Galas bukan kaki rokok..rupa-rupanya tak nak ikut lompat macam katak dua ekor tu. Ibrahim Ali pun kaki rokok tegar. Dahla mulut bau rokok, perangai turut rosak dan suka menyusahkan orang. Lompat sana sini demi fulus..

** Koleksi kaki rokok sedunia..

Muhyiddin Membisu Bila Si Mahathir 'Tersungkur' Kata Anwar Gay

Posted: 04 Oct 2010 04:00 PM PDT

Ek ele Muhyiddin ni. Mahathir ni Nabi ke sampai langsung tak boleh dikata. Istilah 'tersungkur' lebih lunak berbanding istilah 'tok guru gilo' oleh Abdullah Sa'amah dalam ceramah UMNOdi Besut.

Juga lebih lunak bila Mahader Kutty ni fitnah Anwar dengan kata Anwar kaki liwat. Ini beritanya..

Dr Mahathir pada 9 September 2005 lalu terus menuduh Anwar sebagai homoseksual.Ditanya mengenai hal berkenaan pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucaptama pada seminar bertajuk "Success Mindset: Transforming Impossible To Reality" di Kuala Lumpur

Nah Mahadir. Ngko kata Anwar gay tu adalah akhlak yang baik ke?? Sedangkan penulis fitnah, buku 50 Dalil Kenapa Anwar Tidak Boleh Menjadi PM iaitu si Khalid Jaffri telah diarahkan oleh mahkamah bayar ganti rugi RM4.5 juta kepada Anwar pada 18 Ogos 2005, iaitu sebelum kenyataan Mahathir dibuat. Nampak sangat ini fitnah terang-terangan. Buat Muhyiddin, Mahathir ni akhlak baik ke tak??

Kenyataan Azmin tidak cerminkan akhlak yang baik - Muhyiddin

KOTA KINABALU 4 Okt. - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tindakan calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali yang menggambarkan Tun Dr. Mahathir Mohamad 'tersungkur' sebagai tidak wajar dan tidak mencerminkan nilai akhlak yang baik sebagai seorang pemimpin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kenyataan Azmin terhadap bekas Perdana Menteri itu juga menunjukkan kepimpinan PKR mengetepikan nilai kemanusiaan dan amat bercanggah dengan adab sopan rakyat negara ini.

"Kenyataan itu sebenarnya bercanggah dan tidak seharusnya timbul kerana kita patut menghormati (bekas Perdana Menteri), tak tahulah kalau itulah nilai kepimpinan PKR yang tak mahu beri penghormatan.

"(Tindakan mereka) hanya untuk kepentingan politik sahaja.., kalau dilihat (dari) sudut politik, (mereka) boleh menghalalkan segala-galanya.

"Tetapi kita sebagai manusia, ada nilai, ada akhlak, ada moral dan ada penghormatan serta penilaian sewajarnya diberikan kepada seorang negarawan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Pelancongan Sedunia di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman; Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen; Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Masidi Manjun dan Setiausaha Agung Pertubuhan Pelancongan Sedunia Bangsa-Bangsa Bersatu (UNWTO), Talib Rifai.

Semalam ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PKR Cabang Gombak, Azmin menyifatkan Dr. Mahathir yang sedang menerima rawatan di Melbourne, Australia sebagai pemimpin yang sedang 'tersungkur' di negara itu.

Beliau yang juga Naib Presiden PKR berkata, beliau memberi sindiran itu kerana kedegilan bekas Perdana Menteri yang bersekongkol dengan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang didakwa memperjuangkan agenda perkauman sempit.

Sementara itu, menurut Muhyiddin, sebagai negarawan ulung yang banyak berjasa kepada negara, semua pihak harus menghormati bekas Perdana Menteri itu.

Malah katanya, semua pihak juga seharusnya sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kesihatan Dr. Mahathir.

"Tun Mahathir adalah seorang negarawan ulung yang sudah banyak berjasa kepada negara, apa pun pandangan beliau mengenai pelbagai perkara, kita sebagai rakyat mesti memberi penghormatan.

"Kita seluruh rakyat Malaysia mendoakan supaya beliau cepat sembuh dan dapat balik semula bagi beri khidmat kepada negara dalam kapasitinya sebagai bekas Perdana Menteri," ujarnya

Tiada ulasan: