DIALOG RAKYAT |
- 71.6 Peratus Kes Kemalangan Motosikal Libatkan Umur 15 sehingga 25 Tahun : JKJR
- Daerah Sepang Destinasi Seterusnya Program (GeMS) 2010
- Mahasiswa diberi amaran jika terlibat PRK Dun Galas, bagaimana kalau bantu Umno?
- Perpaduan kaum di negara ini dirosakkan oleh perkauman sempit Umno
- Ahli politik diingatkan tidak campur tangan: Khalid
- BN mampu menang besar
- Pas sedia pilih Orang Asli calon di Galas jika sesua: Husam
- SPRM Digesa Siasat Penyelewengan Air Di Negeri Kedah Darul Aman
- Datuk Siti Nurhaliza Tetap Berusaha Untuk Dapatkan Anak Walaupun Terpaksa Menggunakan Kaedah Tabung Uji (IVF)
- Calon Dun Galas : Penyokong Setia Tengku Razaleigh Bantah
- Bekas Setpol Liong Sik sertai PKR
- Selamat pulang Ku Li
- Ahli Umno di Kunak mahu calon BN tempatan
- PEMIMPIN UMNO BIAYA PEMBANGKANG?
- Gerakan WP sokong Koh, bidas Lim 'tak boleh pakai'
- SU PKR: Patuhi keputusan boikot Utusan
- Penyokong Kula anjur demonstrasi kutuk DAP
- Ahli Umno sabotaj mesyuarat PKR dikenalpasti
- Umno tegur Utusan lebih bertanggungjawab
- Galas: Dewan Ulamak akur siapa saja calon PAS
- Sidang meja bulat `wanita pertama’ 10 Okt
- Siapa di belakang kemenangan Khalid di Kuala Selangor?
- Orang Asli Dun Galas sedia bantu PAS
- Perbicaraan Mohamad Sabu ditangguh 29, 30 Nov
- Tahan wartawan: Polis terima surat Suhakam
| 71.6 Peratus Kes Kemalangan Motosikal Libatkan Umur 15 sehingga 25 Tahun : JKJR Posted: 06 Oct 2010 05:51 AM PDT BERNAMA KUALA LUMPUR : Sebanyak 71.6 peratus kes kematian yang melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal adalah golongan muda dalam lingkungan 15 hingga 25 tahun, kata KetuaPengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Datuk Suret Singh. Beliau berkata mangsa kemalangan tersebut tidak mempunyai kemahiran yang cukup dalam mengendalikan motosikal dan tidak memiliki lesen memandu yang sah. "Ini adalah antara hasil kajian yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS)," katanya kepada pemberita selepas mmerasmikan Klinik Keselamatan Menunggang Petronas di sini hari ini. Menurutnya fokus tentang kepentingan mengendalikan motosikal dengan selamat akan diutamakan kepada golongan muda dalam lingkungan umur tersebut selama dua tahun di seluruh Malaysia. "Kita nak wujudkan sikap utamakan keselamatan dan berharap ia dapat dipraktikkan secara berterusan dalam jangka masa beberapa tahun akan datang," katanya. Suret berkata kerjasama yang lebih erat akan dijalankan dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan juga badan bukan kerajaan (NGO) lain dalam memastikan keselamatan golongan tersebut lebih terjamin apabila menunggang atau membonceng motosikal. "Isu tentang kepentingan keselamatan anak-anak yang bermotosikal akan dibincangkan dengan ibu bapa. Usaha ini kita nak mula dari bawah iaitu daripada golongan komuniti terlebih dahulu dengan kaedah penyertaan masyarakat', kata beliau. Klinik itu yang dianjurkan bersama JKJR dan Kementerian Pengangkutan disertai 100 orang pelajar dari empat buah sekolah di sekitar Lembah Klang iaitu SMK Datok Lokman, SMK St. Gabriel, SMK Taman Maluri dan SMK Aminuddin Baki selama dua hari mulai hari ini. | |||||
| Daerah Sepang Destinasi Seterusnya Program (GeMS) 2010 Posted: 06 Oct 2010 05:44 AM PDT SELANGOR KINI SHAH ALAM : Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan akan mengadakan Program Jelajah Generasi Idaman Selangor (GeMS) pada 9 Oktober 2010 jam 8.30 pagi hingga 11.00 malam di Daerah Sepang dan seterusnya akan ke daerah-daerah lain selepas ini. Ia adalah susulan daripada pelbagai program menangani gejala sosial yang telah di rancang dan dilaksanakan sempena Program Motivasi Generasi Idaman Selangor 2010. Antaranya ialah Bicara Remaja, Sembang Santai dan Majlis Dialog Generasi Idaman Selangor, Program Sukan Interaktif untuk remaja, Gerakan Menulis Perdana yang telah dilancarkan oleh DYMM Sultan Selangor pada 26 Jun 2010 bersempena Hari Ilmu Selangor dan banyak lagi. Selain itu, Program Jelajah Ilmuwan pula akan dilaksanakan bertujuan untuk mendekatkan Ilmuwan dengan para pelajar serta berkongsi pengalaman kejayaan mereka kepada masyarakat khususnya golongan pelajar agar dapat menjadi dorongan dan semangat kepada para pelajar dan ahli masyarakat yang hadir untuk berjaya di dalam kehidupan. Pengunjung juga berpeluang untuk menghadiri temuduga terbuka melalui Program Jom Kerja yang akan diadakan pada hari tersebut bermula jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang bagi mengisi kekosongan jawatan dari peringkat SPM hingga Ijazah. Tujuan program ini diadakan adalah untuk menyediakan peluang kerjaya kepada masyarakat tempatan, selain itu dapat membantu syarikat – syarikat yang memerlukan pekerja khususnya ditahap kritikal dengan mendahulukan penglibatan dikalangan warga tempatan. Langkah proaktif dengan mewujudkan Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Sosial mendapat kerjasama semua pihak antaranya Pejabat Daerah, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), PEMADAM, Polis Diraja Malaysia Selangor (PDRM) dan Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK). Harapan Kerajaan Negeri, dengan terlaksananya Program Jelajah Generasi Idaman Selangor (GeMS) ini dapat merealisasikan hasrat dan inspirasi Kerajaan Negeri untuk melahirkan generasi yang berkualiti dan menjadikan Selangor Negeri Idaman, Maju dan Berkebajikan. | |||||
| Mahasiswa diberi amaran jika terlibat PRK Dun Galas, bagaimana kalau bantu Umno? Posted: 06 Oct 2010 05:41 AM PDT
Bernama - Mahasiswa UUM diberi amaran tidak libatkan diri di Galas Universiti Utara Malaysia (UUM) tidak akan bertolak ansur terhadap mahasiswanya yang melibatkan diri dalam kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas. Naib Canselor UUM, Profesor Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, pihak pengurusan universiti akan mengambil tindakan tegas, termasuk menggantung mahasiswa terbabit. Pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pengerusi Taman Teknologi Malaysia, Datuk Nasarudin Hashim di sini, semalam, berkata, tindakan tegas terpaksa diambil bagi memastikan pengajian mereka tidak terjejas akibat sibuk berpolitik. "Sebagai mahasiswa, mereka perlu mematuhi Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 yang melarang penglibatan pelajar dalam parti politik dan kesatuan sekerja. "Akta itu digubal demi kepentingan mahasiswa itu sendiri bagi memastikan pengajian mereka tidak terjejas. Tamatkan dulu pengajian sebelum melibatkan diri dalam politik atau berdepan dengan tindakan undang-undang, termasuk digantung pengajian mereka sebagai mahasiswa," katanya. | |||||
| Perpaduan kaum di negara ini dirosakkan oleh perkauman sempit Umno Posted: 06 Oct 2010 05:37 AM PDT Pengerusi Institut Pemikir Muda Malaysia, Saudara Hafez Sabri berkata, perpaduan kaum yang wujud selama ini cuba dirosakkan oleh fahaman perkauman sempit Umno terutama setelah mereka kehilangan sokongan daripada masyarakat Cina dan India selepas pilihanraya umum yang lalu.Justeru,beliau menyatakan anak muda Malaysia menolak pemikiran sempit umno yang boleh memecahkan kesatuan perpaduan kaum yang terdapat di negara ini. "Kami anak muda tidak akan benarkan mana-mana orang yang mengapi-apikan isu perkauman yang boleh merosakkan perpaduan kaum di negara ini. Bagi kami umno adalah punca sebenar yang merosakkan perpaduan rakyat antara melayu cina dan india yang berbilang kaum di negara ini" "Mereka mengamalkan fahaman rasis yang merosakkan usaha menyatu padukan rakyat," katanya ketika memberikan pandangan berkenaan gagasan anak muda terhadap masa depan Malaysia. Menurut Hafez Sabri lagi, Umno kini sudah berada di tahap kritikal kerana mereka berada dalam keadaan yang amat tersepit apabila kehilangan sokongan masyarakat bukan Melayu terutama masyarakat Cina yang begitu konsisten kepada Pakatan Rakyat sebagaimana yang ditunjukkan dalam beberapa pilihan raya kecil, sebelum ini. "Umno sekarang ini berada dalam keadaan yang amat tersepit akibat kehilangan sokongan masyarakat bukan Melayu terutama dari masyarakat Cina. Kita dapati sokongan orang bukan Melayu kepada Pakatan Rakyat begitu konsisten. Oleh sebab itu mereka mainkan isu perkauman," katanya. Mengenai masa depan untuk menguasai politik negara, Hafez Sabri anak muda begitu berkeyakinan pada pilihan raya umum akan datang rakyat akan memberikan sokongan sehingga membolehkan berlakunya perubahan politik besar-besaran. -TKO | |||||
| Ahli politik diingatkan tidak campur tangan: Khalid Posted: 06 Oct 2010 05:35 AM PDT SINAR HARIAN ONLINE ![]() SHAH ALAM – Ahli politik diingatkan supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan membabitkan kejadian bunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya bersama beberapa individu lain, yang dikaitkan dengan suspek utama. Peringatan itu disuarakan Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar kerana sebarang kenyataan akan mengganggu siasatan dan boleh menimbulkan kebimbangan orang ramai. "Bila berlaku sesuatu kes itu, biarlah kita jalankan siasatan terlebih dulu dan apa jua keputusan, kita akan umumkan kemudian. "Buat sementara waktu ini, bersabarlah dan jangan buat sebarang kenyataan yang boleh mengganggu apa jua siasatan kami," katanya ketika ditemui di majlis Rumah Terbuka Polis Kontinjen Selangor di sini, semalam. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam yang membuat sidang media berhubung kehilangan dua individu iaitu saudagar batu permata dari India, Muthuraja Allal Kanthan dan ahli perniagaan, S Anpalagan. Sementara itu, ketika diminta mengulas tindakan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mat Akin, beliau menegaskan, individu itu sepatutnya tidak membuat sebarang spekulasi. "Kita sudah cakap banyak kali. Kenapa perlu buat spekulasi? Siasatan kita akan selesai, jadi bersabarlah kerana kita tidak akan sembunyikan atau lindungi apa jua hasil siasatan," katanya. | |||||
| Posted: 06 Oct 2010 05:33 AM PDT SINAR HARIAN ONLINE ![]() SHAH ALAM – Barisan Nasional (BN) mempunyai peluang cerah memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas jika mencalonkan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah pada pilihan raya kecil di kawasan itu. Penganalisis politik, Dr Sivamurugan Pandian berkata, Tengku Razaleigh disifatkan sebagai 'otai' politik yang mempunyai banyak pengaruh dan sumbangan kepada penduduk di Gua Musang. "Ku Li adalah seorang pemimpin yang bertanggungjawab dengan segala keperluan masyarakat dan kerana itulah beliau amat popular serta menjadi daya penarik pengundi kawasan Galas. "Tindakan BN meletakkan Ku Li adalah keputusan tepat bagi merampas kembali kerusi yang sebelum ini milik Pas," katanya ketika dihubungi :Sinar Harian:, semalam. Menurutnya, kejayaan pemimpin veteran itu untuk memenangi kerusi itu juga bergantung kepada sokongan kuat tiga individu berpengaruh BN di Kelantan iaitu Datuk Seri Mustapa Mohamed, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin dan Tan Sri Annuar Musa. Beliau, yang juga Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), menolak dakwaan sesetengah pihak bahawa Tengku Razaleigh tidak layak bertanding di DUN. "Soal beliau kerabat diraja, bekas menteri kewangan dan bekas menteri Kabinet tidak menjadi halangan malah menjadi kekuatan kepada BN kerana Ku Li adalah seorang negarawan yang mempunyai kedudukan tinggi. "Dalam dunia politik, kedudukan seseorang tidak menjadi taruhan yang penting adalah bagaimana individu itu menarik pengundinya," katanya. Seorang lagi penganalisis politik, Dr Ahmad Nizamuddin Sulaiman berkata, meletakkan Tengku Razaleigh sebagai calon DUN di DUN Galas akan memberi keuntungan besar kepada BN berikutan banyak aspek yang boleh mendorong kepada kejayaan itu. "Ku Li adalah Ahli Parlimen Gua Musang dan pasti ramai pengundi yang akan menyokongnya. Selain itu, beliau kerabat diraja dan mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang politik. "Namun, adakah Ku Li akan bertanding? Pada saya, bertanding di kawasan yang kecil seperti Galas adalah seperti merendahkan kedudukannya sedangkan beliau orang penting negara dan pernah bertanding untuk jawatan Presiden UMNO pada 1987," katanya. Menurutnya, jika Tengku Razaleigh menang pada pilihan raya kecil itu kelak, beliau boleh dipertimbangkan untuk menjadi ketua pembangkang di DUN Kelantan. | |||||
| Pas sedia pilih Orang Asli calon di Galas jika sesua: Husam Posted: 06 Oct 2010 05:32 AM PDT SINAR HARIAN ONLINE KOTA BAHARU - Pas sedia memilih calon daripada kalangan Orang Asli untuk bertanding dalam pilihan raya termasuk pada pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas pada 4 November ini, kata Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan, Datuk Husam Musa. "Kita tidak menolak kemungkinan boleh memilih masyarakat Orang Asli sebagai calon, memandangkan mereka sudah mula menunjukkan minat dalam politik dan sikap mereka yang mula menerima arus pembangunan sebagaimana masyarakat moden," katanya. Husam berkata, sikap terbuka Pas menerima calon dari semua pihak dalam menghadapi pilihan raya selaras dengan dasar parti itu untuk semua. | |||||
| SPRM Digesa Siasat Penyelewengan Air Di Negeri Kedah Darul Aman Posted: 06 Oct 2010 05:24 AM PDT SEDAKA SEJAHTERA Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak menyerahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat apa yang didakwanya sebagai penyelewengan berhubung isu air semasa Barisan Nasional memerintah negeri itu. Beliau berkata pihaknya telah mengenal pasti banyak penyelewengan yang berlaku semasa pemerintahan BN membabitkan isu air dan setiap dakwaan adalah berasaskan fakta serta rekod. "Kita tengok banyak penyelewengan dari segi harga contohnya pembinaan loji air di Lubuk Buntar (dekat Kulim) untuk 25 juta liter air, kos sebenar pembinaannya ialah antara RM25 juta hingga RM30 juta, tapi wang yang dibelanjakan ialah RM65 juta. "Maklumat ini kita dapat secara tak rasmi, kalau nak yang rasmi SPRM kena cari," katanya kepada pemberita di Alor Setar hari ini. Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Nawawi Ahmad semalam bahawa pemimpin BN tidak takut dengan ugutan Azizan untuk mendedahkan mengenai penyelewengan berhubung isu air itu. Azizan berkata bukan tugasnya untuk membuat laporan kepada SPRM sebaliknya sesiapa sahaja boleh berbuat demikian kerana beliau telah membuat pendedahan mengenai penyelewengan itu. "Kerja lain banyak lagi nak buat. SPRM kan rajin, tengok (berdasarkan) kenyataan dalam blog pun mereka dah siasat," katanya.- Bernama | |||||
| Posted: 06 Oct 2010 05:14 AM PDT SEDAKA SEJAHTERA
SEJAK mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2006, sudah tidak terhitung jumlah soalan mengenai cahaya mata yang diajukan kepadanya. Setiap kali disoal mengani anak, jawapan Datuk Siti Nurhaliza tidak pernah berubah. "Masih belum ada rezeki. Insya-Allah, kalau diberikan rezeki untuk menimang cahaya mata, saya akan mengumumkan kepada semua pihak. Tiada apa yang perlu hendak saya rahsiakan." Itulah antara jawapan yang sering diberikan Siti kepada sesetengah pihak yang tidak pernah henti bertanyakan soalan itu kepadanya. Terfikir juga, adakah mereka tidak mengerti atau sengaja buat-buat tidak faham dengan jawapan Siti itu. Sebagai seorang bintang ternama negara, Siti tidak mungkin akan merahsiakan dan pasti akan memberitahu kepada semua pihak seandainya dia diberikan rezeki untuk menimang zuriatnya sendiri. Lewat ini, berita kononnya Siti kini sedang hamil kembali menjadi bualan gara-gara dia membatalkan sebuah konsert di Pulau Pinang yang sepatutnya berlangsung pada 25 September lalu. Ia dikuatkan lagi dengan surat sokongan daripada doktor pakar sakit puan dari Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur yang menyatakan Siti perlu berehat dan tidak dibenarkan menjalani aktiviti berat. Terbaru, Siti dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa dikatakan telah bertemu dengan seorang doktor pakar bagi mendapatkan nasihat ketika berbulan madu sebelum bulan Ramadan lalu. Bukan itu sahaja, penyanyi popular itu juga dikatakan telah diberikan dengan ubat kesuburan bagi membantu mempercepatkan lagi proses kehamilannya Semuanya adalah usaha Siti dan Khalid yang tidak pernah lelah untuk terus mencuba menimang cahaya mata mereka sendiri. Bertemu dengan tuan punya badan sewaktu majlis rumah terbuka anjuran SimplySiti di Restoran Saloma Bistro di ibu negara, baru-baru ini, Siti hanya tersenyum apabila diminta untuk mengesahkan berita tersebut. Dengan nada berhemah, Siti menafikan bahawa dirinya telah mendapatkan rawatan tersebut seperti mana yang dilaporkan. "Sewaktu bercuti ke sana, saya dan suami sempat berkunjung ke sebuah pusat akupunktur untuk mendapatkan rawatan alternatif. "Saya rasa tidak salah untuk kita mencuba rawatan lain selain daripada bertemu dengan doktor pakar. Seperti mana yang kita tahu juga, akupunktur ini memang baik untuk kesihatan dan kita dapat tahu masalah yang dihadapi. "Apatah lagi, kebaikan ubat dan akar kayu yang sering kali digunakan dalam rawatan itu juga dapat membantu melancarkan sistem dalam badan. Itu yang sebenarnya berlaku ketika di London dan bukannya mendapat rawatan kesuburan itu," luah penyanyi yang cukup masyhur dengan lagu Cindai ini tanpa selindung. Sudah menjadi seorang isteri selama empat tahun, untuk memegang portfolio sebagai ibu memang cukup diinginkan Siti. Sebagai hamba Allah, dia cukup sedar dan akur dengan Qada dan Qadar apabila membicarakan tentang soal cahaya mata. Terfikir juga tidak pernahkah Siti berasa bosan untuk menjawab soalan tentang anak daripada pihak yang seolah-olah tidak faham bahasa yang berterusan bertanyakan soal itu walaupun sudah dijawab berkali-kali oleh Siti. "Saya cukup sedar dan akur dengan kedudukan saya sebagai seorang artis dan apa sahaja tentang diri kita, masyarakat mahu ambil tahu. "Namun, saya tidak menyesal dengan apa yang berlaku kerana ini jalan yang saya pilih dan saya harus menghadapinya dengan tabah serta tenang. "Jadi, saya tidak boleh berasa marah mahupun geram apabila soal anak sering kali diajukan kepada saya. Apa yang berlaku hanya Allah sahaja yang tahu gelodak di dalam hati saya. "Insya-Allah, sampai waktu dan ketikanya, saya pasti akan mengumumkannya sebab ia adalah perkara yang baik. Teruskan berdoa untuk saya," pinta juara Bintang HMI 1995 ini dengan maksud yang cukup mendalam. Siti juga tidak menolak kemungkinan untuk menggunakan kaedah persenyawaan tabung uji (IVF) dalam usahanya untuk mendapatkan zuriatnya. Namun, semuanya bergantung kepada keadaan dan masa apabila difikirkannya perlu untuk mencubanya. | |||||
| Calon Dun Galas : Penyokong Setia Tengku Razaleigh Bantah Posted: 06 Oct 2010 02:09 AM PDT Oleh Mohd Sayuti Omar BEBERAPA orang kuat dan sang setia Tengku Razaleigh Hamzah menzahirkan rasa kurang senang terhadap tindak tanduk pemimpin Umno yang tiba-tiba mengingati dan memuji kehebatan ahli Rata-rata mereka yang menghantar SMS atau mengirimkan email kepada saya melahirkan rasa kesal serta menyelar sikap hipokrit mereka itu yang memuji Tengku Razaleigh disaat terjempit. Kata Nik Aziz cadangan itu cuba menjatuhkan maruah Tengku Razaleigh sebagai tokoh politik berpengalaman dan tokoh sanjungan Umno Kelantan. | |||||
| Bekas Setpol Liong Sik sertai PKR Posted: 06 Oct 2010 01:52 AM PDT Seorang Veteran Umno yang juga bekas Setiausaha kepada pemimpin BN di pelbagai kementerian, Tuan Hj Md Noor Daud mengishtiharkan keluar Umno dalam satu majlis Aidilfitri anjuran PKR Cabang Rembau di Negeri Sembilan pada 26 September lalu. | |||||
| Posted: 06 Oct 2010 01:52 AM PDT Oleh Sakmongkol AK47 Ku Li — bade kuat, serupo gagah.Tengku Razaleigh Hamzah akan pulang ke tanah air pad Tambahan pula, kata Aspan, ramai muka tembok dan mamat Umno yang lain sudah merancang menyambut Ku Li. Maka lebih elok, orang seperti kita berundur ke belakang. Sekurang kurang nya, kita dapat mengenal pasti muka muka hipokrit dalam Umno. Saya tidak fikir Ku Li akan merasa tersinggung jika Aspan tidak berada di KLIA. Saudara Lokman dan Tuan Hj Ridhuan akan berada disana. Jika selalu nya Ku Li keluar masuk KLIA secara incognito, kali ini dia kembali dengan sambutan yang luar biasa. kali ini, selain dari orang orang yang kita sebut diatas, kepulangan Ku Li mungkin di sambut oleh ramai orang. UmnoKelantan yang di ketuai Mustafa Mohamad di katakan akan menanti ketibaan Ku Li. Mus akan mencium tangan Ku Li. Mustafa Mohamad adalah KETUA PERHUBUNGAN UMNO Negeri Kelantan akan mencium tangan Ku Li, seorang KETUA BAHAGIAN. Yang hendak di lakukan oleh Mus dan Teuku Adnan, adalah perlakuan yang sangat sangat un-Umno. Perangai Umno yang 'second nature' ialah melupakan jasa pemimpin nya yang terdahulu. Perangai yang kesemulajadian ke2 ialah mengenepikan orang. Maka, sebab itu, perangai Mustafa Mohamad dan pimpinan Umno yang lain, saya katakan sebagai perlakuan yang luar biasa. Hipokrasi ialah second nature kepada majority pimpinan Umno. Beberapa bulan lalu Ku Li adalah pemimpin Umno yang hampir di pecat dari Umno. Hampir semua warga Umno menuduh Ku Li sebagai pengkhianat kepada perjuangan parti Umno. Kenapa ada perubahan drastic ini? Saya tidak fikir perasaan menyampah kepada Ku Li sudah bertukar menjadi kasih sayang. Ini bukan perlakuan tipikal orang Umno. Orang Umno bersetia kepada yang memegang kuasa yang boleh memberi imbuhan. Ku Li yang tidak ada kuasa, boleh beri apa kepada mamat2 Umno? Jadi suara suara yang sekarang ini berdendang sayang memuji Ku Li, bukan melakukan nya kerana mereka sayang kepada Ku Li,. Mereka lakukan kerana demikian lah isyarat dari pemimpin tertinggi Umno. Najib, Muhyidin dan naib presiden yang lain. Dan isyarat yang muncul dari gunung Putrajaya ialah Umno boleh menang jika Tengku Razaleigh Hamzah di beri peranan yang penting. Seperti menjadi pengarah pilihanraya DUN Galas dan mungkin juga sebagai calun ADUN. Ini transformasi yang lebih besar dari transformasi kerajaan atau transformasi ekonomi. Transformasi dari melihat Ku Li sebagai duri dalam daging kepada Ku Li sebagai penyelamat air muka Umno. Dan Umno hanya mampu mengiktiraf stature Ku Li dengan menawarkan peranan sebagai Pengarah pilihanraya dan jika Ku Li mahu, jadi calun lagi baik. Dan seperti juga mana mana idea Presiden Umno, idea mengiktiraf Ku Li besar kemungkinan hanya untuk sementara untuk political expediency. Tetapi suara suara yang sekarang ini yang memuliakan Ku Li, hanya beberapa bulan yang lalu mengutuk Ku Li sebagai mengkhianati perjuangan parti. Parti Umno kata Kelantan( yang majoriti nya Melayu) tidak layak dapat royalti minyak. Tapi kalau wang ehsan boleh. Bila kita terima wang ehsan, ertinya, kita adalah kumpulan yang di jaga, yang memberi pula adalah penjaga. Cara ini tidak di terima oleh orang Kelantan. Ku Li sebagai tokoh Umno yang bermaruah tidak dapat terima cara ini. Orang yang mempunyai harga diri dan maruah, tidak boleh menerima peraturan seperti ini. Bila Ku Li kata orang Kelantan berhak menerima royalti dan bukan pemberian ehsan, ini bererti Ku LI sebagai orang Umno mempunyai maruah. Si mamat Umno yang memutar belitkan faka tidak ada maruah. Makanya, selain dari isiu siapa calun dan siapa pengarah pilihanraya kecil DUN Galas, isiu nya ialah soal maruah dan harga diri. Kita semua tahu Ku Li adalah orang yang setia kepada Umno iaitu Umno yang di lihat sebagai suatu ideal dan Umno yang memperjuangkan kepentingan agama, bangsa dan negara. Sebagai sorang yang setia kepaa Umno, saya tidak fikir bahawa Ku Li akan membelakangkan parti Umno. Dia akan menerima kemahuan parti untuk dia menjadi pengarah pilihanraya. Tapi saya juga yakin yang Ku Li akan menerima nya diatas terms dia sendiri. Dan saya rasa sebahagian dari terms Ku Li ialah membenarkan Ku Li menjanjikan pemberian royalti minyak kepada Kelantan. Kepentingan rakyat Kelantan menerima wang royakti melepasi kepentingan kepartian. Saya rasa jika Ku Li di benarkan menyatakan jika Umno di beri kemenangan di Galas, Kelantan akan terima wang royalty, maka saya rasa siapa pun calun BN/Umno di Galas akan menang. Dan penyokong Ku Li akan melihat penerimaaan Ku Li menjadi pengarah pilihanraya sebagai konsisten dengan perjuangan nya mendapatkan wang royalty minya untuk negeri Kelantan. Dalam keadaan Umno kemaruk untuk dapat satu kemenangan, jika Ku Li meletakkan terms seperti ini, saya rasa Umno akan terima. Dengan cara ini, Ku Li akan membuktikan konsistensi perjuangan nya, dan Umno pula, jika bersetuju member royalty minyak, akan membuktikan Umno meletakkan kepentingan orang Melayu sebagai perjuangan teratas.PAS pula boleh menarik diri dengan menyatakan bahawa mendapatkan royalty minyak sebagai hak adalah lebih besar dari mengambil bahagian dalam pilihanraya GALAS. | |||||
| Ahli Umno di Kunak mahu calon BN tempatan Posted: 06 Oct 2010 01:40 AM PDT http://kunakpress.blogspot.com ![]() Majoriti ahli-ahli Umno di kawasan DUN Kunak berpendapat mereka lebih suka jika calon Barisan Nasional (BN) di kawasan itu dipilih dari kalangan anak tempatan Kunak dan bukan calon 'import'. Ketua Cawangan Umno Kg.Hampilan, Abdul Rahim Wahab berkata, pucuk pimpinan parti Umno wajar memberikan mandat dan peluang kepada penduduk asal Kunak yang boleh dipercayai dan mendapat sokongan padu daripada kalangan ahli parti itu di sini. "Sebagai anak tempatan daerah Kunak, ahli-ahli parti dari cawangan di sini masih menyokong dan mendukung kepimpinan Ketua Bahagian Umno Silam, Datuk Nasrun Datu Mansur untuk menerajui Bahagian Silam yang meliputi kawasan DUN Kunak, Lahad Datu dan Tungku", kata Abd. Rahim. ![]() Nasrun ketika ini merupakan Adun Lahad Datu yang mendapat sokongan padu daripada ahli-ahli Umno di Kunak, Lahad Datu dan Tungku menerajui kepimpinan sebagai Ketua Bahagian di kawasan Silam. Beliau juga seterusnya berkata, pucuk pimpinan juga perlu mengutamakan suara majoriti pengundi di Kunak khususnya ahli Umno agar calon BN bagi Pilihan Raya Umum Ke-13 di sini dipilih dari kalangan anak tempatan Kunak. Sementara itu, seorang kakitangan awam, Marasli Mordan, turut berpendapat calon BN Kunak dan BN kawasan Parlimen Silam sewajarnya anak tempatan. Memberi alasan berhubung pandangan beliau itu, Marasli berkata jika calon tempatan dipilih, mereka (calon) tentu lebih komited untuk menggalas tugas yang diamanahkan dengan mengutamakan kepentingan masyarakat setempat. "Jika dinilai, calon tempatan lebih fokus kepada persekitaran semasa dan mengutamakan kebajikan semua kaum dan agama dengan memberi tumpuan kepada kehendak semasa yang diperlukan oleh masyarakatnya kerana calon tempatan itu sendiri tentu tahu sejarah tempatan di tempat sendiri, berbanding calon import atau 'parasit', jelas Marasli. | |||||
| PEMIMPIN UMNO BIAYA PEMBANGKANG? Posted: 06 Oct 2010 01:37 AM PDT Oleh: SAKINUL BANDAHALA (sabahkini)
| |||||
| Gerakan WP sokong Koh, bidas Lim 'tak boleh pakai' Posted: 06 Oct 2010 01:36 AM PDT
"Lim semakin berusia, kaedahnya tidak boleh pakai lagi. Biarkan generasi muda (memimpin parti)," katanya sambil menegaskan biarlah presiden yang menangai soal parti. Secara kebetulan Dr Koh merupakan ketua Gerakan Wilayah Persekutuan. Beliau bagaimanapun tidak hadir dalam sidang akhbar tersebut. | |||||
| SU PKR: Patuhi keputusan boikot Utusan Posted: 06 Oct 2010 01:25 AM PDT
Katanya, apabila seseorang individu menyertai sesuatu parti, sebarang tindakan politik yang dibuat oleh ahli itu mesti selaras dengan segala keputusan pucuk pimpinan. Jelas Saifuddin, meskipun PKR menghormati kebebasan media, namun Utusan dipulaukan kerana sering-kali memutar-belitkan berita mengenai parti itu sejak ia ditubuhkan pada 1999. Saifuddin berkata beliau tidak merujuk kepada mana-mana individu berhubung amarannya itu kerana sebagai setiausaha agung, beliau adalah berkecuali. | |||||
| Penyokong Kula anjur demonstrasi kutuk DAP Posted: 06 Oct 2010 01:23 AM PDT
Penyokong berketurunan India itu berkumpul di hadapan pejabat parti itu di Medan Istana di Ipoh sambil membawa beberapa sepanduk menyatakan sokongan kepada Kulasegaran selain mengecam kepimpinan DAP Perak. Jurucakap kumpulan itu, Azman Mubarak, 24, berkata seramai 300 anggota DAP dari Buntung sedia mengikuti Kulasegaran yang juga ahli parlimen Ipoh Barat itu meninggalkan DAP kerana kecewa dengan kepimpinan negeri yang menyisihkan Kualasegaran dan penyokong keturunan India. Seorang lagi anggota kumpulan DAP itu, Alex Raj, 22, berkata perhimpunan itu bagi menyuarakan sokongan kepada Kualasegaran serta mengutuk Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham kerana didakwa mengamalkan nepotisme dan kronisme dalam memimpin DAP Perak. "Kami penyokong keturunan India berasa ditipu oleh DAP. Mereka hanya memerlukan undi kami pada pilihan raya," katanya. Kulasegaran kini berada di Nepal dan dijangka pulang selepas seminggu. Terdapat laporan bahawa berlaku perbalahan antara beliau dan Ngeh serta Setiausaha DAP Perak Nga Kor Ming sehingga Kulasegaran mengugut untuk meletak jawatan. | |||||
| Ahli Umno sabotaj mesyuarat PKR dikenalpasti Posted: 06 Oct 2010 01:21 AM PDT
"Saya sahut cabarannya dan akan namakan mereka yang timbulkan masalah itu yang kami kenalpasti melalui rakaman video," kata Saifuddin di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, hari ini. Menurut Saifuddin, antara yang dikenalpasti ialah Razak Halili yang dianggap orang luar yang menimbulkan kekecohan di pemilihan peringkat cabang Kuala langat. "Dia pernah menjadi ahli PKR tetapi meninggalkan parti selepas kekalahan pada pemilihan 2004. Dia mungkin menganggotai Umno, selepas itu, saya tidak tahu. Namun dia ada memohon (menyertai PKR) tetapi ditolak," katanya. Saifuddin juga berkata seorang lagi orang luar juga dikenalpasti menimbulkan kekacauan di mesyuarat cabang Klang yang didakwanya sebagai seorang anggota parti terbesar komponen BN. Beliau bagaimanapun tidak mahu mendedahkan identiti individu berkenaan. | |||||
| Umno tegur Utusan lebih bertanggungjawab Posted: 06 Oct 2010 01:19 AM PDT
"Mungkin sebab satu dua orang. Janganlah kerana nila setitik, habis rosak susu sebelanga," katanya dalam satu wawancara dengan Malaysiakini. "Kita sudah beritahu mereka jangan tulis begitu... Wartawan perlu menulis dengan bertanggungjawab, gunakan fikiran supaya apabila kita tulis sesuatu, ia tidak menyakiti perasaan orang lain atau kaum lain," tambahnya. Katanya lagi, Umno mempunyai pegangan dalam Utusan Malaysia tetapi tidak ada kawalan ke atas kegiatan editorial akhbar berkenaan. "Mereka akan kata, 'biasa lah.' Bila kita marah (mereka beri alasan), bukanlah, itu (disebabkan) wartawan kami. Ini biasa di mana-mana (penerbitan) pun," katanya lagi. Tengku Adnan sebelum itu diminta mengulas Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) yang mendakwa Utusan Malaysia mengamalkan polisi editorial yang bertentangan dengan etika kewartawanan. Amalan tersebut, dakwa NUJ, menyebabkan kejatuhan edaran akhbar berkenaan. Walaupun begitu, Tengku Adnan menegaskan bahawa Utusan Malaysia mahupun Umno tidak boleh dipersalahkan atas kesilapan yang dilakukan sidang pengarang akhbar itu.
"Anda tidak boleh salahkan Utusan atau pemilik Utusan, hanya kerana (tindakan) pengarangnya. | |||||
| Galas: Dewan Ulamak akur siapa saja calon PAS Posted: 06 Oct 2010 01:17 AM PDT
| |||||
| Sidang meja bulat `wanita pertama’ 10 Okt Posted: 06 Oct 2010 01:16 AM PDT
| |||||
| Siapa di belakang kemenangan Khalid di Kuala Selangor? Posted: 06 Oct 2010 01:14 AM PDT
| |||||
| Orang Asli Dun Galas sedia bantu PAS Posted: 06 Oct 2010 01:11 AM PDT
| |||||
| Perbicaraan Mohamad Sabu ditangguh 29, 30 Nov Posted: 06 Oct 2010 01:07 AM PDT
| |||||
| Tahan wartawan: Polis terima surat Suhakam Posted: 06 Oct 2010 01:06 AM PDT
|
| You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |









a sabtu ini. Dia di jadualkan tiba di KLIA pada pukul 7 pagi. Sahabat saya, Aspan Alias yang menjadi penyokong setia Ku Li sejak zaman dulu dulu lagi, tidak akan menanti ketibaan tersebut. Dia akan tidur kembali sesudah subuh.

MUNGKIN Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak tidak menyedari ada pemimpin tertinggi UMNO Pusat yang membiayai pembangkang melalui pemberian projek untuk melumpuhkan musuh politik mereka dan sekaligus mengkhianati perjuangan UMNO.





SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berjaya mempertahankan jawatannya sebagai Ketua Cabang PKR Kuala Selangor walaupun sebelumnya ramai yakin beliau akan kalah.
"Saya tahu kedudukan beliau (Khalid) sukar kerana agenda beliau tidak dibawa oleh media perdana. Maka kita pergi ke akar terangkan, bertindak dengan membantu rakyat agar mereka terus menyokong kita.
Menurut wakil Masyarakat Orang Asli, Pandak Bin Panjang Ey, 39, kejayaan PAS di Gua Musang juga dibantu oleh kaum mereka dan untuk kali ini mereka sanggup membina satu pasukan sendiri bagi memberi penerangan kepada masyarakat Orang Asli dan Melayu di dalam Dun Galas.
Majistret Mohd Izham Ali yang mendengar kes perbicaraan tersebut telah menangguhkan kes tersebut pada 29 dan 30 November yang akan datang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan