DIALOG RAKYAT |
- Musa enggan layan cabaran Yong berdebat isu autonomi
- Kutipan hasil pasir di Selangor meningkat
- Mukhriz Mahathir ganti Shafie Apdal
- Dr Razali diarah bekal 3 nota klinikal HKL
- Ng "digerudi" oleh bekas bos dalam parti
- "Tanam tebu dibibir mulut" – Pemupa
- Skrip lama isu agama, kerjasama PAS-DAP muncul lagi di Galas
- DUN Galas: PAS masih ‘simpan’ isu royalti minyak
- Daftar pengundi baru naik mendadak, paras mirip pra-PRU 2008
- Umno perlu kuasai Galas buktikan ada sokongan Melayu, kata Ku Li
- Kes nafkah: AC Mizal ke penjara, denda RM1,500
- Penolakan PAS terhadap perpaduan dengan Umno ada asas, kata Nik Aziz
- Ahli Parlimen Ketawakan Jawapan Bodoh Nazri
- Karpal Yakin Keterangan Dr Razali Berbeza Dengan Catitan Di Dalam Nota Klinikal
- Samseng Umno Ugut, Halang Petugas Wanita KEADILAN Merayu Undi
- Surat Jemputan Debat Perdana Diserah Kepada Calon BN, Sapp
- Setiap undi akan direbut di Batu Sapi: Ongkili
- Hina mahkamah: Bekas IGP, ketua CID bebas
- SPR: 246,962 mendaftar sebagai pengundi baru
- PKR: Tak adil calonkan suri rumah
- KDN: Komik Zunar boleh mudarat ketenteraman
- Chua: Ada pemimpin Umnotak berapa cerdas
- Patologi: Peluru tembusi tengkorak Aminul
- Tiada cadangan sediakan saluran TV khas negeri
- 179 korban tsunami, Merapi meletus
| Musa enggan layan cabaran Yong berdebat isu autonomi Posted: 28 Oct 2010 06:25 AM PDT BERNAMA SANDAKAN: Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata beliau tidak mahu melayan cabaran presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee untuk berdebat dengannya mengenai 'Sabah Untuk Orang Sabah' dan autonomi. Musa berkata debat seperti itu tidak ada faedahnya ketika mengulas mengenai cabaran Yong yang mahu berdebat dengannya mengenai isu berkenaan Ahad ini di Dewan Hakka. Terdahulu ketika berucap sempena program perasmian Menkoperasikan Rakyat (1Komuniti 1Koperasi) di sini, Musa menyifatkan tindakan Yong menimbulkan isu 'Sabah untuk orang Sabah' dan autonomi Sabah dalam kempen pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi sebagai syok sendiri. Musa yang juga Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil berkenaan berkata Yong sengaja memainkan isu berkenaan semata-mata untuk memancing undi supaya dia dapat menjadi ketua menteri. "Siapa tidak kenal Yong Teck Lee. Semasa jadi Ketua Menteri Sabah, dia tidak pernah pun sebut autonomi. Bohong saja. Dia cuma mahu jadi Ketua Menteri. Saya mahu tanya, pernah dia datang ke mari (Kampung Karamunting) semasa dia Ketua Menteri?" katanya yang disambut dengan sorakan 'tidak'. Turut hadir calon Barisan Nasional bagi Batu Sapi Datin Linda Tsen Thau Lin. Sehubungan itu Musa mengingatkan rakyat khususnya pengundi Batu Sapi supaya tidak terpedaya dengan kata-kata Yong yang juga bekas ketua menteri kerana tujuannya cuma mahu mendapat kuasa. Beliau berkata slogan 'Sabah for Sabahan' yang didendangkan Yong cuma bertujuan mengelirukan rakyat kerana sudah terbukti SAPP tidak membawa apa-apa pembangunan untuk rakyat. Musa berkata, slogan SAPP itu sama sekali berlainan dengan aspirasi kerajaan pusat yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang telah memberi peruntukan besar kepada Sabah kerana menyedari keperluan negeri kedua terbesar di negara ini. Katanya dalam Rancangan Malaysia Kesembilan sahaja, kerajaan pusat meluluskan RM15 bilion untuk pembinaan pelbagai infrastruktur ekonomi, sosial dan pendidikan untuk rakyat Sabah termasuk jalan raya, elektrik sekolah dan banyak lagi. Musa berkata kerajaan juga sedang membangunkan Sandakan sebagai hab pendidikan dengan membawa kampus cawangan Universiti Malaysia Sabah ke Sandakan di samping membina politeknik dan Maktab Rendah Sains Mara di daerah itu. Katanya, Yong bukan sahaja gagal membela rakyat semasa beliau menjadi Ketua Menteri malah ketika memegang jawatan menteri dalam kabinet Sabah, dia juga gagal berbuat demikian. | |||||||
| Kutipan hasil pasir di Selangor meningkat Posted: 28 Oct 2010 05:14 AM PDT FREE MALAYSIA TODAY
Beliau berkata pendapatan itu termasuk bayaran royalti dan keuntungan Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB), syarikat kerajaan negeri yang menguruskan perniagaan pasir di negeri itu.
Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di sini semalam, beliau berkata KSSB telah memperoleh keuntungan sebelum cukai sebanyak RM8 juta pada tahun lepas manakala keuntungan sebelum cukai pada enam bulan pertama tahun ini ialah RM10.3 juta. Khalid berkata, usaha memantau dan membanteras operasi perlombongan haram melibatkan Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS) serta Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) yang sering mengadakan pemantauan bersama dengan pihak polis. "Kerajaan negeri juga mengalu-alukan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk bersama terlibat dalam operasi sebegini. Menurut beliau, sejak Januari hingga 26 Oktober lalu, sebanyak 96 tangkapan dibuat oleh PTGS dan PDT kerana kesalahan perlombongan tanpa lesen. "Tangkapan tersebut dilakukan di beberapa lokasi "hotspot" yang dikenalpasti menjadi tumpuan penyangak pasir. Tempat "hotspot" tersebut menjadi tumpuan pencuri pasir kerana kualiti pasir dan permintaan pasir yang tinggi di pasaran dewasa ini," terang beliau. Ujar beliau, "kita mahu memastikan pentadbiran kerajaan negeri adalah bersih dan berada di landasan yang betul serta tidak lagi wujud unsur-unsur rasuah, salah urus tadbir dan pembaziran." | |||||||
| Mukhriz Mahathir ganti Shafie Apdal Posted: 28 Oct 2010 05:13 AM PDT
Oleh Muda Mohd Noor KUALA LUMPUR: Anak mantan perdana menteri, Datuk Mukhriz Mahathir disebut-sebut akan dilantik menjadi pengerusi perhubungan Umno Kedah yang baru. Beliau akan menggantikan pengerusi sekarang, Datuk Seri Shafie Apdal yang juga naib presiden Umno dalam satu rombakan tidak lama lagi.
Dalam Perhimpunan Agung Umno minggu lalu, Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan satu rombakan pelbagai peringkat Umno akan diadakan. Rombakan itu dipercayai sebagai menghadapi pilihan raya umum (PRU) yang dijangka diadakan pada tahun depan. Shafie yang juga menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menjadi pengerusi perhubungan Umno Kedah setahun lalu dalam satu rombakan yang dibuat Najib sebaik beliau dilantik sebagai perdana menteri dan presiden Umno pada April 2009. Kedah jatuh ke tangan PAS dalam PRU 2008 mengakhiri penguasaan BN di negeri itu sejak negara merdeka pada 1957. Empat lagi negeri yang dikuasai pembangkang selepas PRU 2008 ialah Selangor, Pulau Pinang dan Perak. Bagaimanapun, Barisan Nasional berjaya merampas semula Perak akhir tahun lalu manakala PAS memerintah Kelantan sejak PRU 1990. Mukhriz adalah ahli parlimen Jerlun dan timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri. Bagaimanapun, beliau gagal dalam perebutan jawatan ketua Pemuda Umno, Mac tahun lalu. Kepimpinan Mukhriz diterima Kepimpinan Mukhriz akan diterima kerana pengaruh ayahnya Tun Dr Mahathir Mohamad yang besar di Kedah. Sumber memberitahu Mukhriz masih muda dan dengan pengaruh ayahnya akan menjadi pemimpin besar satu hari nanti manakala Shafie gagal memulihkan Umno Kedah sebagaimana yang diharapkan. "Beliau tenggelam di sebalik pengaruh bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mahadzir Khalid yang kini menjadi ahli dewan undangan negeri Pedu dan ketua pembangkang di DUN Kedah. "Selain kekurangan masa, Shafie juga dikatakan tidak mendapat sokongan daripada pemimpin Umno Kedah ekoran pengaruh Mahadzir. Lagi pun Shafie orang Sabah dan bukannya orang Kedah," kata sumber itu lagi. Baru-baru ini, Shafie dilaporkan sebagai berkata, beliau sedia melepaskan jawatan ketua perhubungan Umno Kedah kerana jawatan itu bersifat sementara | |||||||
| Dr Razali diarah bekal 3 nota klinikal HKL Posted: 28 Oct 2010 05:12 AM PDT FREE MALAYSIA TODAY
KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes liwat yang membabitkan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan tengahari ini kembali tegang. Ketegangan itu ekoran Dr. Mohd Razali Ibrahim di kandang saksi mengaku bahawa beliau membuat pemeriksaan ke atas Saiful tanpa terlebih dahulu mendapatkan maklumat sejarah perubatan dari saksi utama itu.
Menurut Peguambela Sankara Nair, prosedur lazim dalam pemeriksaan sepatutnya memerlukan seseorang doktor terlebih dahulu mendapatkan sejarah laporan perubatan, bukannya terus melakukan pemeriksaan fizikal seperti yang dinyatakan oleh Mohd Razali. Jawapan Mohd Razali itu mendorong Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah mengarahkan Ketua Peguambela, Karpal Singh menghentikan soalan balas ke atas Mohd Razali. Hakim mengarahkan demikian ekoran Mohd Razali dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) itu dilihat merujuk nota-nota perubatan miliknya yang tidak dibekalkan pada mahkamah. Mohd Razali kemudiannya diarah membekalkan tiga nota klinikal HKL berwajib kepada pasukan pendakwaan dan mahkamah pada pagi esok seperti yang dituntut oleh Karpal, Ketua Pendakwaraya. Semalam, Hakim Mohamad Zabidin menolak permohonan pendakwaan dengan alasan nota-nota perubatan terbabit tidak berhak dibekalkan kerana pemeriksaan ke atas saksi utama di HKL tidak pernah merujuk pada nota-nota tersebut. Walhal, Sankara Nair pada satu kenyataan media semalam berkata, laporan perubatan awal dari Hospital Pusrawi relevan untuk dirujuk bersama dalam perbicaraan tersebut. Ini kerana katanya, Mohd Razali di kandang saksi semalam telahpun mengaku bahawa beliau sendiri pergi ke Hospital Pusrawi untuk mendapatkan sejarah rekod perubatan Saiful Bukhari sebelum ini. | |||||||
| Ng "digerudi" oleh bekas bos dalam parti Posted: 28 Oct 2010 05:11 AM PDT KUALA LUMPUR: Menteri Pelancongan Dr Ng Yen Yen, yang menerima kritikan kerana berbelanja mewah ketika melawat ke luar negeri, kini kembali mendapat tumpuan, kali ini "digerudi" oleh bosnya dalam MCA, Ong Tee Keat. Dalam jawapan bertulis kepada Menteri Pelancongan, Ong (BN-Pandan) menyoal perincian lawatan rasmi Ng sejak beliau mengambil alih tugas daripada Azalina Othman Said pada 2009 dan apa kesannya yang beliau bawa kepada industri.
Menurut kementerian berkenaan, Ng membuat 16 lawatan rasmi, melibatkan 26 buah negara dan 61 bandaraya sehingga Oktober 2010. Secara keseluruhan, kesemua lawatan itu melibatkan perbelanjaan sebanyak RM3.25 juta. "Dan jumlah perbelanjaan lawatan beliau pada 2009 ialah RM1.67 juta dan RM1.58 juta di antara Januari hingga Oktober 2010," kata kementerian itu. Walaupun melibatkan kos yang melambung tinggi, kementerian itu berkata usaha beliau untuk meletakkan kedudukan negara ini pada tangga ke 10 dalam "10 Tertinggi Negara Yang Dilawati" berbanding di tempat ke 11 pada 2008. "Ini sesuatu yang membanggakan kerana Malaysia merupakan salah sebuah dari dua negara yang masuk dalam senarai tersebut," kata kementerian itu. Minggu lalu, Ng mempertahankan dirinya dari kritikan mengenai lawatan rasminya dengan menyatakan usaha peribadi beliau pergi menemui para pelancong membawa kepada peningkatan jumlah ketibaan pelancong pada kos promosi yang lebih rendah. Brosur Pavilion Expo di China memalukan Serangan ke atas Ng tidak terhenti di situ saja apabila dua ahli parlimen pembangkang mendedahkan hari ini bahawa brosur yang mempromosi Pavilion Malaysia di Expo Shanghai 2010, telah menarik perhatian daripada para pelancong, tetapi dengan pandangan yang negatif. Bercakap kepada para pemberita di lobi Parlimen hari ini, Teresa Kok (DAP-Seputeh) dan Anthony Loke (DAP-Rasah) berkata brosur dua muka surat itu diedarkan pada September lalu mengandungi beberapa kesilapan ejaan. Mereka memberitahu perkataan yang mudah seperti "multicultural", "Taman Negara", "invite", "country", "development", "pavillion" dan "visitors" dieja dengan salah pada muka depan brosur itu. Sebaliknya perkataan-perkataan itu dieja dengan "nulticultural", "Taman Nerara", "incite", "ctry", "decelopment", "pacillion" and "visitous", yang telah mencemar imej negara pada mata dunia. "Matlamat expo itu ialah untuk mempamer apa yang boleh disumbangkan oleh negara ini kepada ekonomi dunia. Malangnya tidak ada apa yang diperlihatkan oleh Pavilion Malaysia bagi tujuan ini," kata Loke. | |||||||
| "Tanam tebu dibibir mulut" – Pemupa Posted: 28 Oct 2010 05:07 AM PDT MIRI: Rancangan kerajaan untuk penempatan semula 1,000 orang masyarakat Penan yang terbabit dengan projek Empangan Murum di kawasan seluas 24,000 hektar disifatkan sebagai "menanam tebu dibibir mulut". "Kami tak tahu bagaimana kerajaan memutuskan untuk kawasan seluas itu tanpa berunding dengan kami terlebih dahulu," kata Ramlie Bujang, jurucakap Jawatankuasa Hal Ehwal Masyarakat Penan Peleiran-Murum (Pemupa).
Menteri Pembangunan Tanah James Jemut Masing baru-baru ini mengumumkan bahawa kerajaan akan mengasingkan 24,000 hektar tanah di hilir Murum untuk masyarakat Penan. "Pengumuman ini merupakan satu lagi janji manis menteri," kata Ramlie. Pemupa mewakili lebih 1,000 penduduk dari enam kampung Penan: Long Singu, Long Luar, Long Tangau, Long Pelutan (Menapa), Long Malim, Long Wat termasuk masyarakat Kenyah-Badeng dari Long Umba yang terlibat secara langsung dengan projek Empangan Hutan tebal semula jadi Masyarakat Penan memberi cadangan dan memberitahu kerajaan tentang kawasan penempatan semula yang menjadi pilihan mereka, yang mengandungi hutan tebal semula jadi yang luas. Ini termasuk kawasan Sungai Metalon di hilir Peleiran seperti yang dicadang oleh empat kampung – Long Singu, Long Luar, Long Tangau dan Long Pelutan (Menapa), di kawasan hilir Sungai Tegulang seperti yang dicadang oleh kampung Long Wat dan hilir kawasan Malim-Danum seperti yang dicadang oleh kampung Long Malim dan Long Umba. Beliau berkata kawasan-kawasan yang dicadangkan oleh masyarakat Penan itu sebagai kawasan-kawasan penempatan semula mereka ialah kerana kawasan-kawasan tersebut masih kaya dengan sumber hutan semula jadi bagi menampung kehidupan seharian mereka. "Kami mahu hutan di kawasan-kawasan ini dikekalkan dan bebas dari sebarang bentuk aktiviti pembangunan seperti pembalakan dan peladangan berskala besar," terang beliau. | |||||||
| Skrip lama isu agama, kerjasama PAS-DAP muncul lagi di Galas Posted: 28 Oct 2010 05:04 AM PDT ![]() Kain rentang mempersoalkan kerjasama DAP-PAS dan pendirian Pengerusi DAP Karpal Singh yang digantung di kawasan Gua Musang. PAS dakwa taktik itu digunakan oleh BN.
Sebagaimana pernah disaksikan ketika beberapa pilihan raya terdahulu termasuk di Hulu Selangor, kerjasama PAS dan DAP di bawah Pakatan Rakyat muncul lagi kali ini. Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan Abdul Fatah Harun berkata, BN akan menggunakan isu agama untuk menjatuhkan PAS dan mendapatkan sokongan daripada pengundi. "BN bukan sahaja akan gunakan isu agama untuk jatuhkan PAS tetapi sanggup gunakan apa sahaja cara dan isu termasuk isu perkauman. "Bukan ada peraturan dalam BN, bagi mereka semuanya halal. "Ini menunjukan BN sudah ketandusan isu apabila sanggup menggunakan isu agama dalam kempen mereka. Kita sudah tahu budaya BN, mereka sanggup gunakan agama untuk jatuhkan lawan," katanya. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai satu kain rentang yang dipamerkan di tepi jalan tertulis "'Karpal Singh Hina Perjuangan Islam', Kenapa PAS masih menyokong DAP (Harbi)?" Kain rentang itu juga mempamerkan laporan akhbar yang dibuat oleh Karpal Singh bertajuk "Mahu wujudkan negara Islam langkah mayat kami dulu — Karpal Singh". Dalam ceramah pertama kelmarin selepas kempen bermula, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, parti itu dan DAP menjalankan kerjasama selama ini adalah untuk membawa perubahan kepada negara. Dalam mencapai matlamat itu kata beliau, Parti Keadilan Rakyat (PKR) menjadi "jambatan" antara kedua-dua parti komponen Pakatan Rakyat itu. "Walaupun DAP bukan parti Islam tapi PAS menjalin kerjasama dengan DAP kerana mahu melakukan perubahan terhadap pimpinan kerajaan sekarang," kata beliau. Kerjasama PAS dan DAP menjadi kritikan Umno termasuk ketika Perhimpunan Agung Umno minggu lalu. Abdul Fatah juga berkata isu yang dibangkitkan ini adalah perkara lama dan rakyat sudah mengetahui perkara sebenar kerjasama antara PAS dan DAP. "Itu cerita lama, buat apa nak bangkitkan perkara lama. Kalau nak bangkitkan juga susahlah. "Terpulang kepada BN nak buat macam mana pun, ia tidak beri kesan kepada PAS. Rakyat sudah tahu perkara itu, mereka sudah cerdik. Saya percaya mereka tidak akan tertipu dengan taktik BN ini," katanya. Kerusi Galas kosong berikutan kematian penyandangnya dari PAS, Che Hashim Sulaima, 46, pada 27 September lepas akibat barah. Pengundian diadakan 4 November ini. Pilihan raya kecil kerusi DUN Galas menyaksikan pertarungan satu lawan satu yang mana BN meletakkan Setiausaha Umno Gua Musang Abdul Aziz Yusoff manakala PAS pula menurunkan pemangku Yang Dipertua PAS Gua Musang Dr Zulkefli Mohamad. Tambah Abdul Fatah, PAS dan BN sepatutnya berperang dengan menggunakan isu, bukan menggunakan agama sebagai alat untuk menjatuhkan lawan. "Kalau sebelum ini BN kata PAS ketandusan isu tapi sekarang nampaknya lain pula ceritanya. "Jadi mari kita lawan siapa yang mempunyai lebih banyak isu, tengok siapa yang menang," katanya. | |||||||
| DUN Galas: PAS masih ‘simpan’ isu royalti minyak Posted: 28 Oct 2010 05:02 AM PDT ![]() Hadi tidak menyentuh isu royalty minyak dalam ceramahnya malam tadi. — gambar fail
Sebelum ini ramai menjangkakan bahawa parti Islam itu akan membawa isu berkenaan walaupun pertikaian berkaitannya telah pun difailkan di mahkamah akhir Ogos lalu. Ketika menyampaikan ceramah di Kampung Baru di sini malam tadi, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang langsung tidak menyentuh hal berkaitan royalti minyak, sebaliknya lebih kepada isu nasional yang lain. Begitu juga ketika ceramah pada hari pertama kempen kelmarin. Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan Abdul Fatah Harun berkata isu royalti minyak hanya akan dibangkitkan apabila tiba masa yang sesuai. Beliau juga menolak bahawa isu royalti tidak akan dibangkitkan dalam kempen pilihan raya kecil PAS di Galas. "Isu banyak tapi kita akan lepas satu persatu, kalau kita rasa penting kita akan lepaskan dulu. "Buat masa ini isu minyak kita simpan dulu, kalau sudah sampai kita akan lepaskan dalam kempen dan ceramah kita. "Kita akan gunakan isu minyak ini, bukan tidak guna. Cuma kita tunggu kesesuaian keadaan," kata beliau. Abdul Fatah berkata masih terlalu awal untuk membangkitkan isu royalti minyak kerana banyak isu besar lain yang perlu diberikan keutamaan. "Setiap isu yang kita gunakan dalam kempen mengikut keadaan semasa, banyak masa lagi. Buat apa nak lepaskan semua isu sekali gus? "Strategi dan pendekatan berubah. Kita akan ikut keadaan kerana ia tidak statik. Dasar statik tetapi strategi tidak. "Jadi tidak perlu anda tanya bila akan bangkitkan isu ini (minyak), bila sampai masa nanti kita akan lepaskan. Anda akan tahu juga nanti. Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan isu yang bakal dibangkitkan dalam kempen pilihan raya kecil DUN Galas. Menurut Abdul Fatah, PAS tidak sesekali akan ikut rentak Barisan Nasional (BN) yang dlihat lebih agresif untuk mendapatkan sokongan pengundi. "Walaupun BN dah gunakan pelbagai cara untuk mendapatkan sokongan pengundi, kita tidak akan ikut rentah BN. "Kita ada cara tersendiri, kita akan bangkitkan isu mengikut keadaan," katanya. Pada Ogos lalu kerajaan negeri Kelantan memfailkan saman terhadap Petronas mendakwa syarikat petroleum nasional itu tidak membayar royalti — dianggarkan RM800 juta setahun sejak 2005 — terhadap hasil minyak diperoleh dari luar pesisir pantai Kelantan. Menurut kerajaan negeri Kelantan, tindakan Petronas itu bukan sahaja melanggar undang-undang sedia ada, tetapi juga mendakwa bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri memfailkan writ saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Kerusi Galas kosong berikutan kematian penyadangnya dari PAS, Che Hashim Sulaima pada 27 September lepas akibat barah. Pengundian diadakan 4 November ini. Pilihan raya kecil kerusi DUN Galas menyaksikan pertarungan satu lawan satu yang mana BN meletakkan Setiausaha Umno Gua Musang Abdul Aziz Yusoff manakala PAS pula menurunkan pemangku Yang Dipertua PAS Gua Musang Dr Zulkefli Mohamad. | |||||||
| Daftar pengundi baru naik mendadak, paras mirip pra-PRU 2008 Posted: 28 Oct 2010 04:58 AM PDT TERKINI THE MALAYSIAN INSIDER ![]() Peningkatan bilangan pendaftar baru menandakan orang ramai sudah "dijangkiti" demam pilihan raya. — gambar fail Perkembangan itu menandakan orang ramai juga sudah "dijangkiti" demam pilihan raya ketika banyak pihak meramalkan pilihan raya umum ke-13 akan diadakan pertengahan tahun depan. Sepanjang 2007 — tahun demam pilihan raya umum ke-12 — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima purata 300,000 permohonan setiap suku tahun. Jumlah semasa itu juga lebih tinggi berbanding 191,970 permohonan baru yang diterima sepanjang suku kedua tahun ini iaitu antara April dan Jun. Pada suku pertama iaitu Januari dan Mac lalu, suruhanjaya menerima 157,327 permohonan. Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yang turut mengakui peningkatan dalam jumlah pendaftar baru berkata, ia merupakan satu trend biasa atau normal menjelang pilihan raya umum. "Biasanya jumlah pengundi baru akan meningkat ketika menghampiri atau menjelang pilihan raya umum, saya gembira dengan peningkatan ini," kata beliau sambil menambah, peningkatan ini membabitkan semua pendekatan yang digunakan untuk mendaftar pemilih-pemilih baru. "Kesemua pendekatan seperti penggunaan penolong pendaftar, pejabat pos, kaunter-kaunter SPR... semuanya memperlihatkan peningkatan jumlah pengundi baru yang didaftarkan," katanya. Jelas beliau, kadar pendaftaran pengundi baru akan menurun selepas sesuatu pilihan raya umum. "Ini trend normal," katanya. Ketika ditanya sama ada SPR menjangkakan peningkatan dua kali ganda pada suku keempat tahun ini berbanding tempoh Julai hingga September, Abdul Aziz: "Sukar untuk dijangkakan, tetapi saya gembira dan berharap boleh mencapai tahap itu." Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, SPR berkata, dalam tempoh yang sama — Julai dan September lalu — seramai 32,494 pemilih sedia ada memohon pertukaran alamat pusat mengundi. Rang Daftar Pemilih Tambahan bagi suku tahun ketiga 2010 telah mula dipamerkan sejak semalam sehingga 2 Novemver di 997 tempat pameran di seluruh negara, kata SPR. Mereka yang baru memohon menjadi pemilih atau pemilih berdaftar yang telah memohon untuk pertukaran alamat pusat mengundi dinasihatkan untuk menyemak rang tersebut. "Mana-mana warganegara yang baru mendaftar sebagai pemilih tetapi mendapati nama mereka tidak tersenarai dalam Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Ketiga 2010, boleh membuat tuntutan dengan menggunakan Borang B," kata kenyataan itu lagi. Sementara itu, bagi mana-mana pemilih berdaftar di satu-satu bahagian pilihan raya yang hendak membuat bantahan ke atas kemasukan nama mana-mana orang dalam rang itu boleh membuat bantahan dengan mengisi Borang C. Antara tempat pameran rang daftar pemilih ialah Pejabat Pilihan Raya Negeri (14 tempat), Pejabat Pos Berkomputer (457 tempat), kompleks atau pejabat kerajaan (103 tempat), Pejabat Daerah atau Pejabat Tanah (157 tempat), Majlis Daerah atau Perbandaran (52 tempat), Dewan Serbaguna, Rukun Tetangga, Balai Raya, Kompleks Penghulu, Dewan (183 tempat) dan lain-lain tempat (30 tempat). Selain itu, SPR juga turut mempamerkan nama-nama pemilih yang akan dikeluarkan daripada Daftar Pemilih. "Asas SPR mengeluarkan nama pemilih berkenaan daripada Daftar Pemilih ialah kerana mereka ini didapati telah meninggal dunia, lucut hak warganegara dan telah bersara daripada Angkatan Tentera atau polis yang bermakna telah hilang kelayakan sebagai seorang pemilih pos dan sebagainya," kata SPR. Justeru, SPR memohon kerjasama waris untuk melaporkan kematian kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dengan segera serta membawa permit mengubur sebagai bukti kematian bagi membolehkan JPN mengeluarkan Sijil Kematian kepada waris. "Tanpa memperoleh pengesahan daripada JPN bahawa seseorang pemilih itu telah pun meninggal dunia, SPR tidak mempunyai kuasa untuk mengeluarkan nama-nama pemilih berkenaan daripada pengkalan data Daftar Pemilih," kata kenyataan itu. SPR juga menasihatkan pemilih-pemilih berdaftar untuk membuat semakan maklumat pendaftaran pemilih bagi memastikan pemilih-pemilih ini didaftarkan di lokaliti yang betul. Bagi pemilih-pemilih berdaftar yang sudah bertukar alamat tempat bermastautin, mereka digalakkan membuat permohonan pertukaran alamat pusat mengundi bagi membolehkan mereka mengundi di satu pusat mengundi berdekatan dengan tempat kediaman masing-masing. Permohonan pertukaran alamat pusat mengundi boleh dibuat di mana-mana pejabat pos berkomputer, kaunter-kaunter bergerak SPR, kaunter ibu pejabat SPR di Putrajaya atau di kaunter-kaunter pejabat pilihan raya negeri. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman web SPR atau menghubungi ibu pejabat SPR di talian 03-88856500 atau melalui faks 03-88889117 atau menghubungi mana-mana pejabat pilihan raya negeri. | |||||||
| Umno perlu kuasai Galas buktikan ada sokongan Melayu, kata Ku Li Posted: 28 Oct 2010 04:56 AM PDT THE MALAYSIAN INSIDER ![]() Ku Li menafikan bahawa projek perumahan yang dilancarkan oleh TPM di Gua Musang pada Ahad lalu merupakan projek "mi segera". — gambar fail
Oleh itu tegas beliau, Umno perlu mencapai kemenangan di Galas untuk membuktikan bahawa ia masih mendapat sokongan orang Melayu, yang dilihat terhakis banyak pada Mac 2008. BN kehilangan kerusi Galas di tangan PAS buat julung kali pada 8 Mac 2008. Penganalisis meramalkan PAS akan mengekalkan kerusi DUN Galas manakala BN akan menang di Batu Sapi. Tengku Razaleigh berkata, keputusan pada 4 November ini mungkin boleh menjadi ukuran penerimaan rakyat terhadap Umno selepas perhimpunan agung tahunan minggu lalu. "Mungkin, tetapi tidak boleh dijadikan ukuran juga, tinggal lagi kalau kita menang di sini apatah lagi dengan majoriti besar. "Tetapi tak tahulah dapat majoriti besar atau tidak. "Kalau ada perubahan, ia memberi signal bahawa rakyat mulai berubah sikap terhadap Barisan Nasional dan terutama sekali terhadap Umno. "Walaupun ada lebih 20 peratus pengundi bukan Melayu di sini, tetapi makna itu lebih besar," katanya. PAS menerajui kerajaan negeri sejak 1990. Dengan 20 peratus pengundi masyarakat Cina dan lebih kurang 18 peratus pengundi Orang Asli tetapi Galas terletak di negeri yang ramai penduduk Melayu. "Dan, kita juga hilang Kedah, negeri yang ramai penduduk Melayu dan orang Melayu di Terengganu sudah merujuk balik kepada Barisan pada pilihan yang lepas (2004). "Jadi, Umno sangat-sangat perlu kepada sokongan orang Melayu kerana ia parti Melayu. "Kalau negeri-negeri majoriti penduduk Melayu ini tidak memihak kepada Umno makna nampak janggal sikitlah Umno ini," kata beliau dalam temu bual dengan Utusan Malaysia disiarkan hari ini. Mengenai peluang bagi BN, Ketua Umno Gua Musang ini berkata, peluang "kita berganung kepada rakyat." "Kita rasa kita dapat mengatasi beberapa masalah yang dirasakan strategik untuk rakyat seperti perumahan, kehidupan dan sebagainya, umpamanya rumah murah yang kerajaan bina yang kebetulan pada pilihan raya. "Ini bukan diusahakan masa pilihan raya, ia diusahakan lebih lama dulu, cuma kita percepatkan pembinaannya, maka pilihan raya terjadi, begitulah," kata pengarah jentera pilihan raya jentera BN ini. Jadi, kata beliau, pihaknya berpendapat projek rumah ini akan mengubah pemikiran orang terhadap BN dan kerajaan BN kerana menawarkannya pada harga yang mampu dibeli atau dimiliki oleh orang-orang yang tidak mempunyai rumah. "Tujuan kita hendak mengatasi masalah setinggan di bandar Gua Musang yang sedang berkembang," katanya lagi. Sehubungan itu, Tengku Razaleigh juga menafikan projek perumahan yang dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyddin Yassin Ahad lalu sebagai projek "mi segera". "Tak segera, sudah lama diluluskan," katanya lagi. "Ia akan dilaksanakan di tiga kawasan, barangkali sebagai permulaan atau percubaan di Pagoh dan Pekan di Gua Musang. "Jadi, benda ini patut kita buat awal lagi tetapi kerana pelancaran Rancangan Malaysia Ke-10, tertangguh," katanya. Tengku Razaleigh berkata, beliau telah meminta agar projek itu dibuat seberapa segera yang boleh dan secara kebetulan diadakan pilihan raya kecil. "Kebetulan ada pilihan raya. Macam pemberian rumah kepada Orang Asli, saya pun nak buat dengan cepat," katanya lagi. | |||||||
| Kes nafkah: AC Mizal ke penjara, denda RM1,500 Posted: 28 Oct 2010 04:53 AM PDT THE MALAYSIAN INSIDER ![]() Shafnie Zainuddin menuntut nafkah daripada bekas suaminya. – Gambar ihsan limauais.com Hakim Syarie Abdul Halim Abdullah turut memerintahkan pengacara itu didenda RM1,500 selepas mendapati beliau melanggar dan menghina mahkamah kerana gagal mengemukakan akaun tahunan syarikatnya. Permohonan terhadap bekas pengacara Akademi Fantasia dikemukakan oleh bekas isterinya, Shafnie Zainuddin. Ia berhubung kes komital atau perintah memenjarakan yang difailkan oleh Shafnie kerana menghina mahkamah selepas gagal membayar nafkah anaknya seperti yang diperintahkan. Bagaimanapun laporan Berita Harian Online menyebut, AC Mizal tidak dipenjarakan selepas akur dengan membayar nafkah tertunggak RM9,800 dan denda RM1,500. AC Mizal berkahwin dengan Emelia Rosnaida kemudian. Shafnie dan AC Mizal atau nama sebenarnya Mizal Zaini berkahwin pada 24 Jun 1995 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad Shafiq Iman, 13, dan Muhammad Shabil Iman, 10, sebelum disahkan bercerai pada 17 Oktober 2001. Dalam permohonan mengubah tuntutannya awal bulan ini, Shafnie yang diwakili peguam syarie, Mohd. Ridhwan Husin menuntut agar jumlah RM300 sebulan bagi dua orang anak diubah kepada RM3,770 sebulan. Ia merangkumi makan minum bulanan sebanyak RM400, pengangkutan (RM240), insurans pendidikan (RM1,000), pembantu rumah (RM200), pengajian al-Quran (RM280), dana amanah pendidikan (RM1,000) dan sewa atau ansuran rumah (RM650). Selain itu, dia meminta perbelanjaan tahunan berjumlah RM9,000 yang merangkumi pakaian (RM3,000), perubatan (RM1,500), yuran sekolah atau tuisyen (RM500), aktiviti kokurikulum (RM1,000) dan hiburan serta percutian (RM3,000). Selain kes itu, mereka mempunyai satu lagi kes yang melibatkan isu tunggakan nafkah dua anak mereka yang berjumlah RM50,000 di mahkamah yang sama. | |||||||
| Penolakan PAS terhadap perpaduan dengan Umno ada asas, kata Nik Aziz Posted: 28 Oct 2010 04:53 AM PDT BERNAMA
Menteri Besar Kelantan itu (gambar) berkata, PAS menyertai Barisan Nasional (BN) sekitar tahun 70-an itu atas jemputan Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdul Razak Hussein dan bukan PAS yang mahu menyertai gabungan itu. "PAS tidak pernah meminta untuk bersatu dengan Umno apabila menyertai BN ketika itu... malah ketika 'ditendang' dari BN, kita tidak diajak untuk berbaik-baik semula sehinggalah selePAS pilihan raya umum ke-12 lalu," katanya kepada pemberita di pejabatnya di Kota Darulnaim, di sini, hari ini. Nik Aziz berkata, PAS pernah berbaik-baik dengan Majlis Perundingan Cina (CCC) selePAS Umno tidak menjemput PAS semula menyertai gabungan itu. Beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang membidas PAS kerana dikatakan terus mengeluarkan 'fatwa' sesuka hati berhubung kerjasama UMNO dengan MCA dalam BN. Dalam kenyataannya di Gua Musang semalam, Timbalan Presiden Umno itu dilaporkan berkata, PAS menganggap kerjasama Umno dengan MCA adalah salah tetapi pada masa sama 'menghalalkan' kerjasama PAS dengan DAP. Ini membuktikan pemimpin PAS suka membuat 'fatwa' sesuka hati mengikut kepentingan politik mereka, katanya. Menurut Nik Aziz, tindakan PAS menyertai BN sebelum ini menimbulkan perpecahan di kalangan PAS di mana wujud empat kumpulan di kalangan penyokong parti itu, termasuk Islah, Hamim dan Berjasa. Katanya, selePAS itu PAS ditendang keluar daripada parti gabungan BN itu sehingga bekas Presidennya, Datuk Asri Muda dilucutkan daripada Menteri Kemajuan Tanah dan Wilayah. Beliau juga berkata, PAS mempunyai asas yang kukuh untuk bersekongkol dengan DAP dan pernah keluar dari gabungan itu bila DAP gagal menerima perjuangan PAS sehinggalah mereka kembali semula selePAS memahami konsep perjuangan PAS. | |||||||
| Ahli Parlimen Ketawakan Jawapan Bodoh Nazri Posted: 28 Oct 2010 04:03 AM PDT
| |||||||
| Karpal Yakin Keterangan Dr Razali Berbeza Dengan Catitan Di Dalam Nota Klinikal Posted: 28 Oct 2010 04:02 AM PDT
| |||||||
| Samseng Umno Ugut, Halang Petugas Wanita KEADILAN Merayu Undi Posted: 28 Oct 2010 04:01 AM PDT
| |||||||
| Surat Jemputan Debat Perdana Diserah Kepada Calon BN, Sapp Posted: 28 Oct 2010 03:58 AM PDT
| |||||||
| Setiap undi akan direbut di Batu Sapi: Ongkili Posted: 28 Oct 2010 03:54 AM PDT
Beliau berkata apabila BN dan PBS mengekalkan kerusi kawasan Batu Sapi, ia akan membolehkan rakyat terus menikmati pembangunan yang selama ini dikecapi di bawah kerajaan BN. Pentadibran BN di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah melaksanakan pelbagai langkah untuk meningkat kualiti kehidupan dan kebajikan rakyat menerusi pelbagai perancangan seperti Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), Bidang Utama Ekonomi Negara (NKEA) dan Model Baru Ekonomi (MBE). "Sabah dan Sarawak diberi tumpuan khas dalam program-program ini yang akan menjadi kenyataan sekiranya disokong oleh rakyat. Kepimpinan BN ikhlas dalam visinya untuk negara termasuk Sabah and Sarawak yang diberi perhatian khas," katanya kepada Bernama. Ongkili berkata kerajaan sedang bekerja keras untuk mengenal pasti apa yang perlu dilakukan bagi meningkatkan pembangunan ekonomi negara dan memastikan rakyat mendapat manfaat dari segi kebajikan sosiekonomi yang digaris di bawah NKRA. "Inilah masanya untuk kita maju ke depan dan bukan berundur ke belakang. Justeru itu, BN dan PBS berharap pengundi di Batu Sapi memahami hakikat ini apabila mengundi kelak. "Bagi PBS, terbukti ia mempunyai rekod yang baik sebagai rakan yang berharga kepada pakatan Barsian Nasional," katanya yang juga Pengarah PBS bagi pilihan raya tersebut. Menurutnya: "Pembangunan di Sandakan ketika ini adalah kerana BN dan tanya pula apa yang telah dilakukan oleh pembangkang kepada Sandakan. "SAPP (Parti Progresif Sabah) dan PKR (Parti Keadilan Rakyat) hanya mahu menang kerusi untuk kepentingan mereka. Mereka tidak boleh membantu rakyat kerana mereka tidak mempunyai sokongan daripada kerajaan negeri dan persekutuan. "Sebaliknya PBS yang merupakan rakan dalam pakatan BN merupakan saluran yang terbaik untuk ini. Bagi kami, kami akan meneruskan perjuangan untuk rakyat di Batu Sapi." Ongkili berkata calon BN dari PBS iaitu Datin Linda Tsen merupakan pilihan terbaik untuk pengundi tambahan pula beliau mempunyai rekod yang bersih. "Seorang graduan UK (United Kingdom), Tsen merupakan ibu yang penyayang dan akan menambah perwakilan wanita dalam Parlimen. "Beliau seorang wanita yang tabah yang mengambil tanggungjawab untuk meneruskan urusan kerajaan yang belum selesai di Batu Sapi yang ditinggalkan oleh mendiang suaminya. "Beliau komited kepada Sandakan yang merupakan tempat tinggalnya, tidak seperti calon SAPP dan PKR," katanya mengenai Naib Ketia Wanita PBS itu. Tsen akan menentang Presiden SAPP yang mewakili SAPP, Yong Teck Lee yang juga bekas Ketua Menteri Sabah dan Ketua PKR Tuaran, Ansari Abdullah dalam pilihan raya yang diadakan berikutan kematian suami Tsen selaku penyandang Wakil Rakyat Batu Sapi, Datuk Edmund Chong yang terbabit dalam kemalangan jalan raya 9 Oktober lalu. | |||||||
| Hina mahkamah: Bekas IGP, ketua CID bebas Posted: 28 Oct 2010 03:52 AM PDT
Keputusan itu dibuat oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dengan kehadiran Musa dan Bakri yang dinamakan sebagai responden dalam notis usul secara ex-parte (sebelah pihak) yang dikemukakan oleh R Muniyandi, 26, dari Kluang, Johor dan dan B Sasinthiran, 28, dari Kuala Selangor.
"Dalam kedua-dua permohonan, telah dinyatakan dalam writ habeas corpus yang diserahkan kepada Pusat Pemulihan Akhlak Simpang Renggam Johor dan bukan kepada kedua-dua individu yang didakwa mennghina mahkamah," kata hakim Mohd Sofian. Katanya, berikutan itu, mereka tidak boleh dipersalahkan dengan penahanan semula kedua-dua individu terbabit.
Sasinthiran dan Muniyandi telah ditahan mengikut Ordinan Darurat atas dakwaan terbabit dengan gengsterisme dan kegiatan-kegiatan jenayah lain, memulakan permohonan untuk mendakwa Musa dan Bakri dengan tuduhan menghina mahkamah kerana tidak mengendahkan perintah mahkamah membebaskan mereka yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi. Mereka telah ditahan semula di luar pusat tahanan Simpang Renggam, di Johor sebaik sahaja dibebaskan selepas surat perintah mahkamah diserahkan kepada pihak berkuasa di pusat tahanan terbabit. Kedua-dua Musa dan Bakri yang memakai sut kelabu masuk dan meninggalkan mahkamah melalui pintu tepi bagi mengelakkan ramai jurugambar yang menunggu untuk merakamkan gambar mereka. Kedua-dua merteka tersenyum apabila hakim membacakan penghakimannya dan beredar sebelum wartawan sempat menemu-bual mereka. | |||||||
| SPR: 246,962 mendaftar sebagai pengundi baru Posted: 28 Oct 2010 03:49 AM PDT
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) berkata dalam tempoh yang sama, 32,494 pemilih sedia ada memohon pertukaran alamat pusat mengundi. Rang Daftar Pemilih Tambahan bagi suku tahun ketiga 2010 telah mula dipamerkan sejak semalam sehingga 2 Nov di 997 tempat pameran di seluruh negara, menurut kenyataan SPR hari ini.
"Mana-mana warganegara yang baru mendaftar sebagai pemilih tetapi mendapati nama mereka tidak tersenarai di dalam Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Ketiga 2010, boleh membuat tuntutan dengan menggunakan Borang B," petik kenyataan itu. Sementara itu, bagi mana-mana pemilih berdaftar di satu-satu bahagian pilihan raya yang hendak membuat bantahan ke atas kemasukan nama mana-mana orang di dalam rang itu boleh membuat bantahan dengan mengisi Borang C. Antara tempat pameran rang daftar pemilih ialah Pejabat Pilihan Raya Negeri (14 tempat), Pejabat Pos Berkomputer (457 tempat), kompleks/pejabat kerajaan (103 tempat), Pejabat Daerah/Pejabat Tanah (157 tempat), Majlis Daerah/Perbandaran (52 tempat), Dewan Serbaguna/Rukun Tetangga/Balai Raya/Penghulu/Dewan (183 tempat) dan lain-lain tempat (30 tempat). Selain itu, SPR juga turut mempamerkan nama-nama pemilih yang akan dikeluarkan daripada Daftar Pemilih. "Asas SPR mengeluarkan nama pemilih berkenaan daripada Daftar Pemilih ialah kerana mereka ini didapati telah meninggal dunia, lucut hak warganegara dan telah bersara daripada Angkatan Tentera/Polis yang bermakna telah hilang kelayakan sebagai seorang pemilih pos dan sebagainya," kata SPR.
"Tanpa memperolehi pengesahan daripada JPN bahawa seseorang pemilih itu telah pun meninggal dunia, SPR tidak mempunyai kuasa untuk mengeluarkan nama-nama pemilih berkenaan daripada pengkalan data Daftar Pemilih," kata kenyataan itu. SPR juga menasihatkan pemilih-pemilih berdaftar untuk membuat semakan maklumat pendaftaran pemilih bagi memastikan pemilih-pemilih ini didaftarkan di lokaliti yang betul. Manakala bagi pemilih-pemilih berdaftar yang sudah bertukar alamat tempat bermastautin, mereka digalakkan membuat permohonan pertukaran alamat pusat mengundi bagi membolehkan mereka mengundi di satu pusat mengundi berdekatan dengan tempat kediaman masing-masing. Permohonan pertukaran alamat pusat mengundi boleh dibuat di mana-mana pejabat pos berkomputer, kaunter-kaunter bergerak SPR, kaunter ibu pejabat SPR di Putrajaya atau di kaunter-kaunter pejabat pilihan raya negeri. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman web SPR di www.spr.gov.my atau menghubungi ibu pejabat SPR di talian 03-88856500 atau melalui faks 03-88889117 atau menghubungi mana-mana pejabat pilihan raya negeri. | |||||||
| PKR: Tak adil calonkan suri rumah Posted: 28 Oct 2010 03:48 AM PDT
Ketika sidang media di Bandar Ramai-ramai hari ini, pengarah pilihan raya PKR, Fuziah berkata adalah tidak bertanggungjawab bagi BN untuk mencalonkan Tsen yang masih bersedih dan terpaksa membesarkan empat orang anaknya.
"Kalau saya jadi beliau, saya rasa cukup cukup tertekan kerana dipergunakan untuk jadi calon sedangkan tanggungjawab untuk mengantikan MP Batu Sapi adalah tanggungjawab parti, bukan tanggungjawap isterinya," katanya. Menurut Fuziah, sebagai seorang balu, Tsen bukan sahaja terpaksa memikirkan tentang dirinya tetapi juga kepentingan anak-anaknya. "Seorang balu perlu memikirkan tentang anaknya yang perlu menerima kematian seorang ayah yang mati secara mengejut, anak-anak yang masih dalam trauma, beliau yang masih dalam trauma, perlu berhadapan dengan pilihan raya yang begitu sengit, " katanya.
Tsen seorang suri rumah adalah juga guru piano sementara dipilih sebagai calon berdasarkan sentimen bahawa belai mampu meneruskan legasi suaminya. Dari segi politik, Tsen adalah ahli exco Wanita PBS. Beliau juga adalah timbalan pengerusi Wanita PBS bahagian Elopura. Dari segi kerjaya, beliau adalah pemain piano yang berbakat dan fello Kolej Muzik Trinitydan mengajar piano secara separuh masa. Mengulas kelayakan Tsen, Fuziah berkata balu itu tidak layak menjadi perwakilan di Dewan Rakyat. "Untuk meletakkan seorang suri rumahtangga untuk bertanding di Parlimen, saya rasa tidak adil, bukan mudah untuknya. Bukan mudah untuk berdebat di peringkat Parlimen," kata Fuziah. | |||||||
| KDN: Komik Zunar boleh mudarat ketenteraman Posted: 28 Oct 2010 03:46 AM PDT
"Isi kandungan tersebut dilihat mengandungi unsur-unsur tohmahan dan spekulasi serta tuduhan-tuduhan tidak berasas serta boleh menimbulkan kebencian dan kemarahan masyarakat terhadap pemimpin negara. "Ia juga jika diterbitkan boleh memudaratkan ketenteraman awam dan kepentingan negara," katanya. Gobalakrishnan ingin tahu mengapa Zunar tidak diberikan permit untuk menerbitkan karya kartunnya dan sama ada terdapat sebarang unsur yang mengancam keselamatan pada kandungan karya tersebut. | |||||||
| Chua: Ada pemimpin Umnotak berapa cerdas Posted: 28 Oct 2010 03:39 AM PDT
Katanya, pemimpin seumpama itu tidak mencerminkan pandangan pemimpin atasan Umno.
Chua berkata MCA tidak akan menyokong pemimpin akar umbi seumpama itu dan malah akan mencadangkan kepada pemimpin Umno agar mereka tidak dikemukakan sebagai calon pada pilihan raya umum akan datang. Katanya, pemimpin Umno itu gagal bertindak atas semangat BN bagi menjaga kepentingan semua kaum. "Ini (klip vedeo) memberitahu kita bahawa ada pemimpin akar umbi Umno yang tidak berapa cerdas dari segi politik. Mereka ini kurang bijak. Kita akan laporkan kepada perdana menteri. "Mereka tidak sepatutnya keluar. Kita akan ikuti kes ini. Mereka tidak tidak mewakili BN dan sepatutnya bersara dan pulang," kata Chua.
Menurut Johari, bagi membolehkan Umno menawan semula kerusi parlimen Titiwangsa, mereka memerlukan sokongan 70 peratus undi Melayu di sana. "Tuan-tuan, jika kita dapat 70 peratus daripada 32,000 undi Melayu, maka kita tidak lagi perlu undi Cina dan India," kata Johari sambil disambut tepukan gemuruh daripada hadirin di majlis itu. Ketika berita ini ditulis, video yang dimuat-naik di Youtube itu telah menarik minat 50,000 orang menontonnya dengan 600 komen yang kebanyakan mereka membidas Johari. | |||||||
| Patologi: Peluru tembusi tengkorak Aminul Posted: 28 Oct 2010 03:38 AM PDT
Aminulrasyid Amzah, remaja yang mati beberapa bulan sebelum sempat meraikan hari jadi ke-15nya pada 26 April 2010, tidak ditembak dari jarak dekat.
Katanya juga, tiada kesan terbakar - satu ciri ketara dalam luka yang ditembak dari jarak dekat. "Saya juga dimaklumkan oleh pegawai penyiasat terdapat lubang peluru di cermin belakang kereta (dipandu Aminulrasyid)," katanya. Khairul berkata remaja berkenaan mati "beberapa saat atau minit" selepas peluru mengenai bahagian kiri belakang tengkoraknya dan menembusi otak sebelum keluar dari tengkorak daripada bahagian kanan, berhampiran keningnya.
Katanya lagi, beliau menerima mayat remaja itu pada jam 5.55 pagi 26 April 2010 dan badannya sudahpun kaku, menunjukkan Aminulrasyid sudah mati lebih empat jam. Pada jam 11.15 pagi tadi, mahkamah terpaksa ditangguhkan seketika kerana bilik mahkamah diselubungi bau darah kering selepas Khairul membuka sampul yang berisi baju kemeja-T, Aminulrasyid.
Aminulrasyid ditembak pada jam 1.30 pagi 26 April tahun lalu di Jalan Tarian 11/2, Shah Alam, kira-kira 50 meter dari persimpangan di rumahnya. Koperal Jenain Subi, 48, dituduh menembak mati remaja tersebut selepas keretanya dikejar polis dan berdepan dengan hukuman 30 tahun penjara jika sabit kesalahan. | |||||||
| Tiada cadangan sediakan saluran TV khas negeri Posted: 27 Oct 2010 11:02 PM PDT
Katanya, ini kerana permohonan lesen penyiaran bagi membuka stesen-stesen penyiaran radio dan televisyen adalah berdasarkan permintaan pasaran dan daya maju perniagaan sesebuah stesen. Bagaimanapun, katanya kerajaan sentiasa menggalakkan sebarang inisiatif dari pihak swasta yang mahu mewujudkan saluran khas bagi negeri-negeri. "Inisiatif Astro bagi menyediakan saluran khas bagi Sabah dan Sarawak adalah nisiatif syarikat berkenaan yang terpuji dan kerajaan sentiasa menggalakkan nisiatif berkenaan," katanya menjawab soalan Anggota Parlimen Tuaran, Datuk eri Panglima Mojilip Bumburing. Beliau ingin tahu sama ada kerajaan akan menyediakan saluran siaran radio taupun televisyen khas bagi negeri Sabah dan Sarawak sedangkan pihak Astro udahpun menyediakan saluran khas untuk kedua-dua negeri tersebut. Salang berkata bagi sektor radio dan televisyen awam, kerajaan telah enyediakan saluran yang menyiarkan sebahagian kandungan yang sesuai dengan egeri Sabah dan Sarawak. Dalam pada itu, beliau berkata kementerian akan melaksanakan Program erluasan Siaran Televisyen Bebas ke Udara Melalui Satelit ke kawasan pedalaman abah dan Sarawak yang akan dilancar sebelum akhir tahun ini bagi memperluaskan iaran Radio Televisyen Malaysia (RTM) ke kawasan-kawasan yang terlindung dan idak menerima siaran. | |||||||
| 179 korban tsunami, Merapi meletus Posted: 27 Oct 2010 11:00 PM PDT
Pihak berkuasa Indonesia merayu bantuan selepas tsunami melanda sebuah kepulauan, diikuti pula dengan letupan gunung berapi, mengakibatkan ramai yang terkorban dan ribuan lagi kehilangan tempat tinggal.
Sekurang-kurangnya 154 orang terkorban manakala kira-kira 400 lagi masih hilang, kata para pegawai. "Mereka kehilangan rumah masing-masing dan sekarang memerlukan banyak bantuan. Khemah tiba hari ini, tetapi kita masih perlukan banyak lagi," kata ketua pengurusan bencara daerah Sumatera Barat, Harmensyah. "Kita perlu mencari orang yang hilang secepat mungkin. Sebahagian daripada mereka mungkin telah menyelamatkan diri di kawasan pergunungan. Tetapi mungkin ramai juga yang telah dihanyutkan."
Para pegawai berkata hampir 29,000 orang menyelamatkan diri dengan berlindung di sekitar bandaraya Yogyakarta, tetapi ada kebimbangan mengenai nasib ribuan lagi penduduk yang enggan meninggal kampung mereka. Gempa bumi yang melanda Isnin lalu di kepulauan Mentawai - sebuah kawasan yang popular dengan aktiviti peluncuran, mencetuskan tsunami setinggi tiga meter (10 kaki) dan memusnahkan 10 buah kampung. Sementara itu ombak tsunami melonjak sejauh 600 meter ke daratan kepulauan Pagai Selatan, kata para pegawai. Di pulau Pagai Utara, sebuah pusat peranginan dan hampir 200 rumah musnah.
Presiden Susilo Bambang Yudhoyono memendekkan tempoh lawatan ke Vietnam untuk menghadiri sidang kemuncak pemimpin negara-negara Asean dan dalam perjalanan ke Mentawai. Menurut para pegawai, beliau dijangka tiba pada hari Khamis. |
| You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

GUA MUSANG — PAS menuduh Barisan Nasional (BN) sanggup melakukan apa sahaja bagi mencari kemenangan termasuk menggunakan isu agama sebagai alat dalam kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.



KOTA BAHARU – Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat menegaskan dasar parti itu untuk menerima dan menolak untuk bersatu dengan Umno dan sekali gus berbaik-baik dengan bukan Islam mempunyai asas yang kukuh.
KUALA LUMPURt - Ketua Oposisi, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas jawapan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz yang memberi alasan dangkal bahawa kegagalan Suruhanjaya Pilihan Raya mendaftarkan 4 juta pengundi disebabkan oleh faktor salah alamat.
KUALA LUMPUR - Ketua pasukan pembelaan, Karpal Singh yakin keterangan yang diberikan doktor pakar Hospital Besar Kuala Lumpur, Dr Mohd Razali Ibrahim adalah berbeza dengan apa yang tercatit dalam nota klinikal yang enggan diserahkan kepada pihak pembelaan.
SANDAKAN - Kumpulan perayu undi dan culaan wanita Parti Keadilan Rakyat yang membuat tugasan pilihan raya di Kampung Istimewa dekat sini tengahari tadi ditakutkan dengan tindakan ala gengster segerombolan ahli dan penyokong Umno dan Barisan Nasional yang menhalang dan menakut-nakutkan mereka daripada mendekati penduduk kampung.

SANDAKAN - Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) telah menyerahkan surat jemputan Debat Perdana kepada Barisan Nasional dan Parti Maju Sabah tengahari tadi.




















Tiada ulasan:
Catat Ulasan