Jumaat, 22 Oktober 2010

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


KHALID:AZMIN TIDAK MUDAH UNTUK GULINGKAN MB

Posted: 22 Oct 2010 07:43 AM PDT

Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim mendakwa dirinya tidak tahu sama ada wujudnya cubaan daripada Naib Presiden PKR, Azmin Ali untuk menggulingkan beliau, tetapi hanya meneka bahawa pengikut Azmin atau mereka yang berminat mungkin menyimpan niat ini.  Bagaimanapun, Khalid mengingatkan bahawa bukan mudahnya untuk menggulingkan seseorang Menteri Besar, kerana perlu mendapat lampu hijau daripada rakan parti Pakatan Rakyat.
Demikianlah kata-kata Khalid Ibrahim yang baru menarik diri dari pertandingan jawatan Timbalan Presiden PKR pada 16 Oktober 2010.  Dalam satu wawancara bersama MerdekaReview di pejabat Menteri Besar pada 18 Oktober 2010, Khalid Ibrahim ditanya sama ada benar Azmin Ali (gambar kanan) cuba menggulingkannya, sebagaimana yang tergambar dalam persepsi umum.
"Dia (Azmin Ali) tak boleh senang (melakukannya).  Ini bukan satu perkara yang senang boleh menggulingkan Menteri Besar.  Itu sebab orang ingat satu parti Keadilan boleh menggulingkan Menteri Besar, ini tidak benar.  Walaupun parti Keadilan saya mewakilinya, untuk pemilihan Menteri Besar dia perlu mendapat sokongan dan cadangan dari ketiga-tiga parti, iaitu Keadilan, PAS, dan juga DAP.  Ketiga-tiga mesti bersetuju yang ini dilakukan.  Kemudian mereka juga akan meminta ehsan dari Tuanku Sultan supaya perkara ini dipersetujui," katanya.

DS NAJIB AKUI PAKATAN RAKYAT AKAN PERTAHAN HAK MELAYU DAN MAMPU TADBIR NEGARA DENGAN BAIK?

Posted: 22 Oct 2010 02:05 AM PDT

Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat melihat ucapan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak semalam sebagai kredit kepada perikatan itu, di samping dengan sendirinya mengakui kedudukan orang Melayu tidak akan terjejas sama sekali meskipun Barisan Nasional (BN) digantikan dari menerajui Putrajaya.
"Ya, saya menganggap bahawa Datuk Seri Najib mengakui kebolehhan dan keupayaan kami Pakatan menggantikan Umno dan Barisan Nasional di pusat... saya anggap mesej yang disampaikan beliau sebagai satu kredit," kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar kepada The Malaysian Insider.
"Saya secara peribadi melihat beliau terima hakikat akan kedudukan kami untuk menawan Putrajaya," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena merujuk kepada ucapan dasar kedua Najib selaku Presiden Umno semalam.

CAKAP ORANG POLITIK!!BACALAH BRO POLITIKLA SIAP TIPU MA POLITIK BUKAN

Posted: 21 Oct 2010 11:37 PM PDT

Datuk Seri Najib Razak menjelaskan beliau telah memutuskan untuk tidak mencipta "semula roda" dengan menggubal dasar-dasar baru, sebaliknya meneruskan visi para pemimpin terdahulu yang digabungkan dalam gagasan 1 Malaysia.
Najib berkata ini adalah kerana pentadbirannya merasakan adalah lebih baik pendekatannya bersandarkan dasar kepimpinan parti dan kerajaan sebelum ini, yang ternyata diuji peredaran masa dan memastikan kesinambungan.
"Setelah diamanahkan untuk memimpin parti dan negara kira-kira 18 bulan lalu, dengan penuh tradisi harmoni kesinambungan kepimpinan Umno yang diserahkan oleh Tun Abdullah (Ahmad Badawi), saya telah membuat keputusan untuk tidak mencipta semula roda tetapi untuk mengambil teladan akan kebijaksanaan dan pandangan jauh pendahulu kepimpinan parti dan negara melalui formula yang dicuba serta telah teruji oleh zaman," katanya.
Oleh itu kata anak bekas perdana menteri ini, beliau datang dengan falsafah induk 1 Malaysia yang merupakan penerusan kepada "wawasan pragmatik bapa-bapa kita" dalam parti dan kerajaan.
Kata beliau, perpaduan nasional adalah sesuatu yang dinamik dan oleh itu, ia harus sentiasa dibajai dan dijaga kerana jika tidak, ia akan hancur berkecai.

perjuangan UMNO HANYA MACAM PAK PANDIR MODEN?

Posted: 21 Oct 2010 08:59 PM PDT

Seorang pembahas di Perhimpunan Agung Umno 2010 hari ini mencabar ahli parti itu supaya melengkapkan diri mereka dengan ilmu dan tidak bersikap seperti 'Pak Pandir.'


Secara berseloroh, wakil Kelantan Datuk Md Alwi Che Ahmad berkata gelagat 'Pak Pandir' itu boleh diperhatikan apabila mereka menjalankan tugas tanpa maklumat yang lengkap.

Dalam ucapannya, beliau menceritakan bagaimana seorang 'Pak Pandir' ditugaskan untuk menghantar sejumlah ayam dengan menaiki motosikal.

'Pak Pandir' itu bagaimanapun terlibat dalam kemalangan menyebabkan ayam-ayam yang dibawa itu bertempiaran lari, kata Md Alwi lagi.

Tambahnya, beberapa orang di tempat itu cuba membantu Pak Pandir untuk menangkap ayam-ayam berkenaan, namun Pak Pandir cuma ketawa melihat keadaan itu.

"Pak Pandir kata, (Ayam-ayam) itu hendak pergi ke mana sebab alamat ada dengan aku. Kita jangan jadi bodoh macam itu," kata Md Alwi lagi yang disambut gelak ketawa hadirin.

Bercakap ketika membahaskan usul ucapan dasar presiden hari ini, Md Alwi juga berkata Umno juga tidak mendapatkan sokongan walaupun giat memberikan banyak bantuan, seperti yang diperhatikannya di Kelantan.

Katanya, sumbangan oleh Umno itu tidak mempunyai "roh keikhlasan," menyebabkan penerimanya tetap menyokong parti lawan walaupun bantuan demi bantuan dihulurkan.

"Kita bagi peruntukan, kita bina banyak PPR (Projek Perumahan Rakyat) harga RM33,000 tapi bila nak mengundi dia mengundi 'bule' (bulan atau PAS). Sebab rumah tak ada api (bekalan elektriK," katanya.

Menurutnya, sokongan itu kemudiannya berubah apabila PAS menjanjikan untuk menyalurkan bekalan elektrik itu kepada pengundi berkenaan

APA!!! EZAM MELIWAT KAMBING?

Posted: 21 Oct 2010 05:50 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

RAJA Sesumpah Ezam nampaknya masih belum semboh dari penyakit `meroyan'nya. Di kala parti yang dia `melutut' sedang sibuk mengadakan perbahasan di PWTC kununnya membicarakan nasib orang-orang Melayu yang telah di`layu'kan oleh mereka sendiri, raja sesumpah masih `mengigau' nama DS Anwar. Senatak (Senator Katak) yang kaki bersumpah ini seperti akan `mati' jika tidak menyebut nama DS Anwar.
Semalam raja katak muncul di kaca TV. Bicaranya tetap serupa dengan hujah yang serupa semenjak maruahnya `dijual' kepada parti sekular itu. Nama DS Anwar disebut lagi. Nama Mahathir dipujanya. Kata Ezam, tindakan Mahathir mengambil tindakan itu tepat dan sebab itulah Ezam sesumpah keluar dari KeADILan. Kita mahu tanya, Mahathr mengambil tindakan ke atas DS Anwar bila? Raja sesumpah keluar dari KeADILan bila pula?

Bukankah sebelum ini raja sesumpah bagitahu dia percaya DS Anwar melakukan `perkara itu' apabila mendengar sendiri dari mulut Saiful pemuda yang tidak cuci dubur 3 hari itu. Tiba-tiba semalam dia beritahu dia yakin tuduhan ke atas DS Anwar itu benar apabila Mahathir mengambil tindakan ke atas mantan TPM itu, dan juga apabila mahkamah melepaskan DS Anwar kerana `teknikal' sahaja. Teknikal apanya kalau pertuduhan pun dipinda sebanyak tiga kali? Tidak tentu arah Ezam bercakap sekarang.

Beliau tidak mengambil tahu lagi nasib rakyat bawahan. Beliau tidak lagi bicara tentang rasuah, penghinaan ke atas agama Islam, kezaliman Akta ISA dan tidak juga mahu bercerita pasal `Bajet Seluar Dalam'. Beliau lebih senang bercerita tengan peribadi DS Anwar kerana ia tidak memerlukan hujah yang berfakta, tidak perlu kajian dan lebih penting lagi Najib seronok mendengarnya. Tidak hairanlah ceramah raja sesumpah di Selangor tidak lagi dihiraukan orang kerana ramai yang sudah tahu apa yang bakal dikeluarkan dari mulut busuk Ezam itu.

Hakikatnya Ezam sudah tahu, kekuatan PR terletak kepada kekuatan DS Anwar bersama Tuan Guru Nik Aziz dan Lim Guan Eng khususnya. Langkah awal, musnahkan kredibiliti DS Anwar dengan cerita fitnah. Raja sesumpah terus menghasut sekutu PKR terutamanya PAS untuk menjauhi DS Anwar. Beliau lupa bahawa PAS menyokong perjuangan DS Anwar selagi DS Anwar tidak melakukan kesalahan terhadap hukum Islam. Sebab itu juga PAS tidak mahu menyokong Umno kerana Umno berterusan memusuhi Islam.

Setakat mahu bercerita, buat fitnah tanpa ditampilkan bukti, sesiapa pun boleh sebut Ezam juga pernah `meliwat' kambing. /wfauzdin.blogspot.com

OOH..SABAH SUDAH MERDEKA DULU MA..PASAITUKAH AYAM PUTIH 1MALAYSIA JUGA MERDEKA DARI KEMATIAN?

Posted: 21 Oct 2010 04:53 PM PDT

Seekor ayam jantan putih yang disembelih sebagai 'korban' oleh pemimpin veteran Sabah, Datuk Jeffrey Gapari Kitingan pada hari Malaysia - 16 September lalu di Batu Sumpah Peringatan di Keningau masih hidup dan mampu berjalan, lapor akhbar tempatan di Sabah.

Batu sumpah itu didirikan sebagai memperingati tarikh kemerdekaan Sabah pada 31 Ogos 1963 dan keanggotaannya dalam persekutuan Malaysia, 16 hari kemudiannya iaitu pada 16 September 1963.

Ayam jantan itu dikorbankan dan darahnya dipercik pada 16 September lalu sebagai upacara pemujaan dengan disaksikan oleh pawang Kadazandusun yang dinamakan Bobohizan.

Pemilik ayam itu, John Gitang, kemudiannya mengutip ayamnya dan membawanya pulang.

Menurut akhbar-akhbar tempatan, isteri Gitang yang tidak dinamakan - mendapati ayam itu masih bernyawa dan membatalkan niatnya itu menjadikan ayam itu sebagai lauk. Dia bimbang nasib malang mungkin menimpa dirinya dan keluarga mereka.

Dia juga mendapati luka di leher ayam yang disembelih untuk diambil darahnya itu telah pulih. Menurut beberapa doktor di Kota Kinabalu, kemungkinan besar, darah pada luka itu cepat membeku dan menyelamatkan ayam berkenaan.

Jeffrey yang tidak mempercayai kepercayaan karut berkata kejadian itu satu ironi memandangkan syarat-syarat Perjanjian Malaysia tidak pernah dipenuhi di Sabah dan Sarawak.

"Ini mungkin sebagai peringatan bahawa syarat-syarat Perjanjian Malaysia perlu dihormati," kata Jeffrey.

MAHADHIR PERKASA DAN NAJIB SUDAH BERGANDINGAN TANGAN? BAGAIMANA PULA NASIB MIC MCA?

Posted: 21 Oct 2010 12:50 PM PDT

Negarawan, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata jika rakyat Malaysia berpegang kuat kepada perjanjian asal, yang dipersetujui oleh pemimpin daripada pelbagai kaum sewaktu merdeka dan termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, tidak akan ada pertikaian hak.

"Kita telah mempunyai satu formula yang berjalan dengan baik selama 50 tahun. Mengapakah kita mahu menukarnya? Mengapakah anda mahu menimbulkan ketegangan antara kaum," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perasmian Perhimpunan Agung Umno ke-61 oleh Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di Kuala Lumpur hari ini.

Dr Mahathir berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai ucapan perasmian Najib yang antara lain berkata kedudukan dan hak-hak Melayu dilindungi sepenuhnya serta "terkunci kemas" dalam Perlembagaan Persekutuan tanpa dapat digugat lagi dan kenyataan ini wajar diterima oleh semua kaum negara ini.

Najib berkata asas berkenaan adalah kontrak yang dimuafakati oleh bapa-bapa pengasas mewakili semua kaum ketika negara di ambang kemerdekaan.

Dr Mahathir, bekas perdana menteri keempat negara, berkata ucapan Najib itu tepat pada masanya bagi menjelaskan dan memperingati perjanjian yang sekian lama didokong antara pelbagai kaum dalam negara ini.

Dr Mahathir, yang turut menyifatkan isi kandungan ucapan Presiden Umno itu baik, berkata adalah penting bagi rakyat patuh kepada perkara-perkara dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan yang tidak boleh diubah tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja.

Dr Mahathir berkata mereka yang cuba meminda Perlembagaan Persekutuan sebenarnya tidak faham mengenai isi kandungannya.

Malahan sejak dahulu lagi, kata beliau jika ada pihak yang hendak membuat perubahan ia tidak dibenarkan kerana perkara itu akan menimbulkan pertentangan antara kaum-kaum.

Sementara itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan ucapan Najib sebagai "ucapan penyedar" terhadap isu-isu Perlembagaan, kedudukan orang Melayu dan sebagainya yang kini "menampakkan wujudnya kekeliruan dan kecelaruan" dalam perbincangan.

"Tapi hari ini Presiden Umno telah menjelaskan, dan saya percaya akan ada satu kesedaran mengenai situasi itu, jadi (tidak ada sebab) kita timbulkan perkara-perkara yang nak menakut-nakutkan, nak memomok-momokkan," kata bekas Perdana Menteri.

Abdullah berkata dengan kesedaran itu, ia akan menghindar pelbagai perbalahan yang mungkin timbul kerana tidak adanya pemahaman mengenai apa yang dimaktub dalam Perlembagaan.

"Inilah perkata yang kita namakan klausa gagasan politik yang telah berakar umbi dalam Perlembagaan Persekutuan... ertinya apa yang ada dalam Perlembagaan itu dimeterikan dengan diadakan perjanjian dulu serta diadakan muafakat pada masa itu antara semua pemimpin-pemimpin kaum," katanya.

--Bernama

SAH UMNO TUMBANG 2011 SAMA SEPERTI MELAKA 5011 INSYA ALLAH AMIN..

Posted: 21 Oct 2010 10:39 AM PDT

5011 MELAKA JATUH PADA PORTUGI? ALIAS PENJAJAHAN INGGRIS... SEMENTARA UMNO ADALAH SISA SISA PENJAJAH MAKA HARUS DIHUMBAN DARI PUTRA JAYA PALING LEWAT 2011? TERSERAH KORANGLA BEB

Tiada ulasan: