D'Perbatasan |
- Ibrahim Enggan Sahut Cabaran Khalid
- Dakwa Nik Aziz ‘gila’, PAS mahu Umno Besut minta maaf
- Harga Rokok Naik Lagi !! Kerajaan Malaysia Prihatin ? (MESTI BACA !!)
- Islamofobia, Umno dua kali lima dengan AS
- Tun Dr Lim Keng Yaik Letak Jawatan Penasihat Parti
- Umno Hanya Pandai Mengapi-apikan Isu Perkauman
- Masih Gurkha kah lagi Ku Li ?
- Apalah Dosa Seorang Lim Guan Eng ?
- PENANG pun PENAIK jugak Ayaq tapi naik depa naik 'BERSENI'..!!!
- Umno BN Sebenarnya Gagal Asing Dana Halal, Haram
- Masa depan orang Umno
- Biarkan Umno terjun dengan labu-labunya
- RUJUKAN KHUSUS UNTUK MELAYU ISLAM YANG JAHIL DI P.PINANG
| Ibrahim Enggan Sahut Cabaran Khalid Posted: 04 Oct 2010 07:52 AM PDT Keengganan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali menyahut cabaran Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Ibrahim supaya bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri Galas membuktikan pertubuhan itu sememangnya bersekongkol dengan Umno.Ketika dihubungi Suara Keadilan, Ibrahim Ali keberatan menjawab soalan yang diajukan berhubung cabaran Khalid lalu memberi alasan sedang memandu kereta. "Saya tengah memandu ni dari Ipoh ke KL," begitu jawapan Ibrahim walaupun diminta masa hanya seminit untuk memberi jawapan. Dalam responsnya terhadap sikap Ibrahim, Khalid berkata cabaran beliau adalah 'acid test' atau penentu kepada samada benar Umno tidak berpakat dengan Perkasa atau retorik pemimpin Umno menolak badan itu sekadar retorik politik semata-mata. "Kalau benar-benar Perkasa tidak bersama Umno seperti didakwa, Ibrahim sepatutnya beranilah untuk bertanding di Galas. Tetapi kalau dia tidak berani memang sahlah Perkasa dan Umno adik beradik," jelas beliau. Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Tengku Mansor sebelum ini berkata Umno engganan bekerjasama dengan Perkasa dan mendakwa pertubuhan itu telah menghakis sokongan pengundi terhadap Umno. Malah kata beliau Umno juga tidak akan menyokong Ibrahim sekiranya beliau bertanding atas tiket bebas dalam pilihan raya umum ke-13. |
| Dakwa Nik Aziz ‘gila’, PAS mahu Umno Besut minta maaf Posted: 04 Oct 2010 07:43 AM PDT PAS Besut memberi tempoh 24 jam kepada Umno Besut agar memohon maaf secara terbuka kepada Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ekoran ceramah "DAP Anti Islam" Jumaat lalu yang mengaibkan Mursyidul Am PAS itu.Yang Dipertua PAS Besut Wan Azhar Wan Ahmad berkata, pihaknya terpaksa membuat desakan itu setelah mengambil kira dan meneliti laporan kandungan ucapan penceramah jemputan, Abdullah Sa'amah yang didakwa memaki hamun, mencerca, menghina dan menggelarkan Nik Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan dengan "kalimah yang amat biadap dan penuh prejudis." Wan Azhar berkata penceramah jemputan tersebut dikatakan telah melabelkan Nik Aziz "sebagai Tok Guru Gilo". "PAS Besut yakin situasi ini tidak mungkin berlaku sekiranya penganjur program tidak mengheret dan mewarnai emosi dan pemikiran penceramah tersebut ke arah mewujudkan satu bentuk ketegangan yang boleh menjurus kepada isu keagamaan dan perkauman," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan tengah hari tadi. Sehubungan itu, PAS Besut memberi tempoh sehingga 12.30 tengah esok kepada Umno Besut memohon maaf. Ceramah itu menurut beliau telah di Padang Sekolah Kebangsaan Padang Luas, Jerteh. "PAS Besut juga akan menghantar nota bantahan kepada pengurusan Jabatan Pelajaran Terengganu kerana membenarkan premis sekolah digunakan oleh parti politik yang jelas mempunyai tendensi dan kecenderungan memupuk budaya liar dan samseng di kalangan masyarakat setempat," kata beliau. "Sehubungan itu, sekiranya Umno Besut gagal berbuat demikian sebelum 12 tengah hari 5 Oktober (esok), maka PAS Besut tidak akan teragak-agak untuk mendapatkan nasihat guaman dalam mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak-pihak yang berkaitan," katanya lagi. |
| Harga Rokok Naik Lagi !! Kerajaan Malaysia Prihatin ? (MESTI BACA !!) Posted: 04 Oct 2010 07:41 AM PDT sebuah kempen gagal ? Pada asalnya saya taknak cerita banyak fasal tajuk nie. Cuma saya ingin terangkan, inilah satu cara kerajaan mendapatkan bajet tambahan. Di bawah akan saya tunjukkan berapakah urusniaga rokok dalam sehari? berapa pula jumlah urusniaga jual-beli rokok dalam negara untuk tempoh sebulan?Sesiapa sahaja kalau ditanya atau dibincang mengenai kerajaan, pastinya mereka akan katakan kerajaan telah mengalami kekeringan wang dan cara segera untuk memperolehi wang adalah dengan menaikkan cukai secara serta merta. Dapat saya baca, kenaikkan kali ini berkait rapat dengan persediaan menaburkan pelbagai jenis rasuah ke bumi Galas, dan itu kita akan cerita dalam entri yang lain. Entri kali ini membicarakan soal keikhlasan kerajaan menangani masalah perokok tegar. Saudara dan saudari sekalian, tanggal hari ini harga rokok telah dinaikkan sebanyak 7% menjadikan RM10 bagi setiap kotak 20batang. Mari kita lihat fakta ini dan sila betulkan saya sekiranya ada kesilapan perkiraan. Malaysia mempunyai 7juta perokok tegar yang boleh menghabiskan sekotak dunhill 20 dalam masa sehari. Oleh itu, urusniaga pembelian rokok adalah RM70juta sehari. Bagi kenaikkan cukai sebanyak 7%, maka pendapatan tambahan kerajaan untuk sehari(setelah kenaikkan harga rokok) adalah RM4.9juta dibundarkan menjadi RM5juta sehari! Jika jumlah 7 juta pembeli dunhill 20 adalah keterlaluan maka saya akan buat pengiraan semula. Kali ini kita andaikan secara pukul rata, 5 juta pembeli tegar harian untuk rokok setara dunhill 20. Maka ia akan menghasilkan urusniaga sebanyak RM50juta sehari dan apabila kita kiri jumlah untung segera kerajaan dalam kenaikkan 7 peratus, berikut adalah jumlahnya; 7% x 50j = RM3.5juta sehari 3.5j x 30hari = RM105 juta sebulan. Persoalannya di sini, apakah yang kerajaan lakukan dengan RM105juta (sebulan) lebihan daripada cukai yang ditambah sempena kenaikkan harga rokok hari ini? Salah satu objektif utama kerajaan menaikkan harga rokok ialah bagi mengurangkan jumlah perokok. Mengapa ingin dikurangkan jumlah perokok dan mengapa kempen besar-besaran 'Katakan TAKNAK kepada rokok' dibelanjakan adalah kerana rokok menyebabkan pelbagai penyakit yang membawa banyak kerosakkan pada organ manusia dan seterusnya membawa maut. Justeru persoalan di atas, ingin saya cadangkan mengapa tidak RM105 juta ini disalurkan kepada hospital untuk digunakan ke satu segmen bagi mengawal statistik jumlah perokok. Dengan RM105 juta lebihan cukai rokok ini juga, dapatlah pihak kerajaan menawarkan skim 'Mari Berhenti Merokok' dengan alat bantuan berhenti merokok (yang agak mahal harganya) melalui hospital dan klinik kesihatan kerajaan. Tidak salah rasanya, para perokok membayar lebihan harga rokok untuk keperluan perokok itu sendiri dan sekiranya sampai masanya, dana tersebut dipusingkan kepada si pembayar cukai rokok. Cadangan ini bukanlah bertujuan untuk menggalakkan orang ramai rancak merokok tetapi ia bertujuan untuk menjana sebuah dana yang akhirnya memberikan khidmat percuma kepada perokok yang berhasrat untuk berhenti merokok. Ia pasti sesuatu yang membantu rakyat kerana alat bantuan berhenti merokok yang memberi kesan positif berharga RM350 bagi setiap perokok. Semoga akan lebih ramai yang berhenti merokok di atas galakan seperti ini. Kerajaan Malaysia harus kembali kepada asas mengapa kenaikkan harga rokok itu berlaku setiap tahun. Objektif untuk mengurangkan jumlah perokok melalui kenaikkan harga cukai rokok, mahupun puluhan juta dihabiskan untuk kempen demi kempen anti rokok telah terbukti tidak berkesan. Timbul pula persoalan sejauh mana ikhlasnya keperihatinan kerajaan dalam menyelamatkan rakyat Malaysia dari penyakit bawaan rokok, atau apakah sebenarnya kerajaan hanya mahukan keuntungan semata-mata dari cukai rokok yang sangat tinggi? Alasan menaikkan cukai rokok untuk mengurangkan jumlah perokok sudah tidak relevan. Rakyat semua tahu keuntungan cukai rokok yang tinggi menjadi faktor utama cukai rokok dinaikkan setiap tahun. Pernah seorang rakan mengatakan kepada saya, sekiranya kerajaan benar-benar mahukan rakyatnya sihat maka adalah lebih baik kerajaan mengharamkan terus penjualan rokok di negara ini berbanding menaikkan cukai rokok setiap tahun, lantas membebankan sejumlah 6 juta rakyat Malaysia yang merokok. Janganlah dilupa bahawa 6 juta jumlahnya itu juga adalah rakyat dan ia mewakili 25 peratus atau satu per empat populasi negara. Oleh demikian, dengan kenaikkan cukai hari ini, kerajaan harus peka betapa perlunya lebihan keuntungan itu dipulangkan kepada perokok yang membayar cukai tambahan ini. Menyediakan sebuah pusat berhenti merokok di setiap daerah atau negeri dengan menawarkan alat berhenti merokok secara percuma ( percuma untuk kali pertama bagi setiap seorang perokok) adalah sesuatu yang harus dipertimbangkan. Sekiranya kerajaan masih menaikkan harga rokok dengan alasan lapok, maka bolehlah saya katakan bahawasanya Kerajaan Malaysia adalah sebuah kerajaan yang tidak boleh diharap dalam menguruskan cukai yang dikenakan terhadap rakyat, tidak prihatin apabila membuat untung dari kesusahan rakyat, dan tidak berperikemanusiaan dengan menjadikan kaedah kapitalis sebagai landas pemerintahan. Kerajaan serupa ini, harus kita ajar dengan kuasa undi !! LAWAN TETAP LAWAN !!! Adalah menjadi resam untuk pejuang seperti kita menentang segala jenis kenaikkan harga barang yang tidak munahsabah! - juga tidak relevan ! Dari edyesdotcom |
| Islamofobia, Umno dua kali lima dengan AS Posted: 04 Oct 2010 02:27 AM PDT Sebagai Muslim, kita amat mengalu-alukan hasrat mana-mana pihak untuk mengurangkan salah faham dan pandangan negatif terhadap Islam di kalangan masyarakat antarabangsa. Mudah-mudahan sebarang usaha ke arah itu, jika pun tidak dapat membasmi sepenuhnya fenomena Islamofobia, ia sekurang-kurangnya mampu mengekang peningkatan kecenderungan itu yang membebani umat Islam sedunia mutakhir ini. ![]() Sebab itu, apabila Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak dilaporkan berhasrat menjadikan Malaysia penyumbang dari segi pelaksanaan kefahaman lebih betul tentang Islam di kalangan masyarakat Amerika Syarikat (AS), kita selayaknya tumpang bangga. Pertama, di atas sifat sebagai Muslim, kita bangga dengan usaha orang Islam sendiri yang begitu optimis meruntuhkan tembok salah faham kalangan rakyat kuasa besar itu. Kedua, sebagai rakyat Malaysia, kita juga merasa keberanian pemimpin negara kita itu mendepani isu paling mencabar di peringkat global kini sesuatu yang wajar dipuji. Sememangnya usaha memaut kerjasama AS dalam menangani apa jua isu di peringkat antarabangsa amat signifikan. Selaku kuasa besar tunggal dunia, apa-apa pandangan dan pendirian AS banyak mempengaruhi dan mencorakkan pandangan masyarakat dunia. Najib dilaporkan mengambil kesempatan kehadirannya ke Mesyuarat Pemimpin-pemimpin ASEAN-AS di New York, minggu lalu untuk melontarkan cadangan tersebut. Dengan menganggap pengetahuan asas tentang Islam di kalangan rakyat AS amat rendah, beliau berhasrat mendedahkan mereka kepada hakikat ajaran yang lebih jelas. Namun satu persoalan yang tidak wajar diketepikan ialah apakah Malaysia sendiri benar-benar bebas daripada fenomena Islamofobia? Lebih spesifik lagi, apakah Barisan Nasional (BN) dan Umno sendiri memiliki pandangan dan kefahaman yang betul tentang ajaran dan hukum Islam? Persoalan ini agak berat dan sensitif, namun tidak juga salah untuk dibahaskan. Apatah lagi dewasa ini rakyat negara kita sendiri semakin didedahkan dengan berbagai kenyataan berani para pemimpin bukan Islam, khususnya dari parti rakan Umno dalam BN yang secara terbuka menyentap kemuliaan Islam. Contohnya kenyataan Presiden MCA baru-baru ini yang seolah-olah menyalahkan Islam sebagai punca negara terperangkap dalam persaingan politik. Umno didakwanya terpaksa menari mengikut rentak dipalu PAS di atas hasrat mendaulatkan Islam sehingga akhirnya negara gagal dipacu ke arah lebih progresif. Pandangan amat serong terhadap Islam lebih menyerlah apabila pemimpin sama turut mengaitkan kemunduran dan kemelaratan beberapa negara serata dunia dengan ajaran Islam yang menjadi anutan majoriti rakyatnya. Sementara para pemimpin Islam menganggap kenyataan itu suatu wewenangan amat tidak bertanggungjawab, jangan lupa ia juga menyerlahkan kegagalan Umno selaku parti rakan karib MCA. Selama lebih separuh abad mereka bergabung dan tidur sebantal, parti Melayu itu terbukti tidak berupaya memperbetulkan salah faham dan pandangan negatif rakannya terhadap Islam. Di situlah timbulnya persoalan, bagaimana mungkin Umno mampu memperjelaskan hakikat sebenar Islam kepada bukan Islam jika para pemimpinnya sendiri pun masih bergelumang dengan persepsi serong terhadap agama anutan mereka? Maaf cakap, nilaian pada zahir menyebabkan kita cenderung percaya bahawa Umno sendiri sebenarnya masih dibelenggu fenomena Islamofobia. Tutur bicara dan laku perbuatan sebilangan pemimpin parti Melayu itu tidak konsisten dengan ajaran agama yang sepatutnya mereka hayati dalam kehidupan. Usah disenaraikan soal kurangnya penghayatan mengenai peraturan menutup aurat, tabiat meminum minuman keras, bermain judi, ketagihan hiburan, pengabaian solat dan puasa, serta berbagai lagi tabiat yang dikatakan berdarah daging dalam sebilangan pendokong parti itu. Ia mungkin terlalu peribadi dan tidak wajar dijadikan bahan momokan terbuka. Cukup sudah kita mengambil beberapa kenyataan dan hakikat diketahui umum bagi membuktikan betapa Umno memang dirundung Islamofobia. Asas utama pandangan serong itu ialah setiap yang berlabel atau berbau Islam adalah lebih dekat kepada parti lawannya, PAS. Sebab itu Umno cukup takut sekiranya rakyat terdedah kepada ajaran dan penghayatan Islam sebenar dalam hidup mereka. Di antara yang paling dicemburui Umno ialah institusi pendidikan Islam. Sehinggakan semacam menjadi pegangan di kalangan pemimpin Umno suatu ketika dulu, "di mana ada pondok, di situ ada PAS". Maka Umno bertanggungjawab membina persepsi negatif terhadap institusi pendidikan Islam, khususnya pondok. Selama puluhan tahun rakyat dipasakkan dengan pandangan kononnya anak-anak yang dihantar mengaji di pondok akan gelap masa depan. Brangkali persepsi itu juga mendorong Umno memansuhkan bantuan kewangan kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR). Di atas pemikiran sempit dan fobia itu juga Umno menghentikan pembiayaan pendidikan untuk para pelajar melanjutkan pengajian dalam jurusan Islam, terutama di Timur Tengah. Bahkan, pernah ada pemimpin Umno meluahkan kebimbangannya bahawa semakin ramai pelajar di hantar ke negara Arab, semakin ia menguntungkan PAS. Pelajar yang mendalami agama dikatakan cenderung kembali membantu membina kekuatan PAS, sekaligus menentang Umno. Akuilah Umno juga diselubungi Islamofobia! oleh: Mat Zain Mat Isa |
| Tun Dr Lim Keng Yaik Letak Jawatan Penasihat Parti Posted: 04 Oct 2010 02:15 AM PDT Penasihat dan bekas presiden Gerakan, Tun Dr Lim Keng Yaik akan menulis memaklumkan kepada parti itu berhubung keputusannya.Katanya, beliau kecewa dengan cara presiden parti itu sekarang, Tan Sri Koh Tsu Koon menangani konflik yang melanda parti berkenaan. "Beliau seseorang yang tidak suka campur tangan dalam menyelesaikan konflik kerana bimbang akan menyentuh perasaan orang lain," katanya ketika menghadiri konvokesyen Universiti Terbuka Wawasan di Kuala Lumpur hari ini. Menurut Lim, sikap Koh yang sentiasa 'melepaskan tangan' telah mendatangkan banyak masalah dalam parti. Beliau berkata, surat peletakan jawatannya itu akan diserahkan kepada ibu pejabat parti Gerakan, esok. |
| Umno Hanya Pandai Mengapi-apikan Isu Perkauman Posted: 04 Oct 2010 02:10 AM PDT Tindakan-tindakan perkauman pegawai awam akan berterusan selagi Umno memerintah negara ini, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.Menurutnya, Umno tiada pilihan lain untuk terus kekal berkuasa selain terus meniupkan api perkauman seperti mereka lakukan sejak dahulu lagi. "Apa lagi yang pemimpin Umno hendak cakap selain perkauman? Bila bercakap soal demokrasi, rakyat mencemuh mereka kerana mereka tidak demokratik. "Bila bercakap soal ekonomi, penyokong-penyokong Umno sendiri mempersendakan mereka seperti yang terjadi kepada Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang dicanang-canangkan oleh (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak), " katanya. Sebab itulah, kata Mahfuz, amaran Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan kononnya kerajaan tidak akan bertolak ansur terhadap pegawai awam yang menyentuh soal sensitiviti kaum dan agama tidak lebih dari semata-mata cakap mulut atau 'lip service' sahaja. "Kalaupun berlaku pegawai kerajaan bertindak mengapi-apikan perkauman, pemimpin Umno di dalam kerajaan akan berdolak-dalik dan tidak mahu mengambil tindakan. "Lihat saja bagaimana (Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) berdolak-dalik dan dengan jelas enggan bertindak terhadap seorang pengetua di Kulaijaya, Johor dan seorang guru di Bukit Selambau, Kedah yang didakwa mengeluar kenyataan berbaur perkauman. "Sedangkan, sudah berpuluh-puluh tahun kita lihat begitu ramai guru dan pegawai kerajaan yang dikenakan pelbagai tindakan tindakan semata-mata kerana menyokong PAS. "Bila hendak mengambil tindakan ke atas guru-guru dan pegawai awam yang menyokong PAS, tidak pula timbul soal bidang kuasa antara Kementerian Pelajaran atau Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu. Mahfuz bagaimanapun melihat perbuatan mengapi-apikan perkauman itu akan menyebabkan Umno semakin dilihat sebagai jenama yang jijik. Dari Hrkh |
| Posted: 03 Oct 2010 11:03 PM PDT Gurkha adalah satu entiti yang senonim dengan kesetiaan. Merujuk kepada sejarah ketenteraan British dahulu, British sering menggunakan khidmat mereka untuk menjadi tentera.Gurkha sering diletakkan dalam pasukan khas seperti komando dan menjaga pemimpin tertinggi. Ini kerana Gurkha yang berasal dari Pergunungan Himalaya dan bernegarakan Nepal ini dikenali sebagai setia kepada tuannya. Jika anjing dikenali haiwan yang setia kepada tuannya, maka bagi ketegori manusia Gurkhalah yang paling setia kepada majikannya. Semasa Ku Li bubarkan Semangat 46 dan masuk UMNO, beliau isytiharkan dirinya sebagai Gurkha kepada UMNO. Apa makna ini? Maknanya, sanggup setia kepada UMNO hingga ke "titisan darah terakhir". Juga setia mentaati perintah UMNO. Itulah sebabnya TPM Muhyiddin canangkan agar KU Li bukan sahaja jadi Pengarah PRK Galas bahkan merangkumi calonnya sekali. Soal niat sebenar Muhyiddin berbuat demikian adalah soal kedua. Tetapi jika ini menjadi arahan UMNO, Ku Li sebagai Gurkha "wajib" taat arahan ini kerana Ku Li telah isythar beliau adalah Gurkha UMNO. Mesti dengar dan taat ! Soal rendah martabat atau menghina darjat darah rajanya bukan isunya. Isunya apa sahaja arahan dari pucuk pimpinan, KU Li kena akur. Krana Ku Li adalah Gurkha. Gurkha bermakna taat apa sahaja arahan majikan (ketua). Hatta jika diarah "bunuh diri"pun seperti jadi calon dalam PRK Galas ini kena patuhi. Ku Li terkenal dengan prinsipnya. Ku Li kena kekalkan prinsipnya jika mahu dihormati. Ku Li boleh "mengelakkan" dari mengamalkan "amalan" gurkhanya. Bagaimana ? Tanggalkan baju Gurkhanya dan masuk PAS. Jangan jadi seperti anak Yatim yang membakarkan jambatan tetapi akhirnya menyeberang lautan "nanah" untuk masuk semula UMNO. Ku Li, susah benarkah tanggalkan baju Gurkha anda? Dari Tok Pepijat |
| Apalah Dosa Seorang Lim Guan Eng ? Posted: 03 Oct 2010 10:26 PM PDT Banyak jugak masa dihabiskan di depan laptop ini. Belum tulis apa-apa lagi cuma ralit sana dan ralit sini memikirkan apakah ayat yang membolehkan semua faham dengan solid bahawasanya, Lim Guang Eng dah cuba sedaya upaya untuk mengagihkan sedikit keuntungan dalam mentadbir negeri Pulau Pinang dengan telus dan penuh tanggungjawab. Termenung jauh bila memikirkan, apalah dosa Lim Guan Eng apabila memilih untuk meraikan warga emas Pulau Pinang dengan membelanjakan sebanyak 10.7juta daripada jumlah RM20juta yang diperuntukkan.Ketua Menteri Pulau Pinang boleh memilih untuk melambakkan keuntungan yang diperolehi oleh kerajaan negeri ke arah memperkukuh dan memperkuatkan cengkaman kuasa DAP di Pulau Pinang. Tetapi pemimpin yang menjadikan khalifah Umar Abdul Aziz sebagai idola ini memilih untuk berkongsi keuntungan dengan semua warga emas di Pulau Pinang yang mendaftar sebagai penerima. YAB Guan Eng juga boleh memilih untuk menggelapkan segala keuntungan yang diperoleh kerana jumlah wang yang terlebih-lebih ini tidak wujud di zaman Barisan Nasional memerintah Pulau Pinang. Jika tidak, mungkin Guan Eng juga akan mempunyai sebuah istana yang berharga puluhan juta sepertimana yang dipunyai oleh bekas Menteri Besar Selangor. Merujuk kepada apa yang dipaparkan dalam berita utama di buletin utama edisi 3 Oktober 2010, difahamkan sebanyak RM5500 telah dikumpulkan dalam satu majlis penyerahan kembali wang ehsan warga emas Pulau Pinang. Tiada apa yang saya harapkan dari berita seumpama ini melainkan untuk benar-benar pasti wang yang dipulangkan kepada UMNO itu harus terus diserahkan kepada pejabat perbendeharaan negeri P.Pinang bersama senarai warga emas yang memulangkan wang tersebut. Adalah bukan satu masalah sekiranya warga-warga emas yang terpedaya dengan permainan UMNO ini memulangkan wang yang telah mereka daftar dan terima itu. Tetapi pastikan pemulangan wang tersebut perlu dikepilkan dengan senarai nama beserta tanda tangannya sekali. Tujuan untuk mendapat detail dan pengesahan mereka yang memulangkan wang ini adalah untuk diusul periksa kesahihan pemulang wang tersebut dan menyenarai hitam dari menerima sebarang manfaat dari kerajaan negeri pada masa akan datang. Ia memandangkan terdapat segelintir melayu Pulau Pinang yang meragui hasil perolehan cukai kerajaan negeri tetapi tidak mempertikan hasil kerajaan pusat melalui Perdana Menterinya - cucu kepada pengasas Genting. Saudara dan saudari, tahukah bagaimana wang RM100 ini dilayakkan ke atas seseorang? Setiap seorang yang telah mencecah umur 60 tahun adalah layak sebagai penerima wang ehsan kerajaan P.Pinang dengan syarat, perlulah mendaftar terlebih dahulu sebagai tanda ingin mengambil bahagian sebagai penerima. Ini bermakna, mereka yang memulangkan wang tersebut adalah mereka yang telah meminta kemudian memulangkannya. Justeru, permulangan wang ehsan tersebut walaupun tidak sepatutnya berlaku (kerana ia dimohon oleh warga emas tersebut), dan kerajaan Pulau Pinang perlu lebih tegas menyenarai hitam pemulang wang ehsan supaya pada masa akan datang, tidak ada lagi wang ehsan yang dipulangkan semula (kerana ia dimohon, bukan terus diberi oleh kerajaan negeri). Berikut adalah apa kata DS Najib apabila menjawab soalan ahli parlimen dari Rasah iaitu YB Loke. "untuk makluman Yang Berhormat, buat masa ini, hasil daripada aktiviti perjudian adalah dikategorikan sebagai hasil cukai kepada kerajaan... bagi semua hasil daripada bayaran cukai ia akan dimasukkan ke dalam akaun Hasil Disatukan sama seperti semua hasil kerajaan yang lain dan digunakan untuk tujuan belanja mengurus dan pembangunan negara." Dengan kata-kata Najib ini, maka sudah terang lagi bersuluh hasil cukai negara telah bercampur aduk dari yang halal kepada yang haram. Jadi apakah perbezaannya antara dua kerajaan ? Di sini kita bukan mahu bicara akan halal dan haram duit cukai yang diperolehi, kerana sudah tentunya haram kalau tidak mengikut hukum fekah. Apa yang mahu kita bicara, dan wajib setiap di antara kita menyampaikan kepada warga emas yang kurang faham (atau buat-buat tak paham) betapa wang yang dihulur oleh kerajaan di atas nama saluran bantuan adalah harus diterima dan halal dibuat belanja. Sekali lagi saya nasihatkan kepada kerajaan pimpinan Lim Guan Eng agar janganlah patah semangat untuk terus memberi bantuan kepada warga emas walaupun segelintir dari mereka memaling muka di sebalik tangan yang menadah. Seratus orang yang memulangkan berbanding 100ribu yang menerima adalah menunjukkan ia adalah satu usaha jahat UMNO memperkudakan warga emas yang menurut arahan. Kepada kepimpinan Pakatan Rakyat, serangan bertali arus puak-puak gerobolan ini harus ditentang bersama-sama. Mobilisasikan satu pasukan untuk menyampaikan maksud sebenar pemberian wang ehsan ini dan pastikan setiap penerimanya faham, mengapa mereka tidak wajar memulangkan wang ehsan ini. Di manakah Hasan Ali bagi menjawab tohmahan tidak bertanggungjawab ini? Di manakah suara pemimpin Pakatan Rakyat yang lain terutamanya Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang? Di manakah Dr Mansor yang sepatutnya selalu berada di sisi Guan Eng dan mempertahankan bos nya ? Kerajaan Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng digesa untuk menjadi lebih imune setelah beberapa tahun di asak oleh melayu yang tidak berapa melayu di Pulau Pinang, selagi apa yang dilakukan oleh kerajaan adalah berada dalam landasan yang tepat bagi memartabatkan nasib rakyat. Semakin Lim Guan Eng membantu rakyat, semakin kerajaan Pakatan Rakyat berbakti kepada rakyat, semakin itulah puak gerombolan tidak lekang membuat onar bagi menjatuhkan semua kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat, terutamanya kerajaan DAP Pulau Pinang kerana modal perkauman paling besar berada di Pulau Pinang. Dari EDYESdotCom |
| PENANG pun PENAIK jugak Ayaq tapi naik depa naik 'BERSENI'..!!! Posted: 03 Oct 2010 10:22 PM PDT Surcaj Penjimatan Air (WCS) tidak akan memberi kesan kepada 70 peratus pengguna air domestik yang menggunakan kurang daripada 35,000 liter air sebulan.Pengurus Besar Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP), Jaseni Maidinsa berkata, hanya 30 peratus daripada pengguna air domestik berdaftar di Pulau Pinang menggunakan lebih daripada 35,000 liter air sebulan. "Ini bermakna majoriti pengguna tidak akan terlibat dengan WCS. Kebanyakan pengguna domestik di Pulau Pinang tidak perlu membayar lebih untuk mendapatkan bekalan air," katanya pada sidang media di pejabatnya di Komtar, semalam. Menurutnya, orang ramai yang menggunakan kurang daripada 35,000 liter air sebulan akan terus menikmati tarif air domestik, antara yang termurah di dunia dengan kadar purata 31 sen setiap 1,000 liter air. "Hanya pengguna domestik yang menggunakan lebih 35,000 liter sebulan akan dikenakan surcaj tetap sebanyak 24 sen untuk setiap 1,000 liter tambahan berkuat kuasa 1 November ini," katanya. Beliau berkata, kali terakhir kajian semua tarif air di Pulau Pinang dibuat pada 1 Januari 2001 iaitu hampir 10 tahun lalu. Sejak itu, kos bekalan air meningkat 64 peratus. Menurutnya, PBAPP menghantar kertas cadangan kenaikan tarif kepada peniaga dan surcaj penjimatan air kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN). "SPAN mempertimbangkan cadangan yang dikemukakan dari segi rasional termasuk aspek ekonomi, kewangan, sosial dan teknikal agar perubahan ini tidak membebankan pengguna secara keseluruhannya. "Kemudian SPAN akan mengusulkannya kepada kerajaan. Hanya Kabinet yang mempunyai kuasa mutlak untuk meluluskan atau menolak permohonan itu," katanya. Jaseni berkata, SPAN memaklumkan kepada PBAPP bahawa cadangan itu diluluskan Kabinet pada 23 Ogos lalu dan PBAPP boleh menguatkuasakannya mulai 1 Oktober. "Malah, pada 22 September lalu, PBAPP bermesyuarat dengan Exco Kerajaan Negeri dan mengambil keputusan mengumumkan secara rasmi surcaj dan kenaikan 27 peratus tarif air bagi pengguna Pulau Pinang berkuat kuasa 1 November ini," katanya. p/s : Inilah namanya seni dalam politik.... |
| Umno BN Sebenarnya Gagal Asing Dana Halal, Haram Posted: 03 Oct 2010 10:13 PM PDT Kerajaan Umno Barisan Nasional bukan sahaja gagal membezakan antara sumber halal dan haram , malah gagal mengasingkan sumber kewangan dari sumber dana halal dan haram sepanjang lebih 50 tahun memerintah negara ini.Ahli Dewan Undangan Negeri ( Adun) Titi Serong, Khalil Idham Lim, berkata kerajaan Umno BN menerima apa sahaja sumber kewangan dari sektor perjudian mahupun arak melalui kutipan cukai ke dalam perbendaharaan negara. "Sudah lebih 50 tahun BN memerintah Pulau Pinang dan Malaysia, ternyata mereka gagal membezakan dan mengasingkan wang judi dengan wang halal," kata Timbalan Yang Dipertua PAS Parit Buntar itu dalam laman blognya. Beliau merujuk kecaman pimpinan Umno yang mengkritik kerajaan Pulau Pinang kononnya memberi sumbangan wang hasil judi berjumlah RM100 kepada warga emas beragama Islam, sedangkan dakwaan itu tidak benar. Sebaliknya, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang baru dua tahun memerintah, sudah mengasingkan dana yang diterima daripada kelab lumba kuda untuk kebajikan masyarakat bukan Islam manakala sumber halal kepada umat Islam. Khalil secara sinis menyindir perbuatan pimpinan Umno yang sedaya upaya cuba merendah-rendahkan bantuan kebajikan kepada warga emas itu sehingga ditempelak bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainol Abidin yang menyatakan, penerima bantuan tidak bersalah dalam konteks itu. Mohd Asri sebelum ini menyeru Umno supaya tidak menakut-nakutkan warga Pulau Pinang dengan dakwaan kerajaan negeri menipu sumber kewangannya bagi membiayai program membantu golongan miskin termasuk umat Islam. Hakikatnya, Khalil berkata, wang kutipan hasil judi bagi Malaysia dalam tempoh setahun berjumlah RM2.3 billion, sekaligus mengesahkan kenyataan Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad bahawa Umno sebenarnya "bapa judi" sebenar. "Demikianlah siri sandiwara pemimpin Umno yang semakin "nazak" dari persada politik tanah air. Saya yakin Umno akan ditolak orang Melayu sendiri berkat kejujuran Kerajaan Pulau Pinang untuk menolong warga miskin yang sekian lama diabai," katanya |
| Posted: 03 Oct 2010 10:05 PM PDT Pimpinan Umno agaknya tidak mendengar suara murba musyarakat bawahan. Suara yang kita boleh dengar di warung kopi, dalam surau dan masjid dan kantin pejabat kerajaan. Apakah natijah suara tersebut?Natijah nya ialah Umno dalam keadaan amat bahaya. Jenama Umno sudah jadi jenama yang jijik. Umno tidak dapat lagi mengaku yang ia nya mewakili orang Melayu. Itulah fakta yang kita terjemah dari keputusan PRU 12 tempoh hari. Calun-calun Umno hanya mendapat 2.38 juta undian. Tentulah daripada jumlah undian tersebut, sebahagianya datang dari undian bangsa bukan Melayu. Jika kita tolak 380 ribu undian bukan Melayu, maka undian solid orang Melayu untuk calun Umno hanya 2 juta orang. Bukan main gegak gempita dan goga orang Umno menjerit bahawa kita parti terbesar. Ada 3 juta lebih ahli Umno. Nah, jika kita hanya mendapat 2 juta undian solid orang Melayu, ini bererti 1 juta lebih ahli Umno tidak keluar mengundi atau tidak mengundi calun Umno. Soalan: Bagaimana kita mengembalikan keyakinan orang Melayu, jika kita tidak terdaya mengembalikan keyakinan ahli Umno sendiri? Kemudian, kita mesti sedar perkara berikut. Jumlah pengundi Melayu dalam PRU 2008 ialah 5.7 juta. Tentulah ini bermakna 3.7 orang Melayu tidak menyokong Umno. Bererti lagi, lebih ramai orang Melayu menolak Umno dari menerima Umno. Apa sudah jadi? Pimpinan Umno tidak sedar. Orang Melayu di Pulau Pinang, di Kedah, di Kelantan, di Selangor, di Wilayah Persekutuan, tidak pula mati layu terkulai apabila Umno kalah dalam negeri negeri tersebut. Suara dari rakyat menunjukkan bahawa Perak akan jatuh kembali ke tangan pembangkang, Terengganu akan jatuh, Negeri Sembilan akan jatuh. Ini bererti tujuh negeri di Semenanjung akan jatuh di tangan pembangkang. Barisan Nasional (BN) mungkin dapat mengekalkan pemerintahan di Sabah dan Sarawak. Namun ada kemungkinan juga, banyak kerusi parlimen di negeri tersebut akan jatuh ke tangan bukan BN. Berkuasa di kerajaan negeri tidak sebaik mendapat kuasa di peringkat parlimen. Jika lebih banyak kerusi parlimen di kuasai oleh pembangkang, ini bermakna BN dan Umno akan hilang kuasa federal. Jika ini berlaku, Datuk Seri Najib Razak tidak dapat mempertahankan kedududukan nya sebagai ketua kerajaan peringkat federal. Orang lain yang "command the majority of support in Parliament" akan jadi Perdana Menteri dan membentuk kerajaan yang baru. Orang Umno tidak sedar juga, di dalam negeri yang mereka kuasai pun, ada kerusi kerusi Parlimen yang akan jatuh. Negeri yang saya familiar ialah Negeri Pahang. Yang saya rasa, kawasan parlimen yang BN akan kalah ialah di Kuantan, Indera Mahkota, Paya Besar, Raub, Jerantut dan mungkin juga Bera. Parti parti bukan BN akan mencari tokoh politik yang mereka rasa boleh mendapat keyakinan non partisan. DAP tidak dapat menerima kepimpinan PAS peringkat Nasional. Demikian juga sebalik nya, PAS tidak dapat menerima kepimpinan DAP peringkat nasional. Walaupun mereka boleh berkerjasama, tapi dalam isu pimpinan nasional tidak semestinya mereka sepakat. DAP juga akan realistic bahawa pemimpin nya tidak dapat menjadi PM dan saya rasa mereka rasional dalam hal ini. Pimpinan PKR sudah pun melihat melepasi Datuk Seri Anwar Ibrahim. Mengenai sebab mereka bersikap demikian, mereka sahaja yang tahu. Demikian juga ahli ahli parlimen dari Sabah dan Sarawak tidak lagi mempunyai kepercayaan dengan politik BN. Seperti rakan rakan semenanjung mereka akan melihat kepada tokoh yang mereka yakin dapat command the respect of the majority of parliamentarians. Orang Umno masih bergentayangan. Mereka ingat hanya dengan melaungkan slogan Umno itu Melayu dan Melayu itu Umno sudah cukup untuk mengkat kesetiaan orang Melayu. Kalau cerita dongeng zaman purba kala, mungkin tanggapan demikian ada kebenaran. Siapa kah tokoh tersebut? Dari sakmongkol |
| Biarkan Umno terjun dengan labu-labunya Posted: 03 Oct 2010 10:00 PM PDT "Biarkan Umno terjun dengan labu-labunya," itulah reaksi Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng terhadap serangan Umno yang kian serabut dengan wang pemberian warga emas RM100 dan wang pengurusan jenazah warga emas sebanyak RM1,000.Ujarnya, jika ada warga emas yang mahu memulangkan pemberian Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat, mereka boleh berbuat demikian dengan mengutus surat mengatakan mereka tidak mahu menerima terus pemberian yang diperuntukkan kepada mereka setiap tahun. "Jangan berikan kepada Umno, bimbang mereka mempergunakan wang itu untuk tujuan yang tidak manasabah kerana sejarah telah membuktikan parti itu sering tidak amanah terutamanya peruntukan menjelang pilihan raya kepada para petugas," katanya. Namun begitu, ujarnya kerajaan negeri tidak hairan dengan desakan Umno Kepala Batas dan yang terbaru di Bayan Baru kononnya mereka bersama dengan penduduk miskin menentang usaha murni kerajaan negeri berjiwa rakyat yang berusaha meningkatkan martabat bangsa, agama dan sosioekonomi menerusi penjimatan yang dilakukan. "Sebelum ini Umno tidak pernah berikan sesen pun wang kerajaan kepada rakyat miskin yang mereka tahu golongan miskin diperkotakkatikan semasa pilihan raya tidak kira kecil ataupun umum," tambahnya ketika ditemui selepas meraikan sambutan Aidil Fitri PAS Kawasan Kepala Batas di Dewan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Bertam petang tadi. Katanya, Umno nampak serius melemparkan fitnah terhadap kerajaan negeri kononnya pemberian wang warga emas dan pengurusan jenazah daripada hasil judi sedangkan pemimpin mereka sendiri bergelumang dengan hasil judi. Malahan, kata beliau ada antaranya terlibat menjadi jawatankuasa organisasi berhubung dengan perjudian. "Jika macam itu bagaimana pendapatan mereka untuk diberi makan keluarga," katanya. Menurutnya, Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Farisan Darus sendiri telah menjelaskan sebelum ini bahawa wang sumbangan syarikat judi lumba kuda diasingkan untuk masyarakat bukan Islam dalam Rakan Anti Kemiskinan (RAK) bukan wang warga emas atau pengurusan jenazah. "Saya pun tahu judi haram untuk orang Islam, maka kita asingkan tabungan itu, wang RM100 dan RM1,000 itu diambil dari wang penjimatan kerajaan," jelasnya. Apa pun, tambah beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Putih, tekanan yang dibuat oleh Umno BN itu membuatkan semua jentera kerajaan dan parti melaksanakan kerja dengan lebih efisyen. Bukan sahaja jentera, ujarnya bahkan semua Exco dan kepimpinan parti dalam gabungan Pakatan Rakyat bertungkus lumus merangka program untuk memperjelaskan keadaan sebenar kepada rakyat. |
| RUJUKAN KHUSUS UNTUK MELAYU ISLAM YANG JAHIL DI P.PINANG Posted: 03 Oct 2010 09:47 PM PDT Syeikh al-Qaradawi ketika membicara hal pengagihan wang haram berkata : إذن ما دام هو ليس مالكا له, جاز له أخذه والتصدق به على الفقراء والمساكين أو يتبرع به لمشروع خيري Ertinya : Oleh itu, selagi wang haram (yang dimiliki seseorang itu tidak diiktiraf oleh syaraa' sebagai miliknya), harus bagi pemegang itu untuk ambilnya dan disedeqahkan kepada faqir miskin atau didermakan kepada projek-projek kebaikan (untuk maslahat umum). (Fatawa Mu'asiroh, 1/606) ![]() RINGKASAN DALIL Terdapat banyak sekali dalil yang dijadikan sandaran oleh majoriti ulama, terdiri dari hadis-athar, qiyas dan logik aqal. Antara hujjah yang dipegang bagi mengharuskan 'derma' wang haram yang tidak diketahui tuannya, cukup sekadar memaklumkan beberapa secara ringkas:- 1. Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq r.a pernah bertaruh (di awal Islam) dengan seorang Musyrik (yang mencabar ketepatan Al-Quran dari surah Ar-Rum ayat pertama dan kedua yang mengisyaratkan kejatuhan Rom) iaitu kerajaan Rom akan tewas. Kemudian apabila Rom benar-benar jatuh, Sayyidina Abu Bakar dikira sebagai pemenang dan telah memperolehi harta pertaruhan itu (ianya haram kerana judi dan tujuan Abu Bakar hanyalah untuk membuktikan kebenaran al-Quran). Apabila Sayyidina Abu Bakar datang kepada Rasulullah s.a.w menceritakan perihal harta perolehan pertaruhan itu, Rasulullah bersabda : هذا سحت فتصدق به Ertinya : Ini kotor, sedeqahkan ia. (At-Tirmizi . 16/22 ; At-Tirmizi : Sohih) Selepas peristiwa ini, barulah turun perintah pengharaman judi secara sepenuhnya sekalipun dengan orang kafir. (Tafsir At-Tabari, 20/16) Kisah ini dengan jelas menunjukkan Nabi tidak mengarahkannya dikembalikan kepada si Kafir, tetapi disedeqahkan untuk tujuan umum dan kebaikan ramai. 2. Selain itu, hujjah utama para ulama dalam hal mendermakan wang haram seperti wang rasuah yang dibawakan oleh Ibn Lutaibah, Nabi meletakkan wang ini di baitul mal dan diagihkan kemudiannya kepada faqir miskin dan kepentingan awam.[4] 3. Terdapat juga athar dari Ibn Mas'ud yang diriwayatkan oleh Al-Bayhaqi 6/188 dan banyak lagi. KESIMPULAN * Warga emas, faqir dan miskin di pulau pinang dan mana-mana negeri dan Negara lain, DIHARUSKAN untuk menerima sumbangan dari mana-mana kerajaan negeri, syarikat dan individu selagi mana harta mereka (pemberi sumbangan) itu bercampur antara wang halal dan haram. atau dalam kata lainnya, harta mereka masih ada yang neutral dan halal. * Sekiranya mereka ingin memulangkan semula wang tersebut, itu juga harus hukumnya. Kerajaan negeri boleh selepas itu memberikan sumbangan dari poket kanan mereka dan wang dipulang itu masuk poket kiri kerajaan. Ia akan jadi sama sebenarnya. * Sebaiknya penyumbang tidak kira kerajaan, syarikat dan sepertinya; tidak mendedahkan sumber pemerolahan harta yang disumbang agar tidak mengelirukan penerima sebagaimana kes yang berlaku ini * Mereka juga HARUS untuk menerima wang sumbangan dari penyumbang tadi, walaupun jelas ia adalah dari hasil yang haram seperti judi lumba kuda rasuah, riba dan sebagainya. Tiada kotor pada wang yang diterima oleh mereka, kerana mereka adalah penerima yang diiktiraf oleh syara'. Manakala dosa hasil dari pemerolehan wang itu hanya ditanggung oleh pelaku dosa dan ia tidak merebak kepada penerima dari kalangan faqir miskin dan yang memerlukan. * Jika dilihat dari sudut hukum dan agama, warga yang menerima sumbangan terbabit TIDAK PERLU SAMA SEKALI memulangkan semula wang yang diterima. * Namun jika dilihat dari strategi politik pihak tertentu, tindakan tersebut di luar fokus artikel ini. Sekian Oleh Zaharuddin Abd Rahman |
| You are subscribed to email updates from D'Perbatasan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |













Tiada ulasan:
Catat Ulasan