Khamis, 28 Oktober 2010

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Mereka Menunggang Basikal untuk Tunai Haji. Sanggupkah Kita?

Posted: 28 Oct 2010 08:45 AM PDT

Semangat dua pemuda Muslim yang berasal dari Afrika Selatan untuk menunaikan Rukun Islam ke-5 patut dicontohi. Mereka menempuh perjalanan dari Afrika Selatan ke tanah suci dengan menunggang basikal. Percaya atau tidak?

Ternyata, kedua-dua pemuda itu kini sudah berada di tanah suci. Nathim Caimcross, 28 dan Imtiyaz Ahmad Harun, 25, mendedahkan kegembiraan mereka setelah masuk ke kota Tabuk, sempadan negara Arab Saudi.

"Akhirnya kami berjaya mencapai impian untuk menunaikan ibadah haji pada tahun ini," kata kedua-dua pemuda ini.

Caimcross, yang bekerja di kota Cape Town mendedahkan bahawa menunggang basikal dari Cape Town ke Arab Saudi amat memenatkan.

"Kami memilih berangkat ke Makkah dengan cara ini agar kami benar-benar dapat merasakan pengalaman suka duka menunaikan ibadah haji," ujarnya.

Caimcross dan Harun berangkat dari Afrika Selatan pada 7 Februari lalu. Mereka berbasikal menyusuri negara Afrika, seperti Bostwana, Zimbabwe, Mozambique, Malawi, Tanzania, Kenya, Turki, Syria dan Jordan sebelum sampai ke sempadan Arab Saudi.

"Ini haji pertama kami. Kami boleh saja menaiki kapa terbang tetapi cara begini adalah impian kami. Kami mahu menunaikan haji dengan cara yang berbeza. Kami memilih basikal, kerana kami berdua memang suka berbasikal," ujar Caimcross.

Setiap hari, kedua-dua pemuda itu berbasikal sejauh 80 hingga 100 kilometer. Mereka berehat di masjid atau mendirikan khemah pada malam hari, kemudian meneruskan perjalanan setelah selesai solat Subuh.

"Di setiap tempat yang kami lewati, masyarakat di kawasan itu memberikan sambutan dan bantuan, tambah-tambah pula selepas mereka mengetahui  bahawa kami dalam perjalanan untuk menunaikan ibadah haji. Soal makanan, tidak ada masalah kerana banyak orang yang menawarkan makanan kepada kami," tutur Caimcross.

Semasa dalam perjalanan, mereka juga kadang kala melewati kawasan muka bumi yang sulit untuk dilalui seperti kawasan pergunungan yang memerlukan tenaga tambahan untuk mengayuh pedal basikal. Kendala lain adalah perbezaan bahasa.

Caimcross juga mengungkapkan rasa terharunya kerana banyak orang yang menawarkan bantuan berupa wang dan memberikan apa-apa yang diperlukan oleh mereka.

Secara keseluruhan Caimcross dan Harun melakukan perjalanan selama hampir 9 bulan, melewati 9 negara, dan selama perjalanan mereka tidak mengalami persoalan serius.

"Perkara yang sering kami lakukan ialah menukar tayar dan membetulkan rantai pedal," ujar kedua pemuda itu.

Caimcross berkata, perjalanan haji dengan berbasikal memberikan mereka banyak kesempatan untuk berinteraksi dengan banyak orang dan kesempatan itu digunakan untuk berdakwah.

Caimcross dan Harun merupakan mahasiswa jurusan syariah Islam. Kedua-duanya masih belum berkahwin

Setelah melaksanakan haji, mereka akan kembali ke Cape Town, Afrika Selatan juga dengan berbasikal. Bukankah semangat mereka begitu mengagumkan?

Sanggupkah kita berbuat demikian?

Sumber di sini.

Akibat Menolak Cinta Lelaki Lahanat!

Posted: 28 Oct 2010 06:30 AM PDT

Saya petik:
[HM] GEORGETOWN: "Pada malam kejadian, lelaki itu datang dengan menunggang motosikal dan secara tiba-tiba dia menyimbah 'air' ke muka saya sambil mengejek, 'padan muka hang' sebelum beredar.

"Saya tersentak dan terkejut apabila muka dan badan menjadi sejuk seketika sebelum bertukar panas, selain seluruh kulit bertukar menjadi hitam seakan-akan terbakar dan membengkak," kata seorang gadis yang parah akibat disimbah cuka getah di Taman Cenderawasih, Seberang Prai Selatan (SPS), 17 Oktober lalu.

Gadis berusia 21 tahun itu yang hanya mahu dikenali sebagai Ain, mendakwa menjadi mangsa balas dendam selepas menolak cinta lelaki terbabit.

Berikutan kejadian itu, hasratnya untuk mengikat tali pertunangan pada Aidiladha ini mungkin tidak kesampaian apabila hampir 70 peratus muka, tangan dan badannya melecur teruk.

Ain berkata, sebelum kejadian, dia bersama ibunya berada di rumah neneknya.

Ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya tidak jauh dari situ, kira-kira jam 11 malam, dia terdengar bunyi deruman enjin motosikal yang tiba-tiba berhenti berhampirannya sebelum seorang lelaki tiba-tiba menyimbah cuka getah ke arahnya.

Katanya, dia mengenali lelaki itu kerana sudah beberapa kali menyatakan hasrat untuk berkenalan tetapi ditolaknya secara baik.

"Sudah beberapa kali saya beritahu mempunyai teman lelaki, namun dia tidak dapat menerimanya. Malah, dia pernah mengekori saya setiap kali pergi dan balik kerja sehinggalah saya berhenti bekerja di kilang, Julai lalu.

"Saya ketika itu menjadi kerani mengenali lelaki berusia 26 tahun berkenaan yang menjadi operator di kilang sama di Nibong Tebal, April lalu. Dia pernah meluahkan perasaan cinta serta sayang kepada saya, tapi saya tak dapat menerimanya kerana bakal bertunang, bulan depan," katanya ketika ditemui di Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini, semalam.

Ain berkata, pada malam sebelum kejadian, lelaki itu ada menelefon kerana mahu menemuinya tetapi dia menolak dengan baik dan tidak menyangka lelaki berkenaan sanggup bertindak sekejam itu, sekali gus memusnahkan masa depannya.

"Sejurus disimbah cuka getah, saya berlari ke rumah ibu tidak jauh dari rumah nenek untuk meminta bantuan lalu dihantar ke Hospital Sungai Bakap sebelum dipindahkan ke HPP untuk rawatan lanjut," katanya.

Berikutan itu, dia berharap lelaki terbabit dikenakan tindakan sewajarnya berikutan kesengsaraan dialaminya dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis.

Keluarga mangsa yang enggan dikenali berkata, kejadian itu mengejutkan mereka sekeluarga kerana tidak menyangka lelaki terbabit akan bertindak sekejam itu.

Sementara itu, Ketua Polis Seberang Prai Selatan (SPS), Superintendan Shafien Mamat berkata, pihaknya menahan suspek yang bekerja sebagai kelindan lori di rumahnya pada 20 Oktober lalu....- Rudy Syareme Sheriffudin dan Mohamad Danial Mohamad Saad

Tanah Melayu di Pulau Pinang Tinggal 20.41%. Salah DAP yang Memerintah PP Selama 3 Tahun?

Posted: 28 Oct 2010 05:00 AM PDT


DAP memerintah Pulau Pinang lebih kurang 3 tahun. Gerakan dan UMCO memerintah Pulau Pinang sejak negara mencapai kemerdekaan daripada British. Lebih kurang 50 tahun.

Salah siapa tanah Melayu di Pulau Pinang dan Seberang Perai kini hanya tinggal sekitar 20.41%?

Jangan tiba-tiba pihak tertentu menjadi bodoh dalam membuat pertimbangan dan pandangan dalam hal ini. Adakah DAP dengan begitu rakus merampas tanah orang Melayu dalam tempoh 3 tahun?

Selain pemerintah yang diberi kuasa dan mempunyai akses dalam hal ini, saya berpendapat orang Melayu wajar menyalahkan diri sendiri. Banyak orang Melayu yang kemaruk menjual tanah. Pantang ditawarkan harga yang tinggi, mudah benar mata mereka menjadi putih, mudah benar mereka hilang pertimbangan. Tanah orang Melayu tidak akan berpindah tangan jika mereka tidak menjualnya atau pemimpin yang dipertanggungjawab "menyerahkannya" kepada pihak tertentu.

Bercakap soal kemaruk menjual tanah, ingat kisah kemaruk orang Melayu menjual tanah di kawasan yang terletak di dalam dan bersebelahan dengan Wilayah Iskandar Johor suatu ketika dahulu? Yang malangnya, ejen atau pembeli tanah itu pula menjual tanah itu dengan harga yang lebih tinggi kepada pembeli yang lain. Jika berlaku di Johor, adakah orang UMCO akan menyalahkan pembangkang? Pulau Batu Putih dan tanah KTMB terlepas kepada Singapura, adakah UMCO mahu menyalahkan pembangkang?

Jadi jika ada pihak mengaitkan pemilikan tanah orang Melayu yang begitu kritikal di Pulau Pinang dengan DAP, fikirlah dengan logik bukannya bercakap atas kepentingan politik atau sanggup membohongi diri dan berpura-pura menyalahkan orang lain.

Saya petik:
[SH] GEORGETOWN - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Betong, Muhamad Farid Saad mempertahankan tindakannya mendedahkan masalah tanah orang Melayu di Pulau Pinang bagi menyedarkan mereka daripada terus terlena.

Menurutnya, langkah tertentu perlu diambil bagai memastikan tanah yang ada tidak terus terlepas ke tangan orang lain yang mempunyai kuasa beli tinggi.

"Orang Melayu dihimpit dari pelbagai sudut sama ada oleh Kerajaan Negeri pimpinan DAP dan kuasa beli sektor swasta yang dikuasai kaum tertentu.

"Pelbagai polisi dan cara dilakukan untuk 'menghalau' atau meminggirkan orang Melayu dari tanah mereka sendiri.

"Orang Melayu menjual tanah yang ada kepada pemaju swasta kerana tawaran harga lumayan manakala penduduk berdekatan tidak mampu membeli rumah kerana harga di luar kemampuan mereka," katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Menurutnya, tuduhan Ketua Menteri, Lim Guan Eng bahawa beliau bersikap rasis dengan membangkitkan masalah itu pada Perhimpunan Agung UMNO di Kuala Lumpur minggu lalu adalah tidak berasas.

"Saya membuat kajian terperinci. Hasilnya saya dapati tanah milik orang Melayu di Daerah Timur Laut hanya 1.16 peratus, Balik Pulau (15.07 peratus), Seberang Perai Utara (44.20 peratus), Seberang Perai Tengah (23.55 peratus) dan Seberang Perai Selatan (18.09 peratus).

"Secara keseluruhannya tanah milik orang Melayu di Pulau Pinang dan Seberang Perai hanya 20.41 peratus sahaja,
" katanya.

Katanya, keadaan Melayu di Pulau Pinang kritikal adalah kerana kajian mendapati 7,000 orang akan kehilangan tempat tinggal kerana rumah mereka sekarang ini dibina di tanah milik orang lain seperti Kampung Jalan Pokok Asam, Kampung Binjai, Teluk Kumbar dan Bayan Lepas.

[Kemas Kini] PANAS: Doktor Kata Rektum Saiful Kosong? Ke Mana Pergi Tahinya?

Posted: 28 Oct 2010 12:37 AM PDT

Saiful sebelum ini memberitahu mahkamah bahawa dia tidak membuang air besar selama 2 hari kerana mahu menyimpan bukti. Namun ketika disoal balas, doktor memberitahu mahkamah bahawa rektum Saiful kosong.

Dua hari berlalu, namun rektumnya didapati kosong? Ke mana pergi "air mani" peliwatnya? Ke mana pergi tahinya? Kah kah kah kah!
 
Siapa yang tidak ikut skrip? Drama sudah tersasar daripada jalan cerita!

Saya petik:
[TMI] KUALA LUMPUR, 28 Okt — Pakar bedah Am Dr Razali Ibrahim yang memeriksa Mohd Saiful Bukhary Azlan untuk mengenal pasti kesan-kesan diliwat memberitahu mahkamah, beliau mendapati rektum pengadu itu "kosong."
"Rektum kelihatan kosong, jadi saya mencatatkan sebagai kosong," kata pegawai perubatan dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) ini ketika disoal balas oleh peguam pasukan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Sankara Nair.
Razali juga memberitahu, pemeriksaan dubur dijalankan pada 28 Jun 2008 bukan pemeriksaan klinikal yang pertama dikendalikan ke atas Saiful.
Disoal bertubi-tubi oleh Sankara, beliau yang kini berkhidmat dengan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) mengaku, bukan mudah untuk menjalankan pemeriksaan "proctoscopy" ke atas Saiful meskipun dengan menggunakan bahan pelincir.
Penggunaan sebarang instrumen secara tiba-tiba di dubur boleh menyebabkan kecederaan ke atas bahagian-bahagian yang sensitif, kata Razali.
Pada akhir Jun 2008, Saiful mengunjungi Hospital Pusrawi, pusat perubatan swasta, untuk pemeriksaan ekoran sakit di bahagian dubur sebelum dirujuk kepada HKL.
Laporan perubatan dari Pusrawi, yang bocor tahun lalu, mendedahkan bahawa Saiful tidak buang air besar selepas dia diliwat.
Semalam, Razali tegas dengan pendiriannya untuk tidak merujuk nota klinikal bagi menyegarkan ingatannya.
Walaupun diasak berulang kali oleh Karpal, Razali mendesak bahawa beliau tidak merujuk nota yang diambil semasa pemeriksaan perubatan ke atas Saiful selama tiga jam pada malam 28 Jun 2008.
Mahkamah Tinggi kemudian menolak permohonan lisan Karpal, yang mewakili Anwar, untuk mendapatkan nota mengenai sejarah dan pemeriksaan perubatan ke atas Saiful.
Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dalam penghakimannya berkata pasukan pembelaan tidak berhak mendapatkan nota-nota tersebut kerana ia tidak dirujuk oleh Razali dalam pemeriksaan utama oleh pihak pembelaan.
Anwar didakwa meliwat Mohd Saiful Bukhari, 25, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini, antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008. -Debra

Perbicaraan pagi tadi:

[MK] Tidak sampai dua minit, perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan bermula, ia terpaksa ditangguhkan seketika.

Tindakan itu bagi membolehkan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berbincang dengan pihak pendakwaan dan pembelaan di kamarnya.

Ini berikutan peguam bela utama, Karpal Singh yang ingin membuat hujahan bagi mendapatkan nota klinikal tiga doktor pakar Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Semalam mahkamah menolak permohonan berkenaan atas alasan pihak pembelaan tidak berhak dibekalkan nota-nota itu kerana saksi tidak pernah merujuk dokumen itu sewaktu pemeriksaan utama.

8.58am: Mahkamah mula bersidang dengan hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah mengambil tempatnya.

Doktor bedah am Hospital Kuala Lumpur - Dr Mohd Razali Ibrahim dipanggil ke kandang saksi.

9am: Karpal berkata beliau ingin mengemukakan semula sama ada hakim memahami apa yang dituntut oleh pihak pembelaan semalam - iaitu nota klinikal perubatan.

Katanya, kekeliruan penghakiman mungkin mengakibatkan salah faham berhubung apa yang dituntut oleh pihak pembelaan sebenarnya.

"Apa yang kami mahu adalah nota klinikal. Laporan awal perubatan bukan satu isu."

Hakim Zabidin berkata keputusannya semalam adalah jelas. Beliau kemudiannya mengarahkan kedua-dua pihak untuk mengadakan perbincangan tertutup di kamarnya.
Mahkamah berehat seketika.

Terus diasak

9.05am: Ahli parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar masuk ke mahkamah dan duduk di galeri awam.

Masih terdapat banyak ruang kosong di mahkamah hari ini. Hanya terdapat kira-kira 40 orang. Kebanyakan wartawan asing dan penyokong Anwar yang biasanya hadir tidak kelihatan.

9.23am: Semua pihak yang terlibat keluar dari kamar hakim Zabidin.

9.26am: Mahkamah bersambung. 

9.27am: Karpal terus mengasak Dr Razali mengenai keberatannya untuk merujuk kepada nota perubatan.

9.31am: Mahkamah sekali lagi berehat apabila Karpal berkeras mengasak saksi bertubi-tubi mengenai perkara berkenaan.

Karpal membantah apabila pihak pendakwaan menuntut beliau supaya berhenti berbuat demikian. Sankara Nair, seorang lagi peguam bela bangkit dan bertanya mengapa pihak pendakwaan cuba menghalang peguam menyoal Dr Razali.

Karpal berkata beliau percaya apa yang Dr Razali tuturkan di mahkamah adalah berlainan dengan apa yang tercatit dalam nota klinikal.

Tangguh lagi

Hakim Zabidin meminta semua pihak terlibat sekali lagi ke kamarnya untuk berbincang - ini kali kedua pagi ini, mereka berbuat demikian.

9.55am: Semua pihak kembali ke mahkamah.

10.02am: Hakim Zabidin memasuki mahkamah. Perbicaraan disambung semula. 
10.10am: Karpal bertanyakan mengenai laporan perubatan bertarikh 13 Julai 2008. Beliau ingin tahu sama ada terdapat laporan yang dikemukakan oleh dua ahli kimia.

Dr Razali semalam memberi keterangan bahawa hanya terdapat satu laporan kimia.

10.20am: Dr Razali mengakui terdapat kesilapan dalam laporan terakhir berhubung wujudnya tiga laporan ahli kimia.

Satu daripada laporan kimia itu, PJ F atau 6334/08-2, tidak dinyatakan dalam laporan itu.

Menurut Karpal, that PJ F atau 6334/08-1 tidak diberikan kepada pihak pembelaan meskipun ia ditimbulkan dalam laporan terakhir itu.

10.25am: Mahkamah dihentikan seketika lagi - ini kali ketiga pagi ini. Kali ini bagi membolehkan pegawai mahkamah untuk menyemak laporan ahli kimia.

Peguam Cara II Negara, Datuk Yusof berkata pihak pendakwaan tidak bercadang untuk menenderkan laporan kimia 01, dan atas alasan itu ia tidak dibekalkan kepada pihak pembelaan.

10.52am: Perbicaraan masih belum diteruskan. Peguam Karpal dan Sankara sedang berbincang dengan Anwar di luar mahkamah.

11.06am: Karpal dan Yusof sekali lagi dilihat menuju ke kamar Hakim Zabidin bagi perbincangan di kamarnya.

11.22am: Perbicaraan bersambung semula. Karpal meneruskan soal-balas.
Pelincir digunakan

11.42am: Sankara Nair mengambil-alih daripada Karpal dan sedang memasang projektor LCD.
11.56am: Sankara Nair kemudian mengambil-alih daripada Karpal dan menyoal-balas Dr Razali.

12.02pm: Sankara bertanya kepada Dr Razali sama ada pelincir digunakan dalam tindakan meliwat yang didakwa oleh pengadu yang juga saksi utama, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Dr Razali berkata beliau difahamkan ada, tetapi mengakui tiada ujian dilakukan bagi menentukan pelincir digunakan. 
12.13pm: Sankara kemudian menyoal Dr Razali berhubung tabiat membuang air besar Saiful dan sama ada penting atau tidak bagi doktor mendapatkan penjelasan daripada mangsa berhubung perkara itu.

Dr Razali berkata ia bergantung kepada keadaan. Katanya, meskipun Saiful mengadu kesakitan di dubur, beliau tidak ingat sama ada kesakitan itu berterusan.

12.24pm: Dr Razali berkata dubur Saiful diperiksa semasa mangsa berbaring secara lateral pada sebelah kirinya.

"Kedua-dua lututnya diletakkan berdekatan dadanya supaya bahagian duburnya terdedah untuk diperiksa," katanya.

12.29pm: Menurut Dr Razali beliau mula-mula memeriksa bahagian perianal Saiful bagi mengambil beberapa calitan. Beliau kemudian memasukkan protoskop ke dubur Saiful untuk mengambil dua sampel - daripada bahagian atas dan bawah rektum.

12.44pm: Dr Razali mengakui bahawa dia tidak menyoal Saiful bahawa ada peralatan dimasukkan ke duburnya apabila dia diperiksa di hospital Pusrawi.

Beliau bersetuju dengan peguam bela ia bukan satu amalan yang baik.

1.10pm: Mahkamah berehat seketika dan akan perbicaraan akan bersambung pada jam 2 petang ini.
2pm: Apabila bersambung semula, mahkamah dimaklumkan perbicaraan akan ditangguhkan kepada jam 8.30 pagi esok.

Malaysia Nombor Berapa? Malu Nak Tunjuk? Takut Rakyat Tahu?

Posted: 28 Oct 2010 12:30 AM PDT


Saya sengaja mengimbas jadual yang disiarkan dalam Harian Metro ini dengan cara begini. Senget dan dalam hitam putih.

Kalau dilihat pada jadual di atas, kedudukan Malaysia tidak dinyatakan, walhal kedudukan negara lain ada dinyatakan. Jadual di atas hanya menyatakan kedudukan 10 negara teratas dan 10 negara terbawah. Mengapa akhbar ini tidak menyelitkan nama Malaysia dalam kumpulan "Lain-lain"? 

Bagi pembaca yang masih tidak tahu tentang kedudukan Malaysia yang sepatutnya dinyatakan dalam jadual di atas, sila rujuk di sini.

[Video] Pengembara Masa dalam Filem "Circus" Charlie Chaplin? Sila Tonton Video Ini

Posted: 27 Oct 2010 11:00 PM PDT


Banyak persoalan yang timbul. George Clark yang menimbulkan isu ini pun keliru dan tertanya-tanya tentang klip filem tersebut. Selain daripada laporan di bawah ini, sila tonton klip video yang disertakan untuk mendengar penjelasan dan persoalan yang ditimbulkan oleh George Clark serta melihat sendiri sebahagian daripada klip yang menimbulkan misteri ini.

Dalam banyak-banyak andaian dan teori, saya lebih percaya wanita/lelaki yang seolah-olah memegang telefon bimbit itu sebenarnya menutup mukanya apabila menyedari perngambaran filem sedang dijalankan.

Jika wanita itu berbual menggunakan telefon bimbit, dengan siapa dia berbual? Bolehkah pengembara masa berbual dengan orang yang berada pada masa lain? Jika teknologi itu sudah ada pada waktu itu, maka telefon bimbit sudah tentu wujud sejak dahulu lagi.

Mungkin wanita yang kelihatan dalam filem itu psiko? Siapa tahu?

Saya petik:
LONDON - Imej seorang wanita misteri dalam filem The Circus lakonan pelawak terkenal, mendiang Charlie Chaplin pada tahun 1928 mencetuskan misteri apabila dia dilihat berbual dengan menggunakan sebuah telefon bimbit bersaiz kecil di telinganya, lapor sebuah akhbar semalam.

Mungkinkah dia seorang yang genius yang sedang menguji teknologi baru secara rahsia sehingga dia tidak menyangka gelagatnya yang sedang berbual seorang diri dengan tangannya seperti memegang satu alat seperti telefon bimbit telah dirakamkan oleh kamera filem berkenaan.

Dalam imej itu, tiada sesiapa pun yang berada berhampiran dengannya melainkan seorang lelaki berpakaian sut yang berjalan di depannya.

Lebih menghairankan, lenggok tubuhnya ketika bercakap seorang diri kelihatan sama dengan gaya orang yang berbual menggunakan telefon bimbit.

Penemuan itu dikesan oleh pemilik koleksi filem lama, George Clark.

Sejak penemuan itu, dia menunjukkan filem tersebut kepada lebih 100 orang namun tiada siapa yang dapat memberikannya penerangan yang meyakinkan berhubung gelagat wanita berkenaan.

Ada yang berpendapat wanita itu mendengar sebuah radio kecil.

Individu lain berpendapat wanita itu menunjukkan tanda-tanda menghidap penyakit schizophrenia.

"Satu-satunya teori saya ialah wanita tersebut merupakan seorang pengembara masa yang menggunakan telefon bimbit," kata Clark yang turut meletakkan klip video tersebut di laman perkongsian video, YouTube.

Dalam laman YouTube itu, terdapat adegan gerak perlahan yang menunjukkan wanita itu seperti sedang bercakap menggunakan telefon bimbit semasa dia berjalan dan berhenti pada satu ketika. - Agensi

Videonya:

1 Gadis, 4 Lelaki: Seks Beramai-ramai Sambil Menghisap Dadah

Posted: 27 Oct 2010 06:30 PM PDT


Pakej lengkap untuk mendapat AIDS. Saya petik:
[Kosmo] JOHOR BAHRU - Melakukan seks beramai-ramai sambil menghisap dadah.

Itulah tindakan yang disyaki sering dilakukan oleh sekumpulan lima penagih dadah sebelum dicekup sepasukan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Cawangan Johor di sebuah pondok haram di Jalan Datuk Dalam di sini petang kelmarin.

Difahamkan, kesemua penagih dadah termasuk seorang wanita berusia 20-an sedang khayal ketika dicekup. Beberapa kondom terpakai juga ditemui bersepah di lantai pondok haram terbabit.

Malah, hasil pemeriksaan di pondok penagih terbabit turut menemui pelbagai pakaian yang disyaki disimpan penagih-penagih terbabit sebagai kemudahan untuk mereka menginap di situ.

Penolong Pegawai AADK Johor, Zulhilmi Ahmat berkata, kesemua penagih terbabit ditahan dalam Ops Res-Q selama tiga jam bermula pukul 3.30 petang kelmarin hasil maklumat orang ramai.

Turut ditemui ialah beberapa kad pengenalan, lesen memandu, kad-kad bank serta kad kredit dipercayai diperoleh daripada kegiatan ragut yang dilakukan oleh penagih-penagih terbabit.

Katanya, selain itu, beberapa dadah jenis heroin, morfin dan ganja juga ditemui.

"Pihak kami percaya pondok haram yang didirikan ini merupakan markas penagih-penagih dadah berkumpul untuk menghisap dadah selain melakukan aktiviti maksiat.
"Hasil siasatan juga mendapati pondok yang berdindingkan kayu serta beratap kain khemah itu dipercayai telah didirikan baru-baru ini," katanya semasa dihubungi semalam.

Apabila Baca Berita Ini Saya Tertanya-tanya: "Kaum India di Malaysia Ini Warganegara Mana?"

Posted: 27 Oct 2010 06:00 PM PDT


Salahkah kalau saya tertanya-tanya begitu apabila Utusan Malaysia menerbitkan berita dengan tajuk di bawah ini? Saya petik:

Kaum India: Manmohan tidak ragui layanan Malaysia

[UM] PUTRAJAYA 27 Okt. - Perdana Menteri India, Dr. Manmohan Singh yakin sistem yang diamalkan di Malaysia mempunyai kebolehan dan keupayaan untuk menyelesaikan sebarang masalah berkaitan masyarakat keturunan India.

Keyakinan itu diluahkan oleh Dr. Manmohan apabila menjawab pertanyaan seorang wartawan dari negaranya bahawa kononnya wujud diskriminasi Kuala Lumpur terhadap masyarakat India di sini.

"Malaysia adalah negara berbilang kaum, etnik dan demokrasi yang menghormati asas-asas hak asasi rakyatnya.
"Saya tidak ada sebab untuk berasa khuatir terhadap masa depan masyarakat India dalam negara yang hebat ini," kata beliau pada sidang akhbar bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini hari ini....

Apa Rasionalnya?

Posted: 27 Oct 2010 04:50 PM PDT


Apa rasionalnya Malaysia bikin Little India sedangkan PMnya ke hulu ke hilir dengan slogan 1Malaysia? Adakah Little India ini akan menjadi hub pendatang haram dari India? Adakah hanya semata-mata untuk kepentingan ekonomi dengan India, kita perlu berbuat demikian? Adakah selepas ini kita akan menyediakan tapak untuk Little China, Little Africa, Little Arab, Little Indonesia, Little segala macam Little?

Apa rasionalnya Malaysia negara berdaulat meminta PM India merasmikan Little India? Mengapa Yang Dipertuan Agong tidak merasmikannya? Walhal rakyat di negara ini di bawah naungan Duli Tuanku. Tidak kiralah India, Cina, Melayu, Kadazan, Iban, Bugis, Orang Asli dan sebagainya. Mengapa PM 1Malaysia terhegeh-hegeh meminta PM India merasmikannya? Adakah Little India itu suatu kawasan jajahan baru negara India?

Begitu juga kita pernah tertanya-tanya rasional tindakan Pak Lah Flip Flop yang meminta menteri dan pegawai Malaysia ke China meminta maaf dan memberi penerangan tentang salah laku polis yang membogelkan tahanan wanita yang dikatakan berasal dari negara tersebut. Walhal, selepas disiasat, wanita itu ialah rakyat Malaysia.Bukan saya mahu menyokong PDRM, kerana tindakan pDRM itu sememangnya salah,tetapi tertanya-tanya tentang daulat negara ini.

Kita sudah merdeka lebih 50 tahun, namun kadang kala kita hairan dengan gelagat dan sikap tidak rasional pemimpin negara yang menjatuhkan maruah dan daulat negara. Lebih menyedihkan, Malaysia tercinta ini juga sering mengalah dengan permintaan pulau kecil di selatan negara baik dari segi politik, ekonomi, dan perebutan kawasan jajajahan.

Apa rasionalnya mereka berbuat demikian?

Tiada ulasan: