Rabu, 13 Oktober 2010

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


[Video] "Bak Mai RM35 Ribu..." - Pecah Perut

Posted: 13 Oct 2010 02:56 PM PDT

Ejen hartanah...

Videonya:

PANAS: Kenyataan Akhbar Rasid Rosdi yang Dakwa Dipaksa Tandatangani Akuan Bersumpah (Bukan Diliwat)

Posted: 13 Oct 2010 05:00 AM PDT

Sekali lagi saya tersilap petik. Sebelum ini timbul juga cerita Rahimi membuat laporan polis atas dakwaan diliwat oleh DSAI. Rupa-rupanya, pelakon tambahan itu membuat laporan mengatakan bahawa dia dipaksa menandatangani Akuan Bersumpah.

Hari ini saya tersilap juga. Si Rasid (bukan Rasyid) ini juga membuat laporan polis bahawa dia dipaksa menandatangani Akuan Bersumpah berkaitan dengan Drama Liwat II, bukannya diliwat seperti yang dihebohkan oleh blogger UMCO.

Liwat atau paksa tandatangan akuan, yang pasti plot drama ini semakin hebat! Wow!

Saya petik kenyataan penuh Si Rasid ini:
Saya Rasid Rosdi hari ini telah membuat satu laporan polis pada jam 12.30pm (13/10/2010) di Balai Polis IPD Shah Alam. Laporan ini berhubung dengan satu akuan bersumpah yang pernah saya tandatangani secara paksa dan dibawah tekanan pada tahun 2008. Akuan bersumpah yang saya tandatangani tersebut saya percaya adalah terbabit dengan kes liwat Dato' Seri Anwar Ibrahim pada tahun 2008.
Saya telah mengenali DSAI semenjak berada di dalam penjara lagi dan kemudian bekerja dengannya sebagai Pembantu Am di kediaman dan kemudiannya di Pejabat DSAI.
Pada malam 28 Jun 2008 setelah Saiful Bukhari Azlan membuat laporan polis terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim, saya telah diminta untuk ke Quality Hotel. Di situ saya ditahan selepas beberapa hari dan dikawal 24 jam, ditahan bersama saya adalah bekas Setiausaha kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim, Rahimi Osman.
Saya hanya dibenarkan pulang selepas saya disuruh oleh Latheefa Koya menurunkan tandatangan ke atas satu Akuan Bersumpah yang disediakan oleh dia sendiri. Saya tidak pernah mengarang atau membuat Akuan Bersumpah tersebut. Saya juga TIDAK BERSETUJU dengan apa kandungan Akuan Bersumpah tersebut. Latheefa tidak pernah menceritakan kepada saya mengenai Akuan Bersumpah tersebut dan saya tidak memahaminya seratus-peratus. Malah, saya sendiri tidak pernah melantik Latheefa sebagai peguam saya.
Latheefa sendiri harus tahu bahawa saya adalah bekas banduan dan tidak mempunyai pelajaran yang tinggi. Saya merasakan Latheefa seharusnya menceritakan kepada saya apa sebenarnya Akuan Bersumpah itu, tetapi apabila dia tidak berbuat demikian, saya juga turut rasa ditipu. Sebagai seorang peguam, Latheefa tidak harus melakukan perbuatan sebegini kepada saya kerana walaupun saya mempunyai rekod buruk atas kesilapan saya dahulu, saya tetap seorang rakyat Malaysia.
Saya menurunkan tandatangan ke atas Akuan Bersumpah itu kerana risaukan keselamatan diri saya dan keluarga saya. Melihat bahawa saya telah ditahan di Quality Hotel dan dikawal rapi 24 jam. Serta beberapa insiden buruk berlaku di Quality Hotel, saya terpaksa akur kepada apa jua permintaan mereka.
Selama hampir 3 tahun saya menanggung perasaan takut dan rasa tidak tenteram kerana memikirkan Akuan Bersumpah tersebut. Saya sangat berasa tertekan dengan keadaan ini dan terpaksa menerima kaunseling. Selepas beberapa sesi kaunseling, saya semakin tenteram dan cuba meyakinkan diri saya untuk memperbetulkan kesilapan tersebut. Akhirnya apabila melihat rakan saya Rahimi Osman tampil untuk memperbetulkan kesilapan, maka timbul rasa berani dan yakin dalam diri saya untuk turut sama memperbetulkan perkara tersebut.
Saya juga telah membuat satu Akuan Bersumpah yang baru bagi menceritakan perkara yang sebenar. Namun saya tidak boleh mendedahkannya kerana saya juga risau jika ianya boleh menggangu perbicaraan mana-mana kes di mahkamah.
Saya amat kecewa dengan tindakan ini. Beberapa peguam DSAI yang cuba melindungi kebenaran. Mereka sanggup mengadai masa depan dan maruah saya untuk kepentingan mereka sendiri.

* Sengaja siarkan tepat pukul 8 malam. Mahu lawan laporan TV3 Suku! Kah kah kah!

Lepas baca, kliklah sekali:

GEMPAR: Rashid Pula Buat Laporan Polis Diliwat Anwar Ibrahim?

Posted: 13 Oct 2010 04:20 AM PDT

Saya baca Akuan Berkanun Rahimi di laman sesawang ini tadi. Selepas itu, baca pula kiriman yang mengatakan bahawa seorang lelaki bernama Rashid telah membuat laporan polis berkaitan dengan salah laku seks DSAI. Nama Rashid ini sudah agak lama berlegar-legar dalam blog pro-UMCO.

Siapa Rashid? Sila baca karangan tentang "mamat" ini di blog yang dibikin khusus untuk menyerang DSAI. Antaranya tulisannya termasuklah:
Ramai tidak kenal siapa Rashid. Tetapi di kalangan inner circle Anwar yang bebas keluar masuk rumah Anwar kenal siapakah Rashid. Wan Azizah kenal. Ezam pun kenal. Rahimi juga kenal. Begitu juga Saiful Bukhari. Azmin kenal juga tetapi tidaklah begitu rapat kerana Rashid lebih dikenali di kalangan yang rapat dengan Wan Azizah. Azmin agak jauh dari Wan Azizah.

Wan Azizah mula kenal siapa Rashid selepas tahun 2004, apabila Anwar dibebaskan dari Penjara Sungai Buloh. Anwar memperkenalkan kepada Wan Azizah seorang anak muda bernama Rashid yang akan diambil sebagai 'orang gaji' merangkap 'tukang urut' peribadi Anwar. Wan Azizah hanya diam sahaja, apabila Anwar beriya-iya mengambil Rashid tetapi dalam masa yang sama dia agak curiga kerana Rashid diberi bilik penginapan dan ditempatkan di rumah Wan Azizah, Bukit Damansara, Jalan Setiamurni 1 (rumah lama Wan Azizah)...selanjutnya di sini.

Jadi mari kita lihat plot seterusnya Drama Liwat II. Adakah plot "Rashid diliwat" ini sebahagian daripada Drama Liwat II? Atau mungkinkah si sutradara mahu menayangkan Drama Liwat III walaupun Drama Liwat II masih lagi ditayangkan di pawagam? Saya petik: 
[SD] Berita yang baru sampai ke meja Selangor Daily mengatakan seorang lelaki bernama Rashid telah membuat satu laporan polis terhadap salah laku seks Anwar Ibrahim.

Rashid dikatakan telah membuat laporan polis pagi tadi di Shah Alam.

Jika tidak silap kami Rashid adalah seorang bekas banduan yang pernah sama-sama menjalani hukuman dengan Anwar di penjara Sungai Buloh.

Semasa di dalam penjara Rashid bertindak sebagai tukang urut Anwar. Selepas keluar penjara (tidak pasti siapa dulu dibebaskan) Rashid diambil bekerja di rumah Anwar.

Wan Azizah tidak berpuashati (cemburu) dengan kehadiran Rashid dan mengarahkan Anwar mengeluarkan Rashid dari rumahnya dalam tempoh 24 jam.

Selepas dikeluarkan dari rumahnya, Rashid diletakkan di pejabat PKR di PJ. Selepas pru ke 12 pada 2008, Anwar memindahkan Rashid ke kondominium dimana Saiful diliwat.

Kami akan berusaha untuk mendapatkan butiran lanjut.

Mari Baca Akuan Berkanun Rahimi Osman. Macam S***!

Posted: 13 Oct 2010 03:00 AM PDT


Akuan Berkanun yang dibuat oleh Rahimi untuk menafikan Akuan Bersumpah yang dibuat dalam kes fitnah liwat Saiful Bukhari.





Jantan Sial...Budak Sekolah Baru Lepas Solat Engkau Rogol!

Posted: 13 Oct 2010 12:23 AM PDT

Lahanat! Menyirap darah apabila membaca kecelakaan sikap remaja yang merogol rakan adiknya yang baru selesai menunaikan solat Isyak dalam berita di bawah ini. Semoga Allah melaknatinya! Saya petik:
[HM] KUALA LUMPUR: Hajat hati mengulangkaji pelajaran bersama rakan sekelas, namun nasib malang menimpa seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun yang dirogol abang kepada rakan sekelasnya sebaik selesai menunaikan solat Isyak, kelmarin.
Malah, pelajar malang itu dikatakan tidak sempat menghabiskan bacaan doa sebelum diserang suspek berusia 18 tahun.
Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam di sebuah rumah di Setapak, di sini, bermula apabila pelajar terbabit ke rumah rakannya untuk mengulangkaji pelajaran.

Menurut sumber, selepas lebih 30 minit mereka mengulangkaji mata pelajaran, mangsa yang belum menunaikan solat meminta keizinan rakannya bersembahyang.

"Rakan perempuan sekelasnya itu memintanya masuk ke bilik tidur ibunya menunaikan solat," katanya.

Difahamkan, ketika kejadian itu, ibu kepada suspek dan rakan sekelas mangsa itu belum pulang dari bekerja.

Sumber berkata, sebaik selesai menunaikan solat, pelajar terbabit mengangkat tangan untuk berdoa, namun perbuatannya terhenti apabila abang kepada rakan sekelasnya menyelinap masuk ke bilik berkenaan.

"Suspek yang hanya memakai tuala menarik tangan mangsa sebelum menolaknya ke atas katil.

"Mangsa yang ketakutan cuba menjerit mendapatkan pertolongan rakan sekelasnya, namun mulutnya ditutup suspek," katanya.

Sumber berkata, suspek memukul mangsa sebelum menanggalkan pakaiannya dan merogolnya.

"Suspek mengugut mangsa merahsiakan perkara berkenaan selain mendakwa akan mencederakan pelajar itu sekiranya dia membuat laporan polis," katanya.

Mangsa memberitahu kejadian berkenaan kepada rakan sekelas sebelum tampil membuat laporan di Balai Polis Setapak, di sini.

* Gambar sekadar hiasan.

[Kemas Kini] TERHANGAT: Ibrahim Ali Masih Bergelar "Datuk" Biarpun Istana Kelantan Melucut Anugerah "Datuk"nya

Posted: 12 Oct 2010 09:30 PM PDT


 Kalau tidak ada gelaran lain, "Datuk" Ibrahim Ali kini hanya bergelar En Ibrahim.
Sabar Encik Ibrahim, ada negeri lain yang akan menganugerahkan gelaran yang lebih hebat.
Minta maaflah Encik Ibrahim, saya mahu tergelak...kah kah kah! Takziah!
Saya petik:
[TMI] KUALA LUMPUR, 13 Okt — Istana Kelantan menarik balik pingat "Datuk" yang dikurniakan kepada Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berkuat kuasa hari ini.

Ia diumumkan hari ini.

Turut dilucutkan gelaran Datuk ialah bekas setiausaha kerajaan negeri Wan Hashim Wan Daud.




Kemas Kini:

Opps! Bukan Encik Ibrahim, tetapi Datuk Ibrahim. Butirannya di bawah ini: 

[MK] Istana Kelantan hari ini melucutkan gelaran 'Datuk' yang dianugerah kepada presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali.

Selain Ibrahim yang juga ahli parlimen Pasir Mas, gelaran Datuk bekas setiausaha kerajaan negeri, Datuk Wan Hashim Wan Daud juga ditarik balik.
Sementara itu, dalam reaksi spontannya, Ibrahim ketika dihubungi oleh Malaysiakini mengesahkan beliau dimaklumkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan pagi ini bahawa DMSK yang membawa gelaran 'Datuk' yang dianugerahkan kepadanya telah dilucutkan.

Pingat itu dikurniakan oleh Sultan Kelantan ketika itu, Sultan Ismail Petra.

"Saya tidak tahu sebab-sebabnya tetapi pada 7 Oktober lalu, saya ada menziarahi Sultan Ismail di Istana Mahkota. Sejak Sultan Ismail gering dan pulang ke Kelantan, inilah pertama kali saya melawat kerana hubungan peribadi saya amat rapat dengan Sultan Ismail.

Apapun, ia tidak menjadi hal pada saya dan saya terima dengan hati terbuka," katanya dalam pesanan ringkas SMS kepada Malaysiakini.

Menurut presiden PERKASA itu lagi, taat setianya kepada Sultan Kelantan sekarang, Tuanku Muhammad V tidak berbelah-bagi.

"Saya tetap dengan pendirian mempertahankan institusi raja kerana ia asas perlembagaan negara dan sebahagian daripada budaya Melayu menjunjung kedaulatan raja. Ampun Tuanku," katanya.

Ibrahim juga menjelaskan beliau masih bergelar 'datuk' kerana mempunyai dua lagi darjah - iaitu DPMS dan DMSM yang diterimanya daripada Selangor dan Melaka.

Daripada 8 Suspek, Hanya 4 Didakwa Bunuh Sosilawati & 3 Yang Lain

Posted: 12 Oct 2010 08:51 PM PDT

Saya petik:
[TMI] BANTING, 13 Okt —  Selepas genap sebulan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga yang lain disahkan mati dibunuh dengan kejam dan penuh tragis di Ladang Gadong di sini, empat suspek hari ini menghadapi tuduhan membunuh mereka.


Empat suspek itu termasuklah seorang peguam adik-beradik — N. Pathmanabhan, 41, yang ditahan untuk siasatan awal bulan lalu.

Keempat-empat mereka didakwa di Mahkamah Majistret Banting di sini sebentar tadi mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Tiga tertuduh lain ialah T. Thilaiyalagan, 19, R. Matan, 20, dan R. Kathavarayan, 30.
Ketiga-tiga mereka ini dipercayai pekerja kepada peguam berkenaan.

Kesemua mereka mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka.
Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan.

Pertuduhan terhadap Pathmanabhan, dibacakan dalam bahasa Melayu manakala pertuduhan terhadap tiga yang lain dibacakan dalam bahasa Tamil.

Kesemua mereka didakwa membunuh Datuk Sosilawati dan 3 yang lain di antara pukul  8.30 malam  dan 9.45 malam, 30 Ogos lalu.

Ketiga-tiga pekerja itu adalah rakyat tempatan.

Majistret Hurman Hussain menetapkan 16 Disember ini untuk sebutan semula kes tersebut.

Tiga daripada mereka dibawa ke mahkamah untuk menghadapi pertuduhan dengan sebuah van manakala seorang lagi suspek yang juga peguam dibawa dengan kereta Waja yang tiba di perkarangan mahkamah kira-kira 8.30 pagi.

Beberapa minit kemudian pasukan pendakwaan yang terdiri daripada Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohamad Yusof, Idham Abdul Ghani and Saiful Edris Zainuddin tiba di mahkamah.

Terdahulu, peguam kepada peguam adik-beradik itu Ravi Nekoo berkata, mereka didakwa 9 pagi ini di Mahkamah Majistret di sini.

Semalam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan semakan yang dikemukakan oleh dua peguam adik-beradik dan seorang suspek terhadap perintah lanjutan tahanan reman mereka yang diperoleh polis berhubung kes ini....

Mengapa Anda Perlu Melakukan SEKS Setiap Hari? 18 SX

Posted: 12 Oct 2010 05:00 PM PDT

Pernah dengar lagu "Sexual Healing"? Bagi pembaca yang tidak pernah mendengar lagu Marvin Gaye itu, sila klik di sini.  Hal ini membuktikan bahawa penyembuhan secara seksual bukanlah suatu metafora kerana seks benar-benar dapat menyembuhkan seseorang. Hakikatnya seks dapat memulihkan tubuh badan dan menenangkan fikiran seseorang serta dapat mencegah pelbagai penyakit.

Ada yang berpendapat bahawa seks ialah ubat terawal yang diketahui manusia dan ubat itu seharusnya diberikan setiap hari. Mari kita teliti lima alasan untuk mendorong anda melakukan hubungan seks setiap hari.


Senaman yang Hebat

Bersetubuh ialah suatu bentuk kegiatan fizikal. Semasa melakukan hubungan seksual, perubahan fisiologi yang berlaku di dalam tubuh anda adalah konsisten dengan pergerakan seksual. Kadar respiratori akan meningkat dan keadaan itu menunjukkan bahawa anda kepenatan. Selain berasa penat, situasi itu sebenarnya turut membakar kalori di dalam badan anda dalam kadar yang banyak. 
 
Misalnya, jika anda melakukan hubungan seks sebanyak tiga kali seminggu, setiap sesi memakan masa 15 minit, jika dikumpulkan, anda sebenarnya telah membakar
sebanyak 7.500 kalori dalam tempoh setahun. Jumlah kalori yang terbakar itu setara dengan aktiviti berjoging sejauh 120km! 

Kadar pernafasan yang laju ketika melakukan aktiviti seksual dapat meningkatkan jumlah oksigen di dalam sel badan, manakala testosteron yang dihasilkan pula dapat menguatkan tulang dan otot badan.

Melegakan Kesakitan  

Kata-kata "Sayang, hari ini tidak boleh, saya sakit kepala." tidak boleh lagi menjadi alasan untuk mengelakkan hubungan kelamin. Hal ini demikian kerana ketika melakukan hubungan seks, tubuh badan lelaki dan perempuan menghasilkan hormon endorphin.  Hormon ini berfungsi sebagai ubat untuk melegakan kesakitan. Oleh itu tidak hairanlah jika seseorang yang pening kepala kembali sihat selepas melakukan hubungan seks dengan suami atau isteri masing-masing.

Kajian yang dilakukan oleh terapis seks terkenal, iaitu Gina Ogden menunjukkan bahawa semasa mengalami rangsangan seksual, terutamanya ketika orgasme, seseorang itu tidak merasa sebarang kesakitan.
 

Jika si isteri mencari alasan lain untuk menolak ajakan anda, katakanlah kepadanya bahawa seks baik untuk sistem reproduktif  kerana pergerakan seksual melatih otot PC. Hal ini secara tidak langsung dapat menjaga bentuk dan kesihatan organ reproduktif wanita. Seks juga meningkatkan kesuburan, melambatkan menopause, dan meringankan gejala PMS.

Melindungi Prostat 

Sebahagian besar cecair ejakulasi dirembeskan oleh kelenjar prostat. Oleh yang demikian, jika anda tidak mengalami ejakulasi dalam tempoh yang lama,  maka kelenjar prostat berisiko tinggi untuk membengkak dan keadaan itu sudah tentu mendatangkan masalah yang serius. Ejakulasi secara teratur dapat menjamin kesihatan prostat anda.

Mencegah Mati Pucuk 

Lima puluh peratus lelaki berusia 40 tahun dan ke atas menderita sindrom mati pucuk. Keadaan ini sangat membimbangkan golongan lelaki kerana penyakit ini mendatangkan pelbagai implikasi baik kepada diri sendiri mahupun pasangan mereka. Namun, mereka tidak perlu berasa terlalu risau kerana ubat terbaik untuk menghindari mati pucuk atau impotensi ialah... seks.
 
Melegakan Tekanan

Seks secara saintifiknya dapat melegakan tekanan seseorang. Ketika melakukan seks, tubuh badan kita menghasilkan dopamin, iaitu suatu zat yang dapat melawan hormon tekanan, selain endorphin atau "hormon kebahagiaan" dan oxytocin yang dirembeskan oleh kelenjar pituitari.

Olahan semula berdasarkan sumber ini. 


* Perhatian: Artikel ini untuk manfaat pembaca yang sudah berkahwin sahaja. 

Tiada ulasan: