Rabu, 13 Oktober 2010

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


UMNO NAIKSASAU ORANG TUA NAIK ANGIN:TENGOK BRO TENGOKLAH

Posted: 13 Oct 2010 07:43 AM PDT

Warga emas sekitar Seberang Perai Utara mengatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng serta meminta meneruskan program penghargaan kepada golongan veteran pada masa depan.
Seramai 70 orang warga emas yang datang dari Penaga, Kepala Batas, Bagan, Teluk Air Tawar, Sungai Dua, Tasek Gelugor, Pokok Sena, Lahar Yooi dan kawasan lain turut kesal dengan tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim yang tiba-tiba mengajak mereka mengembalikan RM100 dan RM1,000 untuk para waris jika terdapat kematian warga emas kononnya berpunca dari wang judi.
Bagi mereka, semua itu merupakan mainan politik jahat yang sengaja dibangkitkan oleh Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda Umno, Reezal Merican Naina Merican yang menuduh pemberian wang pada pertengahan tahun ini berpunca dari wang Kelab Lumba Kuda.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir yang juga Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang, Ustaz Saleh Man pula meminta warga emas usah terpengaruh dengan dakyah jahat pembangkang negeri ini yang sudah kehabisan modal.
Beliau berkata, sebenarnya wang itu adalah lebihan perbelanjaan Kerajaan Pakatan Rakyat tahun ini sebanyak RM88 juta dan RM20 juta diperuntukkan kepada warga emas sebagai menghargai pengorbanan mereka terhadap kemajuan Pulau Pinang.
"Wang hasil pemberikan Lumba Kuda memang ada tapi ia tidak dimasukkan pada tabung sumbangan kepada warga emas sebaliknya digunakan untuk Rancangan Anti Kemiskinan (RAK) khas untuk masyarakat bukan Islam, " jelasnya lagi.
Seorang warga emas, Zainab Mat (kanan) dari Butterworth menyifatkan, apa yang diperjelaskan oleh kerajaan negeri cukup meyakinkan bahawa semua itu pembohongan.
"Bila datang mendengar sendiri keterangan yang disampaikan oleh Adun dan Ahli Majlis Seberang Perai (MPSP) baru tahu hal sebenar," ujarnya.
Bekas ahli Umno, Abu Bakar Said (kiri) dari Bagan Ajam pula menambah, di zaman BN tidak pernah berlaku ketua menteri melawat surau atau masjid tetapi berlaku di era kepimpinan Pakatan Rakyat.
"Bila KM sendiri turun padang menziarahi umat Islam di samping memberikan penghargaan warga emas, ia satu peristiwa yang tidak pernah berlaku dalam pentadbiran Barisan Nasional (BN)," tegasnya.
Bagi Sambasivam (kanan) pula, kini baru beliau tahu hal sebenar mengenai perkara itu kerana selama ini mendengar sebelah pihak sahaja.
Sesi penerangan untuk menolak fitnah Umno itu diadakan di Bangunan Datuk Ahmad Badawi disampaikan oleh beberapa orang Adun termasuk Adun Bagan Dalam, Thanasekharan dan Adun Bagan Jermal, Lim Hock Seng.

SURAT AKUAN RAHIMI ALLIWATI3 SECARA LENGKAP:BACALA

Posted: 13 Oct 2010 01:41 AM PDT





BILA AZMIN SUDAH PAKAI KEPALA LUTUT

Posted: 12 Oct 2010 11:33 PM PDT

Naib presiden PKR Azmin Ali melahirkan rasa "terkejut" berhubung pengumuman Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang beliau juga meminati jawatan timbalan presiden parti itu yang sedang diintainya.

"Berdasarkan maklum balas dari rakan-rakan dan pemimpin lain termasuk kakitangan kanannya, beliau telah memberikan komitmen untuk tidak bertanding kerana fokusnya adalah untuk mentadbir negeri.

"Keputusan ini (untuk fokus pada kerajaan Selangor) bukan pilihan saya, tetapi apa yang ditetapkan oleh parti (pada permukiman di Shah Alam)," katanya.

Azmin berkata atas "semangat keputusan" yang dibuat di Shah Alam pada Jun lalu, beliau sepatutnya memberi tumpuan kepada parti manakala Khalid pula dipertanggungjawab menjaga pentadbiran Selangor.

PKR kemudiannya melantik Azmin sebagai ketua di Selangor bagi menggantikan Khalid dalam usaha merapatkan jurang antara kedua-dua pemimpin berkenaan.

Sebelum itu Khalid dibidas teruk oleh ahli-ahli parti termasuk daripada Azmin, khususnya pada kongres PKR di Kota Bharu kerana didakwa tidak banyak membantu parti.

Ahad lalu, Khalid mengumumkan beliau berhasrat bertandung untuk jawatan nombor dua parti bagi "mengimbangi pertandingan" yang telah bertukar menjadi "kotor" semasa penamaan calon sepanjang bulan lalu.

Walaupun Khalid tidak menamakan seseiapa, namun dipercayai ia ditujukan kepada Azmin dan seorang lagi pencabarnya, Datuk Zaid Ibrahim - bukan menjadi rahsia lagi kedua-dua mereka saling 'menyerang' satu sama lain di media.

PANAS:SULTAN KELANTAN LUCUTKAN GELARAN DATO IBRAHIM ALI

Posted: 12 Oct 2010 08:57 PM PDT

Istana Kelantan hari ini melucutkan gelaran 'Datuk' yang diberikan kepada presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Ibrahim Ali.

Selain Ibrahim yang juga ahli parlimen Pasir Mas, the Star Online juga melaporkan gelaran bekas setiausaha kerajaan negeri, Datuk Wan Hashim wan Daud juga ditarik balik.

BANG BARU UNTUK AHLI UMNO MELABUR?

Posted: 12 Oct 2010 08:21 PM PDT

Jawapan bertulis daripada Kementerian Pertahanan berhubung pembangunan semula pangkalan udara Sungai Besi di Kuala Lumpur di Dewan Rakyat hari ini menimbulkan lebih banyak persoalan daripada jawapan berhubung projek kontroversial itu.

Menurut kementerian pertahanan, kerajaan pada dasarnya telah menerima cadangan daripada 1Malaysia Development Bhd (1MDB), yang lembaga penasihatnya dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga adalah menterti kewangan.

Bagaimanapun, tidak ada surat tawaran atau letter of intent (LOI) dikeluarkan, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam jawapan bertulisnya kepada Tian Chua (PKR-Batu).

Chua berkata malah, 1MDB juga telah memeterai perjanjian dengan Mubadala Development yang beribu-pejabat di Abu Dhabi bagi membangunkan semula pangkalan udara seluas 458 ekar itu.

Perjanjian yang dimeterai pada Jumaat lalu itu akan menyaksikan pembangunan semula pangkalan udara di Lembah Klang itu untuk dimasukkan ke Wilayah Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur(KLIFD).

Projek yang dikenali sebagai 'Greater Kuala Lumpur ' itu dijangka menelan belanja RM26 bilion. Permeteraian kedua-dua syarikat itu disaksikan oleh Najib.

"Jika benar 1MDB memeterai perjanjian minggu lalu, jawapan Zahid adalah menggelirukan kerana sesebuah projek tidak boleh diberikan kepada sesebuah syarikat tanpa LOI," kata Chua.

Tambahnya lagi, keselamatan negara juga menjadi satu isu kerana pemindahan pangkalan udara itu juga akan menimbulkan pelbagai masalah termasuk mencari tapak atau lokasi yang strategik.

"Kita terpaksa kaji bagaimana tindakan itu akan menjejaskan keselamatan sesebuah bandaraya. Ada beberapa negara di dunia yang tidak mempunyai perlindungan ketenteraan udara bagi melindungi ibu negara mereka," kata Chua sambil memberikan contoh, pangkalan udara Andrews di Maryland, Amerika Syarikat yang terletak 13 kilometer dari ibu negara pentadbiran negara itu di Washington DC.

Tiada ulasan: