dollah yankee |
| Wow! kita orang respect lah sama TG Nik Aziz ! Posted: 03 Oct 2010 05:41 PM PDT ![]() Cantikk..memang cantikk sangat-sangat bila TG Nik Aziz memulakan "Reverse Psychology" dengan berkata "umno/BN lebih baik tak payah bertanding lah kot.." menyerang umno/BN sebaik saja Muhyidin Yasin mengumumkan yang Tengku Li akan menjadi kepala perang pada PRK DUN galas nanti. "Reverse Psychology" dari TG Nik Aziz juga telah membuatkan umno/BN terlompat-lompat macam beruk kena belacan bila calun pun belum umum, balachi-balachi mereka yang tediri dari stesyen-stesyen TV dan media-media cetak pula sudah terlebih kalut daripada ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin parti-parti politik yang nak bertanding. Kah..Kah..Kah.. Ada pula ketua-ketua umno tu, yang gatal jubur pandai-pandai 'mention' dan cadang nama Tengku Li sebagai calun pada kerusi tersebut, mereka akan ingat orang-orang di Gua Musang dan di Galas akan bersorak riang dan patut undi umno/BN, tup-tup "Reverse Psychology" yang dimainkan oleh TG Nik Aziz dengan ayat yang mudah "standard Tengku Li ialah Perdana Menteri, bukan ADUN", lagi gelabah puak-puak tu. Dalam bab strategi politik untuk PRK Galas yang dimulakan dengan "Reserve Psychology" ini, gurkah-gurkah politik di'port' berdiri sambil tabik hormat pada TG Nik Aziz, kerana serangan awal yang dilakukan betul-betul telah membuatkan umno/BN cedera, tenggelam punca dan demam. Yang mampu mereka men'counter attack' buat masa sekarang ialah, menteri-menteri umno/BN ini hanya mampu kata..."pergi jaga rumah sendiri,jangan sibuk nak jaga rumah orang". Kah..Kah..Kah.. dollah yankeec- Wang ehsan dari hasil judi untuk warga emas di penang, sudah pasti akan menjadi bahan kempen utama umno/BN di Galas ini. Gurkah-gurkah politik di'port' pula kata, kalau isu judi ini dimainkan, lagi teruk umno/BN akan kena dengan penceramah-penceramah PR semasa kempen nanti, dan 'famous'lah lagi nama-nama macam Magnum, Toto, Pan Malaysia Pools,Genting yang memang pun tak 'famous' dan baru orang kampong nanti tau! Yang penting tok bomoh dah kata PAS akan menang! |
| Ini naik, rakyat tak berapa nak hot! Posted: 03 Oct 2010 12:36 AM PDT Gurkah-gurkah politik di'port' yang kesemuanya merupakan perokok tegar yakin yang penjualan rokok akan jatuh sekitar 10 % berikutan denga kenaikan harga rokok yang akan berkuat kuasa bermula dari 12 tengah malam ini.Maklumat yang mereka terima dari pengedar-pengedar rokok memberitahu kebanyakan rokok 20 batang, yang dijual pada harga RM9.30 pada hari ini akan menjadi 10 ringgit satu kotak esok pagi. Menurut rekod-rekod kenaikan harga rokok yang disimpan oleh gurkah-gurkah politik di'port', ini merupakan kenaikan yang tertinggi dalam sejarah mereka menghisap rokok dimana kenaikan yang sebelum-sebelum ini ialah cuma diantara 10 sen ke 30 sen sahaja. Manakala rokok-rokok yang berjenama dan ber-gred AA (gred yang tinggi) dijangka akan berharga 14 ringgit satu kotak. dollah yankee - Buat duit pulak towkey-towkey yang kerja seludup rokok! |
| You are subscribed to email updates from dollah yankee To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |


Tiada ulasan:
Catat Ulasan