Justice For All |
- Ku Li Tak Terima Tawaran Muhyiddin & UMNO??
- Alhamdulilah..Hukum ALLAAH Benar-Benar Dijalankan Di Acheh
- Krisis DAP : Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran Nak Letak Jawatan
- Mugilan Bubar GAS
- Gempar!! Rakaman Suara Ahli Parlimen UMNO Pasir Salak Bergaduh Dengan Pemandu
- Kes Pembunuhan Sosilawati : KPN Baru Akui Susah Nak Dakwa Suspek
- Ku Li Calon PRK Galas : Muhyiddin Ampu Atau Nak Kuburkan Ku Li??
- Rosmah Giler!! Nak Buat Pusat Perlindungan Ala Sekolah Mengandung
- Mahkamah India Hina Islam Dengan Berpihak Kepada Hindu Dalam Pembahagian Masjid Babri
- Lelaki Sudan Yang Bunuh Kanak-Kanak 3 Tahun Hanya Belajar 6 Bulan Sahaja
| Ku Li Tak Terima Tawaran Muhyiddin & UMNO?? Posted: 01 Oct 2010 08:22 PM PDT Ku Li Nafi Terima Pelantikan Umno-BN, Tamparan Buat TPM KUALA LUMPUR 1 OKT: Ketika pimpinan Umno Barisan Nasional (BN) beriya-iya mencanang persetujuan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Pengarah Pilihan Raya Umno-BN Bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Ahli Parlimen Gua Musang itu menafikannya. Malah, sehari selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan persetujuan Tengku Razaleigh menyandang jawatan itu, Timbalan Presiden Umno turut mencadangkan beliau sebagai calon DUN Galas. "Rakan, rakan, saya tidak berkata ya ataupun tidak. Saya akan menjelaskan berhubung Galas apabila saya pulang ke Malaysia," katanya pada jam 6.35 waktu tempatan. Kenyataan ringkas itu adalah reaksi sulung Tengku Razaleigh yang kini berada di luar negara kerana melawat Queen's University di Belfast, Ireland, terhadap pelantikan kontroversi itu. Rentetan paparan twitter itu, bekas Presiden Semangat 46 yang dijadual pulang 9 Oktober ini, mendapat reaksi pengikut twitter yang bertanya: "Harap maaf Tengku, tetapi kenapa TPM asyik berkata bahawa anda telah persetujui? Bukan sekali tetapi hampir setiap hari." Tanpa memberi sebarang kata putus, Teng Razaleigh hanya berkata: "Itu, kita kena tanya beliau. Saya setakat ini belum membuat sebarang kenyataan." |
| Alhamdulilah..Hukum ALLAAH Benar-Benar Dijalankan Di Acheh Posted: 01 Oct 2010 07:33 PM PDT Kalau kat Malaysia haram ni, sudah tentu dah ramai kena sebat di khalayak ramai BANDA ACEH, Indonesia - Dua wanita dirotan di wilayah Aceh, Indonesia semalam kerana menjual makanan semasa bulan Ramadan, kata seorang pegawai. Ratusan orang berhimpun untuk melihat Murni Amris, 27, dirotan sebanyak tiga kali manakala Rukiah Abdullah, 22, menerima dua rotan di sebuah masjid di bandar Jantho, tenggara Banda Aceh. "Dua wanita itu ditemui menjual nasi di sebuah gerai pada waktu tengahari semasa Ramadan. Undang-undang syariah melarang makanan dijual semasa bulan puasa dalam Ramadan," kata seorang ketua polis syariah, Marzuki Abdullah. MURNI AMRIS dipimpin oleh seorang anggota polis sebelum dia dirotan semalam. Murni memiliki sebuah gerai makanan manakala Rukiah menjual nasi. Aceh yang terletak di utara Pulau Sumatera merupakan antara beberapa wilayah yang melaksanakan undang-undang syariah. Dalam bulan Ramadan, penganut Islam berpuasa dari awal pagi sehingga senja yang bermula pada Ogos dan berakhir awal September tahun ini. Turut dirotan ialah Fakhruddun Harun sebanyak lapan kali di pekarangan sebuah masjid di Aceh Besar kerana kesalahan berjudi. - Agensi |
| Krisis DAP : Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran Nak Letak Jawatan Posted: 01 Oct 2010 06:42 PM PDT Pergeseran dalam barisan kepimpinan DAP Perak telah mencetuskan khabar angin yang timbalan pengerusinya, M Kulasegaran akan meletak jawatannya di negeri itu. Dalam Twitternya, ahli parlimen Ipoh Barat dan timbalan pengerusi DAP kebangsan itu, menegaskan bahawa beliau akan mengumumkan "apa yang kurang" dalam kepimpinan Perak hari ini. Tulisannya dalam bahasa Inggeris itu bermaksud: "Baru saja tamat mesyuarat kepimpinan DAP di Ipoh. Hari yang sedih kerana saya akan mengumumkan "apa yang kurang" dalam kepimpinan DAP Perak kepimpinan hari ini". Kulasegaran membayangkan kemungkinan melepaskan jawatan di peringkat negeri, tetapi menegaskan beliau masih ahli parti itu. Menurutnya, beliau tidak berniat untuk meninggalkan DAP tetapi menimbang kemungkinan meletak jawatan di peringkat negeri. "Cukuplah. Dalam sidang akhbar esok, saya akan menjelaskan semua, " tulis Kulasegeran dalam Twitternya pada jam 12.45 pagi - beberapa jam selepas Twitter awal. ' Bagaimanapun, menurut satu sumber, Kulasegaran nampaknya telah mengubah fikirannya selepas dipujuk oleh beberapa pemimpin pusat DAP. Bagaimanapun, beliau dijangka meneruskan hasratnya untuk mengadakan sidang akhbar itu pada jam 10.30 pagi ini di ibupejabat DAP Perak untuk memperjelaskan apa yang berlaku semalam. |
| Posted: 01 Oct 2010 06:14 AM PDT Mugilan bubar GAS selepas Samy Vellu umum letak jawatan KUALA LUMPUR: Pengasas Gerakan Anti Samy Vellu (GAS), V Mugilan hari ini membubarkan secara rasmi gerakan tersebut selepas yakin Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu akan mengotakan janjinya untuk meletak jawatan pada Januari tahun depan. Mugilan berkata, beliau menghormati keputusan yang diambil Samy Vellu dan percaya janji itu akan dikotakan. "Saya (Mugilan) secara rasmi membubarkan GAS pada hari ini kerana berjaya dalam misi mendesak beliau (Samy Vellu) berundur. Saya menghormati keputusan beliau dan percaya beliau akan berundur pada Januari 2011," katanya. Bercakap pada sidang media di sini, hari ini, bekas Timbalan Ketua Pemuda MIC itu yang dipecat selepas mendesak Samy Vellu meletak jawatan pada Mei lalu, berkata GAS tidak akan mengadakan sebarang jamuan untuk meraikan keputusan Samy Vellu itu. Mugilan juga berkata, beliau percaya kepimpinan baru MIC di bawah timbalan presiden sekarang yang juga Timbalan Menteri Perladangan, Perusahaan dan Komoditi, Datuk G Palanivel mampu membawa pembaharuan kepada parti. Samy vellu turut mengumumkan Palanivel akan menggantikannya. "Saya mempunyai kepercayaan tinggi terhadap kepimpinan beliau (Palanivel) kerana saya pernah berkhidmat di bawah kepimpinan beliau selama 10 tahun sebagai Ketua Pemuda bahagian Hulu Selangor," tambah Mugilan. Turut hadir pada sidang media itu ialah K P Samy and G Kumar Amaan, dua ahli Jawatankuasa Kerja Pusat yang turut dipecat selepas menyertai Mugilan dalam GAS. Mugilan juga berkata, selepas melepas jawatannya, Samy Vellu tidak wajar lagi mencampuri segala urusan berkaitan MIC bagi membolehkan muka baru membawa perubahan kepada masa depan parti tersebut. "Selepas keluar dari MIC, beliau (Samy Vellu) tidak boleh lagi mencampuri urusan MIC dan AIMST khususnya dan beliau patut meletak jawatan sebagai pengerusi AIMST (Asian Institut of Medicine, Science and Technology University) dan MIED (Maju Institute of Educational Development. "Beliau perlu menghormati pemimpin baru yang menggantikan beliau dan memberi kepercayaan kepada presiden baru untuk membawa parti ke arah masa depan yang cemerlang," katanya. Mugilan juga berkata ketiga-tiga mereka iaitu beliau, K P Samy dan Kumar Amaan bersedia menubuhkan sebuah badan baru jika presiden baru gagal membantu komuniti India. - BERNAMA |
| Gempar!! Rakaman Suara Ahli Parlimen UMNO Pasir Salak Bergaduh Dengan Pemandu Posted: 01 Oct 2010 04:58 AM PDT Apalah pemimpin UMNO ini. Samseng tak tentu pasal. Heret je mamak songkok senget ni ke mahkamah. Main pukul je orang biasa. Salah jalan pun dipukulnya. Lainkali gunalah gps, bukannya main pukul je pemandu. Pemandu pun manusia juga.. [HD] KUALA LUMPUR, 1 Okt: Kisah Pengerusi Felcra, Datuk Tajudin Abdul Rahman, bergaduh dengan seorang pemandunya di hadapan lebih 400 warga Felcra pada 3 Mei lalu kini tersebar luas dan mendapat perhatian ramai. Ia menarik perhatian kerana kecaman Tajuddin terhadap bekas pemandunya yang juga seorang kakitangan Felcra berlaku di majlis yang berlangsung pada 3 Mei di Ibu pejabat Felcra, Jalan Rejang Setapak Jaya lalu di jawab secara berdepan oleh pemandu berkenaan. Hasilnya, 15 minit pertama perhimpunan warga Felcra itu menjadi tempat melepaskan geram Tajudin kepada pemandu berkenaan. Harakahdaily yelah mendapat audio rakaman pertembungan berkenaaan. Berita awal mengenai hal ini telah disiarkan dalam akhbar politik Siasah keluaran hari ini. "Mana dia, hari ini ada dia datang...mana dia," tanya Tajudin di perhimpunan itu. Orang ramai yang menyertai perhimpunan itu menjawab,"Ada...dia ada." "Saya yang buat laporan polis," kata pemandu berkenaan yang tampil ke depan di majalis perhimpunan itu. "Mana dia laporan polis itu," tanya Tajudin. "Mana dia tanda kena pukul," tanya Tajudin bertalu-talu. "Ada, ini dia," kata pemandu itu. "Mari sini," kata Tajudin..."Biarkan perkara ini diselesaikan di sini...mana dia tanda kena pukul itu...mana....mana," tekan Tajudin. "Mana ada...dah lama," sampuk satu suara yang kedengaran dari rakaman itu. "Kenapa polis tak datang sampai hari ini...kenapa tidak ada sebarang tindakan (terhadap dia)," tekan Tajudin lagi. Ekoran itu, pemandu berkenaan tampil ke depan di majlis itu dan kedengaran berkata:- "Majlis rasmi start pukul lapan, Datuk keluar rumah 9.05 malam....satu jam lewat...Datuk tahu saya orang baru. Dia tunjuk jalan, masuk kiri masuk kanan sampai jumpa jalan mati," kata pemandu itu diiringi tepukan kakitangan Felcra yang hadir di majlis itu. Ekoran itu, ia telah menaikkan darah Tajuddin dan berkata, "Saya tidak minta tepuk...tak perlu tepuk, ini bukan majlis politik," dengan nada marah. "Saya minta ambil tindakan mahkamah hari ini juga,....kenapa selepas enam bulan tidak ada tindakan," kata Tajuddin marah dan mengarahkan peguamnya mengambil tindakan terhadap pemandu berkenaan kerana memalukannya. "Dia kata dia hormat tetapi dia buat laporan polis. Saya sabar hampir beberapa bulan kerana saya fikir dia budak tidak perlu ambil tindakan. Tetapi hari dia nak tunjukkan dia benar, saya tak takut," kata Tajudin. Menurut sumber Harakahdaily, peristiwa yang membawa pergaduhan secara berdepan di hadapan kakitangan Ibu Pejabat Felcra ini berlaku pada 21 Oktober 2009 lagi. Ketika itu, dua pemandu Tajudin yang juga anggota Parlimen Pasir Salak tidak dapat membawanya kerana seorang sakit dan seorang lagi terpaksa cuti secara tergesa-gesa. Pemandu ini telah diarahkan membawa Tajudin ke satu majlis di rumah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin di Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur. Namun, mereka tidak jumpa rumah berkenaan. Tajudin menyalahkan pemandunya dan memukul kepala pemandunya dan mengambilalih stering kereta. Ekoran pukulan itu, pemandu itu membuat laporan polis pada keesokan harinya (22 Oktober) di Balai Polis Johor Bahru Central, Johor. Ekoran kejadian di ibu pejabat Felcra pada 3 Mei itu, pemandu berkenaan dikatakan telah membuat sekali lagi laporan polis iaitu pada 4 Mei sehari selepas keajadian itu. Laporan kali ini dibuat di Balai Polis Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Dalam majlis pada 3 Mei itu, Tajudin yang berucap di majlis itu marah-marah kerana pemandu berkenaan telah membuat laporan polis kononnya dia telah dipukul kira-kira enam bulan sebelum itu. "Ada laporan kata, saya pukul driver saya....seluruh orang di Perak pun tahu. Kononnya supaya menteri ke, perdana menteri ke tidak dengar cakap saya, dengar cakap dia," mula Tajudin mengaitkan isu ini dalam ucapannya itu. "Budak driver ini bawa saya pada satu malam nak pergi rumah Tan Sri Muhyidin...ada dalam blog pun...pembangkang gunalah ini, kita dok bagi buahnya," kata Tajudin. "Nak pergi rumah Tan Sri Muhyidin, dia tak tau jalan...pusing-pusing, dekat satu jam...aik bila nak sampai, majlis nak habis dah...nak suruh saya senyum je dalam motokar...siang tadi kamu tidak pergi recky, mana rumahnya, senang kita nak pergi. Sudahnya saya pula ambil stering bawa dia, dia jadi bos..kita pula jadi diriver dia, hotlah kita," Tajudin memulakan serangannya kepada drivernya itu dalam perhimpunan bulanan yang disertai oleh semua kakitangan ibu pejabat Felcra termasuk semua pegawai kanannya. Di majlis itu, Tajudin yang akan tamat kontraknya pertengahan Oktober depan turut memperkenalkan CEO baru Felcra Berhad. "Esoknya, dia boleh berani pergi buat laporan polis dan dakwa dia kena pukul...tak ada tanda pun," kata Tajudin. Ekoran itulah, pemandu Felcra itu bangun dan memberikan penjelasan di majlis itu dengan di sambut tepukan gemuruh perserta perhimpunan bulanan di Auditorium Felcra Berhad itu. Bahagian 1 Bahagian 2 |
| Kes Pembunuhan Sosilawati : KPN Baru Akui Susah Nak Dakwa Suspek Posted: 01 Oct 2010 03:44 AM PDT Memang susah sekarang nak dakwa pembunuh, sebab pembunuh dah pandai hapus bukti. Belajar dari kes Althanthuya. Nak letup takde C4, sebab itulah hanya bakar je. Pastu buang kat dalam sungai. Biar abu-abu tu mengalir entah ke mana-mana. Penjenayah bijak hapuskan bukti KUALA LUMPUR – Kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga yang lain, digambarkan sebagai trend bunuh yang banyak berubah berbanding dahulu. Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, kes bunuh dahulu dengan sekarang banyak perbezaan dari segi kaedah perlaksanaannya, kerana penjenayah kini semakin bijak menghapuskan bukti kejadian. "Jika dahulu, penjenayah hanya menikam mangsa untuk membunuh tetapi, trend itu telah berubah. "Sebagai contohnya kes membabitkan Sosilawati. Kita hadir di situ (ladang milik suspek utama di Ladang Gadong, Tanjung Sepat) bukan untuk berseronok tetapi untuk melakukan siasatan," katanya ketika memberi penerangan berhubung konsep 4P di Bukit Aman, semalam. Katanya, cara pembunuhan yang semakin rumit untuk dirungkaikan itu memerlukan siasatan yang lebih teliti bagi memastikan penjenayah itu dapat dihadapkan ke muka pengadilan. Sosilawati yang merupakan pengasas produk Nouvelles Visages bersama pembantu peribadinya, Kamaruddin Shansudin, 44, peguam peribadi Ahmad Kamil Abd Karim, 32, dan pegawai CIMB, Noorhisham Mohammad, 38, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu. Suspek mengakui mengikat, memukul, membunuh dan membakar kesemua mangsa, sebelum abunya dibuang ke laut. Suspek utama berusia 41 tahun yang ditahan juga dikaitkan dengan kes lain membabitkan saudagar batu permata dari India, Alall Kanthan Muthuraja, seorang kontraktor dari Kedah, Shafik Abdullah, 37, dan rakannya. "Kita sedang menyiapkan kertas siasatan dengan secepat dan sebaik mungkin. Kita jangka dalam tempoh masa terdekat," katanya pada sidang media selepas majlis penerangan 4P tersebut. |
| Ku Li Calon PRK Galas : Muhyiddin Ampu Atau Nak Kuburkan Ku Li?? Posted: 01 Oct 2010 03:03 AM PDT ![]() Kah..kah..haritu lantik Ku Li jadi Pengarah Pilihanraya UMNO. Kali ini nak angkat ku Li jadi calon pula. Nampak macam terdesak je UMNO nak menang. Kitar calon lama macam Bagan Pinang, kitar si Isa Samad Roswah. Memang UMNO lihat PRK Galas sebagai medan tempur terbaik untuk tunjuk pada rakyat, kononnya UMNO kembali disokong oleh rakyat. Dan prk Galas, mungkin PRK terakhir sebelum PRU ke 13 nanti (sebab selepas tarikh 8 Mac 2011, PRK tak boleh diadakan kerana parlimen hanya berbaki 2 tahun sahaja). Sebab UMNO timbul cadangan pelik-pelik. Dan yang cadangkan tu bukannya JKKK, tapi Timbalan Perdana Menteri. Nawaitu hanya satu, untuk menang PRK. Kalaulah Ku Li tewas..tentulah masa depan politiknya akan berkubur. Muhyiddin Cadang Ku Li Tanding DUN Galas PUTRAJAYA, 1 OKT : Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendahului ketuanya selaku Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak apabila mencadangkan Ahli Parlimen Gua Musang, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah sebagai calon PilihanRaya Kecil (PRK) Galas. Beliau menganggap Tengku Razaleigh adalah calon terbaik untuk merampas semula kerusi DUN Galas yang kosong berikutan kematian penyandangnya, Che Hashim Sulaima i Isnin lalu. "Saya tidak ragu-ragu bahawa Tengku Razaleigh adalah calon terbaik," kata Muhyiddin yang sedia 'berbincang' sama ada terdapat kemungkinan calon lain untuk diketengahkan. Tengku Razaleigh dijangka kembali dari luar negera pada 9 Oktober. Muhyiddin juga yakin pelantikan Tengku Razaleigh sebagai Pengarah PRK Umno Barisan Nasional (BN) Bagi DUN Galas adalah langkah tepat untuk mengembalikan kerusi itu dari tangan Pas. "Saya percaya langkah kami benar ... Tengku Razaleigh adalah pemimpin Umnoyang mempunyai banyak pengalaman dan pengaruh, "katanya percaya Tengku Razaleigh dipandang tinggi masyarakat Melayu, Cina dan India di sana. |
| Rosmah Giler!! Nak Buat Pusat Perlindungan Ala Sekolah Mengandung Posted: 01 Oct 2010 02:26 AM PDT Rosmah bodoh. Maaflah cakap kasar petang-petang ni. Iyalah, tengoklah cadangannya yang terbaru nak tubuh pusat bersepadu bantu remaja hamil. Ala-ala sekolah mengandung Ali rustam. Ini cadangan gila. Woooi Rosmah, ngko ni sembah ALLAH ke tak? Bukankah Allah dah sebut bahawa salah satu langkah pencegahan ialah larangan menghampiri zina. Dan jika berzina kena hukum hudud. Jika buang bayi kena takzir. Dan jika bayi tu mati, mak bapak kena qisas. Ini yang sepatutnya. Bukannya pergi tiru apa yang kafir Belgium buat. Memang Roswah manusia paling jahat kat muka bumi ini. Kalaulah Najib ikut, sah-sah dua-dua jahat. Cadangan tubuh pusat bersepadu bantu remaja hamil KUALA LUMPUR 1 Okt. - Datin Seri Rosmah Mansor hari ini mencadangkan kerajaan untuk menubuhkan pusat bersepadu bagi membantu golongan remaja perempuan yang melahirkan bayi tanpa berkahwin. Isteri Perdana Menteri berkata, pusat itu diperlukan di negara ini berikutan kes pembuangan bayi yang kian meningkat. Sehubungan itu, katanya beliau akan melawat "Centre of Integrated Family Welfare" di Brussels, Belgium semasa mengiringi Datuk Seri Najib Tun Razak, yang mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak Mesyuarat Asia-Eropah (ASEM) Kelapan di Brussels selama dua hari bermula Isnin ini. "Lawatan itu akan membolehkan saya mengetahui cara dan langkah sewajarnya untuk mengelakkan berlakunya pembuangan bayi," katanya pada sidang media selepas melancarkan buku bertajuk "Perkembangan Majlis Kebajikan Kanak-kanak Malaysia 1978" yang diterbitkan Majlis Kebajikan Kanak-Kanak Malaysia (MKKM) di sini, hari ini. Beliau berkata pusat itu, yang ditubuhkan di bawah kerajaan Belgium, bertujuan untuk mendekatkan lagi perhubungan ibu dengan anak di mana remaja yang tidak berkahwin ini akan diberikan latihan bagi menjalankan kehidupan seperti biasa. - Bernama |
| Mahkamah India Hina Islam Dengan Berpihak Kepada Hindu Dalam Pembahagian Masjid Babri Posted: 30 Sep 2010 09:45 PM PDT ![]() Ini sudah melampau ni. Dahla tapak asal masjid dipecahkan dua. Pastu hindu dapat 2/3m tanah tu. Sementara islam hanya dapat 1/3 sahaja. Kita doakan ALLAH turunkan bala kat india masa sukan komanwel dua hari lagi.. Mahkamah putuskan tapak masjid Babri dibahagi dua NEW DELHI – Sebuah mahkamah India semalam memutuskan tapak Masjid Babri abad ke-16 di Ayodhya dibahagi dua dengan dua pertiga menjadi milik penganut Hindu dan satu pertiga untuk masyarakat Islam. Keputusan mahkamah itu disiarkan oleh stesen televisyen di negara itu. "Semua tiga pihak iaitu Muslim, Hindu dan Nirmhoi Akhara (pertubuhan agama Hindu) diisytiharkan pemegang bersama hartanah dalam perbalahan itu," kata Hakim S. U Khan dalam satu penghakiman yang disiarkan di laman web Mahkamah Tinggi Allahabad. Masjid Babri yang dibina pada kurun ke-16 itu dimusnahkan penduduk Hindu pada 1992 sehingga mencetuskan rusuhan terburuk di India sehingga mengakibatkan 2,000 orang terbunuh. Lebih 200,000 anggota polis dikerah di seluruh India semalam bagi membuat rondaan dan kawalan sebelum mahkamah membuat penghakiman. Peguam Jawatankuasa Bertindak Masjid Babri, Zafaryab Jilani berkata, pihaknya akan membuat rayuan berhubung penghakiman itu. "Kami tidak menerima formula satu pertiga itu dan kami akan (mengemukakan rayuan) ke Mahkamah Agung," katanya. – Agensi Video dan gambar kemusnahan Masjid Babri pada 6 Disember 1992 dahulu.. ![]()
|
| Lelaki Sudan Yang Bunuh Kanak-Kanak 3 Tahun Hanya Belajar 6 Bulan Sahaja Posted: 30 Sep 2010 09:00 PM PDT Tertuduh hanya belajar kurang enam bulan SHAH ALAM: Seorang pegawai penyiasat memberitahu Mahkamah Tinggi, di sini, semalam, lelaki Sudan yang dituduh membunuh anak teman wanitanya, Aaliyah Ayman Hussin Abdullah, 3, hanya sempat melanjutkan pelajaran kurang enam bulan di sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) tempatan. Asisten Superintendan Mardina Saari, 29, dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, berkata ia hasil maklumat yang didapati berdasarkan rekod tertuduh, Mohannad Taha Ismail, 25, yang diterimanya daripada pihak pentadbiran universiti itu. Bagaimanapun, saksi pendakwaan ketujuh itu berkata, dia tidak dapat memastikan status sebenar sejak bila lelaki berkenaan memulakan pengajian dalam kursus peringkat ijazah dalam bidang perniagaan antarabangsa pada Februari 2008. "Saya tidak pasti sama ada dia kandas pengajian. Dalam rekod yang saya peroleh, ia tidak menyatakan sama ada Mohannad Taha menamatkan pengajian.
"Ia hanya mengatakan tertuduh meninggalkan pengajian pada Jun 2008," katanya ketika memberi keterangan dalam perbicaraan Mohannad Taha yang dituduh membunuh Aaliyah.
Tertuduh didakwa membunuh kanak-kanak itu di rumah sewa yang diduduki bersama ibu mangsa, Ellina Maulad Mahather, 25, di Kondominum Venice Hill di Cheras, dekat sini, antara 7.30 dan 8.30 malam, pada 12 Oktober 2009.
Bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Pada prosiding semalam, peguam bela mewakili tertuduh, J Kuldeep Kumar mengemukakan bantahan apabila Timbalan Pendakwa Raya, Alfred Egin memohon supaya rekod tertuduh yang diperoleh dari pentadbiran universiti ditandakan sebagai bahan bukti.
Kuldeep berkata, pendakwaan seharusnya mengikut prosedur yang betul dengan memanggil pihak pentadbiran IPTS itu dan bukannya bergantung kepada salinan yang diperoleh pegawai penyiasat dalam kes itu.
Hakim Datuk Abdul Alim Abdullah kemudian mencelah dengan tiada keperluan untuk memanggil pihak universiti kerana dokumen itu dalam salinan cetakan komputer.
Perbicaraan bersambung hari ini. |
| You are subscribed to email updates from Justice For All To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |












.jpg)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan